Kapitalis

Monday, October 13, 2014

Cerpen: Hikayat Qa'id dan Risa


[kredit]  

Sepanjang 13 jam perjalanan dari London ke Kuala Lumpur aku hanya tersengih dan melayan video bayi-bayi comel di Youtube. Serius tak sabar nak balik Malaysia jumpa Kak Mar yang dah disahkan mengandung anak pertamanya dengan Abang El. Tak sangka taktik lingerie itu menjadi hehehe...

“Risa!” Aku menoleh ke arah suara papa yang sudah menunggu bersama mama di balai ketibaan. Selalunya hanya pemandu kami yang datang menjemput. Kali ini agak istimewa rasanya apabila kepulanganku disambut oleh papa dan mama.


“Assalamualaikum papa, mama! Jom pergi hospital!” ajakku dengan nada ceria.

“Waalaikumussalam. Apa bendanya yang nak ke hospital? Kak Mar kamu dah balik rumah dah!” balas papa lalu mengetawakanku.

“Hehehe...jom balik!” Aku menarik lengan kedua-dua orang tuaku. Papa dan mama hanya mampu ketawa dengan telatahku. Nasiblah dapat anak sengal  terlebih ceria macam aku ni hehe..








Tiba sahaja dirumah, aku melihat suami kakakku sedang ralit memerhatikan ikan didalam aquarium ditengah rumah dengan membelakangiku. Apa lagi..

“Abang El! Tahniah sebab bakal dapat baby! Tak sangka taktik lingerie Risa menjadi woohoo!” Aku membuat tarian sengalku tanda meraikan ‘kejayaan’ taktikku.

“Er, adik..” Aku memandang ke arah suara yang sememangnya lain dari suara Abang El.

“Omak!!!” Mak aih siapa pula dia ni! Merah padam wajah lelaki dihadapanku. Mungkin malu kerana dapat menonton ‘persembahan’ percuma dari aku tadi.

“Ya Allah Risa, buat apa kat depan abang long tadi? Maaf ye abang long, Risa ni memang tak betul sikit perangai dia.” Aku terus berlari mendapatkan Kak Mar yang baru keluar dari dapur.

“Err tak apalah Mar, mana Elyas?” Aku memerhatikan sahaja wajah dihadapanku. Masuk kali ini dah dua kali kami bertemu tapi tak pernah ada peluang untuk berbual. Lainlah dengan adik-adik perempuan Abang El, Qaisara dan Qairiah, dua-dua tu boleh dibuat geng.

“Abang ada kat atas baru lepas mandi. Abang Long duduklah dulu, biar Mar buatkan air.” Err sebenarnya aku tak ingat nama abang sulung Abang El ni. Dari tadi kakak asyik panggil abang long, abang long, Abang Long Fadil kah? Hehehehe.....

“Tak apalah Mar, cakap dengan Elyas Abang Long tunggu dia kat luar.” Sempat juga aku mengusha wajah abang sulung Abang El ini. Macam manalah aku tak tersalah orang, dari belakang sama aje saiznya dengan Abang El. Main ragbi la katakan...

“Kakak, tu abang sulung kepada Abang El ke?” soalan yang aku sudah tahu jawapannya tapi sengaja nak bertanya juga.

“Yela, Risa kan pernah jumpa dengan dia dulu?” Aku hanya mengekor kakakku ke dapur. Mungkin dia lapar. Biasalah ibu mengandung..

“Hmm tak berapa nak ingat. Apa ek nama dia?” soalku sambil membantu kakakku mengeluarkan buah-buahan dari peti ais.

“Qa’id Emad tak silap kakak. Aisy banyak pula tanya kamu ni, Kenapa?” Tangannya mula memotong kecil buah-buahan yang ada. Hmm nampak gaya macam nak buah salad buah-buahan tapi saiz kecil gila macam ini macam nak masuk pengisar buat jus je!

“Kakak nak buat apa dengan buah ni?”

Fruit salad. Why?”

Too small. Mehlah Risa buat! Yang ni masuk blender kita buat jus je. Apa nak jadi dengan bini orang ni!” bebelku sambil berlalu ke peti sejuk. Mengambil buah-buahan lain untuk dipotong. Duduk jauh dari keluarga sememangnya memberi banyak manfaat kepadaku. Aku lebih berdikari dan jika ada perkara yang aku tidak tahu, aku akan mempelajarinya sehingga aku faham. Berbeza dengan kakakku yang dijaga bagaikan puteri sejak kecil lagi. Tiada kebebasan dan kurang ilmu survival.

“Risa blender ni tak gerak sangat!” Tepuk dahi aku apabila melihat telatah kakakku.

“Ya Allah, kakak nak buat jus kan? Tambahlah air.” Kak Mar hanya tersengih sebelum memasukkan sejag air ke dalam pengisar yang masih berputar tanpa sempat aku halang.

“Risa!!!!” jerit Kak Mar sebelum berlari menyorok dibawah meja. Aku hanya mampu menepuk dahi. Berselerak dapur dengan tumpahan jus.

“Sayang! Okey tak kat dapur tu!” Kelihatan Abang El dan Abang Qa’id bergegas ke dapur. Aku mengesat mukaku yang terkena jus buah-buahan istimewa kakakku dengan tuala dapur.

“Ya Allah! Apa yang bersepah sangat ni? Sayang kenapa menyorok bawah meja? Gempa bumi ke?”

“Gempa bumi apanya Abang El. Kakak ni nak buat jus pun macam nak buat bom. Dahlah Risa nak naik atas. Nanti Risa suruh pembantu rumah kemaskan semua ni.” Abang El yang terlalu risaukan bini terus membantu kakakku untuk bangun dan dari hujung mataku aku terlihat senyuman Abang Qa’id. Eh?









“Ala kakak....bolehlah...” Penat juga nak merayu kakakku yang sudah mengeraskan diri tak mahu mengikutku mencari pakaian bayi. Apa punya bakal ibu?! Tak teruja nak beli baju anak ke?!

“Mengarut apa ni Risa? Baby kakak ni baru je tiga bulan dalam perut! Awal sangatlah nak membeli pun!” Aku tersengih sambil menggaru kepalaku yang tak gatal. Aku kalau bab membeli-belah memang cukup suka. Nak-nak lagi untuk bakal anak saudara yang sememangnya aku nantikan sejak awal perkahwinan kakakku lagi hehee..

“Ala kak, kalau tak nak beli pun, kita pergi survey pun tak nak ke?” Aku mengedip-kedipkan mataku kepada kakakku dengan harapan dia berlembut hati. Tapi...

“Tak naklah! Tak pernah ada window shopping kalau keluar dengan Risa! Paling-paling mesti ‘ter’beli empat-lima pasang baju juga karang!” Fuh keras sungguh bantahan kali ini. Bagaikan askar kalah perang aku membawa diri keluar dari bilik kakakku. Hmmph, sampai hati!

Dalam keadaan lara itu aku membawa diri ke taman diluar rumahku. Sambil duduk bertinggung ditepi kolam ikan, aku menyanyi-nyanyi kecil meluahkan isi hati yang lara. Huhuhu fefeeling sedih pula...

“Inilah nasib diriku yang malang oh tuhaaaaan~” Ranting kayu aku patahkan dan mula menguis-guis tanah.

“Err adik okey tak ni?” Berdiri tegak aku apabila ditegur dari belakang.

“Hehe..okey..okey..abang Qa’id datang cari Abang El ke?” Alahai Abang Qa’id hensem rupanya hehe...habislah dia dah tengok perangai sengal aku tadi!

“Abang El? Siapa?”

“Abang Elyas. Suami kakak saya. Adik abang?” Kalau tak dapat juga memang aku campak masuk kolam.

“Oh, adik panggil Abang El ye? Tak juga, mak abang suruh hantarkan makanan laut ni untuk kakak adik. Semua segar-segar lagi ni.” Sebuah kotak gabus bersaiz sederhana ditunjukkan kepadaku. Ohoi! Tak berat ke angkat gitu.

“Marilah masuk Abang Qa’id. Lagipun Risa tak larat nak angkat kotak tu sorang.” Dia mengangguk sebelum mengekoriku ke dapur. Terdapat pelbagai jenis ikan, udang, ketam, tiram, sotong dan lala didalam kotak itu.

“Bestnya! Risa rasa nak buat steamboat la! Abang Qa’id meh lah makan kat sini. Sekejap je Risa masak.” Muka Abang Qa’id nampak serba-salah dengan permintaanku yang tiba-tiba. Entah apasal aku nak tunjuk skill memasakku kat Abang Qa’id ni pun dah kenapa? Marissa...Marissa...

“Maaflah abang kena kerja ni. Lain kali sahajalah ye adik?” Rasa kecewa mula menghantui jiwa huhu kecewa dua kali hari ni.

“Tak apalah. Inilah nasib diriku yang malang oh tuhaaaaaaaaaaannnnnn~” Dek kecewa punya pasal aku ‘ter’nyanyi lagu lara aku tadi.

“Err..”

“Lagi satu, panggil Risa bukan adik! Risa bukan adik Abang Qa’id! Nak jadi bini pun boleh!” Okey Marissa kau boleh lempang diri kau sekarang! Serius terasa macam nak pergi menyorok bawah peti ais kalau muat.

“Err...okay abang panggil Risa lain kali. Abang balik dulu. Assalamualaikum.” Muka Abang Qa’id yang merah padam membuatkan jantung aku berdebar tahap macam masuk wrestling hehe..tapi...waa comelnya dia! Uish jaga mata Marissa!

Selepas dari itu setiap kali bertentang mata dengan Abang Qa’id mesti dia malu-malu dan cuba mengelak dari bercakap denganku huhu habislah...









Hi Risa, I’ve received your thesis. So what’s your plan after this?” Pensyarah merangkap penyeliaku menyoal dengan wajah ceria. Kini aku sedang berhubung dengannya melalui Skype. Senang dan percuma.

I’m still thinking. Maybe will help my father with our family business or just being a babysitter.” Galak ketawa orang tua itu apabila mendengar yang aku mahu menjadi pengasuh kanak-kanak. Apa tak boleh ke?

“Risa, you never failed to make me laugh. You’re so funny!” Ehey dia ingat aku badut jalanan ke apa?

“Why?”

“Nothing, but I just can’t picture you being a babysitter. Hahaha..”Cis tak abis gelakkan aku lagi!

Oh who’s the guy behind you?” Eh? Aku menoleh dan aku melihat Abang Qa’id yang sedang sibuk membantu membuat persiapan untuk kenduri doa selamat. Qaisara dan Qairiah juga ada menolong didapur. Sengaja aku menghubungi penyelia aku ditengah rumah. Sambil ber’Skype’ sambil usha Abang Qa’id yang pemalu hehehe...

“My future husband.” Abang Qa’id yang sedang meletakkan gulungan tikar menoleh ke arahku. Eh dia dengar ke? Buat tak tahu ajelah..

“Oh you’re getting married? Congratulation! Don’t forget to send me your invitation card okay?”

“Yeah sure.” Tamat sahaja perbualan video aku menoleh ke belakang mencari kelibat Abang Qa’id. Tak ada. Hmm kecewa sikit. Eh apasal aku kecewa pula?

“Risa jangan pijak situ!” Okey terlambat sebab aku dah terpijak lantai licin itu dan kini sedang menikmati aksi melambung di udara. Waa bebasnya~ tapi tak sempat aku nak rasa sakit terhempas, tubuhku dicempung oleh tangan sasa Abang Q’id. Oh my Superman!

“Maaf tadi Qaisara tertumpah air tak sempat Abang Qa’id nak lap Risa dah lalu.” Abang Qa’id menurunkan aku yang masih terpegun memandang wajahnya. Pipi dia dah merah padam dan dia aku pandang tak berkelip. Ya Allah apasal kau comel sangat Abang Qa’id?

“Te..terima kasih Abang Qa’id,” ucapku setelah melempang diri laju-laju didalam otakku. Abang Qa’id mengangguk sebelum berlalu meninggalkanku. Confirm! Aku dah jatuh cinta dengan Abang Qa’id! Isy macam mana ni?









Majlis mencukur jambul.

Alhamdulillah setelah empat jam pertarungan epik Kak Mar dalam wad bersalin akhirnya anak saudara sulungku, Qushayyi Ziqri yang comel tahap aku nak bawa lari London berjaya dilahirkan dengan selamat. Seminggu selepas kelahiran Qushayyi, majlis akikah dan cukur jambul ini diadakan. Tema majlis hari ini semuanya hasil idea mamaku yang memang seronok mendapat cucu. Semua kaum kerabat dijemput hadir dan memang meriah. Saudara-mara yang aku tak pernah tahu kewujudan mereka pun ada dijemput. Bagus juga kenduri-kenduri macam ni, boleh mengikat kembali silaturrahim.

“Risa buat apa kat sini? Pergilah layan tetamu tu.” Mama menunjukkan ke arah satu keluarga yang baru memasuki ruang tamu. Aku menyambut kedatangan mereka dengan senyuman. Oh tak silap aku ini...

“Assalamualaikum, Risa ingat makcik lagi?”

“Waalaikumussalam. Ingat, ni Makcik Zainab kan? Jemput makan makcik, sekejap lagi baru bercukur jambulnya.” Dibelakang Makcik Zainab ada tiga lelaki yang memandangku dengan senyuman. Okey, inilah ketiga-tiga hero Makcik Zainab yang pernah nak dikenenkan dengan aku dan Kak Mar. Hahaha masa untuk buat Abang El jealous!

“Risa dah habis belajar ke? Sekarang buat apa?” Hehe soalan biasa orang tanya bila dah lama tak berjumpa. Layan je..

“Alhamdulillah dah. Sekarang saya tolong papa di syarikat. Lepas ni insyaAllah jadi babysitter pula,” jawabku selamba. Boleh pula ketiga-tiga anak lelaki Makcik Zainab serentak gelakkan aku. Eh ini kembar tiga ke apa?

“Oh bagus juga macam tu. Baiklah makcik masuk jumpa mama dengan papa kamu dulu ye?” Aku mengangguk sebelum menghala semula ke dapur. Serabut juga kepala otak aku bila tengok ketiga-tiga anak Makcik Zainab itu asyik memandang ke arahku sambil senyum-senyum antara mereka. Haish seram!

Masuk sahaja dapur aku ternampak Abang Qa’id yang sedang membantu membersihkan periuk belanga. Laa..bukan patut buat lepas habis kenduri ke? Hmm apasal muka dia nampak macam tengah stress?

“Assalamualaikum.” Ucapan yang ringkas lagi boleh menyejukkan hati.

“Waalaikumussalam.” Abang Qa’id menoleh ke arahku sekejap sebelum meneruskan kembali kerjanya.

“Mari Risa tolong abang?”

“Tak payah! Pergilah layan tetamu-tetamu Risa kat depan sana tu.” Eh apasal lain bunyinya? Dia nampak aku berborak dengan Makcik Zainab ke tadi? Ke terlebih nampak kat anak-anak Makcik Zainab yang asyik menyengih? Hehehe...

“Tak nak! Nak tolong abang jugak!” Periuk yang sudah disental aku ambil dan bilas dengan air bersih. Dulu aku ada juga menyertai aktiviti bergotong-royong ketika zaman sekolah.

Ruang belakang dapur kini hanya kedengaran dengan bunyi sentalan hilang stress Abang Qa’id dan bunyi air. Hmm aku rasa dah tiba masanya untuk bertanyakan hal itu.

“Abang marah Risa ke?” Dia hanya menggeleng sambil meneruskan sentalan.

“Tadi tu, Risa kenal dengan makcik tu je. Dia pernah nak kenenkan Kak Mar dan Risa dengan anak-anak dia.” Terlepas berus sabut dari tangan Abang Qa’id. Dia mengutip semula dan meneruskan sentalan kembali.

“Tak jadi pun sebab masa tu Kak Mar baru kahwin dengan Abang El dan Risa masih belajar.”

“Sekarang?” Eh, eh ada respon! Matanya tidak memandangku tapi sentalan dia makin perlahan. Membuktikan yang dia mahu mendengar jawapan dari aku.

“Lagilah tak nak! Seram Risa tengok diorang tu.” Teringat aku senyuman ketiga-tiga anak Makcik Zainab yang menyeramkan aku. Heii tegak bulu roma koi! Dari tepi mata, aku melihat Abang Qa’id tersenyum.

“Abang Qa’id suka Risa tak?”

“Ha..hah?!”

“Suka Risa tak?” soalku yang mula kurang sabar.

Abang Qa’id hanya mendiamkan diri dan kemudiannya mengangguk perlahan.

“Kalau begitu kupinang kau dengan bismillah!” Jatuh kerusi Abang Qa’id dengan pinanganku yang tiba-tiba hehehe...comel betul dia ni! Aku yang mula terasa malu terus melarikan diri ke dalam rumah.











“Apa?!!!” Aku menjerit dengan perasaan tak percaya. Macam mana aku boleh ditunangkan tanpa persetujuan aku ni? Bila masa pula orang datang meminang aku?

“Kenapa jerit ni? Mama dah terima dah pun! Kamu bersedia sahajalah!” Mama menarik telingaku sebelum beredar keluar dari bilik tidurku. Aku berjalan perlahan ke arah kerusi rehat ditepi tingkap bilikku. Aku duduk memeluk lutut. Pandanganku lepas ke luar rumah. Inikah nasib yang perlu aku terima setelah puas mengecapi kebebasan dari dulu.

Pintu bilik yang dikuak dari luar mematikan lamunanku. Kakakku masuk dengan mendukung Qushayyi.

“Why you look so sad? This should be a happy news for you right?” Aku menggelengkan kepala.

I love another man.” Terkejut Kak Mar dengan pengakuanku. Ah tak kisahlah. Beritahu ajelah buat apa nak berahsia.

“Tapi mama dah tetapkan hari. Risa dah tak boleh back-out.” Aku mengangguk dan melarikan pandanganku ke luar rumah.

“Risa tahu dan Risa terpaksa terima.” Air mataku laju menuruni pipi selesai menuturkan ayat tadi. Selamat tinggal ‘tunangan’ sementaraku Qa’id Emad.










Tiba hari perkahwinanku. Aku dihias dengan jurusolek yang diupah mama tapi masih dalam seliaan Kak Mar yang mementingkan majlisku ialah walimatulurus bukan majlis peragaan. Baju kahwin dan segalanya diuruskan oleh mama dan Kak Mar memandangkan aku betul-betul tak ambil tahu. Qushayyi Ziqri yang aku lebihkan dari majlis perkahwinanku sendiri memandangkan kakak aku berpantang tiga bulan. Tiga bulan sebab nak betul-betul sihat dan bergetah semula huhu...

“Risa dia dah sampai!” Aku memandang malas ke luar dan aku rasa nak melompat bintang! Qa’id Emad rupanya bakal suamiku. Ya Allah penat aku menangis mengingatkan yang aku tiada jodoh dengan Abang Qa’id tapi...waa alhamdulillah.

“Kakak!”

“Ye?”

“Jahat!”

“Balas dendam untuk kes lingerie dulu!” Aku terus memeluk tubuh kakakku. Serius kejam gila cara balas dendam Kak Mar aku ni. Muka je innocent!

“Ada pula orang tu main pinang anak teruna orang pakai ‘bismillah’. Mahu terduduk kakak dengan Abang El tahan gelak kat korang kat tepi pintu dapur malam tu. Mak dengan mama pun ada sekali masa tu Risa tahu?!” Waa malu!! Mana nak sorok muka?

“Nasib baik mama dengan mak cool, tu yang diorang bincang sekali dengan ayah dan papa untuk kahwinkan kamu berdua. Abang Qa’id pun memang dah suka Risa jadi on jela.” Allah macam-macam...tapi alhamdulillah ada jodoh antara kami.

“Kenapa Risa tak nampak korang?”

“Masa Risa lari tu kami menyorok cepat-cepat. Hehehe lawak betul masa tu.” Aku tersenyum sebelum mencubit pipi kakakku. Haihlah Kak Mar yang sengal!

“Okey sekarang Risa boleh senyum puas kan?” Aku mengangguk laju. Kak Mar menarik tanganku untuk duduk mendengar dan menyaksikan Abang Qa’id berijabkabul dengan papa.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah aku berjaya diijabkabulkan dengan sekali lafaz. Wajah Abang Qa’id aku pandang dengan penuh kasih dan kami menunaikan solat sunat bersama selepas itu. Sekarang legalah mama dan papaku kerana kedua-dua anak perempuan sengal mereka telah mendirikan rumahtangga dengan jejaka-jejaka yang boleh dipercayai.

“Risa,”

“Hmm?”


“Abang sudahi lafaz nikah kita dengan alhamdulillah.” Ahahaha...apa-apa jela labu...

*****************************************************************************
Alhamdulillah siap juga. Macam biasa tak suka ka apa sila komen.

36 comments:

Anonymous said...

Hahahaha, terbaik..
Gelak sengs0rg jgk sy bca.

Norlyana Nasrin said...

Alhamdulillah.
Terima kasih (^-^)v

Unknown said...

hehe. best sengih sorang2 baca gelagat Risa yg sengal tu... Ada sambungan ker lagi...

Norlyana Nasrin said...

@rozita kadiman: Alhamdulillah. Risa memang sengal alam tahap petala kalau nak dibandingkan dengan Mar.

Maaflah untuk HQDR ni memang saya buat cerpen pendek ni huhuhu~

(^-^)v

Author said...

^_^..Daebak!Memang cun lah kak.

Norlyana Nasrin said...

@Fazliana Nazri: Alhamdulillah..kamsahamnida~ hehehe

(^-^)v

Anis Farhana said...

ya Allah apa Risa ni hahahahaha.

awal awal dah buat saya gelak ihik.

kalau la ada orang macam Qa'id tu memang saya dah pinang dengan bismillah heheheh

Norlyana Nasrin said...

@Anis Farhana: Risa memang macam tu hehe~

Semoga diakhiri dengan alhamdulillah hehehe~

(^-^)v

SuhaFasihah said...

Best!! Tapi tak puas baca ;p
Seronok dgn reaction qa'id...

Norlyana Nasrin said...

Alhamdulillah~

Hehehe sebab ni cerpen terselit diantara cerpen Oh Ustaz? Yes Tuan!

(^-^)v

Unknown said...

hahahahaha terbaekkk... puas den golak smpai roomate pk laen (y)

Norlyana Nasrin said...

@nur hidayah: Alhamdulillah terima kasih hehehe...xpe2
(^-^)v

Anonymous said...

Nak tanya skitla...cerpen ni best,sengal,lawak tapikan....risa tu boleh ke senarnye kawen ngan qa'id?

Norlyana Nasrin said...

Boleh je sebab mereka berdua bukan mahram.

(^-^)v

Unknown said...

HAHAHHA.....SENGAL GILER GELAK!!!!

Norlyana Nasrin said...

@Yusliza Yusoff: Hehehe sila bawa bertenang...

(^-^)v

ida man's said...

berulang2 baca. memang best kak..:)

Anonymous said...

sweet sangat..memang terbaik la kak

Norlyana Nasrin said...

Alhamdulillah, terima kasih.

(^-^)v

Unknown said...

Sambunglah lagi :)

Norlyana Nasrin said...

@Orkid Zulynie: Untuk cerpen ni memang saya tak rasa akan sambung sebab ini adalah cerpen yang terselit diantara cerpen Oh Ustaz?Yes Tuan!.

Apa2 pun terima kasih kerana sudi membaca kesengalan saya.

(^-^)v

ada said...

best..lwak gile..hehe..

Norlyana Nasrin said...

@ada: hehehe thanks~

Aini Yumni said...

Sambung la lg .. pleaseee.. hehe

Anonymous said...

gelak dengan suami sampai keluar air mata.akak pandai selitkan elemen lawak dalam cerpen ni.saya suka semua cerppen akak.

Norlyana Nasrin said...

@Aini Yumni: Maaf cerpen ni memang yang terselit dalam cerita 'oh ustaz? yes tuan!'.

InsyaAllah mungkin saya akan cuba buat lagi satu cerpen untuk mereka tapi dalam buku lain...mungkin hahaha~

@Anonymous: Hehehe your comment made my day. Alhamdulillah terima kasih.

(^-^)v

Anonymous said...

Terbaik......��������

Norlyana Nasrin said...

Thanks (^-^)v

Anonymous said...

Sangat2 best..lawak btul..gelak sorang2 bce cerpen ni..you really did a good job writer..double thumbs up..-ikin-

Norlyana Nasrin said...

@ikin: Alhamdulillah terima kasih

InsyaAllah akan sentiasa berusaha menulis sesuatu yang menarik.

(^-^)v

Anonymous said...

as salam. seriously tak terkira berapa kali dah baca cerpen ni. setiap kali baca mesti tersengih cam kerang busuk. hajhajhaj :)

Norlyana Nasrin said...

waalaikumussalam. hehehe..cerpen yang saya pun suka gak ufufufufufufu~


(^-^)v

Anonymous said...

sweet gile~~ kalau wak novel mesti nest. ape ape pon,akak mmg jjang!!

Norlyana Nasrin said...

hehehe alhamdulillah thanks.

teruskan membaca kesengalan saya ye hehehe~

(^-^)v

Unknown said...

Smbungla lagi cerpen ni.
Best sangat cite ni.
👍🏻👍🏻👍🏻

Norlyana Nasrin said...

@Orkid: InsyaAllah jika ada kesempatan dan idea (^-^)v