Kapitalis

Sunday, May 17, 2015

Cerpen: Lovely Otaku (Part 4 End)

Usui Takumi..ehey tergoda tak? [kredit]     

Beg kertas berisi kostum Gintoki aku jinjit lalu melangkah masuk ke dalam pusat beli-belah. Tempat pertemuan yang dirancang oleh pelangganku. Aku pergi seorang diri memandangkan Abang Gin ke luar Negara dan aku tak rasa nak ajak mamat selamba itu untuk temankan aku. Inilah masa untuk aku menjadi betul-betul berdikari bukan?

Tiba di tempat yang dirancang, aku mengambil tempat dan memesan minuman untuk membasahkan tekak. Panas pula cuaca hari ini. Beg kertas itu aku peuk seperti harta yang berharga. Hehehe kalau ada yang menyamun beg aku ni mesti kecewa bila tengok isi dalamnya.  Mata aku melilau mencari si pelanggan. Dari pesanan ringkas yang aku terima, dia menyatakan yang dia akan berpakaian paling senang dikenali dan tak akan susah untuk mengecamnya. Haish macam-macam perangai…


Jam tangan di tangan kiri kukilas pandang. Ada 10 minit lagi sebelum waktu pertemuan. Yelah, aku sebagai peniaga perlu tiba awal untuk memberikan imej yang baik. Dah menjadi prinsip keluarga aku untuk sentiasa menepati masa kerana masa yang dah terbuang tak akan kembali.

Ano, Ai-san ka?” Rasa macam nak nak bunuh orang pun ada bila aku melihat wajah ‘pelanggan’ aku itu. Mamat selamba itu dengan muka tak bersalah terus mengambil tempat dihadapanku. Apakah ini ujian orang berniaga?

“Apakah ini Dr Hilal?” soalku dengan mengetap gigi menahan marah yang mula menjelma.

“Ye saya. Ai, relaks dulu.” Pelayan café dipanggil dan dia terus memesan makanan. Geram punya pasal, aku harap dia kena kencing manis!

“Marah?” Aik, boleh tanya lagi?

“Jangan bertindak melulu dan dengar dulu penjelasan saya.” Aku cuba bertenang dengan menarik nafas dan minum air.

“Saya belikan untuk orang lain. Kawan saya ada majlis kostum di tempat kerja dia dan dia malu nak beli sendiri kostum. Saya cadangkan nama awak dan terus dia minta tolong saya untuk berurusan terus dengan awak.” Hilang terus perasaan nak marah.

“Oh terima kasih Dr Hilal. Saya ingat doktor sengaja nak main-mainkan saya tadi.” Dia tersenyum nakal lantas menggelengkan kepalanya. Entah macam mana, dia nampak comel. Co..comel? Apa kena dengan mata kau pula Ai?!!!

“Ai, saya takkan mainkan orang yang sedang berusaha untuk menjadi lebih berdikari. Bak sini baju tu, saya nak kena hantar gambar kepada dia untuk membuktikan yang saya dah tolong dia ambil.” Dengan gembira aku menghulurkan beg kertas itu kepada mamat selamba.

“Awak buat sebiji macam yang dia nak. Oh ye dia ada bagi gambar kat saya. Sekejap ye..” Telefon pintarnya dikeluarkan dari poket. Gambar watak anime, Gintoki Sakata ditunjukkan kepadaku.

“Hasil tangan awak ni bagus Ai.” Memerah mukaku apabila dipuji berdepan sebegini. Mamat selamba ini memang selamba!

“Oh awak boleh upload gambar baju ni dan muka seronok saya dalam website awak sebagai testimoni.” Dengan muka selamba, dia terus menyuruh aku mengambil gambarnya dengan kostum Gintoki itu. Sedikit demi sedikit aku dapat rasakan yang aku mula suka pada si selamba ini.








Tamat sahaja kuliah untuk hari ini aku terus mengemas buku notaku. Aku perlu pulang awal kerana mahu berjalan-jalan ke I-City dengan Abang Gin. Bukan selalu aku dapat keluar dengan abang aku ini. Tengok jam pun sudah lewat petang dan aku rasa mesti jalanraya sesak gila-gila. Haish lumrah hidup di bandar.

Sebaik sahaja melihat Audi RS7 milik Abang Gin aku terus bangun dari tempat dudukku. Pantas aku melambaikan tanganku dan berlari ke kereta. Pintu dibuka secara automatic dan aku masuk dengan senyuman melebar. Seronok dapat meluangkan masa dengan abang yang sentiasa sibuk.

“Ai siapa tu?” Aku menoleh ke luar tingkap. Kelihatan mamat selamba itu memandang ke arahku dengan muka serius.

Lecturer Ai.” Aku melambaikan tanganku tapi mamat selamba itu tak membalas dan terus beredar. Hmm dia tak perasan mungkin. Abang Gin memakaikan tali pinggang keledar padaku. Hek eleh, tahulah aku pakai sendiri tapi macam biasa, dia memang kalau boleh nak manjakan aku sentiasa. Kereta abangku meluncur laju meninggalkan perkarangan universiti. I-City kami datang!







