Kapitalis

Saturday, November 9, 2013

Isteriku Ratu Ais - Bab 21

taken from here  

Pulang sahaja dari menghantar sahabat-sahabatnya, Adriana ke pasaraya untuk membeli barang-barang masakan.

“Semua sekali RM70, terima kasih.” Adriana hanya mengangguk lalu mengangkat barang-barang yang dibeli setelah membayar. Dalam otaknya, dia sudah merangka masakan yang ingin dimasaknya nanti. Dia bukannya pandai memasak kerana sejak kecil lagi segalanya diuruskan oleh pembantu rumah kalau tidak pun mamanya yang kadang-kadang ter’rajin’ sahaja yang memasak. Biasanya dia hanya duduk dan tunggu waktu makan sahaja jika berada dirumah. Adriana tersenyum sendiri mengingatkan dirinya yang tidak reti berdikari dahulu. Ketika belajar di universiti pun, dia hanya memasak apabila terdesak dan jika malas keluar makan. Itupun merujuk resepi dengan pakcik Google.

Tiba sahaja dirumah, Adriana segera membersihkan diri dan menunaikan solat fardhu Zohor. Usai solat, Adriana segera ke dapur untuk menyediakan bahan-bahan masakan. Udang, ikan siakap dan lala dimasukkan ke dalam sinki untuk dibersihkan. Sayur brokoli, cendawan tiram, bawang besar, bawang merah, cili padi dan halia dibersihkan dan dipotong serta diasingkan. Memasak sambil merujuk tablet memang agak kelakar namun itu yang dilakukan oleh Adriana. Setelah berbual dengan Puan Hafizah semalam, baharu dia tahu yang Firdaus gemarkan makanan laut. Lantas segala resepi menarik digooglenya malam tadi. Oh lupa pula, Adriana sengaja mengambil cuti kerana cuti tahunannya masih berbaki dan dia ingin merasai kehidupan sebagai surirumah walaupun hanya untuk beberapa hari. Pagi tadi, selepas dia mengemas, baharulah dia keluar meluncur ais bersama sahabat-sahabatnya. Julian dan Lillan menjalankan perniagaan online manakala Ian merupakan jurulatih Kendo. Ketiga-tiga mereka mempunyai waktu kerja yang fleksibel dan senang diajak ke mana-mana.

Setelah hampir dua jam bertungkus-lumus didapur, akhirnya berjaya juga Adriana menyiapkan hidangan untuk Firdaus. Ikan siakap stim halia, sambal udang dan sayur campur berjaya disiapkan tanpa sebarang kerosakan didapur rekaan Firdaus. Hehe..

Adriana membersihkan peralatan yang digunakan dan disusun semula ke dalam rak. Satu perkara tentang Firdaus yang dipelajari sejak hidup dengan suaminya itu ialah, Firdaus tidak suka jika rumah berselerak dan semua benda haruslah diletakkan semula ke tempat yang sudah disediakan. Plat label turut dilekatkan disetiap laci dan pintu almari supaya senang untuk mencari barang-barang. Adriana sendiri sudah terbiasa dengan fiil suaminya itu.

Siap berkemas, Adriana menyusun lauk diatas meja yang sudah diset dan ditutup dengan penutup makanan. Cara set meja pun dipelajarinya dari pakcik Google. Segera Adriana naik ke tingkat atas untuk membersihkan diri apabila jam sudah menunjukkan jam lima setengah. Dia pun masih belum menunaikan solat Asar. Sementara menunggu kepulangan Firdaus, Adriana berhias. Dia mengenakan sundress berwarna merah jambu. Wajahnya disapu nipis krim BB dan bibirnya dioles sedikit dengan gincu berwarna merah jambu serta pelembab bibir. Sesudah bersiap, Adriana turun semula ke tingkat bawah rumah mereka untuk menyediakan minuman.

Bunyi deruman kereta Firdaus memasuki laman mengejutkan Adriana yang sedang leka mengacau minuman. Minuman dibawa ke ruang makan dan Adriana menyambut Firdaus dimuka pintu.

“Assalamualaikum, sayang nak pergi mana ni?” tanya Firdaus sebaik sahaja keluar dari perut kereta. Adriana menjawab salam lalu menarik tangan Firdaus masuk ke dalam rumah. Tak sabar ingin menunjukkan masakan yang disediakan untuk suaminya. Ternyata usahanya tidak sia-sia apabila melihat wajah Firdaus yang gembira melihat masakannya.

“Ana masak semua ni?” Adriana mengangguk.

“Betul? Bukan beli?” soal Firdaus lagi. Selama ini mereka biasanya makan diluar dek sama-sama penat bekerja kalau tidak pun hanya makan nasi dengan lauk ringkas.

“Ye, Ana belajar dengan pakcik Google.” Adriana menarik kerusi menjemput Firdaus duduk. Hari ini dia mahu melayan Firdaus sebaik mungkin. Bukan selalu mereka ada peluang sebegini. Adriana menghulurkan bekas mencuci tangan kepada Firdaus sebelum mengambil tempat duduk disebelah kiri suaminya. Selesai membaca doa, Firdaus mencuba makanan yang dimasak Adriana. Adriana yang disebelahnya sabar menunggu reaksi si suami.

“Sure bukan lauk beli?” soalan Firdaus membuatkan Adriana menjungkit sebelah kening. Apahal pula? Teruk sangat ke rasa dia?

“Sebab sedap sangat! Pandai sayang abang ni masak. Terima kasih ye sayang?” Adriana menarik nafas lega apabila suaminya menyukai masakannya kalau tidak siapa nak habiskan semua lauk? Paling-paling pun masuk tong sampah sahajalah.

“So you like it?” tanya Adriana dengan senyuman yang paling manis buat Firdaus.

“No. I love it!” Firdaus meneruskan suapan sehingga licin pinggannya. Tiga kali Firdaus menambah nasi menunjukkan betapa dia menyukai lauk yang dimasak Adriana.

“Sayang, ada apa-apa ke hari ni? Lawa semacam lepas tu masak best-best..”

“Tak ada apa.” Adriana yang sudah selesai makan bangun dari duduk lalu membawa pinggan mangkuk ke sinki sambil dibantu oleh Firdaus. Firdaus yang tidak berpuas hati dengan jawapan Adriana mendesak isterinya untuk membuka mulut.

“Tak ada apa. Ana nak layan abang sebaik mungkin hari ni. Boleh tak?” Mendengarkan jawapan si isteri, si suami apa lagi, bukan main suka la. Lantas si isteri disuruh berehat sementara si suami membersihkan pinggan mangkuk. Adriana pada mulanya menghalang terpaksa beralah apabila Firdaus sudah mengeluarkan arahan menyuruhnya menunggu di ruang tamu. Nak tak nak, Adriana terpaksa meninggalkan suaminya didapur seorang diri. Nak membantu kena tegah pula..

Bosan menunggu suami yang bertungkus-lumus membersihkan pinggan mangkuk didapur, Adriana membuka televisyen. Siri kartun Chibimaruko mengamit perhatian Adriana. Kartun yang diminatinya sejak kecil dan watak yang paling disukainya ialah watak Maruko, Ono dan Sugiyama. Leka dia melayan kartun sehinggakan tak sedar yang Firdaus sudah duduk disebelahnya.

“Amboi layan kartun sampai tak perasan abang kat sebelah!” tegur Firdaus lalu mencuit hidung Adriana. Adriana hanya tersengih tapi matanya masih melekap dikaca televisyen.

“Kata tadi nak layan abang?” tanya Firdaus dengan nada tak puas hati. Penat dia mencuci pinggan secepat mungkin semata-mata ingin melihat sejauh mana istimewanya layanan isterinya hari ini. Adriana yang tersedar segera menutup televisyen.

“Abang nak mandi? Biar Ana sediakan tuala dan baju okey? Malam ni abang solat kat masjid kan?” tanya Adriana dengan manja. Firdaus mengangguk lalu merangkul tubuh isterinya.

“Rasa malas nak pergi masjid la bila tengok Ana lawa macam ni,” Firdaus berpura-pura tertidur. Nak juga tengok cara Adriana menegurnya.

“Eh abang kan dah janji dengan Pakcik Mahadi nak pergi masjid sama-sama dengan dia? Tak baik mungkir janji. Lagipun dapat pahala solat berjemaah di masjid nak-nak lagi abang jalan kaki kan? Setiap langkah tu insyaAllah ada pahala.” Firdaus tersenyum sendiri mendengarkan bebelan isterinya.

“Okey abang pergi. Jom temankan abang mandi?” Belum sempat Adriana menjawab, Firdaus sudah mencempung tubuhnya. Menggeleng kepala Adriana dengan gelagat suaminya. Nampaknya dia kena mandi lagi sekalilah.




“Ana sayang abang?” pertanyaan Firdaus setelah pulang dari menunaikan solat Maghrib dan Isyak di masjid membuatkan Ana berasa tidak sedap hati. Apasal pula suami aku ni?

“Abang, kenapa ni?” tanya Adriana risau. Wajah resah Firdaus diusapnya dengan penuh kasih sayang.

“Jawablah dulu,” balas Firdaus lantas tangannya menangkap kedua-dua belah tangan Adriana.

“Mestilah sayang. Kenapa?” perangai Firdaus malam ini memang agak aneh-aneh membuatkan Adriana bertambah risau.

“Ana, sekarang Ana dah menjadi tanggungjawab abang dan kalau benar Ana sayang dan cintakan abang, Ana mesti tak nak abang terseksa kan?” Adriana segera mengangguk. Sedikit pun dia tidak mahu Firdaus terluka kerananya.

