![]() |
Aku memarkirkan
keretaku di garaj. Mamat Downy itu tak mengikutku pulang kerana masih ada
perkara yang perlu diselesaikan disekolah. Eloklah sebab aku pun tak rasa nak
tengok muka dia sekarang. Tadi pun hanya dia yang berusaha memujukku namun tak
sekalipun aku layan. Aku kalau sedang dalam keadaan terlalu marah memang akan
mendiamkan diri dan beristighfar didalam hati. Ajaran mak yang aku kekadang
ikut.
Aku menarik
keluar beg galas dari bahagian atas almari pakaian lantas memasukkan pakaian takat
mana yang aku rasa perlu bawa. Aku perlu ‘lari’ sebentar untuk menenangkan
jiwaku yang sedang menggila mahu menghambur marah. Silap hari bulan, mahu mamat
Downy itu lari balik ke rumah ibubapanya. Siap sahaja berkemas aku meninggalkan
nota diatas meja solek. Sekadar memberitahu tak perlu mencariku dan aku akan
balik lagi dua atau tiga hari lagi.
Kandang Jun aku
tuju dengan langkah kaki yang deras. Tak mahu ada sesiapa yang melihatku
meninggalkan rumah. Biarlah aku pergi tanpa gangguan. Tiba di kandang Jun, aku
mengetatkan pelana dan membawa makanan Jun yang sememangnya disimpan didalam
kandangnya.
“Jun, let’s go to our secret
hideout.” Bagaikan faham akan kata-kataku, Jun berdengus kuat. Pantas aku
naik ke atas badannya. Dengan kalimah basmallah, aku memecut laju Jun meninggalkan
kawasan rumahku.
Aku
memperlahankan pecutan Jun apabila sudah mendengar bunyi air terjun. Kawasan
rahsia yang aku temui ketika bergaduh dengan ayahku dulu apabila aku bertegas
mahu melanjutkan pelajaran di Amerika ketika mendapat tawaran belajar di
universiti dalam negara. Aku bukan memperlekehkan kemampuan universiti tempatan
tetapi aku mahu merantau ke negara orang dan cuba belajar hidup berdikari.
Berhari-harian juga aku duduk dikawasan hutan ini sehinggakan bekalan makanan
habis barulah aku pulang ke rumah. Teringat aku ketika aku sampai, mak terus
meluru memelukku dan ayah memandangku dengan mata yang bergenang dengan air
mata. Sedarlah aku yang aku dah berdosa pada kedua ibubapa aku ketika itu. Aku
melutut memohon ampun pada kedua mereka didepan rumahku sehinggakan menarik
perhatian pekerja-pekerja ladang yang turut bersedih akan ‘kehilanganku’.
Akhirnya ayah membenarkan aku melanjutkan pelajaran diluar negara dengan syarat
aku tak boleh berjauhan selepas tamat belajar. Memang sah-sahlah tak jauh sebab
lepas itu memang duduk terus dengan diorang huhuhu...
Aku mendirikan
khemah ke tanah tinggi berdekatan dengan air terjun. Ranting-ranting kayu aku
kumpul untuk dibuat unggun api malam nanti. Jun aku ikat pada sebatang pokok
berdekatan dengan khemahku. Selesai mendirikan khemah dan mengatur, aku memberi
Jun minum. Tadi aku sudah memberi sedikit air kepadanya sebaik sahaja sampai.
“Jun, kali ni pun kau temankan aku lagi. Thanks dude.” Jun berdengus bagaikan faham. Perlahan-lahan aku
mengusap bulu Jun. Lembut dan bersih sebab aku rajin berus dan bersihkan badan
Jun. Jun aku dah anggap macam keluarga aku sendiri.
“Sebab kau baik dengan aku, nanti aku beli kuda betina buat bini kau okey?
Jangan risau nanti aku bagi pilih. Hihihi..” Jun menyondol-yondolkan mukanya ke
mukaku. Manja betul kuda aku ini.
“Kira kau ni nasib baik sikitlah dari aku sebab boleh pilih-pilih.” Aku
melepaskan keluhan berat. Bukan aku tak redha dengan takdirku tapi kejadian
hari ini membuatkan aku terfikir kenapa aku tak diberi peluang untuk mengenali siapa
suamiku sebelum berkahwin? Ah, sudah syaitan dah mula nak buat aku rasa tak bersyukur
dan menyalahkan Allah pula! Astghfirullahalazim!
“Jun ko tunggu sini ek? Aku kena rendam kepala otak aku ni bagi sejuk
sikit.” Aku masuk ke dalam khemah untuk menukar baju. Baju renang muslimah
kupakai dan kemudiannya aku sarung lagi t-shirt besar. Bukan apa, baju renang
Muslimah itu pun bukannya menutup aurat sangat. Buatnya tiba-tiba ada orang
lalu mahu terdedah aurat tak ke naya? Tapi sepanjang aku kat sini tak pernah
pun aku nampak orang lain. Tempat ini memang terpencil walaupun masih didalam
kawasan tanah ayahku.
“Jun! Tengok ni wahahaha!” Aku melompat dari tebing sambil melambaikan
tangan pada Jun. Jun buat tak tahu sahaja siap kunyah-kunyah lobak aku beri tadi.
Haha bukan dia faham pun..
Aku berenang
sepuas-puas hatiku. Dulu aku selalu berenang di kolam universiti. Aku siap
berpakat dengan pelajar-pelajar Islam yang lain untuk mengasingkan hari
berenang untuk lelaki dan perempuan. Ternyata usaha itu tidak sia-sia kerana
cadangan kami diterima pihak universiti dan pelajar bukan Islam yang lain. Aku
menyelam mencari batu sungai untuk dibuat sental daki dan susun sekeliling
unggun api. Sengaja mencari aktiviti mengisi masa yang ada.
Apabila aku rasa
matahari mula memanas, aku naik ke daratan untuk mengeringkan sedikit badan.
Jam tangan yang aku tinggalkan ditepi khemah kucapai. Lagi satu jam akan masuk
waktu Zuhur. Aku masuk ke dalam khemah untuk menukar pakaian dan mengeringkan
rambut. Bila rambut dah kering, mata aku dah mula nak kuyu. Aku membuat
keputusan untuk tidur sementara menunggu waktu Zohor. Khemahku aku zip
dibahagian berjaring didalam. Biar berangin sikit.
“....yin...Zuyyin..Zuyyin!” sayup-sayup aku terdengar suara memanggil namaku.
Bunyi derap tapak kaki berlari ke arah khemahku membuatkan aku terjaga terus.
“Ya Allah Zuyyin!” okey memang terer mamat Downy ni sebab boleh cari aku
sampai dalam hutan belantara ini. Perlahan aku membuka zip khemah yang
memisahkan aku dan dia. Dia terus meluru masuk dan memeluk tubuhku. Peluh
membasahi baju dan muka si mamat Downy. Aku menolak perlahan tubuhnya sebelum
merangkak keluar dari khemah. Tadi lepas solat Asar aku sambung tidur balik
selepas meletakkan belerang disekitar khemah. Penat berenang punya pasal..
“Apahal Zuyyin buat macam ni?! Balik-balik tengok orang dah tak ada!
Tinggal nota macam tu ingat abang boleh biar ke?” Terkebil-kebil juga aku bila
tengok mamat Downy naik angin. Fuh first
time aku tengok tapi apasal aku tak rasa nak melenting? Pelik..pelik..
“Macam mana tahu?” soalku sambil merendam kaki ke dalam air terjun yang
sejuk.
“Abang ikut jejak tapak kaki si Jun ni la! Nasib baik tanah basah tu yang
nampak jelas tapak ladam tu kalau tak mahu gila abang cari!” marahnya masih tak
surut-surut. Dia duduk juga disebelah selepas melepaskan dengusan kasar.
“Nasib baiklah awak sorang aje dalam kampung ni yang ada kuda kalau tak
mahu naya!” mulutnya memuncung sambil membebel kalah perempuan. Hahaha pertama
kali aku tengok lelaki muncung gini. Aduilah Zuyyin, ni betul ke laki kau yang
kat sebelah ni? Aku membaca ayatul Kursi dan tiga Qul sebelum menghembuskan
kearahnya.
“Ni apa main hembus-hembus orang ni?”marahnya lagi. Okey sah laki aku. Aku
memanjangkan leherkan mendekati wajah si mamat Downy dan....cupp!
Baiklah aku akui
yang otak aku makin tak betul lepas berendam dalam air terjun ni. Boleh pula
aku cium mamat Downy ni tengah hutan-hutan macam ini! Allah malu gila bila dia
pandang muka aku dengan muka tak percaya.
“Be..betul ke ni isteri abang Nurhan Zuyyin?” Dia mula menjauhiku. Timbul
idea nakal dalam kepala otak aku.
“Kau percaya ke aku ni isteri kau hummm?” soalku dengan wajah menggoda. Dia
mula bangun dan berundur. Aku turut mengikut dia bangun dan terus menyergah.
Malang nasib si mamat Downy apabila dia terjatuh ke dalam air terjun. Aku terus
mengetawakannya dari tebing.
“Sa..sayang abang,.tak reti berenang!” Tenggelam timbul si mamat Downy di
dalam air terjun yang boleh kata dalam juga. Dengan kadar segera aku terus
terjun dan menyelamatkan si mamat Downy. Susah payah aku menariknya naik ke
tebing.
“Sayang kalau tak suka abang sekalipun janganlah buat abang macam ni!”
rungut dia sambil batuk-batuk dan muntah air. Aku bangun menuju ke khemah untuk
mengambil tuala. Mahu demam pula kalau dibiarkan basah lenjun macam ini. Aku
perasan yang dia memandangku dengan pandangan sayu apabila aku bangun
meninggalkan dia tadi. Alahai mamat Downy...
Aku mendekatinya
lalu mengelap rambutnya yang basah. Terkaku juga si mamat Downy bila aku buat
baik dengan dia. Selama ini pun aku memang bagi dia tidur dalam bilik aku tapi
tempatnya di atas toto tepi katil aku ajelah. Tak pernah aku offer tidur
sekatil dengan aku walaupun itu tempat yang layak buat suami. Itu sebab dia
suka bagi reaksi pelik tambah ajaib bila aku buat baik dengan dia.
“Aku minta maaf sebab buat kau macam-macam. Kau kira terer gaklah sebab
boleh jejak aku sampai secret hideout aku
ni pun dah bukan rahsia lagi.” Selesai mengeringkan rambut, aku meletakkan tuala
tadi ke bahunya. Senyuman ikhlas aku hadiahkan kepadanya. Marahku siang tadi
dah hilang apabila melihat dia bersusah-payah mencari aku.
“Sayang jangan buat abang macam ni lagi. Kalau marah, marah je kat abang
jangan lari-lari. Macam nak gila abang cari sayang sampai mak dengan ayah pun
dah tak terkata apa.” Aku mengangguk. Kasihan juga melihat wajahnya yang kusut
tadi.
“Jalan kaki ke sampai sini?” soalku sambil tangganku menyusun
ranting-ranting yang dah dikumpul sing tadi. Hari sudah semakin gelap dan aku
perlu menghidupkan api untuk memasak dan juga mengelak haiwan liar.
“Abang naik basikal tapi bila dah kat bawah tadi basikal tu bantai pancit
tu yang abang tinggal je.” Aku teringat akan basikal yang dia tunggang ketika
kali pertama aku selamatkan dia ditali air lubuk ular dulu. Titik tolak jodoh
kami. Basikal itu juga yang membawa si mamat Downy menjejaki aku
hahaha..lawak-lawak..
“Ni sayang nak tidur sini ke malam ni?” soalnya sambil menepuk-nepuk nyamuk
yang mula menggigit tubuhnya. Aku yang duduk sini dari siang tak ada pula
nyamuk yang menghinggap. Darah manis dia ni.
“Yup kenapa? Nak balik ke? Abang balik sorang la..” Aku menutup mulut
apabila tersasul memanggilnya dengan panggilan ‘abang’. Ohoi muka dia dah
tersenyum-senyum macam kuda miang. Hahaha sorry
Jun...
“Tak naklah. Kita honeymoon sini
la eh?” Dia dah mula menggatal dan duduk dekat-dekat dengan aku. Haish aku
lempar masuk air terjun kang mahu dapat title
isteri derhaka.
“Uit sat gi nak masuk waktu Maghrib. Ni sementara nampak ni meh ambil air
nak buat wuduk dan lepas tu kita boleh mula masak.” Aku bangun mengeluarkan
stok-stok makananku. Hmm nampaknya memang esok kena baliklah sebab aku bawa
untuk aku seorang makan aje dan mamat Downy ini pun walaupun kurus tapi makan
boleh tahan banyak. Ceit!
10 comments:
Hahaha~ Nice!!! secret hideout dah tak jadi secret dah... Cepat2 update lagi ye ;)
Ufufufu~
Update lepas ini akan bertukar menjadi kelajuan siput kerana sudah mula kerja + kelas dah mula minggu depan~
Bertabahlah anda2~
(^-^)v
Hehe... Faham2... OK... Kami akan bertabah...
Bertabahlah saya, bertabahlah *usap kepala sendiri
Lepasni part bertambah baik niii adeh
@Suha: hehehe bagus2~
@Anis Syuhadah: *tepuk2 bahu ye2 sila bertabah huhu~
aahhhhhh x sabaq2 nak baca sambungan.
inshaAllah saya akan bertabah sobs sobs
@Anis Farhana: Sabaq na~
tak pa akak pun tengah curi2 masa nak sambung mamat Downy ni huhu~
Ari2 tgk klo dah sambung...kesian den ni ha dh addict ngn mmt downy.
Alahai cik @Haryati Abu Manshor,huhu bawak bertenang ye? Sikit aje ni nak siap. Sabar ye? (^-^)v
Post a Comment