taken from here |
“Weh tinggi lagi. Lagi sikit je dah boleh nampak dia.” Adui kalau berat 10
kilogram tak apa juga ni..haish cakap kang kecil hati pula. Sabarlah wahai
hati. Entah macam mana aku boleh terjebak dengan perempuan yang suka menghendap
senior yang konon paling ‘hot’ dekat sekolah kami. Tembok yang
memisahkan asrama lelaki dan perempuan ini pula merupakan tempat biasa dia buat
aktiviti ‘haram’ sebab dari sini selalunya orang tak perasan kalau skodeng
lama-lama pun. Sekarang boleh pula dia berdiri atas belakang badan aku
semata-mata nak mengendap.
“Safa, tinggi lagi!”
“Zara, tak boleh dah! Sakit pinggang saya!”
“Woi! Apa korang buat tu?!” Sergahan dari ketua asrama lelaki mengejutkan
kami. Zara pantas terjun dari belakangku dan melarikan diri. Malang nasibku
apabila aku terjatuh ketika ingin bangun lantas mengakibatkan aku tertangkap
oleh Dzihni aka ketua asrama lelaki yang garang tahap gaban.
“Hmmph! Tak sangka muka je baik tapi suka mengendap budak lelaki! Apa nak
jadi dengan budak perempuan zaman sekarang? Cakap kau mengendap siapa?!” Aku
yang sudah menangis hanya mendiamkan diri. Malu dan takut.
“Kau jangan ingat menangis boleh selesaikan masalah! Cakap!!” Tersentak aku
apabila ditengking.
“Bro apasal ni?” Fadhil Anaqi aka
senior ‘hot’ yang diminati oleh Zara
mendekati kami.
“Oh Qi, budak-budak perempuan ni mengendap asrama kita tadi. Aku dapat
tangkap sorang lagi sorang sempat lari.”
“Alah bro lepaskan jela.
Budak-budak tak cukup akal memang macam ni.” Amboi! Sedapnya mulut?!
“Saya...saya tak mengendap pun! Saya jadi bangku je tadi!” Terangku dengan
tangisan yang masih bersisa. Rasa nak meraung je sekarang tapi kena kontrol
woo..malu~
“Jadi bangku pun kira berkomplot faham! Akal letak mana?! Bengap!” Okey aku
betul-betul dah tak tahan. 1...2.....3
“Waaaaaaaa...........” Aku meraung sekuat-kuat hatiku. Lantaklah malu ke
tidak sebab aku betul-betul rasa sedih dan terhina.
“Saya benci awak! Waaa...” Dalam nangis-nangis tu sempat lagi aku
menghamburkan kebencianku kepada Dzihni Harith dan aku terus berlari masuk ke
asramaku.
Lapan tahun kemudian.....
“Safa?” Aku memaling mukaku ke arah suara yang memanggil namaku. Hmm macam
kenal...
“Safa! It’s me Zara! Ya Allah,
rindunya!” Tubuhku ditarik ke dalam pelukan Zara yang ternyata semakin tinggi
dan cantik. Sejak peristiwa hitam itu, aku terus meminta ibubapaku menukarkan
aku ke sekolah yang lain. Kebetulan abangku mendapat tawaran kerja di Australia
dan ingin membawaku bersama kerana mahukan aku mendapat pendidikan di negara
orang. Aku mengikut abang sulungku berhijrah dan menetap di sana sehingga tamat
pengajian universiti.
“Zara. Apa khabar?” Tak sangka aku akan berjumpa dengan kawan lamaku. Aku
yang baru pulang tiga hari lepas, keluar menemani abang sulungku yang mahu
membeli hadiah harijadi untuk isterinya. Malam ini, kami akan membuat surprise party untuk kakak iparku.
“Alhamdulillah baik. Safa, awak nampak lain sangat sampai saya tak berapa
nak cam.” Aku hanya tersenyum dengan kata-kata Zara. Lapan tahun kot..takkanlah
aku masih sama seperti zaman budak-budak mentah?
“Zara buat apa sekarang?” soalan normal yang akan ditanya bila berjumpa
kawan lama.
“Saya bekerja di bank sekarang. Oh ye, kebetulan dah jumpa awak ni baik
saya bagi terus.” Zara membuka beg tangannya dan menghulurkan kad kepadaku. Oh
nak kahwin dah...
“Barakallah Zara. InsyaAllah saya datang kalau tak ada apa yang
menghalang.” Aku membelek-belek kad kahwin Zahra dan mataku segera tertancap
pada nama pengantin lelaki.
“Fadhil Anaqi...Zara?!!!”
“Yup that hot senior is soon to be
mine! Weee!” Mak aih suka betul si Zara ni dengan senior ‘hot’. Nasib baiklah ada jodoh diantara
mereka.
“Awak tahu, lepas awak tukar sekolah secara mengejut, Dzihni dengan Qi
datang cari awak. Masa tu la saya mengaku yang sayalah pengendap yang
sebenarnya dan beritahu Qi yang saya sukakan dia. Mula-mula teruk kena marah
dengan Dzihni tapi Qi baik pertahankan saya. Tak sangka Qi pun suka saya Safa!
Alhamdulillah setelah beberapa tahun mengenal hati budi dan mendapat restu,
kami bakal disatukan.”
“Safa, saya nak minta maaf sangat-sangat sebab lari tinggalkan awak dulu.
Saya takut sangat sampai terlupa pasal awak. Bila awak balik dalam keadaan
menangis, saya bertambah takut dan tak mampu nak buat apa-apa. Esoknya bila
saya dah sedia nak minta maaf dan nak pergi mengaku, awak dah tak ada. Maafkan
saya ye Safa?” Aku lihat ada air mata dikolam mata Zara. Aih barang lepas buat
apa nak kenang? Lagipun aku seronok dapat belajar diluar negara.
“Zara, tak ada apalah. Saya ikut abang pergi Australia lepas tukar sekolah.
Benda dah lepas Zara, lupakan jela.” Aku menghulurkan tisu kepada Zara. Zara
terus memeluk tubuhku sambil menangis tersedu-sedan. Aku? Hanya mampu berdiri
tegak ala-ala nak menyanyi lagu patriotik sebab tak tahu nak buat apa. Sejak
dari peristiwa hitam itu, aku sukar menangis dan tak reti nak menzahirkan
perasaan.
“Adik? Kenapa ni?” abangku, Sayf Imran mendekatiku dengan muka keliru.
“Ni kawan sekolah adik dulu, Zara. Ni abang saya Sayf.” Zara yang masih
bersisa air mata hanya mengangguk sambil mengesat air matanya dengan tisu.
“Safa, datang tau majlis saya nanti? Kalau awak boleh datang sehari awal
lagi saya suka.” Zara yang sudah mula bertenang memegang erat kedua tanganku.
“InsyaAllah.”
“Baiklah Safa, nanti saya call
awak ye? Assalamualaikum.” Aku menjawab salam sebelum menghantar pemergian Zara
dengan pandangan mata. Tadi kami sempat bertukar-tukar nombor telefon dan
alamat emel.
“Is she the one..”
“Yup,” jawabku sambil menarik
abangku ke restoren makanan laut. Serius aku lapar sekarang!
Malam itu, Zara
menelefonku dan kami berborak sampai telefon aku habis bateri. Zara memang
banyak cerita! Katanya, tembok yang memisahkan asrama itu sudah ditinggikan
lagi sejak peristiwa pengendapan itu. Ramai budak-budak perempuan yang suka
mengendap frust bila tembok semakin
tinggi. Haish macam-macam!
Tiba hari perkahwinan
Zara..
Aku datang sehari awal
memandangkan ia merupakan permintaan Zara dan acap kali dia merayu supaya aku
dapat menemaninya sehari sebelum pernikahan. Konon nak merasa ala-ala bachelorette party tapi lebih kepada sleepover je sebab aku seorang je kawan
dia yang datang awal. Zara ni memang dari dulu tak ramai kawan itu juga
merupakan antara sebab kenapa aku bersetuju untuk ke rumahnya sehari lebih
awal.
Zara yang sedang diandam
oleh mak andam melemparkan senyuman kepadaku. Ikut sengal dia, dia mahu aku
turut disolek tapi aku menolak dengan lembut. Kulit muka aku ni sensitif dan
memang tak boleh kena dengan bahan kosmetik. Zara sangat cantik hari ini. Berbaju
kurung moden berwarna putih yang tidak mengikut bentuk badan. Tudung yang
dikenakan juga labuh. Ikutkan mak andam, mahu dibuat sanggul tinggi tapi Zara
menolak kerana tak mahu berbonggol nanti tudungnya. Aku pun cukup tak berkenan
kalau tudung yang berbonggol-bonggol macam Alien VS Predator.
Tiba waktu mengangkat
akad nikah. Aku menemani Zara duduk bersimpuh disatu sudut. Aku lihat senior ‘hot’ nampak tenang dari jauh tapi aku
rasa mesti dalam hati gelabah macam apa. Akad nikah diadakan di kediaman
keluarga Zara sahaja. Senang sebab terus makan kenduri lepas tu bak kata mama
Zara la..
Apabila empat kali tak
lepas lafaz kabul oleh senior ‘hot’,
Zara dah mula menggelabah dan nak menangis. Aduilah orang perempuan ni. Aku
mengenggam erat tangan Zara tanda memberi sokongan mental. Alhamdulillah
setelah lima kali percubaan, Fadhil Anaqi berjaya menikahi Zara Azzalea. Aku
rasa macam nak bakar bunga api je tanda meraikan kejayaan senior ‘hot’. Hahaha sarkastik sekejap.
“Budak cengeng!” Isk siapa pula dia ni? Dahlah tiba-tiba tegur aku lepas tu
boleh pula panggil aku budak cengeng! Aku memandangnya dengan wajah selamba.
“Err Safa Mawiyah kan?” Aku memandangnya lima saat sebelum mengangguk.
Sengaja nak seksa jiwa raga dia. Siapa suruh panggil aku budak cengeng?!
“Who are you?” soalku dengan nada
dingin + muka sombong.
“Your senior, Dzihni Harith,”
balasnya senada + muka sombong macam aku. Ceit! Dia ni dah kenapa?!
“The one that you used to hate,”
tambahnya lagi. Aku mengangguk sebelum beredar meninggalkan dia. Tak ada sebab
aku nak beramah mesra dengan dia dan rasa benci itu hidup semula.
Sepanjang majlis itu aku
dapat rasakan yang dia asyik memerhatikan aku. Nak buat macam mana, aku dengan
Zara dan dia pula dengan senior ‘hot’
yang dah jadi laki si Zara. Banyak kali juga aku tangkap dia pandang aku tapi
aku buat tak tahu aje. Benci bila teringatkan yang dia pernah buat aku menangis
dan tuduh aku macam-macam dulu.
“Darling! Dah siap dah? Jom.”
Abang keduaku yang datang menjemputku pulang mengamit perhatian semua di situ.
Ketika itu Fadhil Anaqi sedang ‘menemu ramah’ aku yang hilang selepas peristiwa
hitam itu. Elok jugalah abang aku datang sebab aku dah malas nak menjawab dan
si Dzihni tu tak habis-habis pandang aku macam nak telan. Serius menyampah!
“Sekejap nak ambil beg. Zara, saya balik dulu ye?” Zara yang turut
terpinga-pinga dengan kehadiran abang aku hanya mengangguk. Diorang manalah
kenal abang kedua aku yang sengal alam ini. Abang keduaku, Safwan Faaeq seorang
doktor. Personaliti dia memang 180° berbeza dari abang sulungku yang agak serius.
Selesai mengambil beg,
aku bersalaman dengan mama Zara dan makcik-makciknya. Abangku selamba sahaja
mengambil beg dari tanganku dan memaut bahuku. Dia ni memang suka manja-manja
dengan aku dari kecil. Masa aku nak pergi Australia dulu, boleh dia buat drama
dekat balai berlepas tak nak bagi aku pergi dan nak ikut sekali tapi ibubapa
aku tak bagi sebab ketika itu dia baru sahaja masuk ke PASUM. Dia berhenti
berdrama apabila abang sulungku naik angin dan mahu membelasahnya. Sengal-sengal
pun otak dia ni bergeliga.
“Darling..kerja kat klinik abang
Wan dulu sementara dapat mana-mana nak?” Aku terdiam sejenak memikirkan
cadangan abangku. Baru dua minggu balik Malaysia dah macam-macam. Aku ingatkan
nak berehat sebulan dua sebelum bekerja tak pun balik Australia dan menetap
terus kat sana. Nak-nak lagi bila dah terjumpa dengan Dzihni yang bagi aku
angin.
“Abang Wan nak kasi gaji berapa ribu?” gurauku dengan muka serius.
“Berapa-berapa ribu darling minta
pun abang Wan sanggup bagi.” Aku terus ketawa dengan lawak sengal abangku itu.
Hmm tapi memang dia banyak duit pun. Selain buka klinik sendiri, dia kerja
sebagai doktor ENT di hospital kerajaan.
“Serius ni darling, asalkan darling tak balik Australia lagi abang
Wan sanggup bagi gaji berapa pun. Gila bosan rumah tu bila darling tak ada. Hari-hari bila nak gurau dengan mama, abang Wan
kena backhand dengan papa. Sedih
tau!” Aku hanya mampu ketawa dengan telatah abang keduaku. Memang sejak aku
balik rumah hari itu pun dia tak mahu berenggang dengan aku kecuali masa pergi
kerja. Bila aku cakap nak tidur rumah Zara pun dia dah mula nak bising. Itu
sebab dia datang jemput aku cepat tadi. Lepas makan kenduri terus pergi cari
aku dan tarik aku balik dengan dia padahal ibubapa aku masih kat sana lagi.
Serius dia ni memang sengal!
“Kenapa tak kahwin je abang Wan?” soalku.
“Kahwin? Haha siapa je yang sanggup tahan dengan perangai gila abang Wan
ni? Abang Sayf tu kalau boleh belasah memang hari-hari dia tala abang Wan tau?”
Aku menyambung tawa. Memang abang sulung aku itu berbulu sikit dengan abang
kedua aku ini.
“Alah mesti ada punya. Tak nak try
cari ke?”
“Serah kat Allah jela. Nanti bila Allah rasa abang Wan dah sedia, mesti DIA
datangkan jodoh abang Wan tu. Sementara ni biar abang Wan manja-manja dengan my darling ni,” kata abangku. Aku
mengangguk tanda faham.
“Macam mana kalau Safa yang kahwin dulu?” Sreeeeeeeeeeeeeeeetttttttttttttttttttttt!!
Astaghfirullahalazim! Boleh pula dia brek mengejut! Nasib baik tak ada kereta
kat belakang kalau tak memang berlanggarlah.
“Tak boleh! Lelaki yang nak kahwin dengan darling kena minta permission
dengan abang Wan dulu! Kalau tak lulus
test dengan abang Wan jangan harap nak pandang darling sekalipun!” Pergh marah sungguh abang aku ni! Inilah
masalahnya bila ada abang yang bak kata orang Jepun sister-complex huhuhu...
“Darling, malam nanti abang Wan
bawa pergi jalan-jalan nak? Lepas Maghrib kita keluar.”
“Pergi mana?” Ikutkan aku memang malas gila nak keluar malam-malam. Malam
adalah waktu aku nak berehat sambil membaca atau buat apa-apa aktiviti yang
merehatkan minda.
“Teman abang Wan beli baju baru.”
“Bukan dua minggu lepas baru beli ke?” Abang aku ni jenis metroseksual.
Baju dia sahaja penuh satu almari dan dia siap minta mama aku masa buat
ubahsuai rumah untuk buatkan dia satu bilik khas untuk letak baju dan segala aksesori.
Tapi permintaan dia ditolak mentah-mentah dan siap kena backhand dengan papa aku yang sememangnya garang dengan dia.
Akhirnya dia keluar duit sendiri dan ambil sedikit ruang kat dalam bilik tidur
untuk dibuat ruang letak pakaian. Tapi satu perangai abang kedua aku yang aku
suka, sebanyak mana duit dia belanja untuk diri dia, dia akan pastikan jumlah
yang sama atau lebih akan disalurkan kepada yang memerlukan. Untuk mama dengan
papa aku pun dia akan beri belanja dan beli barang-barang di rumah. Dalam segi
pelaburan pula, dia dah ada klinik sendiri dan dua rumah di kawasan bandar yang
dia sewakan. Macam manalah dia tak banyak duit?
“Itu cerita dua minggu lepas! Tak kira darling
kena teman jugak!” Ini mesti kes cemburu aku keluar temankan abang sulung aku
hari tu tak ajak dia.
“Darling...” Haih nak tak nak
kena jugalah temankan dia. Ini kalau orang tak tahu memang orang ingat dia ni
pakwe aku. Manja macam apa! Kalau aku kahwin, aku tak mahu lelaki yang manja
macam abang aku ni. Penat dan rimas woo...
Seperti yang dijanjikan,
malam itu aku dan abang keduaku keluar membeli-belah. Paling tak tahan, boleh
pula dia gaduh dengan abang sulung aku yang nak mengikut sekali sebab isterinya
balik lewat. Papa aku yang masuk campur menyebabkan abang keduaku mengalah.
Mengalah pun sebab papa aku ugut nak campak tayar kereta dia atas bumbung.
Dengan muka toya dia membawa kami ke Pavilion. Abang sulung aku siap suruh dia
jadi drebar lagi bertambah muncung pakcik tu hahaha..oh masa nak naik kereta
pun diorang sempat bergaduh pasal tempat duduk. Abang keduaku mahu aku duduk
didepan tapi abang sulungku dengan selamba mengambil tempat aku lantas
mencetuskan pergaduhan kedua. Tapi tak lama sebab papa aku keluar bawa kayu
besbol menyebabkan abang keduaku tutup mulut dan dengan pantas menghidupkan
enjin kereta. Abang sulung aku tu nampak aje pendiam tapi yang sebenarnya dia
seronok menyakat abang kedua aku hahaha...
Tiba di pusat beli-belah,
operasi mencari baju baru dimulakan dengan kadar segera. Segala butik kalau
boleh abang kedua aku nak masuk sampai naik lenguh kaki aku yang meneman. Abang
sulung aku buat jahat lagi dengan menarik aku ke Ooh My Gas sewaktu dia masuk
ke bilik persalinan. Mahu meroyan abang kedua aku tu mencari kami dan berjaya
disejukkan apabila aku menyuapnya aiskrim yang aku makan.
“Assalamualaikum.” Aku yang sedang bergelak ketawa dengan abang sulungku
menoleh ke arah sumber suara. Dia lagi....
“Waalaikumussalam.” Ambik kau tiga-tiga menjawab! Abang-abang aku dah
menunjukkan muka samseng Kampung Dusun ke arah Dzihni Harith yang nampak
tenang.
“Safa buat apa kat sini malam-malam?” soal Dzihni dengan nada ambil berat
macam aku ni anak dia.
“Dia temankan kami beli barang. Siapa dia ni darling?” abang keduaku sudah menjeling. Ketika itu tangannya
dipinggangku dan abang sulungku pula memaut bahuku. Sengaja je diorang ni...
“Satu sekolah dulu. Jom? Kita pergi beli mochi.” Aku menarik kedua abangku
ke untuk segera beredar.
“Saya tak sangka awak begitu murah Safa.” Okey yang ni betul-betul buat aku
sentap.
“Apa kau cakap?!” Marah abang keduaku. Dia ni nampak aje manja-manja tapi
kalau sekali naik angin, abang sulung aku pun surrender.
“Tak malu ke berpelukan dengan bukan mahram? Tak tahu dosa pahala ke?!”
Amboi, dia ni tak tahu apa-apa main serang memang bagi orang naik angin! Abang
keduaku yang sudah nak naik hantu ditahan oleh abang sulungku.
“Bro, kami tak kenal siapa kau.
Kalau kata pasal mahram, kami ni adik beradik jadi apa yang dosanya?” Abang
sulungku memandang sinis Dzihni yang sudah terkulat-kulat. Padan muka!
“Jom darling! Buang masa je
bersoal-jawab dengan ustaz takde lesen ni!” Abang keduaku terus menarik
tanganku. Kalau tak tarik pun memang aku nak beredar dari situ.
“Safa! Saya minta maaf!” Dzihni yang menghadang laluan kami memang menguji
kesabaran.
“Maaf, bila saya nampak Safa dengan lelaki lain otak saya terus kosong dan
saya terus tuduh melulu. Safa, saya minta maaf. Tolong jangan benci saya
lagi..” Kelu lidahku melihatkan Dzihni yang tampak begitu lemah dihadapanku
sekarang. Adui apasal semua orang yang aku jumpa akan buat cerita sedih depan
aku ni?
“Hmm dahlah bro, kami pun dah nak
balik dah ni.” Abang sulungku menepuk bahu Dzihni perlahan.
“Saya minta maaf kat semua. Maafkan saya.” Dzihni menundukkan wajahnya
membuatkan aku bertambah kesian.
“Yelah. Dah kau pun baliklah. Dah lewat dah ni.” Akhirnya bersuara juga
abang Wan aku tu. Walaupun dengan nada yang agak menjengkelkan tapi kira
okeylah dari dia buat senyap je.
“Sekejap, kau balik naik apa ni?” soal abang sulungku prihatin.
“Naik tren. Tadi saya datang dengan kawan tapi diorang dah balik dah.
Okeylah saya gerak dulu. Assalamualaikum.”
“Balik dengan kami jela. Lagipun ada tempat kosong lagi. Kau duduk mana?”
pelawa abang keduaku.
“Seksyen 14 PJ.”
“Alah dekat juga dengan rumah kami. Jomlah!” Abang sulungku menarik Dzihni
untuk balik bersama kami. Okey mereka lupa akan sesuatu...
“Abang Wan!”
“Ye darling?”
“My mochi..” Aku yang serius
cakap nak pergi beli mochi boleh pula diorang ni lupa! Aish dahlah payah nak
cari!
“Ala sorry darling, abang Wan
lupa. Jom..jom kita beli satu kedai pun boleh,” gurau abang keduaku sebelum
memaut bahuku.
“Oh jangan pelik dengan dia tu. Safa tu je adik perempuan kami so si sengal ni memang suka manjakan
dia,” terang abang sulungku kepada Dzihni yang hanya ketawa dengan gelagat
kami.
“Biasalah tu.” Dzihni melempar senyum kepadaku membuatkan aku terpaku
seketika. Ehey pelik bebenor aih! Orang yang selalu tunjuk muka ketat sekali
senyum memang nampak sangat.......whoops! Jaga hati dan pandangan wahai Safa
Mawiyah!
Aku tak tahu sihir apa
yang si Dzihni tu pakai sampai kedua-dua abang aku yang selalu macam samseng
bila berdepan dengan mana-mana lelaki yang mendekati aku boleh kamcheng dengan
dia. Sampai kadang-kadang abang Wan aku pun dah macam kurang beri perhatian kat
aku sebab seronok pergi melepak dengan Dzihni. Abang sulung aku sibuk uruskan
syarikat dan sudah berkeluarga lagilah payah luangkan masa sangat dengan aku. Boleh
pula dia tambah dengan aktiviti dengan si Dzihni, lagilah aku ni kurang
mendapat perhatian! Nak tak nak, kalau nak luangkan masa dengan abang-abang
aku, aku kena ikut sekali masa diorang beraktiviti dengan Dzihni poyo. Huh!
“Oopps, sorry.” Aku yang terlanggar
bahu seseorang ketika hendak pergi membuang sampah segera mengucap maaf. Bila
orang itu berpaling, aku terus terdiam.
“Safa? My dear Safa Mawiyah?”
“Ryan?”
“Alhamduleellah! Finally I found you!
I’ve been looking for you at all this time my dear.” Lebar senyumanku
mendengarkan kata-kata sahabatku ini. Jejaka mat salleh yang menjadi sahabat
ketika aku berada di Australia.
“Safa, I’m a Muslim now. So you’re
alone?” soalnya dengan mata yang bercahaya-cahaya. Lagaknya bagaikan
budak-budak dapat gula-gula.
“Alhamdulillah. I’m with my brothers.
What brings you here Ryan?” sungguh aku merindui sahabat yang sanggup
mempertahankan aku ketika aku dihina oleh seorang lelaki Vietnam yang menuduh
aku dan keluargaku sebagai pengganas semata-mata aku seorang Muslimah dan
memakai tudung labuh walaupun ketika itu dia tidak mengenaliku dan bukan Islam.
“I’m working with Mercedes Benz now
and I’ve been stationed here for about three months. You didn’t open your
email? I’ve been sending you emails my dear.”
“Sorry..forgot to give you my Malaysian number.” Perbualan kami
terganggu apabila abang-abangku dan Dzihni mendekatiku dengan pandangan
‘Siapakah?’.
“Ryan, meet my brothers and this is
my ex-schoolmate.” Nak tak nak kena juga aku perkenalkan si Dzihni kepada
Ryan. Pelik pula si Ryan nanti sebab aku sudah memberitahunya yang aku cuma ada
tiga orang adik beradik.
“Assalamualaikum, I’m Ryan
Frederick Abdullah.” Ryan menghulurkan tangan untuk bersalaman.
“Waalaikumussalam,” jawab mereka bertiga serentak dan mengenalkan diri
masing-masing ketika bersalaman dengan Ryan.
“Okay, got to go my dear. Anything I
will call you okay? Take care my dear. Assalamualaikum” Ryan meminta diri
setelah berbual panjang dengan kami. Aku menjawab salamnya dan menghantar
pemergiannya dengan pandangan.
“My dear?” perlahan Dzihni
mengajuk panggilan Ryan kepadaku. Cukup perlahan tapi masih dapat didengari
oleh aku dan abang-abangku.
“Nampaknya kau ada competition,”
ujar abang Sayf sambil menepuk-nepuk bahu Dzihni.
“Boyfriend darling ke?” soal
abang Wan aku setelah kami mengambil tempat duduk sementara menunggu giliran
untuk membuat aktiviti musang terbang aka flying fox huhu...
“Kenapa?” Malas aku mahu menjawab soalan abang Wan sebab Dzihni dari tadi
macam terlebih ‘menyibuk’.
“Abang Wan tak benarkan! Nanti dia bawa
darling balik Australia!” Hmm paranoid abang aku ni.
"Dzihni kan adik baru abang Wan? Safa tak ada pun tak ada beza kan?” Ambik
kau! Ni mesti pasal aku tengah hormon tak stabil. Kalau tak mana reti aku nak
merajuk bagai.
“Laa..merajuk ke budak ni? Meh abang peluk meh!” Abang sulungku sengaja
mendepakan tangannya sambil mendekatiku. Aku menolaknya sebelum beredar dari
situ. Kebetulan sudah tiba giliran aku untuk ‘terbang’.
“Safa, mari sini.” Aku mendekati papaku yang memanggilku. Kelihatan mama
dan abang-abangku tersenyum memandangku.
“Kenapa papa?” soalku sambil mengambil tempat disebelah mamaku.
“Macam ni, ada orang nak hantar rombongan meminang. Safa ada siapa-siapa
tak sekarang?” Aku memandang wajah papaku dengan pandangan meminta penjelasan.
Apakah? Kerja pun belum!
“Siapa ni papa? Jangan main-mainlah. Safa tak sedia lagi.”
“Safa, dari mata papa kamu dah sedia. Agama papa dah ajarkan dari kecil,
pelajaran sampai ke Australia papa hantar.”
“Kenapa tiba-tiba suruh Safa kahwin? Abang Wan pun tak kahwin lagi.” Abang
Wan hanya tersenyum mendengarkan aku menyebut namanya. Yela, dah dia lagi tua
dari aku pun tak kahwin lagi, kenapa macam nak cepat-cepat kahwinkan aku?
“Abang Wan kamu lelaki jadi tak kisah sangat lambat kahwin pun. Safa
seorang je anak perempuan papa dan papa risaukan Safa. Anak perempuan elok
dikahwinkan awal supaya ada yang menjaga. Papa tengok bakal suami kamu itu pun
dari keluarga yang baik-baik.” Aku memandang wajah mama dan abang-abangku
dengan muka risau. Siapa tak risau kalau tiba-tiba disuruh kahwin. Terdetik
juga dihati yang mungkin perangai aku tak semengah mana sampai papa nak
kahwinkan aku cepat-cepat. Tapi....mana pernah aku buat tak benda tak senonoh?
Keluar pun dengan abang-abang sendiri, kalau tidak memang aku dirumah sahaja.
Belajar memasak dan menjahit dengan mamaku. Memang keperempuanan sungguh!
“Jangan risau. Papa pilihkan lelaki terbaik buat kamu, Safa.” Aku menunduk
apabila papa sudah memberi kata putus.
‘Kahwin jela..’ bisik
hatiku yang bagaikan redha dengan keputusan ibubapaku. Pasti mereka sudah
memikirkan segala kemungkinan sebelum membuat keputusan, bukan?
Majlis perkahwinan belah
aku diadakan di Hotel Istana Kuala Lumpur. Cadangan oleh abang Wan aku yang
sanggup keluarkan belanja besar untuk majlis aku. Pergh! Macam tak percaya ini
abang yang hari tu beriya-iya tak mahu bagi aku kahwin. Rasanya mesti terer
bakal suami aku ni sebab boleh pengaruh abang Wan manja aku. Siapakah bakal
suami aku ini? Ketika majlis pertunangan dulu, hanya ibubapa dan saudara-maranya
sahaja yang datang. Cincin disarungkan oleh bakal ibu mertuaku yang tengok
mukanya sahaja aku dah rasa tenang. Alhamdulillah..takut bebenor aku dengan
kisah-kisah ‘ngeri’ mak mertua yang aku selalu tengok dalam filem tak pun drama
tempatan. Muka bakal suami aku tu memang aku tak pernah tengok sebab mulut aku
terlepas cakap yang aku tak mahu tahu siapa bakal suami aku sebelum nikah sebab
yakin dengan pilihan ibubapaku. So
sekarang kenapa tiba-tiba beriya nak tahu siapa dia wahai Safa Mawiyah? Huhu
boleh pula kad kahwin pun aku tak mahu tengok..ahaha nasib kaulah Safa...
Upacara akad nikah
diadakan diatas pentas disediakan. Aku mengambil tempat dibelakang. Bersimpuh
bersama mama dan bakal ibu mertuaku. Untuk pakaian, abang sulung aku yang taja.
Memang dia cari yang betul-betul ekslusif tapi masih mengikut syarak. Mahu kena
belasah dengan papa kalau dia pilih yang bukan-bukan! Jubah putih dengan lace
dan dihiasi kilauan kristal Swarovski. Tudungku juga berwarna putih dan
diletakkan veil diatasnya. Tangan aku mula sejuk dan detak jantung semakin
laju. Masih tak percaya yang aku bakal bergelar seorang isteri kepada lelaki
yang tidak aku kenali namun aku tahu yang tak mungkin aku boleh melarikan diri
sekarang.
“Tenang Safa, banyakkan beristighfar.” Mama mengenggam tanganku yang sejuk.
Mungkin dia perasan yang aku sedang gementar. Bakal ibu mertuaku juga senyum
menenangkan aku.
Dari jauh aku melihat
seorang lelaki lengkap berbaju Melayu berwarna putih dan bersampin songket naik
ke atas pentas. Mukanya kurang jelas kerana ada cahaya silau dari belakang.
Ohoi dah macam cerita apa entah! Dia lantas mengambil tempat membelakangiku.
Tak lama kemudian papaku naik ke pentas ditemani oleh abang-abangku. Dah macam bodyguard aku tengok diorang berdua
orang tu! Dengan lafaz basmallah, aku dinikahkan dengan......................
Malam itu...
Serius kalau boleh lari
tanpa memalukan kedua keluarga memang aku dah lari dah! Pakaianku sudah kutukar
dengan baju yang disediakan. Memang rasa nak berselubung dalam selimut aje bila
tengok biasan pada cermin setelah aku mengenakan pakaian tidurku tadi.
Pintu yang dikuak dari
luar membuatkan aku melompat naik ke atas katil. Wajah lelaki yang berjaya
menjadi suamiku dengan sekali lafaz aku pandang dengan pandangan geram.
“Assalamualaikum isteri abang.” Dia memberi salam dengan senyuman lebar.
Terasa diri bagaikan diejek dengan panggilan itu namun aku cuba menyabarkan
diri. Apa kes aku boleh ‘terkahwin’ dengan Dzihni poyo ni?! Inikah pilihan terbaik
ibubapa aku? Apa-apa pun salam tetap aku jawab.
“Safa marah?”
“One word. Why?” soalku dengan wajah masam. Haish baru hari
pertama aku dah buat dosa dengan suami sendiri.
“Safa tak redha dengan perkahwinan ini?” Soalan dibalas soalan pula! Benda
yang paling aku pantang tapi terbantut sikit marahku apabila dia menayangkan
muka kecewa. Alahai kenapalah hati aku ni lembut sangat?
“Saya redha tapi saya nak tahu kenapa awak nak kahwin dengan saya?” mukaku
mula kendur dan aku menyandarkan tubuh pada kepala katil. Cuba menenang diri
dan menerima hakikat.
“Masih tak perasankah yang saya sukakan awak dari dulu?” Hah?! Mataku
membulat. Seingat aku dia ni garang tahap babun aje. Bila masa pula dia tunjuk
suka kat aku ni?
“Tak payah nak mengarutlah Dzihni. Dulu awak panggil saya bengap dan
murahan. Apa kes tetiba suka saya pula ni?” Ingatlah wahai lelaki yang
perempuan ini memorinya 100TB!
“Mari abang ceritakan kat Safa pasal budak lelaki yang garang tapi pemalu
dengan budak perempuan jatuh cinta pandang pertama.” Dia mengambil tempat
disebelahku sambil merapatkan jarak kami. Oh Cik Jantung, jangan berdegup
kencang sangat boleh?
“Kali pertama abang nampak Safa masa sekolah dulu bila Safa beratur beli
buku di koperasi. Safa sangat kecil sampai tertolak ke belakang oleh
murid-murid lain yang berebut-rebut nak cepat. Tapi abang tengok Safa hanya
diamkan dan siap tolong seorang murid perempuan kutipkan buku yang terjatuh.
Masa tu hati abang mula terdetik untuk lebih mengenali Safa.” Teringat aku
dengan suasana koperasi sekolah yang selalu sesak dengan murid-murid pada waktu
rehat. Nak tak nak kena tempuh juga sebab hanya disitu sahaja ada menjual buku
berlogo sekolah.
“Kali kedua ketika abang nak membeli makanan di kantin. Safa makan roti
sendirian di satu sudut. Ada seekor kucing kurap mendekati dan Safa terus bagi
kucing itu makan. Apa yang buat abang makin sukakan Safa, bila Safa tak geli
mengusap kucing kurap itu walaupun ramai menunjukkan muka jijik. Abang senyum
pada Safa tapi Safa tak memandang muka abang sebab sibuk mengusap kucing kurap
tu.”
“Abang tetapkan pada hati abang yang abang akan cuba mendekati Safa tapi...”
Aku mengesan sedih diwajahnya tapi aku tak tahu nak buat apa.
“Abang nampak ada budak perempuan terhendap-hendap dari tembok asrama.
Sebagai ketua asrama, abang bertanggungjawab untuk menahan pesalahlaku sebab
abang ada terima aduan dari budak-budak abang yang mereka rasa diri mereka
diintai.” Aku menahan tawa memikirkan lelaki pun rasa seram juga apabila
diintai rupanya.
“Abang cepat-cepat turun dari bangunan asrama dan betapa terkejutnya abang
bila nampak Safa disitu.” Dia menelan liur sebelum menyambung cerita.
“Marah dan kecewa teramat sangat sampai abang menghamburkan kata-kata yang
buatkan Safa ucap benci pada abang. Abang terduduk melihatkan Safa yang sudah
lari dengan tangisan. Nasib baik Fadhil ada dan dia yang bantu abang untuk
bangun semula. Bila Zara mengaku lagi abang rasa macam nak pitam sebab Safa dah
tak ada dan abang rasa macam tak akan ada peluang lagi dengan Safa.” Aku
mengesan matanya yang sedikit berkaca. Aduh janganlah nangis sebab aku gerenti
yang aku akan nangis lagi kuat kalau dia menangis sekarang!
“Jumpa sahaja Safa di majlis Fadhil, hati abang melonjak gembira tapi
mungkin abang salah langkah sebab terus aje panggil Safa budak cengeng dan
makin canggung bila Safa buat macam tak kenal abang langsung.”
“Hati abang bertambah sakit bila tengok abang Wan datang dan peluk Safa
depan mata abang. Masa tu abang tak tahu yang itu abang kandung Safa. Makin parah
sakitnya bila ternampak adegan mesra kat Pavilion. Tapi alhamdulillah, hati
abang kembali lega bila dapat tahu yang mereka mahram Safa. Bila baru aje nak
lega, datang pula Ryan yang panggil Safa my
dear. Woo hati abang ni rasanya dah berplaster 10 lapisan! Takut punya
pasal, abang bincang dengan abang Sayf dan abang Wan. Tapi ingat senang ke
diorang nak bagi permission?
