Kapitalis

Wednesday, January 29, 2014

Cerpen: Hello Incik Bos

taken from here  

“Saya mahu awak betulkan design ini hari ini juga faham!” Bam! Fail dihempas ke atas meja. Adoi datang lagi mood tak betul dia ni! Perlahan aku kutip fail yang isinya tak segan nak berselerak diatas meja si sepet yang bikin aku angin tengah-tengah hari rembang ini. Ketua bahagian aku yang cerewet tahap gaban aku hadiahkan dengan jelingan tajam.

“Kenapa? Tak puas hati ke?” Hok aloh! Lagi mau tanya ka apek? Tak nampak muka cemberut aku ke apa?

“Haah.” Pantas aku tarik fail dan keluar dari bilik si sepet. Kadang-kadang aku keliru dengan jantina bos aku itu. Perangai macam orang yang senggugut sentiasa padahal lelaki. Tulen ke tidak haa..yang itu aku tak tahu dan tak mahu ambil tahu.

“Qai, kenapa lagi tu?” Mak Bedah syarikat aku dah mula nak mengorek rahsia. Nama bukan main sedap, Nurul Mahirah tapi orang panggil dia Bedah sebab mulut dia yang tak reti nak diam dan suka mengorek rahsia.

“Biasalah, datang bulan la tu,” balasku lalu menyambung semula kerja. Terpaksalah aku korbankan masa makan tengah hari aku hari ini. Si sepet itu kalau kata hari ini, memang hari ini juga dia akan tuntut. Dengan mata sepet dan muka konon bengis dia itu memang buat aku bertambah geram. Rasa nak tarik je kelopak mata dia kasi besar sikit mata baru nampak betapa berdedikasinya aku pada syarikat.

“Qai tak nak pergi lunch ke?” pertanyaan si Bedah aku jawab dengan gelengan. Ingat senang ke nak tukar reka bentuk lain? Nak kena ambil kira dari segi aerodinamik ke tidak? Boleh kurangkan kos ke tidak? Haish macam-macam. Nasib akulah sebab rakan sejawat aku si Naif cuti sakit hari ini. Kalau tak bolehlah mamat keding itu tolong-tolong sikit. Dah kata pun satu kumpulan dengan dia. Kerja dalam syarikat pembuatan kenderaan ini memang mencabar dan tak ramai perempuan yang menceburi bidang ini. Tapi..disebabkan minat dan galakan dari abahku yang tercinta, aku dengan gembira menceburi bidang ini setelah menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan automotif.

“Qaireen Safiya! Masuk bilik saya sekarang!” Fail berisi rekaan baru aku bawa sekali untuk mengadap maharaja China itu. Sakit jiwa pun aku buat tak kisah dengan dia sebab memang dah jadi sifat aku yang selamba dan aci redah aje.

“Dah siap belum design yang saya minta?” Tanpa menjawab aku luncurkan fail ke arah si sepet. Nak bulat jugalah mata si sepet itu bila tengok gaya aku bagi fail kepada dia. Fail dibuka dan dia membelek lukisan rekaan aku dengan khusyuk. Mana aku tahu dia khusyuk? Sebab aku ambil gula-gula kat atas meja dia pun dia tak perasan kalau tak mesti dia perli-perli aku. Mentang-mentanglah keluarga aku ada sejarah kencing manis.

“Hah, macam inilah yang saya mahu! Awak ni Safiya, kalau buat kerja elok-elok mesti bagus hasilnya. Ini tak, asal nampak macam kereta je awak terus hantar kepada saya.” Kembang sekejap bila kena puji dengan apek mata sepet ini.

“Bukan saya tak mahu buat elok-elok, awak yang minta nak cepat. Asal nampak okey dan boleh gerak, saya bagilah awak tengok dulu.” Qaireen Safiya kalau bab menjawab memang nombor satu! Siapa tak kenal anak peguam terkemuka, Hafiy Irsyad. Bab-bab menjawab memang akulah juara hehehe...

