Kapitalis

Sunday, April 28, 2013

Isteriku Ratu Ais - Bab 12

Big Happy Family HD wallpaper for Standard 4:3 5:4 Fullscreen UXGA XGA SVGA QSXGA SXGA ; Wide 16:10 5:3 Widescreen WHXGA WQXGA WUXGA WXGA WGA ; HD 16:9 High Definition WQHD QWXGA 1080p 900p 720p QHD nHD ; Other 3:2 DVGA HVGA HQVGA devices ( Apple PowerBook G4 iPhone 4 3G 3GS iPod Touch ) ; Mobile VGA WVGA iPhone iPad PSP Phone - VGA QVGA Smartphone ( PocketPC GPS iPod Zune BlackBerry HTC Samsung LG Nokia Eten Asus ) WVGA WQVGA Smartphone ( HTC Samsung Sony Ericsson LG Vertu MIO ) HVGA Smartphone ( Apple iPhone iPod BlackBerry HTC Samsung Nokia ) Sony PSP Zune HD Zen ;
taken from here  

Firdaus memandang Adriana yang masih lena didakapannya. Wajah polos isterinya itu diusap lembut dan dipandang dengan penuh rasa cinta. Firdaus melarikan pandangannya ke jam dinding. Lagi sepuluh minit sebelum azan Subuh bakal berkumandang.

"Ana, bangun sayang. Dah nak Subuh ni" Firdaus mengerakkan tubuh Adriana perlahan-lahan. Adriana yang terjaga menjarakkan dirinya dari Firdaus. Terasa malu apabila teringatkan kejadian malam tadi. Firdaus yang perasan Adriana yang malu-malu terus merapatkan jarak antara mereka.

"Jom bangun, boleh solat sama" kata Firdaus sambil mencium ubun-ubun Adriana yang sudah menunduk malu. Firdaus bingkas bangun dari katil dan masuk ke dalam bilik air. Adriana hanya memerhatikan kelibat Firdaus sehingga hilang dari pandangan. Dia bangun lalu mengemas katil mereka.

"Eh cadar ni nak kena tukar" getus Adriana sambil menarik keluar cadar yang membaluti tilam katil mereka. Dia meletakkan cadar itu ke dalam bakul pakaian kotor. Lalu dia membuka almari mencari cadar baharu untuk diganti.

"Ana cari apa?" tanya Firdaus sebaik sahaja selesai mandi. Dia mengelap rambutnya yang basah sambil menuju kearah isterinya yang terbongkok-bongkok mencari sesuatu di almarinya.

"Cari cadar" balas Adriana sambil meneruskan pencariannya.

"Mari abang cari. Ana pergi mandi dulu. Dah nak Subuh ni" nasihat Firdaus kepada isterinya. Dia menjarakkan sedikit badannya dari Adriana kerana dia sudah mengambil wuduk.

"Okay" jawab Adriana pendek. Dia lekas masuk ke dalam bilik mandi tanpa menoleh kearah Firdaus.

"Jangan lupa mandi junub" laung Firdaus dari luar bilik mandi. Adriana tahu suaminya sengaja menyakat dia pagi-pagi ini. Takkanlah dia lupa untuk mandi wajib setelah apa yang berlaku diantara mereka malam tadi.

Selesai mandi, Adriana memakai baju dan mengenakan telekung. Firdaus yang sedang mengaji sementara menunggunya mandi, segera menamatkan bacaannya. Segera Firdaus membentangkan sejadah untuknya dan Adriana.

Usai solat, Firdaus bermalas-malasan diatas katil yang sudah bertukar cadar. Cadar satin berwarna merah itu tampak elegan dan memikat hati Adriana.

"Cadar ni hadiah ibu" kata Firdaus sambil menarik Adriana untuk baring bersamanya. Adriana hanya menurut kerana dia turut berasa penat. Adriana berbaring sambil mengiring menghadap Firdaus. Suaminya itu hanya tersenyum nakal memandangnya.

"Sayang penat ye?" Firdaus mengusap pipi Adriana yang mulus. Dia terus merangkul pinggang Adriana untuk merapatkan jarak diantara mereka. Wajah Adriana kini berada kurang berapa inci dari wajah Firdaus. Bibir Firdaus sudah singgah di pipi dan kini beralih ke leher Adriana.Ternyata Firdaus mahu meyambung kembali kehangatan yang mereka kongsi malam tadi. Adriana hanya membiarkan dirinya yang turut terbuai dengan kehangatan diberi oleh Firdaus.


Adriana tersedar dari lenanya setelah dia berasa terlalu lama dia tidur. Pinggangnya yang dirangkul kemas oleh Firdaus cuba dileraikannya dengan penuh berhati-hati. Namun tidak berjaya kerana pelukan Firdaus itu terlalu kejap.

'Dah pukul lapan. Malasnya nak bangun' getus hati Adriana. Dia mengalihkan pandangannya pada suaminya yang seksi tidak berbaju dan hanya dibaluti selimut paras atas pinggang. Adriana bermain dengan anak rambut suaminya. Dipintalnya rambut Firdaus yang lurus dan dia melarikan jarinya ke pipi suaminya. Kulit muka suaminya yang bersih tanpa jerawat itu diusap dengan sebelah tangannya. Firdaus yang sebenarnya sudah terjaga hanya membiarkan isterinya bermain dengan wajahnya. Adriana yang mula mencuit pipi dan hidung Firdaus itu membuatkan Firdaus geli hati. Tak sangka nakal juga isterinya itu. Tak cukup itu, Adriana turut bermain dengan telinganya yang agak capang.

"Agak-agak bila sayang nak stop eksperimen ni?" tanya Firdaus sambil tersengih melihat isterinya yang terkejut. Adriana terus menarik selimut untuk menyembunyikan wajahnya yang sudah membahang. Firdaus ketawa kecil sambil menarik selimut yang menutup wajah isterinya.

"Malu ye? Nasib baik tak ada marker pen ke apa. Kalau tak mesti Ana dah conteng muka abang kan?" gurau Firdaus lalu mencuit hidung isterinya. Adriana mengaduh kecil sambil mengusap hidungnya.

"Nak bangun tak ni? Ke nak baring macam ni je sepanjang hari?" tanya Firdaus dengan senyuman nakal. Adriana ketawa kecil lalu meleraikan tangan Firdaus yang melingkari pinggangnya. Tak sempat dia bangun, Firdaus sudah menarik semula tangan Adriana.

"Thanks for being such a lovely wife to me" kata Firdaus romantis. Adriana tersenyum lalu melangkah ke bilik mandi. Dia mahu segera turun dan membantu membuat sarapan. Tak terasa dia untuk mendapat gelaran menantu malas.


Selesai mandi dan berpakaian, Adriana segera turun ke ruang tamu. Kelihatan Daris bersama dengan kembar Fateh dan Fateha sedang ralit menonton televisyen sambil turut menari apabila watak didalam skrin televisyen itu mula menari. Telatah mereka membuatkan Adriana tersenyum kecil.

"Eh dah bangun dah Hanan? Awalnya" tegur Puan Hafizah yang baharu lepas berjoging bersama dengan Encik Fikri.

"Haah. Hanan pergi dapur sekejap ye" ujar Adriana sambil tersenyum kearah kedua mertuanya. Dia segera ke dapur untuk membantu apa yang patut.

"Kak Yati, ada apa-apa yang boleh saya tolong?" tanya Adriana sebaik sahaja melihat pembantu rumah ibu mertuanya sibuk mengacau nasi goreng didalam kuali.

"Eh Puan Hanan, tak payah susah-susah. Akak dah siapkan semuanya" balas Yati sambil tersenyum. Menantu majikannya itu bukanlah sombong seperti tanggapannya dahulu. Cuma payah untuk senyum.

"Mari saya tolong angkatkan air ni ke dalam ye?" Adriana terus mencapai dulang yang berisi air Milo dan membawanya ke ruang makan.

Kelihatan Sufi dan Rayyan baharu sahaja turun dari tingkat atas. Pasangan itu nampak mesra sekali dengan memakai pakaian berwarna sedondon.

"Mommy! Daddy!" jerit ketiga-tiga anak pasangan itu sambil berlari mendapatkan Sufi dan Rayyan.

"Assalamualaikum anak-anak mommy dan daddy" ucap Rayyan sambil mencium Daris, Fateh dan Fatehah bergilir-gilir.

"Waalaikumussalam daddy!" balas mereka hampir serentak.

"Eh Hanan awalnya bangun. Maaflah akak tak sempat nak tolong apa pun" ujar Sufi serba salah apabila melihat Adriana yang cekap menyusun atur cawan dan menolong pembantu rumah menghidangkan makanan.

"Saya tak buat apa-apa pun. Just tolong sikit-sikit" balas Adriana sambil tersenyum kecil. Firdaus yang baharu turun dari biliknya terus memeluk Adriana dari belakang.

"Sayang masak ke?" tanya Firdaus sambil mencium pipi Adriana.

"Taklah. Ana just tolong hidangkan je" jawab Adriana malu-malu sambil mengeliat menolak Firdaus. Dia segan dengan perlakuan romantis Firdaus dihadapan abang dan kakak iparnya.

"Woi dik! Agak-agaklah. Depan kanak-kanak suci ni kau buat perangai romantika de amour kau tu" tegur Rayyan sambil ketawa. Daris, Fateh dan Fatehah yang tidak faham turut ketawa apabila melihat daddynya seronok mengetawakan Firdaus.

"Mana ayah dengan ibu?" tanya Sufi sambil mencedok nasi ke pinggan lalu dibantu oleh Adriana membahagikan nasi goreng itu kepada anak-anak buahnya, Rayyan dan Firdaus.

"Mereka mandi mungkin. Sebab tadi Hanan nampak mereka baru balik dari jogging" jelas Adriana sambil mengambil tempat duduk disebelah Firdaus.

"Haih pagi sungguh menantu dengan anak ayah bangun" tegur Encik Fikri sebaik sahaja tiba di ruang makan.

"Biasa je ayah. Rajin ayah jogging dengan ibu pagi-pagi cuti ni" balas Rayyan lalu mencedokkan nasi goreng untuk ayahnya. Firdaus pula pantas meletakkan air untuk ayahnya dan dihulurkan gelas itu kepada Adriana untuk diberikan kepada Encik Fikri. Adriana meletakkan gelas berisi air Milo itu dengan sopan dihadapan ayah mertuanya.

"Aktiviti biasa pagi-pagi hari cuti dengan ibu kamu. Saja je nak jogging kat kawasan rumah kita ni. Kalau hari hujan selalunya kami berlari atas treadmill je" Encik Fikri tersenyum kepada Adriana yang menghidangkan air untuknya.

"Rancaknya anak beranak ni berborak" Puan Hafizah yang baharu keluar dari biliknya terus menegur suami, anak-anak dan menantunya yang rancak berborak di ruang makan. Dicuitnya pipi cucu-cucunya yang comel sambil mengambil tempat disebelah mereka. Sufi dan Adriana terus menghidangkan nasi goreng dan air Milo untuk ibu mertua mereka yang baharu tiba dimeja makan.

"Hmm Firdaus bila kamu nak bawa Hanan pergi tengok rumah kamu tu?" tanya Encik Fikri sambil menyuap nasi goreng yang masih berasap ke mulutnya.

"InsyaAllah petang nanti. Nak ikut ke?" Sengaja Firdaus bertanya. Dia sebenarnya teruja untuk menunjukkan rumah rekaannya kepada isterinya dan ahli keluarganya yang lain.

"Boleh juga. Dulu waktu kami pergi pun rumah tu tak diubah apa-apa pun kan?" Puan Hafizah bersetuju sambil menyuapkan cucu-cucunya nasi goreng. Bukan mereka tak reti menyuap sendiri tapi sengaja dia ingin bermanja-manja dengan cucu-cucunya.

"Okay set! Petang ni kita picnic dirumah baru Firdaus" kata Rayyan teruja. Dia memang suka aktiviti luar bersama keluarga.

"Hanan, kenapa senyap je?" tanya Sufi kepada Adriana yang hanya memerhati sejak tadi.

"Eh tak adalah. Hanan kalau makan memang senyap" jawab Adriana mesra. Dia memang sudah terbiasa begitu.

Firdaus mengerling kearah Adriana yang tersenyum sambil menyambung kembali suapan nasi gorengnya yang terhenti dek pertanyaan Sufi.

"Hmm comotlah sayang ni" kata Firdaus sambil mengelap tepi mulut Adriana yang sedikit comot.

"Manjanya dia dengan isteri dia" usik Puan Hafizah sambil tersenyum dengan gelagat Firdaus. Firdaus hanya ketawa kecil sambil tangannya diletakkan di bahu Adriana.

"Mestilah, takkan nak manja dengan ibu lagi kan?" usik Rayyan pula sambil ketawa. Encik Fikri hanya tersenyum melihat telatah anak-anaknya.

"Bolehlah ibu manjakan ayah lebih-lebih sekarang sebab anak manja ibu tu dah ada isteri dia nak manja-manja" usik Rayyan lagi.

"Eh dah kahwin pun boleh je nak manja-manja dengan ibu kan?" kata Firdaus sambil tersengih kepada Puan Hafizah.

"Disebabkan kau bakal pindah, maka abang je yang boleh bermanja tahap max dengan ibu" gurau Rayyan lagi.

"Aish sudah-sudahlah kamu ni. Ayah je yang boleh manja dengan ibu kamu okay. Dah tak payah nak gaduh" kata Encik Fikri sambil ketawa. Mereka serentak ketawa dengan kenyataan Encik Fikri yang tak terjangka oleh mereka.

Suasana gembira diruang makan kediaman Puan Hafizah dan Encik Fikri membuatkan Adriana tersenyum riang. Dirumahnya, dia tidak pernah merasakan suasana yang meriah sebegini. Papa dan mamanya sangat menjaga adab makan dan jarang berbual ketika berada dimeja makan. Hanya ketika saudara maranya bertandang sahaja rumahnya akan meriah dengan suara mereka kalau tidak memang rumahnya sentiasa sunyi.

"Ana fikir apa?" tanya Firdaus apabila melihat isterinya hanya tersenyum mendengarkan telatah mereka.

"Tak ada apa. Seronok meriah macam ni" ujar Adriana sambil tersenyum.

"Abang kalau boleh nak anak ramai. Jadi rumah akan sentiasa meriah" bisik Firdaus kepada telinga Adriana. Adriana menunduk malu memikirkan tentang impian Firdaus untuk mempunyai anak yang ramai.

'Err larat ke aku nak beranak banyak-banyak?' fikir Adriana dalam diam.














No comments: