Kapitalis

Wednesday, June 25, 2014

Cerpen: Still into You.

taken from here  

“Weh tinggi lagi. Lagi sikit je dah boleh nampak dia.” Adui kalau berat 10 kilogram tak apa juga ni..haish cakap kang kecil hati pula. Sabarlah wahai hati. Entah macam mana aku boleh terjebak dengan perempuan yang suka menghendap senior yang konon paling ‘hot’ dekat sekolah kami. Tembok yang memisahkan asrama lelaki dan perempuan ini pula merupakan tempat biasa dia buat aktiviti ‘haram’ sebab dari sini selalunya orang tak perasan kalau skodeng lama-lama pun. Sekarang boleh pula dia berdiri atas belakang badan aku semata-mata nak mengendap.

“Safa, tinggi lagi!”

“Zara, tak boleh dah! Sakit pinggang saya!”

“Woi! Apa korang buat tu?!” Sergahan dari ketua asrama lelaki mengejutkan kami. Zara pantas terjun dari belakangku dan melarikan diri. Malang nasibku apabila aku terjatuh ketika ingin bangun lantas mengakibatkan aku tertangkap oleh Dzihni aka ketua asrama lelaki yang garang tahap gaban.

“Hmmph! Tak sangka muka je baik tapi suka mengendap budak lelaki! Apa nak jadi dengan budak perempuan zaman sekarang? Cakap kau mengendap siapa?!” Aku yang sudah menangis hanya mendiamkan diri. Malu dan takut.

“Kau jangan ingat menangis boleh selesaikan masalah! Cakap!!” Tersentak aku apabila ditengking.

Bro apasal ni?” Fadhil Anaqi aka senior ‘hot’ yang diminati oleh Zara mendekati kami.

“Oh Qi, budak-budak perempuan ni mengendap asrama kita tadi. Aku dapat tangkap sorang lagi sorang sempat lari.”

“Alah bro lepaskan jela. Budak-budak tak cukup akal memang macam ni.” Amboi! Sedapnya mulut?!

“Saya...saya tak mengendap pun! Saya jadi bangku je tadi!” Terangku dengan tangisan yang masih bersisa. Rasa nak meraung je sekarang tapi kena kontrol woo..malu~

“Jadi bangku pun kira berkomplot faham! Akal letak mana?! Bengap!” Okey aku betul-betul dah tak tahan. 1...2.....3

“Waaaaaaaa...........” Aku meraung sekuat-kuat hatiku. Lantaklah malu ke tidak sebab aku betul-betul rasa sedih dan terhina.

“Saya benci awak! Waaa...” Dalam nangis-nangis tu sempat lagi aku menghamburkan kebencianku kepada Dzihni Harith dan aku terus berlari masuk ke asramaku.


Lapan tahun kemudian.....

“Safa?” Aku memaling mukaku ke arah suara yang memanggil namaku. Hmm macam kenal...

“Safa! It’s me Zara! Ya Allah, rindunya!” Tubuhku ditarik ke dalam pelukan Zara yang ternyata semakin tinggi dan cantik. Sejak peristiwa hitam itu, aku terus meminta ibubapaku menukarkan aku ke sekolah yang lain. Kebetulan abangku mendapat tawaran kerja di Australia dan ingin membawaku bersama kerana mahukan aku mendapat pendidikan di negara orang. Aku mengikut abang sulungku berhijrah dan menetap di sana sehingga tamat pengajian universiti.

“Zara. Apa khabar?” Tak sangka aku akan berjumpa dengan kawan lamaku. Aku yang baru pulang tiga hari lepas, keluar menemani abang sulungku yang mahu membeli hadiah harijadi untuk isterinya. Malam ini, kami akan membuat surprise party untuk kakak iparku.

“Alhamdulillah baik. Safa, awak nampak lain sangat sampai saya tak berapa nak cam.” Aku hanya tersenyum dengan kata-kata Zara. Lapan tahun kot..takkanlah aku masih sama seperti zaman budak-budak mentah?

“Zara buat apa sekarang?” soalan normal yang akan ditanya bila berjumpa kawan lama.

“Saya bekerja di bank sekarang. Oh ye, kebetulan dah jumpa awak ni baik saya bagi terus.” Zara membuka beg tangannya dan menghulurkan kad kepadaku. Oh nak kahwin dah...

“Barakallah Zara. InsyaAllah saya datang kalau tak ada apa yang menghalang.” Aku membelek-belek kad kahwin Zahra dan mataku segera tertancap pada nama pengantin lelaki.

“Fadhil Anaqi...Zara?!!!”

Yup that hot senior is soon to be mine! Weee!” Mak aih suka betul si Zara ni dengan senior ‘hot’. Nasib baiklah ada jodoh diantara mereka.

“Awak tahu, lepas awak tukar sekolah secara mengejut, Dzihni dengan Qi datang cari awak. Masa tu la saya mengaku yang sayalah pengendap yang sebenarnya dan beritahu Qi yang saya sukakan dia. Mula-mula teruk kena marah dengan Dzihni tapi Qi baik pertahankan saya. Tak sangka Qi pun suka saya Safa! Alhamdulillah setelah beberapa tahun mengenal hati budi dan mendapat restu, kami bakal disatukan.”

“Safa, saya nak minta maaf sangat-sangat sebab lari tinggalkan awak dulu. Saya takut sangat sampai terlupa pasal awak. Bila awak balik dalam keadaan menangis, saya bertambah takut dan tak mampu nak buat apa-apa. Esoknya bila saya dah sedia nak minta maaf dan nak pergi mengaku, awak dah tak ada. Maafkan saya ye Safa?” Aku lihat ada air mata dikolam mata Zara. Aih barang lepas buat apa nak kenang? Lagipun aku seronok dapat belajar diluar negara.

“Zara, tak ada apalah. Saya ikut abang pergi Australia lepas tukar sekolah. Benda dah lepas Zara, lupakan jela.” Aku menghulurkan tisu kepada Zara. Zara terus memeluk tubuhku sambil menangis tersedu-sedan. Aku? Hanya mampu berdiri tegak ala-ala nak menyanyi lagu patriotik sebab tak tahu nak buat apa. Sejak dari peristiwa hitam itu, aku sukar menangis dan tak reti nak menzahirkan perasaan.

“Adik? Kenapa ni?” abangku, Sayf Imran mendekatiku dengan muka keliru.

“Ni kawan sekolah adik dulu, Zara. Ni abang saya Sayf.” Zara yang masih bersisa air mata hanya mengangguk sambil mengesat air matanya dengan tisu.

“Safa, datang tau majlis saya nanti? Kalau awak boleh datang sehari awal lagi saya suka.” Zara yang sudah mula bertenang memegang erat kedua tanganku.

“InsyaAllah.”

“Baiklah Safa, nanti saya call awak ye? Assalamualaikum.” Aku menjawab salam sebelum menghantar pemergian Zara dengan pandangan mata. Tadi kami sempat bertukar-tukar nombor telefon dan alamat emel.

Is she the one..”

Yup,” jawabku sambil menarik abangku ke restoren makanan laut. Serius aku lapar sekarang!

Malam itu, Zara menelefonku dan kami berborak sampai telefon aku habis bateri. Zara memang banyak cerita! Katanya, tembok yang memisahkan asrama itu sudah ditinggikan lagi sejak peristiwa pengendapan itu. Ramai budak-budak perempuan yang suka mengendap frust bila tembok semakin tinggi. Haish macam-macam!


Tiba hari perkahwinan Zara..

Aku datang sehari awal memandangkan ia merupakan permintaan Zara dan acap kali dia merayu supaya aku dapat menemaninya sehari sebelum pernikahan. Konon nak merasa ala-ala bachelorette party tapi lebih kepada sleepover je sebab aku seorang je kawan dia yang datang awal. Zara ni memang dari dulu tak ramai kawan itu juga merupakan antara sebab kenapa aku bersetuju untuk ke rumahnya sehari lebih awal.

Zara yang sedang diandam oleh mak andam melemparkan senyuman kepadaku. Ikut sengal dia, dia mahu aku turut disolek tapi aku menolak dengan lembut. Kulit muka aku ni sensitif dan memang tak boleh kena dengan bahan kosmetik. Zara sangat cantik hari ini. Berbaju kurung moden berwarna putih yang tidak mengikut bentuk badan. Tudung yang dikenakan juga labuh. Ikutkan mak andam, mahu dibuat sanggul tinggi tapi Zara menolak kerana tak mahu berbonggol nanti tudungnya. Aku pun cukup tak berkenan kalau tudung yang berbonggol-bonggol macam Alien VS Predator.

Tiba waktu mengangkat akad nikah. Aku menemani Zara duduk bersimpuh disatu sudut. Aku lihat senior ‘hot’ nampak tenang dari jauh tapi aku rasa mesti dalam hati gelabah macam apa. Akad nikah diadakan di kediaman keluarga Zara sahaja. Senang sebab terus makan kenduri lepas tu bak kata mama Zara la..

Apabila empat kali tak lepas lafaz kabul oleh senior ‘hot’, Zara dah mula menggelabah dan nak menangis. Aduilah orang perempuan ni. Aku mengenggam erat tangan Zara tanda memberi sokongan mental. Alhamdulillah setelah lima kali percubaan, Fadhil Anaqi berjaya menikahi Zara Azzalea. Aku rasa macam nak bakar bunga api je tanda meraikan kejayaan senior ‘hot’. Hahaha sarkastik sekejap.

“Budak cengeng!” Isk siapa pula dia ni? Dahlah tiba-tiba tegur aku lepas tu boleh pula panggil aku budak cengeng! Aku memandangnya dengan wajah selamba.

“Err Safa Mawiyah kan?” Aku memandangnya lima saat sebelum mengangguk. Sengaja nak seksa jiwa raga dia. Siapa suruh panggil aku budak cengeng?!

Who are you?” soalku dengan nada dingin + muka sombong.

Your senior, Dzihni Harith,” balasnya senada + muka sombong macam aku. Ceit! Dia ni dah kenapa?!

The one that you used to hate,” tambahnya lagi. Aku mengangguk sebelum beredar meninggalkan dia. Tak ada sebab aku nak beramah mesra dengan dia dan rasa benci itu hidup semula.

Sepanjang majlis itu aku dapat rasakan yang dia asyik memerhatikan aku. Nak buat macam mana, aku dengan Zara dan dia pula dengan senior ‘hot’ yang dah jadi laki si Zara. Banyak kali juga aku tangkap dia pandang aku tapi aku buat tak tahu aje. Benci bila teringatkan yang dia pernah buat aku menangis dan tuduh aku macam-macam dulu.

Darling! Dah siap dah? Jom.” Abang keduaku yang datang menjemputku pulang mengamit perhatian semua di situ. Ketika itu Fadhil Anaqi sedang ‘menemu ramah’ aku yang hilang selepas peristiwa hitam itu. Elok jugalah abang aku datang sebab aku dah malas nak menjawab dan si Dzihni tu tak habis-habis pandang aku macam nak telan. Serius menyampah!

“Sekejap nak ambil beg. Zara, saya balik dulu ye?” Zara yang turut terpinga-pinga dengan kehadiran abang aku hanya mengangguk. Diorang manalah kenal abang kedua aku yang sengal alam ini. Abang keduaku, Safwan Faaeq seorang doktor. Personaliti dia memang 180° berbeza dari abang sulungku yang agak serius.

Selesai mengambil beg, aku bersalaman dengan mama Zara dan makcik-makciknya. Abangku selamba sahaja mengambil beg dari tanganku dan memaut bahuku. Dia ni memang suka manja-manja dengan aku dari kecil. Masa aku nak pergi Australia dulu, boleh dia buat drama dekat balai berlepas tak nak bagi aku pergi dan nak ikut sekali tapi ibubapa aku tak bagi sebab ketika itu dia baru sahaja masuk ke PASUM. Dia berhenti berdrama apabila abang sulungku naik angin dan mahu membelasahnya. Sengal-sengal pun otak dia ni bergeliga.


Darling..kerja kat klinik abang Wan dulu sementara dapat mana-mana nak?” Aku terdiam sejenak memikirkan cadangan abangku. Baru dua minggu balik Malaysia dah macam-macam. Aku ingatkan nak berehat sebulan dua sebelum bekerja tak pun balik Australia dan menetap terus kat sana. Nak-nak lagi bila dah terjumpa dengan Dzihni yang bagi aku angin.

“Abang Wan nak kasi gaji berapa ribu?” gurauku dengan muka serius.

“Berapa-berapa ribu darling minta pun abang Wan sanggup bagi.” Aku terus ketawa dengan lawak sengal abangku itu. Hmm tapi memang dia banyak duit pun. Selain buka klinik sendiri, dia kerja sebagai doktor ENT di hospital kerajaan.

“Serius ni darling, asalkan darling tak balik Australia lagi abang Wan sanggup bagi gaji berapa pun. Gila bosan rumah tu bila darling tak ada. Hari-hari bila nak gurau dengan mama, abang Wan kena backhand dengan papa. Sedih tau!” Aku hanya mampu ketawa dengan telatah abang keduaku. Memang sejak aku balik rumah hari itu pun dia tak mahu berenggang dengan aku kecuali masa pergi kerja. Bila aku cakap nak tidur rumah Zara pun dia dah mula nak bising. Itu sebab dia datang jemput aku cepat tadi. Lepas makan kenduri terus pergi cari aku dan tarik aku balik dengan dia padahal ibubapa aku masih kat sana lagi. Serius dia ni memang sengal!

“Kenapa tak kahwin je abang Wan?” soalku.

“Kahwin? Haha siapa je yang sanggup tahan dengan perangai gila abang Wan ni? Abang Sayf tu kalau boleh belasah memang hari-hari dia tala abang Wan tau?” Aku menyambung tawa. Memang abang sulung aku itu berbulu sikit dengan abang kedua aku ini.

“Alah mesti ada punya. Tak nak try cari ke?”

“Serah kat Allah jela. Nanti bila Allah rasa abang Wan dah sedia, mesti DIA datangkan jodoh abang Wan tu. Sementara ni biar abang Wan manja-manja dengan my darling ni,” kata abangku. Aku mengangguk tanda faham.

“Macam mana kalau Safa yang kahwin dulu?” Sreeeeeeeeeeeeeeeetttttttttttttttttttttt!! Astaghfirullahalazim! Boleh pula dia brek mengejut! Nasib baik tak ada kereta kat belakang kalau tak memang berlanggarlah.

“Tak boleh! Lelaki yang nak kahwin dengan darling kena minta permission dengan abang Wan dulu! Kalau tak lulus test dengan abang Wan jangan harap nak pandang darling sekalipun!” Pergh marah sungguh abang aku ni! Inilah masalahnya bila ada abang yang bak kata orang Jepun sister-complex huhuhu...

Darling, malam nanti abang Wan bawa pergi jalan-jalan nak? Lepas Maghrib kita keluar.”

“Pergi mana?” Ikutkan aku memang malas gila nak keluar malam-malam. Malam adalah waktu aku nak berehat sambil membaca atau buat apa-apa aktiviti yang merehatkan minda.

“Teman abang Wan beli baju baru.”

“Bukan dua minggu lepas baru beli ke?” Abang aku ni jenis metroseksual. Baju dia sahaja penuh satu almari dan dia siap minta mama aku masa buat ubahsuai rumah untuk buatkan dia satu bilik khas untuk letak baju dan segala aksesori. Tapi permintaan dia ditolak mentah-mentah dan siap kena backhand dengan papa aku yang sememangnya garang dengan dia. Akhirnya dia keluar duit sendiri dan ambil sedikit ruang kat dalam bilik tidur untuk dibuat ruang letak pakaian. Tapi satu perangai abang kedua aku yang aku suka, sebanyak mana duit dia belanja untuk diri dia, dia akan pastikan jumlah yang sama atau lebih akan disalurkan kepada yang memerlukan. Untuk mama dengan papa aku pun dia akan beri belanja dan beli barang-barang di rumah. Dalam segi pelaburan pula, dia dah ada klinik sendiri dan dua rumah di kawasan bandar yang dia sewakan. Macam manalah dia tak banyak duit?

“Itu cerita dua minggu lepas! Tak kira darling kena teman jugak!” Ini mesti kes cemburu aku keluar temankan abang sulung aku hari tu tak ajak dia.

Darling...” Haih nak tak nak kena jugalah temankan dia. Ini kalau orang tak tahu memang orang ingat dia ni pakwe aku. Manja macam apa! Kalau aku kahwin, aku tak mahu lelaki yang manja macam abang aku ni. Penat dan rimas woo...


Seperti yang dijanjikan, malam itu aku dan abang keduaku keluar membeli-belah. Paling tak tahan, boleh pula dia gaduh dengan abang sulung aku yang nak mengikut sekali sebab isterinya balik lewat. Papa aku yang masuk campur menyebabkan abang keduaku mengalah. Mengalah pun sebab papa aku ugut nak campak tayar kereta dia atas bumbung. Dengan muka toya dia membawa kami ke Pavilion. Abang sulung aku siap suruh dia jadi drebar lagi bertambah muncung pakcik tu hahaha..oh masa nak naik kereta pun diorang sempat bergaduh pasal tempat duduk. Abang keduaku mahu aku duduk didepan tapi abang sulungku dengan selamba mengambil tempat aku lantas mencetuskan pergaduhan kedua. Tapi tak lama sebab papa aku keluar bawa kayu besbol menyebabkan abang keduaku tutup mulut dan dengan pantas menghidupkan enjin kereta. Abang sulung aku tu nampak aje pendiam tapi yang sebenarnya dia seronok menyakat abang kedua aku hahaha...

Tiba di pusat beli-belah, operasi mencari baju baru dimulakan dengan kadar segera. Segala butik kalau boleh abang kedua aku nak masuk sampai naik lenguh kaki aku yang meneman. Abang sulung aku buat jahat lagi dengan menarik aku ke Ooh My Gas sewaktu dia masuk ke bilik persalinan. Mahu meroyan abang kedua aku tu mencari kami dan berjaya disejukkan apabila aku menyuapnya aiskrim yang aku makan.

“Assalamualaikum.” Aku yang sedang bergelak ketawa dengan abang sulungku menoleh ke arah sumber suara. Dia lagi....

“Waalaikumussalam.” Ambik kau tiga-tiga menjawab! Abang-abang aku dah menunjukkan muka samseng Kampung Dusun ke arah Dzihni Harith yang nampak tenang.

“Safa buat apa kat sini malam-malam?” soal Dzihni dengan nada ambil berat macam aku ni anak dia.

“Dia temankan kami beli barang. Siapa dia ni darling?” abang keduaku sudah menjeling. Ketika itu tangannya dipinggangku dan abang sulungku pula memaut bahuku.  Sengaja je diorang ni...

“Satu sekolah dulu. Jom? Kita pergi beli mochi.” Aku menarik kedua abangku ke untuk segera beredar.

“Saya tak sangka awak begitu murah Safa.” Okey yang ni betul-betul buat aku sentap.

“Apa kau cakap?!” Marah abang keduaku. Dia ni nampak aje manja-manja tapi kalau sekali naik angin, abang sulung aku pun surrender.

“Tak malu ke berpelukan dengan bukan mahram? Tak tahu dosa pahala ke?!” Amboi, dia ni tak tahu apa-apa main serang memang bagi orang naik angin! Abang keduaku yang sudah nak naik hantu ditahan oleh abang sulungku.

Bro, kami tak kenal siapa kau. Kalau kata pasal mahram, kami ni adik beradik jadi apa yang dosanya?” Abang sulungku memandang sinis Dzihni yang sudah terkulat-kulat. Padan muka!

“Jom darling! Buang masa je bersoal-jawab dengan ustaz takde lesen ni!” Abang keduaku terus menarik tanganku. Kalau tak tarik pun memang aku nak beredar dari situ.

“Safa! Saya minta maaf!” Dzihni yang menghadang laluan kami memang menguji kesabaran.

“Maaf, bila saya nampak Safa dengan lelaki lain otak saya terus kosong dan saya terus tuduh melulu. Safa, saya minta maaf. Tolong jangan benci saya lagi..” Kelu lidahku melihatkan Dzihni yang tampak begitu lemah dihadapanku sekarang. Adui apasal semua orang yang aku jumpa akan buat cerita sedih depan aku ni?

“Hmm dahlah bro, kami pun dah nak balik dah ni.” Abang sulungku menepuk bahu Dzihni perlahan.

“Saya minta maaf kat semua. Maafkan saya.” Dzihni menundukkan wajahnya membuatkan aku bertambah kesian.

“Yelah. Dah kau pun baliklah. Dah lewat dah ni.” Akhirnya bersuara juga abang Wan aku tu. Walaupun dengan nada yang agak menjengkelkan tapi kira okeylah dari dia buat senyap je.

“Sekejap, kau balik naik apa ni?” soal abang sulungku prihatin.

“Naik tren. Tadi saya datang dengan kawan tapi diorang dah balik dah. Okeylah saya gerak dulu. Assalamualaikum.”

“Balik dengan kami jela. Lagipun ada tempat kosong lagi. Kau duduk mana?” pelawa abang keduaku.

“Seksyen 14 PJ.”

“Alah dekat juga dengan rumah kami. Jomlah!” Abang sulungku menarik Dzihni untuk balik bersama kami. Okey mereka lupa akan sesuatu...

“Abang Wan!”

“Ye darling?”

My mochi..” Aku yang serius cakap nak pergi beli mochi boleh pula diorang ni lupa! Aish dahlah payah nak cari!

“Ala sorry darling, abang Wan lupa. Jom..jom kita beli satu kedai pun boleh,” gurau abang keduaku sebelum memaut bahuku.

“Oh jangan pelik dengan dia tu. Safa tu je adik perempuan kami so si sengal ni memang suka manjakan dia,” terang abang sulungku kepada Dzihni yang hanya ketawa dengan gelagat kami.

“Biasalah tu.” Dzihni melempar senyum kepadaku membuatkan aku terpaku seketika. Ehey pelik bebenor aih! Orang yang selalu tunjuk muka ketat sekali senyum memang nampak sangat.......whoops! Jaga hati dan pandangan wahai Safa Mawiyah!



Aku tak tahu sihir apa yang si Dzihni tu pakai sampai kedua-dua abang aku yang selalu macam samseng bila berdepan dengan mana-mana lelaki yang mendekati aku boleh kamcheng dengan dia. Sampai kadang-kadang abang Wan aku pun dah macam kurang beri perhatian kat aku sebab seronok pergi melepak dengan Dzihni. Abang sulung aku sibuk uruskan syarikat dan sudah berkeluarga lagilah payah luangkan masa sangat dengan aku. Boleh pula dia tambah dengan aktiviti dengan si Dzihni, lagilah aku ni kurang mendapat perhatian! Nak tak nak, kalau nak luangkan masa dengan abang-abang aku, aku kena ikut sekali masa diorang beraktiviti dengan Dzihni poyo. Huh!

Oopps, sorry.” Aku yang terlanggar bahu seseorang ketika hendak pergi membuang sampah segera mengucap maaf. Bila orang itu berpaling, aku terus terdiam.

“Safa? My dear Safa Mawiyah?”

“Ryan?”

“Alhamduleellah! Finally I found you! I’ve been looking for you at all this time my dear.” Lebar senyumanku mendengarkan kata-kata sahabatku ini. Jejaka mat salleh yang menjadi sahabat ketika aku berada di Australia.

“Safa, I’m a Muslim now. So you’re alone?” soalnya dengan mata yang bercahaya-cahaya. Lagaknya bagaikan budak-budak dapat gula-gula.

“Alhamdulillah. I’m with my brothers. What brings you here Ryan?” sungguh aku merindui sahabat yang sanggup mempertahankan aku ketika aku dihina oleh seorang lelaki Vietnam yang menuduh aku dan keluargaku sebagai pengganas semata-mata aku seorang Muslimah dan memakai tudung labuh walaupun ketika itu dia tidak mengenaliku dan bukan Islam.

I’m working with Mercedes Benz now and I’ve been stationed here for about three months. You didn’t open your email? I’ve been sending you emails my dear.”

Sorry..forgot to give you my Malaysian number.” Perbualan kami terganggu apabila abang-abangku dan Dzihni mendekatiku dengan pandangan ‘Siapakah?’.

“Ryan, meet my brothers and this is my ex-schoolmate.” Nak tak nak kena juga aku perkenalkan si Dzihni kepada Ryan. Pelik pula si Ryan nanti sebab aku sudah memberitahunya yang aku cuma ada tiga orang adik beradik.

“Assalamualaikum, I’m Ryan Frederick Abdullah.” Ryan menghulurkan tangan untuk bersalaman.

“Waalaikumussalam,” jawab mereka bertiga serentak dan mengenalkan diri masing-masing ketika bersalaman dengan Ryan.

Okay, got to go my dear. Anything I will call you okay? Take care my dear. Assalamualaikum” Ryan meminta diri setelah berbual panjang dengan kami. Aku menjawab salamnya dan menghantar pemergiannya dengan pandangan.

My dear?” perlahan Dzihni mengajuk panggilan Ryan kepadaku. Cukup perlahan tapi masih dapat didengari oleh aku dan abang-abangku.

“Nampaknya kau ada competition,” ujar abang Sayf sambil menepuk-nepuk bahu Dzihni.

Boyfriend darling ke?” soal abang Wan aku setelah kami mengambil tempat duduk sementara menunggu giliran untuk membuat aktiviti musang terbang aka flying fox huhu...

“Kenapa?” Malas aku mahu menjawab soalan abang Wan sebab Dzihni dari tadi macam terlebih ‘menyibuk’.

“Abang Wan tak benarkan! Nanti dia bawa darling balik Australia!” Hmm paranoid abang aku ni.

"Dzihni kan adik baru abang Wan? Safa tak ada pun tak ada beza kan?” Ambik kau! Ni mesti pasal aku tengah hormon tak stabil. Kalau tak mana reti aku nak merajuk bagai.

“Laa..merajuk ke budak ni? Meh abang peluk meh!” Abang sulungku sengaja mendepakan tangannya sambil mendekatiku. Aku menolaknya sebelum beredar dari situ. Kebetulan sudah tiba giliran aku untuk ‘terbang’.



“Safa, mari sini.” Aku mendekati papaku yang memanggilku. Kelihatan mama dan abang-abangku tersenyum memandangku.

“Kenapa papa?” soalku sambil mengambil tempat disebelah mamaku.

“Macam ni, ada orang nak hantar rombongan meminang. Safa ada siapa-siapa tak sekarang?” Aku memandang wajah papaku dengan pandangan meminta penjelasan. Apakah? Kerja pun belum!

“Siapa ni papa? Jangan main-mainlah. Safa tak sedia lagi.”

“Safa, dari mata papa kamu dah sedia. Agama papa dah ajarkan dari kecil, pelajaran sampai ke Australia papa hantar.”

“Kenapa tiba-tiba suruh Safa kahwin? Abang Wan pun tak kahwin lagi.” Abang Wan hanya tersenyum mendengarkan aku menyebut namanya. Yela, dah dia lagi tua dari aku pun tak kahwin lagi, kenapa macam nak cepat-cepat kahwinkan aku?

“Abang Wan kamu lelaki jadi tak kisah sangat lambat kahwin pun. Safa seorang je anak perempuan papa dan papa risaukan Safa. Anak perempuan elok dikahwinkan awal supaya ada yang menjaga. Papa tengok bakal suami kamu itu pun dari keluarga yang baik-baik.” Aku memandang wajah mama dan abang-abangku dengan muka risau. Siapa tak risau kalau tiba-tiba disuruh kahwin. Terdetik juga dihati yang mungkin perangai aku tak semengah mana sampai papa nak kahwinkan aku cepat-cepat. Tapi....mana pernah aku buat tak benda tak senonoh? Keluar pun dengan abang-abang sendiri, kalau tidak memang aku dirumah sahaja. Belajar memasak dan menjahit dengan mamaku. Memang keperempuanan sungguh!

“Jangan risau. Papa pilihkan lelaki terbaik buat kamu, Safa.” Aku menunduk apabila papa sudah memberi kata putus.

‘Kahwin jela..’ bisik hatiku yang bagaikan redha dengan keputusan ibubapaku. Pasti mereka sudah memikirkan segala kemungkinan sebelum membuat keputusan, bukan?


Majlis perkahwinan belah aku diadakan di Hotel Istana Kuala Lumpur. Cadangan oleh abang Wan aku yang sanggup keluarkan belanja besar untuk majlis aku. Pergh! Macam tak percaya ini abang yang hari tu beriya-iya tak mahu bagi aku kahwin. Rasanya mesti terer bakal suami aku ni sebab boleh pengaruh abang Wan manja aku. Siapakah bakal suami aku ini? Ketika majlis pertunangan dulu, hanya ibubapa dan saudara-maranya sahaja yang datang. Cincin disarungkan oleh bakal ibu mertuaku yang tengok mukanya sahaja aku dah rasa tenang. Alhamdulillah..takut bebenor aku dengan kisah-kisah ‘ngeri’ mak mertua yang aku selalu tengok dalam filem tak pun drama tempatan. Muka bakal suami aku tu memang aku tak pernah tengok sebab mulut aku terlepas cakap yang aku tak mahu tahu siapa bakal suami aku sebelum nikah sebab yakin dengan pilihan ibubapaku. So sekarang kenapa tiba-tiba beriya nak tahu siapa dia wahai Safa Mawiyah? Huhu boleh pula kad kahwin pun aku tak mahu tengok..ahaha nasib kaulah Safa...

Upacara akad nikah diadakan diatas pentas disediakan. Aku mengambil tempat dibelakang. Bersimpuh bersama mama dan bakal ibu mertuaku. Untuk pakaian, abang sulung aku yang taja. Memang dia cari yang betul-betul ekslusif tapi masih mengikut syarak. Mahu kena belasah dengan papa kalau dia pilih yang bukan-bukan! Jubah putih dengan lace dan dihiasi kilauan kristal Swarovski. Tudungku juga berwarna putih dan diletakkan veil diatasnya. Tangan aku mula sejuk dan detak jantung semakin laju. Masih tak percaya yang aku bakal bergelar seorang isteri kepada lelaki yang tidak aku kenali namun aku tahu yang tak mungkin aku boleh melarikan diri sekarang.

“Tenang Safa, banyakkan beristighfar.” Mama mengenggam tanganku yang sejuk. Mungkin dia perasan yang aku sedang gementar. Bakal ibu mertuaku juga senyum menenangkan aku.

Dari jauh aku melihat seorang lelaki lengkap berbaju Melayu berwarna putih dan bersampin songket naik ke atas pentas. Mukanya kurang jelas kerana ada cahaya silau dari belakang. Ohoi dah macam cerita apa entah! Dia lantas mengambil tempat membelakangiku. Tak lama kemudian papaku naik ke pentas ditemani oleh abang-abangku. Dah macam bodyguard aku tengok diorang berdua orang tu! Dengan lafaz basmallah, aku dinikahkan dengan......................


Malam itu...

Serius kalau boleh lari tanpa memalukan kedua keluarga memang aku dah lari dah! Pakaianku sudah kutukar dengan baju yang disediakan. Memang rasa nak berselubung dalam selimut aje bila tengok biasan pada cermin setelah aku mengenakan pakaian tidurku tadi.

Pintu yang dikuak dari luar membuatkan aku melompat naik ke atas katil. Wajah lelaki yang berjaya menjadi suamiku dengan sekali lafaz aku pandang dengan pandangan geram.

“Assalamualaikum isteri abang.” Dia memberi salam dengan senyuman lebar. Terasa diri bagaikan diejek dengan panggilan itu namun aku cuba menyabarkan diri. Apa kes aku boleh ‘terkahwin’ dengan Dzihni poyo ni?! Inikah pilihan terbaik ibubapa aku? Apa-apa pun salam tetap aku jawab.

“Safa marah?”

“One word. Why?” soalku dengan wajah masam. Haish baru hari pertama aku dah buat dosa dengan suami sendiri.

“Safa tak redha dengan perkahwinan ini?” Soalan dibalas soalan pula! Benda yang paling aku pantang tapi terbantut sikit marahku apabila dia menayangkan muka kecewa. Alahai kenapalah hati aku ni lembut sangat?

“Saya redha tapi saya nak tahu kenapa awak nak kahwin dengan saya?” mukaku mula kendur dan aku menyandarkan tubuh pada kepala katil. Cuba menenang diri dan menerima hakikat.

“Masih tak perasankah yang saya sukakan awak dari dulu?” Hah?! Mataku membulat. Seingat aku dia ni garang tahap babun aje. Bila masa pula dia tunjuk suka kat aku ni?

“Tak payah nak mengarutlah Dzihni. Dulu awak panggil saya bengap dan murahan. Apa kes tetiba suka saya pula ni?” Ingatlah wahai lelaki yang perempuan ini memorinya 100TB!

“Mari abang ceritakan kat Safa pasal budak lelaki yang garang tapi pemalu dengan budak perempuan jatuh cinta pandang pertama.” Dia mengambil tempat disebelahku sambil merapatkan jarak kami. Oh Cik Jantung, jangan berdegup kencang sangat boleh?

“Kali pertama abang nampak Safa masa sekolah dulu bila Safa beratur beli buku di koperasi. Safa sangat kecil sampai tertolak ke belakang oleh murid-murid lain yang berebut-rebut nak cepat. Tapi abang tengok Safa hanya diamkan dan siap tolong seorang murid perempuan kutipkan buku yang terjatuh. Masa tu hati abang mula terdetik untuk lebih mengenali Safa.” Teringat aku dengan suasana koperasi sekolah yang selalu sesak dengan murid-murid pada waktu rehat. Nak tak nak kena tempuh juga sebab hanya disitu sahaja ada menjual buku berlogo sekolah.

“Kali kedua ketika abang nak membeli makanan di kantin. Safa makan roti sendirian di satu sudut. Ada seekor kucing kurap mendekati dan Safa terus bagi kucing itu makan. Apa yang buat abang makin sukakan Safa, bila Safa tak geli mengusap kucing kurap itu walaupun ramai menunjukkan muka jijik. Abang senyum pada Safa tapi Safa tak memandang muka abang sebab sibuk mengusap kucing kurap tu.”

“Abang tetapkan pada hati abang yang abang akan cuba mendekati Safa tapi...” Aku mengesan sedih diwajahnya tapi aku tak tahu nak buat apa.

“Abang nampak ada budak perempuan terhendap-hendap dari tembok asrama. Sebagai ketua asrama, abang bertanggungjawab untuk menahan pesalahlaku sebab abang ada terima aduan dari budak-budak abang yang mereka rasa diri mereka diintai.” Aku menahan tawa memikirkan lelaki pun rasa seram juga apabila diintai rupanya.

“Abang cepat-cepat turun dari bangunan asrama dan betapa terkejutnya abang bila nampak Safa disitu.” Dia menelan liur sebelum menyambung cerita.

“Marah dan kecewa teramat sangat sampai abang menghamburkan kata-kata yang buatkan Safa ucap benci pada abang. Abang terduduk melihatkan Safa yang sudah lari dengan tangisan. Nasib baik Fadhil ada dan dia yang bantu abang untuk bangun semula. Bila Zara mengaku lagi abang rasa macam nak pitam sebab Safa dah tak ada dan abang rasa macam tak akan ada peluang lagi dengan Safa.” Aku mengesan matanya yang sedikit berkaca. Aduh janganlah nangis sebab aku gerenti yang aku akan nangis lagi kuat kalau dia menangis sekarang!

“Jumpa sahaja Safa di majlis Fadhil, hati abang melonjak gembira tapi mungkin abang salah langkah sebab terus aje panggil Safa budak cengeng dan makin canggung bila Safa buat macam tak kenal abang langsung.”

“Hati abang bertambah sakit bila tengok abang Wan datang dan peluk Safa depan mata abang. Masa tu abang tak tahu yang itu abang kandung Safa. Makin parah sakitnya bila ternampak adegan mesra kat Pavilion. Tapi alhamdulillah, hati abang kembali lega bila dapat tahu yang mereka mahram Safa. Bila baru aje nak lega, datang pula Ryan yang panggil Safa my dear. Woo hati abang ni rasanya dah berplaster 10 lapisan! Takut punya pasal, abang bincang dengan abang Sayf dan abang Wan. Tapi ingat senang ke diorang nak bagi permission? Macam-macam test diorang bagi kat abang dan alhamdulillah abang lepas tu yang terus call papa cakap abang nak meminang anak gadisnya. Papa pula test bab fardhu ain dan dia suruh abang hafaz surah al-Kahfi depan dia. Nasib baiklah abang memang dah biasa baca al-Kahfi tiap-tiap Jumaat. Abang bersyukur sangat dapat mengahwini Safa yang merupakan cinta pertama abang dan insyaAllah yang terakhir. Sudikah Safa Mawiyah binti Safiuddin menjadi isteri Dzihni Harith bin Zahran?” Mata bertentang mata. Mustahil aku tak tersentuh dengan luahannya. Tak sangka dia memendam rasa selama ini. Dimatanya aku hanya dapat melihat wajahku. Mata yang cantik dan berwarna coklat gelapnya membuatkan aku semakin tenggelam didalamnya. Perlahan aku mengangguk dan mengukir senyum.

“Terima kasih Safa! Abang cintakan Safa seikhlas hati abang selepas Allah, Rasul dan ibubapa abang.” Luah Dzihni lagi. Pantas dia menarik tubuhku ke dalam pelukannya. Hangat dan selesa. Hatiku berbunga dan sesungguhnya aku bersyukur diatas nikmat cinta yang Allah kurniakan terhadap aku. Apa lagi yang aku mahu? Keluarga yang menyayangiku, mertua yang sejuk mata memandang dan kini dah ada suami yang mencintai Allah. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah!

“Abang cintakan Safa sangat-sangat,” lafaznya sebelum memadam lampu dan membaca doa. Sesungguhnya aku sudah jatuh cinta dengan Dzihni Harith!


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cerpen paling panjang saya rasa huuhuu..okey sila layan cerpen ni sementara tunggu saya nak update IRA okey? Bawak bersabar~ (^-^)

20 comments:

SuhaFasihah said...

Wahaha berbonggol2 macam alien vs predator~ nice!!!

Good job sis...
Teruskan bedakwah dalam Katya ;)

SuhaFasihah said...

Karya*

Adeyhhh typo...

Norlyana Nasrin said...

Thanks Suha (^-^)
Hehe typo adalah perkara biasa hahaha~

Unknown said...

Best gila cerpen ni kakkkk.. papa dia tu dahsyat gilaaa siap bwak kayuuu besbol lagi hahaha.. mmg sy suka yg teramat dgn cerpen nii

Norlyana Nasrin said...

@nurliyana izzati: Alhamdulillah terima kasih..hehe sebab Abang Wan ni je manja2 jd papa dia 'keraskan' dengan pukulan hehehe~

(^-^)v

Anonymous said...

Ntah la saya rasa lawak bila abang abang safa buat cm tu..rasa macam comel..saya rasa mesti abang wan sweet gila kan dgn bakal isteri dy kan..

Norlyana Nasrin said...

Abang Wan memang comel huhu..ada cerita pasal dia dalam cerpen Bercinta Dengan Mamat Sengal.

Unknown said...

Semua cerpen akak best gilerrrrrr

Norlyana Nasrin said...

@Ayura Ayu: Alhamdulillah terima kasih dik~

InsyaAllah nnt akak keluarkan dalam bentuk buku. Adik boleh beli & baca puas2~ hehee~

(^-^)v

lisanna said...

Best sngt sngt sweet

Norlyana Nasrin said...

@lisanna: thanks (^-^)v

Anonymous said...

Adoi..sweetnye..blh kne kencing manis ni..

Norlyana Nasrin said...

@Anonymous 12.39am: Huhuhu sila minum air kosong byk2 (^-^)v

Anonymous said...

Cerpen ni paling best dalam banyak banyak cerpen saya baca..memang terbaik lah cerpen ..i love it

Norlyana Nasrin said...

@Anonymous: Alhamdulillah. Thanks (^-^)v

Unknown said...

Tenang jer bca... suka sgt..

Norlyana Nasrin said...

@Hazwani Safura: Alhamdulillah. Thanks (^-^)v

hamba Allah said...

Best nyerrr.Dah bnyak kli baca tetap juga senyum-senyum dengan kesengalan abang wan.Hahaha😂😂😂😂😂😂😂😂😂

DOCTOR MARTEN said...

Adakah anda ingin membeli buah pinggang atau anda mahu menjual buah pinggang anda?
buah pinggang? Adakah awak
mencari peluang untuk menjual buah pinggang anda dengan wang
kerana kerosakan kewangan dan anda tidak tahu apa yang perlu dilakukan
lakukan, kemudian hubungi kami hari ini dan kami akan memberikan kebaikan kepada anda
jumlah wang $ 400,000 dolar untuk Buah Pinggang anda. Nama saya DOCTOR MARTEN
saya seorang Nefrologi di MARTEN HOSPITAL. Hospital kami adalah
khusus dalam Pembedahan Ginjal dan kami juga menangani
pembelian dan pemindahan buah pinggang dengan wang sara hidup
penderma yang sepadan.
Kami terletak di India, Turki, Amerika Syarikat, Malaysia, Dubai
Sekiranya anda berminat menjual atau membeli buah pinggang, jangan
teragak-agak untuk menghubungi kami melalui e-mel.
E-mel: martenhospital@gmail.com

Selamat sejahtera

DR MARTEN

DOCTOR MARTEN said...

Adakah anda ingin membeli buah pinggang atau anda mahu menjual buah pinggang anda?
buah pinggang? Adakah awak
mencari peluang untuk menjual buah pinggang anda dengan wang
kerana kerosakan kewangan dan anda tidak tahu apa yang perlu dilakukan
lakukan, kemudian hubungi kami hari ini dan kami akan memberikan kebaikan kepada anda
jumlah wang $ 400,000 dolar untuk Buah Pinggang anda. Nama saya DOCTOR MARTEN
saya seorang Nefrologi di MARTEN HOSPITAL. Hospital kami adalah
khusus dalam Pembedahan Ginjal dan kami juga menangani
pembelian dan pemindahan buah pinggang dengan wang sara hidup
penderma yang sepadan.
Kami terletak di India, Turki, Amerika Syarikat, Malaysia, Dubai
Sekiranya anda berminat menjual atau membeli buah pinggang, jangan
teragak-agak untuk menghubungi kami melalui e-mel.
E-mel: martenhospital@gmail.com

Selamat sejahtera

DR MARTEN