Kapitalis

Sunday, April 28, 2013

Isteriku Ratu Ais - Bab 13

taken from here 

Isnin, hari ini merupakan hari Adriana mula masuk pejabat. Dia yang sudah selesai solat Subuh berjemaah dengan Firdaus segera bersiap-siap untuk ke pejabat.

"Ana masuk kerja kan hari ni?" soal Firdaus sambil memeluk Adriana dari belakang. Adriana yang sedang bersolek hanya tersenyum kepada suaminya yang semakin manja dari hari ke hari.

"Abang masuk kerja bila?" tanya Adriana. Tangannya cekap menyolek nipis wajahnya. Dia lebih sukakan wajah yang asli namun untuk menjaga imej korporat syarikat papanya dia bersolek nipis sekadar cukup syarat.

"Esok. Hari ni abang pergi tengok rumah kita kat Taman Tun tu. Ada sikit benda abang nak tambah" tambah Firdaus. Dia mencium pipi Adriana sebelum berlalu duduk dibirai katil.

"Ana suka rumah tu. Pandai abang reka" puji Adriana ikhlas. Terbayang rumah semi-D mereka di Taman Tun yang mereka lawati semalam bersama-sama dengan keluarga Firdaus. Firdaus tersenyum bangga apabila mendengarkan pujian dari isterinya itu.

"Alhamdulillah Ana suka dengan rumah tu. Abang punya risau kalau rumah tu tak kena dengan taste isteri abang ni" usik Firdaus lalu bangun mencuit pipi Adriana.

"Ana lawa sangat la pagi ni. Saja je nak goda abang pagi-pagi ni" Adriana terpegun apabila Firdaus sudah mula mencium pipinya dan mengigit telinganya perlahan.

"Err abang, Ana nak kena pergi kerja ni" Bukan dia tidak mahu menunaikan hasrat suaminya namun dia perlu keluar awal untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas.

"Ikutkan abang nak kurung je Ana dengan abang dalam bilik ni. Tak payah kerja" kata Firdaus sambil ketawa kecil. Firdaus berlalu menuju kearah almari dan menukar pakaiannya ke pakaian kasual.

"Abang nak pergi mana?" soal Adriana pelik.

"Nak hantar isteri abang ni la apa lagi" jawab Firdaus sambil tersengih memandang Adriana.

"La buat apa? Ana boleh drive sendiri" Adriana memang lebih suka berdikari dari mengharapkan orang lain. Semalam Henry sudah menghantar Peugeot RCZ coupe miliknya untuk kegunaannya pergi bekerja.

"Tapi..abang lagi suka kalau abang yang hantar dan ambil isteri abang ni. Risau la nak biarkan Ana drive" jelas Firdaus lalu menayang muka sepuluh sennya. 

'Ah sudah' Adriana sudah terperangkap diantara kehendaknya sendiri dan kehendak suaminya.

"Abang, kerja Ana ni kena banyak bergerak, jadi Ana memang selesa drive sendiri. Jadi senang bila Ana nak keluar jumpa client" terang Adriana sambil memegang tangan Firdaus mengharapkan pengertian dari suaminya.

"Hmm kalau Ana dah kata macam tu tak apalah" jawab Firdaus sedikit merajuk. Firdaus sememangnya lebih selesa jika dia yang menghantar isterinya. Risau dengan kadar jenayah di negara ini yang semakin meningkat dari hari ke hari.

"Abang.." Adriana mula berasa tidak selesa apabila Firdaus sudah membelakanginya.

"Okay, tapi hari ni je Ana drive, esok abang hantar Ana ye? Petang ni Ana ada hal dengan kawan-kawan Ana" Adriana mengalah apabila Firdaus menunjukkan tanda-tanda marah dengan keputusannya tadi.

"Betul ni? Okay mulai esok abang hantar ye?" Mata Firdaus bersinar-sinar apabila Adriana bersetuju membenarkan dia menghantar dan mengambil Adriana dari tempat kerja. Adriana hanya mengangguk.

"Jom turun sarapan. Nanti lambat pula Ana nak ke pejabat" ujar Firdaus sambil menarik tangan isterinya. Adriana hanya menurut langkah suaminya yang gembira dengan keputusan yang baru dibuatnya tadi.


Di bangunan Elves Holding, Adriana melangkah masuk ke ruang pejabatnya dengan tenang. Kedengaran suara pekerja-pekerja berborak di pantri. Segera Adriana menghentikan langkah apabila terdengar namanya disebut.

