Kapitalis

Monday, February 24, 2014

Isteriku Ratu Ais - Bab 32

taken from here   

Tiba sahaja di kediaman mertuanya, Adriana diserbu oleh Puan Hafizah diikuti dengan anak-anak buahnya. Rayyan, Sufi dan Encik Fikri hanya tersenyum melihat gelagat mereka. Masing-masing melepaskan kerinduan kepada Adriana yang lama ‘menghilang’.

“Hanan, kenapalah kamu buat macam ni? Terkejut ibu bila Firdaus beritahu yang kamu lari dari rumah. Mula-mula ibu ingatkan si Firdaus ni sengaja menyakat ibu, sekali betul. Kamu sihat?” Puan Hafizah mengusap pipi menantunya perlahan.

“Alhamdulillah sihat ibu. Maaf, masa tu Hanan tak fikir panjang.” Adriana segera mengucup tangan ibu mertuanya. Takut juga jika ibu mertuanya marah dengan tindakan terburu-buru dia itu.

“Tak apalah. Jangan buat lagi ye sayang?” Adriana pantas mengangguk. Dia pun tak akan sanggup nak berpisah dengan suaminya lagi.

“Mama Ana! I miss you sooo much!” Fatehah memeluk kuat Adriana. Fateh dan Daris turut melakukan perkara yang sama. Macam nak patah pinggang Adriana apabila ketiga-tiga sekali datang menyerbu.

“Daris, Fateh, Fatehah! Jangan kasar-kasar dengan Mama Ana, nanti baby dalam perut sakit,” tegah Firdaus lembut. Risau juga apabila isterinya dipeluk kuat oleh anak-anak buahnya.

Baby?! Alhamdulillah, tambah lagi koleksi cucu kita bang?” Puan Hafizah mengucap syukur lalu memandang sekilas ke arah suaminya yang turut tersenyum disebelah Rayyan.

Suha dari tadi hanya memerhati gelagat keluarga itu. Terasa dirinya diabaikan oleh mamanya sejak tiba tadi. Firdaus yang ternampak perubahan wajah Suha segera mendekati anak kecil itu lalu dibawanya berdepan dengan anak-anak buahnya. Suha yang pada mulanya mengeraskan badan hanya mengikut setelah dipujuk lembut oleh Firdaus. Adriana ketika itu sibuk melayan pertanyaan ibu dan kakak iparnya terlupa langsung dengan Suha.

Sorry lupa nak kenalkan. Ni Suha. Suha, ni Daris, Fateh dan Fatehah. Suha kawan dengan diorang ni ye?” Firdaus memperkenalkan Suha kepada anak-anak buahnya. Seperti yang dijangka, Fatehah dengan gembira menarik tangan Suha lalu diajak bermain bersamanya. Daris dan Fateh hanya mengikut dibelakang. Tak sampai lima minit, mereka berempat sudah bergelak-ketawa dan bermain bersama-sama. Fatehahlah yang kelihatan paling gembira. Suha yang tua setahun dari Daris dilayan dengan baik sekali oleh Fatehah yang seronok kerana mendapat seorang kakak.

“Anak siapa?” tanya Encik Fikri kepada Adriana yang ralit memerhati Suha bermain dengan anak-anak buahnya. Puan Hafizah dan Sufi masuk semula ke dalam rumah untuk menyediakan minum petang. Sekeras-kerasnya mereka melarang Adriana untuk membantu. Kononnya suruh berehat sebab mengandungkan anak pertama. Macam berat sangat tugasan menyediakan minum petang itu. Firdaus dan Rayyan turut bersantai di meja yang sama.

“Anak kawan Hanan,” jawab Adriana dengan senyuman.

“Oh ayah ingatkan kamu berdua ambil anak angkat.”

“Suha tu ingat Hanan mama dia sebab muka Hanan lebih kurang macam arwah mama dia,” terang Adriana. Syed Azfar pernah menunjukkan gambar arwah Eryna kepada Adriana dan sungguh Adriana sendiri terkelu melihat wajah wanita yang hampir serupa dengannya.

“Kasihan kecil-kecil lagi dah jadi anak yatim.” Rayyan membuang pandang ke arah Suha. Anak kecil itu tampak gembira bermain berkejaran dengan anak-anaknya. Fateh yang selalunya senyap tiba-tiba sahaja jadi hyperaktif pada petang ini. Fatehah tak usah ceritalah mulutnya sahaja dah riuh setaman. Daris seperti biasa bermain dan pada masa yang sama ‘mengawal’ adik-adiknya. Tak sampai lima minit Puan Hafizah dan Sufi datang semula dengan mentang biskut dan minuman. Mereka duduk berbual berceritakan pengalaman di tanah suci kepada Adriana. Firdaus berasa lega kerana kini keluarganya sudah kembali sempurna.

“Hmm ibu rasa nanti Hanan baliklah sekejap ke rumah mama Hanan. Mesti dia rindu kat Hanan. Tiap-tiap hari dia mengadu kat ibu pasal anak perempuan dia ni.” Teringat pasal mamanya, Adriana dah mula tak sedap hati. Habislah dia bakal dileter oleh mamanya. Potong jari kalau mama dia tak berleter sejam dua. Silap-silap dia dan papa kena halau dari rumah. Hehehe hiperbola sungguh...

“InsyaAllah nanti Hanan pergi sana.” Firdaus yang perasan akan wajah risau isterinya hanya tersenyum sinis. Haa..tahu takut?





“Eh sejak bila pula kita ada anak ni bang?” sinis pertanyaan Datin Hafsyah sebaik sahaja Adriana memberi salam dihadapan pintu. Firdaus turut terkejut dengan perlakuan Datin Hafsyah yang dah macam lebih kurang mak tiri Cinderella. Datuk Ilyas seperti biasa hanya menayang wajah selamba sambil menyambut huluran tangan Adriana yang ingin bersalaman.

“Oh salah rumah,” dengan selamba Adriana berpatah semula ke luar rumah.

“Adriana Hanan binti Ilyas!!!!” pekik Datin Hafsyah nyaring. Pucat lesi wajah Suha dan geng anak-anak Rayyan-Sufi bila melihatkan Datin Hafsyah yang mula memekik. Adriana macam biasa siap menayang wajah selamba. Firdaus berkira-kira untuk melutut didepan Datin Hafsyah meminta maaf tapi macam over la pula.

“Berdosa kamu buat mama macam ni!” Adriana menghentikan langkah lalu masuk semula ke dalam rumah. Perlahan dia memeluk mamanya. Itu sahaja caranya untuk memujuk Datin Hafsyah. Dari dulu lagi dia bukan pandai sangat menunjukkan sayang kepada mamanya kecuali dengan memeluk.

Sorry.” Wajah Datin Hafsyah terus mengendur. Marah macam mana pun itu sahajalah anaknya didalam dunia ini.

“Geram betul mama dengan kamu ni! Kamu dah minta maaf belum dengan Firdaus?” soal Datin Hafsyah. Tangannya sudah mencubit pipi anaknya yang nampak tembam. Nak pukul lebih-lebih tak sampai hati.

“Dah,” jawab Adriana pendek disertai dengan muka tak ada perasaan menambahkan lagi rasa geram dalam diri Datin Hafsyah dan bermulalah sesi leteran selama dua jam Datin Hafsyah. Datuk Ilyas awal-awal lagi sudah melarikan diri membawa Suha dan geng anak-anak Rayyan-Sufi. Firdaus yang terlebih sayangkan bini pula turut menerima leteran Datin Hafsyah. Tadah telinga sahajalah mereka berdua pada malam itu. Adriana masih dengan muka tak ada perasaan. Siap duduk bersila di sofa ruang tamu berdepan dengan Datin Hafsyah yang penat berleter berdiri.

“Mama, I’m pregnant.” Penat mendengar leteran Datin Hafsyah. Adriana mengeluarkan senjata rahsia untuk membuatkan mamanya terdiam.

“Peduli apa mama kalau kamu...hah? Pregnant?! Alhamdulillah! Abang!!!! Kita nak dapat cucu!!!” jeritan kegembiraan Datin Hafsyah membuatkan Datuk Ilyas berlari masuk ke dalam rumah.

“Apa hal jerit-jerit ni Sya?” tanya Datuk Ilyas dengan wajah selamba. Macam mana cemas pun wajah selamba tak ada perasaan menjadi trademark Adriana dan Datuk Ilyas.

“Kita nak dapat cucu abang oiiii! Kamu duduk rumah mama jela Hanan. Tak payah pergi kerja. Biar mama jaga kamu. Alhamdulillah akhirnya dapat juga mama cucu.” Datin Hafsyah yang terlalu gembira lupa langsung tentang Adriana yang ada sejarah lari dari suaminya.

“Hmm tengok dululah,” balas Adriana selamba. Dia belum fikirkan sama ada mahu terus bekerja atau duduk dirumah sahaja selepas ini. Lagipun dia masih ada projek yang perlu diuruskan. Macam tak bertanggungjawab pula jika dia lepas tangan sekarang.

“Kenapa tak beritahu mama awal-awal Firdaus?” Terkejut Firdaus dengan serangan tiba-tiba Datin Hafsyah.

“Err tak sempat nak beritahu mama dah fire Ana dulu,” jawab Firdaus dengan wajah kudus. Takut dia pula yang kena leter menggantikan isterinya.

“Haish, yela..dah jom makan. Tadi ibu kamu telefon jadi mama dah siapkan makanan untuk kamu semua. Panggil budak-budak tu makan sekali.” Datin Hafsyah berlalu ke dapur ke dapur dengan senyuman tak lekang dibibir. Seronok yang dia bakal bergelar nenek. Datuk Ilyas hanya menggelengkan kepala dengan gelagat isterinya. Macam-macam gelagat yang buatkan dia terhibur dan tak pernah bosan dengan isterinya.

“Abang oiii! Tercegat apa lagi kat situ? Marilah makan sekali!” jerit Datin Hafsyah yang menjenguk dari dapur. Terlupa pula nak menjemput suaminya makan sekali tadi.

“Ye..” Datuk Ilyas melangkah masuk ke dalam kediaman mereka. Dia sendiri gembira kerana bakal ada pertambahan ahli dalam keluarganya.

“Hmm mana Henry? Tak nampak pula dia?” soal Adriana selepas mereka menikmati makan malam dan solat Isyak berjemaah. Tadi dia sudah berceritakan tentang Suha kepada mama dan papanya yang mula bertanya.

“Oh papa kamu bagi dia cuti. Budak tu nak exam minggu depan,” jawab Datin Hafsyah bagi pihak Datuk Ilyas.

“Henry bakal sambung ijazah sambil bekerja dalam syarikat kita,” tambah Datuk Ilyas. Adriana hanya mengangguk. Papanya ternyata percaya dan yakin dengan kebolehan Henry sehinggakan membawa masuk Henry ke dalam syarikat mereka.

“Jadi papa drive sendiri la lepas ni ye?” tanya Firdaus pula.

“Tak juga. Henry berkeras yang dia akan hantar dan ambil papa tiap-tiap hari walaupun apa pun jawatan dia.” Datuk Ilyas tersenyum sendiri mengingatkan jejaka berbangsa Cina itu. Henry sudah dianggapnya sebagai anaknya sendiri walaupun tak pernah dia menyatakan secara terang-terangan.

“Bagus betul budak tu kan bang? Bila kamu tak ada dia ajelah yang melayan mama berborak. Sabar jela dia bila mama berleter pasal kamu depan dia.” Adriana menayang wajah selamba. Selama ini pun dia hanya mematungkan diri apabila mamanya mula berleter. Ada tak ada, sama sahaja rasanya.

“Lepas projek Gione tu kamu boleh pilih sama ada nak bekerja dari rumah atau nak ke pejabat.” Adriana mengangguk sahaja mendengar kata dari mulut papanya.

I’ll think about it later.” Jawapan pendek dari Adriana disambut dengan anggukkan dari Datuk Ilyas. Masing-masing tayang muka selamba. Itulah cara mereka berkomunikasi. Macam tak mesra tapi sebenarnya mereka boleh dikatakan kamcheng. Firdaus hanya tersenyum melihat kedua anak beranak itu. Suha dan geng anak-anak Rayyan-Sufi sudah pun masuk tidur. Pesanan Syed Azfar dipatuhi. Lagipun memang budak-budak itu dah layu kerana penat bermain petang tadi. Mereka berbual sehingga hampir lewat malam. Banyak sangat yang diceritakan oleh Datin Hafsyah. Nak tak nak ketiga-tiga mereka hanya melayan sehingga masing-masing dah tak larat nak menahan mata yang semakin memberat.

13 comments:

Unknown said...

sampai bab berapa ek?? tak sabar nak tunggu next chapter.... best.. anyway gud luck...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Norlyana Nasrin said...

terus terang saya pun tak pasti tapi saya rancang dalam 50 bab macam tu..mungkin akan lebih atau kurang hehehe....
thanks (^-^)

Author said...

huhu nak lagi..Bravo!

Norlyana Nasrin said...

insyaAllahjika ada kesempatan saya update lagi ye (^-^)

DiabolikLovers said...

Bila boleh tengok, sis?...x sabar nk tunggu..

Norlyana Nasrin said...

insyaAllah saya cuba update secepat mungkin..sabar ye (^-^)

Anonymous said...

salam perkenalan dari silent reader..tp da x jd silent reader da psl da ngomen kt sini ^^
bole bg sis punye link fb x? wechat ke? just nk taaruf dgn writer je. :)

Norlyana Nasrin said...

boleh je tak ada masalah (^-^)
https://www.facebook.com/norlyananasrin.zulkifli

Anonymous said...

cepatlah smbg

Norlyana Nasrin said...

bertabahlah anda-anda sekalian~
saya sibuk dengan preparation untuk kelas..tapi jangan risau, insyaAllah dalam minggu ni juga saya update okay (^-^)

Anonymous said...

Cntek ahh.minggu nie...jgn mungkir ye writer...hehe

Norlyana Nasrin said...

Baik!!! (^-^)