Ustaz Qays Elyas versi Superman [kredit] |
Bengkak mataku
masih belum surut ketika tiba dihalaman rumahku. Sepanjang perjalanan aku
menangis ditemani dengan CD ceramah agama yang Makcik Aisyah hadiahkan. Suara
Ustazah Norhafizah Musa yang lemah-lembut ketika memberi cermah mengingatkan
aku terhadap Makcik Aisyah. Serius tak sampai dua jam berpisah, aku sudah
merindui Makcik Aisyah.
Aku memarkirkan
keretaku ke dalam garaj. Dengan langkah lesu aku melangkah masuk ke dalam rumah
setelah memberikan salam. Aku ketawa sendiri memikirkan tiada siapa yang akan
menjawab salamku dirumah ini.
“Kakak?” Aku menoleh ke arah suara yang memanggilku. Adikku yang sedang
menonton televisyen pantas bangun dari duduk dan menuju ke arahku.
“Kakak ke ni?” Aku mengangguk kepalaku. Takkanlah duduk UK sampai lupa ahli
keluarga sendiri?
“You look different.” Oh aku terlupa yang aku sudah berhijab
dan memakai baju yang menutup aurat. Sangkaku pasti dia mengejiku memandang
Marissa seorang yang berjiwa bebas dan gaya berfesyennya juga boleh tahan.
“As in beautiful! Ni kakak Risa ke?” Sangkaanku ternyata meleset.
Dia terus memelukku dan aku mendengar dia mengucap syukur. Adik aku pun sudah
berubah ke?
“Risa pun dah pakai tudung sekarang. Risa ikut usrah kat London Central Mosque. Kita banyak dosa
kak.” Aku terdiam lalu menarik adikku ke dalam pelukanku. Kami menghamburkan
tangis menyesal dan gembira bersama-sama. Sungguh indah aturan Allah. Tiada
Makcik Aisyah, adikku Marissa dijadikan penganti supaya aku sentiasa istiqomah.
“We need to fix this family and we can do
it if we’re together right?” kata-kata semangat aku titipkan buat diriku dan adikku. Kami mengangguk
sebelum menangis lagi bersama-sama. Mahu 10 minit juga kami berkeadaan begitu
sehingga ditegur oleh pembantu rumah yang bertanya sama ada kami mahu minum
petang atau tidak.
“Solat Asar dulu?” Adikku terus mengangguk.
“Tapi kakak tak reti sangat nak jadi imam. Kalau Risa imam boleh?” pintaku
dan sekali lagi adikku mengangguk. Kami tersenyum sebelum sama-sama melangkah
ke bilik kosong di tingkat bawah rumah kami. Mulai sekarang, bilik itu akan
kami jadikan bilik solat kami.
Selepas makan
malam, kami menunaikan solat Isyak berjemaah dengan pembantu-pembantu rumah
yang lain. Masing-masing tunjuk muka terkejut apabila kami mengajak mereka
untuk solat bersama. Solat kami diimamkan oleh pembantu rumah yang paling tua
didalam rumah kami. Selesai solat, aku mengajak mereka semua bertadarus
al-Quran. Pada mulanya mereka agak malu-malu tapi setelah mendengar bacaan aku
pun yang merangkak-rangkak dan asyik diperbetulkan oleh Marissa, mereka mula
bertadarus bersama-sama. Malam itu barulah aku dapat merasakan ada cahaya Islam
dirumahku.
“Risa, kakak ada benda nak cakap ni.” Marissa segera melabuhkan punggung
diatas katilku. Malam ini kami tidur bersama konon nak buat macam sleepover tapi dalam rumah yang sama
huhu..
“Apa benda?”
“Kakak nak kahwin.” Terbeliak mata Marissa apabila aku menyatakan yang aku
ingin berkahwin. Rasanya memang pengsan budak ni kalau aku beritahu yang aku
nak kahwin dengan ustaz yang kerja sebagai polis biasa.
“Eh? Mama paksa kakak kahwin ke?! Don’t
worry, I’ll fight with you!” Aku ketawa sambil menggelengkan kepalaku
dengan telahan Marissa.
“Tak, mama tak ada kaitan pun. Ini keputusan kakak sendiri dan kakak
sendiri yang propose laki tu.”
“What??????!!!!!!!!!!!!!!!!” Aduilah, drama sungguh adik aku ni!
Bergema bilik aku dengan suara budak tu menjerit.
“Kakak gurau kan?” Aku menggelengkan kepalaku lagi. Dia memandang tepat ke
wajahku dengan wajah yang sungguh serius.
“Kakak tak akan bergurau pasal perkara yang ada kaitan dengan masa depan
kakak. Kakak yakin dia pilihan terbaik untuk kakak dan keluarga kita.” Kulihat
dahi Marissa berkerut bagaikan sedang memikirkan seduatu yang serius. Alahai
dik oii! Yang nak kahwin aku bukan kau!
“InsyaAllah keluarga dia nak datang Ahad ni untuk bincang dengan papa dan
mama.” Sekali lagi Marissa tersentak.
“Why it is too sudden?” soalnya setelah seminit mendiamkan diri.
“I met him last week and it crossed my
mind that he’s the one. It’s that simple.” Sengaja aku tak mahu serabutkan sangat kepala
adikku.
“Baru minggu lepas jumpa dah nak kahwin? Ya Allah! Kakak ingat papa nak
bagi ke kalau dengar macam ni?! Potong jari kalau papa bagi!”
“Isy tak payahlah sampai nak potong jari. Kakak rasa dia lelaki yang sesuai
untuk kakak dan keluarga kita.”
“Wait. Why did you keep saying he’s the
right person for you and this family? Is there something that you hide from me
sis?” Aku hanya mampu
senyum.
“You’ll know once you see him.” Marissa mencebik tanda tak suka aku
berteka-teki dengannya. Dari kecil dia tak suka kalau aku bermain begini dengannya
tapi aku suka tengok mulut muncung dia tu hahaha...
Seperti yang
dijangkakan papa dan mama aku hampir nak membaling meja apabila aku memberitahu
tentang aku yang mahu berkahwin. Penat aku terangkan dengan bantuan Marissa
akhirnya mereka bersetuju untuk berjumpa dengan keluarga Ustaz Elyas.
Dari tadi, aku
mengintai dari bilik solat yang terletak paling hampir dengan ruang tamu.
Sengaja aku memilih bilik yang mudah diakses untuk semua menunaikan solat.
Marissa yang turut sama mengintai dari tadi asyik memuji budi pekerti ibubapa
Ustaz Elyas. Dialah yang tolong jemput mereka masuk ke dalam rumah dan
hidangkan air sampaikan mama aku terkejut sebab budak itu pun lebih kurang aku
dulu. Tak pernah hayat menjamu tetamu dan beramah mesra sebegitu.
“Kak, lelaki yang kakak nak kahwin tu yang tinggi-tinggi lepas tu badan
tegap tu ke?” terkejut aku dengan huraian adikku yang agak tepat.
“Risa dah nampak dah kat luar. Dia tak nak masuk sebab nak orang tua kita
bincang dulu. Serius kak memang hensem!” Marissa menunjukkan tanda ‘bagus’. Aku
hanya mampu tergelak. Jujur aku katakan yang wajah Ustaz Elyas itu memang
menarik pun.
Suara gelak tawa
papa diruang tamu melegakan aku sedikit. Wajah mama pun tak sekelat awal-awal
tadi apa agaknya yang mereka bualkan? Aish kalau aku tahu mesti aku dah pasang ‘bug’
kat situ. Haish!
“Isy perasaang ingin tahu ini semakin meluap-luap! Challo bettey! Biar Risa
jadi askar risikan!” Adikku menyusup keluar dari bilik tanpa disedari sesiapa
setelah meminta ‘izin’ aku. Sengal punya budak! Nasib baik badan dia kecil jadi
orang memang tak perasaan pun yang dia tengah merangkak bagaikan seorang askar semata-mata nak mencuri dengar
punya pasal. Aduilah adik!
Telefon aku yang
berbunyi mengejutkan aku. Bila aku melihat nama yang tertera aku hanya
tersenyum. Nakal betullah kau ni Marissa! Dengan segera aku mengangkat dan turut
sama mencuri dengar sambil mengintai reaksi wajah-wajah mereka. Baru ada feeling~
“Kira jadilah ni nak jodohkan mereka berdua dalam masa terdekat ni?” Suara
ayah Ustaz Elyas kedengaran gembira dan yakin.
“Boleh saja. Saya tengok pun rasanya anak saya mesti setuju.”
“Tapi bang tak ke cepat sangat? Kita nak kena buat preparation dan nak tempah macam-macam lagi,” sanggah mamaku yang
aku rasa mesti tak nak aku kahwin cepat sangat huhu..
“Hey siapa pernah tolak permintaan Tan Sri Marwan? Tak ada masalah punyalah.