Tiba sahaja, abangku memarkirkan kereta berdekatan dengan Snowalk. Apa lagi, semua jenis tarikan I-City kami cuba dan memang aku ada bawa baju lebih sebab nak bermain air juga. Tak pernah-pernah aku tengok abang aku bermain dengan sepuas hati. Rasanya dia lebih kepada ingin menghilangkan tekanan kerja.

Telefon pintarku yang tiba-tiba berdering menganggu konsentrasiku yang seronok bergambar di Red Carpet. Panggilan kujawab tanpa melihat nombor yang tertera.

Hait, moshi mosh!”

“Seronok nampak?” Bibir aku terus melakar senyum bila terdengar suara dihujung talian.

“Haahlah kenapa?” Serius comel betul suara mamat selamba yang dah macam-macam nak ke cemburu.

Assignment dah siap ke?” Okay ini memang betul-betul lawak. Macam dah tak ada soalan lain yang dia nak tanya.

“Setahu saya, assignment doktor dah lama saya hantar. Assignment paling baru tadi petang baru dapat. Takkanlah dah siap doktor.” Punya berusaha aku menahan tawa memikirkan muka lawak si mamat selamba.

Okay, sorry for being silly. Bye.” Talian dimatikan dan aku dengan pantas menelefonnya semula. 10 saat jugalah baru dia nak angkat. Ceh jual mahal ke?

“Hello.”

Pick me up at I-City if you really want to see me. I’ll be waiting for you right in front of the entrance. Be here in within 20 minutes or just forget about it.” Giliran aku pula mematikan telefon tanpa menunggu jawapan darinya dan dia pula menelefonku semula. Hahaha seronok pula main macam ini.

“I’ll be there.” Senyumanku melebar dan aku terus berlari ke pintu masuk. Abang Gin? Nantilah aku beritahu pada dia.







Awkward. Lagi? Hahaha serius janggal bila dah masuk ke dalam kereta mamat selamba ini dan dia asyik tersenyum-senyum sendiri. Aku? Malu faham tak?! Entah apa yang merasuk kami berdua sehingga tiba-tiba bertukar jadi macam pasangan bercinta padahal tak pernah pun nak berkongsi perasaan sebelum ini.

“Kenapa senyap?” soal mamat selamba lalu menjeling sedikit ke arahku. Ehey pandai jelling-jeling pula..

“Nak suruh saya buat apa?”

“Nyanyi lagu Ikenai Taiyo.” Pula. Boleh pula dia gelak seorang diri selepas buat lawak versi aku pun tak tahu nak gelak ke hempuk kepala dia.

“Gurau..gurau. Hmm jom makan? Lapar tak makan dari siang tadi.”

“Eh kenapa tak makan?”

“Tak ada masa lepas tu balik petang tadi hilang mood makan.”

“Pelik orang yang kuat makan hilang mood.”

“Siapa tak hilang mood kalau tengok awak naik kereta lelaki lain!” Ehey ternaik satu oktaf pula suara mamat selamba yang selalunya versi balada.

“Abang.” Terus dia berpaling ke mukaku. Perasan aku panggil dia abang ke apa?

“Maksud saya, tadi tu abang saya. Oh ye, sekejap ye saya call abang saya beritahu saya keluar dengan awak.” Muka aku sekarang memang dah memerah bila tengok muka mamat selamba yang makin comel pula. Terasa macam Kou dan Futaba dalam anime Ao Haru Ride hehehe…





Sebaik sahaja tiba di restoran, dia memilih tempat berdekatan tingkap. Seronok nak melihat permandangan malam konon. Macam ada aura-aura romantik sekarang tapi aku tak mahu berharap apa-apa selagi dia tak menyatakan apa yang sebenarnya yang dia mahu dalam hubungan kami.

“Macam pelik.” Aku membuka mulut setelah lima minit si mamat selamba tenggelam dalam permandangan luar restoran. Dia ini memang perangai budak-budak sungguh!

“Apa yang pelik?” soalnya dengan muka selamba.

“Hmm sebenarnya doktor ni nak apa dengan saya?” Amik kau. Aku ini memang tak reti nak cakap berkias bagai macam orang Melayu walaupun dah lama duduk Malaysia.

“Dah macam ni pun tak faham saya nak apa pada Ai ke?” Pantas aku menggelengkan kepala. Sebagai otaku yang tak berapa nak reti sangat pasal hati dan perasaan versi manusia didunia nyata, memang aku perlukan orang menjelaskan secara terus-terang tentang perasaan ini kepada aku.

“Saya sukakan Ai dan saya selesa dengan Ai. Hmm agak terlalu awal kalau nak jadikan Ai isteri saya sekarang sebab Ai masih belajar dan orang tua Ai pun belum saya kenal. InsyaAllah saya akan mula dengan mencari peluang untuk mengenali keluarga Ai dulu sebelum melamar Ai.” Baiklah jawapan yang boleh dapat lima markah penuh kalau muncul dalam soalan subjektif rasanya. Aku yang sudah mula malu-malu tak tahu nak pandang mana maka aku hanya menundukkan muka dan mengangguk faham.

“Lepas dua bulan ini mungkin payah sikit nak berjumpa sebab saya dapat tawaran mengajar di universiti lain.” Eh ini nak buat cerita apa pula ni?

“Universiti mana?”

“AUT.” Selamba gila dia menjawab dengan sambil menyuap makanan yang baru sampai.

“Bukan kat New Zealand ke universiti tu?”

“Haah.” Serius dia ini tak ada perasaan ke apa?

“Sebelum bertolak, saya akan berjumpa ibubapa Ai untuk kenalkan diri. Sebaik sahaja Ai tamat belajar kat sini, kita kahwin dan saya angkutlah Ai pergi sana.” Amboi baiknya rancangan dia.

“Tak apa, tak payah fikir sangat sebab lambat lagi. Tumpukan perhatian pada pelajaran dan belajarlah sikit sebanyak tentang agama saya. Kalau ada yang tak faham ke apa boleh tanya saya.” Pandai sahaja dia nak buat aku tenang semula.

“Yela..what will be, will be,” jawabku pasrah.

Que sera sera? Teringin pula nak makan kuih seri muka.” Pula. Dia inilah memang mamat selamba versi pelik yang amat! Apa kaitan ‘que sera sera’ dengan kuih seri muka?

“Oh ye, kalau ada peluang nak juga pergi kampung awak.” Permintaan mamat selamba ini betul-betul mengejutkan aku.

“Tahu ke mana kampung saya?” soalku dengan muka malu-malu. Haihlah pipi, masa-masa ini juga kau nak memerah bagai.

“Jepun je saya tahu, daerah mana ye?”

“Kyoto.”

“Tak apa, nanti sebelum pindah terus ke New Zealand kita pergi melawat ke sana sama-sama ye?” Aku mengangguk malu-malu.

“Ai…”

“Hmm?”

“Boku wa hontoni anatagasuki,” Pffffttt walaupun macam lawak bila mamat selamba ini bercakap Jepun tapi. Ayatan dia buatkan aku rasa nak terbang dilangit.

Atashi mo.” Senyuman mamat selamba yang melebar membuatkan aku gembira. Tak sangka otaku macam aku akan suka pada si selamba ini. Ingatkan aku akan membujang sampai ke tua dek terlalu obsess dengan karakter dalam anime dan manga. Apa-apa pun aku berharap yang hubungan ini mendapat restu kedua-dua ibubapa dan berjalan lancar.

“Ai, Sebastian Michealis atau saya?”


“Mestilah Sebastian!” Aik? Hahaha….nampaknya aku kena berusaha kuat untuk menampal wajah mamat selamba ini dalam kepala dan hati aku dari watak-watak anime.

*************************************************************************
Alhamdulillah siap juga cerpen bersiri ni. Hahaha sebenarnya dah rasa pening dan tak tahu nak sambung apa lagi hehehe...
Okay macam biasa tak suka ka apa sila komen.

(^-^)v
Sebastian Michealis [kredit]

14 comments:

Author said...

Usui Takumi?Akak minat jugak eh?Gila sapa tak minat dengan dia.Haha.

SuhaFasihah said...

Uish, pendeknya! Baru tgh syiok2 baca dah habis... Tapi mmg sukalah ending dia... Sempoi je ;)

Norlyana Nasrin said...

@Fazliana Nazri: Mestilah..tengok profile pic akak pun dah tau huhu~

hahaha mamat alien gatal paling hensem~

(^-^)v

Norlyana Nasrin said...

@Suha: Hahaha serius dah x reti nak sambung apa maka lebih baik stop dari mengarut benda bukan2..

hahaha alhamdulillah thanks

(^-^)v

Anonymous said...

Ooh..i luv usui takumi..cerpen ni mmg best and sempoi..

Norlyana Nasrin said...

Hahaha I love him too~ thanks ya!

(^-^)v

Anonymous said...

buku sdh ada jual ka.? :-D

Norlyana Nasrin said...

Blm lg la adik..br hantar ISBN utk katalog..ufufufu~

Unknown said...

Halu....lama x jd stalker..bizi kunu tahap gaban2....huhu

Frankly dis cerpen x ngam d hati sa..mkin tua sda kali sa ni...but...i will still be a stalker..

Take care..


Norlyana Nasrin said...

@jude judy: Halu..haha lama x nampak..

Xpe2 setiap org ada citarasa dia hehehe..

Thanks ya (^-^)v

Unknown said...

Poor Gin .....happy Ai n' Hilal .. Wish happy love story 4 Gin .... Teruskan berkarya

Norlyana Nasrin said...

@Cahaya Princess: Huhuhu Gin memang saya cadang nak buatkan satu cerita untuk dia tapi tak tahu bila.

InsyaAllah saya akan terus berkarya selagi Allah izinkan.

(^-^)v

Anonymous said...

Nak cerita pasal abg gin.Sedih :(

Norlyana Nasrin said...

InsyaAllah nnt saya buat. Buay masa sekarang saya sangat sibuk dan ada masalah privasi bilamana saya mahu berkarya.