Kapitalis

Sunday, April 7, 2013

Isteriku Ratu Ais - Bab 7

Taken from here 

Mereka tiba di Langkawi pada pukul 11 pagi. Setibanya mereka dilapangan terbang Langkawi, Firdaus terus menghubungi nombor syarikat kereta sewa yang diberi oleh bapa mertuanya. Lima minit kemudian, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an menghampiri mereka dan bersalaman dengan Firdaus.

"Encik Firdaus kan? Saya Jais. Ni kunci kereta sewa encik" ujar lelaki itu sambil menghulurkan kunci kereta kepadanya.

"Kereta jenis Hyundai Tucson dan nombor platnya KV 5798" jelas Jais. Firdaus hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala.

"Encik Firdaus tinggal dihotel mana?" tanya Jais.

"One Hotel Helang" jawab Firdaus pendek.

"Alah dekat sangat encik. Jalan kaki sahaja dari sini. Tu hah pintu kecil yang menghubungkan airport ni dengan hotel tu" Jais terus menunjukkan satu pintu kecil dihujung lapangan terbang itu.

"Oh memang dekat sangat. Terima kasih ye Jais" ucap Firdaus ikhlas. Jais hanya tersenyum kearah mereka.

"Baiklah encik. Saya beredar dulu. Nanti apa-apa sila hubungi saya ye?" Jais meminta diri dan terus bersalam dengan Firdaus. Dia berlalu meninggalkan pasangan itu. Tahu sangat pasangan ini sedang berbulan madu. Nampak inai dijari Firdaus dan isterinya.

"Mari sayang" kata Firdaus sambil menarik tangan Adriana yang mendiamkan diri sejak tadi. Tahu sangat isterinya bukan jenis peramah dengan orang yang tidak dikenali. Adriana hanya mengangguk kecil. Tangannya kemas dipegang Firdaus.

Tiba di kereta yang dimaksudkan, Firdaus terus memasukkan bagasi mereka ke dalam boot kereta. Pandai bapa mertunya pilih kereta. Tahu sangat yang ibu mertuanya akan memesan barangan lalu disewanya kereta sebesar ini huhuhu..

Pemanduan yang tidak sampai tiga minit itu membawa mereka ke One Hotel Helang yang terletak betul-betul disebelah lapangan terbang. Firdaus memarkirkan keretanya dikawasan pelawat dan membawa turun bagasi mereka.

Tiba di pintu masuk hotel, mereka disambut oleh penyambut tetamu yang bertugas. Susun atur hotel itu memukau Adriana yang diam sejak tiba di Langkawi.

'Cantik' bisik hati Adriana.

Firdaus yang menguruskan hal tentang bilik mereka manakala Adriana hanya berdiri disebelah Firdaus sambil memerhatikan rekaan dalaman hotel itu.

Mereka dibawa ke Executive suite. Bilik itu dilengkapi dengan ruang tamu dan bilik tidur yang berasingan. Terdapat sebuah katil bersize 'King' didalam bilik tidur. Rekaan bilik mandi yang sofiskated memikat hati sesiapa yang memandang.

"Cantikkan bilik ni?" kata Firdaus sambil memeluk tubuh Adriana dari belakang setelah bell boy meninggalkan mereka berdua. Adriana hanya mengangguk.

"Ana kita berehat dulu ye? Lepas Zohor nanti kita keluar" cadang Firdaus sambil membelai lembut rambut Adriana.

"Okay" jawab Adriana pendek. Firdaus terus mencempungnya ke katil. Adriana terkejut dengan aksi tiba-tiba Firdaus namun dibiarkan sahaja. Firdaus sudah membaringkannya diatas katil dan kini Firdaus berada diatasnya. Firdaus memandang kedalam matanya tanpa berkelip sambil mengelus lembut pipinya.

'Comelnya Ice Queen ni' bisik hati Firdaus. Naluri lelakinya bergelora kini. Lalu dia mencium lama bibir Adriana.

"Abang" suara Adriana mematikan kelakuan Firdaus.

"Lamanya seminggu tu kan Ana?" kata Firdaus sambil mencium pipi isterinya. Adriana hanya menundukkan pandangan matanya. Pipinya sudah membahang.

"Tak mengapa. Sekarang ni kita buat macam style couple-couple tapi versi halal punya. Hehehe.." kata Firdaus yang bagaikan mahu mengubat hatinya sendiri. Adriana hanya tersenyum mendengarkan kelatah Firdaus.

"Okaylah kita tidur sekejap ye. Meh sayang abang" Firdaus menyuakan pipinya minta dicium. Adriana mencium pipi Firdaus dengan penuh perasaan malu didada. Firdaus terus memeluk Adriana terus membawanya ke alam mimpi yang indah.


Selesai solat Zohor, Firdaus memandu kereta ke Pantai Cenang. Sepanjang perjalanan itu Adriana hanya melayan celoteh Firdaus yang tak henti-henti berceritakan tentang sejarah Langkawi yang sememangnya dia ketahui namun dia hanya setia mendengar dan hanya bersuara sekali-sekala untuk menyerikan suasana.

Firdaus membawanya ke Underwater World Langkawi. Haiwan-haiwan laut itu menarik perhatian Adriana. Firdaus tidak melepaskan langsung tangan Adriana sejak Adriana diusik oleh seorang lelaki mat salleh ketika Firdaus sedang membeli tiket masuk.

"Hi cutie, mind to join me?" tanya seorang lelaki mat salleh dengan slanga British yang kuat. Adriana hanya menggeleng tanpa mempedulikan mat salleh itu.

"Wow what an arrogant lady. They said Malaysian are friendly but you're not. Since you're so beautiful, I let it slide. Again, do you want to join me? Sight-seeing?" Adriana memandang geram kearah lelaki mat salleh yang faham bahasa tubuh ni.

"No! Please leave me alone!" kata Adriana sambil menekankan suaranya. Aura dinginnya kini semakin meningkat. Matanya memandang tajam kearah mat salleh yang bagaikan terpaku memandang dirinya yang sedang marah.

"What's going on here? Hey stay away! She's my wife!" kata Firdaus yang bengang melihat Adriana dikacau. Firdaus terus melingkari tangannya dipinggang Adriana. Sejuk terus hati Adriana apabila melihat suaminya datang menyelamatnya.

"What? Wife! Missy you should tell me earlier. I'm sorry sir." Mat salleh itu terus terkocoh-kocoh pergi meninggalkan Adriana dan Firdaus.

"Sayang okay tak ni? Dia ada buat apa-apa tak?" tanya Firdaus risau. Adriana hanya menggeleng perlahan.

"Ana ni comel sangat sampai mat salleh tu pun nk mengorat. Lain kali Ana kena berkepit je dengan abang." Firdaus memegang kemas tangan Adriana lalu menuju ke pintu masuk Underwater World. Dia ternampak mat salleh yang mengacau Adriana tadi yang kini sudah bersama dengan seorang gadis tempatan.

'Macam-macam la mat salleh ni' getus hati Adriana geram.

"Ana menung apa tu?" pertanyaan Firdaus itu mengembalikan Adriana ke realiti. Adriana hanya menggelengkan kepala. Matanya ralit melihat kecomelan penguin yang dipamerkan disitu. Rockhopper Penguin itu sangat comel dimatanya. Dulu dia sebenarnya teringin untuk ke hemisfera selatan semata-mata untuk melihat sendiri kecomelan penguin namun hasratnya dihalang mamanya yang mengatakan ianya mengarut.

"Comel betul penguin tu kan?" kata Firdaus sambil memeluk bahu Adriana.

"Mari abang ambilkan gambar Ana" Firdaus mengeluarkan DSLR dari beg khasnya. Adriana hanya menurut sahaja. Sebenarnya dia tidak suka bergambar namun untuk mengelakkan suaminya berkecil hati, dia hanya mendiamkan diri.

"Okay posing lawa sikit sayang" kata Firdaus sambil menekan punat mengambil gambar isterinya.

'Comelnya. Walaupun muka tak ada reaksi' kata Firdaus dalam hati. Asyik memuji dalam hati sahaja kamu ni Muhamad Firdaus.

"Ana, jom kita pergi section lain pula" ajak Firdaus sambil menarik tangan Adriana. Adriana hanya menurut sambil tersenyum kepada suaminya. Firdaus nampak teruja sekali. Dileher Firdaus kini tergantung kamera DSLR.

'Habislah mesti banyak gila gambar yang dia akan ambil' bisik Adriana dalam hati.

Betul jangkaan Adriana. Hampir setiap gambar haiwan akan dirakam oleh Firdaus dalam kameranya. Bukan haiwan sahaja, dia sekali terpaksa menjadi model Firdaus. Ada juga Firdaus meminta pengunjung yang lain mengambil gambar mereka bersama-sama. Ada juga diambil dengan menggunakan tripod.

"Lepas Asar ni kita jalan-jalan kat Pantai Cenang ye?" kata Firdaus sambil memeluk Adriana yang leka melihat ikan paus. Adriana menganggukkan kepala tanda setuju.

Firdaus menunaikan solat disurau berdekatan dengan Underwater World Langkawi. Adriana menunggu Firdaus didalam kedai bebas cukai. Dia turut membeli dua botol air mineral Spritzer untuk dia dan Firdaus.

"Sayang jom" Firdaus yang sudah selesai solat terus memanggil isterinya yang leka membelek coklat.

"Nak beli apa-apa tak untuk kita makan dalam bilik?" tanya Firdaus. Adriana mengangguk sambil mencapai biskut jagung, air lipton teh hijau no 9, chip kentang mister potato dan dark coklat toblerone. Sampai di kaunter pembayaran, Firdaus terus menghulurkan wang kepada juruwang sebelum sempat Adriana menahan.

"Ni kan tanggungjawab abang? Jangan nak lawan ye?" kata Firdaus sambil mengambil beg plastik yang berisi barangan itu. Adriana hanya menurut Firdaus tanpa kata. Dihatinya dia berasa senang dengan sikap Firdaus yang sangat bertanggungjawab itu.

Mereka bersiar-siar dipersisiran Pantai Cenang yang sangat mendamaikan. Terdapat ramai manusia dipantai hari ini. Al-maklumlah hari Sabtu, nasib baiklah bukan musim cuti persekolahan kalau tidak lagi ramai. Firdaus masih tidak melepaskan tangan Adriana sejak dari tadi. Bahagia kian meresap disanubari Firdaus dan Adriana.

"Subhanallah. Cantikkan matahari terbenam kat sini?" kata Firdaus sambil meletakkan dagunya dibahu Adriana. Kini dia sedang memeluk Adriana dari belakang. Adriana mengangguk setuju.

"Ye. Cantik" balas Adriana. Jari-jemarinya dibelai Firdaus dengan penuh kasih.

"InsyaAllah nanti bila kita ada anak, kita bawa dia ke sini. Nak juga tunjuk tempat bulan madu mama dan papanya" kata Firdaus lagi. Tangannya mengusap lembut perut Adriana yang masih tidak berisi. Adriana tersenyum malu. Mukanya sudah membahang malu.

'Jauh betul angan-angan suami aku ni' kata Adriana dalam hati.

"Dah nak dekat Maghrib. Jom balik hotel" ajak Firdaus sambil menarik tangan Adriana. Malam nanti di ada kejutan untuk isterinya itu. Tak sabar rasanya menunggu malam.



No comments: