taken from here |
“Macam mana korang boleh gagal?!”
bengis muka sang ketua mengerunkan yang lain.
“Driver Cina tu bos! Boleh pula dia straight pergi balai. Takkanlah kami nak culik dia dalam balai
bos?” jawab salah seorang pengikut. Menjegil mata sang ketua mendengarkan jawapan
dari si pengikut membuatkan yang lain diam membisu.
“Masuk kali ni dah dua kali kita
tak dapat orang tua tu! Kalau macam ni sampai mati hati aku tak puas!
Arghhh!!!!!!” Bergema bangsal itu dengan jeritan sang ketua.
“Bertahun punya rancangan hancur
macam ni! Bodoh!!” Dia menarik keluar pistol yang diselit di tali pinggang.
“Sekarang siapa nak mati dulu?”
soalnya sambil mengacu pistol ke arah pengikut-pengikutnya. Masing-masing
melutut meminta belas supaya mereka tidak dibunuh.
“Okey aku bagi korang satu lagi
peluang. Pastikan kali ni korang dapat orang tua tu faham! Blah!!” pantas semua
pengikutnya berlari meninggalkan bangsal. Perangai ketua mereka bukan boleh
dijangka, sikit sahaja silap nyawa boleh tergadai. Sekali terjebak dengan dia
tak akan ada jalan keluar.
Keluar sahaja pengikut-pengikutnya, sang ketua merebahkan
tubuhnya di kerusi. Otaknya berserabut dan amarah masih menguasai diri.
“Bos..”
“Kau nak apa lagi?” soalnya
lemah. Penat dan sakit hati. Dendamnya masih tak terlaksana. Banyak kerja-kerja
haram yang dibuat sementara hendak menjalankan misi membalas dendamnya.
Wang. Wang yang membuatkan dia berdendam dengan Datuk Ilyas.
Kerana wang juga keluarganya musnah dan maruahnya turut dipijak-pijak.
“Bos saya ada cadangan baik.”
Thiru, orang kanannya berbisik kepadanya.
“Lama kalau nak tunggu macam tu!”
gertaknya. Cadangan yang diberi Thiru memang bagus tapi memerlukan dia untuk
menunggu lagi.
“Tapi kalau ikut idea saya
dua-dua sekali kena bos.” Tidak putus asa Thiru mempertahankan cadangannya.
Sang ketua berfikir sejenak. Senang
sahaja jika mahu dia terus menembak orang tua itu tapi dia ingin melihat Datuk
Ilyas mati dengan secara perlahan-lahan dan dalam keadaan yang paling hina.
“Baik, pastikan kau berjaya kalau
tak satu keluarga kau aku bunuh faham!” Thiru mengangguk faham. Tahu akibat
jika rancangan mereka gagal dan dia sendiri pun berdendam dengan Datuk Ilyas.
Walaupun nyawa jadi taruhan, Datuk Ilyas mesti mati ditangannya!
“Ana~” Firdaus yang baru sahaja
pulang dari tempat kerja terus mencari isterinya. Kandungan isterinya kini
mencecah lapan bulan dan dia sudahpun mengeluarkan titah supaya Adriana
berhenti kerja serta-merta. Titah yang turut mendapat sokongan dari Datin
Hafsyah dan ibunya membuatkan Adriana akur.
“Sayang?” Pelik Firdaus apabila
Adriana tidak menyahut panggilannya. Dia kemudiannya menuju ke ruang dapur.
Fikirnya mungkin Adriana sedang sibuk menyediakan makanan. Isterinya itu tetap
aktif walaupun mengandung. Lagipun tekak dia juga yang mengada-ada nakkan
masakan si isteri aje tiap-tiap hari.
“Wargh!” Sergah Adriana yang
menyorok di balik peti ais. Nasib baik ruang diantara peti ais itu besar kalau
tak mahu tersepit hehe...
Firdaus jatuh terduduk setelah disergah isterinya. Macam
mana tak terkejut? Dengan penuh konsentrasi dia mencari Adriana dan tiba-tiba
sahaja isterinya muncul dengan muka hitam kalah bontot kuali. Apakedehal?
“Ya Allah, sayang! Apa main
sergah-sergah abang ni? Teringin nak suami baru ke?” Adriana hanya tersengih
sambil membantu Firdaus untuk bangun. Tak sangka sampai terjatuh si suami
dengan gurauannya tadi.
“Hehehe boleh ke?” usik Adriana
nakal. Firdaus mencubit pipi Adriana geram. Makin nakal isterinya dan
kadangkala nakalnya membuatkan Firdaus pening kepala. Yang pelik, Adriana cuma
berperangai begitu apabila berdua dengannya sahaja dan akan bertukar menjadi
Ratu Ais dihadapan orang lain. Macam mana pun, dah kata sayang bini, maka
terima jela..
“Abang ada beli benda yang Ana
nak?” soal Adriana sambil merangkul leher Firdaus setelah mencuci masker
dimukanya.
“Hmm isteri abang nakal sangat
jadi abang tak beli.” Firdaus mengusap-usap perut isterinya. Giliran dia pula
untuk mengusik Adriana.
Ngap!
“Auch! Sayang!” Firdaus meraba
telinganya yang memerah. Serius nakal sungguh Adriana Hanan! Boleh pula gigit
telinganya!
“Hee..hukuman sebab lupa beli.”
Adriana mengusap telinga Firdaus. Geram punya pasal, telinga suaminya jadi
mangsa. Untuk menyejukkan semula hati Firdaus, dia mengucup lama bibir
suaminya. Taktik biasa tetapi berkesan setiap kali dia buat jahat dengan
Firdaus hehehe...sekejap sahaja Firdaus sudah tersenyum semula dan memeluk
tubuhnya.
“Abang ada belilah. Tadi ingatkan
nak kacau sayang tapi tak pasal-pasal telinga antena abang ni jadi mangsa.”
Firdaus memaut bahu Adriana dan membawa isterinya ke ruang tamu. Beg kerjanya
dibuka dan dia terus mengeluarkan ‘benda’ yang isterinya mahukan.
“Abang!!! You’re the best! Sayang abang!” Adriana mengucup pipi Firdaus
bertalu-talu. Seronok dapat hadiah dari si suami yang penyabar lagi hensem
hehe..
“Kenapalah sayang tiba-tiba nak
benda ni?”
“Manalah Ana tahu, bangun tidur
tadi terus teringin.”
Firdaus hanya mampu menggelengkan kepala dengan telatah
isterinya. Memang pelik tiba-tiba Adriana meminta dia membeli set DIY model rumah.
Kalau ibu mengandung lain mengidam makanan, isterinya mengidam nak membina
rumah. Hahaha..memang pelik! Tapi Firdaus tak sampai hati nak gelakkan
isterinya.
Adriana terus membuka bungkusan set DIY tersebut dan mula
hendak memasang.
“Hold on my dear. This is not the correct way.” Firdaus mengambil
set DIY lalu dihamparkan diatas karpet sebelum dia duduk bersila. Dulu dia pun
gila dengan model-model rumah dan bangunan lantas dia melanjutkan pelajaran
dalam bidang seni bina.
“Apa-apa model sekalipun,
mula-mula sayang kena tengok gambar yang dia dah sediakan.” Firdaus menunjuk
gambar model rumah yang dikepilkan bersama manual.
“Bila dah puas tengok, dekat
belakang ni ada step by step cara nak
pasang model ni jadi untuk mengelakkan kekeliruan, baik ikut step yang dia dah tunjuk. Tapi kalau
yang dah pro macam abang tengok
gambar je pun dah boleh start buat.”
Adriana mencubit pipi Firdaus bila Firdaus dah mula nak riak. Firdaus hanya
ketawa sebelum meneruskan penerangannya.
“Okey sekarang sayang cuba buat
the basic structure dulu,” arah
Firdaus sambil menyilang tangan ditubuh. Gaya seorang guru yang hendak melihat
usaha si pelajar. Adriana terus memulakan aktiviti memasang sambil diperhatikan
oleh Firdaus. Jika ada yang dia tidak tahu dia hanya perlu pandang dan tayang
muka comel kepada Firdaus. Tahu sangat yang suaminya itu akan segera membantu.
Inilah untungnya dapat suami penyayang macam Firdaus hehe..
“Sekejap ye Henry, ke kamu nak
masuk sama?” Datuk Ilyas memakai kopiahnya dan melipat sedikit seluarnya. Kini
dia berada di hadapan masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Henry sudah pulih
dari kecederaan akibat kemalangan beberapa bulan yang lalu dan mula bertugas
seperti biasa. Ketika dia sakit, Datuk Ilyas banyak membantu dia dan
adik-adiknya.
“Tak apalah Datuk, saya pergi
makan di gerai sana sementara tunggu Datuk.” Ini bukan kali pertama Datuk Ilyas
mengajaknya ke masuk ke masjid. Sebenarnya dia mahu tetapi dia takut dengan
penerimaan orang disekeliling. Yelah, bila bukan Islam masuk ke masjid ada
sahaja yang pandang macam nak telan.
Datuk Ilyas mengangguk sebelum keluar dari kereta setelah
bersiap. Henry hanya memandang pemergian Datuk Ilyas sehingga hilang kelibat
majikannya dari pandangan. Dia kemudiannya memarkirkan kenderaan di bawah
sebatang pohon yang rendang sebelum keluar untuk makan tengah hari. Selalunya
Datuk Ilyas akan makan selepas solat Jumaat.
“Assalamualaikum, awak tak nak
masuk ke? Sebentar lagi khutbah akan bermula.” Seorang pemuda yang berkopiah
dan berjubah putih menegurnya dalam bahasa Cina. Terkejut Henry dengan sapaan
mesra pemuda itu bagaikan sudah lama mengenali dirinya.
“Err saya bukan Melayu,” balas
Henry dalam bahasa Cina juga. Pemuda itu hanya senyum dengan jawapan Henry.
Dari mata kasar Henry, pemuda itu tak nampak seperti orang Melayu pun mungkin
mualaf fikirnya.
“Awak nak cuba masuk dan tengok
macam mana orang Islam solat?” pelawa pemuda itu. Henry tak sampai hati hendak
menolak pelawaan pemuda itu tetapi dia masih ragu-ragu.
“Mari.” Pemuda itu memaut bahu
Henry lantas membawanya masuk ke dalam masjid. Dengan langkah yang berat, Henry
hanya menurut.
Masuk sahaja ke dalam masjid, Henry terpegun dengan seni
bina dalaman masjid yang indah pada pandangan matanya. Jemaah masjid yang lain
turut tersenyum kepadanya. Boleh kata pemuda tadi menegur setiap orang di
masjid dan mereka melayannya dengan baik sekali.
“Oh lupa pula saya nak
perkenalkan diri. Nama saya Wong Jun Hong atau nama Islam saya Muhammad Harraz
Wong. Saya pun baru sahaja memeluk Islam.” Henry menyambut tangan yang dihulur
kepadanya. Patutlah nampak tak seperti orang Melayu, sama bangsa dengannya
rupanya.
“Saya Henry. Tak mengapa ke saya
yang bukan Islam ni masuk ke masjid?” soal Henry. Soalan yang membelenggu
fikiran sejak tadi kini berjaya dilontarkan.
“Tak ada masalah pun sebenarnya.
Ini rumah Allah dan Allah sayang pada setiap manusia yang diciptaNYA. Sebelum
saya masuk Islam dulu, saya selalu juga masuk ke masjid menemani sahabat baik
saya solat. Walaupun tak solat dan hanya duduk dibelakang, hati saya tenang dan
gembira setiap kali berada didalam masjid.” Henry tergamam dengan penerangan
yang diberikan oleh Harraz. Dia sendiri pun merasai perasaan tenang mula
meresap dalam dirinya sejak menjejakkan kaki ke dalam masjid.
“Baiklah saya nak buat solat
sunat sekejap. Awak berehatlah ye?” Henry menganggukkan kepalanya. Harraz
bangun dari duduk dan mula bersolat. Setiap gerak-geri Harraz diperhatikan
Henry dengan khusyuk. Dalam diam perasaan untuk lebih mengenal Islam semakin
bercambah.
8 comments:
Thanks for latest n3 IRA...
berdebar menanti apa tindakan "pendendam" yg mahu Datuk Ilyas mati tu...
BTW cerpen BDMA tu menarik sangat...
Good Job my dear...
Maaf sb kak ita selalu membaca but tinggal komen nya jarang... teruskan usaha..
Lots of lve
kak itasukri
Suka...suka Henry terjumpa dgn Mohammad Harraz Wong husband si Qai di masjid... semoga Harraz dapat membimbing Henry mengenal Islam.
Akak selalu ke blog ni sebagai silent reader je...kiranya ni pertama kali mengkomen...akak doakan selamat berjaya dalam usaha sebagai pengarang.
~k.min~
Yeayyýyyhhh thanks... best2. Henry akan msuk islam alhmdulillah. X sbr nk tggu kisah pndendam tu. Aduh jgn ana jd mgsa sudahla... thanks bg en3 terbaru.. keep writing k ��
-new fan HR-
@kak itasukri: Thanks sebab sudi baca (^-^)
xpe2..insyaAllah akan terus menaip selagi ada idea hehe~
@k.min:hehehe nampaknya akak perasan bila saya masukkan watak si Incik Bos (^-^)
@new fan HR: you're welcome (^-^)
hehehe~ insyaAllah nnt saya update lg ye.
Terbaik. Suka watak Firdaus Dan Adriana . :)
Huhu thanks (^-^)
Best2.. dok marathon dr hari jumaat.. mmg terbaik.. tak mcm amatur pun.. hehe..
@Inz Mz: Alhamdulillah..terima kasih ye...hehe saya memang amatur..
(^-^)V
Post a Comment