Kapitalis

Monday, June 16, 2014

Cerpen Cabaran Terbuka: Si Jahat

taken from here  

“Kau jangan nak tunjuk gangster kat sini okey? Aku taiko kat sini jadi sila respect aku faham!” Wajah sahaja bengis tapi badan kurus keding. Sekali aku lesing mahu masuk hospital! Tapi disebabkan aku baru sahaja bertukar ke sekolah ni baik aku buat baik-baik dulu. Malas aku nak bertukar sekolah lagi.

“Kau budak tingkatan berapa?” soal si ‘taiko’ sambil menyilang tangan ditubuh.

“Tingkatan lima,” balasku dengan muka selamba. Mahu terperanjat muka masing-masing. Mungkin disebabkan muka aku yang tak menampakkan usia, maka mereka senang-senang sahaja mahu membuli. Tak tahu yang aku ditukarkan sekolah kerana kes membuli.

“Kau jangan nak tipu kitorang! Muka macam ni tingkatan lima?” Ek eleh kalau akulah, lantaklah kalau kau 30 tahun sekalipun! Kalau nak belasah apa kira?

“Woi apa korang buat ni!” jerit seorang budak perempuan yang bertudung biru. Oh pengawas rupanya.

“Cik pengawas, kalau kau tak nak kena dengan kitorang baik kau blah!” ugut si ‘taiko’ dengan muka konon ala-ala Genghis Khan.

“Apa ni? Jangan nak membuli budak baru!” seorang lagi pengawas perempuan datang lantas menengking si ‘taiko’. Bertudung labuh dan boleh dikategorikan gadis yang tinggi lampai. Wajah pengawas yang lagi sorang ni memang comel gila!

“Bos, baik kita blah bos. Tu adik Ikmal. Mati kita kalau si Ikmal ingat kita buli adik dia.” Nasihat seorang pengikut si ‘taiko’.

“Ikmal? Blah weh!” lintang-pukang si ‘taiko’ berlari sebaik sahaja mendengar nama yang disebut oleh si pengikut. Ceh, samseng taik kucing!

“Weh kau okey tak ni? Nama aku Wirdatul Husna dan yang ni Myra Humairah. Kau budak baru ye? Maaflah diorang tu kalau ada budak baru masuk je terus nak tunjuk terer padahal hancus. Mari kami bawa ke bilik guru.”

“Boleh aku tahu kenapa diorang takut sangat dengan Ikmal?” Hanya Wirdatul Husna itu sahaja yang tersenyum dengan soalanku manakala Myra Humairah pula menayangkan muka tak selesa.

“Kau akan tahu nanti. Mari!” Aku hanya menurut setelah kedua-duanya sudah jauh bergerak ke hadapan.Aku memerhatikan seni bina dan landskap sekolah yang boleh dikatakan sekolah terbaik di negeri ini. Dengan pengaruh ayah tiri aku, senang sahaja aku dapat bertukar ke sini. Huh dunia!

“Kau ingat ni pengawas sekolah ni bibik kau ke apa?! Tengking sesuka hati padahal sendiri yang buat salah! Lari sepuluh pusingan dalam masa seminit! Kalau tak lepas buat sampai boleh!” bunyi pekikan ala Hitler seorang pengawas lelaki di padang mengerunkan mereka-mereka disitu. Kalah lipas kudung pelajar-pelajar lelaki yang didenda berlari.

“Oh kalau nak tahu, tu la Ikmal. Dia ketua pengawas yang paling berpengaruh dalam sejarah sekolah. Cikgu-cikgu sini memang serahkan kuasa kat dia. Jangan cari pasal dengan dia okey?”

“Husna, awak cakap macam abang saya tu kejam sangat. Dia garang pada yang tak patuh peraturan sahaja. Dia baik sebenarnya.” Aku memandang pengawas tinggi lampai itu. Oh backing abang dia.

“Aku Murshid. Lupa pula nak kenalkan diri tadi. Aku kena tukar sekolah sebab kes membuli.” Membulat mata si Wirdatul mendengarkan sebab aku menukar sekolah.

“Huh! Rupanya kau sama je dengan diorang tadi! Buang masa kami tolong kau!” menjengil mata si Wirdatul Husna memandangku. Huh perempuan kerek!

“Aku tak rasa aku ada jerit minta tolong tadi,” balasku dengan nada yang menjengkelkan.

“Husna, Murshid. Janganlah gaduh! Murshid, saya rasa ada sebab awak buat macam tu kan? Sebab tadi saya tengok awak tak balas pun apa yang diorang cakap. Yang lepas tu tak payah nak ingat lagi. Masa sekarang ni yang penting. You can turn over a new leaf right?” Woah terkedu terus aku dengan reaksi pengawas tinggi lampai ini. Oh aku rasa aku dah jatuh cinta!




“Psst Humairah psst.” Dah macam pengendap apa entah aku sekarang ni. Hadiah yang aku beli khas untuk gadis yang berjaya mencuri hatiku dibalut kemas dengan kertas pembalut hadiah. Malulah aku kalau orang lain nampak! Muka macho tapi cair gila bila berdepan dengan Cik Pengawas tinggi lampai ini.

“Eh Murshid! Buat apa kat sini?” Oh Myra Humairah, nasib baik kau duduk dekat tepi tingkap. Aku hanya mampu tersengih. Siapa tak pelik kalau tengok aku mencangkung tepi kelas elit sekolah ni? Hanya budak-budak yang IQ luar biasa sahaja yang dimasukkan ke kelas elit. Aku? Hehe walaupun aku macam budak tak ada harapan tapi aku budak kelas pertama tahu? Nak tambah poyo, aku pelajar terbaik Matematik Tambahan dan Fizik dalam sekolah. Tak dapat masuk kelas elit sebab masalah disiplin dengan aku yang tak berapa suka matapelajaran Kimia.

Happy birthday. Ni hadiah dari aku. Bukalah.” Nasib baiklah tak ada cikgu. Kalau tak sampai aku kering aku kat luar ni dia takkan hiraukan aku punya! Pernah je sampai demam-demam aku mencangkung kat luar dengan hujan lebat tapi dia tak perasan sebab terlalu fokus dengan pelajaran yang diajar guru. Huhu esoknya aku masuk wad. Tapi tak apa sebab dia datang melawat dengan abangnya..erk!

“Terima kasih Murshid.” Woo bersinar-sinar muka dia apabila tersenyum. Dia ni pendiam dan jarang senyum. Dekat sekolah ni, tak ramai yang berani dekat dengan dia sebab takutkan abang dia yang kejam kalah Adolf Hitler!

“Humairah, ni pensil ajaib tau! Setiap kali aku pakai pensil ni, aku mesti dapat markah penuh. Walaupun kau pandai, tapi aku nak bagi benda yang paling aku suka kat kau. Tapi jangan percaya bulat-bulat nanti jadi syirik la pula,” gila kalut aku bercakap sampai melalut-lalut. Dia hanya mengangguk.

“Baiklah Murshid, baik awak balik ke kelas sebab sekejap lagi cikgu akan masuk.” Dia memberi salam sebelum menutup kembali tingkap. Hmm kelas elit ni istimewa sikit sebab kelas mereka sahaja berhawa dingin dan memakai tingkap gelongsor. Kelas kami yang biasa-biasa ni takat pakai kipas tiga biji dan tingkap biasa. Salah satu cara sekolah nak menggalakkan para pelajar belajar pandai-pandai dan jadi exceptional macam pelajar-pelajar elit.

Aku sangkakan hubungan baikku dengan Myra Humairah akan berkekalan tapi..

“Amboi kau Murshid! Mesra je aku tengok dengan adik Ikmal? Awek kau ke?” Fahmi, rakan sekelasku bertanya sambil menghulurkan pinggan yang diisi sekeping pizza kepadaku. Punya sengal budak Fahmi ini siap order pizza untuk dihantar ke sekolah sebab tiba-tiba tekaknya rasa nak makan. Mahu tercengang pakcik guard tadi.

“Kenapa?”

“Kau tahukan dia tu sebenarnya ramai gila yang minat termasuklah aku tapi takut dengan abang dia punya pasal, ramai senyapkan je.” Gila berselera budak tu makan pizza sambil bercerita.

“Betul ke ramai yang suka dia?”

“Ye..kau tak perasan ke waktu birthday dia hari tu satu beg besar hadiah dia bawa balik? Ikutkan kejam si Ikmal, mahu je dia buang tapi Humairah tu baik dan terima aje siapa bagi hadiah kat dia pun.”

“Macam mana kau tau?” soalku lagi.

“Aku pernah tumpang diorang balik tahun lepas dan kebetulan masa tu birthday si Humairah. Terbantut terus niat aku nak bagi hadiah bila si Ikmal ugut nak buang semua hadiah.” Aku teringat akan hadiah yang aku berikan kepadanya. Apalah sangat nilai hadiah itu kalau nak dibandingkan dengan hadiah-hadiah budak-budak kaya kat sini? Mengingatkan tentang itu membuatkan aku tiba-tiba menjadi marah. Pizza yang masih berbaki aku campakkan ke lantai. Fahmi yang terkejut hanya diam membisu.

“Ah aku tak peduli! Humairah tu awek aku! Mati kalau ada yang nak dekat dengan dia!” Entah macam mana boleh pula si Husna dengan Humairah tiba-tiba muncul. Merah padam muka si pujaan hatiku membuatkan aku serba tak kena.

“Husna mari kita pergi. Murshid kutip balik sampah yang kamu buang.” Myra Humairah berlalu meninggalkan aku dan Fahmi yang masih dalam keadaan terkedu. Sejak dari hari itu, dia sudah tidak mempedulikan aku lagi dan semakin teruk selepas aku membuat onar pada pelajar OKU yang paling istimewa disekolah kami.






Lima tahun berlalu....

“Murshid, awak masuk pertandingan kali ini?” tanya Chiaki. Aku yang kini melanjutkan pelajaran ke Universiti Tokyo memang aktif dan sering mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang diadakan baik oleh fakulti atau antara universiti. Gembira kerana disamping mendapat pengalaman, dapat juga menimba sedikit sebanyak ilmu orang Jepun yang terkenal dengan sifat gigih mereka.

“Mestilah masuk! Saya sedang siapkan motherboard. Kamu?” Berada didalam Department of Systems Innovations dibawah fakulti kejuruteraan memerlukan pelajar yang sentiasa pro-aktif dalam mencipta sesuatu yang baru yang boleh dimanfaatkan.

“Oh kali ini saya tak masuk sebab nak tumpukan perhatian untuk projek tahun akhir.” Aku hanya mengangguk. Aku tak risau tentang projek tahun akhir kerana aku sudah siapkan hampir kesemuanya dan sekarang aku perlukan lakukan sesuatu untuk memastikan otakku sentiasa berjalan.

“Kali ini awak buat apa?” Chiaki mendekatiku sambil membelek kertas blueprint.

“Benda yang senang sahaja. Robot yang mengingatkan pesakit untuk makan ubat mengikut waktu dan dose yang ditetapkan,” terangku. Memang lain sungguh dengan apa yang selalu aku lakukan tapi ini adalah cara untuk melepaskan tekanan.

“Menarik. Baiklah saya balik ke hostel dulu. Semoga berjaya.” Aku menyambung kerja setelah menghantar Chiaki keluar dari bilik kerjaku.





Tiba di hari pertandingan, ramai peserta yang hadir dan rekaan mereka hampir membuatkan aku menyorok robot rekaanku. Walaubagaimanapun, ada sesetengah mereka yang rekaan sudah bagus tapi bermasalah dari segi teknikal dan kurang praktikal. Apa kejadah robot saiz Optimus Prime tapi tugasnya hanya membaja tanaman. Isk kutuk orang pula! Ketika sesi penilaian, mataku tertumpu pada seorang pelajar perempuan tapi tak lama kerana tiba-tiba dia hilang dari pandangan. Hmm macam kenal..

Congratulation Murshid! As expected from a special scholarship student. Keep up tha good work!” Aku mengucapkan terima kasih sebelum beredar dengan hadiah yang diterima. Sijil akan diberikan ketika  perhimpunan antara fakulti nanti.

Tomare!” jerit seorang perempuan dari arah belakang dan apabila aku berpaling aku hanya nampak tapak kasut. Apakah?! Terus gelap-gelita duniaku..





Putih. Mataku perlahan-lahan kubuka. Aku kat mana ni? Macam hospital..

“Err hai? Maaf tadi saya tersilap sepak orang.” Okey aku dah ingat. Aku pengsan sebab kena sepak dengan seorang perempuan dikepala. Fuh terasa bergegar sekejap otak aku. Sekejap kenapa muka dia ni macam kenal je?

“Wirdatul Husna?” soalku apabila mengecam wajah dihadapanku. Subhanallah semakin cantik dia sekarang tapi..perangai ganas masih tak berubah-ubah.

“Err ni siapa? Sorry tak ingat.” Hmm tak apalah bukannya aku ni budak popular pun kat sekolah dulu.

“Murshid. Tak ingat lagi?”

“Ya Allah! Murshid? Maaf saya betul-betul tak cam awak sebab awak dah hen..” segera dia menekup mulutnya. Sekejap. Tadi dia nak cakap apa? Apasal aku rasa macam bunga sakura tengah berkembang mekar dalam hati padahal tengah musim sejuk? Adakah ini kesan akibat disepak tadi?

“Husna buat apa kat sini? Belajar ke?” soalku setelah mahu dua minit juga kami berdiam diri.

“Saya belajar di TMU. Tadi saya pergi jalan-jalan tengok pertandingan rekacipta. Boleh pula masa balik ada orang curi beg saya. Padahal penuh dengan buku je. Kejar punya kejar tu yang tadi tersepak awak. Nasib baik ada orang lain tolong kejarkan pencuri tadi.”Husna siap tunjuk beg bukunya kepadaku. Aiyo Cik Husna, beg buku pun tapi jenama Longchamp siapa tak nak curi?

“Murshid pun belajar kat sini ke?”

“Haah kat Todai. Saya kat mana ni sekarang?”

“Ni klinik universiti saya. Tadi saya dah minta kawan saya tengokkan. Nasib baik tak ada apa-apa. Tapi kalau Murshid ada ramai pening-pening lagi atau rasa nak muntah. Beritahu saya ye?” terpaku 10 saat aku bila dengar si Husna ni cakap lembut-lembut. Comel gila dia sekarang! Cermin mata dengan pendakap gigi dah tak ada. Tudung labuh tak ada extra bonggol dibelakang. Memang menepati ciri-ciri wanita idaman..ehey~

“Murshid? Awak okey tak ni?” soalnya cemas. Macam mana tak cemas tiba-tiba aje aku terdiam huhu..

“Okey je. Baiklah Husna. Saya rasa saya dah okey. InsyaAllah lain kali kita jumpa ye.” Aku bangun dari katil pesakit. Beg dan hadiah aku tadi aku ambil. Lama-lama kat sini mahu naya permainan perasaan ditambah dengan kehadiran yang ‘ketiga’.

“Murshid, ni nombor saya. Kalau ada rasa sakit ke apa. Telefon saya ye?” Sehelai kertas diberikan kepadaku. Aku mengangguk dan lalu memasukkan kertas yang diberi ke dalam beg.


Beg buku Husna. Source UK Longchamp  


Cuti semester bermula. Tak seperti pelajar luar yang lain, aku tak pulang ke Malaysia. Aku lebih suka tinggal disini dan bergaul dengan penduduk setempat. Buat apa belajar dinegara orang tapi tak mahu bergaul dan mempelajari adat serta nilai hidup mereka? Bukan aku tak bergaul dengan pelajar Malaysia yang lain, cuma aku lebih suka bercampur dengan ramai orang.

Permandangan teluk Tokyo yang terletak di selatan wilayah Kanto pada waktu pagi merehatkan mindaku. Cuti-cuti beginilah aku akan bermusafir di bumi Jepun. Dulu ketika selepas SPM, aku mengambil kursus bahasa Jepun sebab aku memang bertekad mahu melanjutkan pelajaran di negara matahari terbit ini. Kelihatan Shimizu TRY 2004 Mega Pyramid yang gah diatas teluk Tokyo. Projek yang menjadi penyelesaian kekurangan ruang di Jepun. Struktur binaan yang 12 kali lebih tinggi dari piramid Giza dan merupakan terbesar yang dibina dalam sejarah peradaban manusia.

“Murshid?” Aku menoleh ke arah suara yang memanggil namaku. Oh Husna rupanya. Disebelahnya ada seorang lelaki yang aku kira berumur dalam lewat 40an.

“Papa, inilah kawan Husna yang belajar di Todai tu.” Oh papa dia rupanya. Lega sikit.

“Assalamualaikum. Saya Murshid.” Aku memberi salam sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.

“Waalaikumussalam. Oh Murshid,nama pakcikAzhad.” Pakcik Azhad menyambut huluran tanganku.

“Pakcik kerja dekat sini ke?” soalku ramah.

“Tak. Kebetulan pakcik ada seminar disini tu yang lawat Husna sekali. Kamu nak ke mana ni?”

“Saya cadang nak pergi Shibuya lepas ni saja nak jalan-jalan beli bekalan nak travel.” Nasib baiklah papa Husna ni ramah kalau tak mati akal juga aku.

“Oh kebetulan kami pun nak ke sana. Marilah sekali, pakcik ada sewa kereta.” Aku mengangguk setuju. Tak sampai hati pula nak menolak lagipun apa salahnya kalau dah sama arah.

Di Shibuya, kami berjalan-jalan di pusat beli-belah Tokyu. Aku pun pelik macam mana aku boleh terikut sekali teman si Husna beli barang. Nasib baiklah dia bukan jenis perempuan yang kuat shopping kalau tak naya aku. Papa dia tiba-tiba dapat panggilan dari rakan sejawat yang memaksa dia kembali ke tempat seminar. Nak tak nak aku kena temankan si Husna ni. Bahaya kot perempuan jalan seorang diri di bumi asing ni dan atas amanah papa dia juga aku kena pastikan budak ni balik ke TMU lepas beli barang. Memang habis beli barang aku dengan dia tak adanya aku nak melencong, aku hantar dia ke TMU sebelum balik ke hostel aku. Teringat aku pasal peristiwa sengal si Husna ni..

“Murshid, kenapa ramai orang muda pergi tempat tu? Macam menarik je.” Aku melihat ke arah tempat yang ditunjuk oleh Husna. Mak aih macam mana nak jawab ni?! Love Hotel Hill. Tempat dimana pasangan kekasih berhenti ‘berehat’ seketika. Adui Husna, aku ni nampak aje macho tapi pemalu tahu?

“Err Husna, kita pergi tempat lain jom.”

“Murshid, kenapa tak jawab soalan?” Husna menayang muka ingin tahunya kepadaku. Comel memag comel tapi aku yang serba-salah nak jawab macam mana dekat dia ni. Haduilah...ah beritahu jela!

“Husna tempat tu banyak love hotel. Faham-faham jela apa yang diorang buat kat situ.” Husna masih menayang muka blur kepadaku. Alahai kudusnya anak orang ni..

“Husna, diorang buat eksperimen biologi bahagian pembiakan.” Okey tak cara budak kejuruteraan macam aku ni bagi penjelasan? Kalau dia tak faham aku tak tahu nak kata apa dah. Muka dia yang memerah menunjukkan yang dia faham dengan penjelasan aku. Baguslah aku pun dah tak tahu nak kias lagu mana.




Sejak dari hari itu, boleh kata setiap kali dia ada soalan atau nak tanya jalan ke apa pasal Tokyo ni dia akan telefon atau sms aku. Aku yang rasa semakin suka pada dia terus memberitahu perasaan aku. Aku juga turut menelefon papa Husna meminta izin untuk berhubungan dengan anaknya dan dia bagi green light tapi dengan syarat kami kena nikah dulu. Aku yang memang tekad nak ke budak kudus itu terus meminta keluargaku di Malaysia untuk uruskan majlis kami. Ikutkan aku nak aje nikah dan kahwin di Tokyo tapi memikirkan tentang Husna, aku membuat keputusan untuk membuat majlis di Malaysia sahaja.





Merah jambu sahaja yang dapat aku lihat apabila mendongak ke langit. Bunga sakura yang cantik merimbun di Ueno Park membuatkan ia disenaraikan sebagai tempat popular untuk dilawati. Aku menolak stroller ke arah sebuah bangku yang kosong. Anakku yang berusia satu tahun sedang enak tidur didalam stroller kupandang dengan penuh kasih. Anak lelaki hasil perkahwinan antara aku dan Husna yang diberi nama Zahin Iman. Kami sekeluarga menetap di Tokyo setelah aku mendapat tawaran bekerja di Universiti Tokyo. Husna juga baru memulakan tugas di hospital universitinya. Syukur dengan rezeki yang Allah kurniakan kepada kami.

Telefon pintar yang berbunyi mematikan lamunanku.

“Assalamualaikum, abang nanti tolong belikan...” huhu panggilan telefon dari si isteri membuatkan aku tersenyum sendiri. Segala jenis barang keperluan dia sebut dan suruh aku beli. Terus terang cakap, manalah aku nak ingat semua?

“Waalaikumussalam. Sayang just hantar list nanti abang beli okey?”

“Oh hehehe okey-okey.”

“Sayang.”

“Hmm?”

“Aishiteru..” dan aku tahu mesti dia sedang senyum-senyum depan telefon dia sekarang. Hehehe...


***********************************************************************
Tomare = Berhenti.

p/s: Saya punya dah siap anda bagaimana? Mari2~rujuk syarat di sini
p/s 2: Shimizu TRY 2004 Mega Pyramid masih dalam proses pembinaan. Disebabkan cerita ini saya buat dari sudut masa depan maka saya anggarkan struktur ini sudah siap ketika itu. 
p/s 3: Cerpen ini adalah kesinambungan dari cerpen Si Cacat itu Suami aku huhu~

13 comments:

Unknown said...

"eksperimen biologi bahagian pembiakan". lol,bahasa kiasan terbaik pernah saya jumpa.

saya punya baru halfway siap, so tak tahulah bila nak habiskan. sekolah dah start so ambik masa sikitlah..

Norlyana Nasrin said...

@adryz annissa: hehe tu la kalau tak faham lagi memang tak tau la huhu~

oh tak apa2 nanti dah siap linkkan dekat entry cabaran tu ek? (^-^)v

Anonymous said...

Apa jd dkt humaira

Norlyana Nasrin said...

@anonymous: humairah pny cerita ada dlm cerpen lain. Link ada kat bhgn note atas.

lisanna said...

Gempak

lisanna said...

Gempak

lisanna said...

Comel nya cerita

lisanna said...

Comel nya cerita

Norlyana Nasrin said...

@lisanna: thanks (^-^)v

hehe sis Murshid yg rmi org x tau huhu

Joker said...

Kiasan yg terbaik sy pnah jumpa...

Norlyana Nasrin said...

@Kapten Darkness: Hahaha thanks (^-^)v

Unknown said...

Allhamdulillah.best.siapa anonymous?memang setiap saya baca ada jak namanya.saya tertanya2?

Norlyana Nasrin said...

@Nahadiyana Nasa: Terima kasih. Hehehe..anonymous - not identified by name; of unknown name. Lebih kepada pembaca yang komen tapi tak letak nama mereka.

(^-^)v