EXO D.O |
“Raisha, bangun weh!” Pantang betul aku apabila dikejutkan sebelum jam aku
berbunyi. Kalau nak ajak qiam sekalipun beritahu la sebelum masuk tidur tadi! Tidur
dikampung nenek aku memang best!
Tidur tak payah pasang penyaman udara atau kipas! Sejuk sampai ke tulang
woo..tapi apa mamat ni nak pagi-pagi? Dengan malas aku membuka mata. Mamat itu
memandangku dengan pandangan tak puas hati.
“Kenapa?” soalku sambil menenyeh-nenyeh mata.
“Kau ni ganas sangat apasal? Tak pasal-pasal aku cium lantai tadi kau tau!
Tidur sopan sikitlah!” Mamat alien
itu menolak tubuhku ke tepi sikit. Hehehe aku sepak dia ke tadi? Kalau dah
seronok tidur memang aku dah tak sedar apa.
“Tidur kat bilik aku elok je tapi bila kat sini ganas bukan main,” rungut
mamat alien.
“Meh sini!” Tubuhku ditarik ke dalam pelukannya. Aku yang terkejut hanya
menurut sahaja.
“Kena peluk kalau tak mesti mengganas lagi,” katanya sebelum memejamkan
mata. Aku terkebil-kebil didalam pelukan mamat alien itu tapi sekejap je. Tak sampai dua minit aku dah sambung
tidur sebab selesa la pula hehehe...
Buka aje mata
pagi itu aku hampir sakit jantung. Entah macam mana boleh pula aku tertidur
atas badan mamat alien tu! Malu bukan
main tapi dia pun relaks aje tidur siap peluk aku lagi. Dengan kadar cahaya
minimum itu aku belek wajah mamat alien
itu secara dekat. Hehe mana pernah ada peluang nak tengok up-close? Maka dah ada peluang ni baik aku manfaatkan.
Kulit mamat alien ini boleh dikategorikan cerah tapi
tak adalah putih melepak macam Lee Dong Wook tu. Alis mata tebal, hidung boleh
kata mancung la juga, lesung pipit disebelah kiri dan kanan, dagu dia berbelah
dan bibir dia...gulp! Apasal aku bernafsu pula bila tengok bibir mamat alien ni! Serius seksi dan berbentuk ‘love’ ala-ala D.O dari kumpulan EXO.
Hehehe tua-tua aku ni pun minat tau kumpulan EXO tu!
“Hmmghh..” Terkejut aku bila mamat alien
itu mengeliat. Cepat-cepat aku tutup mata buat macam konon-konon aku tak
terjaga lagi hehehe..
“Sayang bangun sayang..” lembut aje mamat alien itu mengejutkan aku siap usap-usap kepala aku lagi dan dia
panggil aku sayang woo..malu!!!! Aku tak mahu bangun boleh tak?
“Bangun sayang, dah nak Subuh ni! Sayang atas badan abang sekarang. Jangan
marah kalau abang buat lebih-lebih.” Tangannya dah mula merayap ke pinggangku
membuatkan aku terus membuka mata dan memandangnya malu-malu.
“Haa tau takut? Dah cepat bangun, abang nak mandi. Tolong siapkan baju
sebab abang nak solat kat surau dengan Naim.” Lambat-lambat aku bangun dari
atas badan mamat alien itu. Gila liat
nak tinggalkan tempat paling selesa dalam dunia!
“Kenapa gelarkan diri ‘abang’ dan kenapa panggil ‘sayang’?” soalku ketika
dia mengambil tuala dari huluranku.
“Sebab rasa seronok.” Pergh! Best betul jawapan dia dan boleh pula dia
gelak-gelak sambil melangkah keluar dari bilik. Rasa macam nak sekeh-sekeh je
mamat alien ni!
“Awal kamu bangun Raisha? Mana Irfan?” soal nenekku ketika aku turun ke
dapur. Rumah nenek aku ni separuh papan separuh batu. Alah standard rumah kampung biasalah! Kampung nenek aku ni kat Kemasek,
Kemaman.
“Irfan pergi surau dengan Naim.” Lepas solat Subuh aje aku terus turun ke
dapur. Anak dara mana elok tidur lama-lama! Kejap aku ni kira anak dara lagilah
kan sebab baru je kahwin dan aku dengan mamat alien tu pun mana pernah.....
“Isk mengelamun pulak dia ni! Nenek tanya, Irfan tu minum kopi ke tidak?”
tegur nenek sambil mencubit geram pipiku.
“Hehee..entah Raisha tak pernah tanya. Ala nenek kita buat dua teko
la..satu kopi, satu teh,” cadangku lalu aku peluk nenekku dari belakang. Aku ni
kira cucu manja nenek aku sebab dulu aku pernah tinggal dengan nenek aku sampai
umur 6 tahun. Naim itu pula anak mak long aku yang tinggal bersebelahan dengan
rumah nenek. Mak long sengaja buat rumah dekat dengan nenek sebab nak menjaga
nenek. Lagipun, dia tahu nenek tak akan mahu tinggalkan rumah pusaka yang atuk
aku bina ini.
“Aih bini orang ni tak habis-habis manja dia. Nanti tolong nenek petik
kangkung kat belakang tu ye Raisha? Kita buat goreng belacan tengah hari
nanti.” Aku mengangguk tanda faham. Senang duduk kampung ni, kangkung tumbuh
meliar dan sekitar rumah nenek memang ada macam-macam jenis tanaman. Kalau
malas nak ke pasar, nenek kutip sahaja ulam dan sayuran disekitar rumah. Ayam
pun nenek ada bela tau! Pak long aku pula memang buat perniagaan ikan air tawar
dan membela lembu. Maka senang cakap, nak makan apa pun tak susah kalau duduk
sini.
“Assalamualaikum. Waa nenek masak apa ni?” Naim selamba sahaja masuk ikut
pintu belakang rumah nenek aku. Dibelakangnya, kelihatan mamat alien itu masuk dengan menjinjit beg
plastik ditangan.
“Waalaikumussalam. Nenek buat pulut dengan ikan goreng pagi ni. Irfan biasa
makan macam ni ke?” soal nenekku ramah. Mamat alien itu menayang muka blur.
Mungkin kejutang budaya sebab dia ni bangsa English
breakfast rasanya.
“Tak biasa tapi tak apa boleh cuba.” Mamat alien itu tersenyum ke arah nenek aku.
“Ni beli apa?” Aku mengambil beg plastik ditangan mamat alien itu.
“Kuih. Karipap tu baru je digoreng tu yang panas-panas. Abang tergoda
maka...” Irfan tersengih sambil mengambil sebiji karipap dari dalam plastik.
Aik dia ni nak ber’abang-sayang’ dengan aku depan orang ke?
“Okey,” aku menyalin karipap yang masih berasap itu ke dalam pinggan.
“Raisha, letaklah pulut untuk Irfan tu,” arah nenekku yang sedang
mengeluarkan ikan goreng dari kuali. Aku mengangguk lalu menyenduk pulut untuk
mamat alien itu.
“Sayang, tak mahu banyak sangat. Abang tak makan berat pagi-pagi.” Entah
bila dia ada kat sebelah aku pun aku tak perasan. Dia mengambil pinggan dari
tangan aku dan mengeluarkan sedikit pulut yang sudah aku letak.
“Ke sayang nak makan sepinggan dengan abang?” Adui mamat ni dah kenapa?
Geli aku!
“Amboi Irfan gila romantik? Untung Raisha kan nek?” Naim yang memerhati
gelagat kami sejak tadi memulakan operasi mengusiknya. Nak kena dia ni! Aku
menjeling marah ke arah Naim yang seronok menggelakkan aku.
“Alah biasalah Naim. Kamu tu tak teringin nak kahwin ke Naim? Kamu tu bukan
makin muda.” Aku menjelirkan lidah pada Naim apabila dia sudah terkena dengan
soalan best nenek. Hahaha..
“Nak buat macam mana nenek. Raisha tak tunggu Naim maka Naim kena cari lain
tu yang ambil masa nek.” Naim ni dah kenapa? Berubah terus muka mamat alien itu mendengarkan kata-kata
‘genius’ Naim.
“Haish budak ni bergurau tak kena tempat! Irfan jangan dengar sangat cakap
budak tiga suku ni. Kamu nak makan pulut ke sudip nenek ni Naim oii?!” Nenek
mengugut dengan sudip panasnya. Haha nenek memang garang dengan Naim, tu yang
aku suka duduk dengan nenek. Naim hanya ketawa sambil menolong mengatur cawan
di meja makan.
“Lepas makan ni, kamu bawa si Irfan ni pergi pantai. Tak ramai orang tau
pasal pantai Kemasek ni,” cadang nenekku. Kalau nenek tak cadangkan pun memang
aku ada niat nak bawa mamat alien ni
jalan-jalan sekitar kampung ni.
Kami berjalan
kaki sahaja untuk ke pantai sebab bukan jauh sangat dari rumah nenek. Sepanjang
perjalanan aku tak tahu nak borak apa dengan mamat alien ni.
“Err biasa pergi pantai tak?” soalku memecah sunyi.
“Hmm kurang.” Pergh! Kau tak nampak ke aku tengah nak memecahkan tembok
besar China? Apasal kau tak bekerjasama hah mamat alien?!!!!
“Sayang rapat dengan Naim tu ke?” soalnya tiba-tiba. Aik setahu aku nenek
aku tak belajar ilmu ninja untuk intip kitorang. Kenapa dia panggil aku
‘sayang’? Argh! Just go with the flow...
“Rapat juga sebab waktu kecil tinggal dekat sini dengan nenek. Naim tu jela
yang kawan yang ada masa tu.” Serius waktu kecil dulu, boleh kata susah aku nak
cari budak-budak sebaya yang sekepala dengan aku jadi si Naim itu jela teman
yang aku ada. Maka segala aktiviti Naim aku akan turut serta. Naim itu
sebenarnya tua tiga tahun dari aku tahu?
“Naim pernah cakap suka kat sayang ke?” Aku terkejut dengan soalan entah
apa-apa mamat alien ini. Ini mesti
pasal gurauan bangang si Naim tadi.
“Isk kenapa kau tanya soalan macam ni? Naim tu kan sepupu aku. Aku anggap
dia macam abang je. Dari kecil dia layan aku sama macam bebudak lelaki kat
sini. Tadi tu dia saje buat lawak bangang.” Aku yang mula bengang
mempercepatkan langkahku. Tak suka betul aku kalau ada yang ragu-ragu tentang
hubungan baik aku dengan si Naim mental tu. Dulu aku pernah kena ejek di tadika
bila Naim datang menjemput. Seminggu aku mogok tak mahu pergi tadika tapi bila
nenek keluarkan arahan kalah Sultan Melaka maka aku terpaksa pergi jugalah.
Bila dah nak
dekat pantai, aku memperlahankan langkah. Aku mengikut laluan yang kiri
kanannya ada pokok-pokok dan sememangnya jiwa aku tenang bagaikan diselimuti
kehijauan alam.
“Auch!” Baru aku nak hayati keindahan alam mamat alien ni dah ganggu konsentrasi aku! Boleh pula dia sentuh pipi aku
dengan aiskrim! Nasib baik masih berbalut kalau tak ada yang makan pakai sudu!
Tapi..bila masa dia pergi beli? Adakah dia ada kuasa gerakan sejenak macam Son
Goku?
“Abang beli tadi.” Macam tahu-tahu aje apa yang bermain di fikiran aku.
Aiskrim yang berbalut tadi dia bukakan dan disuapkan ke mulutku. Serius dia ni
macam tahu aje apa yang aku suka. Aiskrim pelangi Paddlepop yang sedap gila
babas itu berjaya menyejukkan hati aku.
“Macam mana tahu?”
“Tahu apa? Ni aiskrim favourite abang
dari kecil lagi jadi abang nak sayang rasa benda yang abang suka.” Mamat alien ini betul-betul tak boleh
dijangka. Ada masa sinis macam apa entah dan ada masanya romantik sampai aku
rasa nak berguling-guling sebab geli huhuu...
“This is my favourite ice-cream too..”
Disebabkan aku rasa janggal nak bahasakan diri apa maka lebih baik aku cakap
omputih je dengan mamat alien ni...
“Oh really? Jom sayang!” Dengan
selamba tapir hutan dia pegang tangan aku siap hayun-hayun lagi. Astaghfirullahalazim....malu gila aku bila ada orang kampung senyum-senyum dekat kami. Nasib baiklah diorang
tahu yang aku dengan mamat alien ni
laki bini kalau tak mahu kena ceramah pasal adab pergaulan.
“Subhanallah cantik gila pantai ni! Lagi cantik dari Port Dickson tapi
apasal tak popular huh?” Hek eleh..dia ingat kerja dengan kementerian
perlancongan ke apa? Manalah aku tahu apa pasal pantai Kemasek yang lawa 100
kali ganda dari PD ni tak popular... Mamat alien
itu mulalah keluarkan telefon pintar dia dan tangkap gambar. Janji tak ajak aku
selfie sudah...
Aku membawa diri
ke batuan-batuan besar di persisiran pantai. Aku mencari tapak untuk berteduh
memandangkan matahari pagi sudah mula memancar panas. Aiskrim tadi memang dah
habislah. Aku dengan aiskrim memang menjadi. Waktu kecil dulu aku ada asma jadi
memang aiskrim tu nenek dengan mama aku tak bagi sentuh. Bila dah sembuh, apa
lagi? Segala jenis aiskrim aku makan sampai nak termuntah tapi aiskrim
Paddlepop tu jela yang kalau aku makan 10 sekaligus pun tak jadi hal.
“Sayang panas ke?” Mamat alien
itu mengintai aku yang tengah berteduh dekat batu besar. Elok pula batu ni ada
lubang tengah-tengah maka aku dengan selambanya duduk dekat situ. Aku tak suka
panas-panas ni.
“Panaslah. Tak apa pergilah ambil gambar ke apa.” Tetiba mamat alien itu duduk disebelahku. La...tadi
bukan dia excited ambil gambar ke?
“Bosanlah kalau abang sorang je
excited.” Abang lagi...
“Okey aku rasa kita kena bincang. Serius kau nak gelarkan diri kau abang
dan panggil aku sayang?” Aku memandang tepat ke wajah mamat alien itu. Mamat alien itu membalas pandanganku dengan wajah selamba.
“Dah memang itu panggilan selayaknya kan?” Soalan dibalas soalan. Aku
melepaskan keluhan sambil duduk menyandar. Selesa pula batu ni..
“Aku tak tahulah kalau kau rasa macam tu tapi aku perlukan masa nak adjust panggil kau abang bagai.” Aku
meluahkan apa yang membelenggu benakku.
“Sayang, abang ni kan tua dari sayang?”
“Lagi satu aku tak selesa nak bahasakan diri aku ‘sayang’.”
“Habis tu nak panggil apa?”
“Panggil jela Raisha.”
“Okay but still I want you to call me
‘abang’ okay?” Mamat alien yang
aku rasa dah boleh berdiplomasi meletakkan syarat. Nak tak nak aku angguk jela.
Mamat alien ni tua lima tahun dari
aku sebenarnya. Itu yang dia nak ajar aku panggil dia abang kot...
“Jom abang belanja coconut shake!”
Aku ditarik keluar dari tempat teduhan aku tadi oleh mamat alien itu. Tapi bila dengar
coconut shake, aku terus tak jadi marah hehehe.
Kira hari ni
merupakan temujanji pertama aku dengan mamat alien itu. Lawak, sengal dan pelik. Tiga perkataan yang
mengambarkan temujanji pertama aku dan dia. Ada ke patut dia suruh aku lawan
panjat pokok kelapa dengan beruk? Siap tawar hadiah kereta BMW siri ketujuh
lagi kalau aku berjaya kalahkan beruk tu...kurang ajar punya mamat alien! Tak cukup dengan itu, dia ajak
aku lumba minum ais jagung. Bila aku menang, dia suruh aku cuba sedut ais tu
pakai lubang hidung. Macam nak putus nafas makcik warung tu gelakkan aku bila
dengar idea bangang si mamat alien. Nasib
baik tak mati orang tua tu kalau tak buat naya je. Aktiviti paling aku rasa
normal dengan mamat alien ni ialah
membina istana pasir. Tengah-tengah aku berpeluh buat rekaan istana yang aku
suka boleh pula mamat alien tu tanya
agak-agak berapa ramai boleh muat dalam istana aku tu? Rasa nak baling baldi
aje kat si mamat alien kalau tak
cukup kesabaran...
Esoknya pula,
kami ke Kuala Terengganu. Aku bawa mamat alien
itu ke Pasar Payang sambil itu boleh seronokkan hati nenek aku yang memang suka
membeli-belah kain disitu. Mamat alien
itu boleh dikatakan lelaki yang tak kisah sangat bila perempuan ber’shopping’ lama-lama. Dia siap beri
cadangan lagi kat nenek aku. Makin seronoklah nenek aku tu membeli-belah!
Akulah pula yang tak tahan. Terus-terang, aku bukanlah perempuan yang suka
beli-belah lama-lama dan aku lebih rela membeli secara online dari keluar. Rasa macam nak putus tangan aku bawa barang
yang dibeli oleh nenek aku dan mamat alien
itu. Kain pasang, tudung, telekung, baju kelawar, keropok lekor sampai ke
magnet peti sejuk pun diorang borong! Serius lain kali aku tak mahu ikut kalau
diorang keluar shopping!
No comments:
Post a Comment