Kapitalis

Tuesday, January 14, 2014

Isteriku Ratu Ais - Bab 30

taken from here  
“Emir, saya dah emel fail projek Gione.” Adriana menutup skrin laptop. Langkahnya dipanjangkan ke balkoni. Sejak malam tadi dia menyiapkan kertas kerja dan membuat proofreading untuk projek Gione. Walaupun tidak ke pejabat, segala urusan kerja diuruskan melalui Skype, emel dan panggilan telefon. Cara kerja yang menggunakan teknologi dan yang pasti lebih cepat lagi menyenangkan hidup.

“Baik Puan Adriana. Meeting hari Rabu ni datang tak?” soal Emir di talian. Adriana berfikir sejenak. Sekalipun ada teknologi, apabila ingin menandatangani sebarang dokumen atau perbincangan penting, lebih baik jika dibuat secara berdepan.

“Puan?”

“Okey saya datang. Nanti emel sahaja maklumat terperinci pasal meeting tu kat saya.” Adriana menamatkan panggilan. Dia memeluk tubuh sambil menikmati permandangan dari balkoni rumahnya. Perlahan dia mengusap perutnya. Perutnya masih kempis dek kandungannya yang baharu berusia sebulan. Cuaca waktu pagi mendamaikan hatinya. Lupa seketika tentang masalah rumahtangganya. Bohong jika dia mengatakan yang dia langsung tidak teringat tentang suami yang ditinggalkan. Rindu itu ada tapi dia sakit hati apabila mengingati sebab dia meninggalkan Firdaus.

Bunyi deringan telefon pintarnya mematikan lamunan. Adriana melihat nama yang tertera di skrin dengan wajah selamba.

“Hmm tahu-tahu sahaja yang kita teringatkan dia.” Nama Firdaus yang tertera dipandang sepi lantas dia mematikan telefon. Dalam sehari, beribu-ribu kali juga Firdaus menelefonnya namun tidak sekalipun dia mengangkat. Hiperbola sungguh! Argh memang dia tak kira tapi banyak kali jugalah sampai mahu sahaja dia tinggalkan telefon pintarnya di rumah sekiranya dia keluar berjalan-jalan dengan Suha. Menganggu ketenteram sungguh! Tak ada kerja ke si Firdaus ni? Apahal tak telefon Jannah je? Kan Jannah diciptakan untuk Firdaus? Getus hatinya geram. Telefonnya segera ditukarkan kepada vibrate mode dan diletakkan diatas meja konsul. Dia mahu berehat dan menggantikan tidurnya malam tadi. Ibu mengandungkan kena banyakkan berehat?




Firdaus memandang lesu ke arah skrin telefon pintarnya. Penat dia menelefon isterinya namun tidak sekalipun berangkat. Sedih, penat dan rindu. Gilalah jika tak rindu pada isteri sendiri. Tiap-tiap malam dia tidur dengan memeluk bantal Adriana. Tak cukup dengan itu, minyak wangi isterinya juga yang dibantai tiap-tiap hari. Sampaikan makcik pencuci di pejabatnya menegur bau minyak wanginya sama seperti bau minyak wangi anak perempuannya. Malu ke tak dia dah tak peduli. Perasaan rindu itu mengatasi segalanya.

Firdaus membuka pelan-pelan dan lukisan untuk hiasan dalaman M Hotel. Kerja sahaja yang dapat membuatkan dia terlupa seketika tentang masalahnya. Setiap hari dia bekerja sampai lewat malam dan semestinya projek M Hotel betul-betul memerlukan perhatian yang lebih dan dia yakin jika hiasan dalamannya mendapat perhatian, syarikatnya juga yang akan dapat untungnya.

Sedang dia menumpukan perhatian pada grid lukisan, telefon pintarnya berbunyi. Pantas dia menjawab panggilan memikirkan yang mungkin Adriana yang menelefonnya. Namun sedikit hampa apabila melihat nama yang tertera di skrin.

“Assalamualaikum, Firdaus. Mia dah selamat lahirkan putera sulung kami!” Suara ceria Iqram ditalian membuahkan senyuman dibibir Firdaus.

“Waalaikumussalam. Alhamdulillah. Macam mana keadaan Mia? Okey tak?” soal Firdaus. Gembira sahabatnya kini sudah menjadi seorang ayah. Entah bila pula gilirannya. Ini isteri ada pun entah ke mana.

“Alhamdulillah dia okey. Datanglah melawat kami di Prince Court. Nanti kita sms nombor bilik okey?” Firdaus menamatkan panggilan setelah berborak lebih kurang dua minit dengan Iqram. Gembira sungguh sahabatnya berceritakan tentang puteranya yang baharu sahaja dilahirkan.

Segera dia mengembalikan tumpuannya pada projeknya. Dia mahu menyiapkan sedikit kerja sebelum keluar melawat Mia di hospital. Teringin juga dia melihat wajah anak lelaki Iqram. Nak tengok ada rupa Mia atau Iqram. Alah ikut mana-mana pun tak kisah kerana kedua-dua mereka memang makhluk Allah yang diciptakan sempurna.

“Hmm entah bilalah giliran aku. Ana, baliklah..” rintih Firdaus dalam diam. Perasaan rindunya pada isteri datang semula. Perlahan dia menggeleng-gelengkan kepala dan meneruskan kembali kerjanya yang tertangguh tadi.




“Papa, mama, how about this dress?” Suha mengayakan gaun berwarna turqoise dihadapan Adriana. Sudah dua ke tiga kali gadis kecil itu masuk ke bilik persalinan pakaian. Kalah model apabila Suha mengayakan pakaian. Suha yang seperti Selena Gomez versi kecil mengamit perhatian pekerja-pekerja di butik pakaian itu. Semua mata asyik tertumpu pada gadis kecil itu sambil tersenyum-senyum memandang Adriana dan Syed Azfar. Baik Adriana mahupun Syed Azfar, kedua-duanya hanya tersenyum sedikit apabila ada yang memuji-muji Suha.

It’s nice dear. Please hurry because we need to buy dress for mama too.” Suha mengangguk lalu kembali semula ke bilik persalinan untuk menukar semula pakaiannya. Lagipun dia pun sudah mengambil baju yang dia mahu. Adriana yang mendengar memandang Syed Azfar dengan pandangan pelik. Bila masa pula aku nak beli baju ni? Tadi usai sahaja dia menunaikan solat Zohor, Suha menelefon mengajaknya untuk keluar bersama-sama dan dia terus bersetuju. Tiba di KLCC, Suha terus menarik tangannya dan Syed Azfar untuk ke butik Ralph Lauren Kids di tingkat dua. Tak padan dengan kecil, baju pun nak yang ada jenama.

“Far, bila masa pula saya cakap nak beli baju?” bisik Adriana ke telinga Syed Azfar ketika lelaki itu membayar harga pakaian Suha di kaunter.

“Saja nak beli baju untuk awak. Hadiah sebab rajin layan Suha,” jawab Syed Azfar dengan gaya berbisik. Sengaja dia meniru perbuatan Adriana tadi. Perlakuan mereka tampak sungguh romantis dimata jurujual yang berada dikaunter. Tersenyum-senyum mereka memandang Adriana dan Syed Azfar. Suha apa lagi, senyum lebar dengan aksi mama dan papanya. Nak-nak lagi hari ini sahaja dia dah dapat lima helai baju baharu. Mood papanya betul-betul baik setelah kehadiran mamanya.

“Waa jealousnya tengok laki bini tadi. Dahlah anak diorang comel. Laki tu pun romantik je dengan wife dia. Langsung tak pandang orang lain bila dengan wife dia tadi.” Adriana yang berpatah semula kerana ingin mengambil botol air Suha yang tertinggal terdengar perbualan jurujual-jurujual di butik itu. Punyalah seronok mereka memuji-muji Syed Azfar dan kecomelan Suha sehinggakan kehadiran Adriana tidak disedari oleh mereka.

“Ehem, I think my daughter left her water bottle here. Can you please find it for me?” pinta Adriana dengan senyum kecil. Segera dua orang jurujual mencari botol air Suha disekitar butik. Tak lama kemudian seorang jurujual kembali dengan botol air ditangan.

She left it inside fitting room. Here you are maam,” sopan jurujual itu menghulurkan botol air kepada Adriana. Adriana beredar setelah mengucapkan terima kasih. Sengaja dia membahasakan Suha sebagai anak perempuannya untuk tidak mengelirukan jurujual-jurujual tadi. Dah alang-alang mereka ingat Suha itu anaknya jadi biarkan sahajalah.

“Jumpa tak?” soal Syed Azfar. Tadi Adriana yang beria-ia menawarkan diri untuk kembali semula ke butik Ralph Lauren untuk mengambil botol air Suha walaupun dia sudah menawarkan diri. Apapun dia tetap mengikut dibelakang tanpa disedari Adriana. Segala patah percakapan diantara Adriana dan jurujual disitu didengari olehnya dengan jelas. Wajah Adriana jelas terkejut dengan kehadirannya namun dia hanya menayang muka selamba.

“Jumpa.” Adriana menghulur botol air itu kepada Suha. Botol air gambar patung Barbie itu disambut Suha dengan ceria. Kelam-kabut tadi apabila dia mendapati botol airnya tiada dalam beg Barbienya. Air matanya sudah mula bergenang namun sempat dipujuk oleh mamanya yang terus sahaja berjalan pantas kembali ke butik tadi.