Muka si mata sepet itu berubah terus. Haa..kan aku cakap mesti dia naik angin balik. Perlahan aku minta diri dan keluar dari bilik dia sebelum dia bertukar menjadi naga. Belum sempat aku keluar,kepala aku terhantuk dengan pintu yang dibuka secara tiba-tiba dari luar.

“Ya Allah Qai, maaf saya tak sengaja. Awak luka tak?” wajah suci Khalil Irfan yang sedang membelek dahiku kutatap sepenuh hati. Dah ada peluang kan? Berbeza gila perangai si sepet dengan Khalil yang memang menjadi pujaan gadis-gadis syarikat ini. Entah macam mana boleh pula si mata sepet dengan Khalil ini jadi kawan baik.

“Dia elok la tu. Senyap aje dari tadi. Hah kau kenapa cari aku?” kacau daun sungguh apek ni! Aku menggeleng dan terus keluar dari bilik pejabat si mata sepet itu. Tak ada kerja aku nak masuk campur urusan dia dengan Khalil. Oh Khalil..antara sebab aku tahan aje dengan perangai tak semengah si mata sepet itu walaupun aku boleh aje nak tukar tempat kerja lain. Masa praktikal dulu aku dah banyak buat ‘jaringan’ ala-ala Spiderman hehehe..




“Qaireen Safiya! Mari balik!” arahan kalah abah aku keluar dari mulut si mata sepet itu. Aku tahulah nak balik dan suka hati akulah nak balik pukul berapa! Yang dia sibuk sangat pasal kebajikan aku tu kenapa?! Marahku terbantut apabila melihat Khalil yang turut tersenyum memandang aku yang pada ketika itu menayang wajah tak puas hati kepada apek mata sepet itu.

“Jom Qai, lewat sangat ni. Mari kami hantar balik.” Tahu-tahu aje yang aku menumpang kereta adik aku hari ini. Kereta aku dipinjam oleh abang aku yang kononnya nak pergi polish kasi lagi cantik. Padahal aku tahu dia saje je nak bawa Veloster aku tu pergi mengurat. Suka sangat melenjan kereta aku yang unik itu.

Dalam kereta, semua pakat senyap. Yang kedengaran cuma suara deejay radio. Tak sangka pula aku yang si mata sepet ini dengar Hot fm. Sesekali aku nampak dia senyum mendengar celoteh deejay yang suka buat lawak sengal. Khalil pula awal-awal dah pengsan. Boleh pula mamat itu tidur selepas dua minit kereta bergerak. Dahsyat...

“Safiya, awak duduk area Damansara kan? Saya hantar Khalil dulu sebab rumah dia dekat-dekat sini.” Pergh boleh pula si mata sepet ini cakap lemah lembut kalau tak asyik nak menaga aje.

“Tak susahkan awak ke hantar saya ni? Saya boleh je suruh ayah saya ambil.” Aku pun terikut sekali bersopan-santun dengan si apek mata sepet. Kalau tak memang aku balas ayat selamba aku aje.

“Taklah, lagipun saya pun tinggal di Damansara juga.”Dari cermin pandang belakang aku nampak si apek itu tersenyum memandangku. Muka aku mulalah nak memerah malu-malu. Entah apa kena dengan aku malam ini?!

Sampai sahaja dihadapan rumah aku, si apek itu tak terus balik. Nak-nak lagi nampak kelibat abah aku yang dah sedia menunggu di pagar. Risau bebenor Encik Hafiy Irsyad bila dengar aku balik dengan dihantar oleh si apek mata sepet.

“Selamat sejahtera Encik Hafiy.” Laa..dia ingat ini sekolah ke apa? Tercengang abah aku melihat si apek yang begitu ‘gentlemen’ menyapanya dengan senyuman lebar pula tu. Kalah David Teo bila jual barang dalam cerita ‘I’m Not Single’ ahaha...

“Selamat sejahtera. Terima kasih sebab hantarkan anak perempuan saya ni. Jemput masuk..err apa nama kamu?” abah aku pun dah terikut gaya sopan lagi berbudi bahasa si apek.

“Nama saya Wong Jun Hong. Panggil saya Jun Hong. Tak mengapalah, dah lewat sangat dah ni. Saya balik dulu ye. Safiya, jumpa esok ye.” Si apek senyum lebar dengan siap tayang gigi putih bersih. Aku yang tetiba jadi pemalu hanya mengangguk. Kelu lidah bila tengok si apek jadi sopan kalah perempuan Melayu versi terhad.

“Baik betul budak tu. Kawan sepejabat kamu ye Safiya?” Abah tercinta dah memulakan operasi soal siasat. Dari lagaknya aku tahu yang abah aku menyenangi budi pekerti si apek mata sepet.

“Dialah bos yang selalu buli orang! Entah kenapa baik pula dia malam ni kalau tak asyik nak menaga je bila dengan orang,” jawabku setelah melihat kereta Honda CRV si apek dah jauh meninggalkan perkarangan rumah abahku.

“Ye ke buli? Tengok elok je. Dah jom masuk. Mak kamu dah siapkan makanan untuk kamu.” Abah mencubit geram pipi gebuku sebelum berjalan pantas masuk ke dalam rumah. Hehe takut aku balas dendam kat perut boroi dia lah tu..





“Tidak!!!!!” jeritan sadis si Bedah bedebah mengacau konsentrasiku. Sengal punya Bedah! Habis tumpah air teh aku.

“Qai!!!!!!!! Aku keciwa..aku keciwa...” si Bedah terus memaut lenganku. Siap lap air mata dengan tudung aku itu yang aku tak tahan!

“Kau ni dah kenapa! Kotorlah tudung aku!” Susah payah aku leraikan pautan si Bedah yang dah meleleh ditepi kerusiku.

“Khalil dah nak kahwin..waaaaaaaaa!!!!!” Ah sudah! Kalau berita yang ini aku pun kecewa sekali tapi entah kenapa tak adalah rasa kecewa sangat..hehehe apa aku dok merapu ni?

“Oh okey..jadi kau nak aku buat apa? Yang kau sedih sangat tu kenapa?” soalku setelah si Bedah mengelap air matanya dengan tisu dari atas meja aku.

“Aku sedihlah! Dua tahun aku usha dia last-last dia kahwin dengan orang lain..waaa!” Okey aku rasa aku salah soalan. Aku menghulurkan sekotak tisu kepada si Bedah. Tak apalah lagipun aku boleh ambil stok tisu si apek mata sepet sebab dia kan ketua kat sini? Ketua kenalah jaga kebajikan pekerja. Tak gitu?

“Dah kau usha dari jauh aje bukan nak ambil inisiatif beritahu dia.” Aku membuka biskut sandwic keju lalu kuhulur kepada si Bedah. Kot-kot la menangis buat dia lapar ke. Dalam sedu-sedan si Bedah mencapai biskut yang aku beri. Makan tetap makan!

“Aku ada bagi hint tapi dia tak faham kot. Tak apalah bak kata Afgan, Jodoh Pasti Bertemu..” lantas si Bedah terus menyanyi dengan laranya. Kalah orang sakit jiwa aku tengok dia ini.

“Qaireen Safiya! Jumpa saya sekarang! Bedah, pergi sambung buat kerja kamu!” Melompat si Bedah mendengar pekikan kalah Hitler si apek mata sepet. Haa..padan muka. Tapi..apasal dia nak jumpa aku?

“Ye..awak nak apa?” soalku malas setelah duduk berhadapan dengan si apek mata sepet. Wajah si apek nampak sedikit ceria hari ini. Tertelan madu lebah ke apa?

“Awak pergi majlis Khalil?” soalan dibalas soalan. Aish pantang betul aku!

“InsyaAllah pergi sebab dia dah jemput. Kenapa?” Bak kata abah, tak perlu tunggu depan orang Islam untuk gunakan kata-kata yang melambangkan keislaman kita. Huhu kot-kotlah apek ni faham sebab selalu dia dengan Khalil.

“Awak temankan saya cari baju Melayu boleh? Khalil suruh saya jadi pengapit dia. Saya belanja awak baju kurung kalau awak temankan saya.” Erk..apasal aku tengok muka apek mata sepet ni bertukar merah. Comel pula apek ni hari ini. Lima kali tengok apek ni adalah rupa Kim Soo Hyun hehehe...

“Bila awak nak pergi? Saya ajak adik saya sekali ye?” Ceria wajah si apek bila aku menyatakan persetujuan. Macam menang loteri pula. . Terbayang wajah Qaireena yang kurang suka berjalan-jalan tapi akanku heret dia juga. Tak kuasa aku nak berdua-duaan dengan apek ini.




Tiba hari perkahwinan Khalil, aku datang dengan memakai baju kurung yang dibeli oleh Jun Hong. Sejak keluar membeli-belah dengan Jun Hong hari itu, aku dah tak panggil dia apek mata sepet dah. Perangai dia berbeza sungguh bila diluar pejabat sehinggakan adik aku si Qaireena yang introvert itupun boleh kamcheng dengan dia. Abang aku tak usah ceritalah, hari-hari main game dengan dia. Oh hari itu aku bawa abang dengan adik aku sekali temankan Jun Hong beli baju. Jun Hong okey aje. Siap tanya aku kenapa tak bawa abah dengan mak aku sekali? Ini perli ke apa?

“Wei kau dengan apek tu dah rancang pakai sedondon ke apa?” soalan si Bedah aku biarkan berlalu tanpa jawapan. Terkejut juga aku melihat pakaian yang dipakai Jun Hong. Berbeza dengan apa yang dibeli hari itu dan memang sedondon dengan aku!

“Qai, terima kasih datang. Kenalkan isteri saya, Qisya Naazneen.” Khalil meperkenalkan isterinya kepada kami. Cantik! Pertama kali jumpa model bertaraf antarabangsa secara berdepan memang berbeza sungguh gaya dan senyuman dia dengan perempuan biasa-biasa macam aku dan si Bedah ni. Patutlah Khalil terpikat. Jun Hong yang pada mulanya berdiri disebelah Khalil selamba sahaja beralih ke sebelahku.

“Hai, saya Qisya. Jemput makan semua. Jangan malu-malu.” Manis senyuman si model hadiahkan pada kami. Mau ternganga mulut si Naif yang duduk berhadapan dengan aku. Kot ye pun control la beb!

“Awak bagi saya masa tiga bulan dari sekarang.” Tiba-tiba sahaja Jun Hong bersuara setelah jauh Khalil dan Qisya meninggalkan kami. Aku memandang wajahnya pelik. Apa kena dengan si a..Jun Hong ni?

“Saya perlu membuat persedian dari segi rohani. Fizikal dah mantap dah.” Bertambah pelik aku dengan Jun Hong yang sudah tersenyum sinis memandangku. Apa fizikal? Apa rohani yang dimaksudkan oleh dia ni?

“Saya sedang mendalami Islam. Hati saya dah terbuka untuk  menjadi seorang Muslim setelah bekerja dan berkawan dengan awak Qaireen Safiya. Khalil juga banyak mempengaruhi keputusan saya ni. Selama ini saya tak beragama dan hati selalu rasa kosong. Bila saya tengok orang Islam pergi solat sebaik sahaja mendengar azan, saya rasa macam ada sesuatu yang menarik saya dan perasaan tenang meresap masuk ke dalam jiwa saya.” Tercengang aku mendengar luahan hati Jun Hong. Tak sangka pula selama ini Jun Hong berperasaan begitu.

“Sejujurnya saya tertarik dengan awak. Jadi beri saya masa sebelum saya melamar awak.” Okey aku tak tersedak seperti skrip drama biasa tapi aku rasa macam nak tercekik pun ada. Tak sangka Jun Hong ada perasaan kat aku yang selalu tak serupa perempuan.

“Saya..”

“Saya tak perlukan jawapan awak sekarang. Lagi tiga bulan saya akan berjumpa dengan keluarga awak. Jika kita ada jodoh tak ke mana kan?” Lagi sekali aku rasa nak tercekik. Si Bedah disebelah aku tak perasan langsung dengan perbualan kami kalau tidak mesti satu dewan ini kecoh dengan mulut dia. Oh rupanya dia sedang seronok berbual ditelefon. Hmm nasib baik..

“Baiklah. Tunggu jela tiga bulan lagi..” balasku dengan senyuman. Buat apa aku nak pening-pening pasal hal yang tak pasti bukan?






Mommy!!!!” Ah sudah anak sulung aku dah menjerit. Entah apalah yang adik dia buat lagi!

“ Aqil Ziqri!!” laungku dari bilik laundry. Anak kedua aku itu memang nakal. Perangai dia sebiji macam pak long dia aka abang aku. Kuat main game, kuat menyakat abang dia dan paling tak boleh blah muka dia sebiji papa dia. Mata sepet...

Aqil Thaqif, anak sulung aku pula seorang yang pendiam. Redha aje bila dibuli adiknya dan hanya menjerit memanggilku bila adiknya tak berhenti mengacaunya. Anak sulung aku pula banyak mengikut wajahku. Itu yang nampak hensem hahaha...

“Haa apa anak papa ni dah buat kat abang? Berapa kali papa pesan jangan nakal-nakal?” Manja Aqil Ziqri memaut leher papanya yang baru sahaja pulang dari kerja. Aku mengucup tangan suamiku  sebelum mencubit perlahan pipi Aqil Ziqri. Geram bebenor aku dengan gelagat anakku yang berusia empat tahun ini. Si kecil itu hanya menayang giginya. Suka pula kena cubit pipi.

“Sayang, malam ni tak payah masak. Kita makan kat luar ye?” cadangan encik suami kusambut gembira. Bolehlah aku cuti memasak hari ini.

“Makan mana?” Ziqri aku ambil dari dukungan suamiku. Kasihan balik-balik kerja dah kena dukung budak nakal kemain ni.


“Mohd Chan kat Bukit Beruntung okey?” Aku mengangguk sahaja. Suamiku, Wong Jun Hong yang kini bergelar Muhammad Harraz Wong. Betul-betul menepati janjinya untuk melamarku tiga bulan dari tarikh kenduri Khalil. Kini sudah enam tahun kami melayari bahtera rumahtangga dan dia seorang Muslim yang betul-betul menjaga aku dari segala segi. Katanya dia Muslim dahulu sebelum bergelar suami jadi agama diletakkan pada tempat pertama dan alhamdulillah dia banyak membimbing aku. Macam terbalik pula kan? Padahal aku yang Islam sejak lahir ini yang membimbing dia. Hidayah itu milik Allah dan aku bersyukur kerana jodohku tertulis untuknya. Doakan jodoh kami kekal sehingga ke syurga ya?

Wong Jun Hong @ Muhammad Harraz Wong

Qaireen Safiya

13 comments:

Mira_Othman said...

Wahh besttt :D (y)

Norlyana Nasrin said...

Thanks Am_Mir (^-^)

Anonymous said...

Best la.....

Norlyana Nasrin said...

Thanks (^-^)v

Adaa said...

Best sgt...

Norlyana Nasrin said...

Thanks Nurul A'adawiah (^-^)

Anonymous said...

Waa besst la..saya suka..saya excited baca pon sbb hero dy nama harraz teringat novel tundukkan playboy itu by anjell..kak kenal anjell tak?

Norlyana Nasrin said...

Alhamdulillah..ye saya kenal dia dari novel Experimen Cinta. Tundukkan playboy itu saya tak pernah baca..huhu saya just pilih nama yang saya rasa sedap je.

(^-^)v

lisanna said...

Bestnya cerita seronok

Norlyana Nasrin said...

@lisanna: Terima kasih

(^-^)v

Norlyana Nasrin said...

@Layyinun Nisa' : Saya dulu selalu juga makan kat situ. Tapi apabila harga makin mahal dan portion berkurangan.....haih..hahahaha

Alhamdulillah. Thanks (^-^)

hamba Allah said...

best nyerrr

Norlyana Nasrin said...

@hamba Allah: Alhamdulillah. Terima kasih (^-^)v