"Hari ni Cik Adriana dah masuk kerja kan?" tanya Suzy sambil menghirup minumannya dari gelas.

"Yup makin dinginlah pejabat kita ni. Tapi selama dia tak ada, bosan pula" balas Junaidah dengan mulut yang penuh dengan biskut.

"Ha..suka hati je korang mengata bos aku tu ye? Aku rindu gila bila dia takde. Ofis ni pun rasa panas je" kata Emir dengan nada berjenaka.

"Aku report kat Hannah baru kau tau!" Sengaja Suzy mengugut Emir yang baharu sahaja mendirikan rumahtangga dengan Hannah yang merupakan teman persekolahannya dulu.

"Oit! Rindu aku kat bos dengan Hannah lain tau! Kau tau bila dia ada rasa macam suhu ofis ni turun 10 darjah Celsius. Ni dengan korang ni buat panas adalah" balas Emir sambil ketawa berdekah-dekah.

"Erk apasal aku rasa seram sejuk pula ni" Meremang tengkuk Emir apabila melihatkan Adriana yang berdiri belakang mereka dengan muka tanpa perasaan sambil menyilangkan tangan ditubuhnya.

"Morning" ucap Adriana pendek sebelum berlalu menuju ke bilik kerjanya. 

'Turun 10 darjah Celsius? Baik tak payah pakai aircond kalau macam tu' getus Adriana sambil tersenyum sendiri mendengarkan keletah pekerja-pekerjanya.

Dia segera menekan punat interkom memanggil pembantunya, Emir masuk ke biliknya. Emir tergesa-gesa masuk kebiliknya apabila menganggap moodnya kurang baik pagi ini.

"Emir mulai hari ni segala urusan dengan client awak yang akan uruskan. Awak pun dah biasa berurusan dengan client kan?" arah Adriana sambil memandang Emir yang tidak berani menatap wajahnya. Mungkin takut kerana perbualannya tadi didengari Adriana.

"Baik Ci..Puan Adriana" Emir menepuk mulutnya sendiri yang hampir tersasul memanggil Adriana dengan panggilan lamanya.

"Hmm baik. Awak boleh pergi" arah Adriana dengan suara yang dingin. Emir berasa bagaikan berada didalam peti sejuk apabila berdepan dengan majikannya yang dingin didalam bilik yang berwarna putih kebiru-biruan.

"Err Puan Adriana, saya minta maaf kalau puan terasa dengan kata-kata kami pagi tadi" apa-apa pun Emir tahu dia harus meminta maaf keatas keterlanjuran dia bergurau pagi tadi.

"Hmm okay" balas Adriana pendek. Mukanya masih tidak beriak dan hanya memandang Emir dengan pandangan yang dingin.

"Err saya keluar dululah puan" kata Emir yang tidak selesa dipandang lama oleh Adriana. Adriana hanya tersenyum kecil apabila melihat pembantunya yang kelam-kabut meninggalkan biliknya. Memang sengaja dia bersikap dingin dengan pembantunya itu. Emir yang sudah bekerja lebih setahun dengannya memang seorang pekerja yang berdedikasi dan boleh dipercayai.

"Oh lupa pula nak bagi diorang survenir" getus Adriana sendirian didalam biliknya. Biliknya sengaja dihias mengikut tema permandangan musim salju kerana padanya permandangan itu merupakan permandangan yang terindah baginya.

Adriana mengeluarkan beberapa kotak coklat yang dibelinya dari Langkawi untuk pekerja-pekerjanya lalu menuju keluar dari biliknya. Dia segera mengagih-agihkan kotak coklat itu kepada pekerja-pekerjanya yang tergamam dengan hadiah yang baharu mereka terima dari bos yang sentiasa dingin dengan mereka.

"Ter..terima kasih bos" ucap Suzy sambil dibalas dengan senyuman kecil dari Adriana. Senyuman Adriana itu cukup membuatkan Suzy membeku ditempat duduknya. 

"Bos senyum kat aku" kata Suzy kurang percaya sebaik sahaja Adriana beredar dari workstation mereka. Kata-kata Suzy itu walaupun perlahan namun berjaya membuatkan Junaidah, Emir dan Praven mengerumuninya.

"Biar betul?!" kata mereka serentak. Suzy mengangguk-anggukkan kepala dengan muka tidak percaya.

