Kapitalis

Friday, January 17, 2014

Cerpen: My Miss Always Right

taken from here  

“Assalamualaikum Khalil Irfan.”

“Waalaikumussalam. Ye saya, boleh saya tahu siapa ni?”

“Qisya Naazneen. Kau dah kahwin ke belum?”

“Err..belum lagi.”

“Okey lagi tiga bulan dari sekarang kita kahwin. Kau buat segala persiapan dan sila contact aku kalau ada apa-apa faham!”

“Hah! Awak serius ke ni?”

“Kau nak aku siarkan kat TV ke baru kau rasa aku serius? Kita kahwin tiga bulan dari sekarang. Sekian, assalamualaikum.” Talian diputuskan tanpa sempat aku menjawab. Biar betul!!!!!!

Nama aku Khalil Irfan, anak yatim piatu yang kini berjaya menjadi seorang jurutera mekanikal disebuah syarikat pembuatan kenderaan di ibu kota. Ibubapa aku meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya sewaktu pulang berhari raya ketika aku berusia 10 tahun. Aku bernasib baik kerana aku pulang awal ke kampung mengikut atuk aku yang datang mengambil aku seminggu sebelum kejadian. Apabila umurku 12 tahun, atuk aku pula meninggal dunia dan aku dihantar oleh jiran atuk ke rumah anak-anak yatim kerana tiada penjaga yang lain.

Qisya Naazneen, budak perempuan yang selalu bagi aku pening kepala sejak dari azali lagi. Aku kenal dia di rumah anak-anak yatim. Qisya berkongsi nasib dengan aku kerana ibubapanya meninggal dunia akibat kebakaran dan dia terselamat kerana ibunya sempat menyerahkannya pada bomba yang datang menyelamat sebelum dapur gas rumahnya meletup lalu meragut nyawa ibu dan ayahnya. Qisya seorang yang sangat periang tapi kuat mengarah. Haa tekalah siapa yang selalu kena arah?

Panggilan telefon tadi betul-betul kasi aku pening. Agak-agaklah aku yang macho ni kena paksa kahwin oleh seorang perempuan! Qisya Naazneen pula tu. Oh ye, Qisya kini bekerja sebagai model. Sebut sahaja Qisya Naazneen pasti satu dunia tahu. Model Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa hanya selepas setahun menceburkan diri dalam bidang peragaan. Satu kejayaan yang membanggakan bagi mereka yang berada dalam industri fesyen. Mana aku tahu? Baca sahaja surat khabar, asal dia buat pertunjukkan mesti jadi headline.

Yang buat aku pelik, apahal tiba-tiba Qisya ajak aku kahwin? Padahal ramai gila jejaka-jejaka kat luar sana yang beratur nak jadikan dia teman istimewa. Siap ada yang buat pengakuan berani mati lagi. Ada ke patut sanggup tinggalkan isteri sebab nakkan si Qisya? Ada juga ustaz-ustaz yang tawar diri nak kahwin dengan Qisya. Konon nak bimbing ke jalan yang lurus. Alahai kalau sungguh nak bimbing, ramai lagi perempuan-perempuan kat Malaysia ni yang perlukan bimbingan.

Sekejap, adakah Qisya mengandung dan dia nak aku jadi pak sanggup? Oh tidak! No way Ismeralda! Tapi kalau Qisya perlukan pertolongan.....arghh sakitnya kepala aku!!!!!



“Khalil, apasal kau blur semacam hari ni?” Jun Hong, kawan sepejabat aku datang menempek kat meja aku. Apek ini kalau bos tak ada memang rajin melawat pejabat aku. Kerusi ditarik dan dia terus duduk tanpa pelawaan aku. Bahasa Melayu apek ini memang tip-top!

“Weh kalau kawan lama kau call dan terus ajak kau kahwin kau buat apa?” Soalan aku membuatkan apek itu berkerut-kerut muka macam nak buang air besar pun ada.

“Hmm aku ada satu soalan.”

“La..aku tanya kau dulu! Jawab jela!”

“Jawapan aku ni bergantung kepada jawapan yang bakal kau beri maka sila jawab soalan aku dulu.”

“Okey apa dia?” aku mula beralah bila tengok muka apek itu yang macam nak memulakan soal siasat.

“Dia cantik tak?” Ah sudah! Apek ini sudah mula keluar perangai sengal dia. Terus aku hempuk fail ke kepala apek sengal itu. Cari pasal lagi dengan aku yang moody kalah perempuan period! Macam tahu-tahu aje..

“Sakitlah! Binawe punya kawan! Jawab jela!” Si apek membetulkan rambutnya yang sikit berserabai dek kena hempuk tadi.

“Kau kenal Qisya Naazneen?” Bulat terus mata si apek yang selalunya nampak segaris dari jauh. Dipandangnya wajah aku meminta kepastian dan aku terus mengangguk.

