taken from here |
Balik dari
bercuti di Kemaman, mamat alien itu
mencadangkan kami terus ke rumah mama dan ayah aku. Alahai selang dua rumah aje
dari rumah keluarga dia maka aku tak kisah sangat pun balik mana-mana. Mungkin
dia nak buat sesi suai kenal dengan keluarga aku kot...
“Raisha pun ada game ni?” Wajah
terkejut mamat alien aku pandang
selamba. Apa nak dihairankan kalau perempuan main game? Bilik aku walaupun tak sebesar bilik mamat alien tu tapi aku siap bahagikan tempat
tidur dengan tempat aku nak berehat. Main game
itu kira salah satu cara aku nak berehatlah. Dia punya seronok belek disc-disc game yang ada dekat dengan PC aku. Ada yang aku dah install dan ada yang aku baru beli.
“Hmm dulu aku ada join tournament gak.”
Bulat terus mata si mamat alien bila
aku mengaku yang aku pernah sertai pertandingan. Ketika pertandingan itu,
kumpulan aku menang tempat pertama sekaligus melayakkan kami untuk mewakili
Asia. Masa itu aku memang gila main game
tapi nasib baik pelajaran aku tak terganggu kalau tak memang mama bakar game aku ni. Komputer aku pun memang aku
beli yang tinggi resolution dan graphic card aku itu memang aku cari
yang customized version.
“Waa segila-gila abang pun tak pernah join
tournament! Seriously Raisha, you’re
the best!” Haha malu pula bila si mamat alien
mula memuji. Sejak dari Kemaman lagi, aku dah makin rapat dengan mamat alien itu.
Sejak mengetahui
yang aku ni kaki game, boleh kata
setiap hari dia mengajak aku bermain game
dengan dia. Pantang nampak aku tengah lapang, dia terus tarik aku lawan game dengan dia. Dah kalau main kosong
gitu tak apa lagi, ni dia siap tetapkan hukuman kalau kalah! Tapi dah nama pun
juara Asia, berapa kali main pun aku tetap menang hahaha...Boleh kata selalu
aje mamat alien itu buat drama sedih
peluk lutut dan duduk dekat tepi sudut dinding. Hukuman dia selalunya belanja
makan aiskrim tak pun kalau keluar mood ganas aku tetapkan hukuman jentik dahi
tak pun tarik telinga.
“Raisha, balik awal hari ni boleh?” Adui dia ni nak ajak main game lagi ke? Tapi nasib baik aku memang
ada kelas pagi sahaja semester ini maka memang dengan seronoklah aku balik awal
kecuali hari yang aku tetapkan untuk pelajar datang untuk konsultansi.
“Tapi nanti mommy ambil Raisha
sebab abang balik terus dari conference
ni.” Aku bersetuju sahajalah. Sejak berkahwin, aku memang pergi kerja sekali
dengan mamat alien tu. Hari ini
kebetulan dia ada persidangan di UM dan ikutkan dia akan ambil aku selepas
tamat persidangan tapi ni tiba-tiba pula ubah rancangan. Mungkin persidangan dia
itu ambil masa yang lama kot..husnudhzon dengan suami sendiri~
Tepat pukul 2
petang, mommy datang menjemputku.
Muka mommy ceria gila hari ini, siap
bawa aku jalan-jalan dan minum dekat cafe kalah orang yang tengah ber’dating’. Tiba di kedai yang menjual
pakaian dalam wanita, mommy menarik aku masuk dan terus menyuruh aku mencuba
beberapa koleksi pakaian tidur yang seksi tahap gaban. Aku yang mahu menjaga
hati mommy hanya patuh padahal muka
aku dah merah gila menahan malu.
Mommy menghantar aku ke kediaman aku dan mamat alien di South Quay. Bila aku menjemputnya masuk, mommy menolak kerana mahu balik cepat.
Masuk sahaja dalam rumah, aku dikejutkan dengan mamat alien yang berdiri tegak dengan tangannya memegang kek. Lagu
selamat hari jadi versi mamat alien
berkumandang dan aku hanya mampu tersenyum. Oh komplot dengan mommy dia rupanya...aku pun dah lupa
yang hari ni hari jadi aku.
“Happy birthday Raisha,” ucap
mamat alien itu. Bila aku tengok sahaja kek yang dipegang mamat alien itu, aku
terus tergelak. Tak boleh blah! Kek bersaiz sederhana itu dihiasi dengan gambar
game-game yang pernah kami main bersama. DotA, Resident Evil, Half-Life dan
yang tak boleh blah Pikachu pun ada!
“Thanks.” Aku mengambil kek dari tangan mamat alien itu
lalu diletakkan diatas meja. Di meja, aku melihat pelbagai jenis makanan yang
sudah siap tersedia. Patutlah tadi mommy
menolak bila aku ajak makan tengah hari.
“Raisha, abang rasa abang nak terus terang.” Aku yang pada mulanya hendak ke
dapur mengambil air berpatah balik dan mengambil tempat disebelah mamat alien yang sudah duduk di sofa.
“Kenapa ni?” Risau pula bila aku tengok muka mamat alien yang nak-nak ke serius ni. Aku ada buat salah dengan dia ke?
“Mesti Raisha pelikkan macam mana abang yang tak bercampur dengan orang ni
boleh setuju kahwin dengan Raisha kan?” Aku hanya memandang wajahnya tanpa
memberi jawapan. Dia ada buat perjanjian apa-apa dengan mama aku ke? Aku yang
dah mula curiga cuba untuk bertenang.
“Ikutkan abang boleh je hiraukan permintaan mommy untuk kahwin dengan anak kawan dia. Sebelum ni ada je sedara
mara yang nak kenenkan perempuan kat abang tapi abang buat tak tahu je.”
“Jadi kenapa nak kahwin dengan Raisha?” soalku. Dalam hati punyalah
berdebar-debar nak tahu jawapan mamat alien
ni. Apa pun jawapan aku terima dengan redha. Paling-paling pun, malam ni dia
tidur luar dekat sangkar kucing aku tu je.
“Sebab abang sukakan Raisha. Dari mula lagi abang dapat rasakan yang Raisha
tak sama macam perempuan lain. Abang sentiasa rasa nak tengok Raisha dan bila
di universiti pun, abang teropong Raisha dari makmal abang.” Serius dia ni stalker ke apa? Aku dah nak tergelak
tapi aku tahan dan tayang muka serius. Lega gila hati aku bila tahu dia suka
aku hehe..
“You attract me more than
electromagnetic force! Jadi bila mommy
keluarkan arahan untuk kahwin dengan Raisha, abang terus setuju. Pada
mulanya abang takut Raisha akan menolak dan anggap abang tak lebih sebagai
lelaki pelik. Alhamdulillah jodoh kita ada dan sekarang abang bersyukur dengan
apa yang ada didepan mata abang sekarang. Paling best dia perempuan yang perfect untuk abang.” Woah pipi aku dah
mula memerah aku rasa.
“So Raisha, will you love me?” Mamat alien itu menggenggam erat tanganku
sambil memandang tepat ke mataku. Aku dapat rasakan yang jantung aku berhenti
berdegup seketika. Aku mengangguk setelah lima saat terkaku. Serta-merta wajah
mamat alien itu berubah ceria.
“Do you know that you’re the cutest alien
ever?” Cepat-cepat aku
menekup mulutku. Serius mulut aku ni selalu terlepas cakap!
“Alien? Hahaha..” Dia terus
memelukku. Patutlah aku rasa selesa bila dekat dengan dia dan tak kisah dengan
benda-benda pelik yang dia buat walaupun kadang-kadang ada rasa nak mengamuklah
juga hehehe....
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Waaaaa~ akhirnya projek cerpen berepisod yang saya jalankan sejak minggu lepas kini sudah kawtim! Muahaha.....sila enjoy dan jika ada cadangan atau tak puas hati ke apa, sila tinggalkan komen okey?
(^-^)v
44 comments:
Hahaha best!!!!! Thank you ����������
-new fan HR-
huwahahaha..Terangkat segala-galanya..Memang perghh..Bravo!
ahhh !!! wuu . best giler cerpen nii !! emm emm sambong laa buat n0vel isteriku ratu ais tuu . . lame tunggu .
Hanida Rohani: Hehehe you're welcome (^-^)
Fazliana Nazri: Apa yang terangkat? Hahaha tq2 :)
myna crazzy: huhu tq2. Yang novel tu insyaAllah dalam minggu ni xpun minggu depan saya update hehehe~ sabar ye keskeskes (^-^)v
hahaa . okey . 11 june nii befday kite . harap2 dapat bce . hahaa
Kyaaaaa~~~~
Tgh2 mlm ni baru dapat spend masa nak baca... Hehehe... Seriously sis, you never fail to make an interesting short story... Wa tabik spring sama lu...
Seriously rambut mamat alien mcm L?? Ha ha ha haruslah dapat gelaran alien dgn gaya mcm tu.... Dalam pada tersengih2 suka baca, ada juga pengajaran yang boleh diambil esp past jubah kahwin raisha... Skrg byk sgt baju dilabel sbg pakaian muslimah tapi hakikatnya tak syariah compliance pun... Adeyhh... Sedih tgk...
As usual, good job sis... Keep on writing and keep up the good work ;)
myna crazzy: waa esok tu! Happy birthday in advance! Walaupun mungkin tak dapat baca pada keesokan harinya tapi insyaAllah saya cuba update dalam minggu ni juga ok?
Suha: Hehehe~ Alhamdulillah haza min fadhli rabbi~
Disebabkan saya memang kipas-susah-mati L dalam Death Note tu maka saya include dia dalam cerpen saya ni hehehe~
Ye betul tu Suha, saya sedih bila tengok makin ramai peniaga2 yang ambil kesempatan melabelkan pakaian yang dijual sebagai 'fesyen Muslimah' walhal tak patuh syarak! Tengok sahaja rancangan Nona boleh buat saya darah tinggi huhu... (tengok pun sebab mama saya nak tengok)
InsyaAllah..tq ye Suha (^-^)v
Best sgt. Sy ska. Tmbh2 ad element anime plak. Fan never die. Hehehe...
@ilhamhafzh: Haha saya ni sampai sekarang gila dengan anime jadi saya masukkan satu watak yang saya suka hehe
btw thanks (^-^)v
Doitashimashite..yana -chan. Ganbatte ne..!
@ilhamhafzh: Hait!!! (^-^)
sy suka Kim Soo Hyun!!!
akak suka tengok crita you who came from the star ke?
@Yang Setia: Ye memang akak suka tengok cerita tu..huhu best woo~
Adik akak yang nombor 3 sebijik perangai macam Cheon Song Yi lagi buat akak rasa tergelak (^-^)
Kim Soo Hyun tu akak pun minat sejak berlakon cerita Dream High.
sgt..sgt..sgt...dan tsgt la best..hehe..xabis senyum time mbaca..:)
riyen heart: Thanks (^-^)v
Bestttt sgt2..mula mula baca sbb tajuk dy menarik sbb ad persamaan ngan cita drama korea my love from the star..tak tau la tapi cita dy sweet campur comel!!..keep it up sis..
@asuna yukki: Alhamdulillah..terima kasih. Akak pun suka cerita tu. Cerita yang paling best lepas cerita Master's Sun huhu~
InsyaAllah
(^-^)v
love it... nti buat lg yer..
@Annie Vochelles:Alhamdulillah terima kasih. InsyaAllah saya akan buat cerpen yang lain.
(^-^)v
Ganbatte!! Tak ramai penulis yang suka anime @ manga...but you are different sis, arigato for making this interesting story...you never failed
Nnnn...profile picture akak usui takumi kan? From kaichao was maid sama
@Nurul Adam:Alhamdulillah, hehee do itashimashita.
Yup..akak memang suka anime&manga huhu~ hehe perasan ye? saja letak gambo si usui tu huhu~
1st time jejak sini..penulisan yang mantap dan menarik..
nak sambung bca yang lain plak
>>k<<
ni mmg hantu korea ni...sume cast amek idol..hahahaa
>>k<<
ohmaygodddd...I LOVE YOU.. cannot say it anymore..
my JONGHYUN is here..muah muah muah
>>k<<
>>k<<: Alhamdulillah terima kasih ye..hehehe akak dengan adik beradik akak minat juga dengan artis2 Korea ni..tapi adik akak yang paling hardcore. CN Blue memang fav band akak lepas FT Island hehe..akak suka Jungshin.
(^-^)v
Best!!! Suka dgn cerpen2 ni!
Sufi
@Sufi: Alhamdulillah terima kasih Sufi.
(^-^)v
Let me guess..bridal yg buat baju jubah kawin dia tu c selena ka? Hihih
@jude judy: Yup! Hehehehe~
(^-^)v
best sgt..sweet..
Thanks ada (^-^)v
kan best ada husband mcm mamat alien ataupun.... anime freaks ke kan cute tu boleh buat anime spree sama sama ;u;
@Nor Shafinie Shahruddin: kan?! memang best! nak2 klu genre anime yg kte minat sama dgn dia ahahaaha~
(^-^)v
☝✌👍👍👍👍
Gelak sorang2 tengah mlm baca....superb!!!!!
@Kasmawati Sappe: Terima kasih.
(^-^)v
Comel sangat sngt... best baca suka
Comel sangat sngt... best baca suka
@lisanna: thanks (^-^)v
Wow..Kim soo hyun..I luv it both..cerpen ni and kim so hyun..mmg terbaik..-kin-
@kin:Alhamdulillah, terima kasih ye (^-^)v
bestlah cerpen ni...awesome...i like...D.O.exo..huhu..(^-^)
Alhamdulillah. Saya mmg suka tgk muka D.O EXO tu. Unik n maintain poker face hahaha...
(^-^)v
Post a Comment