taken from here |
"Macam mana honeymoon? Seronok?" tanya Puan Hafizah sambil mengelus lembut pipi Adriana. Adriana hanya tersenyum sambil mengangguk.
"Ada beli tak barang-barang yang mama pesan?" Datin Hafsyah bertanya sambil tersengih memandang anak dan menantunya.
"Ada mama. Dua hari sebelum balik lagi kami dah pergi beli" jawab Firdaus sambil menepuk-nepuk sebuah bagasi yang penuh dengan barang kiriman Datin Hafsyah.
"Datin, biar saya bawa bagasi-bagasi mereka masuk dalam kereta dulu" Henry Koo terus menolak troli berisi bagasi-bagasi Adriana dan Firdaus untuk dibawa ke kereta. Hari ini dia ditugaskan untuk membawa isteri majikannya untuk menjemput pasangan muda ini pulang dari bulan madu.
"Oh biar saya tolong sekali" tawar Firdaus sambil berjalan beriringan dengan Henry. Sempat juga dia berbual dengan pemuda berbangsa Cina itu. Datin Hafsyah, Puan Hafizah dan Adriana mengekori mereka dari belakang.
"Kali ni tidur rumah ibu pula ye Hanan?" kata Puan Hafizah sambil memegang erat tangan Adriana. Adriana mengangguk setuju. Dia sememangnya bercadang untuk ke rumah mertuanya kerana dia tidak pernah ke sana sejak berkahwin.
"Bagus juga cadangan Fiza tu, Hanan ni pun mana pernah ke rumah Fiza. Henry kita ke rumah Puan Hafizah" arah Datin Hafsyah kepada Henry.
"Baik Datin" jawab Henry. Firdaus yang duduk di sebelah kerusi pemandu berbual-bual dengan Henry untuk mengelakkan pemuda itu bosan.
"Henry, umur kau berapa tahun?" soalan ala-ala kanak-kanak baru nak berkenalan ditujukan Firdaus kepada Henry.
"Umur saya 22 tahun" jawab Henry. Dia tersenyum sambil memandang sekilas kearah Firdaus.
"Muda lagi kamu ni. Tak nak sambung belajar ke?" tanya Firdaus lagi. Dia berasa rugi jika usia yang muda tidak diisi dengan menuntut ilmu.
"Oh saya ambil diploma secara sambilan di kolej swasta" Gaji yang diberi oleh Datuk Ilyas membolehkan Henry menyambung pelajarannya ke kolej walaupun secara sambilan.
"Ambil bidang apa?"
"Pengurusan perniagaan"
"Oh jadi Henry berminat nak buka bisnes sendiri la ni?" Firdaus bangga apabila pemuda ini masih ada masa menuntut ilmu walaupun sibuk bekerja.
"Itu sebahagian dari perancangan saya. Tapi kalau dapat bekerja di syarikat biasa pun okay juga" balas Henry. Matanya masih tertancap pada jalanraya. Keselamatan majikannya adalah keutamaannya.
"Oh ya malam ni Rayyan balik. Nanti boleh la kamu jumpa dengan abang Firdaus tu. Hari tu waktu kenduri kamu dia tak dapat balik sebab isteri dia ada exam waktu tu" terang Puan Hafizah. Anak sulungnya dan menantunya menyambungkan pelajaran bersama-sama di Australia dan kini baru ingin pulang ke Malaysia setelah berjaya menamatkan pengajian di peringkat PHD di sana.
"Rayyan dah ada berapa orang anak dah ya Fiza? Hari tu last Sya jumpa, Sufi tengah mengandung" tanya Datin Hafsyah.
"Dah ada tiga orang dah. Dua lelaki seorang perempuan" jawab Puan Hafizah. Puan Hafizah tersenyum teringatkan cucu-cucunya yang petah bercakap. Cucu sulungnya, Daris Hamizan sudah berumur empat tahun dan kembar Qaiser Fateh dan Qaisara Fatehah berusia dua tahun. Dia sanggup terbang ke Australia semata-mata untuk berjumpa dengan cucu-cucunya kerana faham anak dan menantunya sibuk mengejar cita-cita. Dan kini dia boleh melepaskan nafas lega kerana mereka sudah tamat pengajian.
"Mesti seronok dapat main dengan cucu" kata-kata Datin Hafsyah itu menarik perhatian Adriana. Lebih-lebih lagi mamanya itu sempat juga memandang sekilas kearahnya ketika menuturkan kata-kata itu.
"Kalau ada rezeki kamu pun boleh main dengan cucu tak lama lagi" Puan Hafizah tersenyum sambil memandang kearah Adriana. Adriana hanya menayangkan muka tanpa reaksi.
'Anak?' Adriana memang bukan seorang yang suka akan kanak-kanak namun tidak pula dia membenci. Dia cuma tiada perasaan dengan kanak-kanak. Tak kiralah betapa comel pun kanak-kanak yang datang dihadapannya.
Mereka tiba dirumah Puan Hafizah setelah satu jam perjalanan. Firdaus membantu Henry memunggah bagasi mereka dan membawanya masuk kedalam rumah. Rumah banglo Puan Hafizah mempunyai reka bentuk yang unik dan moden.
"Kalau nak tahu, abang yang renovate balik rumah ni" beritahu Firdaus tanpa dipinta. Adriana hanya tersenyum. Kagum dia melihat hasil kerja Firdaus yang sesungguhnya menarik perhatiannya.
"Mari masuk Sya, Hanan, Henry" pelawa Puan Hafizah sambil membuka pintu utama kediamannya. Henry pada mulanya berasa serba salah untuk masuk. Namun dia menurut apabila Datin Hafsyah memanggilnya masuk.
"Yati, buatkan air" arah Puan Hafizah kepada pembantu rumahnya sebaik sahaja terlihat pembantu rumah itu mendekatinya. Pembantu rumahnya itu mengangguk dan terus menuju ke dapur.
"Makan tengahari kat sini lah Sya, Henry. Kalau balik rumah pun Ilyas bukan ada pun" cadang Puan Hafizah.
"Boleh je kalau tak menyusahkan" balas Datin Hafsyah.
"Susah apa, best juga kalau sekali sekala makan ramai-ramai" kata Puan Hafizah. Selalunya dia hanya menjamu selera bersama dengan Firdaus atau hanya ditemani oleh pembantu-pembantu rumahnya sahaja apabila suaminya tiada dirumah. Kadangkala dia sanggup memandu ke rumah Datin Hafsyah untuk makan bersama dengan rakannya itu.
"Henry, kamu pun jangan malu-malu ye? Makan dengan kami tau tengahari ni" ajak Puan Hafizah sambil tersenyum kepada Henry.
"Terima kasih Puan Hafizah" Henry terharu apabila rakan majikannya sanggup mengajaknya makan sekali. Dia ingatkan dia mahu pulang makan bersama-sama dengan adik beradiknya kerana dia sudah memasak untuk makan tengahari pagi tadi sebelum keluar bekerja, namun pelawaan dari Puan Hafizah itu tidak sanggup untuk dia menolak.
Selesai makan tengahari, Datin Hafsyah dan Henry meminta diri untuk pulang. Sempat juga Datin Hafsyah memberi sedikit nasihat kepada Adriana.
"Hanan baik-baik ye kat sini. Jaga hati Firdaus dan ibu. Jaga maruah Firdaus" Datin Hafsyah berpesan sambil memeluk erat anak tunggalnya. Takut benar jika anaknya itu membuat perangai dirumah rakan baiknya yang kini telah menjadi besannya.
"Aish Sya ni, Hanan ni dah cukup baiklah. Jangan risau, rumah Sya pun dekat-dekat sini juga. Kalau rindu Hanan, datang jela selalu" ujar Puan Hafizah sambil tersenyum kearah rakan baiknya.Adriana hanya mengangguk sambil memandang wajah mamanya yang risau.
Kereta dipandu Henry meninggalkan laman rumah Puan Hafizah sambil diperhatikan oleh mereka bertiga.
"Jom masuk" ajak Firdaus sambil tangannya melingkari pinggang Adriana. Adriana mengangguk sambil mengikut langkah suaminya.
"Pergilah masuk berehat dulu Firdaus. Sekejap lagi dah nak Zohor" kata Puan Hafizah.
"Hanan kalau nak apa-apa beritahu sahaja pada Firdaus atau ibu okay? Jangan malu-malu" tambah Puan Hafizah lagi. Wajah Adriana ditatapnya dengan penuh kasih. Suka benar apabila menantu pilihannya ada didepan matanya. Adriana tersenyum memandang ibu mertuanya. Wajah keibuan Puan Hafizah memang sentiasa menenangkan hatinya.
Firdaus mengangkat bagasi-bagasi mereka masuk kedalam bilik mereka ditingkat atas. Bilik tidurnya kini sudah menjadi bilik peraduan untuk mereka berdua.
Adriana terpaku apabila melihat rekaan dalaman bilik tidur Firdaus. Bilik tidur berwarna kelabu itu cukup moden dan tampak sofistikated. Bilik itu turut dilengkapi dengan sebuah bilik kerja dan bilik mandi.
"Buat sementara ni kita duduk sini dulu okay? Rasanya minggu depan kot baru rumah kita siap" kata Firdaus sambil meletakkan bagasi mereka dihadapan pintu almari. Dia terus menghempaskan badannya diatas katil.
"Rumah kita?" Adriana pelik apabila Firdaus menyebut tentang rumah.
"Alamak! Abang lupa nak beritahu. Abang tengah renovate rumah yang abang dah lama beli kat Taman Tun. InsyaAllah minggu depan siap sebab abang dah suruh team abang kawtimkan rumah abang dulu" terang Firdaus sambil tersengih. Adriana hanya memandang geram kearah Firdaus. Dia tak suka kerana suaminya itu tidak berbincang dengannya tentang rumah yang bakal mereka duduki.
"Ana marah ke? Abang sebenarnya nak buat surprise untuk Ana" Firdaus mula berasa tidak sedap hati apabila Adriana mendiamkan diri dan hanya mengemas pakaian mereka. Nasib baiklah mereka menggunakan perkhidmatan lobi di hotel yang mereka duduki kalau tidak mesti penuh baju kotor yang perlu dibasuh.
"Lain kali sila bincang dengan saya sebelum buat apa-apa keputusan" Adriana menuturkan kata-kata itu dengan nada yang mendatar. Wajah dingin Adriana membuatkan Firdaus tidak senang duduk.
"Sayang..jangan marah ye?"pujuk Firdaus. Dia sudah bangun dari pembaringannya dan kini duduk berteleku dihadapan Adriana. Adriana hanya memandang kosong kearah Firdaus lalu dia bingkas bangun. Baju yang sudah siap dilipat dimasukkan kedalam almari dan sesetengah baju pula digantung dengan penyangkut pakaian. Firdaus sudah menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Sudah mati akal untuk memujuk isterinya.
"Dah pergi mandi. Zohor dah nak masuk" tutur Adriana dingin. Dia dengan segera meletakkan t-shirt dan kain pelekat Fidaus diatas katil. Belum sempat dia keluar dari bilik, Firdaus sudah memeluknya dari belakang.
"Abang tak benarkan Ana keluar dari bilik ni selagi Ana tak maafkan abang" ucap Firdaus dengan nada yang serius. Adriana terpaku dengan kelakuan mengejut suaminya. Dia memusingkan badan dan memandang tepat ke wajah Firdaus.
"Lain kali Ana nak abang berbincang segala hal dengan Ana. Ana tak suka kalau abang buat keputusan untuk kita tanpa meminta pandangan Ana. Kali ni Ana maafkan abang, lain kali mungkin susah" jelas Adriana. Matanya memandang tepat ke kolam mata Firdaus. Firdaus tersenyum lega setelah mendengar yang dirinya telah dimaafkan.
"Baiklah. InsyaAllah lain kali abang akan minta pandangan Ana sebelum buat keputusan okay?" kata Firdaus sambil mencuit hidung Adriana. Adriana tersenyum nipis sambil menggosok hidungnya. Firdaus terus memeluk erat isterinya.
"Abang, pergilah mandi. Dah nak Zohor ni" Firdaus mengetatkan pelukan buat seketika sebelum melepaskan isterinya.
"Yelah abang pergi mandi. Ana nak pergi mana ni?" tanya Firdaus apabila Adriana sudah menuju kearah pintu biliknya.
"Nak turun bawah, jumpa ibu" Adriana menjawab sambil memandang sekilas kearah Firdaus yang sudah membuka baju.
"Okay nanti lepas solat abang turun" kata Firdaus lalu masuk kedalam bilik air untuk membersihkan diri.
No comments:
Post a Comment