Mas kahwin macam biasa dan hantaran tu ikut sukalah nak beri berapa.” Keputusan
papa membuatkan mama sedikit terkejut tapi masih boleh mengawal ekspresi
wajahnya.
“Jangan risau pasal semua itu. InsyaAllah anak kami mampu.” Perlahan tetapi
tegas suara mak Ustaz Elyas membuatkan papa dan mama tersenyum.
“Hmm anak kamu tak datang ke?” soal mama tiba-tiba. Eh dah tak menyempat
nak jumpa bakal menantu ke?
“Ada kat luar. Sekejap saya panggilkan.” Ayah Ustaz Elyas segera menelefon
Ustaz Elyas. Sebentar kemudian, Ustaz Elyas masuk dengan langkah yang sangat
bergaya. Okey ini mesti sebab mata aku yang dah tak berapa nak betul. Aku rasa
macam nampak Superman masuk ke dalam rumah aku dengan gagah lagi macho huhu..
“Assalamualaikum.” Papa dan mama bagaikan terpaku dengan keterampilan Ustaz
Elyas. Hey dia tak pakai pun jubah ke kopiah ke dengan tali tasbih bagai tapi
dia datang dengan baju kemeja berwarna putih, berkot hitam dan seluar slack
berwarna hitam. Hey apa pasal tak pakai tali leher sekali? Dah macam orang nak
pergi temuduga pun ada.
“Apa khabar. Tadi saya tunggu diluar.” Senyuman tak lekang dari bibir Ustaz
Elyas membuatkan aku yang mengintai ini pun jantung berdegup macam baru lepas
berlari!
“Baik. Cuti ke hari ni?” soal papa berbahasa-basi.
“Ye cuti. Bagaimana dengan Jepun.” Oh yang ini aku yang beritahu Ustaz
Elyas masa dia beritahu yang dia nak datang dengan keluarga dia. Mereka berbual
hampir 30 minit sebelum pembantu rumah memberitahu yang makan tengah hari sudah
siap. Makan tengah hari di kediaman kami selalunya pukul 12 tengah hari. Memang
agak awal sikit dari rumah orang kebanyakan sebab kami ada minum petang nanti.
Marissa
berpatah-balik ke bilik solat dengan merangkak laju. Hampir tergelak mak Ustaz
Elyas apabila dia perasan akan perbuatan adikku itu tapi dia hanya
menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Marissa Zahirah! Kamu buat apa tu!” terjerit mama aku yang turut perasan
akan kelakuan sengal adik aku itu. Pantas dia bangun dan berlari naik ke
tingkat atas. Hahaha tahu kau malu?
baca part 1
baca part 2
baca part 3
baca part 4
***************************************************************************
Ini adalah update paling laju saya buat huhu..macam biasa tak suka ke apa sila komen. (^-^)v
baca part 1
baca part 2
baca part 3
baca part 4
***************************************************************************
Ini adalah update paling laju saya buat huhu..macam biasa tak suka ke apa sila komen. (^-^)v
13 comments:
Hahaha...cam ner lak uztaz 2 leh siap dress kemeja bagai...nk g interview ke...? Dy keje ape...? Polis ke ad keje len...? Misteri nie...ape2 pn...nice story...
@Faiz Nizam: huhu first impression dpn mertua itu penting huhuhu~
alhamdulillah semua dari Allah..thanks sebab sudi baca
(^-^)v
hahahaha xleh blah la part marissa merangkak tu hahahahaha
eh oklah nak studi babaiiiii :)
Hahaha..lawak la marissa nie.. Gud job sis :-) thank you ;-)
@Anis Farhana: Hehehe good luck!
@azreen: alhamdulillah
(^-^)v
Today takde entry ke kakak?
@sophea armelya: maaf hari ni tak ada sebab akak baru balik dari Cameron. InsyaAllah nanti akak update ye
(^-^)v
Nice!! Panjangkan lagi kisah ni he :) hehe :p
Apekah??? Mmg tak boleh blah siap pakai kot... Haha
InsyaAllah..
Ustaz tu nak bagi good first impression je huhu...
(^-^)v
Eeeii bestnya.. lama x buka blog ni. Thumbs up. Nak lagi!
-new fan HR-
@new fan HR: InsyaAllah nanti saya update lg ye?
(^-^)v
i love ittt!
nak lagi!!
Bertabah Daisy~insyaAllah esok atau lusa saya update ye (^-^)v
Post a Comment