Kapitalis

Saturday, August 19, 2017

Heartbreak Compilation 4: Daddy (Part 2)

sekadar gambar hiasan. 


Bertahun usaha aku mencari Jonathan tetapi tidak berhasil. Entah hebat sangat kuasa suami si Kelly sehinggakan aku hilang jejak mereka selepas pesawat mereka transit di Hong Kong. Masa aku banyak dihabiskan menjejak anak aku sehinggakan diriku sendiri terabai. Aku bertuah memiliki Kamil sebagai sahabat. Dia banyak membantu aku dari segi emosi dan menguruskan perniagaan yang kami.


“Hallo Phang taiko! Weh kau dah makan belum?! Serabai je aku tengok kau ni. Jom!” Kamil menampar belakang badanku. Terbang sikit memori aku bersama Jonathan.


“Kau memang nak makan penyepak aku kan?!”


“Kalau penyepak kau boleh bagi aku kenyang, boleh je.” Aku ketawa sedikit sebelum menundukkan kepala. Emosi aku masih tak stabil dan aku tahu Kamil melawak hanya kerana mahu aku lupakan masalahku walaupun hanya untuk seketika waktu.


“Phang, aku tak suka kalau kau hilangkan diri tiba-tiba. Aku tahu kau buntu tapi tolonglah jaga diri.”


“Kamil, aku masih mengharapkan yang anak aku akan balik jumpa dengan aku. Taman permainan ini dulu tempat aku biasa bawa dia bermain apabila Kelly benarkan aku bawa Jonathan keluar.” Aku melepaskan keluhan kasar.


“Phang, dah bertahun kita cuba cari anak kau. Merata pelosok dunia kau pergi tapi tak jumpa-jumpa. Kadang-kadang aku fikir mungkin Kelly ada access ke Hogwart itu yang kau tak jumpa-jumpa anak kau.” Aku terus memukul bahu Kamil yang tak habis-habis nak bergurau.


“Macam mana pun aku percaya satu hari nanti anak kau akan balik juga. Kita jangan putus asa. Minggu depan aku nak pergi Afrika Selatan. Kalau kau nak ikut boleh juga sebab mana tahu taste Kelly tu dah bertukar.” Ah Kamil, kau memang suka minta penyepak!


Balik dari Afrika Selatan, aku terus memandu ke rumah keluarga bekas mertua aku. Walaupun aku dah tak ada hubungan dengan Kelly, aku masih melawat bekas ibubapa mertuaku yang semakin dimamah usia.


“Kau sihat?” Mr Law membuka bicara sebaik sahaja aku bersalaman dengannya.


“Sihat. Bapa sihat?” Dia hanya mengangguk sambil mempelawaku duduk.


“Mak mana?” soalku setelah agak lama berdiam diri.


“Dia pergi rumah jiran. Main mahjong barangkali.”


“Kau makin kurus. Aku minta maaf, disebabkan anak tak guna aku, kau jadi macam ini.”


“Tak perlu minta maaf. Saya anggap ini semua takdir dan saya masih berusaha mencari Jonathan.” Sunyi mula menguasai ruang antara kami. Kami berbual kosong dan aku pulang ke rumah selepas sejam berada di rumah bekas mertuaku.



“Phang, I have a good news for you!” Telefon bimbit aku jarakkan sedikit dari telinga. Sungguh hebat orang yang bernama Kamil ini kerana bangun sahaja pagi-pagi dah mula nak minta penyepak.


Better be. Spit it out.


“Kau kena pergi ke Kanada sekarang! Aku rasa aku dah jumpa anak kau weh!” Aku melompat turun dari katil. Telefon pintar aku campak tepi dan aku terus ke laci untuk mengambil passport.


Telefon rumah yang berbunyi aku angkat dengan dengusan kasar.


“Woi, sabarlah dulu! Kau pergi mandi ke apa. Dalam 30 minit lagi aku sampai. Aku ikut kau.” Aku mematikan panggilan lantas berlari ke bilik mandi. Takkanlah aku nak jumpa anak aku dengan keadaan serabai? Kurang-kurang aku harus kemas supaya tak memalukan dia.


“What do you mean by they’re no longer live in here?” Mata aku jegilkan kepada wanita berkulit putih dihadapanku.


“They moved out.” Seraya dia menghempas pintu rumah meninggalkan aku dan Kamil yang masih terkebil-kebil. Kamil menepuk perlahan bahuku lantas berjalan ke arah kereta yang kami sewa. Penat menaiki kapal terbang masih belum hilang dan kini jiwa aku benar-benar keletihan.
“Aku rasa diorang tak jauh dari sini. Kau jangan risau, aku akan minta tolong rakan perniagaan kita kat sini tolong cari.” Aku hanya mampu mengangguk mendengarkan kata-kata Kamil. Aku tahu dia pun penat sepertiku. Pencarian yang bagaikan tiada kesudahan.


“Maafkan aku Kamil. Sudahlah aku tak banyak membantu dalam perniagaan kita, aku tambahkan lagi dengan masalah peribadi aku. Maafkan aku Kamil.” Kamil hanya menepuk bahuku.


“Kau tak payah buat drama sedihlah Phang. Perniagaan kita maju sebab idea-idea dari kita berdua. Kau ingat aku larat ke nak bangunkan syarikat kita tu kalau aku seorang diri? Logik la sikit.”


“Dahlah jom balik hotel dulu. Aku tengok kau pun dah macam separuh mati.” Aku hanya ketawa kecil.



Aku berjalan perlahan menikmati suasana pagi di Robson Street. Masih terlalu awal untuk anak-anak muda memenuhi ruangan riadah disini. Aku mengambil tempat duduk di sebuah cafe.


French toast and hot mocha, thank you” pelayan cafe segera beredar setelah mendapatkan pesanan dariku.


Canada…” Lautan memori mula menghanyutkan diriku.


You know what, I want to go to Canada for honeymoon.” Wajah Kelly aku pandang dengan senyuman yang terukir.


Sure, why not? We can go there by bus.” Haa..nampak tak bahana berkawan dengan si Kamil? Otak aku pun dijangkiti virus loyar buruk dia. Kelly mencebik tanda tak suka atau menyampah mungkin.


“Alah, tak payah serius sangat boleh? Kita akan ke sana juga suatu hari nanti.” Kelly mengangguk suka. Yalah zaman baru-baru mula bercinta,segalanya manis kalah madu.


Pelayan yang datang menghantar pesanan menyelamatkan aku dari terus tenggelam ke dalam lautan memori. Aku mengucapkan terima kasih lantas menghirup mocha panas yang kupesan. Sampai ke sini aku cuba menjejak anak aku tapi hampa. Terlintas juga difikiran mungkin ini petanda yang aku patut lupakan pasal anak aku dan memulakan hidup baru? Argh, tak mungkin! Anak aku, nyawa aku!


Red-Light District, Montreal, Quebec, Canada.


Aku dan Kamil menyusuri deretan kedai-kedai menjual alkohol dan kelab kabaret. Elliot, rakan perniagaan kami di Montreal menjadi penunjuk arah buat kami berdua. Selama hampir lima jam kami menaiki kapal terbang untuk sampai ke sini. Semuanya kerana aku menerima maklumat yang berkemungkinan besar Kelly berada di Montreal.


Prostitution done discreetly in this area. We need to go further,” ujar Elliot perlahan. Aku dan Kamil hanya mengangguk. Kami memasuki satu lorong yang kotor dimana ada sahaja gelandangan dan penagih dadah disepanjang perjalanan.


“Avoid looking straight to them. We almost there.”


Kami berhenti dihadapan sebuah bangunan usang. Elliot menegur seorang perempuan tua dan dari pemerhatianku lagaknya seperti penjaga tempat itu. Selepas seketika, Elliot memberikan isyarat kepada aku dan Kamil.


We are looking for this woman.” Aku menunjukkan gambar Kelly. Perempuan tua itu kemudiannya melepaskan tawa.


I can offer all of you much younger girls, boys


Do you know her?” soalku tegas. Tujuan aku  ke sini bukan hendak melanggan pelacur! Berubah terus wajah perempuan tua itu.


Yes. Come let me take you to her ‘crib’.” Bau busuk menusuk hidung sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam bangunan usang itu.Hati aku berdebar-debar memikirkan bagaimana keadaan anak aku.


Kate! You got customers!” Pintu sebuah bilik diketuk kasar oleh perempuan tua itu. Lama juga aku menunggu sebelum si penghuni membuka pintu.


“Brigetta, do you bring me a ‘Smack’?” Penghuni yang terhuyung-hayang dengan wajah kusut-masai ‘menyambut’ kami. Kelly. Ya, walaupun namanya sudah bertukar kepada ‘Kate’ dan mukanya nampak lebih tua dari usia, aku masih dapat mengenali bekas isteriku yang telah melarikan satu-satunya anak aku!


Hey boys, I think I know you. Come, lets have some fun.” Kelly seperti orang hilang akal mula mendekati aku dan Kamil. Ikutkan hati aku mahu sahaja aku melempang perempuan dihadapanku ini tapi Kamil segera menenangkan aku dengan menepuk bahuku perlahan.


Where’s my son, Kelly?!” Kelly mula ketawa terbahak-bahak seperti diserang histeria dan kemudian mula menangis. Tak sampai seminit menangis, dia menyambung ketawanya. Sumpah, seperti orang hilang akal!


“I abandoned him! I don’t need a burden!” Sikit lagi aku mahu layangkan penumbuk ke muka bekas isteri aku namun sempat dihalang oleh Kamil dan Elliot.


She’s not in her right mind, Phang! Plus, we need to avoid any trouble at a place like this.” Aku akur dengan kata-kata Elliot. Betul juga, aku perlu dapatkan maklumat tentang anak aku dari Kelly. Hanya dia sahaja yang tahu di mana Jonathan.


“Kelly, beritahu aku, mana anak aku?” soalku kali ini dengan nada yang lembut tapi masih lagi tegas.


“Dia tak mahu Jonathan! Dia tak mahu aku! Arghhh!!!!” Kelly mula menjerit-jerit sambil menarik-narik rambutnya. Dia kemudiannya terus menangis sehingga tidak sedarkan diri.


“Kamil, aku rasa kita kena bawa Kelly keluar dari sini.” Kamil mengangguk lantas menyuruh Elliot berurusan dengan perempuan tua tadi. Aku memandang sayu wajah Kelly. Apa yang sebenarnya terjadi pada dia dan dimanakah anak aku?!



“Kelly ditinggalkan setelah enam bulan mereka tiba di Vancouver. Lelaki tu ceraikan Kelly dengan alasan Jonathan menyusahkan dia sebab asyik menangis mahu berjumpa dengan kau. Padahal dia ada perempuan simpanan baru yang lagi muda dari Kelly.” Aku diam mendengarkan hasil siasatan Elliot dan Kamil.


“Pada mulanya mereka menetap dirumah bekas suami Kelly, tetapi, selepas dua bulan mereka dihalau keluar kerana isteri baru lelaki itu mahukan rumah yang diduduki oleh Kelly dan Jonathan. Kelly kemudiannya berpindah ke Quebec kerana mendapat tawaran kerja di sana.”


“Di Quebec, Kelly bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat dan Jonathan ditinggalkan di pusat penjagaan kanak-kanak. Hidup mereka normal sehinggalah Kelly mula terjebak dengan dadah jenis heroin.” Aku mengurut perlahan dahiku. Mesti keluarga bekas mertuaku akan bertambah kecewa dengan Kelly jika tahu apa yang terjadi.


“Kelly ditahan kerana memiliki heroin dan Jonathan dibawa ke rumah anak-anak yatim. Tak lama selepas itu, Jonathan diambil sebagai anak angkat oleh sepasang suami isteri atas kebenaran Kelly.”


“Kau tahu di mana rumah anak-anak yatim tu?” soalku mengharap. Sekurang-kurangnya aku dapat menjejaki anak aku dari rekod penghuni.


“Malangnya rumah anak-anak yatim itu ditutup tiga tahun lepas akibat kebakaran dan semua rekod penghuni turut terhapus dalam kebakaran.”


“Macam mana aku nak cari anak aku, Kamil?” Aku mula hilang keyakinan diri. Aku tak boleh mengharapkan Kelly yang otaknya sudah terjejas akibat pengambilan heroin berlebihan.


“Bawa bertenang, Phang. Elliot sedang cuba mendapatkan maklumat dari kementerian. Mesti ada rekod pengambilan anak angkat ditangan mereka.” Kamil menenangkan aku yang makin tak keruan.


‘Xiao Long, mengapakah begitu payah untuk menjejaki kau wahai anak?’

Kelly dihantar pulang ke Malaysia sementara aku dan Kamil masih berusaha mencari Jonathan di Kanada. Jujur aku tidak tahu bagaimana Mr Law apabila berjumpa semula dengan Kelly. Namun, tak ada ibubapa didunia ini yang tidak akan memaafkan anak mereka. Aku yakin juga yang Mr Law akan sumbatkan anak perempuannya itu ke pusat pemulihan.


Elliot yang baru pulang dari pejabat kementerian berlari kearahku.


I found him!” ujar Elliot gembira.


I made an arrangement with his foster parents and they agreed with it. We are going to see them a day after tomorrow, Phang!” Kamil mengucap syukur dan aku hanya terpaku mendengar berita gembira itu. Otak aku cuba menghadam maklumat baru yang aku terima.


Finally, you get to see your son, Phang!” Aku mengalirkan air mata kegembiraan. Akhirnya penantian berbelas tahunku membuahkan hasil.


“Nampaknya bolehlah aku kahwin lepas ni.” Aku hanya ketawa dengan gurauan Kamil.


Tiba hari yang dinantikan. Aku berpakaian formal resah menunggu di ruang lobi hotel di mana menjadi tempat pertemuan yang dijanjikan. Kamil yang turut bersama dengan aku turut kelihatan resah. Sesungguhnya dia sahabat yang sentiasa ada bersama aku dikala susah dan senang.


They’ll be here in a short while. Don’t worry.” Aku hanya mengangguk mendengarkan kata-kata Elliot yang turut bersama kami hari ini. Tak sampai seminit, telefon pintar Elliot berbunyi. Aku berdoa supaya tiada khabar buruk dari panggilan itu.


They are here!” Elliot bingkas bangun lalu melambaikan tangan ke arah suami isteri yang sedang berjalan ke arah kami.Kelihatan seorang remaja lelaki berjalan dibelakang mereka bersama dengan seorang kanak-kanak lelaki.


Hi, I’m Paul and this is my wife, Linda.” Pasangan itu mengenalkan diri mereka kepada kami.


You must be Jon’s father, Mr Phang.” Berkaca-kaca mata Linda memandang ke arahku. Aku mengiyakan kata-kata Linda. Mataku tertancap pada remaja lelaki yang bersama mereka. Dia begitu ralit melayan keletah adik lelakinya.


That little guy is our son, Brandon. He’s attached to Jon. We love your son just the same as ours. However, we completely understand your situation. Elliot explained everything to us and I hope you will let Jon to come and visit us.” Paul memeluk bahu Linda yang sudah mula menangis teresak-esak.


I will, Paul. I’m grateful to both of you. I’ve been looking for my son since last 15 years and I keep worrying about his well being,but, today I’m glad. He met a great foster parent.” Aku sangat bersyukur yang Jonathan dijaga dengan elok sekali oleh ibubapa angkatnya. Dia nampak sihat dan gembira.


I will miss him a lot, Mr Phang. He’s being such an angel since we first met him at the orphanage.I know there was a time when he secluded himself and cried because he missed you a lot but I cannot do anything.” Linda yang masih menangis mengamit perhatian remaja lelaki tadi. Dia segera mendekati Linda.


Mom, are you okay?” Linda hanya mengangguk.


Jon, this is your father. Mr Phang, please take a good care of him.” Jonathan memandangku sayu. Perlahan dia mengaturkan langkah ke arahku.


“Papa?” Wajah anakku sudah berubah. Masakan tidak, sudah berbelas tahun aku tak berjumpa dengannya. Tubuhnya sudah tinggi lampai.


“Ya Xiao Long, masih ingat papa?” Jonathan mengangguk dan terus memeluk tubuhku lalu dia menangis semahu-mahunya.


You’ve been through a lot. Mari ikut papa balik.” Jonathan pantas mengangguk. Kamil yang dari tadi hanya memerhati turut mengalirkan air mata. Dia sahaja yang faham penderitaan aku selama berbelas tahun ini.


Paul, Linda. You can come and visit him whenever you like. I will never forget your kindness towards my son.”


“We will.” Aku berjabat tangan dengan Paul dan Linda. Terlalu besar jasa mereka terhadap aku dan Jonathan.



Aku dan Jonathan menghabiskan masa seminggu bersama dengan keluarga angkatnya sebelum kami bertolak pulang ke Malaysia. Segala dokumen perpindahan dan migrasi diuruskan oleh Kamil dan Elliot. Kelly telah dimasukkan ke pusat pemulihan dadah sepertimana yang aku jangkakan. Terlalu banyak peristiwa pahit manis yang aku tempuhi sepanjang hidup aku. Aku tak tahu apa nasib aku di masa hadapan namun, aku bertekad untuk menghabiskan sisa-sisa hidup aku dengan menghargai mereka-mereka disekelilingku.

*******************************************************************************************
Waaaaaaaa....akhirnya habis juga siri Heartbreak Compilation ni. Serius saya sangat 'ter'distract dengan macam-macam perkara/peristiwa terjadi maka blog ni memang terabai. Rasa macam dah hilang momentum untuk menulis tapi...pantang sungguh untuk diri ini meninggalkan kerja yang tak siap. Alhamdulillah setelah berbulan-bulan berusaha, cerpen ini siap. Apa-apa pun, selamat mebaca dan macam biasa tak suka ka apa sila komen okay? Love you guys!

(^-^)v

4 comments:

Anonymous said...

Story akk tak pernah menghampakan. Good job kak!

Norlyana Nasrin said...

Thanks dik (^-^)v

Aisyah said...

Assalamualaikum.
Akak da x aktif kew dlm upload story? Kalau akak masih aktif, bole sye beli buku keluaran akak?

Aisyah said...

Kalau akak da x aktif, canew nk contact akak ya?