[kredit] |
Tiba di lapangan terbang, mereka terpisah
apabila Muiz ke bahagian penerbangan luar negeri dan mereka ke penerbangan
domestik. Baik Zimam mahupun Ayyash masing-masing nampak kagum dan mulut mereka
mula berceloteh dengan bahasa yang sukar untuk difahami oleh Firdaus dan
Adriana.
“Suka ye?” agah
Adriana pada Zimam yang berada didalam dukungan Firdaus bersama Ayyash. Firdaus
sudah menguruskan segala-galanya dan kini mereka hanya menunggu masa untuk
berangkat. Baik Ayyash mahupun Zimam, kedua-duanya tak mahu lepas dari dukungan
Firdaus. Adriana membiarkan sahaja kerana tahu kedua-dua anaknya suka bermanja
dengan papanya.
“Kalau selalu macam
ni abang tak payah pergi gym angkat
berat. Dukung je budak berdua ini dah boleh timbul segala urat ketang.” Adriana
ketawa dengan lawak sengal Firdaus. Zimam dan Ayyash turut ketawa mungkin
kerana seronok membuli papa mereka.
“Tak apa nanti
mamanya malam kang abang angkat.” Firdaus galak mengetawakan Adriana apabila
Adriana sudah memerah mukanya. Adriana mencubit pipi Firdaus geram. Nasib
baiklah suaminya tengah mendukung kedua-dua anaknya kalau tak mahu juga
dihadiahkan jurus cubitan berbisa.
“Kali ni mama
sayang ada pesan apa-apa tak?” soal Firdaus tatkala teringat akan kenangan
bulan madu mereka dahulu. Berpeluh ketiaklah juga mencari barang-barang yang
dipesan oleh Datin Hafsyah.
“Tak adalah pula.
Tak tahulah kalau malam nanti dia call
suruh beli apa-apa,” jawab Adriana dengan wajah tanpa perasaan. Tahu sangat
dengan telatah Datin Hafsyah yang suka memborong barang-barang dari pulau bebas
cukai itu.
“Tak apa kalau mama
nak apa-apa cakap aje nanti abang pergi beli.” Adriana mengangguk laju. Dari
dahulu Firdaus tak pernah merungut jika disuruh membeli apa-apa nak-nak lagi
jika dia ke luar negara atau ke mana-mana.
“Dah jom.” Mereka
menuju ke balai berlepas apabila waktu untuk berlepas semakin hampir.
“Assalamualaikum.
Kamu sihat Jais?” Firdaus mendapatkan Jais yang sudah menunggu di kawasan
menunggu.
“Waalaikumussalam.
Sihat Encik Firdaus. Wah dah berempat sekarang.” Jais menjabat tangan Firdaus.
Zimam dan Ayyash yang tidur diletakkan
didalam kereta sorong bayi berkembar.
“Alhamdulillah
rezeki dari Allah.”
“Kalau esok Encik
Firdaus ada masa, jemputlah datang ke rumah saya. Ada kenduri sikit. Adik
perempuan saya kahwin.” Firdaus diam sejenak sebelum mengangguk. Tak salah jika
mereka sekeluarga menerima pelawaan Jais lagipun dia dan Adriana belum lagi
merangka jadual percutian mereka.
“InsyaAllah kami
datang. Nanti hantarkan alamatnya pada saya.” Jais tersenyum gembira dengan
kesanggupan Firdaus untuk meraikan majlis adik perempuannya.
“Baiklah Encik
Firdaus, ini kunci keretanya. Mari saya tolong angkatkan beg.” Belum sempat
ditegah, bagasi mereka diangkat oleh Jais yang segera berlalu ke arah tempat
memarkir kenderaan.
Mereka menginap di hotel The Datai kali ini
untuk menikmati suasana menginap di bilik yang betul-betul berhadapan dengan
pantai dan hutan hujan. Almaklumlah Firdaus amat suka melihat permandangan
matahari terbit dan terbenam jadi lebih afdal mereka memilih bilik hotel yang
memudahkan mereka menikmati permandangan tersebut.
“Untuk bilik kita
ni ada private beach tapi private beach pun, Ana jaga aurat
ye?”nasihat Firdaus sambil membantu isterinya mengemas bagasi-bagasi. Zimam dan
Ayyash sedang minum susu sambil menonton video mengenal huruf-huruf jawi.
Sengaja Firdaus dan Adriana mahukan anak-anak mereka mengenal huruf-huruf al-Quran
sebelum ABC. Anak-anak juga dibiasakan mendengar alunan ayat-ayat al-Quran
disamping baik Adriana ataupun Firdaus akan membaca al-Quran selepas solat
didepan anak-anak mereka.
