IchiRuki [kredit] |
“Bila dah besar nanti, kita kahwin
eh?”
“Kalau mama dengan ayah tak bagi?”
“Kita kahwin lari!”
Huk! Tersentak aku dari lamunan. Imbasan memori ketika zaman
masih belum mumaiyiz. Mentah dan tak tahu apa-apa. Memori yang jika boleh aku tak mahu
ingat dan hari ini merupakan hari perkahwinan si dia yang berjanji mahu
berkahwin denganku dahulu.
Hmm wajah si dia yang ceria bergambar dengan isterinya
menunjukkan betapa dia tidak ingat akan janjinya dahulu. Heh, siapalah yang
ingat janji yang dibuat ketika berusia tujuh tahun?! Oh..kecuali aku.
“Kau okey?” Sumayyah, sepupuku
menegur. Aku hanya memberi isyarat ‘okay’ sebelum beredar mengambil makanan.
Muffin blueberry dan baked apple turnover aku letak didalam
piring lalu mengambil tempat betul-betul dihadapan pelamin. Punya bagus dia
khaskan tempat ini untuk aku dan keluargaku. Memandangkan ahli keluargaku
mengerjakan umrah kecuali aku, maka aku diutuskan oleh mama dan ayah aku untuk
mewakilkan mereka. Serius janggal!
“Err cik? Makcik tumpang meja
boleh? Meja lain semua dah penuh.” Aku menoleh memandang wajah di tukang tanya
lantas senyuman aku hadiahkan.
“Boleh makcik. Saya pun seorang
sahaja. Bagus juga kalau makcik duduk sekali tak adalah saya rasa janggal.”
Makcik yang aku agak berusia awal 50an mengambil tempat disebelahku. Aku
bersalaman dengannya sebaik sahaja dia meletakkan pinggan.
“Nama makcik, Zaharah. Apa nama
anak ni?”
“Nama saya …”
“Oh mak kat sini rupanya, penat Ian
cari. Ian dah dapat tempat kat..” Aku hanya tersenyum melihat wajah lelaki yang
menyampuk perbualan aku dan Makcik Zaharah.
“Duduk sinilah Ian, mak dah malas
nak bangun dah. Lagipun kat sini jelas nak ambil gambar pengantin nun.”
Bagaikan tersedar dari lamunan, lelaki itu terus mengangguk.
“Err Ian pergi ambil pinggan Ian
ye.”
“Itu anak teruna makcik, Ian
Iskandar. Arwah suami makcik orang putih tu yang bercampur nama si Ian. Oh ye
apa nama anak tadi?”
“Saya Sarah. Makcik datang berdua
je ke dengan anak makcik?” soalku ramah.
“Haah, kamu ni seorang je ke?”
“Ye, keluarga saya pergi umrah.
Saya tak ikut sebab dah pergi dan tak dapat cuti.” Lelaki tadi datang semula
dengan pinggan dan air.
“Mak kenal ke?” soal lelaki itu
dengan senyuman. Aku? Dah dia senyum takkan aku nak masam muka? Senyum jela,
tak rugi sesen pun dan pahala pun dapat.
“Baru je kenal tadi. Ni Sarah
namanya.”
“Oh Sarah..saya Ian. Awak kawan
pengantin perempuan ke?” Huhu nasib baik anak makcik ni ramah kalau tak memang
aku blur terus.
“Tak, saya sepupu pengantin lelaki.
Untuk majlis pengantin lelaki yang minggu depan ni saya tak dapat datang jadi
itu yang datang belah perempuan.”
“Ian ni satu tempat kerja dengan
pengantin perempuan.” Terang makcik Zaharah tanpa dipinta. Aku hanya mampu
menganggukkan kepala.
“Kamu kerja apa Sarah?” soal Makcik
Zaharah.
“Saya kerja dalam TLDM makcik.”
Membulat mata anak beranak itu apabila aku memberitahu pekerjaanku.
“TLDM? Tentera Laut Diraja Malaysia
ke Sarah?” Aku mengangguk. Aku dah lali sangat dengan gelagat manusia
sekeliling aku apabila aku memberitahu pekerjaan aku. Hmm susah sangat ke nak
percaya yang kaum wanita pun ada bekerja dalam TLDM?
“Woo selalu kat laut je la kamu ni
ye Sarah?” Aku mengangguk lagi.
