taken from here |
Malam itu aku dan mamat Downy itu duduk
dihadapan unggun api. Cuaca sejuk didalam hutan menggalakkan lagi si mamat
Downy untuk duduk rapat-rapat dengan aku. Katanya sejuk sebab jatuh dalam air
terjun tadi tak hilang-hilang. Ceit! Berapa jam punya cerita dan aku dah bagi
tukar baju lagi apa? Sengal...
“Sayang ni kenapa
ada banyak t-shirt besar-besar?” soalnya ketika aku tengah mengelamun.
“Saja je. Selalu
pakai lepas dah sarung swimming suit.”
Wajahnya dah bertukar menjadi nakal. Aduilah lelaki, kalau kata baju renang
mesti ingat bikini. Perlahan aku tolak bahunya.
“Tu ha swimming
suit Muslimah. Muslimah-muslimah pun kalau dah pakai ketat juga tu yang aku
sarung t-shirt besar kat luar.” Aku menunjukkan baju renang ku yang aku
keringkan didahan pokok berhampiran khemah. Dia hanya mengangguk sebelum
merangkul bahuku.
“Alah sayang kalau
pakai bikini pun cantik je.” Serius aku terkejut. Ni apasal dengan mamat Downy
ni? Aku menolak tubuhnya ke tepi sebelum masuk ke dalam khemah. Lama-lama
dengan dia kang lain yang jadi.
“Sayang takkan nak
tinggalkan abang tidur kat luar ni?”
“Menggatallah lagi.
Tidur luar!” Aku pantas menutup zip khemah. Seram kot nak bagi dia masuk
sekali.
Tengah malam itu aku terjaga apabila terdengar
bunyi rintikan hujan jatuh keatas khemahku. Laju aku membuka mata dan keluar
dari khemah untuk mencari mamat Downy itu. Macam mana pun dia tetap suami aku.
Mataku tertancap pada tubuhnya yang tidur ditepi Jun beralaskan tikar yang aku
guna untuk duduk dihadapan unggun api malam tadi. Serius sadis!
“Weh bangun! Meh
tidur dalam khemah.” Dia menggosok-gosokkan matanya sebelum tersenyum
memandangku. Alahai dah kena dera macam ini pun dia baik dengan aku ini yang
nak cair ni!
“Sayang bagi abang
tidur dengan sayang ke?” Aku hanya mengangguk sebelum membantu dia bangun dari
pembaringan. Tangannya sejuk sangat bagaikan ais. Ya Allah aku dah berdosa
dengan suami sendiri.
“Jom tidur.” Aku
menarik tangannya masuk ke dalam khemah. Dia yang masih mamai-mamai hanya
mengikut. Serius comel apabila sebelah tangan menggosok mata dan sebelah lagi
memegang tanganku. Huhu...
“Kita kongsi bantal
dan selimut ye?” Dia mengangguk suka dan muka aku sememangnya dah bertukar
warna. Ketika berbaring pun dia masih tersenyum dan mengiring kearahku. Aduilah
cukup-cukuplah senyum tu mamat Downy oii!
Bila aku nak mengiring membelakangi dia, dia
menghalang dan terus menarikku ke dalam pelukkannya. Hangat dan selesa. Choih!
Aku cuba merungkaikan pelukkannya tapi dia siap letak peluk dengan kaki-kaki
sekali. Wahlawei! Berguru dengan ular sawa ke apa dia ni?
“Tak baik tau kalau
sayang tidur belakangkan abang.” Lembut tutur katanya siap belai-belai rambut
aku lagi. Adalah sedikit rasa menyesal bagi dia masuk dalam khemah ini sekali.
“Abang, lemaslah.”
Aku menolak perlahan tubuhnya sambil memandang tepat ke dalam matanya.
Er...kejap tadi aku sebut apa?
“Sayang, kena
biasakan diri. Abang suka peluk sayang,” katanya siap mendekatkan lagi jarak
antara kami. Bunyi detak jantung aku dan dia memecah sunyi malam dan aku rasa
aku dah dapat agak apa yang akan berlaku lepas dia baca doa dan kucup ubun-ubun
aku. Alahai cik kaki dan tangan yang selalu membelasah orang, apasal korang
macam tak berfungsi malam ini?
Bangun je sebelum Subuh pagi itu aku
cepat-cepat bersihkan diri di air terjun bertemankan pelita mudah alih elektrik
aku. Tak ada kerja aku nak minta mamat Downy itu teman! Malam tadi punya hal
pun malu tak habis lagi. Tapi...dia ini baka jin ke apa? Asal terfikir aje
mesti muncul.
“Sayang kenapa
tinggalkan abang? Kita mandilah sama-sama.” Tak payah berjemput memang dia
terus mendekati dan menarik tubuhku ke kawasan yang terlindung sedikit. Elok
pula air takat paras pinggang sahaja kalau tak memang aku bagi lemas aje mamat
sengal ini!
“Jangan risaulah
abang tak kacau lebih. Kita mandi cepat boleh buat solat sunat Fajr sebelum
solat Subuh,” katanya sambil tersenyum. Huhuhu habislah aku rasa aku dah kena
penangan taktik senyum si mamat Downy...
“Nurhan Zuyyin!
Ayah tak suka kamu buat perangai macam budak-budak! Dah kahwin patutnya
matanglah sikit! Ini gaduh sikit dah lari! Apa kamu ingat tengah main polis
sentri?!” Mak aih ayah aku punya mengamuk sampai mahu bergegar satu ladang
ternakan. Mamat Downy yang sememangnya tak pernah tengok ayah aku punya baran
dah terkebil-kebil sambil tayang muka bersalah. Rasa bersalah sebab report kat
ayah aku ke?
“Ay..ayah tak apa,
saya tak marah sebab memang salah saya. Zuyyin cemburu sebab saya layan cikgu
perempuan tu semalam.” Alahai yela tak marah. Semalam siapa yang marah-marah
sampai jatuh dalam air terjun? Eh itu aku yang kacau dia punya pasal huhu..
“Nazhan sekarang
dah jadi ketua keluarga. Kamu kena tegas dengan Zuyyin ni! Ni cakap pun macam
berbisik apa kejadahnya!” Ayah aku kalau tengah marah baik diam. Kalau bagi
buah pandangan ke buah durian ke memang kena la...
“Apa kau
sengih-sengih lagi?! Sekali lagi buat perangai macam ini, ayah jual Jun!” ugut
ayah keras.
“Ayah!” tersentak
aku bila nama kuda aku pula naik. Ah macam mana pun gua akan bertahan demi lu Jun!
“Dahlah tu bang, dah
balik dah pun Zuyyin tu. Diorang pergi berkelah Je, Nazhan pun ada sekali. Dah
jom kita makan? Mak dah siapkan nasi goreng untuk kamu Zuyyin.” Woah mak memang
penyelamat sejati! Dengan kadar kelajuan maksima, aku berlari ke dapur. Nasi
goreng mak memang marvelous! Siap
letak udang, sotong dan macam-macam benda yang mak rasa nak letak.Fikirkan aje
pun dah boleh lapar padahal aku dah makan siap-siap sebelum bertolak balik.
“Perangai kalah
budak-budak! Seman sewel itu pun lagi elok perangai dari kamu!” bebel ayah
lagi. Aku buat tak tahu sahaja sambil mengambil pinggan untuk menyedok nasi
goreng. Makan tetap makan!
“Tengok! Dok fikir
perut dia je! Laki kamu tu yang kamu kena pentingkan dulu Nurhan Zuyyin!” Aku
hanya mampu tersengih lagi. Aduilah ayah, depan rezeki ni...
“Tak apa ayah, saya
dah biasa layan diri.” Mamat Downy segera membela aku. Hehehe ini yang buat aku
makin suka kat dia...eh? Aku pantas menghulur pinggan yang berisi nasi goreng
kepada dia.
“Bagilah muka
sangat kat dia Nazhan...” Ayah menggeleng-gelengkan kepala. Mak hanya senyum
dan menghidangkan nasi goreng untuk ayah. Nazhan? Dia pergi ambil gelas dan
siap tuangkan air untuk semua orang siap bagi senyuman versi pelayan hotel 18
bintang hehehe... Memang mamat Downy ini rajin dan pandai ambil hati orang.
Dari jauh aku melihat seorang pelajar lelaki
yang berbasikal jatuh ke dalam longkang. Gaya jatuh yang agak pelik kerana dia
terlompat dari atas basikal dan terus ke dalam longkang. Segera aku berlari
kerana mahu menghulurkan bantuan.
“Weh kau nak pergi
mana Zuyyin?” soal Hanif dari atas motosikalnya.
“Tak ada manalah.
Kau balik dulu!” laungku sambil meneruskan larian. Hanif hanya menjungkitkan
bahu sebelum beredar dengan geng-geng motosikalnya. Selalunya dia akan
mempelawa aku untuk pulang bersama tapi mungkin disebabkan tak pernah sekali
pun aku menerima pelawaannya maka dia berputus asa. Eloklah, tak ada kerja aku
nak tambah bahan gosip untuk si Joyah.
“Weh kau okey tak
ni?” soalku dari atas longkang. Pelajar lelaki itu hanya mengangguk tanpa
memandangku. Disebabkan aku tahu yang dia malu hendak berhadapan denganku, aku
memulakan penyiasatan punca ‘kejatuhan’ dia tadi. La...rupanya rantai basikal
dia jatuh dan tersekat. Itu yang buat dia sampai terlompat begitu. Dengan kadar
segera aku membaiki rantai basikal pelajar lelaki tersebut. Dia? Masih didalam
longkang mungkin malu nak tunjuk muka depan aku.
“Okey aku dah
betulkan rantai basikal kau ni. InsyaAllah dah elok.” Aku mengapai beg yang aku
letak ditepi ketika mahu membaiki basikal pelajar lelaki itu tadi.
“Terima kasih..”
ucapnya perlahan dari dalam longkang sebelum berpaling sedikit memandang
wajahku. Aku hanya menghadiahkan senyuman sebelum beredar.
‘Pap’ aku menepuk
dahiku. Patutlah aku macam pernah tengok muka si mamat Downy itu sebelum ini.
Ya Allah, rupa-rupanya pelajar lelaki yang aku bantu baiki rantai basikal
ketika zaman sekolah itu rupa-rupanya si mamat Downy. Memanglah kami ini
sekampung dari kecil tapi disebabkan jarak rumah dan sifat aku yang lebih suka
mengembara versi lasak dengan si Hanif maka aku memang tak kenal ramai orang.
Orang kenal aku adalah! Itupun sebab dengar cerita-cerita budak perempuan ganas
dan tomboy yang perangai panas baran tahap petala.
“Kenapa sayang
tiba-tiba tepuk dahi ni?” soal mamat Downy yang baru pulang dari menunaikan
solat Isyak di surau. Aku tak mengikut dek membantu mak menyiapkan kuih untuk
sarapan esok pagi. Mak memang selalu sediakan awal dan simpan dalam peti ais.
“Kau pernah jatuh
basikal depan aku kan?” Aku menyoalnya dengan muka serius. Sengaja aje nak bagi
suspen.
“La..yang dekat
titi dulu tu la sampai boleh kahwin dengan sayang hehee~” jawabnya sambil tersengih-sengih.
Tangannya dah mula nak meraih pinggang aku. Adui dia ni memang tangan tak reti
nak diam ke?
“Nope sebelum tu.” Aku menjauhkan diri
dan memandang tepat ke arahnya. Muka si mamat Downy dah mula berkerut-kerut
sebelum bertukar menjadi merah.
“Ma..maksud
sayang?”
“Kau budak lelaki
yang jatuh straight masuk longkang
dulu tu kan?” Muka dia yang memerah itu mengiyakan kata-kataku. Hahahaha...nak
malu apa?
“Bila aku nak
tolong kau tak nak, last-last aku
tolong betulkan rantai basikal kau tu je. Hmm berapa lama ye berkubang dalam
longkang tu?” soalku dengan muka nakal.
“Sayang! Benda yang
memalukan tu juga yang dia ingat.” Dia dah mula memuncung. Gaya merajuk mamat
Downy ini memang nampak comel aje dimata aku ahaha..alahai bila hati dah
sayang.
“Sayang dulu
sombong gila kat sekolah. Lepas dari hari tu, abang ada gak senyum-senyum kat
sayang tapi yang balas si Hanif tu pula. Nasib baik sebab abang memang kenal
dengan dia kalau tak dah lain makna tu.” Ehey jangan nak masuk versi gay pula! Aku dah mula tayang muka
jijik.
“Dah tak payah nak
tayang muka gitu sebab abang ni memang lelaki tulen dan suka kat sayang sorang
je.” Dia terus mendapatkan tubuhku. Satu benda yang aku dah faham dengan si
mamat Downy. Dia sangat suka skinship!
Nasib baik dengan aku aje kalau dengan orang lain gerenti aku patah-patahkan
tulang dia! Nasib kaulah dapat bini ganas macam aku..
“Hmm sayang ni tak
reti-reti nak panggil abang ni sebagai ‘abang’ ke? Asyik ‘kau-aku’ dengan
abang. Tak nak tambah pahala ke?” Oh berdesup masuk ke dalam jiwa raga aku!
Alahai nak panggil abang bagai...serius aku malu lagi la weh!
“Panggil ‘bro’ ke ‘der’
tak boleh?” gurauku sambil tersengih-sengih memandangnya. Dia mencubit perlahan
pipiku tanda protes.
“Apasal tak ‘gua-lu’
je?” sindir si mamat Downy sebelum duduk di birai katilku. Selamba aje dia
menarikku duduk diatas ribanya.
“Ala malu la..” aku
berterus-terang dan tangan dia dah mula bermain-main dengan rambut aku.
“Sayang ni,
takkanlah nanti depan anak-anak pun nak ber’kau-aku’ dengan abang? Silap hari
bulan mau confuse sorang-sorang.”
Mukaku makin memerah apabila si mamat Downy dah masuk bab anak.
“Abang pernah aje
dengar sayang tersasul panggil ‘abang’ masa malam tu.” Dia dah mula tayang muka
gatalnya apabila aku hanya mendiamkan diri. Malu kot nak ingat pasal malam
bersejarah aku itu.
“Meh cuba slow-slow panggil ‘abang’.” Tergelak aku
apabila mamat Downy dah bertukar jadi cikgu tadika.
“Abe?” sengaja aku
menyakat. Dia terus geleng kepala tanda tak setuju.
“Abang!” ulangnya
lagi dengan bersungguh-sungguh.
“Apok jatang?”
sakat aku lagi.
“Haish dia ni!” dia
terus menarik tubuhku untuk sama-sama berbaring. Mata kami bertembung dan aku
memberikan senyuman untuk si mamat Downy yang sentiasa bersabar dengan kerenah
sengal aku.
“Senyum pula di...”
“Abang..” belum
sempat mamat Downy itu membebel aku sudah memotong percakapannya. Eleh bukan
susah nak sebut cuma aku segan dengan dia aje. Hehehe..
“Boleh pun. Saje je
sayang ni kan?” Tubuhku terus dipeluk erat dan kami berguling-guling atas katil
hahaha..aksi sengal dua orang tua yang perasan muda.
“Sayang tahu tak
masa sayang selamatkan abang buat kali kedua tu, abang dah dapat agak dah yang
sayang ni jodoh abang. Sebenarnya abang tipu je pasal ada orang beritahu kat family abang pasal benda ari tu.” Muka
aku mula berubah apabila mengetahui yang mamat Downy ini ada menipu aku. Muka
suci macam ini pun menipu ke?
“Haa..jangan nak
marah dulu. Abang minta jasa baik Ustaz Ali and da gang supaya tak dihebahkan kat orang dan abang cakap yang abang
memang nak peristerikan Zuyyin. Tapi bila kat surau tu, abang ada terdengar
salah sorang geng Ustaz Ali tu beritahu kat ayah jadi memang balik dari surau
tu abang terus suruh papa abang pinangkan Zuyyin untuk abang. Mula-mula papa
ingat abang gurau sebab tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba nak pinang anak
usahawan ternakan terkenal dalam kampung ni tapi paling dia confuse macam mana abang boleh terpikat
dengan sayang yang terkenal ganas,” dia ketawa seketika sebelum menyambung
kembali percakapannya.
“Abang tahu sayang
ni luaran je ganas kalah singa betina tapi sayang baik sangat sebab dah dua
kali sayang buktikan dekat abang.” Dia membelai pipiku dan matanya memandang
tepat ke arahku. Perasaan nak marah terus hilang dan aku mengetatkan pelukkanku
ke tubuh mamat Downy.