"Betul la orang cakap kalau tengok senyuman dia boleh beku sekejap. Tadi aku bukan takat beku, rasanya dah macam patung dah aku tadi" kata Suzy lagi.

"Cantik tak bila dia senyum?" tanya Praven dengan penuh rasa ingin tahu.

"Cantik" jawab Suzy pendek.

"Kalau macam tu, kalau lumpuh sekalipun aku tak kisah asalkan dapat tengok bos senyum" kata-kata hiperbola dari Praven itu membuatkan Emir menyekeh kepalanya.

"Banyaklah kau punya lumpuh! Kumari tu nak makan apa bila kau lumpuh?" kata Emir sambil mencekak pinggang.

"Kumari makan nasi la" seloroh Praven sambil ketawa berdekah-dekah. Praven yang sudah berkahwin dengan gadis pilihan ibubapanya tetap bahagia dengan gadis yang bernama klasik itu, Kumari. Pada mulanya dia ketawa kerana menganggap ibubapanya hanya mengenakannya namun dia sendiri terpikat dengan isterinya kini.

"Mahunya kau kena baling kuali dengan Kumari kalau tahu kau menggatal dengan bos, Praven" sakat Junaidah sambil ketawa terbahak-bahak membayangkan Praven yang benjol kepalanya akibat dibaling dengan kuali. Mereka serentak ketawa bersama-sama dengan Junaidah tanpa sedar yang perbualan mereka turut didengari oleh Adriana.


Petang itu Adriana tidak segera pulang ke rumah, rakan baiknya Julian, Lillian dan Ian mengajaknya meluncur ais di Sunway Pyramid. Sudah berkali-kali dia menelefon Firdaus untuk memberitahu suaminya yang dia akan pulang lewat sedikit namun hampa kerana panggilannya tidak berjawab. Tetapi Adriana tetap pergi kerana dia sudah memaklumkan yang dia ada hal dengan kawan-kawannya pagi tadi kepada Firdaus.

"Ad! How are you baby?" tegur rakan baiknya Lillian. Lillian dan Julian merupakan adik beradik yang lahir pada tahun yang sama. Julian diawal tahun manakala Lillian diakhir tahun. Mereka sering diketawakan oleh rakan-rakan sekelas mereka ketika zaman persekolahan namun bukan Adriana. Adriana tidak pernah kisah itu semua. Itu membuatkan mereka rapat dengan Adriana walaupun Adriana nampak sombong pada mulanya.

"Fine" jawab Adriana pendek sambil membalas pelukan Lillan. Julian hanya tersenyum memerhatikan gelagat adiknya dan rakan baiknya itu. Julian pernah menaruh perasaan terhadap Adriana namun kecewa kerana dia sendiri tidak berani meluahkannya kepada Adriana yang kini sudah menjadi milik orang lain.

"Jom masuk. Ad you bawa kan kasut you sendiri?" tanya Ian. Adriana hanya mengangguk. Mereka memang aktif meluncur ais. Dahulu mereka sering menghabiskan masa digelanggang luncur ais setiap kali bercuti. 

Adriana melepaskan giannya untuk meluncur ais sepuas-puas hatinya. Sudah lama dia tidak berkunjung ke sini. Sejak mula bekerja dengan papanya, dia jarang dapat meluangkan masa untuk meluncur ais dan berjumpa dengan rakan-rakannya. 

Setelah dua jam, mereka berhenti meluncur memandangkan Adriana ingin berhenti untuk solat Maghrib dan pulang.

"Babe, macam mana kahwin?" tanya Julian setelah Adriana selesai menunaikan solat disurau.

"Okay je" jawab Adriana. Dia pelik apabila melihat hanya Julian yang menunggunya di cafe itu.

"Mana yang lain?" tanya Adriana lalu melabuhkan punggung diatas kerusi berhadapan dengan Julian.

"Ian temankan Lillian pergi Daiso beli gula-gula drops yang dia gilakan tu" terang Julian sambil tersenyum kearah gadis yang masih dicintai sehingga kini.

"Adriana Hanan!" terkejut Adriana apabila melihat Firdaus yang sudah memerah mukanya menahan marah apabila melihat Adriana dan Julian berdua-duaan di cafe yang agak romantik itu.

"Abang" hanya itu yang terucap dari bibir mungil Adriana. Tak sangka suaminya akan berada disini ketika dia hanya berdua dengan Julian.

