Kapitalis

Monday, October 28, 2013

Isteriku Ratu Ais - Bab 19

taken from here  

“Ana sayang~” laung Firdaus sambil mencari-cari isterinya. Sejak dari dia mencelikkan mata, bayang Adriana langsung tidak kelihatan. Dia yang baharu sahaja mandi terus ke dapur ditingkat bawah kediaman mereka. Segera bibirnya terukir senyum apabila isterinya berjaya ‘dikesan’.

“Sayang buat apa?” tegur Firdaus lalu memeluk Adriana dari arah belakang. Bau wangian Polo Blue milik Firdaus yang sememangnya disukai oleh Adriana membuatkan dia tersenyum.

“Nak buat breakfast, abang pergilah duduk tengok tv ke apa. Bila dah siap nanti Ana panggil okey?” ujar Adriana sambil tangannya membersihkan sotong. Pagi ini dia ingin memasak nasi goreng Cina khas untuk suaminya. Resepi yang sempat dipelajari dari makcik Google selepas Subuh tadi.

“Abang nak tolong boleh? Sunyi la duduk kat depan tu sorang-sorang,” tanya Firdaus. Tangannya sibuk bermain dengan rambut isterinya. Entah apa yang dipintal namun dia seronok bermain dengan rambut panjang isterinya yang diikat satu.

“Ana dah nak siap dah ni. Tinggal nak goreng je. Okey abang tolong set kan meja boleh? Bawa masuk sekali air teh ni ke dalam,” ujar Adriana. Firdaus mencium pipi isterinya sebelum mengangkat teko berisi teh keluar dari ruang dapur.

15 minit kemudian, Adriana masuk dengan membawa semangkuk nasi goreng  Cina. Terpegun dia melihat meja yang diset oleh suaminya. Memang cantik! Teko yang digunanya tadi sudah ditukar kepada teko dari gelas lutsinar. Set cawan dari jenis yang sama digunakan dan dilapik dengan piring kecil dan kain kerawang putih dibawah. Terdapat juga buah-buahan yang sudah siap dipotong dan brownie. Entah bila Firdaus menyediakannya pun dia tidak perasan kerana sibuk merujuk kepada resepi ketika memasak tadi.

“Wah sedapnya bau!” Firdaus yang teruja mengambil mangkuk berisi nasi goreng dari tangan Adriana yang masih terpegun.

“Abang yang setkan meja ni ke? Cantik,” puji Adriana ikhlas lalu mengambil tempat duduk. Firdaus tersenyum bangga mendengarkan pujian dari isterinya.

“Biasa je ni. Okey jom baca doa makan!”Firdaus membacakan doa makan. Tak sabar dia mahu menikmati nasi goreng yang dimasak oleh isteri tercinta.



“Ana sayang, kita nak pergi mana ni?” tanya Firdaus setelah lima minit perjalanan. Adriana yang memandu dengan memakai kaca mata hitam hanya tersenyum. Sengaja Adriana merahsiakan destinasi mereka daripada pengetahuan Firdaus. Hari ini dia mahu suaminya mengenali sukan yang diminatinya.

“Sayang, abang tanya ni bukan suruh Ana senyum.”

Just wait my love,” balas Adriana. Diukirnya senyuman menggoda hanya untuk tatapan suaminya seorang. Firdaus yang terpana dengan senyumannya terus terdiam.


Peugeot RCZ coupe milik Adriana meluncur masuk ke blok Boulevard. Selesai memarkirkan kereta, Adriana keluar dari kereta dan membuka pintu disebelah pemandu. Dia perlu mengejutkan Firdaus yang tertidur. Mungkin bosan kerana pertanyaannya tidak dilayan tambahan pula malam tadi Firdaus tidur lewat kerana menyiapkan lukisan pelan.

“Abang, kita dah sampai,” kejut Adriana lalu menghadiahkan kucupan di pipi Firdaus. Firdaus mengeliat membetulkan urat-uratnya.

“Kita kat mana ni sayang?” tanya Firdaus sambil mengosok-gosokkan matanya. Kantuknya masih bersisa.

“KLFC.” Comel pula Adriana melihat gaya suaminya yang baharu bangun dari tidur. Rasa macam nak cubit-cubit namun ditahan.

“KFC?”

“Bukanlah, Kuala Lumpur Fencing Center. Jom masuk, Ana dah register abang untuk belajar fencing,” melopong mulut Firdaus. Bila masa pula aku nak belajar fencing ni?

“Dah jangan banyak fikir, jom sayang?” cair confirm cair hati Firdaus. Tangannya ditarik lembut oleh Adriana keluar dari kereta. Bagaikan disihir, dia membiarkan sahaja isterinya yang comel memeluk lengannya.

“Abang, just treat this as our first date okay?” bisik Adriana ditelinga Firdaus. Berdiri bulu roma Firdaus dengan aksi menggoda sang isteri.


“Oh Mr Firdaus, welcome to KLFC. I’m Kenneth, your coach. Pernah fencing sebelum ni?” ramah Kenneth menegur Firdaus yang ralit memerhatikan kanak-kanak yang belajar bermain pedang.

“Tak pernah. Nampaknya saya kena belajar dengan budak-budak tu semua la ye?” kudus Firdaus bertanya membuatkan Kenneth tergelak besar.

No no no Mr Firdaus. We have another class for adult that we established last few years. Come let me show you around. Oh Ad, Jullian, Ian and Lillian are waiting at hall B.” Adriana menganggukkan kepala tanda faham.

“Abang, Ana pergi jumpa diorang ye? Nanti bila nak balik, Ana cari abang okey?” pamit Adriana lalu mengucup tangan Firdaus.

“Okey sayang. See you later,” balas Firdaus lalu mencium pipi Adriana. Kenneth yang memerhati tersenyum melihat aksi romantik pasangan itu.

This way Mr Firdaus.” Firdaus mengekori Kenneth setelah hilang kelibat isterinya dari pandangan matanya.



“Amacam best tak fencing?” tanya Adriana sebaik sahaja mereka masuk ke dalam perut kereta. Kali ini Firdaus pula memandu dan Adriana menjadi co-pilot. Dua jam mereka habiskan di KLFC. Baik Adriana mahupun Firdaus, kedua-duanya nampak keletihan namun puas.

“Abang tak boleh komen lebih-lebih sebab baru lagi. Tapi dari pemerhatian abang, fencing ni menarik. Banyak betul terminologi yang nak dihafal. Lunge, parry, en-garde la macam-macam rasa macam nak balik France je,” luah Firdaus. Adriana disebelah hanya tersenyum. Dahulu dia sendiri pun pening dengan terminologi sukan itu namun disebabkan minat, semua itu dapat dipelajarinya dengan pantas. Tambahan pula, tiga orang sahabatnya itu sering membantu dan sentiasa memberikan sokongan kepadanya.

“Pernah pergi France ke?” pelik juga Adriana apabila Firdaus menyebut ingin pulang ke Perancis. Macam ada kampung disana sahaja lagaknya.

“Hehehe tak pernah. Tapi insyaAllah nanti kita pergi sana untuk honeymoon kita okey?” Adriana tersenyum suka. Sebelum ini dia ke sana mengikut mamanya yang kaki shopping tapi bila memikirkan yang dia akan ke sana dengan Firdaus untuk berbulan madu, tentu sekali perasaan seronok itu berbeza.

“Kita balik rumah ye? Malam kang kita sambung dating,” Adriana mengangguk. Sabtu dan Ahad merupakan hari meluangkan masa bersama untuk mereka setelah penat bekerja. Kadangkala, mereka pulang ke rumah ibubapa mereka namun memandangkan masing-masing sibuk, Sabtu dan Ahad sahaja masa yang ada untuk keluar bersama-sama.


Selepas solat Maghrib, mereka keluar semula. Kali ini Firdaus pula memilih tempat untuk temujanji mereka. Adriana memakai gaun princess cut paras bawah lutut berwarna hijau dan dikenakan dengan kardigan lace lengan pendek berwarna putih.

Done!” Adriana puas hati dengan solekan nipis dan bibir yang hanya disapu pelembab. Sememangnya dia lebih sukakan wajah neutral dari bertempek empat inci dengan mekap.

“Sayang dah siap ke bel...” tak dapat Firdaus menghabiskan ayatnya dia sudah terpaku dihadapan pintu bilik tidur mereka. Tinkerbell ke dalam bilik aku?

“Dah siap dah. Sekejap ye Ana nak ambil beg,” Adriana segera beredar ke bilik pakaian dan accessories yang dihubungkan dengan bilik tidur mereka. Sedang Adriana leka memilih beg tangan untuk dipadankan dengan pakaiannya, Firdaus memeluknya dari belakang. Terkejut juga namun dia hanya tersenyum melihatkan refleksi suaminya dari cermin tinggi dihadapannya.

“Abang, Ana nak cari beg ni.”

“Sayang cantik macam Tinkerbell. Comel sangat sampai rasa nak simpan dalam poket,” bisik Firdaus lalu mengigit cuping telinga Adriana. Adriana mengeliat kegelian dengan aksi suaminya.  Setelah menjumpai beg yang padan dengan pakaiannya, Adriana memusingkan badannya dan memegang kedua-dua belah pipi suaminya.

“Kita keluar sekarang ye? Nanti lewat pula balik, esok kita kerja kan?” pujuk Adriana. Firdaus menarik tubuh Adriana ke dalam pelukannya.

“Tapi rasa macam tak nak keluar je sekarang ni.” Firdaus mengelus pipi isterinya. Didekatkan wajahnya dengan wajah Adriana sehingga hidung mereka bersentuhan. Merah padam wajah isterinya walaupun wajahnya tidak bereaksi.’

‘Alahai comelnya bini aku’ Firdaus mengucup bibir Adriana lembut sebelum merenggangkan tubuh mereka. Sengaja dia mahu mengusik isterinya tadi. Masakan dia mahu membatalkan makan malam mereka setelah dia menempah restoren dengan suasana romantik hanya untuk mereka berdua.

Come my dearest Tinkerbell. I’ll be your Peterpan for the rest of my life,” ucap Firdaus. Tangannya merangkul pinggang isterinya keluar dari bilik pakaian. Adriana mengeraskan diri setelah mendengar ucapan Firdaus membuatkan Firdaus bingung. Aku salah cakap ke apa?

But Peterpan loves Wendy...” Adriana menundukkan kepalanya ke lantai. Terfikir juga yang Firdaus mungkin mempunyai ‘Wendy’ dan dia hanya Tinkerbell yang bertepuk sebelah tangan.

‘Pulok!’ Firdaus menepuk dahi mendengarkan kata-kata isterinya. Wajah isterinya yang bertukar keruh lagi menambahkan rasa serba salahnya.

“Sayang, this Peterpan only love his Tinkerbell. I, Muhamad Firdaus will love Adriana Hanan for the rest of my life,” ikrar Firdaus. Tangan kanannya diangkat dan dia berdiri tegak dihadapan Adriana Hanan yang tiba-tiba emosional. Pelik juga dia dengan perangai ratu aisnya ini. Wajah Adriana yang sudah tersenyum membuatkan dia senang hati. Kalau tak rosak rancangannya malam ini.



Tiba di restoren, mereka disambut oleh ketua pelayan dan dibawa ke tingkat atas. Adriana ternyata terpegun dengan kejutan yang diberikan oleh Firdaus. Keseluruhan tingkat itu dikosongkan dan hanya terdapat sebuah meja di tengah-tengah. Sebiji macam cerita Korea yang dia pernah tengok dulu. Firdaus ni mesti kaki layan cerita Korea juga rasanya..

“Tadah! Suka tak? Yang ni si Muiz, Hamdan dan Iqram bagi idea kat abang. Punyalah perah otak macam mana nak buat candle light dinner yang romantik untuk steri abang ni sampai pergi minta tolong kengkawan sengal abang tu hehehe..” Firdaus menjelaskan dengan teruja dari mana dia mendapat idea untuk makan malam mereka itu. Adriana yang mendengar menahan tawa. Kelakar juga suaminya sehingga sanggup berguru dengan Muiz, Hamdan dan Iqram.

“Suka. Terima kasih abang,” ucap Adriana ikhlas. Firdaus segera menarik kerusi untuk isterinya. Romantik sekali sekala apa salahnya?

“Sebenarnya tadi Ana ingat abang tiru cerita Korea. Tak sangka idea kawan-kawan abang rupanya. Apa-apa pun Ana suka,” Firdaus tersenyum lalu mengapai tangan isterinya.

“Hehe sebenarnya kami ni dulu suka layan cerita Korea. Masa sekolah dulu, kengkadang kami dok lepak rumah si Muiz layan cerita Korea sampai si Mia tu pun naik bosan tengok kami,” terang Firdaus sambil tersengih. Adriana menggeleng-gelengkan kepala dengan telatah suaminya. Persahabatan suaminya dengan Muiz, Hamdan dan Iqram hampir sama dengan persahabatan diantara dia, Jullian, Lillian dan Ian.

“Mari makan, tak sedap pula makanan ni kalau sejuk nanti,” ajak Firdaus sebelum menadah tangan untuk membacakan doa dengan diikuti oleh Adriana. Sepanjang makan, mereka berkongsi cerita tentang dan bergurau. Rasanya malam itu Adriana memecah rekod bercakap paling banyak sepanjang hayatnya. Sang suami pula gembira melihatkan si isteri yang banyak bercakap sekaligus membuatkan dia lebih kenal dengan Adriana Hanan binti Ilyas.

2 comments:

navanietha panir selvam said...

ada sambungan tak?

Norlyana Nasrin said...

ada..novel ni masih belum siap sepenuhnya..sila tunggu update disini ya?
(^-^)v