Kapitalis

Monday, January 13, 2014

Isteriku Ratu Ais - Bab 29

taken from here  

Adriana berjalan perlahan menyusuri laluan pejalan kaki di tepi tasik. Senaman ringan yang sengaja dilakukan untuk menenangkan fikiran. Sejak bersama Suha dan melihat sendiri bagaimana Syed Azfar membesarkan Suha seorang diri, dia mula berfikir. Berfikir bagaimanakah nasibnya kelak. Adakah dia akan terus lari daripada Firdaus? Bagaimana jika Firdaus menjumpai dia dan ketika itu dia sudah bersalin, mungkinkah Firdaus beranggapan yang anak itu bukan anaknya? Tanpa sedar Adriana menggelengkan kepala.

“Mama! Jom naik buaian!” Suha segera menarik tangan Adriana. Ditariknya sehingga sampai ke buaian kayu yang diikat pada sebuah pokok. Buaian kayu itu kelihatan seperti baharu sahaja dipasang di situ.

“Papa jom naik sekali!” Syed Azfar mendekati buaian kayu yang sudah diduduki oleh Adriana dan Suha. Buaian yang diperbuat dari beberapa keping papan dan diikat dengan rantai besi nampak kukuh namun begitu Syed Azfar masih ragu-ragu. Kalau reban buaian ni kang mahu naya mereka bertiga.

No. Biar papa buaikan.” Syed Azfar mula mengayun buaian dengan perlahan. Laju-laju mahu masuk tasik. Suha menjerit gembira apabila buaian mula bergerak. Lain pula situasinya dengan Adriana yang mula berasa pening dan mual.

“Mama, kita macam puteri kan?” Pertanyaan Suha dijawab dengan anggukan dan senyuman nipis. Nasib baik Syed Azfar membuai perlahan. Perasaan gayat dan mual segera disingkirkan dari otaknya. Suha mula menyanyi-nyanyi lagu kanak-kanak yang tidak pernah didengari oleh Adriana. Nak bertanya dia takut termuntah pula.

You look pale.” Adriana memandang wajah si tukang bertanya. Muka selamba tiada perasaan sebiji macam dia. Itu yang buatkan Adriana senang bersama dengan Syed Azfar. Jika dia digelar Ice Queen,Syed Azfar boleh digelar Ice King kerana tahap kedinginan mereka boleh dikatakan setaraf.

Feeling drowsy.” Adriana menjawab pendek. Suha yang masih tak berhenti-henti menyanyi tidak perasan akan perubahan wajah ‘mama’nya.

“Suha, jom bagi makan ikan.” Syed Azfar menghentikan hayunan buaian lalu menghulurkan tangannya pada Suha. Suha menyambut huluran tangan papanya dengan gembira. Walaupun papanya dingin tetapi dia tahu yang papanya sayang akan dirinya.

“Papa beli roti dulu!” Suha segera menarik tangan papanya ke kedai runcit. Syed Azfar hanya menurut. Adriana menarik nafas lega sebaik sahaja turun dari buaian. Perlahan dia mengekori jejak dua beranak itu.

Syed Azfar menghulurkan plastik berisi roti kepada Suha setelah membayar harga roti. Suha berlari-lari ke jeti tasik untuk memberi makan kepada ikan-ikan. Adriana dan Syed Azfar mengambil tempat di bangku berdekatan dengan jeti. Mereka tidak risau kerana terdapat palang tinggi di jeti yang menghalang sesiapa sahaja dari jatuh ke dalam tasik. Suha siap berkongsi roti dengan kanak-kanak lain untuk sama-sama memberi ikan makan.

“Susah ke jaga Suha seorang diri?” Adriana bertanya. Matanya tertumpu pada gelagat Suha dan kanak-kanak yang seronok membaling cebisan roti ke dalam tasik.

“Susah macam mana pun dah nama pun anak jadi wajib jaga dengan sebaik mungkin. Dia merupakan hadiah dan amanat terakhir dari Eryna.” Jawapan dari Syed Azfar membuatkan Adriana terdiam seketika.

“Eryna. Mana dia?” soal Adriana. Syed Azfar memandang sekilas ke wajah Adriana sebelum menarik nafas dalam-dalam dan kemudiannya dilepaskan secara perlahan-lahan.

“Dia dah tak ada. Meninggal dunia ketika melahirkan Suha,” perlahan suara Syed Azfar. Adriana mengangguk faham.

“Saya besarkan Suha seorang diri. Mak saya tiada di Malaysia.” Adriana memandang Syed Azfar pelik. Sangkanya lelaki itu akan menamatkan perbualan mereka sebaik sahaja menjawab soalannya. Namun begitu dia kagum dengan ketabahan Syed Azfar membesarkan Suha tanpa bantuan sesiapa.

“Macam mana kenal Eryna?” Entah mengapa ringan sahaja mulut Adriana untuk berbual dengan Syed Azfar. Mungkin kerana merasakan mereka dari spesies yang sama.

“Kenal di Kemboja. Dia seorang doktor sukarelawan kat sana. Saya pula hanya mengikut program universiti. Eryna dilahirkan di Kemboja tapi diambil menjadi anak angkat oleh pasangan suami isteri dari Jordan. Bila dia dewasa, dia diterangkan tentang asal usulnya dan dia membuat keputusan untuk pulang berbakti di Kemboja.”

“Dia wanita yang sangat tabah dan tegas dalam membuat keputusan. Ikutkan keluarga angkat Eryna tak membenarkan dia pulang semula ke Kemboja tapi dia bertegas. Katanya dia mahu mencari keluarga kandungnya dan yang paling penting dia mahu mencari siapa diri dia yang sebenar,” sambung Syed Azfar lagi.

“Setelah sebulan di sana, saya pulang semula ke Malaysia menyambung pengajian yang tinggal lagi satu semester. Percaya atau tidak yang kami langsung tidak berhubung dan ketika di Kemboja, dia melayan saya sama sahaja seperti dia melayan sukarelawan yang lain. Tamat sahaja pengajian, saya dan Nik kembali ke Kemboja mengikut misi kemanusiaan. Eryna masih di sana dan saya ajak dia berkahwin.” Syed Azfar ketawa kecil mengingat kembali kisah diantara dia dan Eryna. Adriana memandang wajah Syed Azfar. Pelik kerana tiba-tiba sahaja lelaki itu ketawa.

“Eryna tak mahu sebab dia ingat saya akan paksa dia tinggalkan Kemboja jika kami bersama. Ikutkan saya memang tak kisah tinggal di mana-mana. Semenjak mak berkahwin semula, dia menetap di Ohio bersama-sama ayah tiri saya jadi saya memang tak ada sesiapa pun di Malaysia. Setelah berkawan selama sebulan, kami berkahwin. Suha lahir apabila genap setahun usia perkahwinan kami.” Serta-meta wajah Syed Azfar bertukar keruh.

“Sebelum melahirkan Suha dia dah pesan macam-macam kat saya. Saya ingatkan itu benda biasa yang perempuan nak bersalin akan buat jadi saya cuma angguk kepala dan tenangkan dia. Tak sangka..itu merupakan amanat-amanat terakhir seorang wanita yang bernama Eryna Jauza.” Syed Azfar menundukkan kepala menyembunyikan air mata yang mula bergenang.

“Selepas Eryna meninggal, saya bawa Suha pulang ke Malaysia. Tak sanggup nak tinggal di tempat yang penuh dengan kenangan saya dan Eryna. Tercapai juga hajat Eryna mahu menutup mata di tempat kelahirannya.” Syed Azfar mendongakkan kepala ke langit dan menarik nafas dalam-dalam.

“Di Malaysia, saya menjaga Suha sambil bekerja. Nasib baik syarikat sendiri jadi tak kisahlah kerja dengan bawak anak sekalipun. Kadang-kadang Izelea dan Nik tolong jaga kalau saya kena outstation tu yang Suha rapat juga dengan mereka.” Adriana hanya mengangguk. Nak menyampuk, dia tak tahu nak sampuk tang mana. Akhirnya dia hanya menjadi pendengar luahan perasaan Syed Azfar yang selalunya bercakap tak lebih dua perenggan setiap hari.

“Maaflah kalau saya banyak bercakap hari ni. Inilah kali pertama saya meluahkan apa yang saya rasa kat orang lain selain Nik. Entah kenapa saya selesa bercakap dengan awak.” Luahan Syed Azfar membuatkan Adriana sedikit terkejut tapi segera mengawal ekspresi wajahnya.

“Tak apa. Kadangkala kita perlu luahkan untuk tenangkan fikiran.” Adriana membalas. Bibirnya terukir senyuman untuk lelaki bernama Syed Azfar. Tak sangka sedingin-dingin Syed Azfar rupanya mempunyai jiwa yang agak lembut.

Senyuman Adriana membuatkan Syed Azfar terpaku seketika. Cantik kerana dihiasi dengan lesung pipit yang dalam di kedua-dua belah pipinya.

“Encik Syed?” Adriana menggawang-gawangkan tangannya di hadapan Syed Azfar yang tiba-tiba kaku. Risau juga pakcik ni ‘pause’ tiba-tiba.

Sorry. Panggil sahaja ‘Far’,” pinta Syed Azfar. Penat dia mendengar Adriana menggelarkannya ‘Encik Syed..Encik Syed’ terasa macam tua sangat. Lagipun sekarang dia sudah selesa dengan Adriana.

“Far?”

“Ye. Senang sebab tu memang nama yang biasa dipanggil oleh kawan-kawan saya.” Terang Syed Azfar sebelum bangun dari bangku yang diduduki mereka berdua.

“Dah jom balik. Dah nak senja ni. Awak tu mengandung kena jaga kesihatan,” arah Syed Azfar dengan senyuman manis. Kali ini giliran Adriana pula terpana dengan senyuman Syed Azfar namun sempat dia tersedar dan terus mengekor Syed Azfar yang sudah mendukung Suha ke kereta.

“Papa, tadi ada kura-kura besar dalam tasik! Dia pun makan roti yang Suha bagi,” cerita Suha sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Adriana duduk di tempat duduk sebelah pemandu sementara Suha duduk di tempat duduk penumpang di belakang. Susunan yang ditetapkan oleh Suha sendiri. Menangis-nangis mahukan Adriana untuk naik kereta papanya dan duduk dihadapan.

“Oh yeah? Nanti kita beli kura-kura nak?” tanya Syed Azfar ceria. Suha mengangguk dengan senyuman lebar. Adriana yang memerhati gelagat dua beranak itu turut tersenyum. Mood Syed Azfar betul-betul baik selepas sesi meluahkan perasaan tadi. Dia begitu berharap agar Syed Azfar  terus melayan Suha sebegini setiap hari. Kasihan dia melihat Suha yang kadangkala terlalu menagih kasih dari papanya yang selalu dingin. Sedingin ais di kutub utara rasanya. Haa kutuk orang lagi padahal dia pun sama sahaja fiilnya.

No comments: