[kredit] |
“Okey sekarang mari kita merangka strategi. Saya rasa buat masa sekarang,
kita tinggal kat rumah keluarga awak dulu supaya usaha dakwah kita ni berjalan lancar.”
Pagi itu selepas bersarapan, kami merancang strategi didalam suite bulan madu. Ada
la perasaan macam tengah berlakon filem aksi barat dimana strategi dirancang
awal bersama dengan ahli kumpulan yang lain tapi dalam bilik hotel ini ada acik
ustaz dengan aku aje hehe~
“Acane tu? Cer citer cer citer.” Kan? Tengoklah perangai sengal aku mula
memunculkan diri sekali lagi. Kami sekarang sedang meniarap diatas katil hotel
yang empuk. Empuk sangat sampai ada meja dan kerusi pun kami tak mahu guna
sebab nak melepak atas katil punya pasal.
“Nakal.” Dia mencubit pipiku manja. Cubitan yang tak menyakitkan lagi
menggalakkan aku nak buat nakal dengan dia huhu...
“Tiap-tiap kali saya nak ke masjid, saya akan ajak papa sekali. Dari
pemerhatian dan kajian selidik saya buat, papa seorang yang aktif bersukan dan
amat meminati kraftangan jadi saya akan cuba mendekatinya dengan turut serta
dalam hobi dia. Untuk mama, awak perlu mainkan peranan lebih sedikit dari saya
sebab hanya wanita memahami wanita yang lain. Saya benarkan awak mengikuti
aktiviti sosial mama awak dan dalam masa yang sama, awak perlu tunjukkan contoh
Muslimah yang baik sepanjang bersama dengan dia.” Ayat skema acik ustaz itu
berjaya membuatkan aku tergelak guling-guling. Ya Allah skema sangat!
“Kenapa gelak?” soalnya sambil menarikku mendekatinya.
“Awak ni skema betul.” Aku menjawab dengan ketawa yang masih bersisa.
“Terimalah hakikat si skema ni dah jadi suami awak ye? Kita tengah serius
boleh pula dia main-main.” Tegurnya sambil menjentik perlahan hidungku.
“Mari sambung. Usaha yang dilakukan kita ni perlu disertai dengan doa dan
amal. Awak kena istiqomah dan kalau ada perasaan malas ke apa, singkirkan
dengan memikirkan objektif asal kita faham?” Dah macam beri arahan kat pegawai
bawahan dia aje aku rasa dia ni. Aku hanya mengangguk sebelum mula membuat
sengal. Pinggangnya aku raih dan peluk ketat-ketat. Entah kenapa tiba-tiba rasa
nak bermanja dengan acik ustaz ini. Paling seronok apabila dia turut membalas
pelukanku.
“Terima kasih sebab sudi kahwin dengan saya.” Perempuan ini memang sukar
dijangka. Entah kenapa mood sayu tiba apabila terfikirkan yang dia begitu baik
sanggup menerimaku yang baru mula mahu mengenal Sang Pencipta.
“Kenapa pula awak nak berterima kasih dengan saya? Saya anggap awak rezeki
yang tak ternilai Allah kurniakan kepada saya. Kalau tak percaya sila X-Ray
jantung saya.” Apa punya lawak sengal acik ustaz ini cuba buat tapi kira
okeylah sebab lawak dia itu berjaya membuatkan aku tersenyum. Terharu juga aku
dengan acik ustaz yang sanggup mengahwiniku.
“Maritza Zaharah, awak kurniaan sekaligus amanah Allah beri kepada Qays
Elyas. InsyaAllah saya akan cuba menjadi pembimbing untuk awak selagi mana roh
masih berada didalam jasad. Saya harap jangan pula awak yang bosan dengan
lelaki skema macam saya ni.” Aku ketawa perlahan dengan kata-katanya. Jangan
risaulah acik ustaz, awak nampak sangat comel dengan gaya skema awak itu!
“Jom solat Dhuha?” Pantas aku mengangguk sebelum merungkaikan pelukanku
dari tubuh acik ustaz itu. Seronok juga bercinta selepas nikah dengan acik
ustaz ini hehe~
“London?”
“Yup! Ni hadiah dari papa dan mama untuk kamu berdua. Kebetulan Risa pun
dah nak balik sana so hari tu papa beli sekali tiket untuk kamu berdua. Pasal
tempat tinggal apa semua kamu tak payah risau sebab papa dah uruskan.” Aku
memandang sekilas ke arah acik ustaz itu yang kelihatan seperti memikirkan
sesuatu sebelum mengalih pandangan semula ke arah papa dan mamaku.
“Elyas masih dalam cuti kan? Papa harap kamu terima hadiah dari kami ni.”
“Baiklah, saya kena pergi perbaharui passport saya kalau macam tu. Dah lama
saya tak ke luar negara. Kali terakhir masa pergi melanjutkan pelajaran di
Jordan dulu.” Papa tersenyum gembira apabila Ustaz Elyas memberikan
persetujuan.
“Macam mana ye Elyas boleh jadi polis?” soal mamaku tiba-tiba. Bagus juga
sebab aku pun nak juga tanya soalan yang sama cuma asyik terlupa nak tanya.
