Kapitalis

Tuesday, May 26, 2015

Cerpen: Lieutenant in Love

IchiRuki [kredit]   


“Bila dah besar nanti, kita kahwin eh?”

“Kalau mama dengan ayah tak bagi?”

“Kita kahwin lari!”

Huk! Tersentak aku dari lamunan. Imbasan memori ketika zaman masih belum mumaiyiz. Mentah dan tak tahu apa-apa. Memori yang jika boleh aku tak mahu ingat dan hari ini merupakan hari perkahwinan si dia yang berjanji mahu berkahwin denganku dahulu.

Hmm wajah si dia yang ceria bergambar dengan isterinya menunjukkan betapa dia tidak ingat akan janjinya dahulu. Heh, siapalah yang ingat janji yang dibuat ketika berusia tujuh tahun?! Oh..kecuali aku.


“Kau okey?” Sumayyah, sepupuku menegur. Aku hanya memberi isyarat ‘okay’ sebelum beredar mengambil makanan. Muffin blueberry dan baked apple turnover aku letak didalam piring lalu mengambil tempat betul-betul dihadapan pelamin. Punya bagus dia khaskan tempat ini untuk aku dan keluargaku. Memandangkan ahli keluargaku mengerjakan umrah kecuali aku, maka aku diutuskan oleh mama dan ayah aku untuk mewakilkan mereka. Serius janggal!

“Err cik? Makcik tumpang meja boleh? Meja lain semua dah penuh.” Aku menoleh memandang wajah di tukang tanya lantas senyuman aku hadiahkan.

“Boleh makcik. Saya pun seorang sahaja. Bagus juga kalau makcik duduk sekali tak adalah saya rasa janggal.” Makcik yang aku agak berusia awal 50an mengambil tempat disebelahku. Aku bersalaman dengannya sebaik sahaja dia meletakkan pinggan.

“Nama makcik, Zaharah. Apa nama anak ni?”

“Nama saya …”

“Oh mak kat sini rupanya, penat Ian cari. Ian dah dapat tempat kat..” Aku hanya tersenyum melihat wajah lelaki yang menyampuk perbualan aku dan Makcik Zaharah.

“Duduk sinilah Ian, mak dah malas nak bangun dah. Lagipun kat sini jelas nak ambil gambar pengantin nun.” Bagaikan tersedar dari lamunan, lelaki itu terus mengangguk.

“Err Ian pergi ambil pinggan Ian ye.”

“Itu anak teruna makcik, Ian Iskandar. Arwah suami makcik orang putih tu yang bercampur nama si Ian. Oh ye apa nama anak tadi?”

“Saya Sarah. Makcik datang berdua je ke dengan anak makcik?” soalku ramah.

“Haah, kamu ni seorang je ke?”

“Ye, keluarga saya pergi umrah. Saya tak ikut sebab dah pergi dan tak dapat cuti.” Lelaki tadi datang semula dengan pinggan dan air.

“Mak kenal ke?” soal lelaki itu dengan senyuman. Aku? Dah dia senyum takkan aku nak masam muka? Senyum jela, tak rugi sesen pun dan pahala pun dapat.

“Baru je kenal tadi. Ni Sarah namanya.”

“Oh Sarah..saya Ian. Awak kawan pengantin perempuan ke?” Huhu nasib baik anak makcik ni ramah kalau tak memang aku blur terus.

“Tak, saya sepupu pengantin lelaki. Untuk majlis pengantin lelaki yang minggu depan ni saya tak dapat datang jadi itu yang datang belah perempuan.”

“Ian ni satu tempat kerja dengan pengantin perempuan.” Terang makcik Zaharah tanpa dipinta. Aku hanya mampu menganggukkan kepala.

“Kamu kerja apa Sarah?” soal Makcik Zaharah.

“Saya kerja dalam TLDM makcik.” Membulat mata anak beranak itu apabila aku memberitahu pekerjaanku.

“TLDM? Tentera Laut Diraja Malaysia ke Sarah?” Aku mengangguk. Aku dah lali sangat dengan gelagat manusia sekeliling aku apabila aku memberitahu pekerjaan aku. Hmm susah sangat ke nak percaya yang kaum wanita pun ada bekerja dalam TLDM?

“Woo selalu kat laut je la kamu ni ye Sarah?” Aku mengangguk lagi.

“Hmm memang minat ke?” soal Ian tiba-tiba.

“Haah,” jawabku pendek.

“Pangkat apa dah sekarang?”

“Leftenan.”

“Bagus sebab tak ramai kaum wanita yang minat bidang ketenteraan ni.”

“Janji kalau dah minat semua pun dah tak kisah.” Aku teringat reaksi mama dan ayah aku apabila aku menyatakan hasrat untuk menyertai TLDM sebaik sahaja tamat universiti. Masing-masing membangkang namun setelah aku berkeras dan tak putus asa memujuk, barulah mereka benarkan. Hmm macam-macam.

“Sarah, dah siap makan kan? Jom bergambar? Maaf ye, saya pinjam dia sekejap.” Harith, pengantin lelaki aka sepupu aku aka lelaki yang pernah berjanji nak kahwin dengan aku dengan selamba datang ke meja kami dan mengajakku untuk bergambar. Isterinya masih diatas pelamin dan aku perasan wajah pengantin perempuan berubah sedikit ketika Harith menyusun kedudukan untuk ambil gambar. Sewel ke apa dia ini apabila menyuruh aku berdiri ditengah-tengah antara dia dan isterinya. Serius aku rasa nak balik sekarang!







“Puan, buat apa kat sini?” Jenna, Leftenan Muda yang sering menjadi teman berbual aku ketika berehat menegurku. Aku kini sedang mengambil angin sementara menunggu waktu Zohor.

“Tak ada apa, saja je berehat. Awak dah makan?”

“Sudah puan.  Sebenarnya saya nak bagi ni kat puan.” Kad jemputan kahwin rupanya. Haihla nak kahwin dah kau Jenna. Sekejap, sekarang ini musim mengawan ke apa? Baru dua hari lepas aku dapat kad jemputan kahwin dari Fahmi dan sekarang Jenna pula. Aku jela membujang sampai ke tua gamaknya..

“Err puan?” Jenna memandangku pelik. Hahaha boleh pula aku mengelamun.

“Tahniah Jenna. InsyaAllah jika ada kesempatan, saya hadir ye.”

“Terima kasih puan.”

“Sama-sama. Hmm baiklah saya nak pergi solat.” Aku beredar setelah berbalas senyuman dengan Jenna. Isy yang aku sibuk fikir pasal jodoh buat apa? Semuanya dah diatur oleh sebaik-baik perancang yang Maha Melihat, Mendengar dan Mengetahui.






“Sarah, I want to see you.” Suara serius Harith ditalian mengusarkan aku. Dah apa kena dengan sepupu aku ini? Bukan baru balik berbulan madu ke?

“Err sure. Are you coming with your wife?” soalku lalu mengambil tuala yang tersidai di verandah.

“No. Alone. I’ll wait for you in the lobby.” Lobi? Lobi kondominium aku kah?

“By any chance, are you already in the lobby Harith?” Aku mendengar dia melepaskan keluhan kasar.

“Yeah.” Masak! Sah ada masalah ni.

“Okay, I’m coming down in 20 minutes.” Pantas aku berlari ke bilik mandi. Hari minggu dirumah sendiri. Aku dah set dalam kepala otak aku yang aku mahu bermalas-malasan hari ini tapi..hmm tak apalah sepupu aku juga.

15 minit aku dah siap mandi dan berpakaian. Fuh, risau kat sepupu punya pasal! Tak dinafikan dia adalah sepupu yang paling rapat denganku sejak kecil.

Turun sahaja di lobi aku melihat dia sedang termenung memandang orang yang lalu-lalang melalui cermin tingkap lobi. Mukanya kusut dan muram.

“Assalamualaikum.” Dia menjawab salamku dan mukanya dimaniskan sedikit.

“Maaflah ganggu Sarah nak berehat hujung-hujung minggu ni.”

“Oh tak apa. Dulu masa Sarah susah hati pun Harith sanggup datang dari jauh untuk Sarah kan?” Teringat aku ketika aku dimarahi oleh mama dan ayah aku yang membangkang keputusan aku untuk masuk TLDM. Harith sanggup datang dari Perlis semata-mata nak membantu aku memujuk mama dan ayah. Kalut sekejap ibubapa Harith apabila anak bujangnya tiba-tiba ‘hilang’.

“Jom pergi makan? Harith lapar.” Alahai sepupu. Mesti kau tengah betul-betul susah hati sebab Harith yang aku kenal tak akan lupa waktu makan.





“Boleh beritahu apa yang buat Harith susah hati ni?” Dia yang sedang menyuap makanan kedalam mulut terhenti seketika sebelum menyambung suapan. Cukup tiga kali suap, dia berhenti dan mengelap mulut dengan napkin.

“Isteri Harith…”

Wait, Harith faham kan yang urusan rumahtangga harus dielak dari dikongsi dengan orang lain melainkan untuk tujuan kaunseling?” Serius aku tak suka sebenarnya bila ada pasangan suami isteri yang bergaduh dan segala benda nak berkongsi dengan orang. Paling aku tak boleh terima apabila masalah dalam selimut pun boleh berkongsi di laman sosial. Oh manusia, makin hilang malunya…

“Faham tapi Harith dah tak ada siapa nak kongsikan masalah melainkan Sarah. Sarah bagaikan adik kembar Harith sebab Sarah ada bila Harith perlu.” Aku hanya menayangkan wajah tak ada perasaan. Tolonglah, selepas dia sah bernikah dengan isterinya, aku buang terus perasaan aku pada dia. Tak guna menyimpan perasaan pada yang sudah berpunya. Ia hanya menyakitkan diri dan orang lain.

“Baiklah, Sarah akan dengar dan nilai dari sudut professional bukan sebagai sepupu Harith.” Dia mengangguk faham. Dia sudah lali dengan sifat tegas aku sejak kecil lagi.

“Isteri Harith mengaku yang dia pernah terlanjur dengan bekas teman lelaki dia dulu dan pernah gugurkan kandungan.” Membulat mata aku dengan kata-kata Harith. This is waaaayyy too personal !! Aku cuba untuk bertenang dan menunjukkan wajah tanpa perasaan.

“Jadi?”

“Harith terkejut dan tak sangka perempuan yang nampak lembut sebegitu pernah melakukan sesuatu yang sangat kejam. Harith buntu Sarah.” Wajah Harith yang kusut menghilangkan segala sel-sel tampannya.

“Harith, tak semua orang dilahirkan dalam persekitaran yang baik dan dididik dengan agama. Itu masa silam isteri Harith dan sekarang Sarah rasa mesti dia dah berubah kan? Harith kenal dengan dia lebih dari Sarah.” Aku berhenti mengambil nafas dan minum air.

“Sekarang Harith adalah ketua keluarga. Jadilah suami, pembimbing dan sahabat untuk dia. Dia sangat memerlukan Harith. Dosa yang pernah dilakukan dahulu siapalah kita untuk menghukum? Itu urusan dia dengan Allah. Tugas Harith sekarang ialah beri dia kebahagiaan dan tegur dia bila dia buat silap.”

“Senang cakap, tapi sukar nak lakukannya Sarah. Setiap kali Harith pandang dia, Harith asyik fikir yang dia bakal mengulangi perbuatan yang sama jika kami bergaduh.” Aku menggelengkan kepala.

“Itu dinamakan buruk sangka, Harith. Dia sayangkan Harith itu sebab berani menceritakan rahsia silamnya kepada Harith. Dia percayakan Harith dan dia mahu kongsi kesengsaraannya bersama Harith. Harith cuba fikir, kalau dia tak percaya dan cintakan Harith adakah dia akan ceritakan perkara yang memalukan ini kepada Harith?” Harith meraup mukanya.

“Allah…” Aku hanya tersenyum apabila melihatkan Harith bagaikan sedar akan kesilapannya.

“Terima kasih Sarah. Harith tak salah pilih orang untuk ceritakan masalah Harith. InsyaAllah Harith akan berusaha menjadi suami dan sahabat yang baik untuk isteri Harith. Terima kasih Sarah sebab sudi nasihatkan Harith.” Berapa banyak terima kasih da…

“Sama-sama. Harith, perkahwinan bukan untuk sehari dua dan kalau boleh kita nak bersama dengan pasangan kita sehingga ke Jannah. Lain kali bawalah isteri bila berjumpa dengan Sarah. Sarah tak mahu dia salah faham akan hubungan kita.”