"Patutlah tak nak abang ambil dan hantar Ana. Rupa-rupanya ini yang Ana buat!" marah Firdaus tanpa mempedulikan Julian yang kelihatan terkejut dihadapannya. Adriana memandang tepat kearah Firdaus dengan penuh perasaan marah. Dia terus beredar meninggalkan Firdaus yang masih berdiri dihadapan cafe itu. Hatinya berasa teramat sakit apabila dituduh sebegitu rupa.

"Err bro. Aku rasa kau dah salah faham. Kami datang berempat bukan berdua-duaan  macam yang kau fikir. Tu adik dengan kawan aku dah datang" Julian menunjuk kearah Lillian dan Ian yang pelik melihat Firdaus yang berdiri tegak dihadapan Julian.

"Julian mana Ad? Tak habis solat lagi ke?" tanya Lillian sambil matanya melilau mencari rakan baiknya.

"Eh ini suami Ad kan? Datang nak jemput Ad ke?" tanya Ian sambil bersalaman dengan Firdaus.

Firdaus meraup mukanya apabila memikirkan yang sudah sudah salah sangka dengan isterinya. Sementara itu Julian menceritakan segala-galanya kepada Lillian dan Ian. Terkejut besar mereka apabila mengetahui yang Firdaus mengesyaki Adriana curang dengan Julian.

"Firdaus, I rasa you dah buat silap besar. Adriana takkan mudah maafkan you" kata Lillian sambil memandang simpati kepada Firdaus yang kelihatan kusut.

"Bro aku dapat rasakan kau tidur luar malam ni" tambah Ian sambil menepuk-nepuk bahu Firdaus.

"Hmm aku rasa Ad mesti ada kat tempat tu" kata Julian tiba-tiba. Mereka memandang Julian dengan hampir serentak. Julian tersengih sambil menjungkitkan sebelah keningnya.

"Kamu tahu kan?" kata Julian sambil memandang Lillian dan Ian yang sudah tersenyum. Firdaus hanya memerhatikan tiga sahabat itu dengan penuh tanda tanya.


"Err dik nak tambah anak panah lagi ke?" tanya seorang pekerja lelaki di tempat rekreasi Stars Archery. Tempat yang menjadi hala tujunya setiap kali dia marah ataupun mengalami sebarang gelora perasaan. Adriana hanya mengangguk sebagai tanda dia ingin menambah anak panah lagi. Sebanyak 12 anak panah ditambah didalam bekas itu.

Adriana membayangkan muka Firdaus sebagai target panahannya. Perasaan marah dan geramnya terhadap suaminya kembali membuak-buak. Tak sangka suaminya boleh menuduhnya sebegitu rupa. Entah apa salahnya sedangkan dia sudah memaklumkan yang dia akan bertemu dengan rakannya pagi tadi lagi dan cuba menelefon suaminya untuk meminta kebenaran.

"Bullseye!" jerit seorang pekerja wanita disitu. Adriana terus memanah dengan muka tanpa perasaan. Entah berapa kali panahannya tepat mengena sasaran dan setiap kali itu juga pekerja wanita itu akan menjerit 'bullseye'.

"Ana.." panggilan itu membuatkan darah Adriana kembali mendidih. Adriana yang sudah kehabisan anak panahnya terus meninggalkan gelanggang memanah dan memulangkan pelindung tangan di kaunter.

"Ana jangan buat abang macam ni. Abang minta maaf. Abang cemburu sangat tadi" pujuk Firdaus lalu diraihnya tangan Adriana. Adriana terus menepis tangan Firdaus. Rasa marahnya masih belum surut.

"Leave me alone" tegas Adriana dingin. Dia terus menuju keluar dari Stars Archery meninggalkan Firdaus yang terpinga-pinga dimarahi Adriana.

'Aduh, macam mana nak pujuk ni?' Firdaus meraup mukanya sambil menuju ke tempat parkir kenderaan. Dalam hatinya dia berdoa agar marah Adriana lekas surut. Tak sanggup dia bermalam diluar rumah hari ini.

4 comments:

Miss FF said...

Alamak ice queen dh merajuk... tu la en. suami cemburu buta lg~

Norlyana Nasrin said...

(^-^) hehehe

Anonymous said...

Bestla cite ni..suka sgt..

Norlyana Nasrin said...

Alhamdulillah terima kasih
(^-^)v