[kredit] |
“Eh kenapa pula Elyas kena balik
rumah dia?” soalku kepada mama ketika makan malam keluarga. Hanya keluarga aku
dan keluarganya sahaja yang berada dirumahku sekarang. Untuk kaum kerabat yang
lain, papaku sudah menempahkan bilik hotel untuk mereka dan dihotel itu juga
majlis persandinganku akan berlaku esok.
“La esokkan Elyas kena masuk
beriringan dengan kaum kerabat dia untuk majlis bersanding tu? Kamu ni kenapa
dah tak sabar sangat ni?” Ohoi rasa macam kena penampar buaya rasanya! Serius
malu tahap nak menyorok bawah meja apabila acik ustaz sebelah aku ni turut
mengetawakanku. Walaupun sopan aje ketawa dia tapi berjaya membuatkan muka aku
memerah kalah tomato.
“Hmm dah jangan gelakkan Mar tu
Elyas, kamu pun tanya benda yang sama kat mak tadi.” Giliran aku pula
mengetawakan acik ustaz itu. Meriah
suasana di meja makan kediaman dengan gurau senda di kalangan keluargaku dan
keluarga Ustaz Elyas. Ayah Ustaz Elyas juga seorang yang sangat peramah dan
suka bergurau. Berlainan dengan maknya yang agak pendiam dan tegas tapi amat
lembut apabila menutur kata.
“Mar nanti lepas ni nak terus
kerja dengan papa ke nak jadi fulltime
housewife?” soalan papa membuatkan aku terdiam seketika. Serentak itu kedua
ibubapa Ustaz Elyas memandang ke arahku. Err apasal rasa macam serius ni?
“Hmm Mar ingat Mar kerja je dulu.
Tapi apa-apa pun nanti Mar bincang dengan Elyas.” Terkejut aku apabila ada
tangan yang menyentuh kembut tanganku dari bawah meja. Ehey acik ustaz ni
memang suka buat aku terkejut!
“Saya tak kisah pun kalau awak
nak kerja sebab dari situ, awak boleh tunjukkan dekat keluarga awak yang awak
masih boleh menjadi seorang Muslimah yang baik walaupun sibuk bekerja.” Ustaz
Elyas yang kini sudah menjadi suamiku membuka bicara ketika kami bersantai di
halaman kediaman papaku. Hanya kami berdua disini memandangkan ahli keluarga
yang lain bagaikan memberi peluang untuk kami berdua-duaan.
“Betul ni?” Ustaz Elyas
menganggukkan kepalanya. Matanya tertumpu pada taman bonsai mini milik Marissa.
“Kalau dah ada anak pun?” Pap!
Aku menepuk mulutku yang terlepas cakap. Acik ustaz itu ketawa dengan perilaku
aku yang macam budak-budak sengal. Haihlah dari waktu makan membawa ke sekarang
aku asyik memalukan diri sendiri.
“Kalau ada anak, saya lebih suka
kalau awak yang mengasuh mereka.” Jawapan dari Ustaz Elyas membuatkan aku berfikir
sejenak. Boleh ke papa lepaskan aku untuk menjadi surirumah sepenuh masa? Alah
tak apa, Marissa kan ada? Tapi ini Maritza yang suka berdebat maka..
“Alah boleh je bawa anak-anak
pergi office tu. Dah nama pun company papa sendiri.” Sekali lagi aku
menepuk mulutku melihat Ustaz Elyas tersenyum lebar apabila aku menyebut
‘anak-anak’. Ohoi Mar, kau memang gelojoh!
“InsyaAllah kita akan berusaha ke
arah itu.” Perlahan dia meraih tanganku dan dibawa ke bibirnya. Tetiba acik
ustaz ni dah nampak macam romeo dari Perancis la pula..