“InsyaAllah. Harith mestilah nak isteri Harith berkawan rapat dengan sepupu terbaik Harith ni.” Aku mengangguk. Aku pun perlu jelaskan kepada isteri Harith tentang hubungan kami. Tak kuasa aku jadi punca pergaduhan laki bini.







“Serius ke ni?” Rina, isteri kepada si Harith bertanya dengan muka tak percaya. Tak percaya sebab aku sudi menemaninya ke majlis makan malam syarikatnya. Harith tak ada di Malaysia memandangkan ada urusan perniagaan di Vancouver. Rina menumpang tidur di kondominium aku kerana takut nak tinggal dirumah seorang diri.

“Ye, nasib baik esok Sarah cuti. Tapi nak pakai baju apa ye?” Aku mula membelek pakaian didalam almari.

“Pakai pakaian yang sopan sudah. Ke nak pergi beli? Rina memang suka bab beli-beli baju ni.” Muka teruja Rina membuatkan aku ketawa. Kelakar sungguhlah bini si Harith ini. Mula-mula dulu bukan main dia menangis bila mengetahui yang Harith dah ceritakan segala-galanya pada aku. Aku cepat-cepat memujuk dan menyakinkan Rina yang aku hanya memberi nasihat tak lebih dari itu. Tak sampai sehari, aku dah rapat dengan dia. Rina memang seorang yang baik dan sudah menginsafi dosa silamnya.

“Boleh juga kalau nak pergi beli. Siap-siaplah, kita keluar dalam 30 minit lagi.” Ketahuilah aku memang sangat mematuhi masa. Disiplin yang aku terapkan dalam diri sejak dulu lagi.

Tiba di pusat membeli-belah, boleh kata setiap kedai si Rina mahu masuk dan menyuruh aku menjadi model hari ini. Nasib badanlah…

“Assalamualaikum.” Suara kasar lelaki yang menegur membuatkan kami berdua menoleh serentak. Ketika ini kami sedang beratur untuk membeli air di Chatime. Baju yang dikehendaki sudah dibeli dan sekarang masa untuk membasahkan tekak sebelum pulang.

“Waalaikumussalam. Boss sorang je ke?” Aku memandang wajah lelaki yang menegur kami. Nampaknya Rina kenal dengan lelaki ini. Hmm tapi muka dia macam pernah jumpa…

“Kat luar ni boss pebenda Rina oii. Sarah mesti dah lupa dengan saya kan?” Aku hanya mampu senyum. Aku ingat-ingat lupa muka mamat ni sebenarnya.

“Kita kan jumpa masa kenduri Rina dulu? Ingat tak Makcik Zaharah, mak saya yang tumpang meja Sarah dan lepas tu saya join sekali.” Barulah aku teringat balik.

“Oh Ian. Maaf saya tak teringat. Buat apa kat sini? Temankan mak beli barang ke?” soalku ramah.

“Haah. Jomlah jumpa mak. Mak saya kat dalam restoran tu. Rehat sekejap sebelum nak sambung membeli.” Aku ketawa dengan lawak sengal si Ian. Rina pula bagaikan memberi ruang untuk aku berborak dengan Ian. Pesanan aku turut dia pesankan sekali di kaunter. Nasib baik tadi aku dah bincang dengan dia nak minum apa.

“Serius ni, jom jumpa mak. Rasanya mak mesti seronok dapat jumpa Leftenan Sarah.” Aku yang agak segan berasa serba-salah nak menolak.

“Jomlah Sarah. Jumpa sekejap je. Oh ye malam ni Sarah ikut Rina pergi dinner kita tu boss.”

“Betul ke?” Ian memandangku bagaikan meminta pengesahan. Apahal?

“Haah tak boleh ke?”

“Boleh sangat. Nak saya datang jemput?” Eh, mamat separuh mat salleh ni dah kenapa? Adakah….dah jangan nak perasan Sarah!

Dek berborak sakan dengan Makcik Zaharah, lepas Asar baru kami pulang ke kondominium.

“Sarah, Rina tengok boss Rina macam suka Sarah.” Ehey tajuk yang kalau boleh aku nak elak dah ditanya oleh Rina.

“Rina salah tengok tu. Ian layan kita sama je apa.”

“Sama apa? Rina isteri orang jadi dia layan macam dia layan pekerja-pekerja dia di pejabat tapi bila dengan Sarah, Rina perasan yang dia layan lain sikit.” Mulalah nak buat spekulasi si Rina ni…

“Mestilah lain sebab Sarah bukan pekerja dia. Rina, kalau boleh Sarah tak mahu fikir lebih-lebih pasal benda-benda macam ni sebab bagi Sarah kalau ada yang suka Sarah, sila berjumpa dengan wali Sarah terus.” Rina mengangguk faham.

“Baiklah nanti Rina beritahu Ian yang Sarah cakap kalau suka Sarah sila jumpa dengan wali Sarah ye?” Aik nak kena dia ni!

“Oh ye, alamat nanti Rina boleh minta dengan Abang Harith hehehe…” Masak aku gini…muka dah memerah menahan malu dan Rina tak habis-habis ketawa mengekek mengejek aku. Rasa nak campak dia dari tingkat tujuh ini aje.






Majlis makan malam syarikat tempat Rina bekerja diadakan di Hotel Sheraton Imperial. Meriah dan aku lihat ramai pekerja syarikat yang hadir ramah bertegur sapa dengan Rina. Ian? Tak nampak pula mamat separuh mat salleh itu sejak aku tiba tadi.

“Leftenan Sarah dah makan?” Aku tersenyum apabila diusik oleh Ian yang muncul tiba-tiba dari arah belakang. Ini kalau aku terkejut tadi mahu tercampak mamat ini aku karate.

“Mak nak jumpa Sarah. Mari Ian bawa.”

“Sekejap saya beritahu Rina dulu.” Aku segera memberitahu Rina dan kemudiannya mengikut Ian berjumpa Makcik Zaharah. Tiba di hadapan pintu bilik, Ian menyerahkan kad bilik sebelum meninggalkan aku.

“Assalamualaikum makcik.” Makcik Zaharah yang sedang berehat dikerusi Cleopatra aku tegur.

“Waalaikumussalam. Marilah duduk sini,” pelawa Makcik Zaharah sebelum mengengsot sedikit ke tepi memberi ruang untuk aku duduk disebelahnya.

“Mesti Sarah pelik kan bila Ian cakap makcik nak jumpa Sarah walaupun dah sakan kita berborak petang tadi?” Aku ketawa dengan perkataan ‘sakan’ yang diucap oleh Makcik Zaharah.

“Tak pelik pun sebab Sarah suka berbual dengan makcik.” Jujur personaliti Makcik Zaharah yang mudah mesra dan tak menyombong membuatkan aku senang dengannya.

“Makcik pun suka berborak dengan Sarah. Ni makcik nak tanya sikit.” Tangannya meramas tanganku yang kini berada dalam genggamannya.

“Nak tanya apa makcik?” soalku dengan nada ceria.

“Sarah dah berpunya ke belum?” Sekejap, aku tak salah dengar kan?

“A…apa makcik?”

“Makcik tanya, ni Sarah dah ada berpunya ke?” Aku menunduk dan menggelengkan kepala. Malu weh bila ditanya secara terus macam ini.

“Makcik sebenarnya berkenan nak jadikan Sarah menantu makcik. Sekali pandang je pun makcik dapat agak yang Ian suka pada Sarah. Sarah suka Ian?” Nak tersedak, tercekik semua cukup. Allah malunya…baiklah kau kena jujur sekarang Sarah! Perlahan aku mengangguk. Bohonglah jika aku tak jatuh hati pada lelaki yang baik pada mak dan melayan orang bawahannya dengan penuh hormat.

“Alhamdulillah. InsyaAllah nanti makcik akan pergi berjumpa dengan orang tua Sarah. Benda yang baik tak elok ditangguh.”

“Baiklah nanti saya maklumkan kepada orang tua saya.” Kami terus berborak sehinggalah Rina menelefon bertanya ke mana aku menghilang. Hmm rasanya Rina mesti menjerit suka kalau aku khabarkan tentang berita gembira ini.






Ian Iskandar dan Sarah Annisa. Bertemu hanya tiga kali dan berkahwin pada pertemuan kelima. Dengar macam cerita tak logik tapi kalau ini adalah suratan takdir apa yang hendak dikatakan lagi? Perkahwinan yang bakal dibina atas dasar suka sama suka dan direstui oleh kedua ibubapa sememangnya satu rahmat buat kami berdua.

“Sarah, you look beautiful!” Rina yang membantu aku bersolek mula memuji.

“Rina, jangan mekap tebal sangat okay? Sarah nak kahwin bukan nak jadi badut sarkas.” Rina memuncung mulut tanda protes. Sengaja aku mengusiknya walaupun aku tahu dia memang tak solekkan aku sampai tahap badut sarkas.

“Tahu. Takut tabarruj kan?” Aku mengangguk sebelum mencubit pipinya yang makin tembam. Rina kini mengandungkan anak pertamanya dengan Harith. Walaupun mengandung, bersemangat gila makcik ini menolong aku dalam menguruskan hal perkahwinanku. Harith pun sampai dah tak boleh nak halang isterinya yang lincah walaupun sarat mengandung.

“Sarah, kalau ada apa-apa jangan segan cari Rina ye? Rina suka kawan dengan Sarah dan kalau Ian buli Sarah, nanti Rina suruh Harith selekeh dia cukup-cukup.” Alahai makin comel pula ibu mengandung ni.

“InsyaAllah. Sarah pun suka kawan dengan Rina. Pasal buli tu Sarah ada feeling yang macam Sarah je yang akan buli Ian hehehe…” Kami ketawa bersama-sama. Bunyi pintu yang diketuk mematikan ketawa kami.

“Jom keluar? Pengantin lelaki dah sampai.” Aku dan Rina bingkas bangun dan segera keluar dari bilik solek. Kelihatan Ian yang segak berbaju Melayu berwarna putih duduk bersila dihadapan ayahku. Mata kami bertembung dan aku hadiahkan senyuman buat si dia yang bakal menjadi yang halal untukku. Doa aku titipkan pada Yang Esa. Semoga rahmatMU memayungi sepanjang hayat kami dan tempatkanlah kami dikalangan orang-orang yang beriman di akhirat kelak.


Oh ye, dengan ini tamatlah soalan ‘Bila kau nak kahwin?’ dari saudara-mara dan sahabat handai. Haish lepas ini mesti soalan ‘Bila nak ada anak?’. Dey nak aku tanya ‘Bila agak-agak korang nak jumpa Allah ke?!’. Pfffftttt…

**************************************************************************
Alhamdulillah siap satu lagi cerpen yang saya buat ikut suka hati saya. Macam biasa tak suka ka apa sila komen sebab saya suka baca komen korang hehehehe~

(^-^)v

18 comments:

Scarlet Ai said...

Terus berkarya miss writer.saya suka cerpen miss.otaku, ice king and delinquent queen dan cutest stalker ever are my favourite

Norlyana Nasrin said...

@Scarlett Ai: Terima kasih sebab suka.
InsyaAllah saya akan sentiasa cuba menulis sesuatu yang lain dari kebiasaan.

(^-^)v

Anonymous said...

Akak, dekat part intro tu, ketika zaman masih belum mumaiyiz kot. Hehe.

Norlyana Nasrin said...

Huk! Hahah okay2 nnt akak edit balik .
(^-^)v

etern27 said...

Best jln cerita pun ok...👍tapi kalau panjang lagi sikit kira bonus untuk pembacalah...hehehe✌🏻

Norlyana Nasrin said...

@etern27: Thanks. Hehehe ini pun dah kira panjang bagi saya.

(^-^)v

Unknown said...

salam lama tak jengok blog nie. Simple and terhibur dgn cerpen ringkas nie.

Norlyana Nasrin said...

@rozita kadiman: Waalaikumussalam. Tu la lama x nmpk.

Alhamdulillah terima kasih.

(^-^)v

Unknown said...

Wahhhh, dah lama tak jenguk blog sejak masuk asrama. Keep it up kak. Tak sabar tunggu buku.

Norlyana Nasrin said...

@adryz annisa: hehehe tu la dah lama tak nampak mengomen hehehe~

InsyaAllah apa-apa akak bagitau kat dalam blog ni gak.

(^-^)v

Unknown said...

Suka!

Norlyana Nasrin said...

@jude judy: Hahaha thanks ya!~

(^-^)v

aleya said...

Good job... best

Norlyana Nasrin said...

@aleya: Thanks (^-^)v

Anonymous said...

best. cerita yang tak berat

Norlyana Nasrin said...

Thanks 😉

Siti sarahcute said...

Cerpen ni memang terbaik lah👍👍

Siti sarahcute said...

Cerpen ni memang terbaik lah👍👍