![]() |
| [kredit] |
Aku melangkah malas
ke dalam restoran elit di pusat bandar. Sebuah meja yang terletak di satu sudut
menjadi perhatianku. Kelihatan seorang lelaki berkemeja putih sedang bersantai
sambil meminum kopi. Dengan dengusan kasar aku terus mengambil tempat dihadapan
lelaki itu.
“Aku Selena Goh, umur 29 tahun, tinggi 175cm, berat 55kg dan aku ada butik
perkahwinan sendiri. Apa lagi yang kau nak tahu?” Terjungkit kening lelaki
dihadapanku tapi wajahnya masih tanpa perasaan. Cawan yang masih bersisa kopi
diletakkan semula keatas piring.
“Kau tak payah nak buat tak faham! Mama aku paksa aku jumpa kau dan dalam
masa empat bulan dari sekarang dia mahu kahwinkan aku dengan kau. Entah apa
yang mama aku fikir pun aku tak tahu.” Dek terlalu marah dengan mama, aku menghamburkan
rasa tak puas hatiku dihadapan lelaki yang masih aku belum kenal siapa dirinya.
“Kenapa kau senyap? Tak nak kenalkan diri ke?” soalku jengkel. Wajahnya
yang masih tak beriak membuatkan aku makin geram. Dia ni raja jajahan kutub
utara ke apa? Ice king?
“Syed Azfar, 32 tahun, tinggi 185cm, berat 70kg dan memiliki syarikat
Azforce. Saya tak tahu apa yang awak merepek dari tadi dan siapa mama awak yang
boleh paksa saya kahwin?” Terbeliak mata aku apabila ice king depan mata aku
mula memperkenalkan diri. Okey bukan sebab aku teruja atau apa tapi…..warghhhh
aku dah tersalah orang!!!!!