“Ana, sepatutnya sejak dari baligh lagi, Ana dah diwajibkan untuk menutup aurat. Kalau boleh abang nak sayang abang ni just tunjuk kecantikan sayang kat abang seorang je. Did you get what I mean?” Firdaus mengucup kedua-dua belah tangan isterinya. Dia mahu Adriana faham yang dia menasihati kerana dia betul-betul sayangkan isterinya. Bimbang juga jika isterinya memberikan reaksi negatif.

“Okay. Lepas ni Ana tutup aurat. Terima kasih sebab nasihatkan Ana,” ujar Adriana lalu memberikan senyuman terindah untuk Firdaus. Selama ini, ibubapanya sendiri pun tidak pernah menegur dan dia sendiri pun sudah bersedia untuk menutup aurat. Lantas apabila dinasihati oleh Firdaus, hatinya berasa cukup lega dan dia menerima nasihat suaminya dengan hati terbuka. Dalam diam dia suka cara Firdaus berdiplomasi dengannya tadi.

“Betul? Abang harap Ana menutup aurat dengan ikhlas dan mengikut syarak. Abang tak suka kalau takat kepala je bertudung tapi bahagian lain macam togel. Nanti abang printkan cara-cara menutup aurat yang betul ye untuk Ana?” Adriana menganggukkan kepala. Dia sendiri pun kurang gemar melihat sesetengah wanita yang bertudung macam-macam fesyen tapi tudung yang dipakai tidak melabuhi dada dan ada juga yang bertudung tetapi memakai baju berlengan pendek!

“Alhamdulillah. Thanks sayang. Oh ye tunggu sekejap ye?” Firdaus bingkas bangun bangun dari birai katil dan berjalan terus menuju ke bilik pakaian mereka. Tidak sampai dua minit, dia kembali dengan membawa keluar sebuah beg kertas.

“Hadiah untuk isteri abang yang paling cantik,” beg kertas bertukar tangan. Adriana menarik keluar isi dari dalam beg kertas itu dengan berhati-hati. Beberapa tudung bidang 60 pelbagai warna betul-betul menarik perhatian Adriana.

“Terima kasih,” ucap Adriana lalu membelek tudung yang dihadiahkan oleh Firdaus kepadanya. Cantik dan sememangnya besar dan menutup aurat.

“Nanti abang cari tudung jenis lain pula untuk sayang okey? Sayang suka kan?” Adriana membalas dengan anggukan laju. Siapa tak suka dapat hadiah weh?

“Err agak-agak bila kita nak tidur ni?” soal Firdaus dengan senyuman nakal. Adriana hanya membuat muka kering mendengarkan soalan cepumas dari Firdaus.

“Malam ni kita layan movie nak?” Sengaja Adriana mengusik Firdaus.Tak cukup dengan itu, Adriana bangun dari katil dan menuju ke bilik pakaian mereka. Tudung yang dihadiahi Firdaus dimasukkan semula ke dalam beg kertas dan diletakkan ke dalam almari pakaiannya. Firdaus hanya memerhati gerak-geri isterinya dengan mulut yang sudah memuncung.

“Jom layan movie lama nak? Cerita Thor ke? Hensem tu Chris Hemsworth!” usik Adriana lagi ketika duduk dihadapan meja solek sambil menyikat rambutnya. Tak sempat dia menyimpan sikat ke dalam laci Firdaus sudah menutup lampu dan menariknya ke kamar mereka. Aih kata nak semua benda tersusun?

Wednesday, November 6, 2013

Isteriku Ratu Ais - Bab 20

taken from here  

Bahagia. Hanya perkataan itu sahaja yang dapat mengambarkan perasaan Firdaus sepanjang menjadi suami kepada Adriana Hanan. Bahagia kerana mempunyai isteri yang luaran seperti ratu ais dan bertukar menjadi isteri yang manja hanya apabila bersama dengannya.

Hampir setiap minggu ada sahaja aktiviti yang dirangka oleh mereka suami isteri. Bergilir-gilir memperkenalkan perkara yang mereka suka kepada pasangan supaya dapat saling memahami dan Firdaus akui semakin hari semakin kuat cintanya untuk Adriana Hanan.

“Abang, Ana nak minta izin keluar dengan kawan-kawan Ana hari ni?” panggilan telefon dari Adriana Hanan membuatkan Firdaus berfikir seketika. Kalau tidak kerana kerjanya yang bertimbun, mahu sahaja dia menemani isterinya.

“Sayang keluar dengan budak bertiga tu ke?” soal Firdaus.

“Yup siapa lagi. Abang bagi kan?” suara manja isterinya menampar halus telinganya. Kalau dah suara macam ini macam mana nak cakap tak boleh weh?

“Baiklah abang izinkan. Jaga diri ye sayang?”

“Okey, love you!” suara riang Adriana di talian membuatkan Firdaus tersenyum sendiri.

“Love you too,” ucap Firdaus. Nasib baik mereka tidak membuat panggilan video, kalau tidak mana mahu sorok wajahnya yang tersengih-sengih kalah kerang busuk mendengar ucapan cinta dari isteri tersayang. Sebaik sahaja talian dimatikan, Firdaus sambung membuat kerjanya. Sejak memenangi tender dari syarikat Muiz untuk mereka bentuk hotel yang bakal kawannya dirikan di Korea, Firdaus semakin sibuk namun begitu, masa untuk Adriana Hanan tetap ada.

Sedang Firdaus sibuk memerah otak, telefon pintarnya berbunyi. Sangkanya pasti isterinya yang menelefonnya, tanpa melihat ke skrin, panggilan terus dijawab.

“Assalamualaikum sayang,” ucap Firdaus sambil matanya masih melekap diskrin komputer.

“Waalaikumussalam sayang~” Terkejut beruk Firdaus apabila mendengar suara kasar yang menjawab salamnya. Cepat-cepat dia melihat nama yang tertera di skrin telefon pintarnya. Tepuk dahi kuat-kuat melihatkan nama Muiz.

“Woi mimpi ke apa? Ni dah nak masuk waktu lunch maka marilah kita lunch bersama wahai sayangku,” Suara Muiz yang mengejeknya membuatkan Firdaus ketawa sendiri. Kurang ajar punya kawan! Suka benar bila dapat kenakan aku!

“Yela..aku ingat wife aku yang call tadi. Apasal kau tak keluar dengan girlfriends kau?” Giliran Firdaus pula mengusik Muiz. Bukan tak tahu yang sahabatnya itu bukan jenis playboy. Perempuan yang disukai Muiz pula kini nun jauh di Korea Selatan.

“Ohoi, beratur perempuan yang nak keluar dengan aku tapi aku reject. Weh jom keluar makan dengan aku. Iqram dengan Hamdan busy, Rin pula takde..kesian kat aku.” Tergelak besar Firdaus mendengar suara Muiz yang buat-buat sedih.

“Yela kau nak makan kat mana?”

“Tak tau, kejap karang aku ambil kau kat office. Assalamualaikum” Firdaus menggeleng-gelengkan kepala dengan perangai sengal Muiz. Tetapi dia akui yang perangai Muiz itu yang membuatkan dia suka berkawan dengan Muiz. Muiz tak pernah sombong dengan harta dan kejayaan yang dikecapinya.

“Buat apa aku nak bangga Firdaus? Sekali Allah tarik, tak ada apa yang tinggal maka rendah diri itu lebih bagus,” kata Muiz ketika mereka berbual-bual diatas kapal layar milik Muiz suatu ketika dulu.

“Hah, berangan lagi kau!” Sergahan Muiz mematikan khayalan Firdaus. Aik cepat betul Muiz sampai.

“Sebenarnya aku dah ada kat luar tadi masa aku call kau tu ahaha..” Muiz berdiri bersilang tangan dipintu bilik pejabat Firdaus sementara menunggu Firdaus mengemas barang-barangnya. Ketawa dia masih bersisa apabila Firdaus yang terkejut cepat-cepat mengemas.

“Kau memang sengal! Dah jom, kang masuk angin pula perut kau tu,” Muiz hanya tersengih lalu keluar dari bilik pejabat Firdaus, beberapa kakitangan Firdaus menyapanya dengan senyuman dan ada juga kakitangan wanita yang senyum malu-malu ke arahnya namun dia hanya membalas dengan anggukan dan senyuman sahaja. Senyum itukan sedekah?



Tiba di Nando Sunway Pyramid, Muiz terus membuat pesanan. Tiba-tiba pula tekaknya ingin menelan ayam peri-peri untuk makan tengah hari dan mereka berada hampir dengan Sunway Pyramid.

“I want full platter, two large mediterranean rice, hot peri-peri chicken and add one large coleslaw and potato wedges. One Americano for me and..” Muiz menjungkitkan kening ke arah Firdaus.

“Earl Grey tea,” Pelayan restoren itu membaca semula pesanan sebelum meninggalkan mereka berdua. Tak sampai lima minit, pelayan itu kembali dengan minuman yang dipesan mereka.

Muiz dan Firdaus berbual-bual membincangkan tentang projek mereka di Korea Selatan sementara menunggu makanan yang dipesan.

“Firdaus, aku ada projek lain yang aku nak buat kat sana. Kau nak join tak?” Firdaus menjungkitkan sebelah kening.

“Cuba cerita dulu kat aku pasal projek tu. InsyaAllah kalau menarik, aku join,” balas Firdaus lalu menghirup teh Earl Grey  yang dipesannya.

“Macam ni, aku nak bina ladang ternakan kat perkampungan Muslim kat sana. Selain buka peluang pekerjaan untuk penduduk kat situ, aku dapat pastikan yang bahan masakan untuk hotel aku nanti dari sumber yang halal. Semestinya aku akan bekerjasama dengan agama Islam kat sana untuk minta mereka pantau dan dapatkan sijil halal,” terang Muiz dengan penuh bersemangat. Firdaus yang mendengar turut berasa teruja dengan rancangan sahabatnya itu. Bijak sungguh otak sahabatnya ini!

“Memang rancangan yang menarik, hmm berapa modal yang diperlukan?” tanya Firdaus dan dia tahu dia perlu meminta pandangan isterinya juga.

“Modal dia aku belum kira habis lagi sebab nak tanya juga kat Iqram dan Hamdan. Bukan apa, aku nak kalau boleh kita empat sekawan ada benda yang dikongsi dan dibanggakan bila dah tua nanti.” Muiz tersenyum puas apabila rancangannya turut mendapat sokongan sahabat baiknya. Bukan dia tak boleh membuat projek ini seorang diri namun dia mahu kejayaan yang bakal tercipta dapat dikongsi bersama sahabat-sahabatnya.

“Thanks Muiz. Aku nak tanya juga kat Ana boleh? Isteri aku ni kalau bab perniagaan ni dia suka je.” Muiz mengangguk setuju. Adriana Hanan juga bukan calang-calang orang didalam bidang perniagaan dan dia semestinya gembira jika isteri Firdaus turut serta dalam projeknya nanti.

“Aku rasa kau dah boleh tanya sekarang.” Muiz menjuihkan mulut ke arah Adriana Hanan yang sedang berjalan melintasi restoren bersama Lillian. Kelihatan Julian dan Ian berjalan dihadapan mereka bersama-sama beg kasut. Pastinya isterinya pergi meluncur ais bersama-sama rakan-rakannya. Firdaus segera bangun dari duduknya dan keluar dari restoren untuk mendapatkan isterinya. Muiz hanya tersengih melihat aksi sahabatnya itu. Macam tak boleh jumpa kat rumah sahaja lagaknya.

Belum sempat Firdaus memanggil Adriana, membuntang matanya melihat isterinya dipeluk oleh seorang lelaki bertubuh tinggi lampai. Adriana pula seperti membiarkan sahaja perilaku lelaki itu kerana tiada tanda-tanda isterinya mahu menolak. Mendidih darah Firdaus menyaksikan aksi isterinya dan lelaki yang tidak dikenalinya itu. Apa suwey sangat Sunway Pyramid ni sampai dua kali dia melihat sesuatu yang dibencinya disini?

“Kau tengok apa? Weh tu bukan bini kau ke?” Muiz yang mengikut Firdaus keluar dari restoren turut terkejut menyaksikan drama dihadapan matanya kini. Adriana yang bagai dapat merasakan kehadiran suaminya segera melepaskan pelukan lelaki tadi lalu mendekati suaminya dengan senyuman. Pelik Firdaus apabila selamba sahaja isterinya senyum kepadanya sedangkan dia menyaksikan sesuatu yang boleh membuatkan dia mengebom Sunway Pyramid itu. Biar masuk penjara janji dia puas!

“Abang? Abang kenapa tak call Ana beritahu abang nak datang sini? Mari Ana kenalkan dengan Paksu Hafiz, dia adik mama.” Bagaikan disiram dengan ais, hati Firdaus yang mendidih terus sejuk. Nasib baik dia tidak bertindak melulu seperti dulu kalau tak mahu naya tidur dibangku luar malam ini. Lelaki bertubuh tinggi lampai tadi turut tersenyum ke arahnya. Paksu Hafiz kelihatan muda dan segak sebab itulah Firdaus cemburu gila melihat aksi peluk memeluk mereka tadi.

“Assalamualaikum, wah ni suami kamu Hanan? Maaflah masa kenduri hari tu paksu masih di Kemboja.” Firdaus segera menyalami Paksu Hafiz dan selamba sahaja Paksu Hafiz memeluknya. Suka memeluk rupanya paksu Ana ni. Adriana memeluk lengan Firdaus manja sebaik sahaja paksunya meleraikan pelukan. Bukan dia tidak nampak wajah tegang suaminya tadi.

“Princess!” Entah dari mana datang pula seorang lelaki yang mendekati dan cuba memeluk Adriana namun sempat Adriana menyorok dibelakang Firdaus.

“Isy kamu ni Hisyam, Hanan tu bukan budak kecil lagi yang kamu boleh peluk. Lagipun kamu berdua bukan mahram tahu!” tegur Paksu Hafiz sambil memulas telinga lelaki yang bernama Hisyam itu.

“Alah papa, dulu Syam peluk boleh je,” balas Hisyam. Mulutnya mencebik tanda protes. Dari pandangan Firdaus, Hisyam bukannya budak kecil yang tak tahu halal haram. Suka hati je nak peluk bini aku!
               
“Dulu umur enam tahun boleh la tapi sekarang dah tak boleh faham? Nak kata papa tak ajar, dah berbuih papa bagi ceramah kat kamu! Ni suami Hanan, Firdaus. Hormat dia sikit!” Terburai ketawa Hisyam mendengarkan papanya yang membebel.

“Sorry tadi aku main-main jela. Macamlah aku tak tahu halal haram. By the way, aku Hisyam sepupu Hanan aka Prince dia zaman dulu-dulu,” huluran salam dari Hisyam disambut Firdaus. Firdaus hanya mampu tersenyum. Kang meradang kang marah pula Adriana pada dia.

“Muhamad Firdaus, ni kawan aku Muiz Haikal dan yang tiga kat belakang tu kawan-kawan Ana, Lillian, Julian dan Ian,” sengaja Firdaus kenalkan semua kawan-kawan sekaligus. Hisyam tersengih sambil matanya masih menjeling-jeling ke arah Adriana Hanan. Ikutkan hati panas Firdaus, mahu sahaja dia seligi kepala sepupu Adriana ini.

“Kamu semua dah makan belum? Kalau belum jomlah join kami kat Nando.” Muiz mempelawa mereka semua ke restoren Nando. Dia menambah pesanan dan mereka menikmati makan tengah hari sambil mendengar cerita Paksu Hafiz. Paksu Hafiz merupakan sukarelawan yang bertugas di Kemboja. Pelbagai cerita tentang umat Islam di Kemboja disampaikan oleh Paksu Hafiz. Muiz yang mendengar berjanji akan memberikan sumbangan dan dia juga mempunyai rancangan untuk meluaskan empayar perniagaannya di Kemboja.

“Hmm okeylah Ana, abang nak kena balik office ni. Ana balik terus ke nak pergi mana-mana?” tanya Firdaus lalu mengusap pipi isterinya. Sebenarnya dia sudah lewat pulang ke pejabat. Nasib baik ada tempat solat dipejabat maka dia akan menunaikan solat di pejabatnya sahaja.

“Ana balik rumah terus. Balik awal ye sebab Ana nak masak something special untuk abang,” ucap Adriana lalu menyalami suaminya. Firdaus menghadiahkan ciuman didahi untuk isterinya.

“Seronok paksu tengok kamu berdua ni. Nanti kalau senang datanglah rumah paksu ye? Hanan ingat lagi kan rumah paksu?” Adriana menganggukkan kepala. Dia memang rapat dengan paksunya berbanding dengan adik beradik mamanya yang lain. Dari kecil lagi Paksu Hafiz sentiasa memanjakannya kerana paksunya tiada anak perempuan.

“InsyaAllah paksu. Abang pergi dulu ye sayang. Assalamualaikum.” Firdaus dan Muiz meninggalkan restoren setelah menyelesaikan bayaran makan tengah hari. Adriana memerhatikan sahaja suaminya sehingga kelibat suaminya hilang dari pandangan.

Hisyam yang dari tadi melihat aksi romantik pasangan itu menyumpah-yumpah Firdaus dalam hati. Dari dulu lagi dia menyukai Adriana namun tidak sekalipun Adriana membuka hatinya untuk menerima dirinya. Memang sewaktu mereka kecil Adriana menganggap dia putera namun apabila gadis itu makin dewasa, gadis itu semakin menjauh diri daripadanya dan hubungan mereka semakin teruk sejak dia meluahkan perasaan cinta kepada Adriana Hanan.

“Baiklah paksu, Hanan balik dulu,” Adriana menyalami Paksu Hafiz. Hisyam tidak pula dipandangnya. Malas nak pandang jejaka perasan bagus itu. Nasib baik Firdaus dan paksunya ada tadi kalau tak mahu sahaja dia terajang sepupunya yang tak faham bahasa itu.

“Ad kami tumpang you. You jangan lupa pula,” kata Lillian sambil mengambil beg kasut. Julian dan Ian turut meminta diri. Tadi Adriana yang datang menjemput mereka semua. Naya mereka jika Adriana meninggalkan mereka disini.

“Ye,” balas Adriana pendek. Perangai ratu ais dia kembali semula. Dengan Firdaus sahaja dia boleh bertukar karakter dan dia akan menjadi ratu ais bila bersama dengan orang lain. Entah mengapa pun dia tak pasti. Apa yang dia tahu, dia sangat menyayangi suaminya.

Monday, October 28, 2013

Isteriku Ratu Ais - Bab 19

taken from here  

“Ana sayang~” laung Firdaus sambil mencari-cari isterinya. Sejak dari dia mencelikkan mata, bayang Adriana langsung tidak kelihatan. Dia yang baharu sahaja mandi terus ke dapur ditingkat bawah kediaman mereka. Segera bibirnya terukir senyum apabila isterinya berjaya ‘dikesan’.

“Sayang buat apa?” tegur Firdaus lalu memeluk Adriana dari arah belakang. Bau wangian Polo Blue milik Firdaus yang sememangnya disukai oleh Adriana membuatkan dia tersenyum.

“Nak buat breakfast, abang pergilah duduk tengok tv ke apa. Bila dah siap nanti Ana panggil okey?” ujar Adriana sambil tangannya membersihkan sotong. Pagi ini dia ingin memasak nasi goreng Cina khas untuk suaminya. Resepi yang sempat dipelajari dari makcik Google selepas Subuh tadi.

“Abang nak tolong boleh? Sunyi la duduk kat depan tu sorang-sorang,” tanya Firdaus. Tangannya sibuk bermain dengan rambut isterinya. Entah apa yang dipintal namun dia seronok bermain dengan rambut panjang isterinya yang diikat satu.

“Ana dah nak siap dah ni. Tinggal nak goreng je. Okey abang tolong set kan meja boleh? Bawa masuk sekali air teh ni ke dalam,” ujar Adriana. Firdaus mencium pipi isterinya sebelum mengangkat teko berisi teh keluar dari ruang dapur.

15 minit kemudian, Adriana masuk dengan membawa semangkuk nasi goreng  Cina. Terpegun dia melihat meja yang diset oleh suaminya. Memang cantik! Teko yang digunanya tadi sudah ditukar kepada teko dari gelas lutsinar. Set cawan dari jenis yang sama digunakan dan dilapik dengan piring kecil dan kain kerawang putih dibawah. Terdapat juga buah-buahan yang sudah siap dipotong dan brownie. Entah bila Firdaus menyediakannya pun dia tidak perasan kerana sibuk merujuk kepada resepi ketika memasak tadi.

“Wah sedapnya bau!” Firdaus yang teruja mengambil mangkuk berisi nasi goreng dari tangan Adriana yang masih terpegun.

“Abang yang setkan meja ni ke? Cantik,” puji Adriana ikhlas lalu mengambil tempat duduk. Firdaus tersenyum bangga mendengarkan pujian dari isterinya.

“Biasa je ni. Okey jom baca doa makan!”Firdaus membacakan doa makan. Tak sabar dia mahu menikmati nasi goreng yang dimasak oleh isteri tercinta.



“Ana sayang, kita nak pergi mana ni?” tanya Firdaus setelah lima minit perjalanan. Adriana yang memandu dengan memakai kaca mata hitam hanya tersenyum. Sengaja Adriana merahsiakan destinasi mereka daripada pengetahuan Firdaus. Hari ini dia mahu suaminya mengenali sukan yang diminatinya.

“Sayang, abang tanya ni bukan suruh Ana senyum.”

“Just wait my love,” balas Adriana. Diukirnya senyuman menggoda hanya untuk tatapan suaminya seorang. Firdaus yang terpana dengan senyumannya terus terdiam.


Peugeot RCZ coupe milik Adriana meluncur masuk ke blok Boulevard. Selesai memarkirkan kereta, Adriana keluar dari kereta dan membuka pintu disebelah pemandu. Dia perlu mengejutkan Firdaus yang tertidur. Mungkin bosan kerana pertanyaannya tidak dilayan tambahan pula malam tadi Firdaus tidur lewat kerana menyiapkan lukisan pelan.

“Abang, kita dah sampai,” kejut Adriana lalu menghadiahkan kucupan di pipi Firdaus. Firdaus mengeliat membetulkan urat-uratnya.

“Kita kat mana ni sayang?” tanya Firdaus sambil mengosok-gosokkan matanya. Kantuknya masih bersisa.

“KLFC.” Comel pula Adriana melihat gaya suaminya yang baharu bangun dari tidur. Rasa macam nak cubit-cubit namun ditahan.

“KFC?”

“Bukanlah, Kuala Lumpur Fencing Center. Jom masuk, Ana dah register abang untuk belajar fencing,” melopong mulut Firdaus. Bila masa pula aku nak belajar fencing ni?

“Dah jangan banyak fikir, jom sayang?” cair confirm cair hati Firdaus. Tangannya ditarik lembut oleh Adriana keluar dari kereta. Bagaikan disihir, dia membiarkan sahaja isterinya yang comel memeluk lengannya.

“Abang, just treat this as our first date okay?” bisik Adriana ditelinga Firdaus. Berdiri bulu roma Firdaus dengan aksi menggoda sang isteri.


“Oh Mr Firdaus, welcome to KLFC. I’m Kenneth, your coach. Pernah fencing sebelum ni?” ramah Kenneth menegur Firdaus yang ralit memerhatikan kanak-kanak yang belajar bermain pedang.

“Tak pernah. Nampaknya saya kena belajar dengan budak-budak tu semua la ye?” kudus Firdaus bertanya membuatkan Kenneth tergelak besar.

“No no no Mr Firdaus. We have another class for adult that we established last few years. Come let me show you around. Oh Ad, Jullian, Ian and Lillian are waiting at hall B.” Adriana menganggukkan kepala tanda faham.

“Abang, Ana pergi jumpa diorang ye? Nanti bila nak balik, Ana cari abang okey?” pamit Adriana lalu mengucup tangan Firdaus.

“Okey sayang. See you later,” balas Firdaus lalu mencium pipi Adriana. Kenneth yang memerhati tersenyum melihat aksi romantik pasangan itu.

“This way Mr Firdaus.” Firdaus mengekori Kenneth setelah hilang kelibat isterinya dari pandangan matanya.



“Amacam best tak fencing?” tanya Adriana sebaik sahaja mereka masuk ke dalam perut kereta. Kali ini Firdaus pula memandu dan Adriana menjadi co-pilot. Dua jam mereka habiskan di KLFC. Baik Adriana mahupun Firdaus, kedua-duanya nampak keletihan namun puas.

“Abang tak boleh komen lebih-lebih sebab baru lagi. Tapi dari pemerhatian abang, fencing ni menarik. Banyak betul terminologi yang nak dihafal. Lunge, parry, en-garde la macam-macam rasa macam nak balik France je,” luah Firdaus. Adriana disebelah hanya tersenyum. Dahulu dia sendiri pun pening dengan terminologi sukan itu namun disebabkan minat, semua itu dapat dipelajarinya dengan pantas. Tambahan pula, tiga orang sahabatnya itu sering membantu dan sentiasa memberikan sokongan kepadanya.

“Pernah pergi France ke?” pelik juga Adriana apabila Firdaus menyebut ingin pulang ke Perancis. Macam ada kampung disana sahaja lagaknya.

“Hehehe tak pernah. Tapi insyaAllah nanti kita pergi sana untuk honeymoon kita okey?” Adriana tersenyum suka. Sebelum ini dia ke sana mengikut mamanya yang kaki shopping tapi bila memikirkan yang dia akan ke sana dengan Firdaus untuk berbulan madu, tentu sekali perasaan seronok itu berbeza.

“Kita balik rumah ye? Malam kang kita sambung dating,” Adriana mengangguk. Sabtu dan Ahad merupakan hari meluangkan masa bersama untuk mereka setelah penat bekerja. Kadangkala, mereka pulang ke rumah ibubapa mereka namun memandangkan masing-masing sibuk, Sabtu dan Ahad sahaja masa yang ada untuk keluar bersama-sama.


Selepas solat Maghrib, mereka keluar semula. Kali ini Firdaus pula memilih tempat untuk temujanji mereka. Adriana memakai gaun princess cut paras bawah lutut berwarna hijau dan dikenakan dengan kardigan lace lengan pendek berwarna putih.

“Done!” Adriana puas hati dengan solekan nipis dan bibir yang hanya disapu pelembab. Sememangnya dia lebih sukakan wajah neutral dari bertempek empat inci dengan mekap.

“Sayang dah siap ke bel...” tak dapat Firdaus menghabiskan ayatnya dia sudah terpaku dihadapan pintu bilik tidur mereka. Tinkerbell ke dalam bilik aku?

“Dah siap dah. Sekejap ye Ana nak ambil beg,” Adriana segera beredar ke bilik pakaian dan accessories yang dihubungkan dengan bilik tidur mereka. Sedang Adriana leka memilih beg tangan untuk dipadankan dengan pakaiannya, Firdaus memeluknya dari belakang. Terkejut juga namun dia hanya tersenyum melihatkan refleksi suaminya dari cermin tinggi dihadapannya.

“Abang, Ana nak cari beg ni.”

“Sayang cantik macam Tinkerbell. Comel sangat sampai rasa nak simpan dalam poket,” bisik Firdaus lalu mengigit cuping telinga Adriana. Adriana mengeliat kegelian dengan aksi suaminya.  Setelah menjumpai beg yang padan dengan pakaiannya, Adriana memusingkan badannya dan memegang kedua-dua belah pipi suaminya.

“Kita keluar sekarang ye? Nanti lewat pula balik, esok kita kerja kan?” pujuk Adriana. Firdaus menarik tubuh Adriana ke dalam pelukannya.

“Tapi rasa macam tak nak keluar je sekarang ni.” Firdaus mengelus pipi isterinya. Didekatkan wajahnya dengan wajah Adriana sehingga hidung mereka bersentuhan. Merah padam wajah isterinya walaupun wajahnya tidak bereaksi.’

‘Alahai comelnya bini aku’ Firdaus mengucup bibir Adriana lembut sebelum merenggangkan tubuh mereka. Sengaja dia mahu mengusik isterinya tadi. Masakan dia mahu membatalkan makan malam mereka setelah dia menempah restoren dengan suasana romantik hanya untuk mereka berdua.

“Come my dearest Tinkerbell. I’ll be your Peterpan for the rest of my life,” ucap Firdaus. Tangannya merangkul pinggang isterinya keluar dari bilik pakaian. Adriana mengeraskan diri setelah mendengar ucapan Firdaus membuatkan Firdaus bingung. Aku salah cakap ke apa?

“But Peterpan loves Wendy...” Adriana menundukkan kepalanya ke lantai. Terfikir juga yang Firdaus mungkin mempunyai ‘Wendy’ dan dia hanya Tinkerbell yang bertepuk sebelah tangan.

‘Pulok!’ Firdaus menepuk dahi mendengarkan kata-kata isterinya. Wajah isterinya yang bertukar keruh lagi menambahkan rasa serba salahnya.

“Sayang, this Peterpan only love his Tinkerbell. I, Muhamad Firdaus will love Adriana Hanan for the rest of my life,” ikrar Firdaus. Tangan kanannya diangkat dan dia berdiri tegak dihadapan Adriana Hanan yang tiba-tiba emosional. Pelik juga dia dengan perangai ratu aisnya ini. Wajah Adriana yang sudah tersenyum membuatkan dia senang hati. Kalau tak rosak rancangannya malam ini.



Tiba di restoren, mereka disambut oleh ketua pelayan dan dibawa ke tingkat atas. Adriana ternyata terpegun dengan kejutan yang diberikan oleh Firdaus. Keseluruhan tingkat itu dikosongkan dan hanya terdapat sebuah meja di tengah-tengah. Sebiji macam cerita Korea yang dia pernah tengok dulu. Firdaus ni mesti kaki layan cerita Korea juga rasanya..

“Tadah! Suka tak? Yang ni si Muiz, Hamdan dan Iqram bagi idea kat abang. Punyalah perah otak macam mana nak buat candle light dinner yang romantik untuk steri abang ni sampai pergi minta tolong kengkawan sengal abang tu hehehe..” Firdaus menjelaskan dengan teruja dari mana dia mendapat idea untuk makan malam mereka itu. Adriana yang mendengar menahan tawa. Kelakar juga suaminya sehingga sanggup berguru dengan Muiz, Hamdan dan Iqram.

“Suka. Terima kasih abang,” ucap Adriana ikhlas. Firdaus segera menarik kerusi untuk isterinya. Romantik sekali sekala apa salahnya?

“Sebenarnya tadi Ana ingat abang tiru cerita Korea. Tak sangka idea kawan-kawan abang rupanya. Apa-apa pun Ana suka,” Firdaus tersenyum lalu mengapai tangan isterinya.

“Hehe sebenarnya kami ni dulu suka layan cerita Korea. Masa sekolah dulu, kengkadang kami dok lepak rumah si Muiz layan cerita Korea sampai si Mia tu pun naik bosan tengok kami,” terang Firdaus sambil tersengih. Adriana menggeleng-gelengkan kepala dengan telatah suaminya. Persahabatan suaminya dengan Muiz, Hamdan dan Iqram hampir sama dengan persahabatan diantara dia, Jullian, Lillian dan Ian.

“Mari makan, tak sedap pula makanan ni kalau sejuk nanti,” ajak Firdaus sebelum menadah tangan untuk membacakan doa dengan diikuti oleh Adriana. Sepanjang makan, mereka berkongsi cerita tentang dan bergurau. Rasanya malam itu Adriana memecah rekod bercakap paling banyak sepanjang hayatnya. Sang suami pula gembira melihatkan si isteri yang banyak bercakap sekaligus membuatkan dia lebih kenal dengan Adriana Hanan binti Ilyas.

Friday, August 9, 2013

Cerpen: Si Cacat itu Suami Aku..

taken from here  

Suasana meriah di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Ar-Rashiddin ketika waktu rehat memang sesuatu yang normal. Kantin yang serba moden dan bersih itu merupakan kebanggaan warga sekolah dan selayaknya untuk sekolah elit ini.

"Murid-murid sila ke tepi, beri laluan kepada Syed Nazmi." Syed Nazmi hanya menundukkan kepalanya. Tidak suka apabila dirinya menjadi tumpuan murid-murid lain. Cikgu Dian merupakan guru yang bertugas pada minggu ini cukup menjengkelkannya. Bukan dia tak tahu yang Cikgu Dian sengaja mengambil hatinya kerana papanya penyumbang terbesar dalam dana sekolah.

"Argh! Apa ni cikgu?! Kami dah beratur lama ni! Takkan pasal si cacat ni kami kena tunggu lagi!" bentak Murshid dengan wajah yang bengis. Murshid memang terkenal dengan sikap samsengnya dan dia bukan seorang yang boleh berkompromi.

"Cikgu, tak apa biar saya beratur," Syed Nazmi bergerak mahu beratur dibelakang barisan. Tetapi belum sempat dia melangkah satu suara menghentikan pergerakannya.

"Woi Murshid kau ni memang kurang kesedaran sivik kan?" Wirdatul Husna, kawan baiknya sejak kecil sudah berdiri berdepan dengan Murshid. Tangannya dicekak dipinggang.

"Kau apahal? Aku dah lama beratur okey? Tak cukup lagi ke sivik aku ni?" marah Murshid. Namun marah Murshid tak lama apabila terlihat Humairah yang hanya mendiamkan diri dibelakang Wirdatul.

"Eh Humairah, nak beli croquette ke? Biar Murshid belikan," berubah terus perangai Murshid yang garang. Humairah masih lagi mendiamkan diri. Malas melayan Murshid yang tak habis-habis mengacaunya. Wirdatul menjulingkan matanya ke atas tanda menyampah dengan perangai Murshid.

"Ek eleh, Nazmi yang memerlukan ni kau tak nak tolong! Dah tepi biar Nazmi beli dulu. Agak-agak la dia nak beratur panjang dengan tongkat dia. Penat tahu?" Wirdatul sudah menjengilkan matanya kepada Murshid.

"Yelah, sebab ada Humairah aku bagi. Dah apa kau tercegat lagi? Pergilah beli!" gertak Murshid melihatkan Syed Nazmi yang hanya mendiamkan diri dari tadi. Cikgu Dian pula sudah hilang entah ke mana. Mungkin malas masuk campur dalam pergaduhan murid-murid elit.

"Terima kasih Murshid" ucap Syed Nazmi tanpa memandang langsung ke arah Wirdatul dan Humairah. Sebenarnya dia berasa malu apabila dirinya dipertahankan oleh perempuan terasa dirinya amat lemah dimata sahabatnya itu.

"Nazmi, wallet awak jatuh." dengan pantas Humairah mengutip dompet duit Nazmi dari lantai dan menepuk-nepuk sedikit sebelum menyerahkannya kepada Syed Nazmi. Syed Nazmi memandang wajah Humairah ketika gadis itu menghulurkan dompetnya. Merah padam wajah gadis itu apabila melihatkan Syed Nazmi yang terpegun dihadapannya.

"Woi cacat, jangan nak pandang awek aku lebih-lebih!" Murshid berang lalu menolak kasar bahu Syed Nazmi. Malang nasib lelaki itu apabila dia hilang imbangan dan kepalanya terhantuk pada palang besi.

"Nazmi!!" jeritan sang gadis kedengaran sebelum matanya terpejam.


"Nazmi! Kenapa tak siap lagi ni?" Teguran mamanya, Puan Sri Syarifah Haslinda mengembalikan dirinya ke alam nyata. Peristiwa 10 tahun lepas masih segar dalam ingatannya dan disebabkan peristiwa itu dia ditukarkan ke sekolah lain oleh kedua ibubapanya yang bimbang akan keselamatan dirinya. Berkali-kali dia memohon untuk tidak ditukarkan sekolah namun rayuannya tidak dipedulikan.

"Mama, sekejap lagi Nazmi turun ye? Nazmi tengah cari stoking ni" tutur Nazmi lembut lalu mengatur langkahnya yang pincang ke arah almari bajunya. Kini dia sudah boleh berjalan tanpa bantuan tongkat setelah menjalani latihan fisioterapi yang intensif di sebuah hospital swasta.

"Yelah, hari ni kamu jangan balik lambat ye? Ada kawan mama nak datang" Nazmi hanya menganggukkan kepala tanda faham. Pelik juga kerana sebelum ini jika ada tetamu, mamanya tidak sibuk-sibuk memberitahunya tentang kedatangan mereka namun kali ni, mamanya siap menyuruhnya balik awal.

Setelah siap berpakaian, Syed Nazmi turun ke tingkat bawah untuk turut sama bersarapan dengan papa dan mamanya. Tan Sri Syed Imran yang sibuk membaca surat khabar hanya memerhatinya dengan ekor mata. Syed Nazmi segera menyalami papanya sebelum duduk di meja makan. Mamanya yang baharu datang dari dapur meletakkan mangkuk berisi nasi goreng ditengah-tengah meja. Mamanya memang suka menyediakan sendiri makanan untuk mereka tanpa bantuan pembantu rumah.

"Abang, jangan lupa hari ni kawan Linda nak datang. InsyaAllah lepas Maghrib diorang sampai. Abang jangan lambat ye?" pesan Puan Sri Syarifah Haslinda sambil mencedok nasi goreng yang masih panas ke dalam pinggan suaminya.

"Ye, dah banyak kali awak beritahu" jawab Tan Sri Syed Imran malas. Penat juga apabila isterinya asyik mengingatkan perkara yang sama sejak malam tadi.

"Yelah, Linda takut abang lupa je, abang kan busy," perlahan suara Puan Sri Syarifah Haslinda lalu mencedok nasi goreng ke dalam pinggan Syed Nazmi pula.

"Alolo mama kamu nak merajuk la tu, ye sayang, abang balik awal ye?" usik Tan Sri Syed Imran lalu mengenggam erat tangan isterinya. Puan Sri Syarifah Haslinda senyum senang dengan pujukan suaminya itu. Syed Nazmi hanya tersenyum melihat gelagat kedua ibubapanya yang masih romantik walaupun sudah melayari bahtera rumahtangga selama hampir 30 tahun.

"Aik senyum sorang-sorang pula kamu ni Nazmi, cepat makan! Kita ada meeting pagi ni," tegur Tan Sri Syed Imran sebelum mengetawakan Syed Nazmi yang sudah tersedak.

"Papa ni.." rungut Syed Nazmi lalu meneguk segelas air untuk menghilangkan perit ditekaknya. Mamanya turut mengetawakannya yang tersedak gara-gara ditegur ketika mengelamun.



Nazmi meletakkan beg kerjanya didalam laci meja kerjanya. Tangannya segera mencapai fail-fail penting untuk mesyuarat yang akan bermula kurang dari 20 minit. Air mineral diatas mejanya diteguk untuk menghilangkan gugup. Sebentar lagi dia akan membentangkan kertas kerjanya dihadapan semua pemegang-pemegang saham terbesar syarikat milik papanya ini. Walaupun dia anak papanya, namun dalam syarikat statusnya tetap sama seperti pekerja-pekerja yang lain.

Syed Nazmi melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat setelah tiba masanya. Belum sempat dia mendapatkan tempat duduk, matanya terpaku kepada seorang gadis bertudung labuh yang duduk tak jauh dari tempat duduknya. Sempat juga gadis itu melemparkan senyuman kepadanya dan menegur wakil-wakil syarikat yang lain. Gayanya sungguh professional dan masih menjaga batasan-batasan syarak cukup menarik hati Syed Nazmi.

"Ehem..Nazmi? Saya rasa kamu dah boleh mulakan pembentangan,"tegur papanya dengan suara yang agak tegas. Syed Nazmi berdehem untuk menghilangkan gugup lalu memulakan perbentangannya dengan lancar dan berjaya menjawab semua soalan-soalan yang ditujukan kepadanya dengan tenang. Sekali-sekala dia melarikan pandangannya ke arah gadis bertudung labuh itu.

"Tahniah Nazmi! Bagus perbentangan kamu, pandai kamu mendidik anak Imran," puji Tan Sri Muiz sambil menepuk-nepuk bahu Syed Nazmi. Papanya apa lagi senyum melebar sehingga ke telinga mendengarkan anaknya dipuji dihadapan pemegang-pemegang saham yang lain.

"Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar," ucap Syed Nazmi lalu melemparkan senyuman kepada Tan Sri Muiz, jutawan tersohor di Malaysia yang mengamalkan perniagaan bercirikan Islam dan cukup disegani di rantau Asia.

"Baiklah Imran, aku balik dulu. Apa-apa nanti kau update kat aku okey?" pamit Tan Sri Muiz sebelum mendapatkan gadis bertudung labuh yang asyik berbual dengan wakil wanita dari syarikat lain. Putih mata Syed Nazmi melihatkan Tan Sri Muiz memaut bahu gadis itu dengan mesra lalu pergi meninggalkan syarikat mereka.

"Pandang apa tu Nazmi?" tegur papanya dengan wajah yang pelik. Syed Nazmi hanya menggelengkan kepalanya lalu melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya. Kecewa kerana gadis yang sempat diminatnya seketika milik orang.


Petang itu, dia dan papanya pulang awal ke rumah. Takut jika mamanya melancarkan perang dingin kepada mereka jika mereka sampai lewat di rumah. Puan Sri Syarifah Haslinda tersenyum lebar sebaik sahaja melihat kereta mereka masuk ke perkarangan rumah.

"Assalamualaikum, ucap Tan Sri Syed Imran dan Syed Nazmi serentak. Syed Nazmi segera bersalam dengan mamanya yang sudah siap sedia menunggu mereka di halaman rumah.

"Waalaikumussalam, bagus-bagus. Dua-dua bertindak mengikut arahan, kalau tak memang mama merajuk sepuluh tahun!" gurau Puan Sri Syarifah Haslinda lalu mendapatkan suaminya untuk bersalaman. Tan Sri Syed Imran sempat menghadiahkan kucupan didahi isterinya.

"Amboi sampai sepuluh tahun! Dah siap ke semua persiapan ala Diraja awak tu?" usik Tan Sri Imran dengan senyuman.

"Dah, tinggal kek je dalam oven tu," balas Puan Sri Syarifah lalu memaut lengan suaminya mesra. Syed Nazmi hanya menggelengkan kepala dengan telatah kedua ibubapanya.

"Nazmi naik atas solat dulu ye," pamit Nazmi sebelum mengaturkan langkah. Tan Sri Imran dan Puan Sri Syarifah hanya menganggukkan kepala mereka.



Selepas Maghrib, tetamu yang dinanti-nantikan pun tiba. Terkejut besar Nazmi apabila melihat gadis bertudung labuh siang tadi turut muncul sebagai tetamu dirumahnya.

"Mia, Iqram! Dah lama kita tak jumpa kan? Sihat?" Puan Sri Syarifah memeluk tubuh tinggi lampai sahabatnya itu. Perbezaan ketinggian yang agak ketara itu membuatkan mereka kelihatan kelakar.

"Alhamdulillah sihat, Linda?" tanya Mia Hana. Iqram dan Tan Sri Imran hanya tersenyum dengan gelagat isteri mereka.

"Alhamdulillah sihat juga. Ni anak kedua Mia kan? Apa namanya?" Puan Sri Syarifah memerhatikan anak dara Mia Hana yang manis bertudung labuh dan dipadankan dengan jubah dua lapis. Gadis itu terus mendapatkan Puan Sri Syarifah untuk bersalaman.

"Myra Humairah, Puan Sri," dengan senyuman yang tidak lekang dibibir, gadis itu menjawab pertanyaan Puan Sri Syarifah.

"Eh tak payah nak Puan Sri sangatlah Myra, panggil makcik je. Anak sulung kamu mana Mia?" Berkenan hati Puan Sri Syarifah dengan sikap sopan santun anak dara Mia dan Iqram itu. Didalam otaknya, dia sudah memasang angan-angan.

"Ikmal dekat Mekah temankan atuknya tunaikan haji, sambil-sambil tu dia buat sekali. Anak-anak awak yang lain mana Linda?"

"Najmi macam biasa la terbang, Hanis pula study lagi. Kat rumah ni tinggal si Nazmi je," Nazmi yang sedang sedang bersalaman dengan Pakcik Iqram sempat mengerling ke arah gadis bertudung labuh itu namun cepat-cepat dia mengalihkan pandangan apabila Myra Humairah mula perasan yang dia asyik memandang gadis itu.

"Haih takkanlah berdiri je? Jomlah ke meja makan, Linda dah siap masak dari siang tadi lagi," pelawa Tan Sri Imran.

"Hehehe..lupa pula. Seronok dapat jumpa kawan lama punya pasal," Puan Sri Syarifah menarik tangan Mia Hana dan Myra Humairah ke meja makan. Para suami dan Nazmi hanya mengekor dari belakang biasalah kalau orang perempuan dah berkumpul, suami dan anak dilupakan huhu..



"What mama?! Seriously?!" Terkejut beruk Syed Nazmi dengan perkara yang dikhabarkan oleh mamanya. Mahu tak terkejut, dia dipinang oleh Myra Humairah, gadis bertudung labuh yang hanya ditemui dua kali.

"Tapi bukan Myra tu dengan Tan Sri Muiz ke ma?" Syed Nazmi teringat akan perkara yang membuatkannya patah hati dengan gadis itu.

"Kamu merepek apa ni Nazmi? Tan Sri Muiz tu kan bapa saudara Myra! Mengarut betul kamu ni." Puan Sri Syarifah sudah mencekak pinggang. Geram dengan Syed Nazmi yang suka membuat kesimpulan sendiri.

"Mama pun sebenarnya terkejut juga bila Mia call mama tadi. Myra sendiri yang nak papanya pinang kamu. Kamu nak tak?" Syed Nazmi sudah menguntum senyum. Hatinya mula melagukan lagu gembira.

"Nak la mama." Puan Sri Syarifah terus memeluk anaknya. Gembira hajatnya untuk memenantukan Myra dalam diam sudah disetujui anaknya. Walaupun dia sendiri tak menyangkakan yang gadis itu berani melamar anaknya. Syukur anaknya yang tak begitu sempurna sudah menemui jodoh.

"Tapi Myra tak kisah ke Nazmi cacat?" soal Syed Nazmi tiba-tiba membuatkan Puan Sri Syarifah tersentak.

"Nazmi, mama pasti insyaAllah Myra tak kisah lagipun Nazmi pun dah tak pakai tongkat dan tak perlukan bantuan sesiapa untuk bergerak," Puan Sri Syarifah mengelus pipi anaknya. Syed Nazmi yang cacat kakinya akibat kemalangan jalan raya, semakin pulih walaupun pergerakannya agak pincang.

Syed Nazmi hanya mengangguk. Terasa kelakar pula dirinya dilamar seorang gadis.

"Hmm Myra kalau boleh nak nikah terus. Kamu okey tak?" Lagi sekali Syed Nazmi terkejut. Macam tak sabar-sabar pula Myra Humairah ni. Timbul rasa curiga dihati Syed Nazmi namun dia segera beristighfar menyingkirkan prasangka yang mula bertapak dihati.



Majlis perkahwinan diantara Syed Nazmi dan Myra Humairah diadakan dengan penuh gilang-gemilang. Majlis yang dirancang oleh Puan Sri Syarifah dan Mia Hana dengan menggunakan tema warna perak tampak ekslusif dan memikat mata yang memandang. Myra Humairah menggenakan jubah gaun yang labuh dan tidak mengikut bentuk badan berwarna turquoise berjaya mencuri tumpuan tetamu yang hadir kerana tudung yang dipakai juga labuh dan pakaiannya mengikut syarak dan tidak berlebih-lebihan.

"Selamat pengantin baru Myra dan Nazmi!" ucap Wirdatul Husna dengan sengihan melebar.

"Husna! Alhamdulillah awak sempat datang! Saya ingat awak kat Tokyo lagi," Myra Humairah memeluk sahabatnya yang amat dirinduinya. Kini Wirdatul Husna menetap di Tokyo kerana mengikut suaminya yang bertugas di sana.

"Myra kenal Wirdah?" soal Syed Nazmi dengan penuh tanda tanya.

"Syed Nazmi, kau lupa ke kita bertiga ni satu sekolah sebelum kau bertukar sekolah sebab terhantuk dulu?" sinis Wirdatul Husna melontarkan soalan cepumas kepada Syed Nazmi.

"Wait..jadi Myra ni Humairah yang selalu dengan kau dulu ke Wirdah? Subhanallah, kecil betul dunia ni," Wirdatul Husna mengangguk dengan wajah pelik.

"Lah kau tak tahu ke?" Syed Nazmi menggeleng-gelengkan kepala. Dia mula tersenyum sendiri.

"Myra ingat Nazmi dah tahu. Tu sebab Myra senyum kat Nazmi masa meeting hari tu," sopan tutur bicara Myra Humairah. Syed Nazmi segera menggengam jari jemari isterinya. Dia sememangnya tak perasan Humairah yang diminatinya dulu merupakan Myra Humairah yang menarik hatinya.

"Maaf memang Nazmi tak perasan. Eh Wirdah, suami dengan anak kau mana?"

"Ada je kat sana. Murshid temankan Zahin makan. Murshid tu mana boleh lekang dari si Zahin tu. Semua benda pasal Zahin dia nak uruskan," terang Wirdatul Husna sambil melambaikan tangannya ke arah suami dan anaknya.

"Weh okeylah aku nak temankan suami dengan anak aku. Selamat pengantin baru dan semoga kekal sehingga ke syurga"

"InsyaAllah" serentak Myra Humairah dan Syed Nazmi membalas.

"Tak sangkakan jodoh Wirdah dengan Murshid tu," kata Syed Nazmi sambil tangannya masih memegang tangan Myra Humairah. Myra Humairah hanya menjungkitkan bahunya.

"Yela, dulu Murshid tu siap tolak abang sampai terhantuk sebab abang pandang Myra lama-lama. Wirdah pula memang tak suka kat Murshid tu dulu," terang Syed Nazmi dengan senyuman melebar.

"Jodoh itukan rahsia Allah. Kita hanya perlu berusaha, berdoa dan kemudiannya tawakal. Macam Myra, Myra usaha dapatkan abang dengan suruh papa pinangkan abang untuk Myra. Lepas tu Myra berdoa dan tawakal pada Allah. Alhamdulillah ada jodoh antara kita. Myra harap abang boleh jadi imam untuk Myra sepanjang hayat Myra dan semoga kita dapat bersama di jannah kelak insyaAllah." Terpegun Syed Nazmi apabila mendengarkan kata-kata isterinya. Myra Humairah seorang yang pendiam namun bila sekali bersuara, kata-katanya tidak sia-sia dan sesungguhnya dia terharu dengan kata-kata Myra Humairah tadi.

"InsyaAllah sayang," Syed Nazmi membawa tangan Myra Humairah ke dadanya lalu memandang tepat ke dalam kolam mata isterinya. Myra Humairah turut membalas pandangan mata suaminya tersenyum senang dengan perlakuan suaminya. Dua hati yang sama-sama memanjatkan doa kepada Illahi semoga perkahwinan mereka kekal sehingga ke syurga dan diberkati Allah. Amin..

Monday, June 3, 2013

Isteriku Ratu Ais - Bab 18

taken from here  

Adriana meletakkan tas tangannya di meja solek. Hatinya berasa geram apabila dimalukan sebegitu rupa di restoran Aria tadi.

Kamil, lelaki itu asyik mengejarnya sejak sebulan lalu sehinggakan dia berasa lemas dan bersetuju untuk keluar dengan lelaki itu semata-mata ingin menyuruh lelaki itu berhenti mengacaunya tapi lain pula yang jadi. Dia dipandang seperti perempuan perampas oleh tunang lelaki itu. Dia sendiri pun tidak tahu yang Kamil sudah bertunang dan dia amat berpuas hati apabila berjaya memandikan Kamil dengan air fresh orange yang mungkin boleh menyejukkan kepala bebal lelaki itu.

“Bodoh” ujar Adriana sambil tersenyum kecil. Hatinya yang beku memang takkan mungkin dicairkan oleh sesiapa. Dia sememangnya sukar untuk menerima sesiapa untuk menjadi raja didalam hatinya. Sejak dari kecil, dia memang sering memencilkan diri dan tidak suka meluahkan perasaannya. Rakan-rakan sekolahnya sering menganggapnya sombong dan prejudis terhadapnya hanya kerana dia berasal dari keluarga yang berada. Hanya dua orang sahaja yang sudi menjadi rakannya di sekolah. Julian dan Lillian, adik beradik yang turut sering diejek kerana lahir dalam tahun yang sama.

Pintunya yang dikuak dari luar itu membuatkan Adriana tersedar dari lamunannya. Mamanya masuk dengan muka berseri-seri.

“Macam mana date kamu dengan Kamil?” tanya mamanya dengan muka ingin tahu.

“He’s already engaged mama” Adriana menjawab malas sambil membaringkan tubuhnya diatas katil.

“What?! Engaged?! Berani sungguh dia kacau anak dara orang padahal dah bertunang! Kurang ajar betul!” Muka Datin Hafsyah memerah menahan marah. Sungguh dia tak menyangka yang jejaka yang dianggap baik dan sopan itu rupa-rupanya hanya mempermainkan Adriana. Kamil sanggup datang menjemput Adriana dan bertemu dengannya untuk meminta keizinan membawa Adriana keluar siang tadi. Tak sangka itu semua lakonan semata-mata.

“Hmm biarlah, lagi pun Hanan bukan suka dengan dia pun” Adriana mula memejamkan mata. Dia sememangnya lebih suka jika Kamil langsung tak menunjukkan muka lagi di hadapannya kelak. Naik bosan dia melihat muka Kamil yang tak tahu malu yang sanggup menunggunya di lobi bangunan pejabatnya tiap-tiap hari.

“Hmm kamu ni pun, mama ingatkan dah terbuka hati untuk bercinta tapi..tak apalah mama keluar dulu. Kamu nak turun makan malam tak karang?” Adriana hanya menggelengkan kepala. Dia terasa penat dan hanya ingin berehat. Penat dengan drama yang tak pasal-pasal dirinya turut terlibat sama.



Adriana melekapkan tangannya didahi Firdaus. Dia tersenyum apabila demam Firdaus mula kebah setelah dijelum dengan air asam jawa. Firdaus yang nyenyak tidur setelah menghabiskan semangkuk bubur ayam dipandang dengan penuh kasih sayang. Dia dapat rasakan yang dia sudah jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Suami yang pada mulanya diterima kerana malas mendengar leteran mamanya. Adriana mengelus pipi Firdaus. Wajah suaminya itu putih bersih namun nampak sedikit pucat akibat demam. Adriana bingkas bangun untuk mengemas dapur. Tadi dia tidak sempat mencuci pinggan mangkuk dan periuk yang digunakan untuk memasak. Mesti dapurnya kelihatan bersepah sekarang.  Belum sempat dia melangkah jauh, Firdaus yang terjaga memegang tangannya.

“Sayang nak pergi mana?” Adriana duduk semula di birai katil.

“Nak pergi basuh pinggan. Tadi Ana tinggalkan lepas masak tadi. Mesti bersepah dapur kita” jawab Adriana lalu melemparkan senyuman manis kepada suaminya.

“Tak payahlah kemas dulu, temanlah abang kat sini” rengek Firdaus sambil tangannya memeluk pinggang Adriana.

“Err..yela-yela” Firdaus terus menarik Adriana ke dalam pelukannya.

“Ana kena jadi bantal peluk abang sekarang. Jom tidur” Firdaus memejamkan mata lalu mengetatkan pelukannya. Adriana hanya boleh tersenyum dengan kelakuan suaminya. Nak menegah pun tak sampai hati. Orang tengah sakitlah katakan. Adriana melelapkan mata yang semakin memberat. Entah apa mantera yang dibaca Firdaus yang menyebabkan dia berasa selesa dan mengantuk setiap kali suaminya memeluknya.




Majlis doa selamat telah pun tamat di kediaman milik Firdaus dan Adriana. Orang-orang dari masjid dan jiran-jiran mereka telah pun beransur pulang. Yang tinggal hanya beberapa orang rakan rapat mereka. Sahabat-sahabat rapat Firdaus seperti Muiz, Iqram dan Hamdan masih galak berborak dengan pasangan itu. Julian, Lillian dan Ian turut serta dalam perbualan mereka. Tadi mereka hanya memerhatikan sahaja majlis doa selamat. Ramai yang memandang pelik namun mereka hanya tersenyum.

“Maaflah Mia tak dapat datang sebab kerja sampai malam hari ni” terang Iqram apabila Firdaus bertanya tentang Mia.

“Oh tak apa, lain kali boleh je kau bawa Mia datang sini” balas Firdaus. Faham sangat dengan pekerjaan Mia yang sememangnya sentiasa sibuk dan kadangkala tak tentu masa.

“Hmm aku rasa macam aku pernah tengok la isteri kau ni Firdaus” Muiz memandang tepat ke arah Adriana yang sudah berasa tidak selesa.

“Mestilah, kau kan datang majlis aku hari tu” Firdaus membalas sambil tersenyum ke arah Adriana untuk menenangkan isterinya itu.

“Tak, sebelum majlis kau.” Muka Muiz berkerut-kerut memikirkan sesuatu.

“Oh ya! Dah dapat, kau perempuan yang siram air oren kat satu lelaki ni kat restoran Aria! Kau ingat tak Firdaus? Kau gila-gila tercengang lepas tu” Muiz berasa gembira apabila dapat mengingat kembali peristiwa yang membuatkan bukan sahaja Firdaus namun mereka bertiga turut tercengang dengan tindakan Adriana dan muka Adriana langsung tiada perasaan apabila beredar dari restoran itu.

“Lelaki tu memang layak disiram” jawab Adriana dengan suara mendatar. Muka Adriana yang nampak bosan itu menunjukkan betapa dia malas untuk mengingat kembali tentang lelaki ‘bertuah’ itu.

“Hmm berani juga kau. Lelaki tu memang kurang ajar pun” Hamdan sebenarnya mendengar setiap butir perkelahian pasangan itu dulu sememangnya tidak suka dengan lelaki yang bernama Kamil itu. Kebetulan meja mereka tidak jauh dengan meja yang diduduki pasangan itu.

Adriana tersenyum ke arah Hamdan. Dia sebenarnya tertarik dengan suara kasar Hamdan. Dari dulu lagi dia memang senang tertarik dengan lelaki yang bersuara kasar. Artis Korea Selatan seperti Bang Yong Guk dan TOP sememangnya menjadi artis kesukaannya. Namun tiada siapa yang tahu tentang ini termasuklah sahabat-sahabat baiknya.

“Ikutkan nak je siram dia dengan air dari pasu bunga tu tapi tangan ni laju je ambil air oren” tambah Adriana lagi. Firdaus memandang pelik kearah Adriana. Selalunya isterinya sukar untuk berborak dengan sesiapa yang baru sahaja dikenali tapi nampak isterinya senang berborak dengan Hamdan.

“Kalau kau siram juga memang terbaik la” Hamdan sudah mula ketawa membayangkan lelaki itu kuyup dengan air. Bukan apa, saiz pasu bunga itu agak besar dan silap-silap Adriana menelangkupkan pasu itu keatas kepala lelaki itu.

“Oh Ad, lelaki yang nama Kamil tu ke? I dengar dia dah putus tunang dengan tunang dia tu” Lillian yang sememangnya ramai juga kenalan memulakan perkongsian cerita pada malam itu.

“Oh yeke” Adriana memberikan reaksi yang agak malas. Peduli apa dia dengan lelaki itu.

“Hmm, sebenarnya Kamil tu nak dekat dengan you sebab dia nak tender syarikat papa you tu je. I dengar bila I terserempak dengan dia yang tengah mabuk dalam Zouk dulu. Punyalah dia marah-marah kata you perempuan sombong perasan lawa. I rasa nak pukul je dia tapi nasib baik Ian tahan kalau tak dah mati dah Kamil tu” Lillian mengepal-gepalkan penumbuknya apabila teringat lelaki yang bernama Kamil itu.

“Haah, I pun ada masa tu. Kamil tu memang a total loser. Macam mana you boleh keluar dengan dia?” Ian melontarkan pertanyaan yang membuatkan semua disitu menumpukan perhatian kepada Adriana.

“Honestly,I keluar dengan dia pun sebab menyampah tengok muka tak malu dia tu yang dok menempek kat lobi tempat kerja I. Keluar pun sebab nak bagi warning kat dia jangan ganggu I lagi” jelas Adriana dengan muka tanpa perasaan.

“Ikutkan hati memang nak panggil polis halau Kamil  tapi disebabkan dulu syarikat kami pernah berurusan dengan dia maka I biarkan” tambah Adriana lagi. Jawapan Adriana itu membuatkan mereka memandangnya tanpa berkelip.

‘Ratu Ais!’ Firdaus tersenyum sendiri memikirkan isterinya yang bersikap dingin dengan orang sekeliling.

“Lepas dari tu dia ada cari kau lagi ke?” tanya Muiz dengan penuh rasa ingin tahu.

Ada tapi aku suruh guard jangan bagi dia masuk hatta kat perkarangan syarikat pun” Adriana menjawab sambil menghirup milo ais yang digemarinya.

“Dia cuba nak dapatkan tender tapi tak layak sebab syarikat dia dalam keadaan tak stabil dan lepas dari tu aku tak tahu dan tak nak ambil tahu” Adriana segera menamatkan perbualan tentang lelaki yang bernama Kamil itu.

Selain dari Kamil memang ramai yang cuba rapat dengannya semata-mata ingin mendapatkan tender syarikat dan tak kurang juga ingin memanipulasikannya untuk tujuan peribadi. Bukan dia tak tahu ada yang membuat pertaruhan jika sesiapa yang berjaya menawan hati aisnya akan mendapat sejumlah wang. Ini pun kerana Lillian yang sering memberitahunya tentang rancangan jahat lelaki-lelaki yang cuba mendekatinya. Julian dan Ian pula sering bertindak sebagai pegawal peribadinya sekiranya ada lelaki yang mengacaunya ketika zaman universiti dahulu.

“Hmm tak sangka ada juga orang macam tu lagi sekarang ni” kata Firdaus sambil memegang tangan Adriana.

“Orang macam tu sentiasa ada. Terpulang pada kita untuk mengendalikan situasi. Ana dah lali sangat sampai dah tak kisah” Adriana membalas genggaman Firdaus sambil melemparkan senyuman.

“Tapi kalau sekarang ni ada orang kacau, beritahu abang ye? Biar abang je yang handle orang-orang yang macam ni” Wajah Firdaus yang serius itu membuatkan Adriana mengangguk pantas.

“Yela dulu kami ni yang protect Ad, tapi sekarang she’s all yours bro!” Julian menepuk-nepuk bahu Firdaus. Julian sudah dapat menerima hakikat yang Firdaus memang lelaki yang sesuai untuk Adriana. Dia dapat melihat perubahan positif dalam diri Adriana setelah Adriana berkahwin dengan Firdaus.

“Okey, kita rasa kita nak gerak dulu. Nak pergi jemput Mia ni. Assalamualaikum” Iqram bangun dari tempat duduknya dan bersalam dengan Firdaus, Muiz, Hamdan, Julian dan Ian. Mia yang sedang mengandungkan anak pertama mereka sememangnya tidak dibenarkan balik seorang diri. Iqram yang akan mengambil dan menghantar Mia ke tempat kerja.

“Kami pun gerak dululah Firdaus. Tak nak ganggu pengantin baru ni” usik Muiz. Setelah Muiz dan Hamdan beredar, Julian, Lillian dan Ian turut meminta diri untuk pulang.

“Hmm sunyi juga bila diorang dah balik kan?” kata Firdaus tiba-tiba. Dia memeluk tubuh Adriana dari belakang.

“Nak panggil diorang datang balik ke?” gurau Adriana sambil berura-ura ingin menuju ke arah pintu.

“Eh tak payah. Sekejap ye abang nak kunci pintu. Ana naik la dulu mandi ke apa ye?” Adriana menganggukkan kepala dan memanjat tangga untuk naik ke tingkat atas rumahnya. Firdaus terus melangkah menuju ke ruang tamu untuk mengunci pintu dan tingkap. Dia turut mengaktifkan fungsi kunci rapi pada pintu pagar automatik di hadapan rumahnya. Dia turut mengunci pintu di bahagian dapur rumahnya dengan mangga. Bukan apa dia cuma ingin pastikan yang rumah mereka benar-benar berkunci sebelum masuk tidur.

Setelah berpuas hati, Firdaus naik ke tingkat atas. Dia membuka pintu kamar tidur dia dan Adriana dengan perlahan-lahan.Sengaja dia mahu mengejutkan Adriana yang sedang leka memilih baju tidur.

“Hah! Makan budak!” Adriana yang terkejut terus menolak tubuh Firdaus yang begitu hampir dengannya sehinggakan lelaki itu terdorong kebelakang dan melanggar pintu almari.

“Auch!” Firdaus mengaduh sakit apabila kepalanya terlanggar pintu almari yang terbuka luas itu.

“Abang! Kenapa terkejutkan Ana? Kan dah terlanggar pintu tu! Mari Ana tengok” Adriana yang hanya bertuala paras paha itu terus mendekati Firdaus. Berderau darahnya apabila melihat tubuh seksi isterinya.

“Tunduk sikit, Ana nak tengok” Firdaus menundukkan sedikit kepalanya. Tubuh isterinya yang seksi itu benar-benar menguji imannya kini.

“Hmm dah benjol sikit. Nasib baik tak luka” Firdaus hanya memerhatikan sahaja bibir isterinya yang mungil. Bibir comel itu membebel marahkannya.

“Abang? Abang okey tak ni? Kenapa senyap? Sakit sangat ke?” Adriana memandang tepat ke wajah Firdaus yang diam sejak tadi. Firdaus terus bangun dan mencempung tubuh isterinya. Adriana terjerit kecil namun hanya membiarkan apabila Firdaus sudah membaringkannya diatas katil mereka.

“Abang nak Ana” Adriana mengangguk sambil memandang wajah Firdaus. Kehendak suaminya itu tidak mungkin akan ditolak olehnya kerana cintanya milik lelaki itu.