“Hmm memang minat ke?” soal Ian
tiba-tiba.
“Haah,” jawabku pendek.
“Pangkat apa dah sekarang?”
“Leftenan.”
“Bagus sebab tak ramai kaum wanita
yang minat bidang ketenteraan ni.”
“Janji kalau dah minat semua pun
dah tak kisah.” Aku teringat reaksi mama dan ayah aku apabila aku menyatakan
hasrat untuk menyertai TLDM sebaik sahaja tamat universiti. Masing-masing membangkang
namun setelah aku berkeras dan tak putus asa memujuk, barulah mereka benarkan.
Hmm macam-macam.
“Sarah, dah siap makan kan? Jom
bergambar? Maaf ye, saya pinjam dia sekejap.” Harith, pengantin lelaki aka
sepupu aku aka lelaki yang pernah berjanji nak kahwin dengan aku dengan selamba
datang ke meja kami dan mengajakku untuk bergambar. Isterinya masih diatas
pelamin dan aku perasan wajah pengantin perempuan berubah sedikit ketika Harith
menyusun kedudukan untuk ambil gambar. Sewel ke apa dia ini apabila menyuruh
aku berdiri ditengah-tengah antara dia dan isterinya. Serius aku rasa nak balik
sekarang!
“Puan, buat apa kat sini?” Jenna,
Leftenan Muda yang sering menjadi teman berbual aku ketika berehat menegurku.
Aku kini sedang mengambil angin sementara menunggu waktu Zohor.
“Tak ada apa, saja je berehat. Awak
dah makan?”
“Sudah puan. Sebenarnya saya nak bagi ni kat puan.” Kad
jemputan kahwin rupanya. Haihla nak kahwin dah kau Jenna. Sekejap, sekarang ini
musim mengawan ke apa? Baru dua hari lepas aku dapat kad jemputan kahwin dari
Fahmi dan sekarang Jenna pula. Aku jela membujang sampai ke tua gamaknya..
“Err puan?” Jenna memandangku
pelik. Hahaha boleh pula aku mengelamun.
“Tahniah Jenna. InsyaAllah jika ada
kesempatan, saya hadir ye.”
“Terima kasih puan.”
“Sama-sama. Hmm baiklah saya nak
pergi solat.” Aku beredar setelah berbalas senyuman dengan Jenna. Isy yang aku
sibuk fikir pasal jodoh buat apa? Semuanya dah diatur oleh sebaik-baik
perancang yang Maha Melihat, Mendengar dan Mengetahui.
“Sarah, I want to see you.” Suara serius Harith ditalian mengusarkan aku.
Dah apa kena dengan sepupu aku ini? Bukan baru balik berbulan madu ke?
“Err
sure. Are you coming with your wife?” soalku lalu mengambil tuala yang
tersidai di verandah.
“No.
Alone. I’ll wait for you in the lobby.” Lobi? Lobi kondominium aku kah?
“By
any chance, are you already in the lobby Harith?” Aku mendengar dia
melepaskan keluhan kasar.
“Yeah.”
Masak! Sah ada masalah ni.
“Okay,
I’m coming down in 20 minutes.” Pantas aku berlari ke bilik mandi. Hari
minggu dirumah sendiri. Aku dah set dalam kepala otak aku yang aku mahu bermalas-malasan
hari ini tapi..hmm tak apalah sepupu aku juga.
15 minit aku dah siap mandi dan berpakaian. Fuh, risau kat
sepupu punya pasal! Tak dinafikan dia adalah sepupu yang paling rapat denganku
sejak kecil.
Turun sahaja di lobi aku melihat dia sedang termenung
memandang orang yang lalu-lalang melalui cermin tingkap lobi. Mukanya kusut dan
muram.
“Assalamualaikum.” Dia menjawab
salamku dan mukanya dimaniskan sedikit.
“Maaflah ganggu Sarah nak berehat
hujung-hujung minggu ni.”
“Oh tak apa. Dulu masa Sarah susah
hati pun Harith sanggup datang dari jauh untuk Sarah kan?” Teringat aku ketika
aku dimarahi oleh mama dan ayah aku yang membangkang keputusan aku untuk masuk
TLDM. Harith sanggup datang dari Perlis semata-mata nak membantu aku memujuk
mama dan ayah. Kalut sekejap ibubapa Harith apabila anak bujangnya tiba-tiba ‘hilang’.
“Jom pergi makan? Harith lapar.”
Alahai sepupu. Mesti kau tengah betul-betul susah hati sebab Harith yang aku
kenal tak akan lupa waktu makan.
“Boleh beritahu apa yang buat
Harith susah hati ni?” Dia yang sedang menyuap makanan kedalam mulut terhenti
seketika sebelum menyambung suapan. Cukup tiga kali suap, dia berhenti dan
mengelap mulut dengan napkin.
“Isteri Harith…”
“Wait, Harith faham kan yang urusan rumahtangga harus dielak dari
dikongsi dengan orang lain melainkan untuk tujuan kaunseling?” Serius aku tak
suka sebenarnya bila ada pasangan suami isteri yang bergaduh dan segala benda
nak berkongsi dengan orang. Paling aku tak boleh terima apabila masalah dalam
selimut pun boleh berkongsi di laman sosial. Oh manusia, makin hilang malunya…
“Faham tapi Harith dah tak ada
siapa nak kongsikan masalah melainkan Sarah. Sarah bagaikan adik kembar Harith
sebab Sarah ada bila Harith perlu.” Aku hanya menayangkan wajah tak ada
perasaan. Tolonglah, selepas dia sah bernikah dengan isterinya, aku buang terus
perasaan aku pada dia. Tak guna menyimpan perasaan pada yang sudah berpunya. Ia
hanya menyakitkan diri dan orang lain.
“Baiklah, Sarah akan dengar dan
nilai dari sudut professional bukan
sebagai sepupu Harith.” Dia mengangguk faham. Dia sudah lali dengan sifat tegas
aku sejak kecil lagi.
“Isteri Harith mengaku yang dia
pernah terlanjur dengan bekas teman lelaki dia dulu dan pernah gugurkan
kandungan.” Membulat mata aku dengan kata-kata Harith. This is waaaayyy too personal !! Aku cuba untuk bertenang dan
menunjukkan wajah tanpa perasaan.
“Jadi?”
“Harith terkejut dan tak sangka
perempuan yang nampak lembut sebegitu pernah melakukan sesuatu yang sangat
kejam. Harith buntu Sarah.” Wajah Harith yang kusut menghilangkan segala
sel-sel tampannya.
“Harith, tak semua orang dilahirkan
dalam persekitaran yang baik dan dididik dengan agama. Itu masa silam isteri
Harith dan sekarang Sarah rasa mesti dia dah berubah kan? Harith kenal dengan
dia lebih dari Sarah.” Aku berhenti mengambil nafas dan minum air.
“Sekarang Harith adalah ketua
keluarga. Jadilah suami, pembimbing dan sahabat untuk dia. Dia sangat
memerlukan Harith. Dosa yang pernah dilakukan dahulu siapalah kita untuk
menghukum? Itu urusan dia dengan Allah. Tugas Harith sekarang ialah beri dia
kebahagiaan dan tegur dia bila dia buat silap.”
“Senang cakap, tapi sukar nak
lakukannya Sarah. Setiap kali Harith pandang dia, Harith asyik fikir yang dia
bakal mengulangi perbuatan yang sama jika kami bergaduh.” Aku menggelengkan
kepala.
“Itu dinamakan buruk sangka, Harith.
Dia sayangkan Harith itu sebab berani menceritakan rahsia silamnya kepada
Harith. Dia percayakan Harith dan dia mahu kongsi kesengsaraannya bersama
Harith. Harith cuba fikir, kalau dia tak percaya dan cintakan Harith adakah dia
akan ceritakan perkara yang memalukan ini kepada Harith?” Harith meraup
mukanya.
“Allah…” Aku hanya tersenyum apabila
melihatkan Harith bagaikan sedar akan kesilapannya.
“Terima kasih Sarah. Harith tak
salah pilih orang untuk ceritakan masalah Harith. InsyaAllah Harith akan berusaha
menjadi suami dan sahabat yang baik untuk isteri Harith. Terima kasih Sarah sebab
sudi nasihatkan Harith.” Berapa banyak terima kasih da…
“Sama-sama. Harith, perkahwinan
bukan untuk sehari dua dan kalau boleh kita nak bersama dengan pasangan kita
sehingga ke Jannah. Lain kali bawalah isteri bila berjumpa dengan Sarah. Sarah
tak mahu dia salah faham akan hubungan kita.”
“InsyaAllah. Harith mestilah nak
isteri Harith berkawan rapat dengan sepupu terbaik Harith ni.” Aku mengangguk.
Aku pun perlu jelaskan kepada isteri Harith tentang hubungan kami. Tak kuasa
aku jadi punca pergaduhan laki bini.
“Serius ke ni?” Rina, isteri kepada
si Harith bertanya dengan muka tak percaya. Tak percaya sebab aku sudi
menemaninya ke majlis makan malam syarikatnya. Harith tak ada di Malaysia
memandangkan ada urusan perniagaan di Vancouver. Rina menumpang tidur di
kondominium aku kerana takut nak tinggal dirumah seorang diri.
“Ye, nasib baik esok Sarah cuti.
Tapi nak pakai baju apa ye?” Aku mula membelek pakaian didalam almari.
“Pakai pakaian yang sopan sudah. Ke
nak pergi beli? Rina memang suka bab beli-beli baju ni.” Muka teruja Rina
membuatkan aku ketawa. Kelakar sungguhlah bini si Harith ini. Mula-mula dulu
bukan main dia menangis bila mengetahui yang Harith dah ceritakan
segala-galanya pada aku. Aku cepat-cepat memujuk dan menyakinkan Rina yang aku
hanya memberi nasihat tak lebih dari itu. Tak sampai sehari, aku dah rapat
dengan dia. Rina memang seorang yang baik dan sudah menginsafi dosa silamnya.
“Boleh juga kalau nak pergi beli. Siap-siaplah,
kita keluar dalam 30 minit lagi.” Ketahuilah aku memang sangat mematuhi masa.
Disiplin yang aku terapkan dalam diri sejak dulu lagi.
Tiba di pusat membeli-belah, boleh kata setiap kedai si Rina
mahu masuk dan menyuruh aku menjadi model hari ini. Nasib badanlah…
“Assalamualaikum.” Suara kasar
lelaki yang menegur membuatkan kami berdua menoleh serentak. Ketika ini kami
sedang beratur untuk membeli air di Chatime. Baju yang dikehendaki sudah dibeli
dan sekarang masa untuk membasahkan tekak sebelum pulang.
“Waalaikumussalam. Boss sorang je ke?” Aku memandang wajah
lelaki yang menegur kami. Nampaknya Rina kenal dengan lelaki ini. Hmm tapi muka
dia macam pernah jumpa…
“Kat luar ni boss pebenda Rina oii. Sarah mesti dah lupa dengan saya kan?” Aku hanya
mampu senyum. Aku ingat-ingat lupa muka mamat ni sebenarnya.
“Kita kan jumpa masa kenduri Rina
dulu? Ingat tak Makcik Zaharah, mak saya yang tumpang meja Sarah dan lepas tu
saya join sekali.” Barulah aku teringat balik.
“Oh Ian. Maaf saya tak teringat. Buat
apa kat sini? Temankan mak beli barang ke?” soalku ramah.
“Haah. Jomlah jumpa mak. Mak saya
kat dalam restoran tu. Rehat sekejap sebelum nak sambung membeli.” Aku ketawa
dengan lawak sengal si Ian. Rina pula bagaikan memberi ruang untuk aku berborak
dengan Ian. Pesanan aku turut dia pesankan sekali di kaunter. Nasib baik tadi
aku dah bincang dengan dia nak minum apa.
“Serius ni, jom jumpa mak. Rasanya
mak mesti seronok dapat jumpa Leftenan Sarah.” Aku yang agak segan berasa
serba-salah nak menolak.
“Jomlah Sarah. Jumpa sekejap je. Oh
ye malam ni Sarah ikut Rina pergi dinner
kita tu boss.”
“Betul ke?” Ian memandangku
bagaikan meminta pengesahan. Apahal?
“Haah tak boleh ke?”
“Boleh sangat. Nak saya datang
jemput?” Eh, mamat separuh mat salleh ni dah kenapa? Adakah….dah jangan nak
perasan Sarah!
Dek berborak sakan dengan Makcik Zaharah, lepas Asar baru
kami pulang ke kondominium.
“Sarah, Rina tengok boss Rina macam
suka Sarah.” Ehey tajuk yang kalau boleh aku nak elak dah ditanya oleh Rina.
“Rina salah tengok tu. Ian layan
kita sama je apa.”
“Sama apa? Rina isteri orang jadi
dia layan macam dia layan pekerja-pekerja dia di pejabat tapi bila dengan
Sarah, Rina perasan yang dia layan lain sikit.” Mulalah nak buat spekulasi si
Rina ni…
“Mestilah lain sebab Sarah bukan
pekerja dia. Rina, kalau boleh Sarah tak mahu fikir lebih-lebih pasal
benda-benda macam ni sebab bagi Sarah kalau ada yang suka Sarah, sila berjumpa
dengan wali Sarah terus.” Rina mengangguk faham.
“Baiklah nanti Rina beritahu Ian
yang Sarah cakap kalau suka Sarah sila jumpa dengan wali Sarah ye?” Aik nak
kena dia ni!
“Oh ye, alamat nanti Rina boleh minta
dengan Abang Harith hehehe…” Masak aku gini…muka dah memerah menahan malu dan
Rina tak habis-habis ketawa mengekek mengejek aku. Rasa nak campak dia dari
tingkat tujuh ini aje.
Majlis makan malam syarikat tempat Rina bekerja diadakan di
Hotel Sheraton Imperial. Meriah dan aku lihat ramai pekerja syarikat yang hadir
ramah bertegur sapa dengan Rina. Ian? Tak nampak pula mamat separuh mat salleh
itu sejak aku tiba tadi.
“Leftenan Sarah dah makan?” Aku
tersenyum apabila diusik oleh Ian yang muncul tiba-tiba dari arah belakang. Ini
kalau aku terkejut tadi mahu tercampak mamat ini aku karate.
“Mak nak jumpa Sarah. Mari Ian
bawa.”
“Sekejap saya beritahu Rina dulu.”
Aku segera memberitahu Rina dan kemudiannya mengikut Ian berjumpa Makcik
Zaharah. Tiba di hadapan pintu bilik, Ian menyerahkan kad bilik sebelum
meninggalkan aku.
“Assalamualaikum makcik.” Makcik
Zaharah yang sedang berehat dikerusi Cleopatra aku tegur.
“Waalaikumussalam. Marilah duduk
sini,” pelawa Makcik Zaharah sebelum mengengsot sedikit ke tepi memberi ruang
untuk aku duduk disebelahnya.
“Mesti Sarah pelik kan bila Ian
cakap makcik nak jumpa Sarah walaupun dah sakan kita berborak petang tadi?” Aku
ketawa dengan perkataan ‘sakan’ yang diucap oleh Makcik Zaharah.
“Tak pelik pun sebab Sarah suka
berbual dengan makcik.” Jujur personaliti Makcik Zaharah yang mudah mesra dan
tak menyombong membuatkan aku senang dengannya.
“Makcik pun suka berborak dengan
Sarah. Ni makcik nak tanya sikit.” Tangannya meramas tanganku yang kini berada
dalam genggamannya.
“Nak tanya apa makcik?” soalku
dengan nada ceria.
“Sarah dah berpunya ke belum?”
Sekejap, aku tak salah dengar kan?
“A…apa makcik?”
“Makcik tanya, ni Sarah dah ada
berpunya ke?” Aku menunduk dan menggelengkan kepala. Malu weh bila ditanya
secara terus macam ini.
“Makcik sebenarnya berkenan nak
jadikan Sarah menantu makcik. Sekali pandang je pun makcik dapat agak yang Ian
suka pada Sarah. Sarah suka Ian?” Nak tersedak, tercekik semua cukup. Allah
malunya…baiklah kau kena jujur sekarang Sarah! Perlahan aku mengangguk.
Bohonglah jika aku tak jatuh hati pada lelaki yang baik pada mak dan melayan
orang bawahannya dengan penuh hormat.
“Alhamdulillah. InsyaAllah nanti
makcik akan pergi berjumpa dengan orang tua Sarah. Benda yang baik tak elok
ditangguh.”
“Baiklah nanti saya maklumkan
kepada orang tua saya.” Kami terus berborak sehinggalah Rina menelefon bertanya
ke mana aku menghilang. Hmm rasanya Rina mesti menjerit suka kalau aku
khabarkan tentang berita gembira ini.
Ian Iskandar dan Sarah Annisa. Bertemu hanya tiga kali dan
berkahwin pada pertemuan kelima. Dengar macam cerita tak logik tapi kalau ini
adalah suratan takdir apa yang hendak dikatakan lagi? Perkahwinan yang bakal dibina
atas dasar suka sama suka dan direstui oleh kedua ibubapa sememangnya satu
rahmat buat kami berdua.
“Sarah, you look beautiful!” Rina yang membantu aku bersolek mula memuji.
“Rina, jangan mekap tebal sangat okay? Sarah nak kahwin bukan nak jadi
badut sarkas.” Rina memuncung mulut tanda protes. Sengaja aku mengusiknya
walaupun aku tahu dia memang tak solekkan aku sampai tahap badut sarkas.
“Tahu. Takut tabarruj kan?” Aku
mengangguk sebelum mencubit pipinya yang makin tembam. Rina kini mengandungkan
anak pertamanya dengan Harith. Walaupun mengandung, bersemangat gila makcik ini
menolong aku dalam menguruskan hal perkahwinanku. Harith pun sampai dah tak
boleh nak halang isterinya yang lincah walaupun sarat mengandung.
“Sarah, kalau ada apa-apa jangan
segan cari Rina ye? Rina suka kawan dengan Sarah dan kalau Ian buli Sarah,
nanti Rina suruh Harith selekeh dia cukup-cukup.” Alahai makin comel pula ibu
mengandung ni.
“InsyaAllah. Sarah pun suka kawan
dengan Rina. Pasal buli tu Sarah ada feeling yang macam Sarah je yang akan buli
Ian hehehe…” Kami ketawa bersama-sama. Bunyi pintu yang diketuk mematikan
ketawa kami.
“Jom keluar? Pengantin lelaki dah
sampai.” Aku dan Rina bingkas bangun dan segera keluar dari bilik solek.
Kelihatan Ian yang segak berbaju Melayu berwarna putih duduk bersila dihadapan
ayahku. Mata kami bertembung dan aku hadiahkan senyuman buat si dia yang bakal
menjadi yang halal untukku. Doa aku titipkan pada Yang Esa. Semoga rahmatMU
memayungi sepanjang hayat kami dan tempatkanlah kami dikalangan orang-orang
yang beriman di akhirat kelak.
Oh ye, dengan ini tamatlah soalan ‘Bila kau nak kahwin?’
dari saudara-mara dan sahabat handai. Haish lepas ini mesti soalan ‘Bila nak
ada anak?’. Dey nak aku tanya ‘Bila agak-agak korang nak jumpa Allah ke?!’.
Pfffftttt…
**************************************************************************
Alhamdulillah siap satu lagi cerpen yang saya buat ikut suka hati saya. Macam biasa tak suka ka apa sila komen sebab saya suka baca komen korang hehehehe~
**************************************************************************
Alhamdulillah siap satu lagi cerpen yang saya buat ikut suka hati saya. Macam biasa tak suka ka apa sila komen sebab saya suka baca komen korang hehehehe~
(^-^)v
18 comments:
Terus berkarya miss writer.saya suka cerpen miss.otaku, ice king and delinquent queen dan cutest stalker ever are my favourite
@Scarlett Ai: Terima kasih sebab suka.
InsyaAllah saya akan sentiasa cuba menulis sesuatu yang lain dari kebiasaan.
(^-^)v
Akak, dekat part intro tu, ketika zaman masih belum mumaiyiz kot. Hehe.
Huk! Hahah okay2 nnt akak edit balik .
(^-^)v
Best jln cerita pun ok...👍tapi kalau panjang lagi sikit kira bonus untuk pembacalah...hehehe✌🏻
@etern27: Thanks. Hehehe ini pun dah kira panjang bagi saya.
(^-^)v
salam lama tak jengok blog nie. Simple and terhibur dgn cerpen ringkas nie.
@rozita kadiman: Waalaikumussalam. Tu la lama x nmpk.
Alhamdulillah terima kasih.
(^-^)v
Wahhhh, dah lama tak jenguk blog sejak masuk asrama. Keep it up kak. Tak sabar tunggu buku.
@adryz annisa: hehehe tu la dah lama tak nampak mengomen hehehe~
InsyaAllah apa-apa akak bagitau kat dalam blog ni gak.
(^-^)v
Suka!
@jude judy: Hahaha thanks ya!~
(^-^)v
Good job... best
@aleya: Thanks (^-^)v
best. cerita yang tak berat
Thanks 😉
Cerpen ni memang terbaik lah👍👍
Cerpen ni memang terbaik lah👍👍
Post a Comment