Nyanyuk sikit.
“Saya memang minat nak jadi polis sejak kecil lagi sebab arwah atuk saya
dulu polis. Dari cerita-cerita dia, saya terus menanam tekad untuk memohon jadi
polis lepas tamat sekolah menengah tapi ayah dengan mak saya suruh saya sambung
belajar dalam bidang pengajian agama. Mulanya saya memberontak juga tapi pergi
juga setelah dipaksa.” Woohoo syok juga kisah hidup acik ustaz ini. Terbayang
muka cemberut dia bila kena paksa hahaha...
“Saya melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda di dalam bidang Bahasa Arab dan Syari’ah di
Universiti Yarmouk dan ijazah sarjana Pengajian Islam di UKM. Tamat sahaja
belajar terus saya mohon jadi polis. Alhamdulillah dapat walaupun ramai pandang
pelik bila ustaz jadi polis.” Papa dan mamaku ketawa dengan kata-kata Ustaz
Elyas. Awal-awal dulu mereka menyangka yang Ustaz Elyas ialah seorang ustaz dan
ahli perniagaan biasa berdasarkan pakaian yang dipakai ketika datang melamarku
dulu. Tak sangka pula acik ustaz ini merupakan seorang anggota polis.
“Mama pun terkejut juga bila mak kamu cerita yang kamu kerja polis.
Ingatkan kamu berniaga macam ayah kamu.”
“Ayah ada juga sarankan ikut dia berniaga lepas habis belajar dulu tapi
saya kurang berminat. Nasib baiklah abang dan adik-adik perempuan saya minat
berniaga jadi mak dengan ayah saya tak adalah memaksa saya.”
“Masa training jadi polis dulu
mesti penat kan abang El? Kawan Risa cakap macam nak terbakar kulit sebab kena training waktu panas selama enam bulan.”
Nak tersedak aku apabila adikku membahasakan acik ustaz aku sebagai ‘abang El’.
Ehey aku dengan dia pun belum nak ber’abang-sayang’ lagi dia sedap-sedap aje
bagi nama gitu? Sengal punya adik!
“Sembilan bulan Risa. Yang enam bulan itu untuk jawatan konstabel. Susah
memang susah tapi kalau dah kata minat, benda-benda macam itu tak menjadi
masalah besar.” Jelas Ustaz Elyas dengan senyuman. Aku yang disebelahnya hanya
mendiamkan diri sambil mendengar. Entah depan orang lain termasuklah keluarga
sendiri, aku tak reti nak tunjuk perangai sengal aku. Nasib kaulah acik ustaz
oii dapat bini perangai pelik macam aku.
“Kenapa senyap?” tanya Ustaz Elyas dekat ditelingaku. Mungkin pelik dengan
perangai bininya ini. Aku cuma menggelengkan kepalaku sebelum menyambung makan
cekodok pisang. Sajian minum petang yang disediakan oleh pembantu rumahku ini
memang menjadi kegemaranku sejak kecil lagi.
“Mar memang macam tu Elyas. Mar tambahkan air untuk suami kamu tu,” arah
mamaku. Pelik bin ajaib sebab selalu mama akan mengarahkan pembantu rumah untuk
tambahkan air atau buat apa-apa. Kami selalu dilayan bagaikan raja oleh
pembantu rumah sehinggakan kalau boleh tangan itupun nak disuruh pembantu rumah
cucikan sebelum makan.
“Eh tak apa, saya dah kenyang dah.” Pantas tangannya memegang tanganku
untuk menghalang aku bangun menambah airnya.
“Err papa, masjid terdekat kat sini mana ye? Nanti Asar papa tunjukkan
boleh? Bolehlah kita solat jemaah di masjid. Sambil-sambil tu boleh Elyas
berkenalan dengan jiran-jiran kita.” Aku lihat papa seperti serba salah sedikit
sebelum tersenyum dan mengangguk setuju. Yes rancangan pertama menjadi! Oopps
alhamdulillah...
Aku terus
mendapatkan Ustaz Elyas sebaik sahaja mereka berdua pulang dari masjid. Masjid
itu terletak 300m dari kediaman kami jadi mereka berdua hanya berjalan kaki.
Wajah papa yang nampak ceria melegakan hatiku.
“Tak sangka seronok juga pergi masjid ni. Imam kat sini rupanya kawan lama
papa masa zaman sekolah dulu.” Aku lihat Ustaz Elyas tersenyum nipis.
“Pergi masjid ni seronok sebab disamping dapat pahala, kita dapat jumpa
orang sekeliling. Ukhuwah sesama Islam ini penting. Lihat sahaja di Palestin,
jirannya Mesir sanggup tak membuka pintu di Rafah apabila Israel menyerang
kerana kurangnya semangat perpaduan ummah dan mereka menjadi keldai tunggangan
Zionist dibawah tampuk pemerintahan Sisi. Doakan perkara sebegitu tak berlaku
di Malaysia.” Papa mengangguk dengan kata-kata Ustaz Elyas.
“Betul tu. Ramai juga jiran yang papa sempat berkenalan tadi. Selain
perpaduan antara kaum, perpaduan sesama umat Islam yang papa rasa kena kuatkan
juga.” Bangga sekejap aku apabila papa boleh memberi pandangan sebegitu.
Alhamdulillah, aku rasa insyaAllah papa akan lebih mudah kembali ke jalan yang
benar selepas ini.
“Malam ni nak pergi lagi? Imam beritahu saya yang malam ini ada kuliah
Maghrib dan ceramah. Bolehlah ajak yang lain ikut sekali.”
“Maaflah, malam ini papa ada hal. Lain kalilah ye?”
“Oh tak apa, insyaAllah lain kali pun ada peluang lagi. Mar, kita pergi ye
malam ni?” Pantas aku mengangguk. Ustaz Elyas tersenyum lantas mengusap
kepalaku. Aku perasan yang papa turut senyum melihat kami berdua.
“Pergi mana? Risa nak ikut gak!” Entah dari mana datang budak sengal ini
terus nak mengikut.
“Jamban.” Terus aku menarik tangan budak sengal itu naik ke tingkat atas.
Kedengaran suara papa dan acik ustaz itu ketawa. Padan muka tak habis-habis nak
menyampuk.
“Malam ni kita ajak mama pergi masjid dengar ceramah nak?” usulku pada
adikku. Alang-alang dah budak ini nak mengikut, baik bawa sekali mamaku.
Minta-minta terbukalah hatinya selepas itu.
“I don’t think she’ll fancy that. Hmm but
we still can give it a try. Okey bila nak cakap?”
“Kakak rasa mungkin kita perlu rancang something
supaya mama tak boleh menolak. Hmm apa ye?” Jenuh juga aku dengan si Marissa
memerah otak.
“Charity! She loves it right? Let say we
want collect some donation for Syrian. She’ll definitely say yes. Duit tu pun kita boleh serahkan kepada
badan amal untuk berikan kepada umat Islam di Syria.” Aku terus mengangguk
setuju. Bijak adikku ini. Bab memanipulasi memang dialah jaguh tapi nasib baik
kali ini ia lebih kepada bertujuan kebaikan dan insyaAllah memberi pahala
kepada mamaku.
“Okey jom jalankan operasi kita!” Kami segera keluar dari bilik untuk
mencari mama. Harap-harap dia terima cadangan kami.
“Why should I? I can just directly wire my
money to any organization that conduct donation to Syrian right away.” Jawapan dari mama betul-betul
mengecewakan kami. Sangka kami dengan berbekalkan perkataan kebajikan mamaku
akan tertarik. Tapi kami tak akan mengalah!
“Tapi mama, dengan menjalankan kutipan amal di masjid, ramai orang kita boleh
jumpa dan sebarkan pasal krisis di Syria. Kat sini tak ramai yang cakna pasal
isu ni,” pujuk Marissa lembut. Marissa kau memang terbaik!
“Betul tu mama. Kat sini kita selalu dengar pasal Palestin tapi Syria
kurang. Banyak negara-negara didalam dunia ini dimana umat Islam ditindas dan
hak kemanusiaan mereka diketepikan. Kita mesti jalankan aktiviti sebegini untuk
tingkatkan kesedaran. Jika sekadar masukkan wang dan mendiamkan diri, kesedaran
itu tak sampai pada orang lain.” Aku menambah sebelum menghadiahkan senyuman
buat Marissa dan mama. Aku lihat mama seperti sedang menimbal tara cadanganku.
“Hmm pasal nak pergi masjid tu yang malas.” Jujur mamaku memberi alasan.
Aku menghembuskan perlahan keluhan kasar mendengarkan jawapan dari mama itu.
“Ala tak apa mama, sekejap je. Sebelum 10 kita dah sampai rumah.” Pujuk
Marissa lagi sambil menyondol-yondolkan kepalanya ke ketiak mamaku sehingga
mamaku tergelak. Budak itu kalau nak memujuk memang macam-macam taktik dia guna
sejak dari kecil. Haihlah adik, nasib baik untuk benda baik kalau tak memang
aku seligi-seligi aje budak tu.
*******************************************************************************
Alhamdulillah siap juga lagi satu update. InsyaAllah bila ada kesempatan saya akan update lagi. Macam biasa kalau tak suka ka apa sila komen (^-^)v
*******************************************************************************
Alhamdulillah siap juga lagi satu update. InsyaAllah bila ada kesempatan saya akan update lagi. Macam biasa kalau tak suka ka apa sila komen (^-^)v
4 comments:
Awesome!!!!Dah bce lame ni bru first time comment...heee xD
@Sarah Riana: Alhamdulillah.
Thanks sebab sudi baca hehehe~ (^-^)v
bagusssssnyaaa depa niiiiii. teruskan usaha lagi acik ustaz dan mar yeay
eh btw camna nak sebut Qays tu? kais? kay ssss? kai exo?
@Anis Farhana: Huhu fighting!
Qays tu cara sebut dia sama dengan okay~ kai exo itu dah jauh sgt hahaha~
Post a Comment