Usui Takumi..ehey tergoda tak? [kredit] |
Beg kertas berisi kostum Gintoki aku jinjit lalu melangkah
masuk ke dalam pusat beli-belah. Tempat pertemuan yang dirancang oleh
pelangganku. Aku pergi seorang diri memandangkan Abang Gin ke luar Negara dan
aku tak rasa nak ajak mamat selamba itu untuk temankan aku. Inilah masa untuk
aku menjadi betul-betul berdikari bukan?
Tiba di tempat yang dirancang, aku mengambil tempat dan
memesan minuman untuk membasahkan tekak. Panas pula cuaca hari ini. Beg kertas
itu aku peuk seperti harta yang berharga. Hehehe kalau ada yang menyamun beg
aku ni mesti kecewa bila tengok isi dalamnya.
Mata aku melilau mencari si pelanggan. Dari pesanan ringkas yang aku
terima, dia menyatakan yang dia akan berpakaian paling senang dikenali dan tak
akan susah untuk mengecamnya. Haish macam-macam perangai…
Jam tangan di tangan kiri kukilas pandang. Ada 10 minit lagi
sebelum waktu pertemuan. Yelah, aku sebagai peniaga perlu tiba awal untuk
memberikan imej yang baik. Dah menjadi prinsip keluarga aku untuk sentiasa
menepati masa kerana masa yang dah terbuang tak akan kembali.
“Ano, Ai-san ka?” Rasa macam nak nak bunuh orang pun ada bila aku
melihat wajah ‘pelanggan’ aku itu. Mamat selamba itu dengan muka tak bersalah
terus mengambil tempat dihadapanku. Apakah ini ujian orang berniaga?
“Apakah ini Dr Hilal?” soalku
dengan mengetap gigi menahan marah yang mula menjelma.
“Ye saya. Ai, relaks dulu.” Pelayan
café dipanggil dan dia terus memesan makanan. Geram punya pasal, aku harap dia
kena kencing manis!
“Marah?” Aik, boleh tanya lagi?
“Jangan bertindak melulu dan dengar
dulu penjelasan saya.” Aku cuba bertenang dengan menarik nafas dan minum air.
“Saya belikan untuk orang lain.
Kawan saya ada majlis kostum di tempat kerja dia dan dia malu nak beli sendiri
kostum. Saya cadangkan nama awak dan terus dia minta tolong saya untuk
berurusan terus dengan awak.” Hilang terus perasaan nak marah.
“Oh terima kasih Dr Hilal. Saya
ingat doktor sengaja nak main-mainkan saya tadi.” Dia tersenyum nakal lantas
menggelengkan kepalanya. Entah macam mana, dia nampak comel. Co..comel? Apa
kena dengan mata kau pula Ai?!!!
“Ai, saya takkan mainkan orang yang
sedang berusaha untuk menjadi lebih berdikari. Bak sini baju tu, saya nak kena
hantar gambar kepada dia untuk membuktikan yang saya dah tolong dia ambil.”
Dengan gembira aku menghulurkan beg kertas itu kepada mamat selamba.
“Awak buat sebiji macam yang dia
nak. Oh ye dia ada bagi gambar kat saya. Sekejap ye..” Telefon pintarnya
dikeluarkan dari poket. Gambar watak anime, Gintoki Sakata ditunjukkan
kepadaku.
“Hasil tangan awak ni bagus Ai.”
Memerah mukaku apabila dipuji berdepan sebegini. Mamat selamba ini memang
selamba!
“Oh awak boleh upload gambar baju ni dan muka seronok saya dalam website awak sebagai testimoni.” Dengan
muka selamba, dia terus menyuruh aku mengambil gambarnya dengan kostum Gintoki
itu. Sedikit demi sedikit aku dapat rasakan yang aku mula suka pada si selamba
ini.
Tamat sahaja kuliah untuk hari ini aku terus mengemas buku
notaku. Aku perlu pulang awal kerana mahu berjalan-jalan ke I-City dengan Abang
Gin. Bukan selalu aku dapat keluar dengan abang aku ini. Tengok jam pun sudah
lewat petang dan aku rasa mesti jalanraya sesak gila-gila. Haish lumrah hidup
di bandar.
Sebaik sahaja melihat Audi RS7 milik Abang Gin aku terus
bangun dari tempat dudukku. Pantas aku melambaikan tanganku dan berlari ke
kereta. Pintu dibuka secara automatic dan aku masuk dengan senyuman melebar.
Seronok dapat meluangkan masa dengan abang yang sentiasa sibuk.
“Ai siapa tu?” Aku menoleh ke luar
tingkap. Kelihatan mamat selamba itu memandang ke arahku dengan muka serius.
“Lecturer Ai.” Aku melambaikan tanganku tapi mamat selamba itu tak
membalas dan terus beredar. Hmm dia tak perasan mungkin. Abang Gin memakaikan
tali pinggang keledar padaku. Hek eleh, tahulah aku pakai sendiri tapi macam
biasa, dia memang kalau boleh nak manjakan aku sentiasa. Kereta abangku
meluncur laju meninggalkan perkarangan universiti. I-City kami datang!
Tiba sahaja, abangku memarkirkan kereta berdekatan dengan
Snowalk. Apa lagi, semua jenis tarikan I-City kami cuba dan memang aku ada bawa
baju lebih sebab nak bermain air juga. Tak pernah-pernah aku tengok abang aku
bermain dengan sepuas hati. Rasanya dia lebih kepada ingin menghilangkan
tekanan kerja.
Telefon pintarku yang tiba-tiba berdering menganggu konsentrasiku
yang seronok bergambar di Red Carpet. Panggilan kujawab tanpa melihat nombor
yang tertera.
“Hait, moshi mosh!”
“Seronok nampak?” Bibir aku terus
melakar senyum bila terdengar suara dihujung talian.
“Haahlah kenapa?” Serius comel
betul suara mamat selamba yang dah macam-macam nak ke cemburu.
“Assignment dah siap ke?” Okay ini memang betul-betul lawak. Macam
dah tak ada soalan lain yang dia nak tanya.
“Setahu saya, assignment doktor dah lama saya hantar. Assignment paling baru tadi petang baru dapat. Takkanlah dah siap
doktor.” Punya berusaha aku menahan tawa memikirkan muka lawak si mamat
selamba.
“Okay, sorry for being silly. Bye.” Talian dimatikan dan aku dengan
pantas menelefonnya semula. 10 saat jugalah baru dia nak angkat. Ceh jual mahal
ke?
“Hello.”
“Pick me up at I-City if you really want to see me. I’ll be waiting for
you right in front of the entrance. Be here in within 20 minutes or just forget
about it.” Giliran aku pula mematikan telefon tanpa menunggu jawapan
darinya dan dia pula menelefonku semula. Hahaha seronok pula main macam ini.
“I’ll
be there.” Senyumanku melebar dan aku terus berlari ke pintu masuk. Abang
Gin? Nantilah aku beritahu pada dia.
Awkward.
Lagi? Hahaha serius janggal bila dah masuk ke dalam kereta mamat selamba ini
dan dia asyik tersenyum-senyum sendiri. Aku? Malu faham tak?! Entah apa yang
merasuk kami berdua sehingga tiba-tiba bertukar jadi macam pasangan bercinta
padahal tak pernah pun nak berkongsi perasaan sebelum ini.
“Kenapa senyap?” soal mamat selamba
lalu menjeling sedikit ke arahku. Ehey pandai jelling-jeling pula..
“Nak suruh saya buat apa?”
“Nyanyi lagu Ikenai Taiyo.” Pula.
Boleh pula dia gelak seorang diri selepas buat lawak versi aku pun tak tahu nak
gelak ke hempuk kepala dia.
“Gurau..gurau. Hmm jom makan? Lapar
tak makan dari siang tadi.”
“Eh kenapa tak makan?”
“Tak ada masa lepas tu balik petang
tadi hilang mood makan.”
“Pelik orang yang kuat makan hilang
mood.”
“Siapa tak hilang mood kalau tengok
awak naik kereta lelaki lain!” Ehey ternaik satu oktaf pula suara mamat selamba
yang selalunya versi balada.
“Abang.” Terus dia berpaling ke
mukaku. Perasan aku panggil dia abang ke apa?
“Maksud saya, tadi tu abang saya.
Oh ye, sekejap ye saya call abang
saya beritahu saya keluar dengan awak.” Muka aku sekarang memang dah memerah
bila tengok muka mamat selamba yang makin comel pula. Terasa macam Kou dan
Futaba dalam anime Ao Haru Ride hehehe…
Sebaik sahaja tiba di restoran, dia memilih tempat berdekatan tingkap.
Seronok nak melihat permandangan malam konon. Macam ada aura-aura romantik sekarang
tapi aku tak mahu berharap apa-apa selagi dia tak menyatakan apa yang
sebenarnya yang dia mahu dalam hubungan kami.
“Macam pelik.” Aku membuka mulut
setelah lima minit si mamat selamba tenggelam dalam permandangan luar restoran.
Dia ini memang perangai budak-budak sungguh!
“Apa yang pelik?” soalnya dengan
muka selamba.
“Hmm sebenarnya doktor ni nak apa
dengan saya?” Amik kau. Aku ini memang tak reti nak cakap berkias bagai macam
orang Melayu walaupun dah lama duduk Malaysia.
“Dah macam ni pun tak faham saya
nak apa pada Ai ke?” Pantas aku menggelengkan kepala. Sebagai otaku yang tak
berapa nak reti sangat pasal hati dan perasaan versi manusia didunia nyata,
memang aku perlukan orang menjelaskan secara terus-terang tentang perasaan ini
kepada aku.
“Saya sukakan Ai dan saya selesa
dengan Ai. Hmm agak terlalu awal kalau nak jadikan Ai isteri saya sekarang
sebab Ai masih belajar dan orang tua Ai pun belum saya kenal. InsyaAllah saya
akan mula dengan mencari peluang untuk mengenali keluarga Ai dulu sebelum
melamar Ai.” Baiklah jawapan yang boleh dapat lima markah penuh kalau muncul
dalam soalan subjektif rasanya. Aku yang sudah mula malu-malu tak tahu nak
pandang mana maka aku hanya menundukkan muka dan mengangguk faham.
“Lepas dua bulan ini mungkin payah
sikit nak berjumpa sebab saya dapat tawaran mengajar di universiti lain.” Eh
ini nak buat cerita apa pula ni?
“Universiti mana?”
“AUT.” Selamba gila dia menjawab
dengan sambil menyuap makanan yang baru sampai.
“Bukan kat New Zealand ke universiti
tu?”
“Haah.” Serius dia ini tak ada
perasaan ke apa?
“Sebelum bertolak, saya akan
berjumpa ibubapa Ai untuk kenalkan diri. Sebaik sahaja Ai tamat belajar kat sini,
kita kahwin dan saya angkutlah Ai pergi sana.” Amboi baiknya rancangan dia.
“Tak apa, tak payah fikir sangat
sebab lambat lagi. Tumpukan perhatian pada pelajaran dan belajarlah sikit
sebanyak tentang agama saya. Kalau ada yang tak faham ke apa boleh tanya saya.”
Pandai sahaja dia nak buat aku tenang semula.
“Yela..what will be, will be,” jawabku pasrah.
“Que sera sera? Teringin pula nak makan kuih seri muka.” Pula. Dia
inilah memang mamat selamba versi pelik yang amat! Apa kaitan ‘que sera sera’
dengan kuih seri muka?
“Oh ye, kalau ada peluang nak juga
pergi kampung awak.” Permintaan mamat selamba ini betul-betul mengejutkan aku.
“Tahu ke mana kampung saya?” soalku
dengan muka malu-malu. Haihlah pipi, masa-masa ini juga kau nak memerah bagai.
“Jepun je saya tahu, daerah mana
ye?”
“Kyoto.”
“Tak apa, nanti sebelum pindah
terus ke New Zealand kita pergi melawat ke sana sama-sama ye?” Aku mengangguk
malu-malu.
“Ai…”
“Hmm?”
“Boku
wa hontoni anatagasuki,” Pffffttt walaupun macam lawak bila mamat selamba
ini bercakap Jepun tapi. Ayatan dia buatkan aku rasa nak terbang dilangit.
“Atashi mo.” Senyuman mamat selamba yang melebar membuatkan aku
gembira. Tak sangka otaku macam aku akan suka pada si selamba ini. Ingatkan aku
akan membujang sampai ke tua dek terlalu obsess dengan karakter dalam anime dan
manga. Apa-apa pun aku berharap yang hubungan ini mendapat restu kedua-dua
ibubapa dan berjalan lancar.
“Ai, Sebastian Michealis atau saya?”
“Mestilah Sebastian!” Aik? Hahaha….nampaknya
aku kena berusaha kuat untuk menampal wajah mamat selamba ini dalam kepala dan
hati aku dari watak-watak anime.
*************************************************************************
Alhamdulillah siap juga cerpen bersiri ni. Hahaha sebenarnya dah rasa pening dan tak tahu nak sambung apa lagi hehehe...
Okay macam biasa tak suka ka apa sila komen.
(^-^)v
*************************************************************************
Alhamdulillah siap juga cerpen bersiri ni. Hahaha sebenarnya dah rasa pening dan tak tahu nak sambung apa lagi hehehe...
Okay macam biasa tak suka ka apa sila komen.
(^-^)v
Sebastian Michealis [kredit] |
14 comments:
Usui Takumi?Akak minat jugak eh?Gila sapa tak minat dengan dia.Haha.
Uish, pendeknya! Baru tgh syiok2 baca dah habis... Tapi mmg sukalah ending dia... Sempoi je ;)
@Fazliana Nazri: Mestilah..tengok profile pic akak pun dah tau huhu~
hahaha mamat alien gatal paling hensem~
(^-^)v
@Suha: Hahaha serius dah x reti nak sambung apa maka lebih baik stop dari mengarut benda bukan2..
hahaha alhamdulillah thanks
(^-^)v
Ooh..i luv usui takumi..cerpen ni mmg best and sempoi..
Hahaha I love him too~ thanks ya!
(^-^)v
buku sdh ada jual ka.? :-D
Blm lg la adik..br hantar ISBN utk katalog..ufufufu~
Halu....lama x jd stalker..bizi kunu tahap gaban2....huhu
Frankly dis cerpen x ngam d hati sa..mkin tua sda kali sa ni...but...i will still be a stalker..
Take care..
@jude judy: Halu..haha lama x nampak..
Xpe2 setiap org ada citarasa dia hehehe..
Thanks ya (^-^)v
Poor Gin .....happy Ai n' Hilal .. Wish happy love story 4 Gin .... Teruskan berkarya
@Cahaya Princess: Huhuhu Gin memang saya cadang nak buatkan satu cerita untuk dia tapi tak tahu bila.
InsyaAllah saya akan terus berkarya selagi Allah izinkan.
(^-^)v
Nak cerita pasal abg gin.Sedih :(
InsyaAllah nnt saya buat. Buay masa sekarang saya sangat sibuk dan ada masalah privasi bilamana saya mahu berkarya.
Post a Comment