Kapitalis

Sunday, April 14, 2013

Isteriku Ratu Ais - Bab 9

Taken from here  
Hari kedua di Langkawi dimulakan dengan awal sekali. Pagi tadi sebelum Subuh, Firdaus mengajak Adriana untuk ke Pantai Cenang. Katanya ingin melihat matahari terbit bersama-sama isteri tersayang. Adriana yang masih mamai hanya mengikut kehendak Firdaus. Dengan malas dia mandi dan menukar pakaian. Firdaus yang sudah selesai mandi menunaikan solat dibilik mereka. Cadangnya mereka akan ke Pantai Cenang selepas dia selesai solat Subuh.

'Suka sangat dengan matahari Firdaus ni' getus Adriana dalam hati. Dahlah semalam mereka melihat matahari terbenam dan hari ini suaminya ingin menikmati matahari terbit pula.

"Okay Ana sayang dah siap?" tanya Firdaus sambil melipat sejadah yang digunakannya untuk menunaikan solat.

Adriana menganggukkan kepala. Adriana mengenakan blaus lace putih dengan jean berwarna hitam. Rambutnya pula diikat ekor kuda.

"Hehehe mesti orang ingat abang jalan dengan adik abang" usik Firdaus apabila melihat penampilan isterinya yang tampak seperti budak sekolah menengah. Saiz Adriana yang kecil menampakkan isterinya comel namun wajah dingin beku Adriana hampir melenyapkan zarah-zarah comel dari dirinya tapi pada Firdaus, isterinya tetap comel.

Adriana hanya menayangkan muka tanpa reaksi dia terus mencapai beg tangannya dan mengikut Firdaus sudah sudah bergerak keluar dari bilik.

Setibanya di Pantai Cenang, Firdaus berlari-lari anak menuju ke persisiran pantai.

"Cepat Ana! Dah nak keluar dah tu!" jerit Firdaus sambil menarik tangan Adriana. Adriana turut berlari-lari mengikut suaminya yang sangat teruja dengan matahari terbit.

"Fuh nasib baik sempat. Hehehehe.." Firdaus tersengih sambil melingkari pinggang isterinya.

"Subhanallah. Cantik sungguh ciptaan Allah. Isteri abang pun cantik juga tapi pagi ni biar abang tatap matahari tu lama sikit okay" kata Firdaus sambil matanya tertancap pada permandangan matahari terbit di hadapannya. Adriana hanya memerhatikan wajah Firdaus dari sisi tepi.

'Handsome juga suami aku' bisik Adriana dalam hati. Selama ini dia hanya mencuri-curi pandang kearah Firdaus kerana malu memandang suaminya lama-lama. Kini dia berpeluang meneliti wajah suaminya dengan lebih dekat dan peluang itu sememangnya tak akan dia lepaskan.

Firdaus yang leka tidak sedar dirinya diperhatikan oleh isterinya. Dia sangat suka permandangan matahari terbit dan terbenam. Firdaus terus mendapatkan kamera DSLR yang tergantung dilehernya dan merakamkan detik-detik matahari terbit dari ufuk Timur. Firdaus turut mengambil gambar Adriana dan menggunakan tripod untuk mengambil gambar mereka berdua. Selesai bergambar, mereka berdua berjalan-jalan menyusuri pantai.

"Tahu tak jalan kaki ayam kat pantai ni kira dah macam pedicure?" kata Firdaus sambil tangan kanannya memegang Adriana dan tangan kirinya memegang sandalnya. Adriana hanya mengangguk mendengar celoteh suaminya itu.

"Lapar la pula. Ana lapar tak sayang? Jom kita cari tempat makan?" kata Firdaus. Matanya meliar memandang gerai-gerai makan ditepi Pantai Cenang. Dia terus menuju ke sebuah gerai makan ala-ala pondok disitu.

"Ana nak makan apa? Biar abang ambilkan" tawar Firdaus sambil menyuruh Adriana duduk disebuah meja khas untuk dua orang.

"Apa-apa pun boleh. Nak air Milo ais" jawab Adriana. Setelah Firdaus beredar membuat pesanan, Adriana duduk sambil memandang jauh kearah pantai.

"Adik, tunggu ayah ke?" tanya seorang lelaki tua yang masuk ke dalam kedai itu. Mungkin hairan melihat seorang gadis duduk keseorangan di waktu pagi ini.

"Bukan saya tunggu.." belum sempat Adriana habis menjawab, Firdaus sudah kembali dengan dua pinggan nasi lemak.

"Ana siapa ni?" tanya Firdaus pelik sambil meletakkan makanan mereka diatas meja.

"Anak ni abang budak perempuan ni ke? Pakcik tanya dia tunggu siapa tadi sebab bahaya juga kalau budak perempuan keluar seorang pagi-pagi kat sini. Ramai mat salleh mabuk yang suka kacau" jelas pakcik itu panjang lebar.

"Saya suami dia pakcik. Nama saya Firdaus" kata Firdaus sambil tersenyum menyalami pakcik tua itu.

"Nama pakcik, Hassan. La dah kahwin rupanya. Mudanya isteri kamu Firdaus" kata Pakcik Hassan sambil tersenyum memandang Adriana.

"Baiklah pakcik pun dah nak balik ni. Assalamualaikum" Pakcik Hassan terus berlalu meninggalkan pasangan itu.

"Ana minum banyak sangat teh hijau sampai awet terlebih muda ni sayang" kata Firdaus sambil tersenyum kearah Adriana.

"Tadi dia ingat Ana tunggu ayah" kata Adriana tanpa bersembunyi.

"Hah? Mesti dia ingat Adriana budak sekolah lagi hahaha.." meletus ketawa Firdaus. Adriana hanya menggelengkan kepala. Malu apabila orang mula memandang kearah mereka.

"Airnya encik" seorang pelayan membawa dulang berisi air kepada mereka. Dia segera meninggalkan pasangan itu setelah meletakkan gelas air dihadapan mereka.

"Ana memang suka ais?" tanya Firdaus. Pagi yang dingin ini pun isterinya memesan Milo ais.

"Ana suka segala benda yang sejuk" jawab Adriana.

"Mayat beku pun suka ke?" gurau Firdaus. Adriana memandang tepat kearah Firdaus.

"Suka je. Boleh buat eksperimen" jawab Adriana dengan suara mendatar yang cukup menyeramkan. Jawapan Adriana itu membuatkan Firdaus terkedu.

'Scary' Firdaus memandang muka Adriana yang tenang tanpa sebarang reaksi. Cuak juga jika isterinya itu ada hobi buat eksperimen keatas mayat.

Adriana hampir ketawa apabila melihat muka cuak Firdaus namun sengaja dia membuat muka selamba.

'Padan muka' getus Adriana didalam hati. Seronok juga jika sesekali dia pula yang mengenakan Firdaus.

"Err Ana gurau je kan?" tanya Firdaus lagi. Adriana hanya tersenyum senget sambil menikmati nasi lemak ayam yang dibeli Firdaus.

"Lepas ni kita nak pergi mana?" tanya Adriana memecah kesunyian diantara mereka.

"Kita pergi naik kereta kabel nak? Abang memang nak naik kereta tu dari dulu lagi" ujar Firdaus teruja. Dia sudah terlupa dengan gimik seram Adriana tadi. Adriana hanya mengangguk setuju.

Sepanjang di Langkawi pelbagai tempat yang mereka lawati bersama. Tasik Dayang Bunting, Air Terjun Telaga Tujuh, Pantai Pasir Tengkorak, Makam Mahsuri, Tanjung Rhu, Rumah Hollistik, Langkawi Sky Bridge, Pulau Payar dan pelbagai tempat menarik turut dilawati menghabiskan cuti selama seminggu di pulau bebas cukai itu. Sedar tak sedar mereka perlu bertolak pulang ke Kuala Lumpur esok.

"Rasa macam nak tinggal terus je kat sini kan?" kata Firdaus sambil memandang Adriana yang sibuk mengemas pakaian dan barang-barang yang dibeli sepanjang mereka di Langkawi. Sememangnya mereka terpaksa membeli satu lagi bagasi besar untuk mengisi barang-barang yang dikirim oleh Datin Hafsyah dan barang yang dibeli mereka.

"Abang suka tinggal sini? Walaupun kulit abang terbakar dek bahang matahari?" tanya Adriana. Tangannya masih cekap mengemas barang-barang mereka. Kulit Firdaus memerah akibat sunburn. Setiap hari Adriana menyapu losyen pelindung matahari kepada suaminya namun kulit suaminya masih dibakar matahari.

"Yup. Seronok apa duduk sini. Kat sini tak sibuk sangat macam KL" jawab Firdaus sambil turun dari katil membantu Adriana mengemas.

"Kalau bukan Langkawi pun, sebenarnya abang nak tinggal dikawasan jauh dari bandar. Ana suka duduk kampung tak?" tanya Firdaus sambil menyusun masuk baju kedalam bagasi.

"Suka sebab sejuk" balas Adriana. Jawapan Adriana itu menyebabkan Firdaus ketawa.

'Aduilah bini ais aku ni' ketawa Firdaus terhenti apabila Adriana menjauhkan dirinya dari Firdaus.

"Hehehe..sorry la sayang. Abang ketawa sebab Ana ni asal sejuk je suka. Kita pindah Alaska jela" gurau Firdaus sambil merapatkan dirinya dengan Adriana.

"Boleh ke? Ana memang nak pergi sana jumpa beruang kutub" Firdaus tidak dapat lagi menahan tawanya. Isterinya yang dingin tapi kadangkala lurus itu menggeletek hatinya. Meledak tawa Firdaus sehingga air mata terkeluar dari tubir matanya.

"Ya Allah, Ana..Ana..abang takut tak sempat beramah mesra dengan beruang tu Ana dah kena ngap!" Firdaus mengesat air matanya dengan tangannya.

"Kalau macam tu kita pergi hemisfera selatan. Boleh jumpa penguin. Dulu Ana ingat nak buat kajian pasal penguin tapi mama tak bagi" Adriana yang kelihatan teruja bercerita itu memukau Firdaus. Tak sangka banyak pula cakap isteri aisnya itu.

"Betul Ana nak pergi sana?" serius Firdaus bertanya. Tak sanggup rasanya untuk tinggal di kutub selatan.

"New Zealand tu kan bahagian hemisfera selatan? Kita honeymoon kat sana nak nanti?" cadang Adriana. Dia sudah membayangkan keseronokan berlari-lari diladang lembu New Zealand. Hilang sudah imej ratu aisnya.

'Aduh comel betul isteri aku ni' getus Firdaus dalam hati. Bibirnya sudah mengukir senyum. Senang dengan Adriana yang semakin terbuka dengannya. Sama seperti Hanan yang dikenali sewaktu kecil dahulu.

"InsyaAllah kalau ada rezeki, kita honeymoon kat New Zealand ye sayang?" kata Firdaus sambil mencium pipi isterinya. Adriana menunduk malu dengan tindakan tiba-tiba Firdaus itu namun hatinya berbunga riang.

"Ana bila lampu merah Ultraman tu nak padam?" tanya Firdaus nakal. Adriana menunduk malu. Firdaus terus ketawa sambil mencubit pipi isterinya lalu dia bangun menuju bilik mandi. Terasa melekit badannya setelah seharian bergembira di Langkawi bersama Adriana. Percutian ini sungguh bermakna bagi mereka berdua. Dalam diam dia berterima kasih kepada bapa mertuanya yang menghadiahi percutian ini kepada mereka.



No comments: