Kapitalis

Thursday, April 18, 2013

Isteriku Ratu Ais - Bab 11

taken from here  

Keluarga kecil Rayyan dan Sufi tiba dikediaman Puan Hafizah lewat petang itu. Sengaja mereka tidak memaklumkan waktu kepulangan mereka kerana ingin membuat kejutan kepada Puan Hafizah.

"Rayyan! Kenapa tak beritahu dah sampai? Kalau tak ibu boleh ambil kat airport!" marah Puan Hafizah sebaik sahaja menjawab salam Rayyan yang sudah tersengih dihadapan pintu utama. Mereka menaiki teksi dari lapangan terbang.

"Saja nak buat surprise yang tak berapa nak surprise" jawab Rayyan sambil bersalaman dengan ibunya. Kalau boleh dia ingin merahsiakan tarikh pulangnya namun ditegah oleh isterinya. Sufi hanya tersenyum melihat suaminya yang sudah dipiat telinganya oleh ibu mertuanya. Dia segera mendapatkan ibu mertuanya dan bersalaman sebelum telinga suaminya semakin memerah.

"Kamu pun ikut perangai nakal Rayyan ni ye Sufi?" Sufi hanya tersenyum sambil memeluk ibu mertuanya.

"Abang tak bagi Sufi bagitau ibu. Ikutkan abang nak balik senyap-senyap tapi Sufi tak bagi" jelas Sufi. Puan Hafizah tersenyum mendengar penjelasan menantu sulungnya yang lemah lembut.

Sufi anak yatim piatu, ibubapanya meninggal dunia sejak dia kecil lagi dan dia dibesarkan dirumah anak-anak yatim. Rayyan dan Sufi bertemu setelah sama-sama melanjutkan pelajaran di UIAM. Mereka berkahwin ketika ditahun akhir pengajian ijazah sarjana muda mereka.

"Mommy, We're hungry" rengek Daris Hamizan, anak sulung Rayyan dan Sufi sambil menarik tangan Sufi. Adik-adiknya hanya berdiri dibelakangnya sambil memandang tepat kearah ibu mereka. Qaiser Fateh dan Qaisara Fatehah memang mendengar kata abang mereka kalau tidak Daris mengugut tidak akan bermain dengan mereka berdua.

"La kesian cucu nenek, jom duduk kat meja makan." Puan Hafizah membawa cucu-cucunya duduk di ruang makan.

"Abang! Baru sampai ke?" tanya Firdaus yang sedang turun dari tangga bersama-sama Adriana. Tadi selepas Zohor, Firdaus terlena sebentar dan terjaga apabila mendengar azan Asar.

"Haah. Wah makin berseri abang tengok kau. Hehehe baru kahwin la katakan" usik Rayyan sambil tersengih menayangkan gigi kepada adiknya.

"Nampak sangat ke?" Firdaus turut tersengih menayangkan gigi. Adriana hanya tersenyum kecil kepada abang dan kakak iparnya. Dia tidak mahu dilabel sombong oleh mereka.

"Jomlah makan, ibu dah bawa bala-bala tentera dia duduk kat meja makan dah" ajak Rayyan. Bagasi-bagasinya diangkat oleh pembantu-pembantu rumah Puan Hafizah masuk kedalam biliknya ditingkat atas.

"Jom Ana" Firdaus memimpin tangan Adriana ke meja makan.

"Yati, bawa keluar kek yang saya bakar tadi. Buat sekali air teh" arah Puan Hafizah kepada pembantu rumahnya.

"Wah ibu buat kek! Ibu buat kek apa?" tanya Sufi.

"Kek coklat je Sufi. Tadi si Hanan ni pun tolong sekali" jawab Puan Hafizah sambil tersenyum memandang kearah Adriana. Adriana turut membalas senyuman Puan Hafizah. Ibu mertuanya memang kaya dengan senyuman bukan sepertinya. Tadi dia hanya membantu sedikit sahaja. Selesai membantu, dia naik semula ke tingkat atas setelah disuruh ibu mertuanya untuk meneman Firdaus.

Yati kembali setelah beberapa minit dengan dulang berisi kek dan air teh. Dia menghidangkan kek dan air teh itu kepada majikannya sambil dibantu oleh dua pembantu rumah yang lain. Daris, Fateh dan Fatehah makan dengan tertib sekali selepas mengaminkan doa yang dibaca oleh daddynya.

"Ayah lambat balik ke hari ni?" tanya Rayyan sambil mengerling kearah jam dinding yang terletak diruang makan itu.

"Ayah balik lepas Maghrib nanti. Dia ada meeting di Putrajaya" jelas Puan Hafizah sambil mengelap tepi bibir Daris yang sedikit comot. Rayyan hanya mengangguk. Dia memandang kearah Firdaus yang disuap kek oleh Adriana.

"Tangan kau kenapa dik? Dah tak leh nak suap sendiri ke?" usik Rayyan kepada pasangan pengantin baharu itu. Sufi mencubit pinggang suaminya yang nakal itu. Kasihan dia melihat Adriana yang sudah menunduk malu akibat teguran suaminya.

"Alah biarlah orang nak manja-manja dengan isteri sendiri" jawab Firdaus sambil menganggakan mulut kearah Adriana minta disuapkan lagi.

"Gedik gila kau dik!" Rayyan ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepalanya dengan telatah Firdaus. Nampak sangat perubahan sikap adiknya yang dahulunya agak pendiam kini menjadi lebih ceria dengan kehadiran Adriana.

"Daddy, Daris pun nak suap daddy" Daris menyuapkan kek kedalam mulut Rayyan. Rayyan hanya menurut sahaja dengan menganggakan mulutnya. Daris tersenyum bangga apabila berjaya menyuapkan kek kepada papanya. Dia menyuapkan pula adik-adik kembarnya yang turut menganggakan mulut minta disuap. Fateh dan Fatehah ketawa riang apabila Daris menyuapkan kek sehingga habis comot muka mereka.

Selesai minum petang, mereka berehat diruang tamu sambil menonton televisyen. Daris, Fateh dan Fatehah sibuk bermain di taman di perkarangan rumah Puan Hafizah sambil diawasi oleh Puan Hafizah yang seronok melayan cucu-cucunya.

"Hanan kerja ke?" tanya Sufi memulakan bicara dengan adik iparnya.

"Ye. Saya kerja dengan papa saya" balas Adriana. Kakak iparnya itu tampak sungguh ayu dengan tudung labuh dan baju kurung kain kapas berwarna biru muda. Wajah Sufi cantik tanpa secalit mekap dimukanya.

"Cuti sampai bila?"

"Isnin ni dah kena masuk kerja. Banyak sangat kerja yang tertangguh" Adriana teringatkan kerja-kerjanya yang terpaksa diserahkan kepada Emir sebelum dia bercuti kahwin dua minggu lepas. Mungkin dia akan balik lewat apabila dia mula masuk pejabat Isnin ini.


"Abang tinggal rumah ibu kan?" tanya Firdaus kepada Rayyan yang ralit menonton televisyen. Rancangan kartun Phineas and Ferb itu berjaya membuatkan abangnya terleka.

"Kau tanya apa dik?" tanya Rayyan yang baru tersedar yang adiknya sedang mengajukan soalan kepadanya.

"Tengok tv kalah budak-budak! Abang tinggal rumah ibu kan?" Firdaus mengulang semula pertanyaannya.

"Haah. Abang tau kau nak pindah kat rumah Taman Tun tu kan? Jadi untuk mengelakkan ibu kesunyian, abang cadang nak duduk sini je" jawab Rayyan lalu menyambung semula menonton rancangan kartun itu.

"Ibu dah tau ke?" Rayyan mengangguk sambil menghirup air teh.

"Ibu seronok gila bila abang cakap abang nak duduk sini je" ujar Rayyan. Dia memandang sekilas kearah wajah adiknya yang nampak gusar.

"Abang tau kau rasa bersalah kan? Tak salah kalau kau tinggal sendiri dengan isteri kau. Abang dah puas duduk jauh dari ibu dan ayah, jadi sekarang abang nak balik duduk dekat mereka" jelas Rayyan. Dia sebenarnya ingin menjaga ibubapanya dan rindunya terhadap mereka sepanjang diperantauan sememangnya tak dapat diungkap dengan kata-kata.

"Bagus juga kalau abang duduk dengan sini. Boleh tolong tengok-tengokkan mereka" kata Firdaus. Rayyan mengangguk setuju. Sempat juga dia menepuk bahu adiknya.


Maghrib itu mereka sekeluarga solat berjemaah dengan diimamkan oleh Rayyan. Adriana yang sudah boleh bersolat itu sempat dipandang nakal oleh Firdaus selepas selesai kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Rayyan.

"Lampu Ultraman dah padam" bisik Firdaus perlahan. Rayyan yang kebetulan berada ditepinya hanya memandang pelik kearah adiknya.

"Pekebenda kau cakap ni dik?" tanya Rayyan pelik.

"Takde apalah" jawab Firdaus sambil tersenyum. Rayyan menjungkitkan bahu sambil mengambil tempat untuk mengimamkan solat Isyak yang baharu sahaja masuk waktu. Selesai solat, mereka duduk berkumpul diluar rumah. Seronok bersidai dengan ditemani angin malam yang mendamaikan.

"Lambat juga ayah sampai. Ibu dah call ayah?" tanya Firdaus risau.

"Dah, ayah kata jam teruk tu yang lambat tu" jawab Puan Hafizah. Dia sendiri pun risau memikirkan suaminya yang masih belum pulang. Tidak sampai lima minit, kelihatan kereta Honda Accord milik Encik Fikri meluncur masuk ke dalam perkarangan banglo.

"Assalamualaikum" ucap Encik Fikri sebaik sahaja keluar dari kereta.

"Waalaikumussalam" jawab mereka serentak. Daris, Fateh dan Fatehah berlari mendapatkan datuk mereka. Mereka memang rapat dengan datuk mereka kerana Encik Fikri memang suka melayan dan membelikan mereka hadiah setiap kali datang melawat mereka di Australia.

"Wah dah besar cucu-cucu atuk ni!" Encik Fikri bercangkung untuk memeluk cucu-cucunya. Masing-masing berpaut pada leher Encik Fikri minta didukung.

"Daris, Fateh, Fatehah! Atuk penat tu. Jangan kacau atuk" tegah Sufi yang kasihan melihat bapa mertuanya yang kelihatan penat namun masih gagah mengangkat cucu-cucunya yang boleh tahan sihat-sihat belaka.

"Takpelah. Meh masuk dalam. Atuk ada beli mainan untuk kamu" Encik Fikri terus membawa cucu-cucunya masuk ke dalam rumah.

"Kamu pun tak payah nak berembun kat luar ni. Mari masuk" tegur Encik Fikri. Cucu-cucunya sudah seronok mendapat alat-alat permainan yang dibelinya ketika dia singgah di Alamanda, Putrajaya.

Mereka sekeluarga berbual-bual diruang tamu sehingga pukul 11 malam. Kini tinggal Firdaus dan Adriana sahaja yang masih berada diruang tamu setelah ahli keluarga yang lain meminta diri untuk masuk berehat dek kepenatan. Encik Fikri penat dengan mesyuarat dan kesesakan lalu lintas manakala pasangan Rayyan dan Sufi penat kerana masih belum hilang jetlag penerbangan dari Australia ke Malaysia siang tadi.

"Ana tak nak tidur lagi ke?" tanya Firdaus kepada Adriana yang asyik melayan filem klasik lakonan Arwahyarham Tan Sri P.Ramlee, 'Tiga Abdul'. Walaupun sudah banyak kali cerita itu ditayangkan namun lawaknya masih menjadi.

"Abang dah nak tidur ke? Ada lagi 10 minit cerita ni nak habis" jawab Adriana sambil metanya masih tertancap pada skrin televisyen. Sesekali dia tersenyum apabila tiba babak-babak kelakar dari filem itu.

"Tapi abang nak tidur dengan sayang" jawab Firdaus sambil bermain dengan rambut Adriana yang panjang itu. Adriana yang masih leka melayan filem tidak mendengar kata-kata yang baharu dituturkan oleh Firdaus. Firdaus mendekatkan dirinya dengan Adriana yang masih ralit menonton televisyen lalu meletakkan kepalanya di paha isterinya yang duduk bersimpuh dihadapan televisyen.

"Sayang.." panggil Firdaus sambil mengelus pipi Adriana. Adriana memandang geram kearah Firdaus yang menganggu konsentrasinya.

"Ye..sekejap" balas Adriana. Firdaus sudah mencebik lalu mencubit pipi Adriana geram.

"Auch! Okay dah habis. Jom tidur" kata Adriana sambil menutup televisyen. Firdaus terus tersenyum kemenangan.

"Senyum pula. Tadi kata nak tidur. Jom tidur" ajak Adriana sambil melangkah menuju ke tangga. Tanpa dijangka, Firdaus berlari dan mencempung Adriana. Adriana yang terkejut menjerit kecil namun sempat menekup mulutnya. Firdaus berlari-lari anak mendaki tangga dengan mengangkat Adriana ke bilik mereka. Malam ini adalah malam bersejarah bagi mereka kerana malam ini mereka menjadi suami dan isteri yang dalam erti kata yang sebenar.

No comments: