Kapitalis

Saturday, August 30, 2014

Cerpen: Oh Ustaz? Yes Tuan! (Part 6)

Senyuman menggoda Ustaz Elyas. [kredit]  

Persiapan untuk majlis perkahwinanku boleh dianggap lancar dengan bantuan Marissa dan para perancang perkahwinan yang diupah oleh mamaku. Aku diberi tugas untuk mencantikkan diri oleh mama disamping mengendalikan projek di Hulu Selangor. Terus-terang aku berasa agak tertekan tapi dengan semangat yang diberikan oleh Makcik Aisyah dan Marissa, aku yakin aku boleh lalui semua ini. Projek pembinaan sekolah tahfiz juga berjalan seiring dengan projek syarikatku. Aku memilih kawasan yang sunyi dan tenang untuk pembinaan sekolah tahfiz dan kawasan yang berdekatan dengan pantai dan jualan kraftangan penduduk untuk pembinaan resort dan taman rekreasi air.

Di suatu petang dua minggu sebelum majlis perkahwinanku,

“Kakak, biasanya kan orang yang ustaz-ustaz ni suka kahwin lebih dari satu. Kalau Ustaz Elyas nak kahwin lain kakak bagi tak?” Pertanyaan dari Marissa hampir membuatkan aku membaling kerusi ke arahnya. Bab-bab berkongsi ini dari dulu lagi aku memang pantang!

“Risa, kakak ni kahwin pun belum. Kenapa tanya soalan pelik-pelik macam tu?” Aku meneruskan taipan dipapan kekunci komputer ribaku. Aku sedang merangka plan untuk projek akan datang syarikat kami. Dalam dunia bisnes, banyak persaingan jadi syarikat perlu sentiasa produktif.

“Alah kak, orang tanya je.” Ternyata Marissa masih tak mahu mengalah. Mahukan juga buah fikiran dari aku yang tengah berserabut dengan hal projek dan kahwin. Haish adiklah...

“Risa, esok pun tak pasti kita ni hidup ke mati. Buat apa nak fikir pasal benda yang tak pasti ni?” Sengaja aku mahu mengusik dia. Biar dia memuncung marah hahaha..

“Tu Risa tahulah kak. Risa just nak tahu macam mana kalau benda macam tu terjadi kat kakak? What will you do?” Aku berhenti dari membuat kerjaku dan memandang tepat ke wajah masam Marissa.

“So you’re saying that my future husband has a tendency to marry more than one is it?”

“Yeah, that’s what most ‘ustaz’ in Malaysia do.”

“I’ll leave him for good then.” Terus aku memusingkan kepalaku menghadap kembali komputer riba.

“You’re not willing to share?”

“Never want to.” Jawapan yang jitu dari aku.

“Why?” Marissa memang tak akan puas kalau tak dapat jawapan yang menyakinkan dari aku. Sudah menjadi tabiatnya begitu sejak kecil.

“Sebab kakak akan jadi gila sebab tak ikhlas. You know my attitude.”

“Macam mana kalau dia tak nak lepaskan kakak dan nak juga kat perempuan lagi satu?”

“Sememangnya kakak sendiri yang akan tinggalkan dia. Kakak tak boleh tipu diri sendiri dengan mengatakan kakak redha, padahal dalam hati kakak menyumpah seranah.”

“Hmm Islam tak menghalang poligami kan? Macam mana kalau dia cakap dia hanya mengikut sunnah?”

“Banyak lagi sunnah lain yang dia boleh ikut. Okeylah Risa, I don’t want to waste my time on this topic any longer.” Segera aku memakai headphone lalu meneruskan kerjaku. Malas aku hendak melayan pertanyaan ‘kreatif’ adik aku itu. Budak tu kalau bosan segala benda dia nak tanya!

“Ala kak..” Aku mengembangkan kelima-lima jariku ke mukanya tanda aku tak mahu bercakap. Kerja yang masih berbaki dan aku perlukan konsentrasi yang penuh. Poligami dan wanita memang tak akan boleh menjadi kawan baik.










I tak sangka you dah nak kahwin Mar.” Naili yang tiba-tiba mengajakku untuk keluar bersama mengemukakan soalan sebaik sahaja aku melabuhkan punggung dihadapannya. Mukanya yang berkerut menunjukkan betapa dia tak suka dengan perubahanku sekarang.

“InsyaAllah dah sampai jodoh.” Matanya memandangku dari atas ke bawah. Haish kot ye pun..

You dah lainlah Mar. Kenapa tiba-tiba?” Aku hanya mampu tersenyum dengan soalan Naili. Hmm bak kata Makcik Aisyah, kalau ada ilmu baik sampaikan.

“Hidayah dari Allah. Naili, I dah penat hidup yang perasan glamour sepanjang masa. Hidup ini cuma pinjaman dimana dunia adalah tempat persinggahan sebelum kita semua dikumpulkan di padang Mahsyar. Disitu nanti kita akan tahu nasib kita entah ke syurga atau neraka. Sementara nak tunggu itupun kita dah terazab macam mana kalau kita ditempatkan ke neraka jahanam? Memikirkan sahaja pun buatkan I menggigil. Mungkin you rasa yang benda tu lambat lagi terjadi tapi entah 10 saat dari sekarang Allah tarik nyawa kita tak ke rugi jika kita tak kembali kepada Allah?” Naili nampak tersentak sedikit dengan peneranganku.

I..I tak puas hidup lagi Mar! I masih muda! I tak mahu tutup-tutup macam you ni.” Aku beristighfar menyingkir marah yang mula hendak menjelmakan diri. Marah tak akan mendatangkan untung dalam situasi sekarang.

“Naili, you tengok I tutup-tutup ni nampak hodoh ke?” Dia pantas menggelengkan kepala. Aku mengenakan jubah seluar berwarna ungu pastel dengantudung ungu gelap. Pakaian yang aku beli ketika membeli-belah dengan Makcik Aisyah. Makcik Aisyah memilih dan siap beri cadangan lagi tahu? Makcik Aisyah memang terbaik!

“Naili, I tahu selama ni I tak layan you dengan baik. I minta maaf. Naili, you sabar je kan dengan perangai I selama ni? I tahu you baik dan kalau boleh I nak berkawan dengan you sampai kita sama-sama masuk syurga.” Aku menggenggam tangan Naili sambil memandang tepat ke matanya. Walau macam mana buruk pun perangai hipokrit Naili, tapi dia masih setia disampingku. Aku tahu sebagai manusia, dia layak untuk dilayan sebaik mungkin dan kini menjadi tugasku untuk menariknya kembali kepada Allah.

“Mar, kenapa you baik sangat dengan I? I pun nak minta maaf sebab belakang you I kutuk you macam-macam. I jahat sangat Mar.” Tumpah juga air mata Naili dihadapanku. Aku terus memeluknya seperti mana Makcik Aisyah sering lakukan kepadaku apabila aku berduka.

“I pun nak minta maaf. Naili, kita sama-sama tak baik tapi insyaAllah boleh jadi baik. Allah tu Maha Pengampun dan DIA sayang pada semua hambaNYA. Malam ni you ikut I ye? I nak bawa you jumpa dengan seseorang yang I sayang.” Naili mengesat air matanya sebelum mengangguk setuju.

You nak bawa I jumpa bakal suami you ke?” Ek apasal pula keluar pasal bakal suami aku pula ni?

“Bukanlah. Nanti bila you jumpa dia, mesti you pun akan sayang kat dia.” Wajah Makcik Aisyah menari-nari di fikiranku. Alhamdulillah Naili terpujuk juga dengan nasihatku dan kini aku perlu berusaha untuk mentarbiyahkan diriku dan sahabatku.

“Okey Mar. Malam ni you ambil I ke nak I datang rumah you?” soal Naili ketika tiba ditempat parkir kenderaan. Kami beredar sebelum tiba waktu Asar memandangkan aku ada urusan di tempat kerjaku.

“InsyaAllah lepas Isyak I datang jemput you. Sampai je nanti I call.”

“Okeylah kalau macam tu. Bye Mar!”

Bye, assalamualaikum.” Naili menjawab salam sebelum masuk ke dalam kenderaannya.







Hari untuk majlis pernikahan aku tiba dan diadakan dengan penuh gilang-gemilang. Ikutkan aku mahu nikah dan bersanding pada hari yang sama tapi mengikut arahan mama aku yang ingin mengadakannya pada hari berasingan membuatkan aku akur. Selagi mana tak bercanggah dengan agama aku hanya turutkan.  Makcik Aisyah memang aku ambil tinggal dengan aku seminggu sebelum majlis lagi. Sepanjang seminggu, Makcik Aisyah mengajarku surah-surah lazim dan alhamdulillah aku sudah menghafal juzuk amma. Marissa dan Naili turut menemaniku sepanjang tempoh ‘pembelajaranku’ itu. Alhamdulillah Naili pun sudah berubah menjadi seorang Muslimah dan kini dia sedang berusaha untuk mengawal mulutnya yang kadang-kadang tercelupar.

“Wow Mar hensem gila laki you!” Naili yang sedang duduk bersimpuh sebelahku berbisik kepadaku. Sedikit perasaan cemburu mula berbunga dan aku segera singkirkan dengan beristighfar.

“Naili, rupa tu tak akan kekal tapi hati yang baik dan tunduk pada Allah insyaAllah membawa kita ke syurga.” Tengah berdebar menunggu si ustaz nak berijabkabul sempat lagi aku bagi nasihat khidmat masyarakat kepada Naili. Tapi serius Naili, aku tak mahu bermadu jadi jangan jatuh hati pada laki aku!

I pun nak cari suami yang boleh bawa I ke syurga Mar.”

“InsyaAllah, banyakkan berdoa.” Makcik Aisyah disebelah turut mengangguk. Aku duduk bertemankan mama, Makcik Aisyah, Marissa dan Naili. Dah macam permaisuri apa entah apabila ramai pula yang dok berkerumun dekat aku.

