taken from here |
“Assalamualaikum Khalil Irfan.”
“Waalaikumussalam. Ye saya, boleh saya tahu siapa ni?”
“Qisya Naazneen. Kau dah kahwin ke belum?”
“Err..belum lagi.”
“Okey lagi tiga bulan dari sekarang kita kahwin. Kau buat segala persiapan
dan sila contact aku kalau ada
apa-apa faham!”
“Hah! Awak serius ke ni?”
“Kau nak aku siarkan kat TV ke baru kau rasa aku serius? Kita kahwin tiga
bulan dari sekarang. Sekian, assalamualaikum.” Talian diputuskan tanpa sempat
aku menjawab. Biar betul!!!!!!
Nama aku Khalil
Irfan, anak yatim piatu yang kini berjaya menjadi seorang jurutera mekanikal
disebuah syarikat pembuatan kenderaan di ibu kota. Ibubapa aku meninggal dunia dalam
kemalangan jalanraya sewaktu pulang berhari raya ketika aku berusia 10 tahun.
Aku bernasib baik kerana aku pulang awal ke kampung mengikut atuk aku yang
datang mengambil aku seminggu sebelum kejadian. Apabila umurku 12 tahun, atuk
aku pula meninggal dunia dan aku dihantar oleh jiran atuk ke rumah anak-anak
yatim kerana tiada penjaga yang lain.
Qisya Naazneen,
budak perempuan yang selalu bagi aku pening kepala sejak dari azali lagi. Aku kenal
dia di rumah anak-anak yatim. Qisya berkongsi nasib dengan aku kerana
ibubapanya meninggal dunia akibat kebakaran dan dia terselamat kerana ibunya
sempat menyerahkannya pada bomba yang datang menyelamat sebelum dapur gas
rumahnya meletup lalu meragut nyawa ibu dan ayahnya. Qisya seorang yang sangat
periang tapi kuat mengarah. Haa tekalah siapa yang selalu kena arah?
Panggilan telefon
tadi betul-betul kasi aku pening. Agak-agaklah aku yang macho ni kena paksa kahwin oleh seorang perempuan! Qisya Naazneen
pula tu. Oh ye, Qisya kini bekerja sebagai model. Sebut sahaja Qisya Naazneen
pasti satu dunia tahu. Model Malaysia yang berjaya menembusi pasaran
antarabangsa hanya selepas setahun menceburkan diri dalam bidang peragaan. Satu
kejayaan yang membanggakan bagi mereka yang berada dalam industri fesyen. Mana
aku tahu? Baca sahaja surat khabar, asal dia buat pertunjukkan mesti jadi headline.
Yang buat aku
pelik, apahal tiba-tiba Qisya ajak aku kahwin? Padahal ramai gila jejaka-jejaka
kat luar sana yang beratur nak jadikan dia teman istimewa. Siap ada yang buat
pengakuan berani mati lagi. Ada ke patut sanggup tinggalkan isteri sebab nakkan
si Qisya? Ada juga ustaz-ustaz yang tawar diri nak kahwin dengan Qisya. Konon
nak bimbing ke jalan yang lurus. Alahai kalau sungguh nak bimbing, ramai lagi
perempuan-perempuan kat Malaysia ni yang perlukan bimbingan.
Sekejap, adakah
Qisya mengandung dan dia nak aku jadi pak sanggup? Oh tidak! No way Ismeralda! Tapi kalau Qisya
perlukan pertolongan.....arghh sakitnya kepala aku!!!!!
“Khalil, apasal kau blur semacam hari ni?” Jun Hong, kawan sepejabat aku
datang menempek kat meja aku. Apek ini kalau bos tak ada memang rajin melawat
pejabat aku. Kerusi ditarik dan dia terus duduk tanpa pelawaan aku. Bahasa
Melayu apek ini memang tip-top!
“Weh kalau kawan lama kau call
dan terus ajak kau kahwin kau buat apa?” Soalan aku membuatkan apek itu
berkerut-kerut muka macam nak buang air besar pun ada.
“Hmm aku ada satu soalan.”
“La..aku tanya kau dulu! Jawab jela!”
“Jawapan aku ni bergantung kepada jawapan yang bakal kau beri maka sila
jawab soalan aku dulu.”
“Okey apa dia?” aku mula beralah bila tengok muka apek itu yang macam nak
memulakan soal siasat.
“Dia cantik tak?” Ah sudah! Apek ini sudah mula keluar perangai sengal dia.
Terus aku hempuk fail ke kepala apek sengal itu. Cari pasal lagi dengan aku
yang moody kalah perempuan period! Macam tahu-tahu aje..
“Sakitlah! Binawe punya kawan! Jawab jela!” Si apek membetulkan rambutnya
yang sikit berserabai dek kena hempuk tadi.
“Kau kenal Qisya Naazneen?” Bulat terus mata si apek yang selalunya nampak
segaris dari jauh. Dipandangnya wajah aku meminta kepastian dan aku terus
mengangguk.
“Dia ajak kau kahwin ke Khalil! Weh kalau kau tak nak pass je kat aku! Aku sanggup pergi sunat sekarang!” Lagi sekali aku
hempuk fail ke kepala apek itu. Tak senonoh punya apek!
Dalam tak rela
itu pun, segala persiapan perkahwinan aku buat. Nak harapkan Qisya? Dia
memanjang ke luar negara dan hanya pulang sehari dua itupun untuk pergi kursus
kahwin dan selesaikan mana dokumen yang diperlukan. Aku inilah yang macam
terlebih. Yelah dua-dua pun sebatang kara maka tak ada sesiapa yang menolong
kecuali kawan baik aku si apek Jun Hong yang beberapa kali nak minta tukar tempat
dengan aku. Tolong ada makna apek ni!
Aku dah duduk
didepan tok kadi dengan gaya macho
macam biasa. Sempat juga aku menjeling ke arah Qisya yang cantik jelita macam
selalu. Wartawan dari segala pelosok dunia semua hadir. Tinggal Al-Jazeera aje
yang tak ada.
“Baiklah pengantin lelaki dah sedia?” soal tok kadi dengan senyuman. Aku
hanya mengangguk. Terketar-ketar tanganku hulurkan pada tok kadi.
“Khalil Irfan bin Kamarul Arifin! Aku nikahkan engkau dan kahwinkan engkau
dengan Qisya Naazneen binti Hakim Amsyar dengan mas kahwinnya 300 ringgit
tunai.”
Belum sempat aku
nak lafazkan kabulku Qisya sudah berdiri dari duduknya.
“Aku tak jadi nak kahwin dengan kau!” Qisya terus meninggalkan aku yang
masih terkebil-kebil memegang tangan tok kadi. Berderu wartawan dan jurugambar
mengerumuni aku sambil mengambil gambar.
“Naehiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”
Pap! Kepala aku
diketuk dengan remote control.
“Woi! Kau ni boleh pula tidur masa layan cerita blue dengan aku!” Jun Hong bangun lantas menutup televisyen yang sudah
menayangkan kredit kepada krew dan pelakon-pelakon.
“Kepala otak kau cerita blue! Aku
suci lagi bukan macam kau!” jerkahku tengah malam-malam buta. Apek ni bukan
kira siang malam nak bertandang rumah aku. Rumah aku dah macam hotel untuk dia.
Konon malas nak balik rumahnya di Damansara sebab ramai sangat gadis-gadis dan
makcik-makcik yang berbaris dihadapan rumahnya nak minta kahwin.
“Betul apa. Inikan cerita Smurf.
Semua pun biru..hahaha.” Galak si apek ketawa sambil mengemas-gemas bekas
makanan dan minuman. Apek ni aku memang respek bab-bab kebersihan dia memang
jaga sungguhlah.
“Tak sangka lagi dua hari kau dah nak kahwin kan? Tak bolehlah aku nak
melepak rumah kau lagi.” Entah hantu sedih mana yang merasuk apek ni sampai
terkeluar ayat sedih.
Pap! Aku tampal
duit sepuluh ringgit kat dahi apek itu. Kalau cerita hantu cina selalunya
mereka menampal azimat tapi aku mana ada benda-benda syirik macam itu. Duit
kertas sepuluh ringgit itu sahajalah sebagai penganti.
“Woi!!! Kalau ye pun tampal la duit kertas seratus!” Aku yang malas melayan
terus masuk ke dalam bilik tidur. Oh duit sepuluh ringgit itu aku ambil balik
hahaha...
Alhamdulillah.
Tiba juga hari pernikahan aku dengan model antarabangsa itu. Dari malam tadi aku
asyik praktis dengan si apek cara kabul. Si apek pula seronok berlakon
jadi tok kadi. Aku doakan apek itu masuk Islam biar tercapai hajat dia nak
bersunat sangat. Tadi aku berjaya menikahi Qisya dengan sekali lafaz sahaja.
Aku sempat tayangkan wajah bangga ke arah Qisya tapi dia tayang muka tak tahu.
Pengantinku, Qisya Naazneen memang macam bidadari. Tadi si apek tayang muka
cemburu apabila melihat wajah Qisya. Ada aku kisah? Dia dah jadi hak aku
seorang okey! Apek itu juga yang aku jadikan pengapit. Hahaha..padan muka dia
jadi khadam aku hari ini. Ramai kawan-kawan Qisya terkejut tengok pengapit
pengantin lelaki seorang lelaki berbangsa Cina. Alah tak salah disisi
undang-undang pun..dah dia bestfriend
aku!
Malam itu,
pergh..tangan aku sejuk semacam. Kalah pengantin perempuan aku rasa sebab Qisya
selamba aje dari tadi. Apa-apa pun aku masih tayang muka selamba + macho. Haktuih!
“Qisya, saya nak tanya sikit.” Aku memulakan sesi perbualan. Agak-agaklah,
aku ada banyak soalan nak tanya si Qisya.
“Ye abang.” Abang?! Luruh jantung aku apabila Qisya mendekatiku dengan
pakaian tidurnya. Wahlawei seksi habis. Okey fokus Khalil..fokus!!!
“Kenapa Qisya nak kahwin dengan sa..abang?” Wajah Qisya kurenung dengan
penuh tanda tanya. Tadi betul jangkaanku apabila dewan hotel yang aku sewa
penuh jugalah dengan wartawan-wartawan dalam dan luar negara. Nasib baik bajet
kahwin aku boleh kata cukup kalau tak mesti malu.
“Nampaknya abang dah lupa.” Qisya membalas renungan aku dengan wajah yang
muram. Drama apa pula ini? Apa benda yang aku lupa?
“Err..maafkan abang. Boleh Qisya beritahu?”
“Abang dah lupa ke janji abang sebelum Qisya diserahkan kepada keluarga
angkat Qisya?” Berkerut-kerut wajah aku. Memerah otak untuk mengingat kembali
situasi ketika itu. Cerita zaman Jepun da..nampak sangat hiperbola!
“Haish pelupa sungguh! Abang janji yang abang akan jaga Qisya dan malam
sebelum keluarga Puan Maznah datang abang nak lari dengan Qisya tapi kena
tangkap dengan ustazah Junaidah. Kita berdua kena sebat malam tu. Esoknya masa
hantar Qisya, abang kasi surat kat Qisya.” Qisya bangun lalu membuka tas
tangannya. Sampul surat berwarna putih dengan belang biru merah dikeluarkan dan
diberikan kepadaku.
“Dalam surat tu abang cakap yang abang akan cari Qisya selepas tujuh tahun
tapi tunggu punya tunggu tak datang-datang juga. Geram punya pasal Qisya yang cari
abang dulu.” Qisya dah mula memuncung. Alahai inilah pertama kali aku tengok
perempuan nampak cun bila bermuncung itik. Selalunya rasa nak sepak aje.
“Maafkan abang, abang lupalah sayangku Qisya. Nasib baiklah Qisya ingat
kalau tak rezeki siapalah abang yang kacak lagi bergaya ni,” gurauku dengan
harapan janganlah disebabkan hal ini Qisya nak merajuk dengan aku.
“Ah tak ada! Kalau abang berani kahwin dengan perempuan lain tahulah nasib
abang dengan perempuan tu! Dua-dua sekali Qisya sedekah kat puak kanibal!”
Ambik kau! Aku hanya menayang sengih. Fuh cemburu juga bini model aku ni. Okey
sebut pasal model...
“Hmm Qisya nak terus jadi model ke?” soalku tanpa berselindung. Gigit jari
aku jika Qisya masih nak teruskan kerjaya dia. Sungguh tak rela aku jika tubuh
isteriku diperaga macam ayam kat pasar pagi.
“Tak mahulah! Qisya jadi model suka-suka sahaja. Dah muak dah pun. Abang
banyak duit kan? Jadi silalah tanggung Qisya mulai sekarang okey?”
Dikelip-kelipkan matanya di hadapan aku. Tak payah tayang muka comellah Qisya
oii aku memang rela nak tanggung kau pun!
“Okey sayang. Err..agak-agak bila kita nak tutup lampu ni?” Kujungkitkan
keningku sebelah. Qisya sudah senyum malu-malu. Bini model dah bagi lampu hijau
apa lagi. Eh sekejap ingat doa dulu Khalil Irfan!
p/s: tadi aku tersilap Al-Qaeda dengan Al-Jazeera..hahaha tahniah kepada sesiapa yang perasan :)
p/s: tadi aku tersilap Al-Qaeda dengan Al-Jazeera..hahaha tahniah kepada sesiapa yang perasan :)
Qisya Naazneen |
Khalil Irfan |
11 comments:
an exciting storyline. it's cute :)
thanks (^-^)
InsyaAllah will have more in future.
Sweet >.<
Hehehe thanks (^-^)v
Comel dn best
@lisanna: thanks (^-^)v
Cerpen yg menarik...best.... apakah mksud "Ismeralda"?adakah ianya nama sebuah tempat?
@Miss Asha Athira: Alhamdulillah thanks. Ismeralda tak memberi maksud apa2 sebenarnya. It's just an exclamation such as "No way Jose!". Just because Irfan is a guy, I changed it to "No way Ismeralda".
(^-^)v
kalau panjang sikit . baru mantap . ok goodluck
kalau panjang sikit . baru mantap . ok goodluck
@KikiLala: Terima kasih diatas cadangan. Ini merupakan antara cerpen terawal saya dan saya akui banyak kekurangan.
InsyaAllah will improve more in future.
(^-^)v
Post a Comment