“Ye. Kita keluar
petang sikit ye? Penatlah pula,” Adriana mula berbaring diatas tilam empuk
bersaiz King.
“Okey kita keluar
lepas Zohor nanti okey? Sekarang sayang pergi bersihkan diri dulu sebelum nak
berehat ke apa. Anak-anak biar abang tengok-tengokkan.”
“Abang kata tadi
nak angkat Ana?” tanya Adriana nakal sambil menghulurkan tangannya minta
diangkat.
“Eh abang bukan
cakap malam nanti ke? Wooo dah tak menyempat dah ke sayang?” Firdaus tersenyum
nakal dengan telatah isterinya yang sudah menayang muncung penguin.
“Tak naklah!”
Adriana pura-pura merajuk. Bukan selalu dia dapat membuat perangai dengan
Firdaus. Sesudah bergelumang dengan dunia surirumah tangga, dia perasan yang
dirinya menjadi matang sedikit dari sebelum ini dan masa bermanja juga
berkurangan.
“Serius tak nak?”
soal Firdaus dengan senyuman nakal. Firdaus segera melompat ke atas katil dan
mula menggeletek Adriana. Terjerit-jerit jugalah Adriana digeletek si suami
yang dah mula nak ber’sengal’an dengannya. Mungkin terkejut dengan suara
Adriana yang menjerit, Zimam dan Ayyash mula menangis.
“Alamak operasi
bulan madu tergendala seketika! Ana pergi mandi ye sayang? Biar abang tengokkan
budak-budak tu.” Firdaus segera melompat turun dari katiL dan berlari ke ruang
tamu dimana Zimam dan Ayyash berada. Adriana ketawa melihat aksi lompatan
kijang Firdaus. Tuala hotel digapai dan kini dia mahu membersihkan badannya.
Mereka sekeluarga melawat Galeria Perdana
selepas menikmati makan tengah hari di hotel. Galeri yang menempat
hadiah-hadiah yang diterima oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad. Dari sekecil-kecil hadiah sehinggalah sebesar-besar hadiah yang
diteima oleh mantan Perdana Menteri dipamerkan di galeri tersebut.
“Bagi abang Tun Dr
Mahathir mempunyai pemikiran yang berbeza dan sentiasa berfikir ke hadapan.
Beliau antara pemimpin yang abang hormat. Tapi apa-apa pun Rasulullah S.A.W
ialah pemimpin terbaik dan patuh dicontohi oleh para pemimpin masa kini.”
Firdaus melontarkan pendapatnya. Adriana mengangguk setuju. Tiada manusia yang
sesempurna Rasulullah S.A.W. didunia ini tapi sebagai umat Islam kita haruslah
mencontohi akhlaq baginda dan mengikut sunnahnya dengan harapan kita dikurniakan
syafaat baginda di akhirat kelak.
“Apa pendapat
sayang jika hadiah yang diterima dipamerkan sebegini?” soal Firdaus tiba-tiba.
Zimam dan Ayyash didalam kereta sorong bayi jadi senang sikit dikawal kedua-dua
anaknya itu.
“Lebih baik begini
dari dapat terus simpan lagipun si pemberi mesti rasa dihargai jika melihat
hadiah yang diberi ada dipamerkan untuk tontonan rakyat kerana hadiah diberi
pun untuk Malaysia.”
“Betul juga.
Lagipun jika dipamerkan begini dapat mengelakkan fitnah. Tak gitu?” Adriana
ketawa dengan gaya sengal Firdaus.
“Alamak sayang,
Zimam dengan Ayyash dah nombor dua la!” Adriana memandang Firdaus pelik. Apa
kejadahnya yang dikatakan oleh suaminya itu?
“Diorang buang air
besar. Tengok muka Zimam dengan Ayyash macam resah-resah macam tu memang
petanda tengah meneranlah tu.” Adriana segera memeriksa lampin pakai buang
kedua anak-anaknya. Memang sah anak-anaknya sedang membuang. Dengan pantas dia
menolak kereta sorong bayi ke tempat menukar lampin berdekatan tandas Firdaus
yang rajin lagi bapa mithali turut mengikutinya. Sejak dari dulu memang
suaminya akan membantu dalam menguruskan anak-anak apabila dia tidak terikat
dengan kerja.
“Meh sini abang
bersihkan Zimam dulu sebab muka dia dah menunjukkan tanda lega.” Adriana terus
ketawa dengan kata-kata Firdaus. Firdaus memang pakar dalam meneka mimik muka
anak-anaknya. Zimam diuruskan oleh Firdaus manakala Adriana menguruskan Ayyash.
