Kapitalis

Friday, September 5, 2014

Cerpen: Oh Ustaz? Yes Tuan! (Part 7)

[kredit]  


“Eh kenapa pula Elyas kena balik rumah dia?” soalku kepada mama ketika makan malam keluarga. Hanya keluarga aku dan keluarganya sahaja yang berada dirumahku sekarang. Untuk kaum kerabat yang lain, papaku sudah menempahkan bilik hotel untuk mereka dan dihotel itu juga majlis persandinganku akan berlaku esok.

“La esokkan Elyas kena masuk beriringan dengan kaum kerabat dia untuk majlis bersanding tu? Kamu ni kenapa dah tak sabar sangat ni?” Ohoi rasa macam kena penampar buaya rasanya! Serius malu tahap nak menyorok bawah meja apabila acik ustaz sebelah aku ni turut mengetawakanku. Walaupun sopan aje ketawa dia tapi berjaya membuatkan muka aku memerah kalah tomato.

“Hmm dah jangan gelakkan Mar tu Elyas, kamu pun tanya benda yang sama kat mak tadi.” Giliran aku pula mengetawakan acik ustaz  itu. Meriah suasana di meja makan kediaman dengan gurau senda di kalangan keluargaku dan keluarga Ustaz Elyas. Ayah Ustaz Elyas juga seorang yang sangat peramah dan suka bergurau. Berlainan dengan maknya yang agak pendiam dan tegas tapi amat lembut apabila menutur kata.

“Mar nanti lepas ni nak terus kerja dengan papa ke nak jadi fulltime housewife?” soalan papa membuatkan aku terdiam seketika. Serentak itu kedua ibubapa Ustaz Elyas memandang ke arahku. Err apasal rasa macam serius ni?

“Hmm Mar ingat Mar kerja je dulu. Tapi apa-apa pun nanti Mar bincang dengan Elyas.” Terkejut aku apabila ada tangan yang menyentuh kembut tanganku dari bawah meja. Ehey acik ustaz ni memang suka buat aku terkejut!








“Saya tak kisah pun kalau awak nak kerja sebab dari situ, awak boleh tunjukkan dekat keluarga awak yang awak masih boleh menjadi seorang Muslimah yang baik walaupun sibuk bekerja.” Ustaz Elyas yang kini sudah menjadi suamiku membuka bicara ketika kami bersantai di halaman kediaman papaku. Hanya kami berdua disini memandangkan ahli keluarga yang lain bagaikan memberi peluang untuk kami berdua-duaan.

“Betul ni?” Ustaz Elyas menganggukkan kepalanya. Matanya tertumpu pada taman bonsai mini milik Marissa.

“Kalau dah ada anak pun?” Pap! Aku menepuk mulutku yang terlepas cakap. Acik ustaz itu ketawa dengan perilaku aku yang macam budak-budak sengal. Haihlah dari waktu makan membawa ke sekarang aku asyik memalukan diri sendiri.

“Kalau ada anak, saya lebih suka kalau awak yang mengasuh mereka.” Jawapan dari Ustaz Elyas membuatkan aku berfikir sejenak. Boleh ke papa lepaskan aku untuk menjadi surirumah sepenuh masa? Alah tak apa, Marissa kan ada? Tapi ini Maritza yang suka berdebat maka..

“Alah boleh je bawa anak-anak pergi office tu. Dah nama pun company papa sendiri.” Sekali lagi aku menepuk mulutku melihat Ustaz Elyas tersenyum lebar apabila aku menyebut ‘anak-anak’. Ohoi Mar, kau memang gelojoh!

“InsyaAllah kita akan berusaha ke arah itu.” Perlahan dia meraih tanganku dan dibawa ke bibirnya. Tetiba acik ustaz ni dah nampak macam romeo dari Perancis la pula..

“Ehem..ehem..Elyas, moh le kita balik. Mak kamu tu bukan boleh tidur lewat.” Ayah Ustaz Elyas yang berdehem di pintu gelongsor mengejutkan kami. Dengan kadar segera aku merungkaikan pegangan acik ustaz itu. Mukaku terasa panas dek menahan malu. Ustaz Elyas hanya ketawa mengusir kecanggungan.

“Saya balik dulu. InsyaAllah esok kita jumpa ye my lovely wife? Assalamualaikum.” Dia sempat mengucup pipiku sebelum berjalan selamba ke arah ayahnya yang sudah tersenyum lebar. Faham sangat dengan gelagat orang baru lepas nikah mungkin. Aku pula yang terpaku di luar rumah seorang diri.

“Woi tak nak salam mertua ke kakak oii?!” laung Marissa dari dalam rumah. Pantas aku melangkah masuk ke dalam rumah. Ceit adik yang suka bikin malu aku ni la!








Majlis persandingan aku diadakan dengan gilang-gemilang di Hotel Marriot, Putrajaya. Boleh kata semua kaum kerabat aku dan Ustaz Elyas memenuhi ruangan ballroom hotel. Majlis bertemakan fairytales memukau setiap mata yang memandang. Pasukan polis beruniform yang berbaris kemas menambahkan lagi keunikan majlis perkahwinanku. Merah mukaku apabila ketika aku dan Ustaz Elyas berjalan bawah pedang, boleh pula kaki aku terpelecok. Nasib baiklah acik ustaz itu pantas memaut tubuhku kalau tidak mahu jadi bahan ketawa para hadirin. Pose maut ala menari tango ketika acik ustaz memautku ketika aku hampir terjatuh itu berjaya dirakamkan oleh jurukamera yang diupah. Huhu gerenti mama aku buat gambar tema untuk bilik tidur aku nanti. Tapi kira acik ustaz ni berpangkat tinggi jugalah dalam PDRM sebab hanya pangkat inspektor dan ke atas sahaja yang boleh kahwin bawah pedang ini.

Ketika aku sedang duduk seketika menghilangkan lenguh seluruh badan dek kena pakai kasut tumit tinggi, acik ustaz itu datang menghampiriku dengan senyuman. Ditangannya ada segelas air sejuk. Entah mana dia dapat cari sebab aku lihat banyak jus buah-buahan disamping kopi dan teh sahaja di meja banquet.

“Letih ye?” Perlahan dia melabuhkan punggung dikerusi bersebelahan denganku. Air sejuk disuakan ke mulutku. Ehey dia nak tunjuk romantik kat sini ke? Kot ye pun, malam nantilah! Ha...nampak sangat otak kau biru Mar oii!!

“Baca doa dulu. Awak teguk tiga nafas ye?” Aku mengikut sahaja arahan dari acik ustaz itu. Makcik Aisyah dulu juga pernah mengajarku cara minum mengikut adab Raulullah S.A.W. Perbuatan mengikut sunnah Rasulullah itu pasti mendatangkan manfaat maka tak rugi mengikutnya.

“Alhamdulillah. Pandai my lovely wife ni. Lenguh ye? Meh saya picitkan.” Mungkin disebabkan kami berehat ditempat yang bukan tumpuan orang ramai maka acik ustaz ni nak tunjuk romantik tapi oleh kerana kami ini raja sehari makan tempat terpencil pun orang pandang juga huhu malu woo...

“Nanti dalam biliklah awak picitkan. Sekarang ni semua mata tengah tengok kita tahu?” Acik ustaz itu selamba sahaja mengetawakan aku menyebabkan beberapa orang tetamu mula tersenyum-senyum ke arah kami. Aku hanya mampu membalas senyuman kepada mereka. Aku mencubit perlahan acik ustaz yang masih tak berhenti mengetawakanku. Walaupun perlahan dan sopan tapi aku tetap malu tahu?

“Yela nanti saya picitkan. Satu badan pun saya sanggup,” bisik acik ustaz itu ke telingaku. Amboi boleh tahan gatal juga acik ustaz ni! Sekali lagi aku hadiahinya dengan cubitan yang berbisa sedikit dari tadi sehingga dia mengaduh sakit. Haa..padan muka!

“Marilah saya nak kenalkan awak kat kawan-kawan saya.” Dia terus bangun dan membantu aku untuk berdiri. Tubuhku dirapatkan ke tubuhnya dan dia membawaku bertemu dengan sword-bearers yang sedang berbual di suatu sudut didalam ballroom ini.

“Assalamualaikum.” Ustaz Elyas memberi salam sebaik sahaja mendekati mereka.

“Waalaikumussalam tuan. Tahniah tuan diatas perkahwinan yang baru berlangsung.” Okey memang sah pangkat dia tinggi sebab mereka semua menggelarkan dia sebagai ‘tuan’.

“Terima kasih. Mari saya kenalkan, ini isteri saya Maritza Zaharah.” Aku menghadiahkan senyuman untuk mereka semua. Masing-masing berpakaian seragam berwarna putih dan ada pedang tersisip di tepi. Sangatlah segak sehingga membuatkan banyak juga mata-mata anak dara dan mak orang yang tertumpu ke arah mereka termasuklah aku kalau tak ada acik ustaz kat tepi inilah..haish aku istighfar didalam hati apabila tersedar yang aku sedang melakukan dosa. Zina mata, zina yng berlaku secara kadangkala kita tak perasan.

“Dah makan?” soalku ramah.

“Dah alhamdulillah makanan sedap. Terima kasih.” Aku menganggukkan kepala. Ustaz Elyas dan kawan-kawannya terus berborak dan aku hanya menyampuk apabila perlu. Dari pemerhatianku, mereka sangat menghormati Ustaz Elyas dan walaupun begitu, acik ustaz itu hanya menunjukkan gaya selamba.










“Fuh akhirnya!” Aku merebahkan tubuhku ke atas tilam empuk suite bulan madu yang ditempah oleh papaku sempena perkahwinan aku dan acik ustaz. Acik ustaz itu hanya menggeleng kepalanya dengan gelagatku. Tapi terus-terang cakap kaki aku memang lenguh tahap petala maka dapat berbaring dan meregangkan tubuh seperti ini adalah satu nikmat buat aku sekarang.

“Mari saya picitkan kaki tu.” Ternyata acik ustaz ini merupakan seorang yang sangat menepati janji. Perlahan dia meletakkan kakiku diatas ribanya dan mula mengurut. Serius sedap gila dia urut! Adakah dia pernah berguru dengan tukang urut sebelum ini?

“Pandainya awak urut.” Pujiku lantas menghadiahkan senyuman ikhlas kepadanya. Ikhlas sebab seronok dilayan begitu oleh acik ustaz yang baik lagi hensem hehehe~

“Saya suka urut orang. Awak perempuan ketiga yang saya pernah urut.” Apa?! Aku yang dipagut rasa cemburu terus cuba mengalihkan kakiku tapi sempat pula ditahan oleh acik ustaz itu dengan senyuman yang tak lekang dibibir. Asyik senyum aje kerja dia ni!

“Kenapa? Cemburu eh?” Lagi mau tanya ka acik ustaz oii? Aku menayangkan muka cemberut kepada acik ustaz yang sudah tersengih.

“Yang pertama tu nenek saya dan yang kedua mak saya. Itu pun nak cemburu ke?” Aku menutup mukaku dengan bantal dek terlalu malu. Tak pasal-pasal kena gelak dengan acik ustaz ini.

“Okeylah dah lega sikit kan? Pergi mandi lepas tu boleh kita solat Maghrib berjemaah.”

“Baik!” Aku memberikan tabik hormat kepada acik ustaz yang sudah menggeleng kepala dengan gelagatku. Sabar jela dengan perangai sengal aku yang kadang-kadang memunculkan diri acik ustaz oii~







“Mar tak cukup harakat sayang.” Tegurnya ketika aku mengaji al-Quran dihadapannya selepas solat Isyak memandangkan selepas Maghrib tadi kami ada majlis buka hadiah dengan ahli keluarga terdekat.

“Yang ni kita panggil ‘ha’ pedas sebab cara sebutnya macam kita dok mengaduh bila makan benda pedas.” Aku mengangguk sambil mengulang semula bacaanku.

“Ala my lovely wife, kat sini tak boleh berhenti sayang. Mari cuba sekali lagi?”

Sesungguhnya Ustaz Elyas ini cara pengajarannya lebih kurang macam Makcik Aisyah. Sangat lembut dan apabila aku membuat kesalahan dalam bacaanku, dia segera membetulkannya. Apa yang membuatkan aku bertambah suka ialah apabila aku dapat membaca dengan betul, dia akan mengusap kepalaku sambil menunjuk isyarat bagus hehehe..sangat membuatkan aku bertambah bersemangat untuk mempelajari cara bacaan al-Quran yang betul mengikut tajwid.

“Awak kalau ada soalan atau apa-apa jangan malu tanya saya ye? Buat saya macam kawan-kawan awak pun tak apa.” Aku memandang acik ustaz itu dengan muka pelik. Takkan aku nak buat dia macam aku layan Naili dulu? Huhu simpang malaikat 44 tak bau syurga aku nanti!

“Tak nak.” Aku membalas dengan muka selamba. Telekung yang sudah dipakai aku tanggalkan dan menggantungkan di penyangkut baju besi yang terdapat didinding hotel.

“Ek apasal pula?” soalnya dengan muka sedikit cemas. Mungkin menyangkakan aku tak suka akan cadangannya.

“Dah nama pun suami layan macam suami la. Takkan nak ‘gua-lu’ dengan awak? Nak bro fist?” Aku terus ketawa kerana terkena juga acik ustaz itu dengan aku. Tiba-tiba aku rasa aku makin sengal bila berdua dengan Ustaz Elyas. Apakah?

Oh my lovely wife. Or should I change it to my naughty wife?” soalnya sambil mencubit pipiku. Mungkin geram dengan gelagat nakalku.

How about my sexy wife?” soalku nakal. Ohoi dah pandai menggoda kamu ni Maritza!


“Well show me your sexy side then.” Giliran acik ustaz itu pula yang ‘bernakal’ denganku. Masa ini jugalah aku rasa peluh dingin aku nak keluar dan jantung aku mula berdetak laju. Haa siapa suruh kau mulakan dulu Maritza Zaharah!

****************************************************************************
Maaf lambat update. Serius saya cakap saya makin sibuk dengan urusan kerja saya sehinggakan saya tak ada masa untuk menulis. Kalau ada masa pun, saya akan jadi blur depan laptop sebab rasa letih huhu...update selepas ini mungkin akan lambat juga sebab saya kena prepare 100 untuk setiap urine, faecal, wound, sputum and vaginal samples untuk kegunaan kelas. Saya harap anda semua bersabar ye.
(^-^)v

6 comments:

Anonymous said...

hehehehehe.. i like, i like..

Norlyana Nasrin said...

Anonymous 5/9/2014 2.22pm (best timing dia) : Alhamdulillah. Thanks
(^-^)v

Anis Farhana said...

malunya saya >.< acik ustaz romantik sangat hehehe

Norlyana Nasrin said...

@Anis Farhana: Dah habis exam?

Acik ustaz tu romantik dengan bini dia aje huhu~ (^-^)v

Anis Farhana said...

saya dah habis exam semalam kak hehe :)

nasib baik dengan bini dia ja hahah kalau dengan org lain mau tambah 3 lagi bini hehehe

Norlyana Nasrin said...

@Anis Farhana: Alhamdulillah...

hahaha mau kena baling periuk dengan Mar hehehe~