Kapitalis

Thursday, January 2, 2014

Isteriku Ratu Ais - Bab 28

taken from here  

“Far, ni siapa? Muka dia macam..” Syed Azfar berdengus kecil. Tahu soalan yang sama akan ditanyakan oleh sahabatnya itu.

“Eryna kan? Tapi dia bukan..” Nik Taqiuddin membelek wajah perempuan yang masih tidak sedarkan diri. Syed Azfar meriba Suha duduk di kerusi berdekatan katil yang menempatkan Adriana Hanan.

“Betullah Far, muka dia sebijik Eryna. Cuma Eryna tu muka lebar sikit dari dia ni.” Izelea, isteri kepada Nik yang juga seorang doktor menyampuk. Tadi kelam-kabut dia dan suami ke rumah Syed Azfar setelah mendapat panggilan telefon. Sangkanya Suha yang sakit.

“Hmm kenapa dia pengsan?” tanya Syed Azfar setelah Izelea selesai melakukan pemeriksaan.

“Perempuan ni pregnant Far. Dia pengsan mungkin sebab tekanan. Kalau boleh nanti kau nasihatkan kat suami dia jangan bagi dia ni stress sangat sebab kandungan dia ni pun baru lagi.” Terang Izelea. Matanya menatap wajah Syed Azfar yang dari tadi tertancap pada wajah perempuan itu. Berubah wajah Syed Azfar apabila mengetahui yang perempuan itu mengandung.

“Apa nama perempuan ni Far?” tanya Nik Taqiuddin lalu duduk di kerusi bersebelahan Syed Azfar.

“Adriana Hanan,” jawab Syed Azfar pendek.

“Papa, kenapa mama tidur lagi? Dah nak Asar ni.” Suha bertanya kepada papanya. Hairan juga kerana ‘mama’nya masih tidak sedarkan diri dari tadi.

“Mama? Bila masa kau kahwin semula ni Far?” soal Nik Taqiuddin. Terkejut sahabatnya berkahwin tanpa pengetahuannya.

“Kau gila ke apa? Mana ada. Ni Suha yang panggil dia mama sebab muka dia macam Eryna. Aku dah cakap bukan tapi anak aku ni nak juga panggil mama.’

“Erghh..”Adriana memegang kepalanya yang pusing. Bunyi bising manusia yang bercakap-cakap berhampiran dengan telinganya mengejutkan dirinya.

“Mama dah bangun! Papa, tengok mama dah bangun!!” jeritan Suha membingitkan telinga Adriana. Anak kecil itu turun dari ribaan papanya dan mendekati Adriana yang masih berbaring.

“Mama dah bangun? Mama jangan tidur lama sangat, Suha rindu mama.” Adriana tersenyum kecil memandang wajah Suha yang nampak risau. Dengan Suha, mudah sahaja dia tersenyum.

“Puan, saya Doktor Izelea dan ini suami saya Nik, nanti saya berikan ubat dan supplement. Puan tak boleh terlalu stress sebab ianya boleh jejaskan kandungan puan.” Adriana mengangguk faham.

“Tak apa, saya ada ubat saya sendiri.” Adriana membuka beg tangannya. Nasib baik Syed Azfar ada mengangkat sekali beg tangannya kalau tak mahu jadi pendatang haram sebab semua maklumat peribadinya ada dalam beg tangan itu. Beg plastik berisi ubat-ubatan dari klinik yang diperginya bersama Caryl tadi dihulurkan kepada Izelea.

“Oh okey. Pastikan puan makan ubat-ubat ni mengikut prescription yang doktor bagi ye?” nasihat Izelea setelah meneliti ubat-ubatan yang ditunjuk Adriana.

“Nama saya Adriana Hanan. Panggil sahaja Adriana. Terima kasih Doktor Izelea,” ucap Adriana dengan wajah tanpa perasaan sehinggakan Izelea serba-salah mahu senyum ke tidak.

“Kalau macam tu panggil jela saya Izelea lagipun kami ni kawan baik Far. Apa-apa nanti Adriana call je saya okey? Ini kad saya.” Izelea menghulurkan kad namanya kepada Adriana. Adriana menyambut huluran kad nama itu dengan senyuman kecil. Rupa-rupanya Izelea dan Nik mempunyai klinik sendiri di Damansara Height. Adriana mengeluarkan kad namanya dan menghulurkannya kepada Izelea. Sudah menjadi kebiasaan kepadanya untuk menghulurkan kad nama jika ada yang memberi kad nama kepadanya terlebih dahulu.

“Adriana, awak ni anak pemilik Elves Holding?” Adriana mengangguk perlahan. Buat apa nak berbangga dengan kekayaan papanya. Izelea menyimpan kad nama Adriana ke dalam clutch tangannya.

“Klinik kami ni kira salah satu klinik panel untuk Elves. Baiklah Adriana kami balik dulu ye. Suha nanti datanglah rumah aunty main dengan Nasrullah. Dah lama Suha tak datang rumah aunty kan?” Izelea mengusap pipi Suha dengan penuh kasih. Suha dikasihinya seperti anaknya sendiri.

“Nanti Suha datang dengan mama ye? Boleh aunty?” Suha memegang erat tangan Adriana. Matanya memandang Izelea dengan penuh pengharapan.

“Baiklah nanti datang dengan mama ye?” Izelea mengusap kepala Suha lalu mencium ubun-ubun anak kecil itu. Kasihan anak itu. Dalam masa yang sama dia berasa risau jika Suha semakin rapat dengan Adriana. Bukan apa, dia takut jika Suha tak dapat melepaskan Adriana bila tiba masa Adriana untuk pergi.

“Okeylah Far, kami balik dulu.” Nik Taqiuddin meminta diri. Syed Azfar hanya mengangguk. Dari tadi dia hanya menjadi pemerhati. Terkejut juga apabila mengetahui siapa sebenarnya Adriana Hanan. Walaupun dari pandangan kasarnya dia tahu Adriana bukan calang-calang orangnya tapi dia tidak sangka yang Adriana merupakan anak kepada pemilik syarikat yang agak berpengaruh di Malaysia.

“Far, aku bukan apa tapi tak manis kalau Adriana ni berlama-lama kat rumah kau dan aku risau Suha kalau makin rapat dengan dia. Susah kau nanti.” Syed Azfar termenung sendiri memikirkan kata-kata Nik Taqiuddin.

“ Itu aku tahu, aku rasa dia ni mesti duduk dekat-dekat sini sebab jumpa pun kat tempat parking,” jawab Syed Azfar. Wajah Adriana yang sedang melayan Suha dipandang dari tepi matanya.

“Jangan risaulah, sebelum Kak Mah tu balik, aku akan hantar dia balik rumah dia okey?” janji Syed Azfar kepada Nik Taqiuddin dan Izelea. Hasmah merupakan pembantu rumahnya yang hanya bekerja sehingga pukul enam petang setiap hari. Wanita Kemboja yang berketurunan Melayu Cham itu diambil bekerja melalui agensi dan setakat ini dia berpuas hati hasil kerja Hasmah.

“Okeylah kalau kau dah cakap macam tu Far. Kami beransur dululah,” pamit Izelea. Sempat juga dia melambaikan tangan pada Suha dan Adriana sambil tersengih. Nik Taqiuddin turut tersenyum dengan gelagat isterinya. Isterinya kalau dah jumpa Suha memang bertukar jadi kanak-kanak Ribena sekejap.

“Adriana, awak duduk kat mana? Biar saya hantar awak pulang.” Syed Azfar membuka bicara setelah lima minit Nik Taqiuddin dan Izelea pulang. Dari tadi Adriana asyik melayan Suha dan langsung tidak mempedulikan kehadirannya. Suha pula tak habis-habis bercerita tentang patung Barbie dan koleksi buku cerita miliknya.

“Tak apa saya boleh balik sendiri.” Adriana bangun dari duduknya perlahan-lahan. Membulat mata Suha melihatkan Adriana yang sudah menggapai beg tangannya.

“Mama nak pergi mana? Suha nak ikut!” Pantas Suha berlari mengambil beg galasnya yang berwarna kuning terang. Syed Azfar menggaru kepalanya yang tak gatal. Sekarang ni timbul pula satu masalah. Macam mana nak pisahkan Adriana dari Suha ni?!!

“Suha, tinggal dengan papa. Aunty Adriana kena balik rumah dia.” Tegas Syed Azfar mengeluarkan titah. Suha mula tersebik-sebik.

“InsyaAllah esok aunty datang jumpa Suha okey?” pujuk Adriana lembut. Wajahnya cuba dimaniskan khas untuk gadis kecil itu. Suha mengangguk perlahan. Papanya sudah menyinga maka lebih baik dia menurut sahaja.

“Encik Syed, ni kad saya. Kalau Suha meragam lagi, call saya.” Adriana memberikan kad namanya pada Syed Azfar. Dia sebenarnya sudah jatuh sayang dengan Suha. Perlahan dia mengusap kepala Suha sebelum menghadiahkan kucupan di pipi gebu gadis kecil itu.

Suha dan Syed Azfar menghantar Adriana hingga ke muka pintu. Segala gerak-geri Adriana diperhatikan oleh Suha dengan wajah yang muram. Sedih kerana dia perlu berpisah dengan ‘mama’nya sekali lagi tapi dia yakin yang ‘mama’nya ini akan pulang kepadanya esok.

“Baiklah aunty pergi dulu ye Suha. Assalamualaikum.” Sebaik sahaja Adriana membuka pintu rumah Syed Azfar, dia tercengang. Ah sudah, rupa-rupanya dia dan Syed Azfar berjiran!



“Macam mana ni Firdaus? Dah seminggu Hanan masih tak balik-balik lagi. Kamu ada tanya mama dengan papa dia tak? Kot-kot mereka tahu mereka pergi mana?” bebel Puan Hafizah pada anak lelakinya. Firdaus hanya tunduk mendiamkan diri sejak pulang dari tempat kerjanya.

“Dah ibu, penat dah Firdaus cari tapi tak jumpa,” balas Firdaus perlahan. Hidupnya semakin tidak terurus sejak isterinya menghilangkan diri. Macam nak gila dia mencari di serata Kuala Lumpur dan dia juga ada mengupah orang untuk mencari isterinya namun masih tidak berjaya. Nak buat laporan polis, dia rasa macam melampau pula.

“Macam manalah kamu ni jadi macam ni? Tu la lain kali kalau ada urusan dengan pelanggan perempuan, bukalah pintu office tu besar-besar supaya tak berlaku fitnah! Tak pun bawa sekali seorang dua pekerja kamu untuk bincang sekali sebab apa-apa projek pun mesti mereka ada ambil bahagian kan?” Firdaus hanya mampu mengangguk. Kepalanya kusut memikirkan masalah rumah tangganya dan juga projek M Hotel di Korea Selatan. Nasib baik pekerja-pekerjanya boleh diharap dan banyak sudah tugas yang didelegasikan kepada mereka.


‘Aduh  Adriana Hanan, sayang pergi mana ni?’ desah Firdaus dalam hati. Bimbang sungguh jika sesuatu yang buruk terjadi pada isterinya. Sesungguhnya dia berdoa yang baik-baik sahaja untuk isterinya.




                “Abang, tahu ke Hanan pergi mana?” tanya Datin Hafsyah kepada Datuk Ilyas yang sibuk memberi makan kepada ikan-ikan koinya. Suaminya bagaikan terlalu tenang dengan kehilangan anak tunggal mereka.

                “Entah. Nanti pandailah dia balik sendiri,” jawab Datuk Ilyas. Jawapan Datuk Ilyas berjaya membuatkan Datin Hafsyah hampir sahaja membaling baldi yang dipegangnya ke kepala suaminya. Suka hati sahaja suaminya menjawab sebegitu. Tidak tahukah yang Adriana Hanan kini dibawah tanggungjawab Firdaus dan berdosa besar anak mereka kerana keluar tanpa kebenaran Firdaus.

                “Abang jangan main-main boleh tak? Tahu tak anak kita ni dah kira berdosa? Kesian saya tengok Firdaus dah tak tentu hala cara anak kita tu. Awak boleh relaks je bagi ikan makan bagai,” bebel Datin Hafsyah.

                “Habis tu awak nak saya buat apa?” Datuk Ilyas menyimpan bekas berisi makanan ikan ke dalam almari khas di sudut taman. Wajah Datin Hafsyah dipandang selamba.

                “Abang ni la..Hanan tu ikut perangai abang la! Dok tak kisah je memanjang. Ni laki dia dok tinggai sampai seminggu pun dia buat tak tau. Anak dengan bapak sama ja! Boleh darah tinggi aku dengan depa ni!” keluar terus loghat utara Datin Hafsyah. Geram punya pasal dia masuk semula ke dalam rumah untuk menyejukkan hatinya.

Datuk Ilyas hanya tersenyum dengan gelagat Datin Hafsyah. Sebenarnya dia sudah tahu kedudukan Adriana dan dia ada berhubung dengan anaknya hampir setiap hari. Namun kerana hormatkan permintaan Adriana yang tidak mahu kedudukannya diketahui oleh Firdaus dan orang lain membuatkan dia terpaksa berahsia hatta dengan isterinya sendiri. Puas juga dia menasihati anaknya tapi Adriana enggan dan katanya dia masih perlukan masa untuk menenangkan fikiran. Sebagai seorang bapa, dia hanya mendoakan yang terbaik untuk anak dan menantunya.


                “Sya buatkan abang Neslo!” laung Datuk Ilyas sambil melangkah masuk ke dalam rumah dengan sengihan lebar. Misi untuk memujuk isteri kesayangannya kini bermula.

No comments: