Kapitalis

Saturday, September 13, 2014

Isteriku Ratu Ais - Bab 45

[kredit]  

Tiba di lapangan terbang, mereka terpisah apabila Muiz ke bahagian penerbangan luar negeri dan mereka ke penerbangan domestik. Baik Zimam mahupun Ayyash masing-masing nampak kagum dan mulut mereka mula berceloteh dengan bahasa yang sukar untuk difahami oleh Firdaus dan Adriana.

“Suka ye?” agah Adriana pada Zimam yang berada didalam dukungan Firdaus bersama Ayyash. Firdaus sudah menguruskan segala-galanya dan kini mereka hanya menunggu masa untuk berangkat. Baik Ayyash mahupun Zimam, kedua-duanya tak mahu lepas dari dukungan Firdaus. Adriana membiarkan sahaja kerana tahu kedua-dua anaknya suka bermanja dengan papanya.

“Kalau selalu macam ni abang tak payah pergi gym angkat berat. Dukung je budak berdua ini dah boleh timbul segala urat ketang.” Adriana ketawa dengan lawak sengal Firdaus. Zimam dan Ayyash turut ketawa mungkin kerana seronok membuli papa mereka.

“Tak apa nanti mamanya malam kang abang angkat.” Firdaus galak mengetawakan Adriana apabila Adriana sudah memerah mukanya. Adriana mencubit pipi Firdaus geram. Nasib baiklah suaminya tengah mendukung kedua-dua anaknya kalau tak mahu juga dihadiahkan jurus cubitan berbisa.

“Kali ni mama sayang ada pesan apa-apa tak?” soal Firdaus tatkala teringat akan kenangan bulan madu mereka dahulu. Berpeluh ketiaklah juga mencari barang-barang yang dipesan oleh Datin Hafsyah.

“Tak adalah pula. Tak tahulah kalau malam nanti dia call suruh beli apa-apa,” jawab Adriana dengan wajah tanpa perasaan. Tahu sangat dengan telatah Datin Hafsyah yang suka memborong barang-barang dari pulau bebas cukai itu.

“Tak apa kalau mama nak apa-apa cakap aje nanti abang pergi beli.” Adriana mengangguk laju. Dari dahulu Firdaus tak pernah merungut jika disuruh membeli apa-apa nak-nak lagi jika dia ke luar negara atau ke mana-mana.

“Dah jom.” Mereka menuju ke balai berlepas apabila waktu untuk berlepas semakin hampir.







“Assalamualaikum. Kamu sihat Jais?” Firdaus mendapatkan Jais yang sudah menunggu di kawasan menunggu.

“Waalaikumussalam. Sihat Encik Firdaus. Wah dah berempat sekarang.” Jais menjabat tangan Firdaus. Zimam dan Ayyash yang  tidur diletakkan didalam kereta sorong bayi berkembar.

“Alhamdulillah rezeki dari Allah.”

“Kalau esok Encik Firdaus ada masa, jemputlah datang ke rumah saya. Ada kenduri sikit. Adik perempuan saya kahwin.” Firdaus diam sejenak sebelum mengangguk. Tak salah jika mereka sekeluarga menerima pelawaan Jais lagipun dia dan Adriana belum lagi merangka jadual percutian mereka.

“InsyaAllah kami datang. Nanti hantarkan alamatnya pada saya.” Jais tersenyum gembira dengan kesanggupan Firdaus untuk meraikan majlis adik perempuannya.

“Baiklah Encik Firdaus, ini kunci keretanya. Mari saya tolong angkatkan beg.” Belum sempat ditegah, bagasi mereka diangkat oleh Jais yang segera berlalu ke arah tempat memarkir kenderaan.











Mereka menginap di hotel The Datai kali ini untuk menikmati suasana menginap di bilik yang betul-betul berhadapan dengan pantai dan hutan hujan. Almaklumlah Firdaus amat suka melihat permandangan matahari terbit dan terbenam jadi lebih afdal mereka memilih bilik hotel yang memudahkan mereka menikmati permandangan tersebut.

“Untuk bilik kita ni ada private beach tapi private beach pun, Ana jaga aurat ye?”nasihat Firdaus sambil membantu isterinya mengemas bagasi-bagasi. Zimam dan Ayyash sedang minum susu sambil menonton video mengenal huruf-huruf jawi. Sengaja Firdaus dan Adriana mahukan anak-anak mereka mengenal huruf-huruf al-Quran sebelum ABC. Anak-anak juga dibiasakan mendengar alunan ayat-ayat al-Quran disamping baik Adriana ataupun Firdaus akan membaca al-Quran selepas solat didepan anak-anak mereka.

