Kapitalis

Saturday, April 6, 2013

Isteriku Ratu Ais - Bab 6

taken from here 

Mereka berangkat ke lapangan terbang untuk ke Langkawi pagi itu dengan dihantar oleh Datuk Ilyas dan Datin Hafsyah berserta dengan ibubapa Firdaus. Datuk Ilyas bersemangat ingin memandu sendiri pagi ini. Dia memandu Toyota Alphard miliknya. Selalunya dia akan menyuruh pemandunya sahaja. Pemandunya, Henry Koo diberi cuti hari ini. Pemuda berbangsa Cina itu yang telah menyelamatkannya dari menjadi mangsa culik empat tahun yang lepas. Sejak hari itu, dia terhutang budi dengan pemuda itu. Henry berasal dari keluarga yang miskin. Ibubapanya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya dan dia perlu menyara tiga orang adiknya yang masih bersekolah. Datuk Ilyas yang kasihan dengan kesusahan hidup Henry terus menawarkan pekerjaan kepada pemuda itu yang ketika itu hanya bekerja di stesen minyak.

"Datuk tak mengapakah saya cuti hari ni?" tanya Henry risau. Datuk Ilyas sudah lama tidak memandu sendiri ke mana-mana. Risau pula jika apa-apa terjadi kepada majikannya yang amat dihormati olehnya.

"Tak apalah Henry, lagipun dah lama saya tak bawa kereta sendiri. Rindu pula" balas Datuk Ilyas. Wajah Henry dipandang sekilas. Tampak kegusaran dari raut wajah pemuda Tionghua itu. 

"Saya risau saja Datuk." Henry terus meluahkan kegusarannya kepada majikannya.

"Henry, awak jangan risau. Nah ambil duit ni, hari ni kamu cuti kan? Bawalah adik-adik kamu berjalan-jalan" Datuk Ilyas terus menghulurkan beberapa not RM100 kepada Henry. Datuk Ilyas tahu dengan pekerjaan Henry sekarang, agak sukar bagi pemuda itu untuk meluangkan masa dengan adik-adiknya.

"Eh Datuk, gaji saya masih ada lagi." Henry menolak sopan tangan Datuk Ilyas. Gajinya sahaja sudah cukup untuk menampung kehidupannya dan adik-adik yang masih bersekolah. Datuk Ilyas juga memberikannya sebuah rumah teres kerana kasihan dengan nasibnya yang dihalau tuan rumah kerana tidak dapat membayar sewa sejurus selepas dia menyelamatkan lelaki itu. Namun dia bertegas untuk membayar wang ansuran bulanan kepada Datuk Ilyas dan mujur lelaki itu mahu menerimanya walaupun kadang kala Datuk Ilyas sengaja melarikan diri apabila dia ingin membayar wang ansuran bulanannya.

"Kalau Datuk tak nak terima, petang ini saya pindah" ugut Henry suatu hari ketika Datuk Ilyas berkeras tidak mahu dia membayar wang ansuran rumah yang didudukinya. Akhirnya Datuk Ilyas menerima wang itu. Dia tidak tahu yang Datuk Ilyas menyimpan wang itu didalam akaun khas yang dibuka Datuk Ilyas untuk Henry.

"Eh kamu ni berangan pula. Ambil sajelah. Ni hadiah untuk adik-adik kamu." Datuk Ilyas terus memasukkan duit itu kedalam poket Henry sambil berlalu pergi. Dia sempat lagi melambai kearah Henry. Henry hanya tersenyum dengan gelagat Datuk Ilyas. Majikan yang selalunya seperti tiada perasaan namun sangat mengambil berat akan kebajikan pekerjanya.

'Mesti Hui Lin, Sze Ann dan Kwon Long seronok dapat berjalan hari ni' getus Henry sambil tersenyum mengingatkan adik-adiknya. Dia terus menuju kearah kereta Myvi yang dibelinya tahun lepas. Dia bersyukur dengan pekerjaannya sekarang, majikan yang baik dan gajinya juga boleh tahan. Kini mereka sekeluarga tidak hidup susah lagi.


"Hanan, nanti sampai sana call mama ye?" pesan Datin Hafsyah. Dia sudah menangis-nangis memeluk Adriana yang mengangguk sambil menayangkan muka tiada perasaan.

"Sya, agak-agaklah Hanan ni pergi honeymoon kat Langkawi berapa hari je, yang awak ni beria macam dia nak pergi dua tahun ni kenapa?" Datuk Ilyas pelik dengan perangai isterinya yang kadang-kadang suka sangat berdrama.

"Ala abang ni, Hanan pergi seminggu tau. Sya tak ade kawan nak gaduh" balas Datin Hafsyah sambil mencebik. Firdaus hanya tersenyum melihat gelagat ibu mertuanya. 

"Ni ibu tak rindu kat Firdaus ke?" tanya Firdaus sambil tersenyum nakal kearah Puan Hafizah. Puan Hafizah hanya tersenyum sambil mencubit lengan Firdaus. Encik Fikri sudah tergelak kecil melihat gelagat Datin Hafsyah dan isterinya.

"Nah Hanan, senarai barang-barang yang mama nak" Terbeliak mata Adriana melihat senarai barang-barang yang panjang berjela.

'Habislah..' keluh Adriana dalam hati. Senarai barang mamanya sahaja sudah membuatkan dia pening kepala. Firdaus turut terkejut melihat senarai barangan yang boleh buat dia dan Adriana patah bahu hendak mengangkat balik nanti.

"Ya Allah, banyaknya! Kamu ni nak bagi mereka honeymoon ke tidak Sya?" tegur Datuk Ilyas. Buntang matanya melihat senarai diberi isterinya kepada Adriana.

"Hehehehe...mama gurau saje. Tapi kalau rajin belikan jela" kata Datin Hafsyah sambil tersengih. Pinggan mangkuk, coklat, minyak wangi, stok minyak gamat dan macam-macam barangan lain yang kalau dibelinya di Kuala Lumpur harganya lebih mahal. Alang-alang dah anaknya ke tempat bebas cukai, baik dia kirimkan sahaja.

"Fiza tak nak kirim apa-apa ke?" tanya Datin Hafsyah.

"Tak apalah kak, kami dah selalu ke sana." Encik Fikri sering bertugas di Pulau Langkawi dan dia sering mengikut suaminya setiap kali suaminya ke sana jadi barang-barang itu sudah biasa baginya.

"Okaylah mama, papa, ibu dan ayah. Kami dah kena masuk dah ni" Firdaus bersalaman dengan ibubapa dan  mertuanya.

"Baiklah hati-hati ye. Apa-apa nanti call kami ye?" pesan Encik Fikri sambil menepuk-nepuk bahu anaknya.

"InsyaAllah" Adriana turut bersalaman dengan mereka.

"Hanan, tolong jagakan anak ibu tu ye?" pesan Puan Hafizah sambil mengusap pipi Adriana. Adriana hanya tersenyum kecil sambil mengangguk.

"Jangan kamu buli pula Firdaus tu Hanan" pesan Datin Hafsyah pula. 

'Bila masa aku buli dia?' Adriana hanya memandang pelik kepada mamanya.

"Mana ada Ana buli saya? Dia layan saya baik punya" sengaja Firdaus membela isterinya yang terkulat-kulat apabila Datin Hafsyah mengatakan yang Adriana membulinya.

"Hehe jawab macam takut bini je kamu ni Firdaus" kata Datin Hafsyah sambil tersengih. Firdaus hanya tergelak kecil. 

"Mana ada. Sayang lebih je mama" balas Firdaus sambil ketawa. Encik Fikri dan Datuk Ilyas turut ketawa mendengarkan penyataan Firdaus.

"Dahlah tu kang ada jugak yang tertinggal flight" tegur Puan Hafizah. Firdaus dan Hanan terus mengangguk dan mengangkat bagasi. Mereka membawa dua bagasi. Satu untuk Adriana dan satu lagi untuk Firdaus. Tapi memandangkan Datin Hafsyah sudah memesan barang-barangan, mereka perlu beli lagi satu bagasi rasanya.

"Welcome aboard" sambut pramugari yang bertugas. Firdaus dan Adriana hanya mengangguk. Adriana mengambil tempat disebelah tingkap. Firdaus duduk dan terus memakai tali pinggang keselamatan. Dia turut memakaikan tali pinggang itu untuk isterinya.

"Thanks" ucap Adriana. Firdaus hanya tersenyum.


Teringat kejadian malam tadi,

"Ana sayang, jom tidur." Firdaus yang sudah berbaring diatas katil Adriana menepuk-nepuk tempat disebelahnya sebagai isyarat menyuruh Adriana tidur bersamanya.

Adriana terus bergerak ke sisi katil dan mengambil tempat disebelah Firdaus. Firdaus membelai rambut Adriana sambil memandang tepat ke wajah isterinya. Dia menghilangkan jarak diantara mereka dengan merangkul pinggang Adriana. Kini muka Adriana betul didadanya sehinggakan dia pasti degupan jantungnya kini pasti dapat didengari oleh Adriana. Firdaus menyentuh lembut dagu Adriana lalu membuatkan isterinya mengangkat muka ke wajahnya. Pipi isterinya sudah mula memerah namun reaksi wajah masih tidak berubah. Firdaus mula mendekatkan mukanya dengan muka Adriana. Seketika selepas bibir mereka bersatu, Adriana menolak lembut Firdaus.

"Err kenapa ni sayang?" tanya Firdaus yang pelik dengan penolakan isterinya. Tangannya masih lagi melingkari pinggang Adriana.

"Maafkan saya. Saya period" balas Adriana sambil memandang malu kearah Firdaus.

"Bila?" Firdaus mula berasa kecewa. Niatnya untuk bersama isterinya kini terbantut.

"Lepas Isyak tadi. Tu yang lama saya di bilik mandi" terang Adriana. Risau Adriana apabila melihat muka Firdaus yang ternyata kecewa.

"Selalu period berapa lama?" tanya Firdaus. Lagaknya bagaikan polis yang sedang menyoal pesalah laku undang-undang.

"Seminggu atau kurang dari seminggu" balas Adriana. Geram dengan gaya penyiasatan Firdaus.

"Ala..lamanya. Tak boleh kasi habis cepat ke?" rengek Firdaus sambil membelai rambut Adriana.

"Bukan saya boleh adjust period saya ni. Dulu waktu Biologi tak belajar ke?" marah Adriana. Dia terus memusingkan badannya kearah bertentangan. Firdaus terkedu apabila isterinya mula merajuk.

"Err Ana..janganlah marah. Abang tadi kecewa je. Meh la pandang muka abang yang macam Cristiano Ronaldo ni" pujuk Firdaus sambil memeluk Adriana. Adriana hampir tergelak mendengarkan suaminya yang perasan kacak. Sengaja Adriana mengeraskan diri untuk menguji Firdaus. 

Firdaus yang bangun secara tiba-tiba mngejutkan Adriana. Adriana menarik nafas lega apabila suaminya hanya beralih tempat dan kini Firdaus berbaring betul-betul dihadapannya. Firdaus terus memeluk dan mencium pipinya.

"Sayang jangan marah ye? Tak best lah" kata Firdaus yang berterus-terusan memujuk Adriana. Adriana tersenyum kecil lalu mencium pipi Firdaus tanda dia memaafkan Firdaus. Senyuman Firdaus terus melebar apabila diperlakukan begitu oleh isteri kesayangannya. Dia mengetatkan pelukannya dan mereka tidur berpelukan malam itu. Nasib baik isterinya jenis senang dipujuk kalau tidak tidur kat bangku taman la gamaknya.

'Oh lagi seminggu, tujuh hari, 168jam, 10080 minit, 604800 saat' kira Firdaus dalam hati. Oh bersabarlah Muhamad Firdaus.










No comments: