Pagi itu...
Apa benda yang
peluk aku ni? Aku membuka mata dan punya terkejut aku apabila melihat wajah
mamat alien itu yang begitu dekat
dengan aku. Nasib baik aku sedar yang kini aku isteri dia, kalau tak ada yang
makan penampar pagi-pagi buta ni. Aku berusaha melepaskan diri dari pelukan
mamat alien itu namun sia-sia apabila
makin kuat pula pelukan dia ni. Dia ingat dia tengah peluk bantal dia ke?
“Irfan bangun. Nak Subuh dah ni.” Aku menepuk perlahan pipi mamat alien yang nyenyak tidur. Aku nampak
matanya mula terbuka sedikit.
“La patut sedap tidur. Peluk kau rupanya.” Senyuman nakal diberikan kepada
sebelum dia meleraikan pelukan. Dia duduk sebentar sebelum bangun dan membuat
senaman regangan. Aku makin pelik dengan mamat alien ini yang pada mulanya perangai tak semengah mana. Walaupun
berjiran, aku dan mamat alien ni tak
rapat mana sejak dulu sebab keluarga aku pun baru setahun berpindah ke kawasan
perumahan ini.
“La yang kau tak bangun lagi kenapa? Cepatlah kata dah nak Subuh.” Aku yang
baru sedar yang aku masih duduk berteleku diatas katil segera bangun dan
mengemas katil.
“Kalau nak lagi cepat jom la mandi sekali,” usik mamat alien itu didepan pintu bilik air. Pergh mamat ni dah bersalin
kulit ke apa? Sungguh pelik perangai mamat alien
ini...
“Waa! Raisha kau save data game aku semalam?” gila seronok muka
mamat alien itu apabila melihat game yang dimainnya semalam sudah
disimpan datanya oleh aku. Aku hanya mengangguk sambil mengambil pakaian mamat alien dan dimasukkan ke dalam bagasi.
Kami bakal berbulan madu di kampung aku. Huhu dah alang-alang nak hantar nenek
aku pulang ke kampung maka mama aku cadangkan kami pergi berbulan madu di sana.
Hah nak tahu mana kampung nenek aku? Tunggu~
“Woah best gila! Aku ingatkan
hanya medan elektromagnetik kau je yang menarik rupanya kau memang best.” Mamat alien itu terus memeluk aku dan menghadiahkan kucupan dipipi.
Apakah?!!
“Woi Raisha? Weh apasal kau ni?” Mamat alien
itu mengawang-awangkan tangannya didepan mataku lantas membuatkan aku tersedar.
Ya Allah malunya dan aku rasa semacam setelah dikucup oleh mamat alien yang sekarang nampak comel pula di
mata aku. Ah sudah!
“Tak ada apalah. Main game tu
jangan nak lama-lama. Nanti pukul 10 nanti kita dah kena bersiap untuk majlis
hari ni pula.” Aku meneruskan kerjaku yang tergendala tadi. Mamat alien itu memandang tepat ke wajah aku
membuatkan aku makin tak tentu hala.
“Raisha, kau kenapa? Tak suka duduk dengan aku ke?” Pulak dah..
“Bila masa pula aku cakap tak suka?” Oopps mulutku segera aku pekup dengan
tanganku. Malu kot bila dia dah senyum nakal kepadaku.
“Baguslah kalau kau suka sebab aku memang suka dekat dengan kau pun.”
Selamba sahaja mamat alien itu
menuturkan ayatan tadi. Dia kembali bermain game
setelah mengusap kepalaku lembut. Adui jantung aku sekarang rasa macam nak
tercabut. Berdebar gila!!!
“Who put this π(pi) value?” aku
mendongak ke arah suara yang tiba-tiba bercakap ditepiku. Aku yang baru sahaja
memulakan tugas sebagai pensyarah ditugaskan sebagai pengawal peperiksaan untuk
subjek Quantum Mechanics.
“I just wrote what have been written on
this note.” Aku
menunjukkan nota yang diberikan kepadaku sebelum masuk ke dewan peperiksaan
tadi. Adui siapa dia ni? Muka serius bukan main!
“This is wrong! The correct value is
3.14159265358979323846264338327950288…..”
Ya Allah ini manusia ke……….Alien?
Tak berhenti dia menyebut nilai pi
sehinggakan semua pelajar yang berada dalam dewan peperiksaan tercengang.
“So
it is incorrect if you put the value as 3.1415! Student! I want the answer in
at least four decimal points understand?!” Arahnya sebelum keluar dari
dewan dengan muka selamba. Ya Allah..memang dugaan sungguh!
“Raisha sabar ye? Prof Irfan tu memang
pelik sikit. Silap kami juga tak semak betul-betul sebelum bagi note kat awak. Maaf ye.” Dr Maria yang turut ditugaskan untuk
mengawal peperiksaan juga bukan pensyarah dalam bidang Fizik. Tapi serius aku
dah lupa nilai π sebab dari dulu aku
cuma hafal 3.142 je!
Keesokannya aku terserempak dengan mamat alien itu ketika membeli air di
koperasi. Kalau orang tak kenal memang tak akan tahu yang dia itu sebenarnya
pensyarah yang bertaraf professor dengan gaya rambut dan pakaiannya yang lebih
kurang pelajar tak ada harapan. Bayangkan dengan rambut panjang ala-ala L dalam
animasi Jepun, Death Note. Ber’t-shirt’ lusuh berwarna putih dan
berseluar jean. Serius sebiji macam L! Ketika di kaunter pembayaran dia
membayar minumannya tanpa mempedulikan sesiapa pun. Duit baki pun dia tak
ambil!
Satu universiti menggelarkan dia sebagai Prof Alien tapi dia buat tak tahu sahaja dan
bila aku tahu yang aku akan disatukan dengan mamat alien itu, aku teragak-agak nak bagi kad jemputan ke semua rakan
sejawat aku dan dia. Bila bagi sahaja masing-masing ingat aku buat lawak dan
kemudian ternganga bila aku terangkan yang aku memang akan kahwin dengan mamat alien itu. Huhu kecoh satu U~
“Raisha, cantik betul jubah kahwin awak ni! Awak beli kat Dubai ke?” soal
Dr Maria yang datang berborak di bilik persiapan. Dr Maria ni belum berkahwin
lagi walaupun umur dia lanjut sikit dari aku. Tapi tak apa, jodoh itu urusan
Allah. Siapa kita untuk menyoalnya?
“Tak jubah ni, butik perkahwinan yang saya pergi tu yang buatkan. Awak
percaya tak yang tukang membuatnya bukan Islam tapi dia sangat sensitif dengan
apa yang boleh dan tak boleh. Cuba tengok,” sengaja aku berpusing menunjukkan
jubah yang direka oleh pemilik butik itu.
“Jubah ini dia buat tak ikut bentuk badan jadi saya tak malu nak gayakan
depan orang ramai. Hiasan dia pun minimal tapi masih menarik kan?” Bukan aku
nak berbangga tetapi aku sangat kagum dengan seorang yang bukan beragama Islam
tetapi sangat memahami apabila aku menyatakan yang aku mahukan jubah bukan
gaun. Bayangkan seorang pemilik yang tak pernah menghasilkan jubah tak jemu
bertanya tentang bentuk dan hiasan yang aku inginkan. Sering sahaja dia
menghantar rekaannya kepada aku sebelum membuat sebarang keputusan. Boleh pula
pemilik butik itu berterima kasih kerana aku telah mengajarnya satu ilmu yang
membolehkan dia mengembangkan lagi perniagaannya.
“Ye sangat cantik dan patuh syarak. Saya pun hairan dengan pereka fesyen
yang beragama Islam tapi rekaan mereka lebih memalukan dari yang bukan Islam.”
Dr Maria mula membuka cerita. Aku sendiri pun perasan dengan fenomena fesyen
negara ini. Ramai yang mengaku menghasilkan pakaian untuk Muslimah tapi tidak
patuh syarak!
Sedang aku
berborak dengan Dr Maria, pinggangku dirangkul perlahan membuatkan aku hampir
membuka silat.
“Jom sayang.”Eh eh bila masa pula mamat alien
ni masuk bilik? Tadi dia panggil aku apa?
“Amboi romantik ye Prof Irfan ni? Okey nanti kita jumpa kita cerita lagi ye
Raisha?” Dr Maria meminta diri. Mamat
alien itu masih tidak melepaskan tangannya dari melingkari pinggangku.
“Mari jumpa kawan-kawan aku.” Aku hanya menurut. Nak buat macam mana? Dah
kena tangkap...
“Weh antara ramai-ramai kawan aku, kaulah yang aku paling tak expect kahwin!” Ammar, sahabat si mamat alien membuka bicara. Aku hanya mampu
tersenyum. Kalau aku jadi dia pun aku tak sangka ada juga yang sangkut dengan
mamat alien ni hehehe..
“Tu la aku ingat dia ni membujang sampai ke tua. Ada ke patut dia nak cari
perempuan yang boleh menarik dia lebih dari tarikan graviti dan ala-ala
elektromagnet?” Terburai ketawa sahabat-sahabat si mamat alien mendengarkan cerita dari Rifqi yang merupakan sahabat si
mamat alien sejak dari zaman sekolah.
“Dah jangan nak melebih. Aku sendiri boleh cerita kat wife aku nanti. Bini-bini korang pergi mana?” Pipi mamat alien yang memerah membuatkan aku geli
hati. Malu rupanya si mamat alien
ni..
Habis berborak
dengan sahabat-sahabat mamat alien,
kami ditegur oleh pensyarah-pensyarah lain dari universiti kami. Penatlah juga
tapi tak apa bukan selalu pun dan tangan mamat alien tu masih tak lepas dari pinggang aku okey!
“Weh tangan kau tu tak penat ke dok peluk pinggang aku?” bisikku ke telinga
mamat alien itu ketika gambar kami
diambil oleh jurukamera yang diupah.
“Nope. I’m comfortable holding you
like this,” balasnya yang turut berbisik ke telingaku. Waaa malu...mukaku
yang malu-malu menarik perhatian jurukamera. Mamat alien itu boleh pula main tarik-tarik pipi bila aku terdiam
seketika.
No comments:
Post a Comment