“Alhamdulillah dah selesai.” Eh aku tak perasan pun yang si ustaz dah kawtim akad nikah disebabkan terlalu asyik berborak dengan Naili.

“Maaf boleh tak saya nak tunaikan solat sunat dengan isteri saya?” Ustaz Elyas segera meminta izin untuk menunaikan solat sunat sebelum sempat jurukamera meminta kami untuk membuat aksi upacara pembatalan air sembahyang.

“Boleh. Maritza milik Elyas sekarang,” ujar papa sambil menepuk-nepuk bahu Ustaz Elyas. Mama juga hanya menayangkan muka tanpa perasaan. Tak dapat aku agak sama ada dia marah atau tidak.

“Jom.” Dengan kekok aku menyambut huluran tangan Ustaz Elyas yang kini sudah menjadi yang halal untukku.

“Solat kat bilik saya sahajalah. Bilik solat tu ada barang-barang hantaran.”

“Jadi tetamu kat rumah ni tadi solat kat mana?”

“Diorang solat kat bilik tetamu. Ada dua bilik saya sediakan. Asing lelaki dengan perempuan.”

“Bijak isteri abang ni.” Dia sempat menghadiahkan senyuman untuk aku. Ohoi jantung aku dah berdetak macam nak terkeluar dari sternum! Tangannya masih tak lepas dari memimpinku macam tahu-tahu aje mana bilik aku.

“Err mana bilik tidur awak ni?” Haa tahu pun nak tanya. Ingatkan dah tahu. Giliran aku pula senyum sinis ke arahnya sebelum menariknya naik ke tingkat atas kediaman keluargaku. Sayup kedengaran suara tetamu yang mengetawakan aksi kami. Mungkin kelakar melihat Ustaz Elyas yang kini ditarik oleh isterinya ke tingkat atas.

Jantung aku berdetak hebat bila kami tiba diluar pintu bilik tidurku. Ya Allah over sangat aku ni padahal nak buat solat sunat aje! Perlahan aku membuka pintu bilikku yang sudah dihias cantik oleh perancang perkahwinan. Senang ambil semua pakej kata mamaku. Aku? Aku tak ada hak untuk bersuara dalam bab menguruskan majlis perkahwinanku itu. Cuma dalam bab busana sahaja aku bertegas untuk memilih pakaian yang mengikut syarak. Tak mahu aku bagi dosa dekat ustaz tu pada hari pertama pernikahan.

“Subhanallah cantik. Saya pergi ambil wuduk dulu.” Aku mengangguk sebelum menutup dan mengunci pintu. Aku nak buka tudung bagai nanti naya pula kalau ada yang tiba-tiba menjengah. Dengan kadar segera aku menukar pakaianku ke pakaian kasual. Tak mahu busana nikahku basah ketika mengambil wuduk nanti.

Dua minit kemudian, Ustaz Elyas keluar dari bilik mandi. Dia terdiam seketika sebelum senyum ke arahku. Aish senyum lagi...

“Dah hitam dah rambut awak. Sekarang ni nampak 100 kali ganda lagi cantik dari kali pertama saya jumpa awak dulu.” Muka aku sudah memerah malu. Kalau dulu aku mesti tayang muka poyo sambil balas ‘ I already know that’ atau ‘I know I’m beautiful’ sambil libas-libas rambut tapi sekarang ni aku rasa buang tabiat aje kalau aku buat perangai macam itu lagi.


“Awak ambil wuduk. Saya tunggu okey?” Aku mengangguk lalu berjalan laju ke bilik mandi. Jantung aku masih berdetak laju. Nak-nak lagi bila tengok muka ‘fresh’ Ustaz Elyas selepas mengambil wuduk. Woohoo take my breath away you know?! 

**************************************************************************
Maaf lambat update sebab kurang sihat. Okey macam biasa kalau suka ke apa ke sila komen ye?
(^-^)v

Saturday, August 23, 2014

Cerpen: Oh Ustaz? Yes Tuan! (Part 5)

Ustaz Qays Elyas versi Superman [kredit]  

Bengkak mataku masih belum surut ketika tiba dihalaman rumahku. Sepanjang perjalanan aku menangis ditemani dengan CD ceramah agama yang Makcik Aisyah hadiahkan. Suara Ustazah Norhafizah Musa yang lemah-lembut ketika memberi cermah mengingatkan aku terhadap Makcik Aisyah. Serius tak sampai dua jam berpisah, aku sudah merindui Makcik Aisyah.

Aku memarkirkan keretaku ke dalam garaj. Dengan langkah lesu aku melangkah masuk ke dalam rumah setelah memberikan salam. Aku ketawa sendiri memikirkan tiada siapa yang akan menjawab salamku dirumah ini.

“Kakak?” Aku menoleh ke arah suara yang memanggilku. Adikku yang sedang menonton televisyen pantas bangun dari duduk dan menuju ke arahku.

“Kakak ke ni?” Aku mengangguk kepalaku. Takkanlah duduk UK sampai lupa ahli keluarga sendiri?

“You look different.” Oh aku terlupa yang aku sudah berhijab dan memakai baju yang menutup aurat. Sangkaku pasti dia mengejiku memandang Marissa seorang yang berjiwa bebas dan gaya berfesyennya juga boleh tahan.

“As in beautiful! Ni kakak Risa ke?” Sangkaanku ternyata meleset. Dia terus memelukku dan aku mendengar dia mengucap syukur. Adik aku pun sudah berubah ke?

“Risa pun dah pakai tudung sekarang. Risa ikut usrah kat London Central Mosque. Kita banyak dosa kak.” Aku terdiam lalu menarik adikku ke dalam pelukanku. Kami menghamburkan tangis menyesal dan gembira bersama-sama. Sungguh indah aturan Allah. Tiada Makcik Aisyah, adikku Marissa dijadikan penganti supaya aku sentiasa istiqomah.

“We need to fix this family and we can do it if we’re together right?” kata-kata semangat aku titipkan buat diriku dan adikku. Kami mengangguk sebelum menangis lagi bersama-sama. Mahu 10 minit juga kami berkeadaan begitu sehingga ditegur oleh pembantu rumah yang bertanya sama ada kami mahu minum petang atau tidak.

“Solat Asar dulu?” Adikku terus mengangguk.

“Tapi kakak tak reti sangat nak jadi imam. Kalau Risa imam boleh?” pintaku dan sekali lagi adikku mengangguk. Kami tersenyum sebelum sama-sama melangkah ke bilik kosong di tingkat bawah rumah kami. Mulai sekarang, bilik itu akan kami jadikan bilik solat kami.










Selepas makan malam, kami menunaikan solat Isyak berjemaah dengan pembantu-pembantu rumah yang lain. Masing-masing tunjuk muka terkejut apabila kami mengajak mereka untuk solat bersama. Solat kami diimamkan oleh pembantu rumah yang paling tua didalam rumah kami. Selesai solat, aku mengajak mereka semua bertadarus al-Quran. Pada mulanya mereka agak malu-malu tapi setelah mendengar bacaan aku pun yang merangkak-rangkak dan asyik diperbetulkan oleh Marissa, mereka mula bertadarus bersama-sama. Malam itu barulah aku dapat merasakan ada cahaya Islam dirumahku.

“Risa, kakak ada benda nak cakap ni.” Marissa segera melabuhkan punggung diatas katilku. Malam ini kami tidur bersama konon nak buat macam sleepover tapi dalam rumah yang sama huhu..

“Apa benda?”

“Kakak nak kahwin.” Terbeliak mata Marissa apabila aku menyatakan yang aku ingin berkahwin. Rasanya memang pengsan budak ni kalau aku beritahu yang aku nak kahwin dengan ustaz yang kerja sebagai polis biasa.

“Eh? Mama paksa kakak kahwin ke?! Don’t worry, I’ll fight with you!” Aku ketawa sambil menggelengkan kepalaku dengan telahan Marissa.

“Tak, mama tak ada kaitan pun. Ini keputusan kakak sendiri dan kakak sendiri yang propose laki tu.”

“What??????!!!!!!!!!!!!!!!!” Aduilah, drama sungguh adik aku ni! Bergema bilik aku dengan suara budak tu menjerit.

“Kakak gurau kan?” Aku menggelengkan kepalaku lagi. Dia memandang tepat ke wajahku dengan wajah yang sungguh serius.

“Kakak tak akan bergurau pasal perkara yang ada kaitan dengan masa depan kakak. Kakak yakin dia pilihan terbaik untuk kakak dan keluarga kita.” Kulihat dahi Marissa berkerut bagaikan sedang memikirkan seduatu yang serius. Alahai dik oii! Yang nak kahwin aku bukan kau!

“InsyaAllah keluarga dia nak datang Ahad ni untuk bincang dengan papa dan mama.” Sekali lagi Marissa tersentak.

“Why it is too sudden?” soalnya setelah seminit mendiamkan diri.

“I met him last week and it crossed my mind that he’s the one. It’s that simple.” Sengaja aku tak mahu serabutkan sangat kepala adikku.

“Baru minggu lepas jumpa dah nak kahwin? Ya Allah! Kakak ingat papa nak bagi ke kalau dengar macam ni?! Potong jari kalau papa bagi!”

“Isy tak payahlah sampai nak potong jari. Kakak rasa dia lelaki yang sesuai untuk kakak dan keluarga kita.”

“Wait. Why did you keep saying he’s the right person for you and this family? Is there something that you hide from me sis?” Aku hanya mampu senyum.

“You’ll know once you see him.” Marissa mencebik tanda tak suka aku berteka-teki dengannya. Dari kecil dia tak suka kalau aku bermain begini dengannya tapi aku suka tengok mulut muncung dia tu hahaha...










Seperti yang dijangkakan papa dan mama aku hampir nak membaling meja apabila aku memberitahu tentang aku yang mahu berkahwin. Penat aku terangkan dengan bantuan Marissa akhirnya mereka bersetuju untuk berjumpa dengan keluarga Ustaz Elyas.

Dari tadi, aku mengintai dari bilik solat yang terletak paling hampir dengan ruang tamu. Sengaja aku memilih bilik yang mudah diakses untuk semua menunaikan solat. Marissa yang turut sama mengintai dari tadi asyik memuji budi pekerti ibubapa Ustaz Elyas. Dialah yang tolong jemput mereka masuk ke dalam rumah dan hidangkan air sampaikan mama aku terkejut sebab budak itu pun lebih kurang aku dulu. Tak pernah hayat menjamu tetamu dan beramah mesra sebegitu.

“Kak, lelaki yang kakak nak kahwin tu yang tinggi-tinggi lepas tu badan tegap tu ke?” terkejut aku dengan huraian adikku yang agak tepat.

“Risa dah nampak dah kat luar. Dia tak nak masuk sebab nak orang tua kita bincang dulu. Serius kak memang hensem!” Marissa menunjukkan tanda ‘bagus’. Aku hanya mampu tergelak. Jujur aku katakan yang wajah Ustaz Elyas itu memang menarik pun.

Suara gelak tawa papa diruang tamu melegakan aku sedikit. Wajah mama pun tak sekelat awal-awal tadi apa agaknya yang mereka bualkan? Aish kalau aku tahu mesti aku dah pasang ‘bug’ kat situ. Haish!

“Isy perasaang ingin tahu ini semakin meluap-luap! Challo bettey! Biar Risa jadi askar risikan!” Adikku menyusup keluar dari bilik tanpa disedari sesiapa setelah meminta ‘izin’ aku. Sengal punya budak! Nasib baik badan dia kecil jadi orang memang tak perasaan pun yang dia tengah merangkak bagaikan seorang askar semata-mata nak mencuri dengar punya pasal. Aduilah adik!

Telefon aku yang berbunyi mengejutkan aku. Bila aku melihat nama yang tertera aku hanya tersenyum. Nakal betullah kau ni Marissa! Dengan segera aku mengangkat dan turut sama mencuri dengar sambil mengintai reaksi wajah-wajah mereka. Baru ada feeling~

“Kira jadilah ni nak jodohkan mereka berdua dalam masa terdekat ni?” Suara ayah Ustaz Elyas kedengaran gembira dan yakin.

“Boleh saja. Saya tengok pun rasanya anak saya mesti setuju.”

“Tapi bang tak ke cepat sangat? Kita nak kena buat preparation dan nak tempah macam-macam lagi,” sanggah mamaku yang aku rasa mesti tak nak aku kahwin cepat sangat huhu..

“Hey siapa pernah tolak permintaan Tan Sri Marwan? Tak ada masalah punyalah. Mas kahwin macam biasa dan hantaran tu ikut sukalah nak beri berapa.” Keputusan papa membuatkan mama sedikit terkejut tapi masih boleh mengawal ekspresi wajahnya.

“Jangan risau pasal semua itu. InsyaAllah anak kami mampu.” Perlahan tetapi tegas suara mak Ustaz Elyas membuatkan papa dan mama tersenyum.

“Hmm anak kamu tak datang ke?” soal mama tiba-tiba. Eh dah tak menyempat nak jumpa bakal menantu ke?

“Ada kat luar. Sekejap saya panggilkan.” Ayah Ustaz Elyas segera menelefon Ustaz Elyas. Sebentar kemudian, Ustaz Elyas masuk dengan langkah yang sangat bergaya. Okey ini mesti sebab mata aku yang dah tak berapa nak betul. Aku rasa macam nampak Superman masuk ke dalam rumah aku dengan gagah lagi macho huhu..

“Assalamualaikum.” Papa dan mama bagaikan terpaku dengan keterampilan Ustaz Elyas. Hey dia tak pakai pun jubah ke kopiah ke dengan tali tasbih bagai tapi dia datang dengan baju kemeja berwarna putih, berkot hitam dan seluar slack berwarna hitam. Hey apa pasal tak pakai tali leher sekali? Dah macam orang nak pergi temuduga pun ada.

“Apa khabar. Tadi saya tunggu diluar.” Senyuman tak lekang dari bibir Ustaz Elyas membuatkan aku yang mengintai ini pun jantung berdegup macam baru lepas berlari!

“Baik. Cuti ke hari ni?” soal papa berbahasa-basi.

“Ye cuti. Bagaimana dengan Jepun.” Oh yang ini aku yang beritahu Ustaz Elyas masa dia beritahu yang dia nak datang dengan keluarga dia. Mereka berbual hampir 30 minit sebelum pembantu rumah memberitahu yang makan tengah hari sudah siap. Makan tengah hari di kediaman kami selalunya pukul 12 tengah hari. Memang agak awal sikit dari rumah orang kebanyakan sebab kami ada minum petang nanti.

Marissa berpatah-balik ke bilik solat dengan merangkak laju. Hampir tergelak mak Ustaz Elyas apabila dia perasan akan perbuatan adikku itu tapi dia hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.


“Marissa Zahirah! Kamu buat apa tu!” terjerit mama aku yang turut perasan akan kelakuan sengal adik aku itu. Pantas dia bangun dan berlari naik ke tingkat atas. Hahaha tahu kau malu?

baca part 1
baca part 2
baca part 3
baca part 4


***************************************************************************
Ini adalah update paling laju saya buat huhu..macam biasa tak suka ke apa sila komen. (^-^)v

Friday, August 22, 2014

Cerpen: Oh Ustaz? Yes Tuan! (Part 4)

Agak-agak kalau Ustaz Elyas pakai gini pergi melamar Mar rasanya papa dengan mama Mar bagi tak? [kredit]   


“Makcik, makcik baca apa tu?” soalku yang ketika itu baru sahaja lepas membersihkan diri selepas solat Subuh. Makcik Aisyah membaca sesuatu di ruang tamu menggamit perhatianku kerana bacaannya sama tiap-tiap hari dan dia akan membacanya pada waktu pagi selepas Subuh dan petang selepas Asar.

“Ini mathurat Mar. Mathurat ni himpunan ayat-ayat al-Quran dan hadis yang berbentuk doa. Nabi Muhammad amalkannya sebagai wirid dan doa harian. Imam Hassan Al-Banna telah menghimpunkannya lantas menjadikan bacaan seragam seluruh dunia yang kita panggil mathurat. Mathurat ni ada dua jenis, Al-Sughra dan Al-Kubra dimana Al-Sughra bacaannya lebih ringkas dan pendek manakala Al-Kubra lebih panjang. Tak kisah nak baca mana-mana ikut kelapangan kita.” Aku mengangguk mendengar penerangan Makcik Aisyah.

“Mathurat ni bagus sebab banyak manfaatnya. Kalau membacanya, insyaAllah syaitan tidak menghampiri kita, rumah dan keluarga kita selamat dari perkara yang tidak diingini, Allah mencukupkan apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat, dan yang paling buat makcik bersemangat nak baca hari-hari ialah orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjaminkan untuknya syurga,” tambah Makcik Aisyah lagi. Aku lihat dia sangat gembira ketika menerangkan kebaikan mathurat kepadaku.

“Banyak lagi manfaatnya Mar dan tak rugi untuk kita mengamalnya. Mar pun dah boleh mengaji sikit-sikit kan? Mari makcik ajar baca mathurat ni.” Makcik Aisyah menepuk-nepuk sofa tanda menyuruhku dulu disebelahnya. Makcik Aisyah mengajarku membaca mathurat secara perlahan-lahan dan satu-satu ayat sehingga aku boleh membacanya dengan betul barulah Makcik Aisyah beralih kepada bacaan yang lain.

“Lepas ni kita boleh buat solat sunat Dhuha pula.”

“Mar tahu! Kalau solat sunat Dhuha tu buat 12 rakaat, Allah bina rumah untuk kita dalam syurga kan makcik?” Makcik Aisyah tersenyum gembira. Bangga sekejap aku yang malam tadi dok buat research pasal solat-solat sunat. Yelah, aku ini dahlah berapa tahun dok tinggal solat jadi solat-solat sunat itu aku harapkan supaya Allah dapat mengurangkan timbangan dosa aku nanti disamping aku cuba menqada’ solat-solatku dahulu.

“Paling kurang pun kita buat dua rakaat. Jangan risau, Islam tak membebankan.” Aku mengangguk laju. Seronok belajar dengan Makcik Aisyah sebab dia sangat berdedikasi dan cara dia mengajar membuatkan aku merasakan yang aku disayangi.








“Makcik, kenapa saya tengok orang pakai tudung ni macam pelik-pelik?” soalku ketika kami beriadah di taman permainan berdekatan dengan pantai.

“Mar, perasan tak mereka semua itu cuma menutup kepala tapi tidak menutup aurat.” Jawapan dari Makcik Aisyah membuatkan aku bingung seketika. Bukankah kalau dah pakai tudung tu kira dah menutup aurat?

“Tutup aurat tu cuma pakai baju kurung dengan jubah je ke?” Makcik Aisyah pantas menggeleng kepala.

“Bukan macam tu Mar. Tahu tak apa aurat wanita kepada bukan mahram?” Giliran aku pula menggeleng kepala. Bab-bab agama memang ke laut aku ni!

“Kita wajib menutup semua anggota badan kita kecuali tapak tangan dan muka. Lagi satu, kita disuruh menutup aurat bukan membalut aurat. Jika kamu nampak ada yang tutup semua tapi pakai baju sendat, tu membalut aurat. Mar bebas memakai apa sahaja pakaian yang longgar dan menutup aurat bukan baju kurung dan jubah semata.” Buka mata aku setelah mendengar penerangan Makcik Aisyah. Jadi selama ini aku banyak melihat manusia yang membalut aurat bukan menutup aurat. Astaghfirullahalazim..

“Hmm makcik, kalau pakai tudung ala-ala snowcap tu macam mana pula makcik?” Makcik Aisyah ketawa dengan soalanku.

“Mar, bertudung biarlah menutup dada sebab itulah yang diwajibkan. Kalau ada snowcap yang tutup labuh sampai ke dada boleh aje.” Aku turut ketawa dengan soalanku sendiri. Dah memang-memang sah tak boleh.

“Yang lilit-lilit? Macam turban?”

“Lilit boleh tapi jangan sampai nampak bentuk tengkuk lepas tu terjerut mati diri sendiri pula.” Okey yang ini memang lawak. Sampai berair mata aku gelak dengan lawak Makcik Aisyah. Terbayang orang yang mati terjerut dok lilit ketat.

“Yang turban tu lagi makcik tak berkenan. Macam orang Afrika sesat lepas itu memang sah-sahlah tak menutup dada dan aurat. Paling kelakar bila tiba-tiba tersembul pula anting-anting kat tepi.” Memang aku rasa perut aku nak kejang sebab banyak sangat ketawa. Aduilah Makcik Aisyah, kalau sekali buat lawak memang serius tak boleh blah!

“Uish banyak gelak sangat ni! Meh kita beristighfar.” Aku menghabiskan sisa tawaku sebelum sama-sama beristighfar dengan Makcik Aisyah.

“Makcik, nanti kita pergi shopping ye? Mar nak beli baju yang menutup aurat.” Makcik Aisyah mengangguk gembira. Selama aku tinggal dirumahnya, aku meminjam baju anak sulungnya. Pada mulanya aku tak selesa tapi lama kelamaan aku dah jadi tak kisah kerana memikirkan asalkan boleh pakai sudah. Barulah aku sedar yang selama ini aku sangat membazir dan bersifat angkuh dengan kekayaanku.







Malam itu aku menerima pesanan ringkas dari Ustaz Elyas menyatakan yang keluarganya ingin bertemu dengan mama dan papaku. Hati aku melonjak gembira tapi dalam masa yang sama berdebar tahap maksima. Memandangkan papa dan mama aku akan pulang dari Jepun hari Jumaat ini maka aku cadangkan supaya keluarganya datang hari Ahad. Bagi sehari untuk aku terangkan kepada papa dan mamaku dahulu dan sehari untuk mereka bertenang huhu baik punya perancangan!

“Mar, malam ni kita bangun qiam ye?” beritahu Makcik Aisyah sebelum aku masuk tidur. Duduk rumah Makcik Aisyah memang tidur pukul 10pm dan tengah malam, dia akan mengejutkan aku untuk bangun solat. Katanya bangun solat malam ini dapat mendisiplinkan kita dan seronok sebab dapat ‘berbual’ dengan Allah ketika orang lain nyenyak tidur. Selalunya dia akan mengejutkan aku pada pukul 4 pagi dan selepas solat dia benarkan aku untuk tidur sebentar menunggu Subuh. Makcik Aisyah akan membaca Al-Quran sehinggalah tiba waktu Subuh. Serius aku kagum melihat Makcik Aisyah yang tak nampak penat bukan macam aku yang pengsan seketika selepas menunaikan solat-solat sunat.

“Makcik, adakah Allah akan terima taubat Mar?” soalku sesudah solat witir. Makcik Aisyah tersenyum sebelum menarikku ke dalam pelukannya.

“Mar, insyaAllah Allah terima taubat hambanya yang benar-benar menyesal dan ingin kembali kepadaNYA. Mar jangan sedih ye? Makcik ada untuk Mar.” Aku menangis lagi dalam pelukan Makcik Aisyah. Sesungguhnya Allah terlalu baik denganku kerana menghadirkan Makcik Aisyah kepadaku.







Seminggu berlalu sejak aku tiba di kampung ini dan hari ini aku perlu pulang semula ke rumahku memandangkan papa dan mamaku akan tiba hari ini. Adikku, Marissa juga pulang dari UK hari ini kerana cuti semesternya telah bermula. Dengan air mata bercucuran aku mengemas bilik yang aku diami selama seminggu. Dah macam orang kena halau dari rumah padahal aku ini menumpang aje. Makcik Aisyah tak kelihatan dari selepas Subuh tadi. Tercari-cari juga aku tapi dia ada meninggalkan nota yang menyatakan yang dia ke pasar sebentar.

Selesai berkemas, aku duduk sebentar diruang tamu. Pagi tadi selepas Subuh aku sudah menyapu dan membersihkan sedikit kawasan rumah Makcik Aisyah. Memang aku rasa macam aku dah bersalin kulit kerana tak pernah-pernah aku buat kerja rumah ketika dirumah sendiri kerana ada pembantu yang uruskan segala-galanya.

“Assalamualaikum.” Aku menjawab salam sebelum berlari untuk menyambut kepulangan Makcik Aisyah. Oh selendang pashmina aku capai untuk menutup kepala. Aurat dirumah juga perlu dijaga ye adik-adik?

Alangkah terkejutnya aku apabila melihat Ustaz Elyas ada sekali siap angkatkan barang-barang untuk Makcik Aisyah. Ustaz itu pun nampak terkejut dengan kehadiranku.

“La kenapa tercengang depan tu? Mar tak ingat lagi ke kat Ustaz Elyas ni?” Gaya Makcik Aisyah sekarang macam aku ini ada masalah nyanyuk yang kronik huhu...

“Taklah makcik. Mar terkejut je.”

“Tadi makcik terserempak dengan ustaz masa beli barang. Terima kasih ye ustaz sebab hantarkan makcik?” Ustaz Elyas mengangguk sambil menyusun barang-barang yang dibeli oleh Makcik Aisyah diatas pangkin luar rumah Makcik Aisyah.

“Saya balik dulu ye makcik?”

“Eh ustaz ni, nak kejar apa? Tadi kata cuti? Mari masuk makan dulu?” Ustaz Elyas kelihatan serba-salah untuk menolak pelawaan Makcik Aisyah.

“Saya kena balik cepat sebab barang-barang untuk makan tengah hari ada dalam kereta tu. Mahu mengamuk mak saya kalau barang nak masak tak ada.” Aku yang nak tergelak berusaha menahan tawa. Tak sangka tua bangka begini pun takut dengan mak lagi?! Hahaha..gelak jahat aku dalam hati.

“La macam tu ke? Baiklah ustaz. Lain kali sajalah. Kirim salam kat mak ayah.”

“InsyaAllah makcik. Assalamualaikum.”  Serentak kami menjawab salam lantas menghantar Ustaz Elyas dengan pandangan sahaja. Kira nasib baiklah aku tak melambai-lambaikan tangan sebab teringat pesan Makcik Aisyah untuk jadi Muslimah yang anggun lagi tawadduk hehehe....







“Makcik halalkan makan minum saya kat sini ye? InsyaAllah ada masa saya datang lagi.” Memang lenjun tudung Makcik Aisyah dengan air mata aku. Kami berpelukan ketika Makcik Aisyah menghantarku ke halaman rumah. Dari tadi aku cuba untuk tidak menangis tapi air mata aku ini tak segan nak luruh depan Makcik Aisyah yang dah bergenang air mata selepas sarapan bersama-sama tadi.

“Makcik halalkan Mar. Mar rajin-rajinlah jenguk makcik kat sini. Kalau tak dapat jenguk seminggu sekali, paling-paling pun telefonlah makcik ye nak?” Kata-kata Makcik Aisyah membuatkan aku bertambah sayu. Ikutkan hati, nak aje aku bina sebuah rumah sebelah rumah Makcik Aisyah ini tak pun pelawa Makcik Aisyah tinggal dirumahku yang banyak bilik-bilik kosong tak berpenghuni. Bilik-bilik itu aku jadikan tempat menyimpan barang dan buku-buku aku sahaja.

“Makcik, jangan risau insyaAllah nanti saya datang lagi. Projek saya kan ada disini. Jangan sampai makcik pula yang muak tengok muka saya nanti.” Kami ketawa didalam tangisan yang masih bersisa.

“Mar jaga diri ye? Solat jangan tinggal dan istiqomah dengan apa yang Mar buat sepanjang duduk rumah makcik ni. InsyaAllah makcik sentiasa doakan Mar.” Aku mengangguk laju.

“Makcik pun jaga diri. Jangan lupa call Mar kalau rindu ke apa okey?” Aku memeluk Makcik Aisyah buat kali terakhir sebelum masuk ke dalam perut keretaku. Enjin kereta telah aku panaskan dari tadi.

“Assalamualaikum.”


“Waalaikumussalam.” Dengan hati yang dipagut sayu aku meninggalkan halaman rumah Makcik Aisyah. Rumah yang tak begitu mewah tetapi sarat dengan kasih sayang. Tak akan dapat aku membalas budi Makcik Aisyah walaupun aku dengan wang satu treler. Ilmu yang dicurahkan dengan penuh rasa kasih dan sabar membuatkan aku jatuh cinta dengan Islam. Agama yang aku anuti sejak lahir tapi aku hanya mula mencintainya apabila umurku menginjak ke angka 27 tahun. Ya Allah, aku bersyukur kehadratMU kerana KAU temukan aku dengan Makcik Aisyah. KAU berkatilah hidup kami ya Allah.

baca part 1
baca part 2
baca part 3
*****************************************************************************
Entah kenapa saya macam ada feeling2 yang cerpen ini akan bertukar menjadi novel pendek huhu~macam biasa kalau tak suka ke apa sila komen ye? (^-^)v

Tuesday, August 19, 2014

Anda setuju?

Ini adalah post menyelit untuk cerpen Oh Ustaz? Yes Tuan!

Saya terfikir untuk menjadikan jejaka ini sebagai Qays Elyas..huhu anda setuju?

taken from here  

InsyaAllah ada masa saya update ye cerpen tu dengan novel IRA yang tak habis-habis huhu~

(^-^)v

Cerpen: Oh Ustaz? Yes Tuan! (Part 3)

taken from here   

Pagi Itu aku dikejutkan oleh Makcik Aisyah seawal Subuh. Pada mulanya aku bingung seketika kerana terlupa dimana aku berada sebenarnya tetapi aku tetap bangun walaupun jalan pun serupa macam orang mabuk.

“Mar, nanti Mar ikut makcik solat. Ikut pergerakan makcik. Kalau tak tahu bacaan, Mar baca al-Fatihah je ok?” Makcik Aisyah menarik tanganku ke bilik air lantas menunjukkan aku cara untuk berwuduk. Aku memerhatikan sahaja dari mula sehinggalah Makcik Aisyah habis berwuduk.

“Okey sekarang Mar buat macam makcik buat tadi. Tak apa, makcik guide dari tepi.” Ehey Makcik Aisyah pandai cakap omputih lah! Haish tak bangun lagi kau ni Mar!

“Basuh setiap anggota tiga kali dengan membaca bismillah. Tang muka tu baca ‘nawaitu raf-‘al hadathil-asgharil-lillahi ta’ala’ atau nak mudah sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Ta’ala. Boleh Mar?” Aku mengangguk dan mula berwuduk. Selesai berwuduk, Makcik Aisyah bagi thumbs-up! Hehehe bangga sekejap.

“Okey meh ikut makcik baca doa ni. Ni doa selepas wuduk dan insyaAllah banyak manfaatnya. ‘Ashadu ‘ala-ilaha-illallah, wahdahu-la-shariikallah, wa- ashadu-anna Muhammadan-‘abduhu wa rasuulluh. Allahummaj ‘al-nii minat-tawwabiin, waj-‘al-nii minal mutatahirin, waj-‘al-nii min ibadikas-salihiin’. Dapat Mar?” Dengan kadar bacaan mengajar kanak-kanak tadika, alhamdulillah aku dapat mengikut membaca doa selepas wuduk. Dengan gembira sekali aku mengangguk. Serius seronok dapat belajar dengan Makcik Aisyah yang penyabar lagi penyayang.

Elok selepas kami berwuduk, azan Subuh berkumandang. Sayu hati aku mendengar laungan azan yang mengajak para umat Islam untuk bangun mengerjakan solat. Makcik Aisyah terus mengajarku cara menjawab azan dengan kadar kelajuan mengajar kanak-kanak tadika lagi. Ya Allah, Makcik Aisyah I love you!







“Makcik, Mar nak minta izin tinggal rumah makcik lama sikit boleh?” pintaku ketika sedang membantu Makcik Aisyah menyediakan sarapan. Puas ditegah oleh Makcik Aisyah tapi aku tetap tak selesa duduk diam tanpa membantu insan yang sangat berdedikasi dalam membantuku untuk mengenal Islam. Walaupun terkial-kial memotong sayur, tapi aku puas hati kerana ini adalah kali pertama aku mencemar duli memasak didapur. Selalunya pembantu rumah aku yang uruskan semuanya. Tukang masak rumah aku itu pun mama upah dari hotel terkemuka di ibu kota. Haish kaya sangat...

“Mestilah boleh! Makcik lagi suka kalau Mar sudi temankan makcik ni. Anak-anak makcik tunggu raya rasanya baru nak jenguk mak diorang ni.” Sayu kedengaran suara Makcik Aisyah. Aku menepuk-nepuk bahu Makcik Aisyah untuk menenangkannya.

“Tak apa makcik, lepas ni insyaAllah Mar tetap datang jenguk makcik selagi hayat Mar masih ada ye?” Makcik Aisyah mengenggam tanganku sambil mengangguk. Mak bukan main baik macam ini pun anak-anak tak mahu jenguk? Pelik manusia ini.

“Mar, boleh makcik tahu sebab Mar datang sini malam tadi?” soalan Makcik Aisyah membuatkan aku tersentak sedikit. Ya Allah terlupa seketika tujuan asal aku itu.

“Mar datang sebab nak tengok tapak projek syarikat Mar depan pantai tu. Ada bantahan dari penduduk sebab kata mereka itu sebenarnya tanah yang dah diwakafkan untuk pembinaan sekolah tahfiz. Ni Mar datang nak selidik pasal hal tu la.” Aku berterus-terang kepada Makcik Aisyah tentang tujuan aku itu. Aku terlihat Makcik Aisyah terdiam seketika.

“Mar, tanah itu milik arwah suami makcik.” Serius kali ini aku betul-betul terkejut. Jadi anak Makcik Aisyahlah yang menjual tanah yang ingin diwakafkan oleh bapanya kepada syarikat aku?

“Arwah suami makcik tu nak sangat bina sekolah tahfiz untuk anak-anak miskin dikampung ini semasa hayatnya masih ada tapi kami ada masalah kewangan. Jadi dia berniat nak mewakafkan tanah itu kepada sesiapa sahaja yang mahu membina sekolah tahfiz disitu. Katanya, suasana kat situ sesuai untuk budak-budak belajar dan menghafal. Bila arwah meninggal, anak kedua makcik yang makcik tak tahu ada masalah kewangan ambil geran arwah dan jual tanah itu. Makcik terkedu dan terus marah dia. Sejak dari itu, dia dah tak balik-balik sini.” Aku lihat air mata Makcik Aisyah membasahi pipi.

“Makcik, nasib baik Allah temukan Mar dengan makcik. Jangan risau Mar akan fikirkan sesuatu yang akan beri kebaikan kepada syarikat Mar dan sekolah tahfiz itu.” Makcik Aisyah segera memelukku.

“Terima kasih Mar. Alhamdulillah ada juga yang sanggup tunaikan hajat arwah suami makcik.” Aku hanya tersenyum. Di dalam kepala aku sedang merangkakan sesuatu untuk melaksanakan projekku dan pembinaan sekolah tahfiz itu.









“Makcik jom jalan-jalan IKEA nak?” Sengaja aku mengajak Makcik Aisyah berjalan-jalan ke gudang perabot terbesar itu memandangkan aku melihat dia suka menghias rumahnya.

“IKEA? Makcik pernah dengar tapi tak pernah pergi. Perabot-perabot dalam rumah ni dulu anak sulung makcik yang pilihkan ikut citarasa makcik.”

“Kalau macam tu mari saya bawa makcik pergi sana. Makcik mesti suka.” Aku sudah dapat membayangkan wajah teruja Makcik Aisyah apabila tiba disana nanti.

“Kita pergi esok pagi la ye? Dah petang sangat ni,” saran Makcik Aisyah.

“Okey!” jawabku ceria. Jam menunjukkan pukul 6 petang. Patutlah Makcik Aisyah tak mahu keluar. Aku ini ajelah yang sengal nak mengajak Makcik Aisyah keluar senja-senja begini huhu...

Selama tiga hari aku duduk di rumah Makcik Aisyah, dia dengan sabar mengajar segala perkara-perkara asas dalam Islam dan dia bawa aku pergi ke surau untuk dengar ceramah. Asal ke surau aje mesti aku terfikir pasal Ustaz Elyas tapi tak jumpa pun dengan dia. Rasanya dia itu penceramah jemputan dari luar. Tapi, kalau terjumpa dia pun gerenti aku menyorok sebab malu. Hahaha tak pasal-pasal...

“Malam ni makcik ajar kamu mengaji ye Mar? Kita mula slow-slow. Mar pun cepat tangkap apa yang makcik ajar.” Aku hanya mampu tersenyum. Alhamdulillah segala ilmu yang diajar oleh Makcik Aisyah meresap masuk ke otakku dan aku juga merajinkan diri meminjam buku-buku agama di surau untuk menambah ilmu. Aku nekad mahu menjadikan seminggu di kampung ini sebagai seminggu yang menjadi titik tolak perubahan dalam hidup aku.








“Mar, ni ke IKEA tu” soal Makcik Aisyah ketika aku memarkirkan keretaku. Wajah Makcik Aisyah nampak ceria dan dari telahan aku mesti dah lama dia tak keluar berjalan-jalan.

“Ye makcik. Jom makcik.” Aku menarik tangan Makcik Aisyah untuk masuk ke dalam pusat beli-belah IKANO. Makcik Aisyah tampak gembira melihat perabot-perabot dan pelbagai hiasan rumah lain di gudang terbesar ini. Aku yang tak pernah-pernah teruja ini pun ikut sekali teruja. Bila dah menjelang pukul 12 tengah hari, perut mula berkeroncong. Banyak jugalah perabot yang dibeli Makcik Aisyah dan nasib baik mereka memang ada servis menghantar ke rumah. Kalau tak memang kena sewa lori treler haha nampak sangat hiperbola!

“Makcik nak makan apa? Ada makanan Barat, Jepun, Korea...” Makcik Aisyah hanya tersenyum dengan soalanku.

“Makcik ni tak biasa makan pelik-pelik. Tengah-tengah hari macam ni makcik makan nasi je.” Tepuk dahi aku dengan kesengalanku sendiri. Aduilah Mar, dahlah pagi tadi sarapan roti aje takkanlah nak makan benda mengarut tengah-tengah hari ni.

“Kita makan kat food court jela ye makcik?” Serius aku tak tahu restoren yang ada jual nasi yang sedap jadi food court jela tempat yang ideal. IKEA pun ada food court. Rasa-rasa Makcik Aisyah makan tak bebola daging? Huhu...


“Assalamualaikum.” Terkejut aku apabila ditegur oleh seorang anggota polis. Apa pula salah aku ni? Makcik Aisyah yang tolong jawabkan salam sebab aku dah tercengang dek terkejut.

“Waalaikumussalam, Ustaz Elyas tengah kerja ke?”

“Waktu rehat ni makcik. Makcik beli barang ke?” Apa? Ustaz Elyas itu polis? Oh my goodness! Dahlah aku ini ada uniform fetish! Oh makin gila aku dengan ustaz ni!

“Mar? Tak ingat ke siapa ni? Ini ustaz yang beri ceramah malam tu.” Alahai makcik, Mar ingat sangat makcik dengan lelaki yang Mar ajak kahwin.

“In...ingat makcik. Mar..Mar ingat dia ustaz sekolah rendah.” Allah apa yang kau mengarut ni Maritza?! Awat tak cakap ustaz tadika terus! Aku lihat acik polis itu hanya tersenyum. Mungkin dalam hati dia tengah gelak guling-guling dengan kesengalan aku ni!

“Ustaz dah makan? Kalau belum marilah makan sekali.” Makcik Aisyah mempelawa dengan senyuman tak lekang dibibir. Kulihat Ustaz Elyas agak sukar untuk menolak pelawaan Makcik Aisyah kerana ketika itu dia pun sedang beratur untuk membeli makanan.

“Baiklah makcik.” Aku hanya mendiamkan diri. Tak tahu nak gembira ke nak menangis sebab malu. Aduilah Makcik Aisyah..


Ketika Makcik Aisyah minta diri ke tandas, tinggallah aku berdua dengan Ustaz Elyas di food court. Ustaz itu makan sopan sangat sampai Makcik Aisyah pun makan lagi laju dari dia. Aku? Aku boleh geng dengan ustaz depan aku ni sebab aku ni jenis suka berangan waktu makan huhu..

“Tak sangka ustaz ni polis.” Aku membuka bicara setelah lama juga masing-masing berlakon jadi bisu.

“Kenapa ustaz tak boleh jadi polis ke?” tanyanya tanpa memandangku.

“Manalah saya tahu,” balasku geram. Tak suka betul! Aku tanya aje pun!

“Saya ni kerja biasa je. Nak kahwin juga dengan saya ke?” Pukk! Tersedak terus aku. Apakedehal ustaz ni! Hilang imej anggun aku bila dah tersedak macam ni! Kontrol Mar..kontrol...

“Ustaz tak mahu kahwin dengan saya ke?” soalku balik. Tak sampai lima saat aku tanya soalan itu aku dah mula menyesal. Apa ke sengal kamu ni Maritza? Malulah sikit! Dia dah tersenyum-senyum bila tengok muka aku memerah kalah beg Salvatore Ferragamo aku tapi sekejap aje pun dia pandang. Huhu malu ke ustaz?

“Awak tak bagi pun alamat rumah. Nak kena bincang dengan wali awak dulu. Takkanlah saya nak bawa awak kahwin kat sempadan Thailand nun.” Ambil kau setepek Mar!

“Alah ustaz yang tak bagi jawapan nak ke tidak buat apa saya nak bagi alamat rumah!” balasku tak mahu kalah. Haish belum kahwin lagi aku nak tunjukkan sifat kuat melawan mahu juga ustaz depan aku ni tukar fikiran. Tapi..dia hanya senyum dan senyum siap geleng sikit kepala. Ceit!

“Saya nak la ni tu yang minta alamat.” Okey minta oksigen! Minta oksigen! Dari jauh aku dah nampak Makcik Aisyah berjalan ke arah meja kami. Fuh lega...


“Nanti saya hantar alamat tu kat nombor ustaz.” Ustaz Elyas mengangguk sebelum meneruskan suapan. Dia ini masa bercakap dia berhenti menyuap, kalau macam ini esok kot baru habis nasi dia tu!

baca part 1
baca part 2
*****************************************************************************
Tengah-tengah gila prepare barang-barang untuk kelas esok sempat lagi buat sengal update cerpen hehehe..insyaAllah nanti saya update lagi ye~

Macam biasa, kalau tak suka ka apa sila komen (^-^)v

Sunday, August 17, 2014

Cerpen: Oh Ustaz? Yes Tuan! (Part 2)

taken from here  

“Eh Mar pergi mana tadi?Dah nak balik ke?” Makcik Aisyah yang tadi kulihat seronok berborak dengan orang-orang kampung datang menegurku.

“Mar ada hal sikit tadi. Makcik tak nak balik lagi ke?” soalku semula. Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Bahaya jika biarkan Makcik Aisyah berjalan kaki seorang diri malam-malam begini.

“Dah nak balik dah. Mar, marilah tidur rumah makcik. Boleh kita berborak. Makcik tinggal seorang je sejak suami makcik meninggal. Anak-anak makcik pun duduk jauh dari makcik.” Wajah mengharap Makcik Aisyah menyentuh jiwaku. Aku mana boleh kalau orang tua merayu ke apa dekat aku. Gerenti aku akan turuti. Mereka mengingatkan aku kepada arwah nenek yang sangat menyayangiku ketika hayatnya masih ada dan sejak dia meninggal dunia, aku sudah tak ingat apakah itu kasih sayang yang sebenarnya.

“Boleh kalau tak menyusahkan makcik.” Ceria terus wajah Makcik Aisyah setelah aku memberikan persetujuan.

“Jom!” Makcik Aisyah terus menarik tanganku tapi aku menahan perlahan.

“Eh makcik, jom naik kereta saya. Bahaya ni nak jalan gelap-gelap gini.” Makcik Aisyah mengangguk. Mungkin dia terlalu gembira sehingga lupa akan aku yang datang ke kampung ini dengan menaiki kereta. Ketika ingin berjalan ke keretaku, aku terlihat Ustaz Elyas sedang berjalan ke arah yang sama. Dari kejauhan dia senyum ke arahku sebelum masuk ke dalam keretanya dan aku terpana. Okey adakah aku dah terpikat sungguh dengan ustaz itu?







“Maaflah Mar, makcik ni suka benar pelawa orang datang rumah tapi rumah tak seberapa. Buat macam rumah sendiri ye Mar?” Makcik Aisyah mengemas-gemas sedikit rumahnya yang sedia kemas. Walaupun saiz rumah Makcik Aisyah tak sampai 1/10 dari saiz rumahku namun ianya nampak selesa dan jiwaku rasa tenang.

Ruang tamunya menempatkan set sofa kulit berwarna putih, meja kopi dan televisyen skrin rata bersaiz 40’ berwarna hitam. Ruang makannya terdapat set meja makan untuk enam orang berwarna putih. Dari segi rekaan, aku dapat mengagak yang Makcik Aisyah sukakan English style. Perabot hiasan berwarna putih dengan corak bunga-bunga kecil berwarna merah jambu mengukuhkan lagi tekaanku.

“Mar, pergilah bersihkan diri dulu. Nanti makcik bagi baju anak makcik.” Aku mengangguk sambil menyambut huluran tuala mandi dari Makcik Aisyah. Macam tahu-tahu sahaja yang aku betul-betul mahu bersihkan diri aku sekarang. Sudah menjadi tabiat aku untuk mandi setiap kali pulang dari mana-mana. Terasa badan melekit jika tak mandi sebelum tidur. Tapi...pinjam baju orang?! Sepanjang hayat aku tak pernah-pernah aku meminjam baju orang dan baju aku sendiri pun pakai sekali aje dan aku akan sedekahkan ke tempat kitar semula tak pun beri kepada pembantu-pembantu rumahku. Haish Maritza! Dah kau kat rumah orang jangan banyak songeh boleh?!

“Makcik, bilik mandi kat mana?” soalku kepada Makcik Aisyah yang sedang membuat air didapur.

“Ya Allah maaf Mar! Makcik ni dah nyanyuk kot. Boleh pula bagi tuala tapi lupa nak tunjuk bilik air hahaa..mari..mari.” Makcik Aisyah menarik tanganku keluar dari dapur. Makcik Aisyah ini suka benar pegang-pegang orang. Sebiji macam arwah nenek aku dulu jadi aku tak kisah sangat.

“Ini bilik anak sulung makcik. Dalam bilik ada bilik air sekali. Malam ni kamu tidur dalam bilik ni ye Mar?” Aku mengangguk setuju. Bagus benarlah kalau ada bilik mandi sekali dalam bilik. Bilik yang bakal aku tidur kelihatan sungguh kemas dan teratur. Sebuah katil bersaiz queen dengan cadar berwarna putih dan bunga-bunga kecil berwarna merah jambu tampak selesa dan menggamit perhatianku.

“Makcik kat dapur ye Mar? Buatlah macam rumah sendiri.”

“Baik makcik.” Aku masuk ke dalam bilik mandi setelah Makcik Aisyah keluar dari bilik. Bilik mandi yang dilengkapi paip pancuran air dan tandas duduk. Aku membersihkan badanku sepuas-puas hatiku. Kepalaku sarat dengan pelbagai persoalan dan kebimbangan. Dalam tak sedar air mataku mengalir lagi.






“Mar, Mar ni asal dari mana?” tanya Makcik Aisyah membuka bicara. Teh O dan biskut jagung menjadi snek kami untuk malam ini. Ikutkan Makcik Aisyah mahu memasak tapi aku tegah kerana tak pernah-pernah aku makan lewat begini.

“Tak jauh makcik, Kuala Lumpur.” Makcik Aisyah mengangguk.

“Makcik tengok Mar macam susah hati dan tadi Mar menangis masa dengar ceramah Ustaz Elyas tu. Mar ada masalah ke?” Makcik Aisyah mengenggam tanganku. Wajahnya yang prihatin mengundang sebak didalam hatiku. Sungguh dia sangat mengingatkan aku kepada arwah nenek.

“Makcik, Mar rasa berdosa sangat makcik. Mar dah hidup 27 tahun atas dunia ni tapi tak pernah pun Mar bersyukur dan sujud kepada Allah. Mar tahu Mar orang Islam tapi Mar tak pernah jadi seorang muslimah yang sebenar-benarnya. Bila bulan puasa, Mar ikut puasa tapi solat tak pernah buat. Dulu masa nenek Mar masih hidup, Mar selalu ikut dia pergi masjid dan solat tapi bila dia dah meninggal, tak ada siapa pun yang akan tegur Mar pasal solat, pakaian mahupun perbuatan-perbuatan Mar diluar. Nenek meninggal masa umur Mar 10 tahun makcik, dan sejak dari itu Mar dapat rasakan yang Mar kekurangan sesuatu tapi Mar tak tahu apa dia. Agama bagaikan tak penting dalam keluarga Mar sebab tak pernah sekali pun Mar tengok papa dan mama Mar solat dan mereka memang amalkan hidup gaya orang barat. Kononnya nampak lebih elegan dan bergaya. Mar rasa berdosa makcik.” Aku menghamburkan kesedihan yang membelengguku. Wang sentiasa ada dan aku boleh dapatkan apa sahaja yang aku mahukan tanpa berusaha sejak kecil lagi. Aku tidak dihantar ke sekolah tapi mama dan papaku menjemput guru-guru yang pakar dalam sesuatu subjek untuk mengajarku. Berlainan dengan adikku Marissa yang berkeras mahu bersekolah di sekolah biasa dan disebabkan ‘kedegilannya’ aku dapat melihat adikku itu jauh lebih berdikari daripadaku. Aku Cuma meninggalkan sarangku ketika masuk ke universiti. Itupun masih dikawal ketat oleh papa dan mama. Kata mereka, aku tak begitu pandai berdikari dan takut aku dipengaruhi oleh manusia-manusia yang gilakan kekayaan keluarga kami. Sudah aku dilayan bagaikan makhluk asing di universiti dan hanya si Naili sahaja dibenarkan berkawan denganku kerana papa pernah berurusniaga dengan bapa Naili.

“Mar, Allah itu sangat baik Mar. Dia datangkan Mar ke kampung ini dan Mar buka hati apabila mendengar ceramah Ustaz Elyas. Dia campakkan hidayah dalam hati Mar walaupun Mar tidak sujud kepadanya. Mar, bersangka baik dengan Allah. Mar boleh bertaubat kepadaNYA kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka sehinggalah roh terpisah dari badan. InsyaAllah makcik boleh bantu Mar.” Makcik Aisyah segera memeluk tubuhku. Aku mengonggoi menangis didalam pelukan Makcik Aisyah. Ya Allah aku bersyukur ke atas rahmatMU ya Allah. Terima kasih kerana datangkan aku Makcik Aisyah yang sangat baik ini ya Allah.

“Dah lewat sangat ni Mar. Kita masuk tidur dulu ye? InsyaAllah esok makcik ajar kamu cara solat ye Mar?” Aku mengangguk setuju. Apa lagi yang lebih penting kepada seorang Muslim dari solat? Rukun Islam yang telah lama aku tinggalkan dan aku ingin sekali mempelajarinya semula.






Malam itu sebelum tidur aku memeriksa telefon pintarku yang aku tutup semasa mendengar ceramah tadi. Sudah menjadi tabiatku untuk menghormati majlis dengan menutup segala gajet. Terkejut aku apabila melihat terdapat 10 panggilan dari papa dan mama. Dengan kadar segera, aku menelefon mamaku.

“Hello mama.”

“Mar! Where were you? We’ve been looking for you like crazy!” Pekikan mama membingitkan telingaku lantas aku menjauhkan sedikit telefon pintarku dari telinga.

             “Mama, Mar melawat tapak projek kat Hulu Selangor ni je. Hmm thinking about spending a week here so I can do some survey.” Aku terdengar suara mama yang mengeluh dari hujung talian. Mungkin risau akan keselamatanku yang pernah menjadi target culik sewaktu kecil dahulu. Heh cerita lama dan sekarang aku rasa penculik pun tak mau culik perempuan sombong macam aku! Ya Allah buruk benar perangai aku..

              “Okay since we’re going to Japan tomorrow. Take care.

               “You too.”

               ‘Klik’ Talian diputuskan.

                “Assalamualaikum mama...” Tak sempat aku memberikan salam kepada mamaku. Satu pesanan ringkas memberitahu yang akaun aku telah dimasukkan wang oleh mama aku tiba sejurus selepas itu. Mama...tak pernah berhenti memberikan aku wang untuk dibelanja sehingga lupa akan tanggungjawabnya yang lain. Sesungguhnya aku hidup didalam keluarga yang sangat materialistik. Untuk perkahwinan aku pun, mamaku sudah menyatakan yang dia hanya akan mengahwinkan aku dengan kerabat diraja atau lelaki dari keluarga yang berstatus sama atau lebih tinggi dari kami sahaja. Haih macam mati nanti boleh sogok duit itu kat malaikat untuk masuk syurga. Astaghfirullahalazim!


Ah sudah! Terlupa pula aku tentang tawaran kahwin aku kemukakan kepada Ustaz Elyas. Ya Allah macam mana ni? Aku tak teringat pula pasal keluargaku. Macam mana penerimaan mereka nanti? Kalau Ustaz Elyas setuju, macam mana pula nak pujuk papaku untuk menjadi wali? Haish masak..masak!

baca part 1
*****************************************************************************
Update sebab ada masa sikit hari ini. InsyaAllah ada masa lagi saya update okay? (^-^)v

Cerpen: Oh Ustaz? Yes Tuan! (Part1)

Mont St Michel,France. Source  

Aku membelek-belek katalog fesyen yang disediakan di salon kecantikan yang aku kunjungi. Fesyen dan warna rambut yang paling menarik perhatianku aku pilih sebelum memanggil pendandan rambut kegemaranku.

Darren, I want this style and please make it strawberry blonde.” Aku menghulurkan katalog kepada Darren.

Sure my darling.” Darren terus menggunting rambutku mengikut gaya yang aku inginkan dan sememangnya dia faham akan kerenah aku yang cerewet dengan kebersihan dan kecekapan. Gunting dibersihkan dengan 70% ethanol dan kecekapan Darren memang tak boleh disangkal. Dari jauh lagi ak melihat tuan punya salon tersenyum ke arahku. Hmm senyum sebab aku pengunjung tetap salonnya. Salon ekslusif yang selalu dikunjung oleh orang kenamaan menjadi pilihanku dek servis dan layanan yang diberikan sesuai dengan harga yang dikenakan.

“Maritza, wanna go out for dinner some time?” soal Darren sambil tangannya cekap mengunting rambutku.

“Darren? Are you hitting on me?” soalan dijawab dengan soalan. Aku memandang wajah Darren dari pantulan cermin dihadapanku.

“Kinda. So?”

“So?”

“Maritza, would you like to go out with me?” Aku melemparkan senyuman kepada Darren. Lelaki berbangsa Cina ini bukan yang pertama menanyakan soalan sebegitu kepadaku. Kira dia tidak termasuk dalam golongan lelaki gelojoh kerana selalunya lelaki akan terus ‘menyerang’ aku dengan soalan begitu sebaik sahaja berkenalan denganku tak sampai lima minit. Hmm so pathetic!

“Maybe.” Senyuman menggoda aku lemparkan kepada Darren berjaya membuatkan lelaki itu tercengang seketika. Harap-harap dia tak salah gunting rambut aku sudah.






You baru gunting rambut ke Mar?” soal Naili, rakan sekuliahku di zaman universiti. Bergaul dengannya pun kerana status kami lebih kurang sama. Dia anak seorang Datuk dan aku pula anak Tan Sri jadi kira pangkatnya rendah dari aku dan selalu kena ampu aku. Heh! Manusia yang sangat hipokrit! Aku tahu yang gia tak sukakan aku tapi terpaksa berpura-pura menyukaiku hanya kerana status.

“Yup, where’s my mocha?” Dia segera menghulurkan mocha yang dibeli kepadaku.

“Makin hot you Mar. Hmm you kenal tak Fathiah?” soal Naili setelah mengambil tempat didepanku. Aku menjungkitkan kening. Apakah perlu aku untuk kenal siapa Fathiah itu?

“Siapa dia dan kenapa dengan dia?” soalku malas. Ini mesti nak bergosip dengan aku. Mulut dia ini memang selalu buat aku rasa menyampah tapi tahankan sahaja sebab dia ini kira ‘hamba’ yang ‘setia’ dari dulu.

“Fathiah tu anak Datuk Sufyan. Dia tu lain gila sekarang. Siap pakai tudung labuh dan berjubah bagai. Eii menyampah betul I!” Aku memandang Naili pelik. Apahal pula nak menyampah dengan Fathiah?

“Dulu dia tu club mana tak pernah redah? Takat pil-pil tu macam telan snek je. Sekarang ni tiba-tiba pula nak berlagak baik siap nasihat-nasihat I lagi you tau!” Merah muka Naili menghamburkan marahnya kepada Fathiah yang aku tak pernah tahu kewujudannya sehinggalah hari ini. Marah sebab kena tegur ke? Hmm dasar perempuan bebal dan tak rasional!

“Just ignore if you don’t like her then. Hmm nak makan mana ni? Dah nak pukul 1 ni. I dah lapar.” Aku bangun dari duduk dengan mulut masih menyedut air kesukaanku itu. Andai kata mocha ini dan si Naili jatuh, gerenti aku selamatkan mocha aku bukan Naili!

“Hmm kita makan dekat Manhattan Fish Market jela? You belanja eh? I dah penat tunggu you tadi.” Lagak macam tak berduit padahal banyak aje duit dia ini. Selama ini ada sahaja barang yang dia suruh aku belikan. Aku beli pun sebab dia dah macam jadi kuli angkut barang-barang aku. Hmm kira upahlah tu.

“Okey.” Aku melangkah laju ke depan. Malas nak berlama-lama di luar yang sesak dengan manusia dan asap.

“Hey pergilah!” Aku menoleh ke belakang apabila mendengar Naili menjerit. Terbeliak mata aku apabila melihat dia memarahi seorang warga emas yang kelihatan mahu menjual sesuatu kepada Naili. Pantas aku mendekati warga emas itu.

“Makcik jual apa makcik?” soalku sambil menepuk bahunya. Wajahnya nampak terkejut setelah ditengking Naili.

“Makcik jual kerepek-kerepek nak. Anak nak beli?” Aku membelek barang jualan makcik itu. Terus terang aku cakap, aku tak makan kerepek-kerepek ini tapi tak salah aku beli dan berikan sahaja kepada pembantu-pembantu rumahku.

“Berapa satu paket ni makcik?”

“Yang kecil RM 5 yang besar RM 10.”

“Mar, you makan ke kerepek-kerepek ni?” tanya Naili siap tayang muka jijik. Kurang ajar punya perempuan! Tak reti jaga hati orang! Terus aku menjeling tajam ke arahnya membuatkan Naili terkedu.

“Makcik, orang kat rumah saya memang suka kerepek. Saya nak beli semua. Berapa ye?” Makcik itu segera mengira jumlah yang perlu kubayar. Kasihan melihat makcik itu aku segera menghulurkan beberapa not RM 50 kepadanya.

“Cik ni lebih ni.”

“Tak apa makcik. Lagipun dah nak bulan puasa dah ni. Saya beli ye makcik?”

“Terima kasih nak. Semoga Allah merahmatimu.” Aku mengangguk sebelum mengarah Naili mengangkat kerepek-kerepek itu dengan isyarat mata. Padan muka! Berlagaklah lagi!







“Mar, kami nak pergi Jepun hujung minggu ni. Mar nak ikut?” soal mamaku ketika sarapan bersama. Jepun? Hmm dah selalu pergi.

“Buat apa?”

“Papa ada business meeting kat sana.”

“Area mana?”

“Osaka.”

“Hmm tak apalah Mar tinggal rumah jela.” Putusku sebelum menyambung semula bersarapan. Mama dan papa aku memang selalu tak ada dirumah. Adik aku, Marissa pula sedang melanjutkan pelajarannya di UK.

“Nanti mama tinggalkan duit belanja okey?” Aku hanya mengangguk. Papa dan mama berikan aku segala-galanya tapi aku dapat rasakan ada sesuatu yang kurang. Apa ye?






“Lizzy, kenapa kita tak teruskan projek dekat Hulu Selangor tu?” soalku kepada ketua projek syarikatku.

“Kita mendapat bantahan dari penduduk di situ sebab tuan tanahnya dulu berjanji untuk mewakafkan tanah itu untuk pembinaan sekolah tahfiz tapi bila dia meninggal, anak dia jualkan tanah itu kepada wakil syarikat kita,” terang Lizzy.

“Tanah itu sudah menjadi milik syarikat kita bukan? Sepatutnya tak ada masalah. Hmm tak apalah nanti saya akan ke sana sendiri.” Lizzy hanya mengangguk. Dalam kepalaku aku merangka rancangan untuk meneruskan projek yang bakal memberikan keuntungan kepada syarikatku. Apa-apa pun projek ini harus berjalan!






Aku memarkirkan keretaku berdekatan dengan tapak projek.Tanah itu merupakan tempat yang strategik untuk projek resort aku memandangkan ia terletak betul-betul dihadapan pantai dan bahagian belakangnya pula ada kawasan air terjun. Sememangnya boleh menarik perhatian pelancong. Berdekatan dengan tapak ini juga ada kolam air panas semulajadi dan penduduk kampung ini boleh dikatakan terkenal dengan hasil kraftangan. Sengaja aku datang diwaktu malam untuk melakukan siasatan.

“Assalamualaikum. Apa cik buat gelap-gelap ni?” soal seorang makcik yang lengkap berbaju kurung.

“Waalaikumussalam. Tak ada apa makcik. Makcik nak ke mana ni?” Terkejut juga aku apabila ditegur secara tiba-tiba tadi tapi memang dari dulu aku akan menjadi sopan apabila berdepan dengan orang yang lebih tua. Ajaran dari arwah nenek aku yang aku pegang sehingga sekarang.

“Makcik nak ke dewan orang ramai depan tu. Marilah pergi sekali dengan makcik. Ustaz yang beri ceramah malam ni bagus tau. Jom?” Makcik itu terus menarik tanganku untuk berjalan sekali dengannya. Aku yang tak sampai menolak hanya menurut.

Tiba sahaja didewan, aku yang tidak berhijab dan berambut blonde menarik perhatian orang ramai. Makcik tadi segera menarikku untuk duduk dibarisan yang paling hadapan. Alahai makcik, kenapa tak naik terus pentas tu?

“Alhamdulillah ada tempat lagi kat depan ni. Selalunya ramai sampai orang sampai duduk atas lantai pun ada.” Mak aih hebat sungguh penceramah ini sehinggakan ada yang sanggup duduk dalam keadaan tak selesa.

“Lupa pula makcik nak kenalkan diri. Nama makcik, Aisyah. Apa nama anak?”

“Maritza Zaharah makcik.”

“Makcik panggil Mar je boleh?”

“Boleh je,” jawabku ramah. Makcik Aisyah ternyata seorang yang ramah dan senang bertegur sapa dengan sesiapa sahaja. Aku perasan yang ramai juga yang ditegur ketika masuk ke dalam dewan tadi.

“Okey dah mula!” Dengan penuh bersemangat, makcik Aisyah mula membuka buku nota yang dibawanya. Wah siap nak mencatat! Bagus makcik ni.

“Haa ustaz tu la yang makcik cakap tu. Muda lagi tapi ilmu dia banyak.” Aku memerhatikan ustaz yang sedang memberi ceramah. Wajah ustaz itu memang nampak lebih muda dari ahli panel yang lain dan dari segi percakapannya aku dapat mengagak yang dia seorang yang tegas.







Selesai sahaja sesi ceramah itu aku meminta diri dari Makcik Aisyah. Ada yang perlu aku bincangkan dengan ustaz yang diberi nama Qays Elyas. Pelik namanya tapi sepanjang ceramahnya aku tak dapat menahan diri dari menangis sehinggakan makcik Aisyah memujukku dan aku dapat rasakan yang ustaz itu perasan akan keadaan aku tadi.

Langkahku aku panjang ke tempat dimana para ahli panel berkumpul untuk jamuan ringan. Sebaik sahaja aku melihat kelibat Ustaz Elyas, aku terus mendekatinya. Ketika itu dia baru sahaja lepas mencuci tangannya di sinki.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam. Ye cik?” Dia memandangku dengan muka pelik. Muka dia pelik melihat minah salleh yang menangis beria ketika dia memberi ceramah kini berada dihadapannya.

“Saya ada soalan nak tanya. Ustaz ada masa tak sekarang?” soalku dengan muka penuh berharap.

“InsyaAllah ada. Cik nak tanya apa?”

“Ustaz, besar tak pahala kalau mengembalikan satu keluarga yang dah jauh dari Islam ke jalan yang benar?” soalku dengan penuh rasa ingin tahu.

“InsyaAllah besar pahalanya.” Ustaz Elyas menjawab dengan senyuman tersungging dibibir. Wajah bersih Ustaz Elyas menenangkan hatiku yang sememangnya walang.

“Ustaz suka pahala banyak tak?”

“Mestilah suka.”

“Kahwin dengan saya.” Mahu terbeliak mata Ustaz Elyas namun dia segera menenangkan dirinya dengan beristighfar.

“Cik, tak baik main-mainkan saya macam ni.”

“Saya serius. Saya betul-betul perlukan ustaz untuk bantu saya. Ustaz sudi tak kahwin dengan saya?” Permintaan aku membuatkan Ustaz Elyas terdiam seketika.

“Beginilah cik, biar saya buat solat istikharah dulu dan saya akan hubungi cik kemudian.” Aku segera memberikan kad nama aku kepada Ustaz Elyas.

“Saya nak nombor ustaz juga. Lepas seminggu saya akan telefon. Saya benar-benar harapkan ustaz.” Aku meninggalkannya setelah mendapat nombor telefonnya. Terngiang-ngiang intipati ceramah yang diberinya ditelingaku.

“Allah sangat menyayangi kita walaupun kita ni cuma ditahap hambaNYA yang hina. Disaat kita berdosa, DIA menunggu kita untuk bertaubat. Sudahlah udara yang kita hidu ini diberiNYA percuma, kita nak tunduk kepadaNYA pun masih berkira. DIA berikan kita tubuh yang sihat, tapi kita sia-siakan dengan berbuat dosa. DIA bei kita harta dan kekayaan, namun kita habiskan dengan benda-benda yang haram. DIA beri kita pasangan, tapi kita langsung tak bersyukur dengan kurniaanNYA. Bila DIA beri kita ujian, ada yang memukul-mukul dada dan menyalahkan Allah padahal ketika itu DIA cuma mahu kita kembali kepadaNYA sebelum Malaikat Izrail datang menjemput kita.” Zapp! Tembus tepat didada. Mata aku dah mula bergenang ketika ini.

“Allah menciptakan syurga untuk hambanya yang beriman kepadanya dan neraka untuk mereka yang ingkar. Syurga, didunia ini ramai yang mengatakan tempat sekian-sekian sebagai syurga dunia dan bagaikan mereka berada di syurga padahal syurga itu jauh lebih indah dan tak terjangkau dek akal manusia. Saya pasti tiada dikalangan mereka disini yang tak mahu masuk syurga bukan?” Secara automatik kepalaku mengangguk.

“Neraka, memikirkannya sahaja membuatkan saya gerun. Bayangkan panas api neraka itu adalah 70 kali ganda dari api yang ada didunia ini. Kalau kita tersentuh sikit sahaja pun api dunia ini dah menjerit sakit bagaimana pula dengan api neraka yang panasnya 70 kali ganda?” Bulu roma aku terus berdiri dan aku sudah mula menangis teresak-esak tapi tak terlalu kuat namun membuatkan Ustaz Elyas berpaling sedikit ke arah aku sebelum meneruskan ceramahnya.


Sesungguh aku terkesan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Elyas sehinggakan aku membuat keputusan untuk menyuruhnya berkahWin dengan aku. Langsung tak berfikir sama ada dia sudah berkahwin atau belum. Eh macam mana kalau dia sudah beristeri? Sanggupkah aku untuk bermadu? Yang paling penting, sanggupkah isterinya berkongsi kasih denganku? Aduh migrain!

******************************************************************************
Cerpen ni ikutkan hati saya tak mahu buat panjang-panjang tapi...waa bila dah mula menaip makin panjang pula maka saya fikir saya perlu pecahkan kepada beberapa bahagian dan bahagian yang lain pula memerlukan masa untuk saya siapkan. Maka anda-anda sekalian diharap bertabah dan sila komen jika tak suka ke apa okey?