Kapitalis

Tuesday, December 20, 2016

Heartbreak Compilation 4: Daddy (Part 1)

taken from here    


Kanak-kanak yang ketawa riang bermain buaian mengamit pandanganku. Jelas ternyata kegembiraan terpancar diwajah dan bapanya yang menghayunkan buaian turut kelihatan gembira. Aku melepaskan keluhan kasar. Berapa lama lagi harus aku bertahan? Penat sudah aku mencari namun setiap pencarian hanya menambahkan duka dihatiku.

15 tahun bukan satu tempoh yang singkat. Setiap hari aku hanya mampu berdoa dan tak berhenti mengharap walaupun kesabaran kian menipis.

         “Xiao Long, dimana kau wahai anakku?” Aku merintih lantas membiarkan sahaja air mata turun ke pipi. Tidak lagi aku mengambil kisah pada mata-mata yang memandang.



20 tahun yang lepas.



       “Hey kawan tarak cukup tidur? Diganggu nyamuk?” tegur Kamil lantas menepuk belakang badanku. Pagi-pagi lagi budak ini dah ajak bergurau.

       “Kau agen jualan ubat nyamuk ke?”

       “Hehehe...bapak aku kan ada kedai runcit. Kalau ubat nyamuk rumah kau habis, marilah datang membeli di kedai aku. Eh, kedai bapak aku.” Kamil memang suka bergurau dan ketahuilah Bahasa Melayu aku jadi bagus pun disebabkan pengaruh oleh mamat tiga suku ini.

        “Wei Phang, aku lupa nak tanya dan aku mula lupa soalan yang patut aku tanya.” Aduh, mamat tiga suku ini!

        “Apa benda? Kau telan semut berapa kilo sehari?” Kamil hanya menunjuk barisan giginya. Sekali aku tumbuk mahu berterabur!

         “Aaa..” Belum sempat Kamil habis berfikir, ketua darjah kami, Jian Wen menyampuk.

         “Kau orang berdua tak mahu pergi perhimpunan ke? Kalau lambat kena denda cuci tandas seminggu!” Cuci tandas?! Berdesup kami berdua berlari ke tapak perhimpunan. Nasib baiklah jarak kelas dan tapak perhimpunan cuma 200 meter.

Tamat persekolahan, aku melepak dirumah Kamil. Ini merupakan rutin harianku memandangkan tiada siapa menungguku dirumah memandangkan ibubapaku sibuk bekerja. Ibubapa Kamil membuka kedai runcit tidak jauh dari rumah mereka dan kadangkala aku ada juga mengikut Kamil menjaga kedai apabila ibubapanya ada urusan lain.

             “Weh, kau tahu buat tak soalan nombor 20 ni?” Buku latihan Fizik dihalakan ke mukaku. Ikut gila si Kamil mahu sahaja dia bagi aku cium terus buku itu.

             “Yang ni pakai formula setengah hayat biasa. Kau tolong senyap sekejap okay?!” Aku menumpukan semula perhatianku pada buku teks Kimia. Aduilah, matapelajaran yang sentiasa bagi aku tekanan!

            “Brother, jangan tertekan sangat brother...kita hidup bukan hanya perlu menghadap buku-buku ini sahaja brother.” Aku biarkan sahaja si Kamil berceloteh ala-ala mat rempit

             “Oh, aku baru teringat!” Kamil berlari menuju ke meja belajarnya. Tak lama kemudian dia kembali lalu menghulurkan sepucuk surat kepada aku.

             “Budak perempuan kelas sebelah suruh aku bagi kat kau semalam. Nampaknya, Phang taiko dah ada peminat.” Aku mengambil surat itu dan terus memasukkannya ke dalam beg. Sekarang kerja sekolah Kimia aku lagi penting tahu?!

               “Ala Phang taiko, tunjuklah kat aku. Selama 17 tahun aku hidup di dunia ini, tak pernah pun orang bagi surat kat aku kecuali surat berantai.” Aku buat tak tahu dan terus menumpukan perhatian pada pembacaan aku.

                “Yela, aku tak paksa. Kenapa kau buat kerja Kimia ni? Bukan hantar minggu depan ke?”

               “Haah. Minggu depan itu esok. Aku dah agak mesti kau lupa punya.”

                “Oh tidak!!!!!” Jeritan Kamil mengundang salakan anjing dari rumah sebelah. Lantak kaulah Kamil.



Esoknya aku pergi ke sekolah dengan muka yang agak serabai. Aku hanya dapat melelapkan mata selama tiga jam sahaja. Malam aku habis dengan aktiviti menyiapkan kerja sekolah sambil melayan panggilan telefon dari Kamil yang asyik bertanyakan jawapan. Bengang punya pasal, aku tutup terus telefon pintar aku. Pagi ini nasib baik ibu aku kejutkan kalau tidak mahu terbabas.

“Phang taiko! Kau dah siap belum kerja sekolah? Tolonglah daku!” Sampai sahaja dibilik darjah, aku diterjah oleh mamat tiga suku ini. Dengan malas, aku membuka beg dan memberikan buku latihan Kimia kepada Kamil. Kalau tak bagi mesti dia akan kacau aku sampai aku naik angin.

              “Thanks Phang, balik ni aku belanja aiskrim paling mahal kat kedai bapak aku hehehe..” Aku pasti yang Kamil juga akan di’kerja’kan oleh bapanya jika bapa dia tahu yang dia selalu ambil aiskrim percuma.



               “Phang ada orang nak jumpa kau.” Foo yang duduk paling dekat dengan pintu memanggil nama aku. Kelihatan dua orang pelajar perempuan sedang mengintai-intai dari luar kelas.

              “Apahal ni?” soalku dengan muka serius. Aku mana reti bergaul dengan perempuan. Kawan aku cuma mamat tiga suku itu sahaja!

                “Err..awak ada baca surat yang saya beri?” Oh, inilah budak perempuan yang bagi aku surat!

                “Oh, belum lagi. Semalam sibuk dengan kerja sekolah. Ada benda penting ke?” soalku naif.

                “Saya tunggu awak di pagar lepas sekolah.” Kedua-dua budak perempuan itu terus melarikan diri. Aku termangu dimuka pintu.




Seminggu setelah peristiwa surat tak berbaca, aku mula bercinta dengan Kelly. Disebabkan ini merupakan kali pertama aku bercinta maka aku hampir hilang fokus. Nasib baiklah Kamil sentiasa mengingatkan aku tentang pelajaran. Namun begitu, episod hitam kehidupan aku bermula setelah empat bulan bercinta dengan Kelly.

Malam itu selepas meraikan hari jadi aku ke-18, Kelly mengajak aku ke kelab malam bersama dengan kawan-kawannya yang lain. Kamil tidak turut serta memandangkan dia tak mahu menjejakkan kaki ke tempat maksiat mengikut agamanya. Malam itu juga aku minum arak buat kali pertama dan mabuk teruk.

Aku terjaga dari tidur apabila terdengar bunyi teresak-esak disebelahku. Membulat mataku apabila terlihat Kelly yang sedang menangis dan kami berdua tidak berpakaian. Aku yang masih bingung hanya mendiamkan diri.

               “Aku tak ingat langsung apa yang berlaku malam tadi.” Kelly memandangku tajam.

                “We done ‘it’, idiot!” Kelly memukul-mukul tubuhku dengan bantal.

                 ‘It’?

                 “What makes it worse, you didn’t use a protection!” jerit Kelly dengan suara yang masih serak akibat menangis.

                 “Aku tak sedar dan aku bukan lelaki gila seks yang bawa kondom ke mana-mana!” bentakku yang mula sedar dan marah dengan diri sendiri. Kelly terkedu melihatkan aku yang sudah naik angin.

                “Apa yang perlu kita lakukan sekarang?” soal Kelly dengan esakan.

                 “Aku akan bertanggungjawab jika kau mengandung.” Aku memeluk belakang tubuh Kelly. Aku memang tak sangka perkara akan menjadi seserius ini. Apa yang penting, aku perlu bersedia dengan segala kemungkinan.




                “Kau memang gila Phang!” Ini kali pertama aku dimarahi oleh Kamil yang selama ini berperangai gila-gila.

                 “Aku tak sedar Kamil, tahu-tahu sahaja aku dengan dia bogel atas katil hotel!”

                 “Aku selalu beritahu kau untuk jauhkan diri dengan arak. Kau lupa ke cerita pasal pakcik aku yang jadi hamba alkohol? Keluarga porak-peranda dan sekarang kau tahu kat mana dia? Six feets under okay!

                 “Semuanya berlaku dengan cepat Kamil.” Aku lihat Kamil mengeluh kasar. Rambutnya dikuak ke belakang dan dia terus duduk untuk menenangkan diri.

                “Sekarang kau cuma boleh berdoa semoga malam tu tak ada hasil dalam operasi persetubuhan korang berdua. Apa-apa kau bagi tahu aku. Jangan nak buat kerja gila okay?!” Aku mengangguk faham. Kami berdua hanya diam seribu bahasa sehinggalah azan Maghrib berkumandang.


Masa berlalu dengan pantas sekali. Selepas mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, aku dan Kamil mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke kolej matrikulasi yang sama. Kegembiraan itu tidak berpanjangan apabila Kelly datang memberitahu aku yang dia sudah dua bulan tidak didatangi haid.

               “I think I’m pregnant.” Ayat yang hampir membuatkan aku pengsan. Tanpa melengahkan masa, aku terus membawa Kelly berjumpa doktor. Sepanjang perjalanan aku hanya mendiamkan diri. Dalam diam aku berdoa semoga apa yang dikatakan oleh Kelly tidak menjadi kenyataan.

Tiba di klinik. Aku mengambil tempat duduk manakala Kelly pergi mendaftar. Fikiranku melayang memikirkan segala kemungkinan sehinggakan tidak sedar yang Kelly sudah duduk disebelahku.

Waktu menunggu dirasakan begitu lama padahal kurang sepuluh minit kami berada di klinik. Kami masuk ke dalam bilik konsultansi setelah nama Kelly dipanggil. Sejuk penyaman udara dalam bilik konsultansi menyerbu sebaik sahaja pintu bilik dibuka.

              “She’s five weeks pregnant.” Aku mengangguk faham dan setiap patah yang keluar dari mulut doktor sudah tidak dapat aku hadamkan lagi. Selesai konsultansi,  aku mengucapkan terima kasih dan membawa Kelly keluar dari bilik doktor.

             “What should I do? Patutkah saya gugurkan kandungan ini?” Aku tersentak dengan cadangan Kelly.

             “Are you sure?” soalku dengan muka serius. Kelly menggelengkan kepalanya.

             “Saya keliru sekarang dan tak boleh berfikir.”

              “Apa sahaja keputusan yang awak pilih, saya tetap bersama awak.” Aku mengenggam tangan Kelly. Sejuk.



Aku dipukul teruk oleh bapa Kelly apabila berita kandungan Kelly sampai ke telinga mereka.

                “Kau rosakkan masa depan anak perempuan aku!” tengking Mr Law, bapa Kelly yang juga bekas askar.

                 “Maafkan saya pakcik. Saya mahu bertanggungjawab.”

                 “Kau terlalu muda! Apa tanggungjawab yang boleh kau pikul?!” bentak Mr Law.

                  “Saya akan bekerja untuk menyara Kelly dan anak sa..”
             
                  “Pelajaran kau nak letak mana?! Kau jangan buat keputusan terburu-buru tanpa berbincang dengan mak bapak kau! Bawa mereka berjumpa dengan aku!” Aku menunduk akur dengan permintaan Mr Law.



Keesokan harinya, aku membawa ibubapaku berjumpa dengan keluarga Kelly. Ternyata ibubapaku kecewa dengan apa yang berlaku. Hasil perbincangan, Mr Law menyuruh kami mendaftarkan perkahwinan. Aku disuruh untuk meneruskan pengajian dan Kelly akan menyusul selepas dia melahirkan anak kami. Aku lihat wajah Kelly tidak begitu gembira dengan keputusan ini. Apakah dia mahu...ahh semua salah aku!


Setahun di matrikulasi dan tiga tahun di universiti tempatan, akhirnya aku berjaya memperoleh segulung ijazah. Sepanjang tempoh pengajian, aku kerap pulang bertemu Kelly. Selepas dia melahirkan, dia tinggal bersama-sama ibubapanya. Anak lelaki aku, Jonathan dijaga oleh ibu mertuaku ketika Kelly melanjutkan pengajian di universiti. Ketika di universiti, aku kerap mengikut Kamil membuat kerja sambilan dan berniaga. Semuanya kerana memikirkan tentang masa depan Kelly dan anak aku.





              “Apa maksud kau?” Kelly melarikan pandangan matanya. Pertemuan selepas majlis konvokesyen yang aku fikirkan untuk meraikan kejayaan aku bertukar menjadi pertemuan membawa episod duka.

               “Aku dah tak ada perasaan untuk kau.” Aku memandang wajah Kelly. Hubungan kami mula renggang semenjak dia masuk ke semester dua universiti. Adik ipar aku ada memberitahu yang Kelly selalu keluar berhibur dan meninggalkan Jonathan dirumah. Ketika itu aku hanya membiarkan sahaja kerana tak mahu Kelly terasa terikat tapi ternyata aku membuat keputusan yang salah.

               “Kau ada lelaki lain?” Kelly mengangguk. Aku melepaskan keluhan kasar.

               “Kau boleh pergi kepada lelaki itu tapi kau jangan sesekali bawa Jonathan!” Tegas aku memberi keputusan.

               “Mana boleh! Aku yang mengandungkan dia dan sepanjang kau tiada, aku juga yang menjaga dia!” bangkang Kelly dengan muka memerah. Aku berfikir seketika. Agak kejam memisahkan si ibu dari anak tapi...sepanjang perhubungan aku dengan Kelly, sekelumit aura keibuan pun aku tak pernah rasa darinya.

                “Lagipun, dia anggap Jonathan macam anak dia sendiri!” Oh, aku dah faham. Dasar perempuan hipokrit!

               “Baiklah. Aku benarkan kau jaga Jonathan tapi kau jangan sesekali cuba pisahkan anak aku dari aku. Hubungan kita mungkin hanya setakat ini tapi hubungan aku dengan anak aku sampai mati, faham?!” Kelly terkedu apabila aku mula meninggikan suara. Dia mengangguk pantas sebelum bangun meninggalkan aku di restoran.




             “Xiao Long!” Terkedek-kedek anak aku mendekatiku di pagar tadika. Aku melambaikan tangan pada guru tadika yang faham akan situasi aku.

            “Papa!!!”

            “Encik Phang, silalah masuk. Jonathan pun baru nak makan.” Guru tadika bernama Ain ramah menegurku.

            “Oh ye? Xiao Long mari papa suapkan kamu.” Jonathan mengangguk lantas menarik tanganku mengajak masuk ke kawasan tadika. Entah kenapa sejak setahun yang lepas agak sukar untuk Kelly membenarkan aku untuk berjumpa Jonathan. Ada sahaja alasan yang diberi dan dia sudah jarang pulang ke rumah ibubapanya. Maka hanya tadika ini sahaja tempat aku bertemu dengan anak aku.

            “Encik Phang, saya rasa tak sedap hati jika tak beritahu pada encik.” Cikgu Ain mendekatiku ketika Jonathan pergi bermain selepas selesai makan.

           “Ada apa ye?”

           “Encik tahu tak yang ibu Jonathan mahu memberhentikan Jonathan dari tadika ini?” kata-kata Cikgu Ain mengejutkan aku. Dah kenapa pula dengan perempuan tu?

           “Saya tak tahu pun cikgu.”

           “Dari cerita-cerita jiran disini, ibu Jonathan macam nak berpindah tapi saya tak tahulah ke mana. Mungkin encik boleh bertanya sendiri dengan dia.” Aku mengangguk faham. Apa lagi yang kau nak buat Kelly?!



Petang itu juga aku ke rumah ibubapa Kelly setelah berpuluh kali menelefon Kelly tapi tidak berjawab. Ternyata mereka juga terkejut bila aku bertanyakan hal perpindahan Kelly.

             “Sungguh kami tak tahu. Kelly memang dah lama tak balik sejak berkahwin lagi. Biasalah, konon kami ini pun dah tak setaraf dengan dia.” Mr Law mengeluh kasar. Perangai anak perempuannya itu memang memeningkan kepala ramai orang!

            “Tahun Baru Cina pun dia dah berapa tahun tak balik sini. Mak dia masuk hospital pun dia boleh buat tak tahu. Kau rasa dia akan beritahu apa-apa pada kami?” Adik Kelly menyampuk.

            “Dia dah buang kami. Aku sendiri tak tahu apa yang buat dia jadi macam tu.” Keruh wajah Mr Law menyedihkan aku. Bila ayahnya sendiri dah menyatakan kenyataan pahit sebegitu, tak ada apa yang boleh aku katakan lagi. Bunyi telefon mengejutkan kami semua. Nombor tadika Jonathan yang terpapar di skrin membuatkan aku sedikit gusar.

             “Encik Phang! Cikgu Ain disini. Saya tak sedap hati. Tadi ibu Jonathan jemput dia naik van airport. Bila saya tanya dia mengelak dan terus bawa Jonathan pergi. Encik kena lekas. Saya rasa dia nak bawa lari ke luar negara!” Aku menamatkan panggilan setelah mencatit butir van yang diberi oleh Cikgu Ain.

              “Dia nak bawa lari Jonathan! Telefon polis!” arah aku kepada adik Kelly. Aku terus menelefon Kamil untuk meminta bantuan sambil berlari menuju ke kereta. Kupecut kereta ke lapangan terbang dengan kadar segera. 

*********************************************************************************************
Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca-pembaca semua? Maaf lama gila saya tak update. Banyak sangat halangan dan cerita ni saya dah karang lama tapi masih tak siap-siap jadi saya buat keputusan untuk post dalam berperingkat-peringkat supaya saya ada motivasi untuk habiskan cerita ini.
Untuk pengetahuan, ini ada cerpen akhir untuk siri Heartbreak Compilation. Semoga anda semua terhibur membaca karya-karya disini.
Terima kasih (^-^)v

4 comments:

didy nurul diyana said...

At last... I've been waiting for your update... Thank god 😘😘😘

Norlyana Nasrin said...

@didy nurul diyana: Thank you for being patient with my slower-than-snail-update hehehehehe

(^-^)v

Sarjen Pencerita said...

Salam rakan penulisku,Teruskan usaha menghasilkan karya..semoga terus maju...jangan lupa juga lawat blog sya ya kat https://ceritaberemosi.blogspot.my/

Norlyana Nasrin said...

@Sarjen Pencerita: Waalaikumussalam. Terima kasih kerana sudi melawat blog yang makin berhabuk ini. InsyaAllah.

(^-^)V