“Dia ajak kau kahwin ke Khalil! Weh kalau kau tak nak pass je kat aku! Aku sanggup pergi sunat sekarang!” Lagi sekali aku hempuk fail ke kepala apek itu. Tak senonoh punya apek!



Dalam tak rela itu pun, segala persiapan perkahwinan aku buat. Nak harapkan Qisya? Dia memanjang ke luar negara dan hanya pulang sehari dua itupun untuk pergi kursus kahwin dan selesaikan mana dokumen yang diperlukan. Aku inilah yang macam terlebih. Yelah dua-dua pun sebatang kara maka tak ada sesiapa yang menolong kecuali kawan baik aku si apek Jun Hong yang beberapa kali nak minta tukar tempat dengan aku. Tolong ada makna apek ni!



Aku dah duduk didepan tok kadi dengan gaya macho macam biasa. Sempat juga aku menjeling ke arah Qisya yang cantik jelita macam selalu. Wartawan dari segala pelosok dunia semua hadir. Tinggal Al-Jazeera aje yang tak ada.

“Baiklah pengantin lelaki dah sedia?” soal tok kadi dengan senyuman. Aku hanya mengangguk. Terketar-ketar tanganku hulurkan pada tok kadi.

“Khalil Irfan bin Kamarul Arifin! Aku nikahkan engkau dan kahwinkan engkau dengan Qisya Naazneen binti Hakim Amsyar dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai.”

Belum sempat aku nak lafazkan kabulku Qisya sudah berdiri dari duduknya.

“Aku tak jadi nak kahwin dengan kau!” Qisya terus meninggalkan aku yang masih terkebil-kebil memegang tangan tok kadi. Berderu wartawan dan jurugambar mengerumuni aku sambil mengambil gambar.

“Naehiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”  

Pap! Kepala aku diketuk dengan remote control.

“Woi! Kau ni boleh pula tidur masa layan cerita blue dengan aku!” Jun Hong bangun lantas menutup televisyen yang sudah menayangkan kredit kepada krew dan pelakon-pelakon.

“Kepala otak kau cerita blue! Aku suci lagi bukan macam kau!” jerkahku tengah malam-malam buta. Apek ni bukan kira siang malam nak bertandang rumah aku. Rumah aku dah macam hotel untuk dia. Konon malas nak balik rumahnya di Damansara sebab ramai sangat gadis-gadis dan makcik-makcik yang berbaris dihadapan rumahnya nak minta kahwin.

“Betul apa. Inikan cerita Smurf. Semua pun biru..hahaha.” Galak si apek ketawa sambil mengemas-gemas bekas makanan dan minuman. Apek ni aku memang respek bab-bab kebersihan dia memang jaga sungguhlah.

“Tak sangka lagi dua hari kau dah nak kahwin kan? Tak bolehlah aku nak melepak rumah kau lagi.” Entah hantu sedih mana yang merasuk apek ni sampai terkeluar ayat sedih.

Pap! Aku tampal duit sepuluh ringgit kat dahi apek itu. Kalau cerita hantu cina selalunya mereka menampal azimat tapi aku mana ada benda-benda syirik macam itu. Duit kertas sepuluh ringgit itu sahajalah sebagai penganti.

“Woi!!! Kalau ye pun tampal la duit kertas seratus!” Aku yang malas melayan terus masuk ke dalam bilik tidur. Oh duit sepuluh ringgit itu aku ambil balik hahaha...




Alhamdulillah. Tiba juga hari pernikahan aku dengan model antarabangsa itu. Dari malam tadi aku asyik praktis dengan si apek cara kabul. Si apek pula seronok berlakon jadi tok kadi. Aku doakan apek itu masuk Islam biar tercapai hajat dia nak bersunat sangat. Tadi aku berjaya menikahi Qisya dengan sekali lafaz sahaja. Aku sempat tayangkan wajah bangga ke arah Qisya tapi dia tayang muka tak tahu. Pengantinku, Qisya Naazneen memang macam bidadari. Tadi si apek tayang muka cemburu apabila melihat wajah Qisya. Ada aku kisah? Dia dah jadi hak aku seorang okey! Apek itu juga yang aku jadikan pengapit. Hahaha..padan muka dia jadi khadam aku hari ini. Ramai kawan-kawan Qisya terkejut tengok pengapit pengantin lelaki seorang lelaki berbangsa Cina. Alah tak salah disisi undang-undang pun..dah dia bestfriend aku!

Malam itu, pergh..tangan aku sejuk semacam. Kalah pengantin perempuan aku rasa sebab Qisya selamba aje dari tadi. Apa-apa pun aku masih tayang muka selamba + macho. Haktuih!

“Qisya, saya nak tanya sikit.” Aku memulakan sesi perbualan. Agak-agaklah, aku ada banyak soalan nak tanya si Qisya.

“Ye abang.” Abang?! Luruh jantung aku apabila Qisya mendekatiku dengan pakaian tidurnya. Wahlawei seksi habis. Okey fokus Khalil..fokus!!!

“Kenapa Qisya nak kahwin dengan sa..abang?” Wajah Qisya kurenung dengan penuh tanda tanya. Tadi betul jangkaanku apabila dewan hotel yang aku sewa penuh jugalah dengan wartawan-wartawan dalam dan luar negara. Nasib baik bajet kahwin aku boleh kata cukup kalau tak mesti malu.

“Nampaknya abang dah lupa.” Qisya membalas renungan aku dengan wajah yang muram. Drama apa pula ini? Apa benda yang aku lupa?

“Err..maafkan abang. Boleh Qisya beritahu?”

“Abang dah lupa ke janji abang sebelum Qisya diserahkan kepada keluarga angkat Qisya?” Berkerut-kerut wajah aku. Memerah otak untuk mengingat kembali situasi ketika itu. Cerita zaman Jepun da..nampak sangat hiperbola!

“Haish pelupa sungguh! Abang janji yang abang akan jaga Qisya dan malam sebelum keluarga Puan Maznah datang abang nak lari dengan Qisya tapi kena tangkap dengan ustazah Junaidah. Kita berdua kena sebat malam tu. Esoknya masa hantar Qisya, abang kasi surat kat Qisya.” Qisya bangun lalu membuka tas tangannya. Sampul surat berwarna putih dengan belang biru merah dikeluarkan dan diberikan kepadaku.

“Dalam surat tu abang cakap yang abang akan cari Qisya selepas tujuh tahun tapi tunggu punya tunggu tak datang-datang juga. Geram punya pasal Qisya yang cari abang dulu.” Qisya dah mula memuncung. Alahai inilah pertama kali aku tengok perempuan nampak cun bila bermuncung itik. Selalunya rasa nak sepak aje.

“Maafkan abang, abang lupalah sayangku Qisya. Nasib baiklah Qisya ingat kalau tak rezeki siapalah abang yang kacak lagi bergaya ni,” gurauku dengan harapan janganlah disebabkan hal ini Qisya nak merajuk dengan aku.

“Ah tak ada! Kalau abang berani kahwin dengan perempuan lain tahulah nasib abang dengan perempuan tu! Dua-dua sekali Qisya sedekah kat puak kanibal!” Ambik kau! Aku hanya menayang sengih. Fuh cemburu juga bini model aku ni. Okey sebut pasal model...

“Hmm Qisya nak terus jadi model ke?” soalku tanpa berselindung. Gigit jari aku jika Qisya masih nak teruskan kerjaya dia. Sungguh tak rela aku jika tubuh isteriku diperaga macam ayam kat pasar pagi.

“Tak mahulah! Qisya jadi model suka-suka sahaja. Dah muak dah pun. Abang banyak duit kan? Jadi silalah tanggung Qisya mulai sekarang okey?” Dikelip-kelipkan matanya di hadapan aku. Tak payah tayang muka comellah Qisya oii aku memang rela nak tanggung kau pun!

“Okey sayang. Err..agak-agak bila kita nak tutup lampu ni?” Kujungkitkan keningku sebelah. Qisya sudah senyum malu-malu. Bini model dah bagi lampu hijau apa lagi. Eh sekejap ingat doa dulu Khalil Irfan!

p/s: tadi aku tersilap Al-Qaeda dengan Al-Jazeera..hahaha tahniah kepada sesiapa yang perasan :)


Qisya Naazneen


Khalil Irfan

11 comments:

adryz annissa said...

an exciting storyline. it's cute :)

Norlyana Nasrin said...

thanks (^-^)
InsyaAllah will have more in future.

Anonymous said...

Sweet >.<

Norlyana Nasrin said...

Hehehe thanks (^-^)v

lisanna said...

Comel dn best

Norlyana Nasrin said...

@lisanna: thanks (^-^)v

MISS ASYA ATHIRA said...

Cerpen yg menarik...best.... apakah mksud "Ismeralda"?adakah ianya nama sebuah tempat?

Norlyana Nasrin said...

@Miss Asha Athira: Alhamdulillah thanks. Ismeralda tak memberi maksud apa2 sebenarnya. It's just an exclamation such as "No way Jose!". Just because Irfan is a guy, I changed it to "No way Ismeralda".
(^-^)v

KikiLala said...

kalau panjang sikit . baru mantap . ok goodluck

KikiLala said...

kalau panjang sikit . baru mantap . ok goodluck

Norlyana Nasrin said...

@KikiLala: Terima kasih diatas cadangan. Ini merupakan antara cerpen terawal saya dan saya akui banyak kekurangan.
InsyaAllah will improve more in future.

(^-^)v