Macam-macam test diorang bagi kat
abang dan alhamdulillah abang lepas tu yang terus call papa cakap abang nak meminang anak gadisnya. Papa pula test bab fardhu ain dan dia suruh abang
hafaz surah al-Kahfi depan dia. Nasib baiklah abang memang dah biasa baca
al-Kahfi tiap-tiap Jumaat. Abang bersyukur sangat dapat mengahwini Safa yang
merupakan cinta pertama abang dan insyaAllah yang terakhir. Sudikah Safa
Mawiyah binti Safiuddin menjadi isteri Dzihni Harith bin Zahran?” Mata
bertentang mata. Mustahil aku tak tersentuh dengan luahannya. Tak sangka dia
memendam rasa selama ini. Dimatanya aku hanya dapat melihat wajahku. Mata yang
cantik dan berwarna coklat gelapnya membuatkan aku semakin tenggelam didalamnya.
Perlahan aku mengangguk dan mengukir senyum.
“Terima kasih Safa! Abang cintakan Safa seikhlas hati abang selepas Allah,
Rasul dan ibubapa abang.” Luah Dzihni lagi. Pantas dia menarik tubuhku ke dalam
pelukannya. Hangat dan selesa. Hatiku berbunga dan sesungguhnya aku bersyukur
diatas nikmat cinta yang Allah kurniakan terhadap aku. Apa lagi yang aku mahu?
Keluarga yang menyayangiku, mertua yang sejuk mata memandang dan kini dah ada
suami yang mencintai Allah. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah!
“Abang cintakan Safa sangat-sangat,” lafaznya sebelum memadam lampu dan
membaca doa. Sesungguhnya aku sudah jatuh cinta dengan Dzihni Harith!
20 comments:
Wahaha berbonggol2 macam alien vs predator~ nice!!!
Good job sis...
Teruskan bedakwah dalam Katya ;)
Karya*
Adeyhhh typo...
Thanks Suha (^-^)
Hehe typo adalah perkara biasa hahaha~
Best gila cerpen ni kakkkk.. papa dia tu dahsyat gilaaa siap bwak kayuuu besbol lagi hahaha.. mmg sy suka yg teramat dgn cerpen nii
@nurliyana izzati: Alhamdulillah terima kasih..hehe sebab Abang Wan ni je manja2 jd papa dia 'keraskan' dengan pukulan hehehe~
(^-^)v
Ntah la saya rasa lawak bila abang abang safa buat cm tu..rasa macam comel..saya rasa mesti abang wan sweet gila kan dgn bakal isteri dy kan..
Abang Wan memang comel huhu..ada cerita pasal dia dalam cerpen Bercinta Dengan Mamat Sengal.
Semua cerpen akak best gilerrrrrr
@Ayura Ayu: Alhamdulillah terima kasih dik~
InsyaAllah nnt akak keluarkan dalam bentuk buku. Adik boleh beli & baca puas2~ hehee~
(^-^)v
Best sngt sngt sweet
@lisanna: thanks (^-^)v
Adoi..sweetnye..blh kne kencing manis ni..
@Anonymous 12.39am: Huhuhu sila minum air kosong byk2 (^-^)v
Cerpen ni paling best dalam banyak banyak cerpen saya baca..memang terbaik lah cerpen ..i love it
@Anonymous: Alhamdulillah. Thanks (^-^)v
Tenang jer bca... suka sgt..
@Hazwani Safura: Alhamdulillah. Thanks (^-^)v
Best nyerrr.Dah bnyak kli baca tetap juga senyum-senyum dengan kesengalan abang wan.Hahaha😂😂😂😂😂😂😂😂😂
Adakah anda ingin membeli buah pinggang atau anda mahu menjual buah pinggang anda?
buah pinggang? Adakah awak
mencari peluang untuk menjual buah pinggang anda dengan wang
kerana kerosakan kewangan dan anda tidak tahu apa yang perlu dilakukan
lakukan, kemudian hubungi kami hari ini dan kami akan memberikan kebaikan kepada anda
jumlah wang $ 400,000 dolar untuk Buah Pinggang anda. Nama saya DOCTOR MARTEN
saya seorang Nefrologi di MARTEN HOSPITAL. Hospital kami adalah
khusus dalam Pembedahan Ginjal dan kami juga menangani
pembelian dan pemindahan buah pinggang dengan wang sara hidup
penderma yang sepadan.
Kami terletak di India, Turki, Amerika Syarikat, Malaysia, Dubai
Sekiranya anda berminat menjual atau membeli buah pinggang, jangan
teragak-agak untuk menghubungi kami melalui e-mel.
E-mel: martenhospital@gmail.com
Selamat sejahtera
DR MARTEN
Adakah anda ingin membeli buah pinggang atau anda mahu menjual buah pinggang anda?
buah pinggang? Adakah awak
mencari peluang untuk menjual buah pinggang anda dengan wang
kerana kerosakan kewangan dan anda tidak tahu apa yang perlu dilakukan
lakukan, kemudian hubungi kami hari ini dan kami akan memberikan kebaikan kepada anda
jumlah wang $ 400,000 dolar untuk Buah Pinggang anda. Nama saya DOCTOR MARTEN
saya seorang Nefrologi di MARTEN HOSPITAL. Hospital kami adalah
khusus dalam Pembedahan Ginjal dan kami juga menangani
pembelian dan pemindahan buah pinggang dengan wang sara hidup
penderma yang sepadan.
Kami terletak di India, Turki, Amerika Syarikat, Malaysia, Dubai
Sekiranya anda berminat menjual atau membeli buah pinggang, jangan
teragak-agak untuk menghubungi kami melalui e-mel.
E-mel: martenhospital@gmail.com
Selamat sejahtera
DR MARTEN
Post a Comment