taken from here |
“Kau jangan nak tunjuk gangster
kat sini okey? Aku taiko kat sini jadi sila respect
aku faham!” Wajah sahaja bengis tapi badan kurus keding. Sekali aku lesing
mahu masuk hospital! Tapi disebabkan aku baru sahaja bertukar ke sekolah ni
baik aku buat baik-baik dulu. Malas aku nak bertukar sekolah lagi.
“Kau budak tingkatan berapa?” soal si ‘taiko’ sambil menyilang tangan
ditubuh.
“Tingkatan lima,” balasku dengan muka selamba. Mahu terperanjat muka
masing-masing. Mungkin disebabkan muka aku yang tak menampakkan usia, maka
mereka senang-senang sahaja mahu membuli. Tak tahu yang aku ditukarkan sekolah
kerana kes membuli.
“Kau jangan nak tipu kitorang! Muka macam ni tingkatan lima?” Ek eleh kalau
akulah, lantaklah kalau kau 30 tahun sekalipun! Kalau nak belasah apa kira?
“Woi apa korang buat ni!” jerit seorang budak perempuan yang bertudung
biru. Oh pengawas rupanya.
“Cik pengawas, kalau kau tak nak kena dengan kitorang baik kau blah!” ugut
si ‘taiko’ dengan muka konon ala-ala Genghis Khan.
“Apa ni? Jangan nak membuli budak baru!” seorang lagi pengawas perempuan
datang lantas menengking si ‘taiko’. Bertudung labuh dan boleh dikategorikan
gadis yang tinggi lampai. Wajah pengawas yang lagi sorang ni memang comel gila!
“Bos, baik kita blah bos. Tu adik Ikmal. Mati kita kalau si Ikmal ingat
kita buli adik dia.” Nasihat seorang pengikut si ‘taiko’.
“Ikmal? Blah weh!” lintang-pukang si ‘taiko’ berlari sebaik sahaja
mendengar nama yang disebut oleh si pengikut. Ceh, samseng taik kucing!
“Weh kau okey tak ni? Nama aku Wirdatul Husna dan yang ni Myra Humairah.
Kau budak baru ye? Maaflah diorang tu kalau ada budak baru masuk je terus nak
tunjuk terer padahal hancus. Mari kami bawa ke bilik guru.”
“Boleh aku tahu kenapa diorang takut sangat dengan Ikmal?” Hanya Wirdatul Husna
itu sahaja yang tersenyum dengan soalanku manakala Myra Humairah pula
menayangkan muka tak selesa.
“Kau akan tahu nanti. Mari!” Aku hanya menurut setelah kedua-duanya sudah
jauh bergerak ke hadapan.Aku memerhatikan seni bina dan landskap sekolah yang
boleh dikatakan sekolah terbaik di negeri ini. Dengan pengaruh ayah tiri aku,
senang sahaja aku dapat bertukar ke sini. Huh dunia!
“Kau ingat ni pengawas sekolah ni bibik kau ke apa?! Tengking sesuka hati
padahal sendiri yang buat salah! Lari sepuluh pusingan dalam masa seminit!
Kalau tak lepas buat sampai boleh!” bunyi pekikan ala Hitler seorang pengawas
lelaki di padang mengerunkan mereka-mereka disitu. Kalah lipas kudung
pelajar-pelajar lelaki yang didenda berlari.
“Oh kalau nak tahu, tu la Ikmal. Dia ketua pengawas yang paling berpengaruh
dalam sejarah sekolah. Cikgu-cikgu sini memang serahkan kuasa kat dia. Jangan
cari pasal dengan dia okey?”
“Husna, awak cakap macam abang saya tu kejam sangat. Dia garang pada yang
tak patuh peraturan sahaja. Dia baik sebenarnya.” Aku memandang pengawas tinggi
lampai itu. Oh backing abang dia.
“Aku Murshid. Lupa pula nak kenalkan diri tadi. Aku kena tukar sekolah
sebab kes membuli.” Membulat mata si Wirdatul mendengarkan sebab aku menukar
sekolah.
“Huh! Rupanya kau sama je dengan diorang tadi! Buang masa kami tolong kau!”
menjengil mata si Wirdatul Husna memandangku. Huh perempuan kerek!
“Aku tak rasa aku ada jerit minta tolong tadi,” balasku dengan nada yang
menjengkelkan.
“Husna, Murshid. Janganlah gaduh! Murshid, saya rasa ada sebab awak buat
macam tu kan? Sebab tadi saya tengok awak tak balas pun apa yang diorang cakap.
Yang lepas tu tak payah nak ingat lagi. Masa sekarang ni yang penting. You can turn over a new leaf right?”
Woah terkedu terus aku dengan reaksi pengawas tinggi lampai ini. Oh aku rasa
aku dah jatuh cinta!
“Psst Humairah psst.” Dah macam pengendap apa entah aku sekarang ni. Hadiah
yang aku beli khas untuk gadis yang berjaya mencuri hatiku dibalut kemas dengan
kertas pembalut hadiah. Malulah aku kalau orang lain nampak! Muka macho tapi
cair gila bila berdepan dengan Cik Pengawas tinggi lampai ini.
“Eh Murshid! Buat apa kat sini?” Oh Myra Humairah, nasib baik kau duduk
dekat tepi tingkap. Aku hanya mampu tersengih. Siapa tak pelik kalau tengok aku
mencangkung tepi kelas elit sekolah ni? Hanya budak-budak yang IQ luar biasa
sahaja yang dimasukkan ke kelas elit. Aku? Hehe walaupun aku macam budak tak
ada harapan tapi aku budak kelas pertama tahu? Nak tambah poyo, aku pelajar
terbaik Matematik Tambahan dan Fizik dalam sekolah. Tak dapat masuk kelas elit
sebab masalah disiplin dengan aku yang tak berapa suka matapelajaran Kimia.
“Happy birthday. Ni hadiah dari
aku. Bukalah.” Nasib baiklah tak ada cikgu. Kalau tak sampai aku kering aku kat
luar ni dia takkan hiraukan aku punya! Pernah je sampai demam-demam aku
mencangkung kat luar dengan hujan lebat tapi dia tak perasan sebab terlalu
fokus dengan pelajaran yang diajar guru. Huhu esoknya aku masuk wad. Tapi tak
apa sebab dia datang melawat dengan abangnya..erk!
“Terima kasih Murshid.” Woo bersinar-sinar muka dia apabila tersenyum. Dia
ni pendiam dan jarang senyum. Dekat sekolah ni, tak ramai yang berani dekat
dengan dia sebab takutkan abang dia yang kejam kalah Adolf Hitler!
“Humairah, ni pensil ajaib tau! Setiap kali aku pakai pensil ni, aku mesti
dapat markah penuh. Walaupun kau pandai, tapi aku nak bagi benda yang paling
aku suka kat kau. Tapi jangan percaya bulat-bulat nanti jadi syirik la pula,”
gila kalut aku bercakap sampai melalut-lalut. Dia hanya mengangguk.
“Baiklah Murshid, baik awak balik ke kelas sebab sekejap lagi cikgu akan
masuk.” Dia memberi salam sebelum menutup kembali tingkap. Hmm kelas elit ni
istimewa sikit sebab kelas mereka sahaja berhawa dingin dan memakai tingkap
gelongsor. Kelas kami yang biasa-biasa ni takat pakai kipas tiga biji dan
tingkap biasa. Salah satu cara sekolah nak menggalakkan para pelajar belajar
pandai-pandai dan jadi exceptional
macam pelajar-pelajar elit.
Aku sangkakan
hubungan baikku dengan Myra Humairah akan berkekalan tapi..
“Amboi kau Murshid! Mesra je aku tengok dengan adik Ikmal? Awek kau ke?”
Fahmi, rakan sekelasku bertanya sambil menghulurkan pinggan yang diisi sekeping
pizza kepadaku. Punya sengal budak Fahmi ini siap order pizza untuk dihantar ke sekolah sebab tiba-tiba tekaknya rasa
nak makan. Mahu tercengang pakcik guard
tadi.
“Kenapa?”
“Kau tahukan dia tu sebenarnya ramai gila yang minat termasuklah aku tapi
takut dengan abang dia punya pasal, ramai senyapkan je.” Gila berselera budak
tu makan pizza sambil bercerita.
“Betul ke ramai yang suka dia?”
“Ye..kau tak perasan ke waktu
birthday dia hari tu satu beg besar hadiah dia bawa balik? Ikutkan kejam si
Ikmal, mahu je dia buang tapi Humairah tu baik dan terima aje siapa bagi hadiah
kat dia pun.”
“Macam mana kau tau?” soalku lagi.
“Aku pernah tumpang diorang balik tahun lepas dan kebetulan masa tu birthday si Humairah. Terbantut terus
niat aku nak bagi hadiah bila si Ikmal ugut nak buang semua hadiah.” Aku
teringat akan hadiah yang aku berikan kepadanya. Apalah sangat nilai hadiah itu
kalau nak dibandingkan dengan hadiah-hadiah budak-budak kaya kat sini?
Mengingatkan tentang itu membuatkan aku tiba-tiba menjadi marah. Pizza yang
masih berbaki aku campakkan ke lantai. Fahmi yang terkejut hanya diam membisu.
“Ah aku tak peduli! Humairah tu awek aku! Mati kalau ada yang nak dekat
dengan dia!” Entah macam mana boleh pula si Husna dengan Humairah tiba-tiba
muncul. Merah padam muka si pujaan hatiku membuatkan aku serba tak kena.
“Husna mari kita pergi. Murshid kutip balik sampah yang kamu buang.” Myra
Humairah berlalu meninggalkan aku dan Fahmi yang masih dalam keadaan terkedu.
Sejak dari hari itu, dia sudah tidak mempedulikan aku lagi dan semakin teruk
selepas aku membuat onar pada pelajar OKU yang paling istimewa disekolah kami.
Lima tahun
berlalu....
“Murshid, awak masuk pertandingan kali ini?” tanya Chiaki. Aku yang kini
melanjutkan pelajaran ke Universiti Tokyo memang aktif dan sering mengambil
bahagian dalam setiap aktiviti yang diadakan baik oleh fakulti atau antara universiti.
Gembira kerana disamping mendapat pengalaman, dapat juga menimba sedikit
sebanyak ilmu orang Jepun yang terkenal dengan sifat gigih mereka.
“Mestilah masuk! Saya sedang siapkan motherboard.
Kamu?” Berada didalam Department of
Systems Innovations dibawah fakulti kejuruteraan memerlukan pelajar yang
sentiasa pro-aktif dalam mencipta sesuatu yang baru yang boleh dimanfaatkan.
“Oh kali ini saya tak masuk sebab nak tumpukan perhatian untuk projek tahun
akhir.” Aku hanya mengangguk. Aku tak risau tentang projek tahun akhir kerana
aku sudah siapkan hampir kesemuanya dan sekarang aku perlukan lakukan sesuatu
untuk memastikan otakku sentiasa berjalan.
“Kali ini awak buat apa?” Chiaki mendekatiku sambil membelek kertas blueprint.
“Benda yang senang sahaja. Robot yang mengingatkan pesakit untuk makan ubat
mengikut waktu dan dose yang
ditetapkan,” terangku. Memang lain sungguh dengan apa yang selalu aku lakukan tapi
ini adalah cara untuk melepaskan tekanan.
“Menarik. Baiklah saya balik ke hostel dulu. Semoga berjaya.” Aku
menyambung kerja setelah menghantar Chiaki keluar dari bilik kerjaku.
Tiba di hari
pertandingan, ramai peserta yang hadir dan rekaan mereka hampir membuatkan aku
menyorok robot rekaanku. Walaubagaimanapun, ada sesetengah mereka yang rekaan
sudah bagus tapi bermasalah dari segi teknikal dan kurang praktikal. Apa
kejadah robot saiz Optimus Prime tapi tugasnya hanya membaja tanaman. Isk kutuk
orang pula! Ketika sesi penilaian, mataku tertumpu pada seorang pelajar
perempuan tapi tak lama kerana tiba-tiba dia hilang dari pandangan. Hmm macam
kenal..
“Congratulation Murshid! As expected from a special scholarship
student. Keep up tha good work!” Aku mengucapkan terima kasih sebelum
beredar dengan hadiah yang diterima. Sijil akan diberikan ketika perhimpunan antara fakulti nanti.
“Tomare!” jerit seorang perempuan
dari arah belakang dan apabila aku berpaling aku hanya nampak tapak kasut.
Apakah?! Terus gelap-gelita duniaku..
Putih. Mataku
perlahan-lahan kubuka. Aku kat mana ni? Macam hospital..
“Err hai? Maaf tadi saya tersilap sepak orang.” Okey aku dah ingat. Aku
pengsan sebab kena sepak dengan seorang perempuan dikepala. Fuh terasa bergegar
sekejap otak aku. Sekejap kenapa muka dia ni macam kenal je?
“Wirdatul Husna?” soalku apabila mengecam wajah dihadapanku. Subhanallah
semakin cantik dia sekarang tapi..perangai ganas masih tak berubah-ubah.
“Err ni siapa? Sorry tak ingat.”
Hmm tak apalah bukannya aku ni budak popular pun kat sekolah dulu.
“Murshid. Tak ingat lagi?”
“Ya Allah! Murshid? Maaf saya betul-betul tak cam awak sebab awak dah hen..”
segera dia menekup mulutnya. Sekejap. Tadi dia nak cakap apa? Apasal aku rasa
macam bunga sakura tengah berkembang mekar dalam hati padahal tengah musim
sejuk? Adakah ini kesan akibat disepak tadi?
“Husna buat apa kat sini? Belajar ke?” soalku setelah mahu dua minit juga kami
berdiam diri.
“Saya belajar di TMU. Tadi saya pergi jalan-jalan tengok pertandingan
rekacipta. Boleh pula masa balik ada orang curi beg saya. Padahal penuh dengan
buku je. Kejar punya kejar tu yang tadi tersepak awak. Nasib baik ada orang
lain tolong kejarkan pencuri tadi.”Husna siap tunjuk beg bukunya kepadaku. Aiyo
Cik Husna, beg buku pun tapi jenama Longchamp siapa tak nak curi?
“Murshid pun belajar kat sini ke?”
“Haah kat Todai. Saya kat mana ni sekarang?”
“Ni klinik universiti saya. Tadi saya dah minta kawan saya tengokkan. Nasib
baik tak ada apa-apa. Tapi kalau Murshid ada ramai pening-pening lagi atau rasa
nak muntah. Beritahu saya ye?” terpaku 10 saat aku bila dengar si Husna ni
cakap lembut-lembut. Comel gila dia sekarang! Cermin mata dengan pendakap gigi dah
tak ada. Tudung labuh tak ada extra bonggol dibelakang. Memang menepati
ciri-ciri wanita idaman..ehey~
“Murshid? Awak okey tak ni?” soalnya cemas. Macam mana tak cemas tiba-tiba
aje aku terdiam huhu..
“Okey je. Baiklah Husna. Saya rasa saya dah okey. InsyaAllah lain kali kita
jumpa ye.” Aku bangun dari katil pesakit. Beg dan hadiah aku tadi aku ambil.
Lama-lama kat sini mahu naya permainan perasaan ditambah dengan kehadiran yang ‘ketiga’.
“Murshid, ni nombor saya. Kalau ada rasa sakit ke apa. Telefon saya ye?”
Sehelai kertas diberikan kepadaku. Aku mengangguk dan lalu memasukkan kertas yang
diberi ke dalam beg.
Beg buku Husna. Source UK Longchamp |
Cuti semester
bermula. Tak seperti pelajar luar yang lain, aku tak pulang ke Malaysia. Aku
lebih suka tinggal disini dan bergaul dengan penduduk setempat. Buat apa
belajar dinegara orang tapi tak mahu bergaul dan mempelajari adat serta nilai
hidup mereka? Bukan aku tak bergaul dengan pelajar Malaysia yang lain, cuma aku
lebih suka bercampur dengan ramai orang.
Permandangan teluk
Tokyo yang terletak di selatan wilayah Kanto pada waktu pagi merehatkan mindaku.
Cuti-cuti beginilah aku akan bermusafir di bumi Jepun. Dulu ketika selepas SPM,
aku mengambil kursus bahasa Jepun sebab aku memang bertekad mahu melanjutkan
pelajaran di negara matahari terbit ini. Kelihatan Shimizu TRY 2004 Mega
Pyramid yang gah diatas teluk Tokyo. Projek yang menjadi penyelesaian kekurangan
ruang di Jepun. Struktur binaan yang 12 kali lebih tinggi dari piramid Giza dan
merupakan terbesar yang dibina dalam sejarah peradaban manusia.
“Murshid?” Aku menoleh ke arah suara yang memanggil namaku. Oh Husna
rupanya. Disebelahnya ada seorang lelaki yang aku kira berumur dalam lewat
40an.
“Papa, inilah kawan Husna yang belajar di Todai tu.” Oh papa dia rupanya.
Lega sikit.
“Assalamualaikum. Saya Murshid.” Aku memberi salam sambil menghulurkan
tangan untuk bersalaman.
“Waalaikumussalam. Oh Murshid,nama pakcikAzhad.” Pakcik Azhad menyambut
huluran tanganku.
“Pakcik kerja dekat sini ke?” soalku ramah.
“Tak. Kebetulan pakcik ada seminar disini tu yang lawat Husna sekali. Kamu
nak ke mana ni?”
“Saya cadang nak pergi Shibuya lepas ni saja nak jalan-jalan beli bekalan
nak travel.” Nasib baiklah papa Husna
ni ramah kalau tak mati akal juga aku.
“Oh kebetulan kami pun nak ke sana. Marilah sekali, pakcik ada sewa kereta.”
Aku mengangguk setuju. Tak sampai hati pula nak menolak lagipun apa salahnya
kalau dah sama arah.
Di Shibuya, kami
berjalan-jalan di pusat beli-belah Tokyu. Aku pun pelik macam mana aku boleh
terikut sekali teman si Husna beli barang. Nasib baiklah dia bukan jenis perempuan
yang kuat shopping kalau tak naya
aku. Papa dia tiba-tiba dapat panggilan dari rakan sejawat yang memaksa dia
kembali ke tempat seminar. Nak tak nak aku kena temankan si Husna ni. Bahaya
kot perempuan jalan seorang diri di bumi asing ni dan atas amanah papa dia juga
aku kena pastikan budak ni balik ke TMU lepas beli barang. Memang habis beli
barang aku dengan dia tak adanya aku nak melencong, aku hantar dia ke TMU
sebelum balik ke hostel aku. Teringat aku pasal peristiwa sengal si Husna ni..
“Murshid, kenapa ramai orang muda pergi tempat tu? Macam menarik je.” Aku
melihat ke arah tempat yang ditunjuk oleh Husna. Mak aih macam mana nak jawab
ni?! Love Hotel Hill. Tempat dimana
pasangan kekasih berhenti ‘berehat’ seketika. Adui Husna, aku ni nampak aje macho tapi pemalu tahu?
“Err Husna, kita pergi tempat lain jom.”
“Murshid, kenapa tak jawab soalan?” Husna menayang muka ingin tahunya
kepadaku. Comel memag comel tapi aku yang serba-salah nak jawab macam mana
dekat dia ni. Haduilah...ah beritahu jela!
“Husna tempat tu banyak love hotel.
Faham-faham jela apa yang diorang buat kat situ.” Husna masih menayang muka blur kepadaku. Alahai kudusnya anak
orang ni..
“Husna, diorang buat eksperimen biologi bahagian pembiakan.” Okey tak cara
budak kejuruteraan macam aku ni bagi penjelasan? Kalau dia tak faham aku tak
tahu nak kata apa dah. Muka dia yang memerah menunjukkan yang dia faham dengan
penjelasan aku. Baguslah aku pun dah tak tahu nak kias lagu mana.
Sejak dari hari
itu, boleh kata setiap kali dia ada soalan atau nak tanya jalan ke apa pasal
Tokyo ni dia akan telefon atau sms aku. Aku yang rasa semakin suka pada dia
terus memberitahu perasaan aku. Aku juga turut menelefon papa Husna meminta
izin untuk berhubungan dengan anaknya dan dia bagi green light tapi dengan syarat kami kena nikah dulu. Aku yang
memang tekad nak ke budak kudus itu terus meminta keluargaku di Malaysia untuk
uruskan majlis kami. Ikutkan aku nak aje nikah dan kahwin di Tokyo tapi
memikirkan tentang Husna, aku membuat keputusan untuk membuat majlis di
Malaysia sahaja.
Merah jambu
sahaja yang dapat aku lihat apabila mendongak ke langit. Bunga sakura yang cantik
merimbun di Ueno Park membuatkan ia
disenaraikan sebagai tempat popular untuk dilawati. Aku menolak stroller ke arah sebuah bangku yang
kosong. Anakku yang berusia satu tahun sedang enak tidur didalam stroller kupandang dengan penuh kasih.
Anak lelaki hasil perkahwinan antara aku dan Husna yang diberi nama Zahin Iman.
Kami sekeluarga menetap di Tokyo setelah aku mendapat tawaran bekerja di
Universiti Tokyo. Husna juga baru memulakan tugas di hospital universitinya.
Syukur dengan rezeki yang Allah kurniakan kepada kami.
Telefon pintar
yang berbunyi mematikan lamunanku.
“Assalamualaikum, abang nanti tolong belikan...” huhu panggilan telefon dari
si isteri membuatkan aku tersenyum sendiri. Segala jenis barang keperluan dia
sebut dan suruh aku beli. Terus terang cakap, manalah aku nak ingat semua?
“Waalaikumussalam. Sayang just
hantar list nanti abang beli okey?”
“Oh hehehe okey-okey.”
“Sayang.”
“Hmm?”
“Aishiteru..” dan aku tahu mesti dia sedang senyum-senyum depan telefon dia
sekarang. Hehehe...
***********************************************************************
Tomare = Berhenti.
p/s: Saya punya dah siap anda bagaimana? Mari2~rujuk syarat di sini
p/s 2: Shimizu TRY 2004 Mega Pyramid masih dalam proses pembinaan. Disebabkan cerita ini saya buat dari sudut masa depan maka saya anggarkan struktur ini sudah siap ketika itu.
p/s 3: Cerpen ini adalah kesinambungan dari cerpen Si Cacat itu Suami aku huhu~
13 comments:
"eksperimen biologi bahagian pembiakan". lol,bahasa kiasan terbaik pernah saya jumpa.
saya punya baru halfway siap, so tak tahulah bila nak habiskan. sekolah dah start so ambik masa sikitlah..
@adryz annissa: hehe tu la kalau tak faham lagi memang tak tau la huhu~
oh tak apa2 nanti dah siap linkkan dekat entry cabaran tu ek? (^-^)v
Apa jd dkt humaira
@anonymous: humairah pny cerita ada dlm cerpen lain. Link ada kat bhgn note atas.
Gempak
Gempak
Comel nya cerita
Comel nya cerita
@lisanna: thanks (^-^)v
hehe sis Murshid yg rmi org x tau huhu
Kiasan yg terbaik sy pnah jumpa...
@Kapten Darkness: Hahaha thanks (^-^)v
Allhamdulillah.best.siapa anonymous?memang setiap saya baca ada jak namanya.saya tertanya2?
@Nahadiyana Nasa: Terima kasih. Hehehe..anonymous - not identified by name; of unknown name. Lebih kepada pembaca yang komen tapi tak letak nama mereka.
(^-^)v
Post a Comment