“Jom makan, mama laparkan?” Syed Azfar mendukung Suha. Adriana hanya mengekor dari belakang. Terkejut juga apabila Syed Azfar menggelarkannya ‘mama’ tapi dia hanya membiarkan sahaja. Mungkin dia yang tersalah dengar. Tadi pun Syed Azfar ada menggelarkan dia sebagai ‘mama’ tapi mungkin sebab di hadapan Suha.

“Lepas makan nanti kita pergi beli baju untuk mama ye?” Okey kali ini confirm dia tak salah dengar. Apa kena dengan Syed Azfar ni?

“Kan Suha ni your daughter?” Syed Azfar melemparkan senyuman nakal kepada Adriana. Merah padam wajah Adriana. Malunya bukan kepalang tapi dia tetap maintain muka tanpa reaksinya.

Hurry sayang, nanti lambat pula nak balik rumah,” usik Syed Azfar lagi. Seronok dia melihat wajah Adriana yang sudah bertukar warna. Bukan selalu dapat tengok. Makin comel pula Adriana dimatanya. Adriana sudah tercengang. Ah sudah, sah Syed Azfar dah bertukar karakter dari dingin ke nakal dan miang!




Firdaus tidak segera pulang ke pejabat setelah selesai melawat Mia dan Iqram. Wajah gembira pasangan suami isteri itu dalam menyambut kelahiran putera sulung mereka membuatkan dia gembira tapi dalam masa yang sama membuatkan dia teringat akan Adriana Hanan yang masih menghilangkan diri. Entah macam mana dia sanggup meredah kesesakkan lalulintas dan kini berada di KLCC. Mungkin faktor jiwa kacaunya membawanya ke KLCC yang dari dulu bukan tempat kesukaannya untuk berjalan-jalan. KLCC yang selalu sesak dengan pelancong-pelancong asing dan hanya mempunyai butik-butik mahal sesungguhnya tak langsung menarik perhatiannya.

Langkahnya di hala ke Kinokuniya. Satu-satunya tempat yang boleh dituju jika dia dipaksa ke sini. Kedai buku yang penuh dengan buku-buku dalam dan luar negara. Boleh juga dia membeli buku tentang taktik-taktik menjejak isteri yang hilang. Kalau ada la...

Tiba sahaja di tingkat empat, Firdaus berjalan ke arah pintu masuk Kinokuniya. Tiba-tiba bahunya dilanggar oleh seorang lelaki yang sedang mendukung anak perempuannya.

Sorry,” ucap lelaki itu. Firdaus hanya mengangguk. Bulat matanya melihat pada wanita yang sedang berjalan di belakang lelaki itu.

“Ana!” Firdaus berlari dan terus memeluk isterinya. Rindunya sudah tak tertahan. Tak kisahlah jika ada yang mengata ke apa. Janji dah jumpa isteri yang sangat dirinduinya siang malam.

“Papa, kenapa uncle tu peluk mama?” pertanyaan gadis kecil itu mengamit perhatian Firdaus.

“Mama?” Wajah Adriana dipandang tanpa berkelip. Takkanlah aku ni dah kena polyandry oleh Adriana kot! Haram tu!

Adriana memandang wajah Firdaus dengan tenang. Tak sangka pula boleh terjumpa dengan suaminya disini. Perlahan dia merungkaikan pelukan Firdaus. Dalam marah-marah dia pun, maruah suami mesti dijaga.

“Kenalkan Syed Azfar dan Suha. Ini Firdaus suami saya.” Berubah wajah Syed Azfar apabila Adriana memperkenalkan Firdaus sebagai suaminya. Dia menyambut salam perkenalan apabila Firdaus menghulurkan tangan dahulu.

“Kami nak pergi makan. Marilah join sekali,” pelawa Syed Azfar dengan muka dinginnya. Suha dari tadi hanya diam dan memerhati Firdaus yang sudah memegang tangan ‘mama’nya dengan pandangan tajam.

“Boleh juga.”’ Firdaus memegang tangan Adriana erat. Tak mahu isterinya lari lagi. Boleh pula lari pergi kepada lelaki sehensem Syed Azfar. Dia yang lelaki ini pun rasa Syed Azfar itu hensem apatah lagi perempuan-perempuan lain.


“Ana ikut abang balik ye nanti? I’ll explain to you every single detail about what happened on that unlucky day. I miss you so much dear,” bisik Firdaus di telinga Adriana. Adriana hanya mendiamkan diri. Biarlah dia seksa jiwa suaminya untuk seketika lagi. Lagipun entah kenapa hatinya mula lembut setelah melihat wajah suaminya yang semakin mencengkung dan tak terurus. Hilang terus imej bersih dan suci suaminya. Hahaha boleh pula begitu..

2 comments:

Unknown said...

yay , diorang get back . awesome lah cerita ni .

Norlyana Nasrin said...

thanks (^-^)
sabar ye nanti saya sambung bab baru :)