“Ehem..ehem..Elyas, moh le kita
balik. Mak kamu tu bukan boleh tidur lewat.” Ayah Ustaz Elyas yang berdehem di
pintu gelongsor mengejutkan kami. Dengan kadar segera aku merungkaikan pegangan
acik ustaz itu. Mukaku terasa panas dek menahan malu. Ustaz Elyas hanya ketawa
mengusir kecanggungan.
“Saya balik dulu. InsyaAllah esok
kita jumpa ye my lovely wife?
Assalamualaikum.” Dia sempat mengucup pipiku sebelum berjalan selamba ke arah
ayahnya yang sudah tersenyum lebar. Faham sangat dengan gelagat orang baru
lepas nikah mungkin. Aku pula yang terpaku di luar rumah seorang diri.
“Woi tak nak salam mertua ke
kakak oii?!” laung Marissa dari dalam rumah. Pantas aku melangkah masuk ke
dalam rumah. Ceit adik yang suka bikin malu aku ni la!
Majlis persandingan aku diadakan dengan gilang-gemilang di
Hotel Marriot, Putrajaya. Boleh kata semua kaum kerabat aku dan Ustaz Elyas
memenuhi ruangan ballroom hotel.
Majlis bertemakan fairytales memukau
setiap mata yang memandang. Pasukan polis beruniform yang berbaris kemas
menambahkan lagi keunikan majlis perkahwinanku. Merah mukaku apabila ketika aku dan Ustaz Elyas berjalan bawah pedang, boleh
pula kaki aku terpelecok. Nasib baiklah acik ustaz itu pantas memaut tubuhku
kalau tidak mahu jadi bahan ketawa para hadirin. Pose maut ala menari tango
ketika acik ustaz memautku ketika aku hampir terjatuh itu berjaya dirakamkan
oleh jurukamera yang diupah. Huhu gerenti mama aku buat gambar tema untuk bilik
tidur aku nanti. Tapi kira acik ustaz ni berpangkat tinggi jugalah dalam PDRM sebab
hanya pangkat inspektor dan ke atas sahaja yang boleh kahwin bawah pedang ini.
Ketika aku sedang duduk seketika menghilangkan lenguh
seluruh badan dek kena pakai kasut tumit tinggi, acik ustaz itu datang
menghampiriku dengan senyuman. Ditangannya ada segelas air sejuk. Entah mana
dia dapat cari sebab aku lihat banyak jus buah-buahan disamping kopi dan teh sahaja
di meja banquet.
“Letih ye?” Perlahan dia
melabuhkan punggung dikerusi bersebelahan denganku. Air sejuk disuakan ke
mulutku. Ehey dia nak tunjuk romantik kat sini ke? Kot ye pun, malam nantilah!
Ha...nampak sangat otak kau biru Mar oii!!
“Baca doa dulu. Awak teguk tiga
nafas ye?” Aku mengikut sahaja arahan dari acik ustaz itu. Makcik Aisyah dulu
juga pernah mengajarku cara minum mengikut adab Raulullah S.A.W. Perbuatan
mengikut sunnah Rasulullah itu pasti mendatangkan manfaat maka tak rugi
mengikutnya.
“Alhamdulillah. Pandai my lovely wife ni. Lenguh ye? Meh saya
picitkan.” Mungkin disebabkan kami berehat ditempat yang bukan tumpuan orang
ramai maka acik ustaz ni nak tunjuk romantik tapi oleh kerana kami ini raja
sehari makan tempat terpencil pun orang pandang juga huhu malu woo...
“Nanti dalam biliklah awak
picitkan. Sekarang ni semua mata tengah tengok kita tahu?” Acik ustaz itu
selamba sahaja mengetawakan aku menyebabkan beberapa orang tetamu mula
tersenyum-senyum ke arah kami. Aku hanya mampu membalas senyuman kepada mereka.
Aku mencubit perlahan acik ustaz yang masih tak berhenti mengetawakanku.
Walaupun perlahan dan sopan tapi aku tetap malu tahu?