Dari hujung mata Adriana dapat melihat ketangkasan Firdaus dalam membersihkan
anak mereka. Selesai membersih, suaminya segera mencapai beg berisi barangan anak-anak
mereka lalu meletakkan bedak bayi dan menukarkan lampin Zimam. Memang pantas tak
sampai lima minit, Zimam dah berlampin baru. Tak sempat nak menangis pun sebab
Firdaus pandai melayan.
“Dah siap ka cheq?
Abang nak pi caghi sorbet.” Firdaus yang cuba bercakap loghat utara membuatkan
Adriana ketawa lagi. Ada sahaja telatah suaminya yang membuatkan dirinya
ketawa. Sukar hendak menjadi Ratu Ais apabila bersuamikan lelaki seperti Firdaus.
“Siap dah.” Zimam
yang tidak mahu duduk didalam kereta sorong bayi didukung oleh Firdaus manakala
Ayyash diletakkan didalam kereta sorong bayi.
“Panas-panas gini
memang sedap pekena ayaq batu.”
“Udahlah tu abang
oii. Tak sesuai cakap Kedah abang ni.” Firdaus menayang muka selamba lalu
berjalan menuju ke arah kafetaria.
“Siapa lambat kena
belanja!” Firdaus memecut laju meninggalkan Adriana yang sudah tercengang. Ya
Allah! Anak dah dua orang tapi perangai kalah kanak-kanak ribena! Adriana
menggelengkan kepala sambil berjalan perlahan. Tak kuasa dia nak berlumba dengan
suaminya di muzium ini. Tak pasal-pasal nanti kena halau. Dari tadi Firdaus
asyik juga mengambil gambar dengan kamera DSLR. Zimam dan Ayyash turut dipaksa
menjadi model setiap kali dia mehu mengambil gambar. Nasib baik anak-anaknya
dah terbiasa huhu..
Destinasi kedua mereka ialah Oriental Village.
Dari sini mengikut rancangan Firdaus, mereka akan naik kereta kabel dan akan
berjalan-jalan sambil mengambil gambar permandangan di Sky Bridge nanti. Mereka
berhenti untuk solat Asar apabila azan Asar berkumandang sebelum menaiki kereta
kabel. Solat mesti diutamakan walaupun dimana sahaja mereka berada.
SkyBridge, terletak diatas Gunung Machinchang
708m dari aras laut betul-betul memukau dan Firdaus seperti biasa tak lepas
kamera dari tangannya. Zimam dan Ayyash turut nampak kagum dengan permandangan
dari jambatan langit ini. Dari dalam kereta kabel tadi mereka berdua langsung
tak gayat dan nampak sangat teruja. Mulut kedua-duanya berceloteh kalah bertih
jagung dengan bahasa yang tidak difahami tapi Firdaus dan Adriana layankan aje.
Nasib baik hanya mereka sekeluarga sahaja didalam kereta kabel tadi.
“Subhanallah,
cantikkan sayang? Bayangkan dunia ini pun Allah dah ciptakan secantik ini macam
mana pula dengan syurga yang memang keindahannya tak tercapai dek akal manusia.”
Firdaus membuat tadabbur alam dengan caranya sendiri.
“InsyaAllah dengan
rahmat Allah kita akan ke syurga selagi mana kita hidup berpandukan al-Quran
dan sunnah. Kadangkala abang takutbila fikirkan cukupkah dengan apa yang abang
kerjakan sekarang untuk ke syurga Allah.” Mata Firdaus mula bergenang dan berjaya
membuatkan Adriana terkesan sekali. Nasib baik pengunjung yang lain agak leka
dengan keindahan alam jadi tak perasanlah akan gelagat mereka laki bini.
“Abang, jika ada
rezeki kita akan ditemukan di syurga insyaAllah. Alhamdulillah Ana bahagia
dengan abang. Abang janganlah sedih-sedih macam ni.” Adriana mengesat air mata
Firdaus dengan hujung jarinya. Firdaus segera tersenyum dengan tingkahlaku
Adriana. Isteri yang menyenangkan dan sanggup menjadi surirumah semata-mata
untuk menjaga anak-anak mereka.
“InsyaAllah. Oii
budak-budak jangan jalan jauh-jauh!!” Firdaus segera mengejar kedua-dua anaknya
yang sudah berjalan jauh dari mereka. Pantang lepa sikit dah jauh kedua-dua
anaknya itu berjalan. Walaupun masih terkedek-kedek tapi boleh tahan laju juga.
Nasib baiklah ciri-ciri keselamatan di SkyBridge ini boleh dikatakan sangat
mengagumkan setelah bertahun diselenggarakan. Riuh ketawa Zimam dan Ayyash
apabila dikejar oleh papa mereka. Pengunjung yang lain turut tersenyum dengan
gelagat anak-beranak itu.
Malam itu mereka menikmati makan malam di The
Gulai House. Firdaus sememangnya mahu memberikan pengalaman yang indah buat
isteri dan anak-anaknya tak kisah berbelanja lebih asalkan mereka dapat makan
makanan yang halal lagi menyelerakan.
“Sejuk je kan kat
sini?” Adriana yang sedang menyuap Ayyash hanya tersenyum. Macam mana tak sejuk
kalau hotel ini memang terletak di kawasan hutan. Memang bersyukurlah suaminya
menempah bilik dihotel ini kerana cuaca Langkawi memang panas.
“Mam mam..” Zimam
minta disuap makanan apabila Firdaus terleka berbual dengan Adriana. Firdaus
segera menyuap bubur nasi dengan ikan yang dihancurkan kepada anaknya itu.
Zimam bertepuk tangan gembira apabila disuapkan makanan.
“Alahai comelnya
anak papa.” Firdaus mengesat bibir Zimam yang comot sedikit dengan bubur.
“Memang betullah
orang cakap kalau suapkan anak makan kita ni tak makan pun rasa kenyang.”
“Ana selalu suap
diorang lepas tu suap sekali kat mulut Ana. Jimat masa. Kalau nak makan dengan
set meja bagai tu selalunya tunggu abang balik,” luah Adriana jujur. Bukan apa,
kadang-kadang baru aje nak menyuap, anak-anaknya sudah terjaga dari tidur dan
minta dilayan. Lebih baik makan sekali sahaja dengan mereka.
“Kesian kat sayang.
Tak apa, bila abang balik aje, Ana rehat okey? Biar kita bergilir-gilir jaga
anak-anak. Kalau asyik Ana je yang jaga, nanti anak-anak tak rapat dengan abang,”
cadang Firdaus. Dia ada membaca buku tentang penjagaan kanak-kanak dimana pakar
mendapati, bapa yang banyak membantu dalam menjaga anak-anak lebih rapat dengan
anak-anak berbanding yang hanya melingkar di sofa. Disamping ianya juga dapat
membantu dalam pembentukan emosi anak-anak lelaki khususnya.
“Okey. Terima kasih
ye abang?” Adriana mengenyitkan sebelah matanya kepada Firdaus. Firdaus membuat
aksi bagaikan menangkap kenyitan mata Adriana dan dimasukkan ke dalam hatinya.
Lawak memang lawak tapi itulah yang membuatkan rumahtangga mereka sentiasa
ceria dan bahagia. Pelayan yang datang membawa makanan hanya tersenyum dengan
gelagat suami isteri itu. Adriana pula terus bertukar karakter menjadi Ratu Ais
dihadapan orang lain. Tabiat yang tak boleh dikikis dan sudah sebati didalam
dirinya.
***************************************************************************
Waa akhirnya siap juga update untuk novel IRA ni huhu dok excited update cerpen-cerpen hahaha~insyaAllah ada masa saya update lagi ye novel dengan cerpen acik ustaz tu. Macam biasa tak suka ka apa sila komen. InsyaAllah untuk perbaiki kualiti penulisan saya juga (^-^)v
***************************************************************************
Waa akhirnya siap juga update untuk novel IRA ni huhu dok excited update cerpen-cerpen hahaha~insyaAllah ada masa saya update lagi ye novel dengan cerpen acik ustaz tu. Macam biasa tak suka ka apa sila komen. InsyaAllah untuk perbaiki kualiti penulisan saya juga (^-^)v
bayangkan Firdaus dukung Zimam dengan Ayyash macam ni..yang belakang tu soon~hahaha |
7 comments:
sorbet tu apa??? hahahahaha apa ni orang kedah pun xpaham ni >.<
Sorbet t u mcm ice cream.beza x ad susu je
@anonymous 14/09/2014 1.12am: thanks sbb tlg terangkan huhu...
@Anis Farhana: sorbet sedap woo~nak2 lagi kalau dapat makan sorbet strawberry kat Cameron Highland
(^-^)v
saya dah google sorbet. nampak sedapppp... lapaqq T.T
@Anis Farhana: Alahai~ huhu xpa tak susah pun buat dia. Asalkan ada buah, gula, air dengan whipped cream dah jadi dah huhu~
Lapaq gini pekena aiskrim asam boi pun sedap huhu~
mner smbungan ???? tk sabar nk thu ctee seterusnye
@aliesa: hehe saya bayangkan aliesa bertanya sambil pegang parang hehehe gurau2..
sabar ye? insyaAllah minggu ni atau minggu depan saya akan sambung. Kelas saya baru sahaja habis tapi terlibat dengan conference pula huhu...
jangan risau saya akan usahakan (^-^)v
Post a Comment