“Ye. Kita keluar petang sikit ye? Penatlah pula,” Adriana mula berbaring diatas tilam empuk bersaiz King.

“Okey kita keluar lepas Zohor nanti okey? Sekarang sayang pergi bersihkan diri dulu sebelum nak berehat ke apa. Anak-anak biar abang tengok-tengokkan.”

“Abang kata tadi nak angkat Ana?” tanya Adriana nakal sambil menghulurkan tangannya minta diangkat.

“Eh abang bukan cakap malam nanti ke? Wooo dah tak menyempat dah ke sayang?” Firdaus tersenyum nakal dengan telatah isterinya yang sudah menayang muncung penguin.

“Tak naklah!” Adriana pura-pura merajuk. Bukan selalu dia dapat membuat perangai dengan Firdaus. Sesudah bergelumang dengan dunia surirumah tangga, dia perasan yang dirinya menjadi matang sedikit dari sebelum ini dan masa bermanja juga berkurangan.

“Serius tak nak?” soal Firdaus dengan senyuman nakal. Firdaus segera melompat ke atas katil dan mula menggeletek Adriana. Terjerit-jerit jugalah Adriana digeletek si suami yang dah mula nak ber’sengal’an dengannya. Mungkin terkejut dengan suara Adriana yang menjerit, Zimam dan Ayyash mula menangis.

“Alamak operasi bulan madu tergendala seketika! Ana pergi mandi ye sayang? Biar abang tengokkan budak-budak tu.” Firdaus segera melompat turun dari katiL dan berlari ke ruang tamu dimana Zimam dan Ayyash berada. Adriana ketawa melihat aksi lompatan kijang Firdaus. Tuala hotel digapai dan kini dia mahu membersihkan badannya.









Mereka sekeluarga melawat Galeria Perdana selepas menikmati makan tengah hari di hotel. Galeri yang menempat hadiah-hadiah yang diterima oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Dari sekecil-kecil hadiah sehinggalah sebesar-besar hadiah yang diteima oleh mantan Perdana Menteri dipamerkan di galeri tersebut.

“Bagi abang Tun Dr Mahathir mempunyai pemikiran yang berbeza dan sentiasa berfikir ke hadapan. Beliau antara pemimpin yang abang hormat. Tapi apa-apa pun Rasulullah S.A.W ialah pemimpin terbaik dan patuh dicontohi oleh para pemimpin masa kini.” Firdaus melontarkan pendapatnya. Adriana mengangguk setuju. Tiada manusia yang sesempurna Rasulullah S.A.W. didunia ini tapi sebagai umat Islam kita haruslah mencontohi akhlaq baginda dan mengikut sunnahnya dengan harapan kita dikurniakan syafaat baginda di akhirat kelak.

“Apa pendapat sayang jika hadiah yang diterima dipamerkan sebegini?” soal Firdaus tiba-tiba. Zimam dan Ayyash didalam kereta sorong bayi jadi senang sikit dikawal kedua-dua anaknya itu.

“Lebih baik begini dari dapat terus simpan lagipun si pemberi mesti rasa dihargai jika melihat hadiah yang diberi ada dipamerkan untuk tontonan rakyat kerana hadiah diberi pun untuk Malaysia.”

“Betul juga. Lagipun jika dipamerkan begini dapat mengelakkan fitnah. Tak gitu?” Adriana ketawa dengan gaya sengal Firdaus.

“Alamak sayang, Zimam dengan Ayyash dah nombor dua la!” Adriana memandang Firdaus pelik. Apa kejadahnya yang dikatakan oleh suaminya itu?

“Diorang buang air besar. Tengok muka Zimam dengan Ayyash macam resah-resah macam tu memang petanda tengah meneranlah tu.” Adriana segera memeriksa lampin pakai buang kedua anak-anaknya. Memang sah anak-anaknya sedang membuang. Dengan pantas dia menolak kereta sorong bayi ke tempat menukar lampin berdekatan tandas Firdaus yang rajin lagi bapa mithali turut mengikutinya. Sejak dari dulu memang suaminya akan membantu dalam menguruskan anak-anak apabila dia tidak terikat dengan kerja.

“Meh sini abang bersihkan Zimam dulu sebab muka dia dah menunjukkan tanda lega.” Adriana terus ketawa dengan kata-kata Firdaus. Firdaus memang pakar dalam meneka mimik muka anak-anaknya. Zimam diuruskan oleh Firdaus manakala Adriana menguruskan Ayyash. Dari hujung mata Adriana dapat melihat ketangkasan Firdaus dalam membersihkan anak mereka. Selesai membersih, suaminya segera mencapai beg berisi barangan anak-anak mereka lalu meletakkan bedak bayi dan menukarkan lampin Zimam. Memang pantas tak sampai lima minit, Zimam dah berlampin baru. Tak sempat nak menangis pun sebab Firdaus pandai melayan.

“Dah siap ka cheq? Abang nak pi caghi sorbet.” Firdaus yang cuba bercakap loghat utara membuatkan Adriana ketawa lagi. Ada sahaja telatah suaminya yang membuatkan dirinya ketawa. Sukar hendak menjadi Ratu Ais apabila bersuamikan lelaki seperti Firdaus.

“Siap dah.” Zimam yang tidak mahu duduk didalam kereta sorong bayi didukung oleh Firdaus manakala Ayyash diletakkan didalam kereta sorong bayi.

“Panas-panas gini memang sedap pekena ayaq batu.”

“Udahlah tu abang oii. Tak sesuai cakap Kedah abang ni.” Firdaus menayang muka selamba lalu berjalan menuju ke arah kafetaria.

“Siapa lambat kena belanja!” Firdaus memecut laju meninggalkan Adriana yang sudah tercengang. Ya Allah! Anak dah dua orang tapi perangai kalah kanak-kanak ribena! Adriana menggelengkan kepala sambil berjalan perlahan. Tak kuasa dia nak berlumba dengan suaminya di muzium ini. Tak pasal-pasal nanti kena halau. Dari tadi Firdaus asyik juga mengambil gambar dengan kamera DSLR. Zimam dan Ayyash turut dipaksa menjadi model setiap kali dia mehu mengambil gambar. Nasib baik anak-anaknya dah terbiasa huhu..







Destinasi kedua mereka ialah Oriental Village. Dari sini mengikut rancangan Firdaus, mereka akan naik kereta kabel dan akan berjalan-jalan sambil mengambil gambar permandangan di Sky Bridge nanti. Mereka berhenti untuk solat Asar apabila azan Asar berkumandang sebelum menaiki kereta kabel. Solat mesti diutamakan walaupun dimana sahaja mereka berada.

SkyBridge, terletak diatas Gunung Machinchang 708m dari aras laut betul-betul memukau dan Firdaus seperti biasa tak lepas kamera dari tangannya. Zimam dan Ayyash turut nampak kagum dengan permandangan dari jambatan langit ini. Dari dalam kereta kabel tadi mereka berdua langsung tak gayat dan nampak sangat teruja. Mulut kedua-duanya berceloteh kalah bertih jagung dengan bahasa yang tidak difahami tapi Firdaus dan Adriana layankan aje. Nasib baik hanya mereka sekeluarga sahaja didalam kereta kabel tadi.

“Subhanallah, cantikkan sayang? Bayangkan dunia ini pun Allah dah ciptakan secantik ini macam mana pula dengan syurga yang memang keindahannya tak tercapai dek akal manusia.” Firdaus membuat tadabbur alam dengan caranya sendiri.

“InsyaAllah dengan rahmat Allah kita akan ke syurga selagi mana kita hidup berpandukan al-Quran dan sunnah. Kadangkala abang takutbila fikirkan cukupkah dengan apa yang abang kerjakan sekarang untuk ke syurga Allah.” Mata Firdaus mula bergenang dan berjaya membuatkan Adriana terkesan sekali. Nasib baik pengunjung yang lain agak leka dengan keindahan alam jadi tak perasanlah akan gelagat mereka laki bini.

“Abang, jika ada rezeki kita akan ditemukan di syurga insyaAllah. Alhamdulillah Ana bahagia dengan abang. Abang janganlah sedih-sedih macam ni.” Adriana mengesat air mata Firdaus dengan hujung jarinya. Firdaus segera tersenyum dengan tingkahlaku Adriana. Isteri yang menyenangkan dan sanggup menjadi surirumah semata-mata untuk menjaga anak-anak mereka.

“InsyaAllah. Oii budak-budak jangan jalan jauh-jauh!!” Firdaus segera mengejar kedua-dua anaknya yang sudah berjalan jauh dari mereka. Pantang lepa sikit dah jauh kedua-dua anaknya itu berjalan. Walaupun masih terkedek-kedek tapi boleh tahan laju juga. Nasib baiklah ciri-ciri keselamatan di SkyBridge ini boleh dikatakan sangat mengagumkan setelah bertahun diselenggarakan. Riuh ketawa Zimam dan Ayyash apabila dikejar oleh papa mereka. Pengunjung yang lain turut tersenyum dengan gelagat anak-beranak itu.







Malam itu mereka menikmati makan malam di The Gulai House. Firdaus sememangnya mahu memberikan pengalaman yang indah buat isteri dan anak-anaknya tak kisah berbelanja lebih asalkan mereka dapat makan makanan yang halal lagi menyelerakan.

“Sejuk je kan kat sini?” Adriana yang sedang menyuap Ayyash hanya tersenyum. Macam mana tak sejuk kalau hotel ini memang terletak di kawasan hutan. Memang bersyukurlah suaminya menempah bilik dihotel ini kerana cuaca Langkawi memang panas.

“Mam mam..” Zimam minta disuap makanan apabila Firdaus terleka berbual dengan Adriana. Firdaus segera menyuap bubur nasi dengan ikan yang dihancurkan kepada anaknya itu. Zimam bertepuk tangan gembira apabila disuapkan makanan.

“Alahai comelnya anak papa.” Firdaus mengesat bibir Zimam yang comot sedikit dengan bubur.

“Memang betullah orang cakap kalau suapkan anak makan kita ni tak makan pun rasa kenyang.”

“Ana selalu suap diorang lepas tu suap sekali kat mulut Ana. Jimat masa. Kalau nak makan dengan set meja bagai tu selalunya tunggu abang balik,” luah Adriana jujur. Bukan apa, kadang-kadang baru aje nak menyuap, anak-anaknya sudah terjaga dari tidur dan minta dilayan. Lebih baik makan sekali sahaja dengan mereka.

“Kesian kat sayang. Tak apa, bila abang balik aje, Ana rehat okey? Biar kita bergilir-gilir jaga anak-anak. Kalau asyik Ana je yang jaga, nanti anak-anak tak rapat dengan abang,” cadang Firdaus. Dia ada membaca buku tentang penjagaan kanak-kanak dimana pakar mendapati, bapa yang banyak membantu dalam menjaga anak-anak lebih rapat dengan anak-anak berbanding yang hanya melingkar di sofa. Disamping ianya juga dapat membantu dalam pembentukan emosi anak-anak lelaki khususnya.


“Okey. Terima kasih ye abang?” Adriana mengenyitkan sebelah matanya kepada Firdaus. Firdaus membuat aksi bagaikan menangkap kenyitan mata Adriana dan dimasukkan ke dalam hatinya. Lawak memang lawak tapi itulah yang membuatkan rumahtangga mereka sentiasa ceria dan bahagia. Pelayan yang datang membawa makanan hanya tersenyum dengan gelagat suami isteri itu. Adriana pula terus bertukar karakter menjadi Ratu Ais dihadapan orang lain. Tabiat yang tak boleh dikikis dan sudah sebati didalam dirinya.

***************************************************************************

Waa akhirnya siap juga update untuk novel IRA ni huhu dok excited update cerpen-cerpen hahaha~insyaAllah ada masa saya update lagi ye novel dengan cerpen acik ustaz tu. Macam biasa tak suka ka apa sila komen. InsyaAllah untuk perbaiki kualiti penulisan saya juga (^-^)v


bayangkan Firdaus dukung Zimam dengan Ayyash macam ni..yang belakang tu soon~hahaha

7 comments:

Anis Farhana said...

sorbet tu apa??? hahahahaha apa ni orang kedah pun xpaham ni >.<


Anonymous said...

Sorbet t u mcm ice cream.beza x ad susu je

Norlyana Nasrin said...

@anonymous 14/09/2014 1.12am: thanks sbb tlg terangkan huhu...

@Anis Farhana: sorbet sedap woo~nak2 lagi kalau dapat makan sorbet strawberry kat Cameron Highland

(^-^)v

Anis Farhana said...

saya dah google sorbet. nampak sedapppp... lapaqq T.T

Norlyana Nasrin said...

@Anis Farhana: Alahai~ huhu xpa tak susah pun buat dia. Asalkan ada buah, gula, air dengan whipped cream dah jadi dah huhu~

Lapaq gini pekena aiskrim asam boi pun sedap huhu~

aliesa said...

mner smbungan ???? tk sabar nk thu ctee seterusnye

Norlyana Nasrin said...

@aliesa: hehe saya bayangkan aliesa bertanya sambil pegang parang hehehe gurau2..

sabar ye? insyaAllah minggu ni atau minggu depan saya akan sambung. Kelas saya baru sahaja habis tapi terlibat dengan conference pula huhu...

jangan risau saya akan usahakan (^-^)v