“Yela nanti saya picitkan. Satu
badan pun saya sanggup,” bisik acik ustaz itu ke telingaku. Amboi boleh tahan
gatal juga acik ustaz ni! Sekali lagi aku hadiahinya dengan cubitan yang
berbisa sedikit dari tadi sehingga dia mengaduh sakit. Haa..padan muka!
“Marilah saya nak kenalkan awak
kat kawan-kawan saya.” Dia terus bangun dan membantu aku untuk berdiri. Tubuhku
dirapatkan ke tubuhnya dan dia membawaku bertemu dengan sword-bearers yang sedang berbual di suatu sudut didalam ballroom ini.
“Assalamualaikum.” Ustaz Elyas
memberi salam sebaik sahaja mendekati mereka.
“Waalaikumussalam tuan. Tahniah
tuan diatas perkahwinan yang baru berlangsung.” Okey memang sah pangkat dia
tinggi sebab mereka semua menggelarkan dia sebagai ‘tuan’.
“Terima kasih. Mari saya
kenalkan, ini isteri saya Maritza Zaharah.” Aku menghadiahkan senyuman untuk
mereka semua. Masing-masing berpakaian seragam berwarna putih dan ada pedang
tersisip di tepi. Sangatlah segak sehingga membuatkan banyak juga mata-mata
anak dara dan mak orang yang tertumpu ke arah mereka termasuklah aku kalau tak
ada acik ustaz kat tepi inilah..haish aku istighfar didalam hati apabila
tersedar yang aku sedang melakukan dosa. Zina mata, zina yng berlaku secara
kadangkala kita tak perasan.
“Dah makan?” soalku ramah.
“Dah alhamdulillah makanan sedap.
Terima kasih.” Aku menganggukkan kepala. Ustaz Elyas dan kawan-kawannya terus
berborak dan aku hanya menyampuk apabila perlu. Dari pemerhatianku, mereka
sangat menghormati Ustaz Elyas dan walaupun begitu, acik ustaz itu hanya
menunjukkan gaya selamba.
“Fuh akhirnya!” Aku merebahkan
tubuhku ke atas tilam empuk suite bulan madu yang ditempah oleh papaku sempena
perkahwinan aku dan acik ustaz. Acik ustaz itu hanya menggeleng kepalanya
dengan gelagatku. Tapi terus-terang cakap kaki aku memang lenguh tahap petala
maka dapat berbaring dan meregangkan tubuh seperti ini adalah satu nikmat buat
aku sekarang.
“Mari saya picitkan kaki tu.”
Ternyata acik ustaz ini merupakan seorang yang sangat menepati janji. Perlahan
dia meletakkan kakiku diatas ribanya dan mula mengurut. Serius sedap gila dia
urut! Adakah dia pernah berguru dengan tukang urut sebelum ini?
“Pandainya awak urut.” Pujiku
lantas menghadiahkan senyuman ikhlas kepadanya. Ikhlas sebab seronok dilayan
begitu oleh acik ustaz yang baik lagi hensem hehehe~
“Saya suka urut orang. Awak
perempuan ketiga yang saya pernah urut.” Apa?! Aku yang dipagut rasa cemburu
terus cuba mengalihkan kakiku tapi sempat pula ditahan oleh acik ustaz itu
dengan senyuman yang tak lekang dibibir. Asyik senyum aje kerja dia ni!
“Kenapa? Cemburu eh?” Lagi mau
tanya ka acik ustaz oii? Aku menayangkan muka cemberut kepada acik ustaz yang
sudah tersengih.
“Yang pertama tu nenek saya dan
yang kedua mak saya. Itu pun nak cemburu ke?” Aku menutup mukaku dengan bantal
dek terlalu malu. Tak pasal-pasal kena gelak dengan acik ustaz ini.
“Okeylah dah lega sikit kan?
Pergi mandi lepas tu boleh kita solat Maghrib berjemaah.”
“Baik!” Aku memberikan tabik hormat
kepada acik ustaz yang sudah menggeleng kepala dengan gelagatku. Sabar jela
dengan perangai sengal aku yang kadang-kadang memunculkan diri acik ustaz oii~
“Mar tak cukup harakat sayang.” Tegurnya
ketika aku mengaji al-Quran dihadapannya selepas solat Isyak memandangkan
selepas Maghrib tadi kami ada majlis buka hadiah dengan ahli keluarga terdekat.
“Yang ni kita panggil ‘ha’ pedas
sebab cara sebutnya macam kita dok mengaduh bila makan benda pedas.” Aku
mengangguk sambil mengulang semula bacaanku.
“Ala my lovely wife, kat sini tak boleh berhenti sayang. Mari cuba
sekali lagi?”
Sesungguhnya Ustaz Elyas ini cara pengajarannya lebih kurang
macam Makcik Aisyah. Sangat lembut dan apabila aku membuat kesalahan dalam
bacaanku, dia segera membetulkannya. Apa yang membuatkan aku bertambah suka
ialah apabila aku dapat membaca dengan betul, dia akan mengusap kepalaku sambil
menunjuk isyarat bagus hehehe..sangat membuatkan aku bertambah bersemangat
untuk mempelajari cara bacaan al-Quran yang betul mengikut tajwid.
“Awak kalau ada soalan atau
apa-apa jangan malu tanya saya ye? Buat saya macam kawan-kawan awak pun tak apa.”
Aku memandang acik ustaz itu dengan muka pelik. Takkan aku nak buat dia macam
aku layan Naili dulu? Huhu simpang malaikat 44 tak bau syurga aku nanti!
“Tak nak.” Aku membalas dengan
muka selamba. Telekung yang sudah dipakai aku tanggalkan dan menggantungkan di
penyangkut baju besi yang terdapat didinding hotel.
“Ek apasal pula?” soalnya dengan
muka sedikit cemas. Mungkin menyangkakan aku tak suka akan cadangannya.
“Dah nama pun suami layan macam
suami la. Takkan nak ‘gua-lu’ dengan awak? Nak bro fist?” Aku terus ketawa kerana terkena juga acik ustaz itu
dengan aku. Tiba-tiba aku rasa aku makin sengal bila berdua dengan Ustaz Elyas.
Apakah?
“Oh my lovely wife. Or should I change it to my naughty wife?”
soalnya sambil mencubit pipiku. Mungkin geram dengan gelagat nakalku.
“How about my sexy wife?” soalku nakal. Ohoi dah pandai menggoda
kamu ni Maritza!
“Well show me your sexy side then.” Giliran acik ustaz itu pula
yang ‘bernakal’ denganku. Masa ini jugalah aku rasa peluh dingin aku nak keluar
dan jantung aku mula berdetak laju. Haa siapa suruh kau mulakan dulu Maritza
Zaharah!
****************************************************************************
Maaf lambat update. Serius saya cakap saya makin sibuk dengan urusan kerja saya sehinggakan saya tak ada masa untuk menulis. Kalau ada masa pun, saya akan jadi blur depan laptop sebab rasa letih huhu...update selepas ini mungkin akan lambat juga sebab saya kena prepare 100 untuk setiap urine, faecal, wound, sputum and vaginal samples untuk kegunaan kelas. Saya harap anda semua bersabar ye.
(^-^)v
6 comments:
hehehehehe.. i like, i like..
Anonymous 5/9/2014 2.22pm (best timing dia) : Alhamdulillah. Thanks
(^-^)v
malunya saya >.< acik ustaz romantik sangat hehehe
@Anis Farhana: Dah habis exam?
Acik ustaz tu romantik dengan bini dia aje huhu~ (^-^)v
saya dah habis exam semalam kak hehe :)
nasib baik dengan bini dia ja hahah kalau dengan org lain mau tambah 3 lagi bini hehehe
@Anis Farhana: Alhamdulillah...
hahaha mau kena baling periuk dengan Mar hehehe~
Post a Comment