taken from here |
“Emir, saya dah emel fail projek Gione.” Adriana menutup skrin laptop.
Langkahnya dipanjangkan ke balkoni. Sejak malam tadi dia menyiapkan kertas
kerja dan membuat proofreading untuk
projek Gione. Walaupun tidak ke pejabat, segala urusan kerja diuruskan melalui
Skype, emel dan panggilan telefon. Cara kerja yang menggunakan teknologi dan
yang pasti lebih cepat lagi menyenangkan hidup.
“Baik Puan Adriana. Meeting hari
Rabu ni datang tak?” soal Emir di talian. Adriana berfikir sejenak. Sekalipun
ada teknologi, apabila ingin menandatangani sebarang dokumen atau perbincangan
penting, lebih baik jika dibuat secara berdepan.
“Puan?”
“Okey saya datang. Nanti emel sahaja maklumat terperinci pasal meeting tu kat saya.” Adriana menamatkan
panggilan. Dia memeluk tubuh sambil menikmati permandangan dari balkoni
rumahnya. Perlahan dia mengusap perutnya. Perutnya masih kempis dek
kandungannya yang baharu berusia sebulan. Cuaca waktu pagi mendamaikan hatinya.
Lupa seketika tentang masalah rumahtangganya. Bohong jika dia mengatakan yang
dia langsung tidak teringat tentang suami yang ditinggalkan. Rindu itu ada tapi
dia sakit hati apabila mengingati sebab dia meninggalkan Firdaus.
Bunyi deringan
telefon pintarnya mematikan lamunan. Adriana melihat nama yang tertera di skrin
dengan wajah selamba.
“Hmm tahu-tahu sahaja yang kita teringatkan dia.” Nama Firdaus yang tertera
dipandang sepi lantas dia mematikan telefon. Dalam sehari, beribu-ribu kali
juga Firdaus menelefonnya namun tidak sekalipun dia mengangkat. Hiperbola
sungguh! Argh memang dia tak kira tapi banyak kali jugalah sampai mahu sahaja
dia tinggalkan telefon pintarnya di rumah sekiranya dia keluar berjalan-jalan
dengan Suha. Menganggu ketenteram sungguh! Tak ada kerja ke si Firdaus ni?
Apahal tak telefon Jannah je? Kan Jannah diciptakan untuk Firdaus? Getus hatinya
geram. Telefonnya segera ditukarkan kepada vibrate
mode dan diletakkan diatas meja konsul. Dia mahu berehat dan menggantikan
tidurnya malam tadi. Ibu mengandungkan kena banyakkan berehat?
Firdaus memandang
lesu ke arah skrin telefon pintarnya. Penat dia menelefon isterinya namun tidak
sekalipun berangkat. Sedih, penat dan rindu. Gilalah jika tak rindu pada isteri
sendiri. Tiap-tiap malam dia tidur dengan memeluk bantal Adriana. Tak cukup
dengan itu, minyak wangi isterinya juga yang dibantai tiap-tiap hari. Sampaikan
makcik pencuci di pejabatnya menegur bau minyak wanginya sama seperti bau
minyak wangi anak perempuannya. Malu ke tak dia dah tak peduli. Perasaan rindu
itu mengatasi segalanya.
Firdaus membuka pelan-pelan
dan lukisan untuk hiasan dalaman M Hotel. Kerja sahaja yang dapat membuatkan
dia terlupa seketika tentang masalahnya. Setiap hari dia bekerja sampai lewat
malam dan semestinya projek M Hotel betul-betul memerlukan perhatian yang lebih
dan dia yakin jika hiasan dalamannya mendapat perhatian, syarikatnya juga yang
akan dapat untungnya.
Sedang dia
menumpukan perhatian pada grid lukisan, telefon pintarnya berbunyi. Pantas dia
menjawab panggilan memikirkan yang mungkin Adriana yang menelefonnya. Namun sedikit
hampa apabila melihat nama yang tertera di skrin.
“Assalamualaikum, Firdaus. Mia dah selamat lahirkan putera sulung kami!”
Suara ceria Iqram ditalian membuahkan senyuman dibibir Firdaus.
“Waalaikumussalam. Alhamdulillah. Macam mana keadaan Mia? Okey tak?” soal
Firdaus. Gembira sahabatnya kini sudah menjadi seorang ayah. Entah bila pula
gilirannya. Ini isteri ada pun entah ke mana.
“Alhamdulillah dia okey. Datanglah melawat kami di Prince Court. Nanti kita
sms nombor bilik okey?” Firdaus menamatkan panggilan setelah berborak lebih
kurang dua minit dengan Iqram. Gembira sungguh sahabatnya berceritakan tentang
puteranya yang baharu sahaja dilahirkan.
Segera dia
mengembalikan tumpuannya pada projeknya. Dia mahu menyiapkan sedikit kerja
sebelum keluar melawat Mia di hospital. Teringin juga dia melihat wajah anak
lelaki Iqram. Nak tengok ada rupa Mia atau Iqram. Alah ikut mana-mana pun tak
kisah kerana kedua-dua mereka memang makhluk Allah yang diciptakan sempurna.
“Hmm entah bilalah giliran aku. Ana, baliklah..” rintih Firdaus dalam diam.
Perasaan rindunya pada isteri datang semula. Perlahan dia menggeleng-gelengkan
kepala dan meneruskan kembali kerjanya yang tertangguh tadi.
“Papa, mama, how about this dress?”
Suha mengayakan gaun berwarna turqoise
dihadapan Adriana. Sudah dua ke tiga kali gadis kecil itu masuk ke bilik
persalinan pakaian. Kalah model apabila Suha mengayakan pakaian. Suha yang seperti
Selena Gomez versi kecil mengamit perhatian pekerja-pekerja di butik pakaian
itu. Semua mata asyik tertumpu pada gadis kecil itu sambil tersenyum-senyum
memandang Adriana dan Syed Azfar. Baik Adriana mahupun Syed Azfar, kedua-duanya
hanya tersenyum sedikit apabila ada yang memuji-muji Suha.
“It’s nice dear. Please hurry because
we need to buy dress for mama too.” Suha mengangguk lalu kembali semula ke
bilik persalinan untuk menukar semula pakaiannya. Lagipun dia pun sudah
mengambil baju yang dia mahu. Adriana yang mendengar memandang Syed Azfar
dengan pandangan pelik. Bila masa pula aku nak beli baju ni? Tadi usai sahaja
dia menunaikan solat Zohor, Suha menelefon mengajaknya untuk keluar bersama-sama
dan dia terus bersetuju. Tiba di KLCC, Suha terus menarik tangannya dan Syed
Azfar untuk ke butik Ralph Lauren Kids di tingkat dua. Tak padan dengan kecil,
baju pun nak yang ada jenama.
“Far, bila masa pula saya cakap nak beli baju?” bisik Adriana ke telinga
Syed Azfar ketika lelaki itu membayar harga pakaian Suha di kaunter.
“Saja nak beli baju untuk awak. Hadiah sebab rajin layan Suha,” jawab Syed
Azfar dengan gaya berbisik. Sengaja dia meniru perbuatan Adriana tadi.
Perlakuan mereka tampak sungguh romantis dimata jurujual yang berada dikaunter.
Tersenyum-senyum mereka memandang Adriana dan Syed Azfar. Suha apa lagi, senyum
lebar dengan aksi mama dan papanya. Nak-nak lagi hari ini sahaja dia dah dapat
lima helai baju baharu. Mood papanya betul-betul baik setelah kehadiran mamanya.
“Waa jealousnya tengok laki bini
tadi. Dahlah anak diorang comel. Laki tu pun romantik je dengan wife dia. Langsung tak pandang orang
lain bila dengan wife dia tadi.” Adriana
yang berpatah semula kerana ingin mengambil botol air Suha yang tertinggal
terdengar perbualan jurujual-jurujual di butik itu. Punyalah seronok mereka
memuji-muji Syed Azfar dan kecomelan Suha sehinggakan kehadiran Adriana tidak
disedari oleh mereka.
“Ehem, I think my daughter left her
water bottle here. Can you please find it for me?” pinta Adriana dengan
senyum kecil. Segera dua orang jurujual mencari botol air Suha disekitar butik.
Tak lama kemudian seorang jurujual kembali dengan botol air ditangan.
“She left it inside fitting room. Here
you are maam,” sopan jurujual itu menghulurkan botol air kepada Adriana.
Adriana beredar setelah mengucapkan terima kasih. Sengaja dia membahasakan Suha
sebagai anak perempuannya untuk tidak mengelirukan jurujual-jurujual tadi. Dah
alang-alang mereka ingat Suha itu anaknya jadi biarkan sahajalah.
“Jumpa tak?” soal Syed Azfar. Tadi Adriana yang beria-ia menawarkan diri
untuk kembali semula ke butik Ralph Lauren untuk mengambil botol air Suha walaupun
dia sudah menawarkan diri. Apapun dia tetap mengikut dibelakang tanpa disedari
Adriana. Segala patah percakapan diantara Adriana dan jurujual disitu didengari
olehnya dengan jelas. Wajah Adriana jelas terkejut dengan kehadirannya
namun dia hanya menayang muka selamba.
“Jumpa.” Adriana menghulur botol air itu kepada Suha. Botol air gambar
patung Barbie itu disambut Suha dengan ceria. Kelam-kabut tadi apabila dia
mendapati botol airnya tiada dalam beg Barbienya. Air matanya sudah mula bergenang
namun sempat dipujuk oleh mamanya yang terus sahaja berjalan pantas kembali ke
butik tadi.
“Jom makan, mama laparkan?” Syed Azfar mendukung Suha. Adriana hanya
mengekor dari belakang. Terkejut juga apabila Syed Azfar menggelarkannya ‘mama’
tapi dia hanya membiarkan sahaja. Mungkin dia yang tersalah dengar. Tadi pun
Syed Azfar ada menggelarkan dia sebagai ‘mama’ tapi mungkin sebab di hadapan
Suha.
“Lepas makan nanti kita pergi beli baju untuk mama ye?” Okey kali ini confirm dia tak salah dengar. Apa kena
dengan Syed Azfar ni?
“Kan Suha ni your daughter?” Syed
Azfar melemparkan senyuman nakal kepada Adriana. Merah padam wajah Adriana.
Malunya bukan kepalang tapi dia tetap
maintain muka tanpa reaksinya.
“Hurry sayang, nanti lambat pula
nak balik rumah,” usik Syed Azfar lagi. Seronok dia melihat wajah Adriana yang
sudah bertukar warna. Bukan selalu dapat tengok. Makin comel pula Adriana
dimatanya. Adriana sudah tercengang. Ah sudah, sah Syed Azfar dah bertukar
karakter dari dingin ke nakal dan miang!
Firdaus tidak
segera pulang ke pejabat setelah selesai melawat Mia dan Iqram. Wajah gembira
pasangan suami isteri itu dalam menyambut kelahiran putera sulung mereka
membuatkan dia gembira tapi dalam masa yang sama membuatkan dia teringat akan
Adriana Hanan yang masih menghilangkan diri. Entah macam mana dia sanggup
meredah kesesakkan lalulintas dan kini berada di KLCC. Mungkin faktor jiwa
kacaunya membawanya ke KLCC yang dari dulu bukan tempat kesukaannya untuk
berjalan-jalan. KLCC yang selalu sesak dengan pelancong-pelancong asing dan
hanya mempunyai butik-butik mahal sesungguhnya tak langsung menarik
perhatiannya.
Langkahnya di
hala ke Kinokuniya. Satu-satunya tempat yang boleh dituju jika dia dipaksa ke
sini. Kedai buku yang penuh dengan buku-buku dalam dan luar negara. Boleh juga
dia membeli buku tentang taktik-taktik menjejak isteri yang hilang. Kalau ada
la...
Tiba sahaja di
tingkat empat, Firdaus berjalan ke arah pintu masuk Kinokuniya. Tiba-tiba
bahunya dilanggar oleh seorang lelaki yang sedang mendukung anak perempuannya.
“Sorry,” ucap lelaki itu. Firdaus
hanya mengangguk. Bulat matanya melihat pada wanita yang sedang berjalan di belakang
lelaki itu.
“Ana!” Firdaus berlari dan terus memeluk isterinya. Rindunya sudah tak
tertahan. Tak kisahlah jika ada yang mengata ke apa. Janji dah jumpa isteri
yang sangat dirinduinya siang malam.
“Papa, kenapa uncle tu peluk
mama?” pertanyaan gadis kecil itu mengamit perhatian Firdaus.
“Mama?” Wajah Adriana dipandang tanpa berkelip. Takkanlah aku ni dah kena polyandry oleh Adriana kot! Haram tu!
Adriana memandang
wajah Firdaus dengan tenang. Tak sangka pula boleh terjumpa dengan suaminya
disini. Perlahan dia merungkaikan pelukan Firdaus. Dalam marah-marah dia pun,
maruah suami mesti dijaga.
“Kenalkan Syed Azfar dan Suha. Ini Firdaus suami saya.” Berubah wajah Syed
Azfar apabila Adriana memperkenalkan Firdaus sebagai suaminya. Dia menyambut
salam perkenalan apabila Firdaus menghulurkan tangan dahulu.
“Kami nak pergi makan. Marilah join
sekali,” pelawa Syed Azfar dengan muka dinginnya. Suha dari tadi hanya diam dan
memerhati Firdaus yang sudah memegang tangan ‘mama’nya dengan pandangan tajam.
“Boleh juga.”’ Firdaus memegang tangan Adriana erat. Tak mahu isterinya
lari lagi. Boleh pula lari pergi kepada lelaki sehensem Syed Azfar. Dia yang
lelaki ini pun rasa Syed Azfar itu hensem apatah lagi perempuan-perempuan lain.
“Ana ikut abang balik ye nanti? I’ll
explain to you every single detail about what happened on that unlucky day. I
miss you so much dear,” bisik Firdaus di telinga Adriana. Adriana hanya
mendiamkan diri. Biarlah dia seksa jiwa suaminya untuk seketika lagi. Lagipun
entah kenapa hatinya mula lembut setelah melihat wajah suaminya yang semakin
mencengkung dan tak terurus. Hilang terus imej bersih dan suci suaminya. Hahaha
boleh pula begitu..
2 comments:
yay , diorang get back . awesome lah cerita ni .
thanks (^-^)
sabar ye nanti saya sambung bab baru :)
Post a Comment