Mamat alien itu aku pandang dengan penuh rasa
gemuruh. Serius aku tak percaya yang kini aku bergelar isteri kepada mamat alien yang tak setaraf dengan Do Min Jun
aka Kim Soo Hyun dalam cerita ‘You Who
Came from The Star’. Veil yang
kupakai aku pintal-pintal tanda tak ada kerja. Aku memakai jubah pengantin
dengan tudung labuh yang atasnya diletakkan veil
lace. Mamat alien atau nama
sebenarnya Irfan Yasar seronok bermain game
dengan baju Melayunya yang masih belum ditukar. Gila selamba dengan tengkolok
dan keris masih dipinggang duduk bersila depan televisyen skrin rata bersaiz
50’ bermain Playstation 4. Katil ni
pun ikutkan kata mommy dia sebelum ni
cadar Dragon Ball tapi dipaksa tukar
disebabkan majlis perkahwinan ini kalau tidak tidur dengan Goku aku malam ni!
“Err weh tukarlah baju tu kalau ye pun!” arah aku sambil berlalu ke bilik
air yang ada didalam bilik mamat alien
ini. Beg barang-barang mandi dan baju salinan aku bawa sekali. Malas nak bagi free show depan mamat alien itu. Nasib baiklah bilik air mamat
alien itu besar, senang aku nak tukar
pakaian lepas mandi. Mamat alien ni
nampak je macam sengal dan budak tak ada harapan padahal dia professor fizik
kot dalam universiti aku. Aku? Baru nak merangkak jadi pensyarah setelah tamat
PhD dalam bidang Sustainable Technology.
Ini pun kira aku bertuah sebab dapat tawaran bertukar ke doktor falsafah
setelah beberapa bulan berada dalam program sarjana. Alhamdulillah aku berjaya
menamatkan PhD aku dengan jayanya sebelum umur wajib kahwin tapi disebabkan
mama aku dan mommy mamat alien itu berpakat nak satukan kami dan
mulut aku yang terlepas cakap..haish!
Lima bulan
lepas….
“Raisha Zafrah! Mama dah penat nak menjawab dengan kawan-kawan mama bila
anak perempuan mama nak kahwin!” mamaku yang baru pulang dari ‘mesyuarat’
dengan sahabat-sahabatnya terus menyerang aku yang sedang berehat selepas
menunaikan solat Asar.
“Mama, Raisha baru 28 tahun kot! Kenapa nak sibuk sangat? Anak-anak diorang
semua dah kahwin ke?” serius bengang kot dengan makcik-makcik kepoh tu semua!
Aku hidup ni tak pernah sekali pun bergantung kepada ihsan diorang kenapa nak
kacau hidup aku yang seronok berulit dengan mama aku lagi?! Lagipun aku belum
jumpa lelaki yang boleh aku percaya nak jadikan imam aku untuk sepanjang hayat!
Tipulah kalau aku tak terasa setiap kali ada sahabat-sahabat yang sudah
berumahtangga dan beranak-pinak. Dahlah aku ni gila bila tengok budak kecil
yang comel-comel..
“Sebab anak-anak diorang dah kahwinlah yang diorang dok sibuk pasal Raisha.
Mama bukan apa, kalau boleh mama nak juga pegang cucu dari kamu sebelum mama
menutup mata.” Pulak! Mama aku masuk gear
sedihlah pulak! Aku ni nampak aje garang tapi paling pantang tak boleh tengok
kalau mama aku sedih ke terasa. Rasa bersalah dan berdosa mula menimpa-nimpa
diri.
“Mama, cucu mama yang lain kan ada? Tu baby
Lutfi kan baru je lahir? Nanti bila dah sampai jodoh Raisha kahwinlah ye mama?
Jodohkan rahsia Allah?” lembut aku memujuk mama. Mama bukannya sudah tua sangat.
Umurnya baru masuk 50 tahun dan kakak aku pun baru sahaja melahirkan anak
keduanya. Mungkin disebabkan kakak aku kahwin awal maka tumpuan orang ramai
asyik kepada aku sahaja.
“Tapi kamu pun kenalah berusaha mencari juga! Ni bila masanya nak cari?
Dari dulu belajar bukan main nak rak! Dah habis belajar sibuk dengan hal
universiti. Bila Raisha, bila?” Suara mama meninggi semula. Oh ayahku, kenapalah
ketika aku memerlukan sokongan peluru berpandu darimu boleh pula ayah bertugas
di Beaufort, Sabah?
“Mama carikan jelah!” balas aku tanpa sengaja. Oopps! Muka mamaku berubah
ceria dan aku sudah mula tak sedap hati…
Balik ke masa
sekarang….
Selesai mandi aku
keluar dari bilik air setelah siap berpakaian. Mamat alien itu masih bermain game
tanpa mempedulikan aku pun. Memang kasi aku sakit jiwa!
“Ya Allah, weh cepatlah mandi! Sekejap lagi nak masuk Maghrib. Tak nak
pergi surau ke?” leterku.
“Astaghfirullahalazim.” Dia bangun dan terus berlari masuk ke dalam bilik
air. Televisyen dibiarkan sahaja. Bersepah-sepah! Aku mengemas-gemas alat
kawalan dan aku tutup game itu
setelah menyimpan data. Aku ni sebenarnya juara juga bab-bab main game ini. Gamer kalau terlupa simpan data memang boleh mengakibatkan mental breakdown.
“Weh jangan kacau game aku!”
laungnya dari dalam bilik air. Aku buat bodoh sahaja. Lantak kaulah! Aku
meneruskan tugasanku yang lain selepas siap mengemas.
“Weh Raisha! Apasal kau tutup game
aku tu!” aduhai mamat alien
ni..keluar-keluar bertuala atas sikit dari lutut terus bising pasal game dia. Terkejut juga aku tengok badan
lelaki buat pertama kali dalam hidup aku. Macam mana pun muka aku tetap maintain selamba.
“Dah tak payah bising! Pergi tukar baju. Ayah dengan daddy dah siap kat bawah tu.” Macam nak menangis jugalah aku tengok
muka dia masa tengok televisyen yang sudah ditutup. PS4 dia aku dah simpan
dalam almari dekat bawah televisyen. Dari ekor mata, aku melihat mamat alien itu melangkah lesu ke almari baju.
Kecewa sangatlah tu dengan game dia.
Malam ini, ada
majlis doa selamat dan kami memang jemput semua jemaah surau yang berdekatan
dengan kediaman kami. Oh ye, kalau nak tahu aku dengan mamat alien ni jiran selang dua buah rumah aje
tu yang seronok mama aku dengan mommy
mamat ni dok buat pakatan. Disebabkan rumah mamat alien ini dibarisan paling tepi maka kenduri kami diadakan disini
sahaja. Senang sebab tak kacau laluan orang lain.
Selepas dua
minit, mamat alien itu siap berbaju
Melayu dengan berkain pelikat. Ah sudah!
“Weh apasal kau pakai gini? Balik dari surau kan terus majlis doa selamat
kita?”
“Dah memang aku pakai macam ni kalau pergi surau.” Selamba muka tak boleh
blahnya ditayangkan kepada aku. Aduilah….ni protes sebab aku tutup game dia ke?
“Meh sini lah!” Tangannya aku tarik membawa kepada tempat aku mengantung baju
Melayu yang sudah disterika. Tadi lepas kemas PS4 mamat alien ni, aku sempat tolong sterikakan baju Melayu untuk dipakai
untuk ke surau.
“Kenapa kau tak cakap tadi?” soalnya sambil selamba menukar bajunya
didepanku.
“Lupalah. Aku turun bawah dulu.” Segera aku melarikan diri ke tingkat
bawah. Gila segan aku nak tengok badan mamat alien itu walaupun memang kira halal untuk aku nak tatap 24 jam
sekalipun.
Sementara kaum
lelaki beramai-ramai ke surau, selepas solat Maghrib berjemaah kaum Hawa
dirumah menyediakan juadah untuk kenduri doa selamat. Kira majlis perkahwinan
kami ni lain sikit sebab tak ada aktiviti potong kek atau buka hadiah sambil 10
jurukamera ambil gambar secara berjemaah. Kedua ibubapa merancang membuat
majlis kami lebih bermakna dengan mengadakan kenduri doa selamat dengan harapan
tetamu yang hadir mendoakan kesejahteraan rumahtangga yang baru dibina. Siang
tadi punya kenduri pun tak adanya karaoke ke muzik-muzik yang melalaikan.
Budak-budak sekolah maahad tahfiz berdekatan dengan kawasan kediaman kami
dipanggil untuk mengalunkan doa dan berzanji memuji kebesaran Allah. Serius
walaupun tak berapa nak rela kahwin dengan mamat alien tu tapi aku bersyukur gila dengan majlis kenduri aku ni.
Kenduri kedua-dua belah pihak diadakan sekali sebab dah kata pun jiran selang
dua buah rumah cuma kami buat dua hari.
“La awat pengantin perempuan tak pi berehat? Ni kami dah cukup korum dah!”
Makcik Diba menghalang aku dari menjejak kaki ke kawasan dapur.
“Tak apalah makcik. Marilah saya tolong sama. Potong-potong ke..” pintaku
ramah. Takkanlah majlis aku ni aku nak duduk bersila perhati je orang buat
kerja? Sekurang-kurangnya aku kena juga hulurkan tangan ringankan beban..eh?
“Kalau kamu cakap macam tu ni tolong kakak kamu ni jaga Lutfi. Kesian ke
dia dok kelek Lutfi sambil buat kerja,” Kakak aku segera menyerahkan Lutfi
kepadaku. Anak buahku yang baru berusia empat bulan aku dukung dengan berhati-hati.
Anak buah aku yang bermata bulat aku tenung dengan penuh kasih sayang. Ya Allah
comelnya! Rasa macam nak cium-cium pipi dia..hehe tak adanya rasa-rasa aku
memang dah kerjakan pipi budak itu!
“Hmm nampaknya tak lama lagi adalah cucu nombor tiga kamu ye Saleha? Suka
sangat si Raisha dengan budak-budak ni jadi tak risau la kita tak gitu Kak
Shida?” Ehey suka bebenor Makcik Diba ni buat kesimpulan sendiri. Mama dengan mommy aku senyum sampai ke telinga
mendengarkan usikan Makcik Diba itu. Aku backhand
juga kang orang tua ni sebab bagi harapan palsu kat mama dan mommy aku! Woot jaga adab Raisha!
Aku duduk
bersandar disatu sudut dengan tangan yang masih mengelek si Lutfi. Sekali
sekala Lutfi ketawa apabila aku mengagahnya. Anak kedua kakak aku ni kira
paling comellah diantara bayi-bayi yang lahir pada tarikh yang sama dengan dia.
Boleh kata semua staff hospital pakat ambil gambar Lutfi dan memang katil kakak
aku sentiasa ada pelawat yang datang untuk tengok si Lutfi ni. Macam mana orang
tak cakap comel? Dengan kulit yang putih dan gebu, Lutfi dikurniakan dengan
sepasang mata bulat yang berwarna kehijauan dan disertakan pula dengan rambut
kerinting keperang-perangan. Pelik sebab suami kakak aku tu bukan mat salleh
dan memang tak ada dalam susur galur keluarga yang berketurunan mat salleh tapi
dah kata pun kuasa Allah maka kami sekeluarga terima dengan bersyukur lagipun
tiada apa yang perlu diragukan sebab muka dia sebiji muka abang ipar aku.
“Nak air.” Ya Allah bila dia ni balik pun aku tak perasan. Sedar-sedar aje
dia dah duduk bersebelahan dengan aku. Muka penat ditunjukkan kepada aku. Aku
mengangguk sebelum menghulurkan Lutfi kepadanya. Yelah aku nak bangun ambil air
untuk dia kan?
Pada mulanya dia agak
janggal memegang Lutfi tapi tak lama. Sekejap aje aku dah dengar ketawa Lutfi
dari dapur. Hebat juga mamat alien tu
jaga budak kecil. Aku masuk dengan membawa segelas air putih kepadanya. Tengah
dahaga air putihlah yang terbaik nak menghilangkan dahaga bukan air manis-manis
ye?
“Terima kasih. Tolong suakan air itu Luffy tak nak lepas tangan,” pinta
mamat alien itu sambil menunjukkan
muka kesian. Tangan dia memang Lutfi genggam. Alah berapa jari je dan kuat mana
sangatlah tenaga si Lutfi tu? Sengaja dia ni! Tak apa..tak apa..ingat pahala
Raisha..ingat pahala..
“Terima kasih.” Mamat alien itu
melemparkan senyuman manis kepadaku. Terkaku setika aku sebelum mengangguk. Aku
mengambil tempat disebelahnya sambil turut sama mengagah Lutfi.
“Comel betul Luffy ni.”
“Lutfi la..Luffy tu watak dalam One Piece,” tegurku sambil mengusap pipi
Lutfi. Untung Lutfi, disayangi sejak dilahirkan. Abangnya, Mifzal juga comel
tapi semakin nakal dan sedang seronok bermain di luar rumah bersama anak-anak
jiran yang lain.
“Laa dah balik dah pun jemaah-jemaah rupanya. Alhamdulillah semua dah siap.
Jom jemput makan semua.” Pelawa mommy
mamat alien yang baru keluar dari
dapur. Dia turut melemparkan senyuman nakal kepada aku. Baru aku perasan yang
kedudukan aku dan si mamat alien itu
begitu rapat dan ramai juga yang seronok tersenyum-senyum memandang kami.
Wooohooo malu!
Tamat sahaja
kenduri doa selamat, aku dah mula berkira-kira nak masuk bilik ke tidak. Tapi
takkan aku nak tidur di ruang tamu ni? Well
kalau balik rumah aku sekarang pun boleh tapi gerenti esok pagi mama aku mesti
bunuh aku!
“Eh Raisha kenapa tak masuk tidur lagi? Irfan dah masuk bilik dah,” tegur mommy si mamat alien. Aku yang ketika itu sedang menolong-nolong mengemas rumah
hanya tersengih. Anak mommy tu masuk
bilik sebab nak sambung main game
dialah tu. Nak tak nak kenalah aku beredar naik ke tingkat atas banglo dua
tingkat milik ibubapa Irfan Yasar ini.
Masuk aje ke
dalam bilik, aku tengok mamat alien
itu sedang berbaring diatas katil sambil membaca manga. Bajunya juga sudah
ditukar dan aku rasa dia dah siap mandi melihatkan rambut dia yang agak sedikit
basah. Aduh apasal aku tengok dia macam bersinar-sinar? Ah sah mata aku problem!
“Apasal kau ni? Nak tidur dah ke? Mandi dulu. Takkan nak tidur dengan jubah
tu jugak?” soal mamat alien itu
sebelum menyambung membaca manganya. Selamba sungguhlah mamat alien ni. Macam pelawa kawan yang datang
sleepover je! Okey relaks, aku
mengambil tuala dan baju untuk disalin.
Keluar sahaja
dari bilik air, mamat alien itu
memandang aku semacam. Dah kenapa dengan dia ni?
“First time aku tengok kau tanpa
tudung. Well not bad.” Terus dia
menutup lampu di tepi katil dan menarik selimut. Merah padam muka aku dengan
komen mamat alien itu. Nasib baik
lampu utama bilik masih belum ditutup kalau tidak mahu meraba aku dalam gelap.
Selesai menyikat rambut, aku menyapu losyen badan sebelum meletakkan krim
rawatan rambut ke rambutku. Amalan yang aku buat setiap hari dan tak akan
berubah hanya kerana aku berkahwin dengan mamat alien itu. Perlahan aku atur langkah ke katil. Aku membaringkan
tubuhku secara terlentang. Nak mengiring ke kanan macam membelakangkan mamat
alien itu yang tidur mengiring ke arah aku. Aku membaca doa tidur dan tiga Qul
sebelum melelapkan mata.
No comments:
Post a Comment