“Thanks sebab sudi jadi sayang sa...aku.”
Aduilah tak reti aku nak bahasakan diri ‘sayang’. Woohohoo geli-geli!
“You’re most welcome my dear.
Abang sayangkan Zuyyin dan anggap Zuyyin diturunkan oleh Allah untuk abang.
InsyaAllah abang akan berusaha untuk jadikan perkahwinan ini sentiasa dimekari
dengan kasih sayang abang untuk isteri abang ini.” Aku mengangguk didalam
pelukkannya.
“Andai kata abang
lalai dalam menjalankan tanggungjawab abang sebagai hamba Allah dan suami,
abang harap Zuyyin tegur abang ye? Kita sama-sama usaha capai syurga Allah supaya
kita dapat bersama untuk selama-lamanya.” Allah, aku rasa terharu tapi dalam
masa yang sama nak tergelak pun ada sebab berlagu-lagu pula cara percakapan si
mamat Downy ini.
“Okey sekarang
waktu untuk apa?” soalnya sambil menjungkit-jungkitkan kening. Senyuman
gatalnya mula tergaris dan aku dah tahu dah apa yang akan terjadi. Oh Allah
semoga KAU rahmati perkahwinan kami dan kurniakanlah kami zuriat yang bakal
menjadi pejuang agamaMU.
Tengah-tengah aku
berfikir itu, si mamat Downy cepat-cepat bangun untuk pergi tutup lampu. Alahai
kakanda mamat Downy yang comel lagi menyenangkan hati adinda. Ehey~
baca part 1
baca part 2
baca part 3
baca part 4
baca part 5
baca part 6
******************************************************************************
Waa siap pun cerpen mamat Downy ini dengan kelajuan pecutan siput huhu..jika rasa tak suka ke apa sila komen okey?
baca part 1
baca part 2
baca part 3
baca part 4
baca part 5
baca part 6
******************************************************************************
Waa siap pun cerpen mamat Downy ini dengan kelajuan pecutan siput huhu..jika rasa tak suka ke apa sila komen okey?
Nazhan Ariq. Taken from here |
Nurhan Zuyyin. Taken from here |
13 comments:
Ehey~ mestilah suka!! Sgt suka!!
Apok jatang tu ape? *serious tak tahu*
Thanks Suha (^-^)v
hehehe apok jatang tu panggilan untuk suami (pangkat atuk) versi orang dulu-dulu..ni saya dengar wan anjang saya panggil suami dia macam tu huhu~
Owh begituuuu... Okke...
eeeeeeee geliiiii tapi saya sukaaaaa hahahahahaha sweet angat!!
first time dengaq apok jatang hehe
Haha..Memang terbaiklah semua karya akak..Agak2 bile nak keluar cerpen baru..hehehe..*menyorok bwh meja*
Terbaek...saya minat cerpen nie....5/5 bintang....^_^
@Anis Farhana: Hahaha geli2 pun..hahaha
Tu la bila dengar wan anjang akak pakai gelaran tu untuk suami dia, akak terus rasa nak letak dlm cerpen sengal akak ni hahaha~
@Fazliana Nazri: Alhamdulillah idea dari Allah (^-^)v
Dik oii kalau keluar pun rasanya akan keluar dengan kelajuan siput bawa bulldozer hehehe~
@Faiz Nizam: Alhamdulillah.
Terima kasih sebab sudi baca karya sengal ini (^-^)v
Entry lain please. IRA yang entry lain bila pulak ?
InsyaAllah jika ada masa. Saya sibuk dengan class preparation sekarang.
(^-^)v
Suka sangat!!! Pohoho , saya tak berenti lagi senyum ni....
@Lily Anna: Alhamdulillah, terima kasih ye. Hehehe..
(^-^)v
Kasih diterima. Klau ada masa , rajin2 la tgk blog saya. (Malu nya! >.<")
Saya pon sekarang ni tgh buat novel bersiri.
Sila bagi tunjuk ajar ya?.
@Lily Anna: InsyaAllah. Dah post di blog ke? Boleh bagi link disini nanti akak pi tengok.
(^-^)v
Post a Comment