Kapitalis

Saturday, May 23, 2015

Cerpen: Bercinta dengan Minah Cool

Tags: Anime, Ponkan Eight, Yahari Ore no Seishun Love Come wa Machigatteiru, Yukinoshita Yukino
[kredit]   


Wajah gadis yang sedang melakukan flying fox semakin jelas dipandangan mataku. Semakin lama semakin dekat dan dia bagaikan sedang mengatakan sesuatu. Apa dia?

“Ketepi!!!!”

‘Bukk!’. Gelap terus masa depan aku.





Pertama kali dalam hidup aku ditendang oleh seorang gadis. Sekejap, salah aku juga sebab tidak ketepi semasa dia nak mendarat dari aktiviti musang terbang aka flying fox.

“Oii jaga dah kau, bro?” Hilal yang selamba makan puding di bilik sakit juga wajah pertama aku tengok sebaik sahaja buka mata.

“Hmm. Lama ke aku pengsan?” Kepalaku terasa sedikit bengang dan sengal-sengal.

“Kau memang sengaja cari pasal ke apa? Yang kau terpaku kat tempat pendaratan flying fox tu dah kenapa?” Hilal mula membebel tapi masih mengekalkan wajah selambanya. Dia ini bukan kira kita ini sakit ke apa.

“Entahlah. Dah jom balik. Sila drive sebab kepala aku rasa pening lagi ni.” Bingkas aku bangun dari katil dan menuju ke pintu keluar bilik sakit.

“Oh ye, perempuan tadi tu minta maaf dan suruh kau lain kali jangan mengelamun lagi.” Huk! Terasa macam baru dipanah. Tepat dan sakitnya itu….





“Raiqarl, ni ada budak-budak sekolah nak datang buat lawatan kat lab kita ni. Hmm ada cadangan tak nak tunjuk apa kat diorang?” Jay, rakan sekerjaku bertanya sambil melihat senarai nama pelajar yang panjang berjela. Fuh, ramai juga yang nak datang!

“Hmm aku tak tahu sangat nak entertain orang ni. Korang fikir jela dan biar aku tolong dari belakang. I’m off to the lab, bye.” Macam biasa aku memang tak berapa reti nak bersosial bagai dan dunia aku memang agak membosankan bagi sesetengah manusia. Lantaklah, janji aku bahagia.

Tiba di makmal, teleskop gergasi yang menjadi teman aku sejak aku mula bekerja disini aku peluk. Satu-satunya benda yang aku suka di tempat kerja aku ini dan aku rasa kalau sesiapa yang calarkan teleskop aku ini memang menempah maut!

Victorique~ lets see what Venus is doing. Hmm seems like she’s brighter than yesterday. Jupiter can't get off the ring over her body and Saturn still looks Saturn.” Mula dah aku merepek seorang diri didalam makmal peribadiku. Kerjaku sememangnya tertumpu pada alam semesta dan setiap hari ada sahaja perkara yang terjadi diruang angkasa tetapi tak dapat dilihat dengan mata kasar.

Laptop kubuka dan mula mengisi data untuk kajianku. Kajian yang telah dijalankan sejak bertahun-tahun lamanya dan aku tak pernah bosan dengan kerjaku. Tumpuan aku berikan 100% dan beralih kepada graf statistik. Statistik dan kajian memang tak akan terpisah. Sesuatu kajian tanpa graf statistik dikatakan tidak lengkap dan tak cukup saintifik.

Telefon pintarku yang berbunyi aku abaikan dek tak mahu diganggu. Cukup 10 kali ia berdering barulah aku angkat itupun dengan malas.

“Assalamualaikum, Raiqarl! Kenapa mama telefon berkali-kali tak berjawab!” Huk! Mama aku rupanya…kalah ketua gengster bila bertempik dalam telefon. Rasanya ini bukan pertama kali aku lambat menjawab panggilannya dan aku rasa dia pun tahu yang aku kalau dah mula bekerja memang payah nak angkat telefon.

“Waalaikumussalam mama, maaf saya buat kerja tadi. Err ada hal penting ke?” Kedengaran mama melepaskan keluhan kasar. Err ada rasa bersalah sedikit.

“Ni mama nak tanya kamu balik makan tak malam ni? Kalau tak mama makan kat luar dengan abah kamu.” La….aku mula melakar senyuman dengan kerenah mama.

“Saya tak pasti lagi. Tak apalah, mama pergilah keluar makan dengan abah sebab rasanya lambat lagi kerja saya nak habis ni.”

“Nak mama tapaukan tak?” soal mama dengan nada risau.

“Tak apa, nanti saya ajak Hilal makan sekali dengan saya tak pun saya beli sebelum balik rumah.”

“Okay. Kalau nak apa-apa nanti, call je mama. Assalamualaikum.” Aku menamatkan panggilan setelah menjawab salam. Aku menyambung semula kerjaku yang aku rasa tak akan habis dalam masa terdekat. Tak apalah, janji aku seronok.





Tepat jam 10 malam, aku menutup laptop dan bersiap sedia untuk pulang ke rumah. Mama kalau aku tak balik sebelum 12 malam rasanya akan buat laporan polis rasanya. Dia cukup tak berkenan jika aku pulang lewat. Dulu pernah sahaja aku tidur di makmal dan ketahuilah mama membebel seminggu. Lagi penat dengar mama membebel maka aku membuat keputusan untuk tak buat mama risau lagi.

Mommy boy? Aku? Taklah, cuma mama aku memang suka ambil berat kat anak-anak dia. Adik aku pun kena sama juga macam aku. Adik aku nasib baik kerja dalam syarikat abah aku tapi budak tu kena hantar pergi Pahang untuk uruskan satu projek kat sana itu yang mama aku dengan senang hati tak memasak sebab kalau masak pun siapa nak habiskan?

“Assalamualaikum bro, jom makan?”

“Waalaikumussalam. Nak makan kek apa?” Sah mamat ini tengah mamai! Dengan suara serak-serak basah dia aku dapat mengagak yang si Hilal tidur awal malam ini. Hai la nasib.

“Tak apalah. Tidur..tidur..”Panggilan aku tamatkan dan aku melangkah ke tempat letak kereta yang dikhaskan untukku. Lexus IS yang setia menanti tuannya yang selalu balik lewat aku usap tanda terima kasih. Heh, memang perangai aku pelik sikit. Hanya kereta aku sahaja disitu memandangkan ramai yang pulang awal kerana esok cuti. Hari Jumaat, biasalah…

Enjin kereta aku hidupkan dan sementara menunggu enjin memanas, aku membaca doa menaiki kenderaan. Telefon pintarku yang berdering aku angkat. Macam biasa, mama menelefon bertanyakan pukul berapa aku akan pulang memandangkan hari sudah lewat. Aku memberitahunya yang aku akan pulang selepas makan diluar. Selesai berbual dengan mama, aku mula memandu meninggalkan perkarangan tempat kerjaku. Pengawal keselamatan yang sudah terbiasa melihat aku pulang lewat mengangkatkan tangan tanda sapaan ‘ Balik lewat lagi ke bang?’ okey ini dialog yang aku cipta sendiri dalam kepala.

Aku memarkirkan kereta sebaik sahaja tiba di restoran Nighty Eats. Restoran pelik yang aku tahu kewujudannya setelah dibawa oleh Hilal dua bulan lepas. Restoran ini cuma beroperasi pada waktu malam sehinggalah waktu Subuh. Menu restoran ini pelbagai dan yang paling seronok ialah kita boleh pesan apa sahaja yang kita mahu makan dan tukang masak restoran ini akan masak jika ada bahan-bahannya. Oh ye, mereka juga akan memasak dihadapan pelanggan yang terpisah dengan cermin gelas.

Spaghetti carbonara, BBQ chicken thigh and a glass of water.” Pelayan restoran mengangguk dan terus menyampaikan pesanan kepada tukang masak. Nasib aku kira baik sebab tak ramai pelanggan malam ini dan pesanan aku siap tak sampai 10 minit pun. Selalunya restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan yang insomnia atau memang jenis bangsa vampire.

Pelanggan yang baru masuk ke dalam restoran menarik perhatianku. Oh gadis yang menendang aku hari itu! Dia yang perasan akan kehadiranku mula mendekati meja yang aku duduki.

“Assalamualaikum. Awak yang hari tu kan?” soalnya dengan muka yang dimaniskan sedikit. Dia yang memakai suit tuxedo hitam labuh nampak sangat elegan dan bergaya.

“Waalaikumussalam, ye saya. Err silalah duduk.” Fakta, aku seorang yang sangat pemalu dan tak reti bersosial jadi bila aku dengan agak lancar mempelawa dia untuk duduk bersama sememangnya membuatkan diri aku sendiri terkejut.

“Oh baiklah. Kebetulan saya pun seorang.” Dia terus memanggil pelayan untuk memesan makanan.

“Asam pedas ikan pari, nasi, sayur broccoli celur, telur dadar dan air jus epal tanpa gula.” Dia melemparkan senyuman kepada pelayan setelah memesan.

“Oh saya tak makan seharian.” Aku hanya mengangguk. Faham sebab aku juga begitu.

“Nak rasa?” Aku menawarkan spaghetti yang aku sedang makan kepadanya. Baiklah sekali lagi aku terkejut dengan diri aku sendiri. Aku pemalu faham?! Tak pernah-pernah aku ada kekuatan untuk pelawa orang lain hatta untuk berkongsi makanan.

“Nampak macam sedap.” Dia menarik pingganku dan mula makan.

“Sedap.”

BBQ chicken thigh ni pun sedap juga. Nah makanlah.” Serius aku suka tengok muka dia masa makan. Rasa macam nak bagi dia makan tanpa henti. Hahaha apa kena dengan aku?! Adakah aku terlalu letih hari ini?

“Sedap juga. Terima kasih. Oh ye, apa nama awak?” Haah aku pun lupa nak kenalkan diri.

“Saya Raiqarl.”

“Saya Tuhina.” Diam sebentar antara kami apabila pelayan tiba menghantar pesanan.

“Makan.” Dia mula menyuap setelah membaca doa makan.

“Nak rasa? Asam pedas sini memang sedap. Sebiji macam kat Melaka tu. Nah la rasa.” Aku menyuap sedikit ke dalam mulut. Serius memang sedap! Cukup pedas dan masamnya. Ikan parinya juga tak ada rasa hanyir.

“Haah sedap. Selalu makan kat sini ke?”

“Yup. Bila dah terlalu sibuk selalunya memang kerja sampai tak perasan dah malam sangat. Bila mak telefon barulah tersedar. Nak balik masak memang taklah sebab dah penat. Sini jela tempat makan sebelum balik. Nak pergi kedai mamak segan sebab ramai lelaki dan tak banyak pilihan.” Aku mengangguk mendengarkan penerangannya.

“Sama la. Bila dah dalam lab memang tak perasan waktu bergerak laju. Nasib baiklah untuk waktu solat saya dah sediakan alarm dan mama saya rajin telefon ingatkan saya.” Aku akui kadangkala terlalu asyik dengan kerja sehinggakan tak perasan dah tiba waktu solat. Jadi aku install prayer apps dalam laptop dan telefon pintarku untuk mengingatkan aku untuk sujud pada Sang Pencipta. Allah aku manusia yang lalai…

“Hmm waktu solat itu penting dalam kehidupan kita sebagai khalifah diatas muka bumi ini. Macam mana nak berjaya jika seruan untuk menuju kejayaan itu pun kita lewatkan? Maaflah, saya agak tegas tentang waktu solat sebab sebaik-baik solat ialah solat diawal waktu.”

“Tak mengapa, bukan selalu saya boleh mendengar teguran sebegini. Terima kasih Tuhina.”

“Sama-sama Raiqarl. Baiklah, dah lewat sangat ni. Saya kena balik sebab kalau pukul 12 mak saya call rumah dan saya tak jawab mahu kena bebel seminggu. Seronok berbual dengan awak.” Eh dia pun sama macam aku ke?

“Oh saya pun nak kena gerak. Mama saya pun kalau saya balik lewat akan membebel seminggu.” Aku terus ke kaunter untuk membayar bil. Aku bayarkan sekali untuk dia walaupun dia menghalang. Aku menemaninya sehingga ke kereta.

“Er Tuhina, boleh minta nombor telefon? Mana tahu, lain kali boleh makan sekali.” Dia berfikir seketika sebelum mengeluarkan kad bisnes dari dompetnya.

“InsyaAllah lain kali kita jumpa lagi.” Dia masuk ke dalam kereta dan melambai ke arahku sebelum beredar. Hmm nampaknya aku dah tertarik dengan minah cool ini. Dari pemerhatian aku, dia seorang yang sangat bersahaja bila bercakap dan bila dia makan depan aku pun tak ada nak kontrol tapi masih bersopan. Pemakaian dia pula menutup aurat dan mengikut syarak.






Kad bisnes minah cool aku belek sambil berbaring diatas buaian di verandah bilikku. Tuhina binti Wa’il, seorang peguam di firma guaman tersohor di ibu negara. Nombor telefon dia dah terpahat didalam otakku tetapi dengan personaliti aku yang pemalu memang payah untuk aku untuk mula menelefon dia. Allah nak buat macam mana ni?

“Dey, apa bikin macha?” Macam biasa Hilal datang melepak ke rumahku. Hilal yang berjiran dengan aku sejak kecil memang rajin datang ke rumah. Bila dah bekerja, baru dia berpindah jauh sikit dari sini tetapi ianya tak menghalang untuk dia datang melepak ikut sesuka hatinya.

“Tak ada apalah. Kau balik tengok mak ayah kau ke?” Aku menyimpan semula kad bisnes minah cool ke dalam dompetku.

“Macam biasalah. Ada benda penting aku nak bincang dengan keluarga aku. Oh ye, semalam sorry masa kau call aku dah tertidur.”

“Haah siap mengigau makan kek tak tahan.” Terus kami menghamburkan tawa. Hilal memang suka maka benda manis. Aku dah lali dah asal keluar dengan dia ada sahaja kedai kek dan aiskrim yang dia singgah.

“Hmm aku nak beritahu family aku pasal rancangan aku nak angkut si Ai lepas budak tu habis belajar.”

“Angkut?”

“Kahwin la weh! Apa lem sangat kau ni Raiqarl?” Aku hanya mampu ketawa. Nampak sangat si Hilal selamba ini suka pada Ai. Asalkan berborak, mesti akan sebut nama Ai.

“Ikut kaulah bro. Aku sokong apa pun keputusan kau.”

“Hahaha bagus-bagus. Kau kena ikut aku sekali masa nak yakinkan mama dengan papa si Ai tu.”

“Yela..dah jomlah turun. Semalam mama baru buat aiskrim keladi. Kau nak?” Mencanak terus telinga si Hilal bila dengar perkataan ‘aiskrim’. Mahu berlari mamat itu keluar dari bilik dan turun ke tingkat bawah.

Auntie, aiskrim keladi satu!!!!” Serius tak boleh blah mamat selamba ni. Mama aku pun hanya mampu ketawa dengan gelagat si Hilal.



Macam sudah berjanji aku bertemu Tuhina lagi malam itu di Nighty Eats. Segera aku mempelawanya untuk duduk semeja denganku.

“Hari ni awak nak makan apa pula?” tanyaku ketika Tuhina membelek buku menu.

“Sekejap…oh okey dah dapat. Adik nak order!” laungnya kepada pelayan.

“Ikan keli masak gulai lemak cili api, nasi, sup cendawan dan sayur bendi celur.” Aku yang ketika itu sedang menikmati lasagna hanya diam apabila dia memesan makanan kepada pelayan restoran.

“Nak air carrot susu.” Pelayan itu beredar setelah habis mengambil pesanan.

“Hari ni saya rasa nak makan banyak.”

“Tak makan lagi hari ni?” Dia menganggukkan kepalanya dan tersenyum sedikit.

“Banyak yang perlu saya siapkan sebab esok ada perbicaraan. Awak pun banyak kerja ke hari ini?”

“Kerja saya macam tak akan pernah habis tapi seronok.”

“Tak apalah kalau awak berfikir macam tu sebab kalau awak tak seronok itu yang masalah.” Giliran aku pula menganggukkan kepala.

“Nak rasa lasagna ni? Makanlah sikit alas perut sebelum makan benda pedas.” Mangkuk berisi lasagna aku hulurkan kepadanya. Dia mula menyuap lasagna ke dalam mulut. Berkali-kali jugalah dia menyuap. Memang nampak lapar sungguh Tuhina hari ini. Boleh kata separuh lasagna aku dia makan huhuhu..

“Sedap, hmm nanti kita kongsilah nasi saya. Rasa macam dah kenyang sikit bila makan lasagna awak ni. Tengok, separuh habis kat saya.” Aku hanya ketawa dengan kata-kata Tuhina.

“Kenapa awak tak ada contact saya?” soalan Tuhina membuatkan aku terkedu seketika. Dia tunggu panggilan aku ke?

“Sebenarnya saya nak sangat tapi…saya malu. Maaf saya memang tak pandai bersosial dan bila dapat bercakap dengan awak macam ini pun saya dah anggap bagaikan satu keajaipan.” Mukaku mula memanas menahan malu. Malu apabila menerangkan isi hati aku kepada minah cool yang sudah mendapat tempat dihatiku.

“Saya menunggu dan rasa agak kecewa bila awak tak contact langsung.” Huk! Jantung mula berdetak hebat dan aku dapat melihat yang pipinya turut memerah. Cool macam mana pun seseorang perempuan, kalau bab hati dan perasaan memang perasaan malu mudah menjengah.

“Saya suka awak. Tuhina macam mana?” Olleh! Rasa nak menyorok tapi kalau tak cakap bila lagi nak luahkan?

“Sa..saya pun su..suka awak.” Eh minah cool dan jadi minah gagap pula ke? Hehehe..tapi serius dia nampak comel bila tergagap begitu.

“Baiklah nanti saya bincang dengan keluarga saya untuk datang merisik. Nak minta alamat boleh?”

“Awak bagi nombor telefon awak, nanti saya hantarkan alamatnya pada awak.” Aku segera memberikan nombor telefonku kepada Tuhina. Hati melonjak gembira dan sebaik sahaja pesanan Tuhina sampai, kami makan bersama. Rasa ikan keli masak gulai cili api bagaikan hilang pedasnya dan dipenuhi kemanisan. Bila hati dah gembira…






“Weh kau rasa diorang setuju tak nak bernikah dalam empat bulan?” soalku kepada Hilal yang menemaniku. Dari merisik bertukar kepada majlis pertunangan ringkas. Nasib baiklah mama aku ada bawa cincin spare.

“Entahlah. Kau banyak-banyak berdoa bro. Aku tengok family dia ini macam orang alim-alim juga.” Hilal tadi sempat juga menumpang tandas dirumah Tuhina. Tak boleh blah mamat ini bila sampai sahaja terus nak minta izin tumpang tandas. Nasib baiklah keluarga Tuhina jenis tak kisah dan peramah. Mana aku tahu? Si Hilal balik sahaja terus bercerita kat aku yang setia menanti didalam kereta.

“Aku doakan yang terbaik je bro. Tak apalah, apa-apa keputusan aku redha.” Mulalah aku nak masuk fasa pasrah wa redha. Telefonku yang berdering aku pandang tanpa perasaan. Nama mama yang tertera di skrin menambahkan debar didada.

“Kau nak aku angkatkan ke?” Tak sempat aku beri kebenaran, Hilal jawabkan panggilan mama.

“Assalamualaikum auntie, Hilal ni. Raiqarl berdebar sangat sampai tak boleh nak angkat telefon. Hehehe..macam mana? Oh…sekejap ye. Nah bro sila jawab.” Hilal menyuakan telefon kepadaku.

“Hmm mama macam mana?” Jantung aku mula berdegup kencang. Dari wajah Hilal yang macam serba-salah aku jangkakan yang aku akan mendapat pengkhabaran yang kurang baik.

“Hmm diorang tak mahu bernikah lepas empat bulan.”Huk! Apakah ini?

“Diorang nak batalkan ke apa mama?”

“Eh mengarut apa ni Raiqarl? Lepas tiga bulan kamu bernikah!” Oh…heh?! Aku segera mengucapkan syukur ke hadrat Illahi.

“Tahniah bro! InsyaAllah masa kau nikah nanti aku balik Malaysia okay?” Hilal yang bakal ke New Zealand menepuk-nepuk bahuku. Aku melakarkan senyum buat sahabatku yang setia. Allah, alhamdulillah. InsyaAllah aku akan berusaha menjadi lelaki yang terbaik sebelum menikahi bakal suri hidupku.

Bro, kalau nak honeymoon New Zealand nanti sila beritahu aku. Aku sponsor.”

“Aku nak honeymoon kat New Zealand dengan Kyoto boleh? Sila sponsor ye Dr Hilal!”


“Brengset lu!” Aku hanya ketawa riang walaupun disiku oleh Hilal. Hehehe…bukan selalu dapat sponsor sahabat baik pergi berbulan madu. Tak gitu Dr Hilal?

************************************************************************
Alhamdulillah siap cerpen yang dikarang secara ikut sesuka hati sepanjang dua hari ini hehehe...okey macam biasa tak suka ka apa sila komen~

(^-^)v

12 comments:

Unknown said...

simple dan menarik

Norlyana Nasrin said...

@Que Sera: Alhamdulillah terima kasih

(^-^)v

farahchen said...

Dah jadi peminat tegar cerpen awak pulak sekarang ni 😊 suka sangat. Kipidap 💪

Norlyana Nasrin said...

@fateen shahirah: Alhamdulillah terima kasih.

InsyaAllah saya cuba.

(^-^)v

Anonymous said...

Cerpen yg plg selamba..tpi best sgt2..

Norlyana Nasrin said...

Alhamdulillah terima kasih. InsyaAllah ada masa saya update lagi.

Unknown said...

salam. pemalu tapi terus dapat.. bestkan kalau dah jodoh...

Norlyana Nasrin said...

@rozita kadiman: waalaikumussalam. kan? jodoh kalau Allah dah tetapkan, lari kot mana pun mesti dapat punya.

(^-^)v

Unknown said...

Haluuuu....ni ngam d hati..sah sa makin tua! Huhuhuh

Norlyana Nasrin said...

@jude judy: Haluuu~

Hahaha okay2..keep on stalking

(^-^)v

Unknown said...

cerpen2 awak ni semua berjaya buat saya ketawa and best, kipidap k...
love u..

Norlyana Nasrin said...

@Atiqah Ismail: Hahaha thank you. Love you too (^-^)v