taken from here |
“Maaf Puan Hanan, hari ni saya tak dapat masuk office. Isteri saya sakit.” Suara Emir yang resah di talian
membuatkan Adriana bertambah kasihan.
“Tak mengapalah Emir. Hari ni ada meeting
dengan mana-mana client ke?” Adriana
turut menyemak jadual kerja yang di hantar oleh Emir melalui emel.
“Hari ni pukul 10 pagi, ada perjumpaan dengan wakil-wakil dari projek Gione. Puan
boleh pergi atau nak saya mintakan Praven pergi wakilkan saya?”
“Tak. Saya akan pergi. Projek ni penting untuk Elves.” Talian diputuskan.
Adriana segera menyiapkan sarapan yang tergendala. Hari ini dia memasak
kuehteow goreng untuk sarapan pagi. Sejak Daris, Fateh dan Fatehah tinggal
dengan mereka, dia semakin rajin masuk ke dapur dan sesungguhnya dia berasa
gembira apabila melihat suami dan anak-anak buahnya makan masakannya dengan
penuh berselera.
“Kenapa sayang?” Firdaus memeluk Adriana dari belakang. Wajah Adriana yang
serius ketika menjawab panggilan membuatkan dia sedikit risau.
“Emir cuti jadi Ana kena masuk office.
Budak-budak nanti Ana hantar pergi rumah mama.” Adriana membiarkan sahaja
tangan Firdaus yang masih melingkar di pinggang. Biarlah, dah nama pun suami.
Firdaus
meletakkan dagunya di bahu Adriana. Pagi-pagi sebelum pergi kerja, wajiblah dia
bermanja dengan Adriana kalau tak macam tak ada semangat je nak kerja.
“Abang, jom makan. Kejap lagi dah nak masuk kerja kan?” Adriana melepaskan
diri dari pelukan Firdaus dengan agak susah payah. Firdaus hanya ketawa lalu
membantu Adriana mengangkat mangkuk berisi kuehteow goreng yang masih panas.
“Kids, mari makan!” Anak-anak
buahnya yang sedang seronok menonton Pororo terus berlari ke meja makan. Sempat
juga si Fatehah menekan butang ‘pause’. Konon nak sambung tengok selepas makan
sarapan pagi. Adriana menggelengkan kepala melihat gelagat anak-anak buahnya.
“Kuehteow goreng Mama Ana? Sedap!” tegur Daris lalu mengambil tempat
disebelah Adriana. Sejak patah bahu, Adriana yang sering menyuapnya makan. Maka
wajiblah dia duduk disebelah Mama Ananya.
“Baca doa makan, Fateh!” arah Daris kepada adiknya yang baharu sahaja nak
mula menyuap. Sakit-sakit pun, perangai Hitler Daris tetap ada. Fateh
meletakkan semula garfu. Tangannya ditadah lalu dia membacakan doa makan.
Firdaus yang memerhati hanya tersenyum. Kelakar dan comel gelagat anak-anak
buahnya.
“Lepas makan nanti papa hantar kamu bertiga pergi rumah Nenek Sya. Mama
kena masuk pejabat hari ni.” Beritahu Firdaus kepada anak-anak buahnya. Terhenti
suapan Fatehah tiba-tiba. Mukanya tampak risau dan agak takut-takut.
“Nenek Sya garang tak?” Comel sahaja pertanyaan Fatehah di telinga Firdaus.
Senyuman manis dihadiahkan kepada Fatehah.
“Nenek Sya tak garang. Tengok Mama Ana garang tak? Mama kepada Mama Ana
lagilah tak garang.” Fatehah senyum puas hati dengan jawapan Firdaus. Adriana
yang sejak tadi sibuk menyuap Daris makan, turut senyum ke arah Fatehah. Fateh
tidak menunjukkan sebarang reaksi. Bagaikan tak kisah sahaja dihantar ke mana.
“Fateh kena tinggal kat rumah sorang-sorang,” sakat Firdaus. Fateh yang
terkejut menghentikan suapannya. Matanya memandang tepat ke arah Firdaus kemudian
beralih kepada Adriana seolah-olah meminta penjelasan.
“Tak boleh! Fateh kena ikut Fatehah!” jerit Fatehah tiba-tiba. Dia bangun
dari duduknya lalu memeluk Fateh. Sayang sungguh dia pada abangnya. Matanya
mencerun memandang Firdaus. Firdaus sudah tak boleh menahan tawa.
Berdekah-dekah dia mengetawakan reaksi Fatehah yang kelakar. Takkanlah dia nak
tinggalkan Fateh seorang diri.
“Ye..ye kita bawa Fateh sekali. Papa gurau je tadi. Dah cepat makan. Siapa
lambat papa tinggal sungguh nanti.” Terkocoh-kocoh Fatehah kembali ke tempat
duduknya lalu meneruskan suapan sehingga habis.
“Mama, pukul berapa balik kerja?” Daris bertanya sambil matanya memandang
tepat ke wajah Adriana.
“Tak tahu lagi. I’ll fetch you once I’m
done okay?” Adriana mengelap tepi mulut Daris dengan tisu. Berat hati
sebenarnya hendak meninggalkan anak-anak buahnya pada mamanya tapi dia terpaksa
dem projek yang penting untuk syarikat papanya. Datuk Ilyas makin sibuk selepas
balik dari Sabah jadi nak tak nak, dia kena turun padang.
“Mama, tolong jagakan budak bertiga ni ye? Ni jadual mereka tapi jangan
risau, diorang dah hafal dan memang terbiasa dengan jadual ni.” Datin Hafsyah
mengusap kepala Daris. Jadual yang diberi Firdaus dibeleknya dengan senyuman.
Berdisiplin sungguh anak-anak si Rayyan ni!
“Mama memang tunggu bilalah kamu nak bawa budak bertiga ni datang rumah.
Elok sangatlah kamu hantar hari ni sebab mama memang tak ada aktiviti. Daris
dah breakfast?” Daris mengangguk dengan senyuman. Seronok kepalanya diusap
lembut oleh Datin Hafsyah. Fateh dan Fatehah masih berpelukan dengan Adriana.
Susah pula mereka nak melepaskan Adriana pagi ini.
“Fateh, Fatehah, marilah dekat nenek. Nanti kita berenang nak? Rumah nenek
ada kolam besar.” Pujuk Datin Hafsyah. Fateh dan Fatehah melepaskan pelukan
dengan perlahan-lahan. Nak-nak lagi melihatkan wajah Daris yang sudah mula
hendak menyinga. Tahu sangat sekejap lagi abang mereka bakal meletup.
“Mama, anything just give me a call
okay?” pesan Adriana lalu melepaskan Fateh dan Fatehah.
“Toksah risaulah Hanan oii, tahulah mama nak jaga budak bertiga ni. Dah
pergi lekas! Lambat pula kamu nanti. Papa kamu lepas Subuh tadi dah pergi
kerja. Dia ada urusan di Perlis.”
“Okay. Assalamualaikum.” Adriana mengapai tangan mamanya lantas mengucupnya.
Firdaus turut mengikut. Daris , Fateh dan Fatehah dipeluknya sebelum beredar ke
keretanya. Hari ini dia perlu memandu sendiri untuk bertemu dengan klien.
“Berat pula nak lepaskan sayang pagi ni.” Firdaus memegang kejap tangan
Adriana. Adriana tersenyum lalu mendekati suaminya. Tangan suaminya diramas
mesra.
“Petang nanti insyaAllah kita jumpa.” Adriana mengucup pipi kanan Firdaus
dengan pantas. Malu pula jika ada jiran-jiran mamanya yang ternampak kelakuan
mereka. Firdaus tersengih suka dengan perlakuan Adriana.
“Jaga diri elok-elok ye sayang? Assalamualaikum.” Firdaus berpesan lalu
memeluk isterinya. Adriana mengangguk. Perlahan Firdaus melepaskan pelukan.
Tangannya dihulur kepada isterinya dan Adriana segera menyalami dan mengucup
tangannya. Kucupan sayang diberi pada dahi Adriana.
“La...tak pergi lagi korang?! Sempat lagi berdrama depan rumah mama?
Punyalah budak-budak ni tunggu nak ucap bye-bye,”
leter Datin Hafsyah. Firdaus hanya tersengih. Adriana sudah berlari masuk ke
dalam keretanya.
“Saya pergi dulu ye mama? Assalamualaikum.” Firdaus masuk ke dalam
keretanya. Enjin dihidupkan dan tak sampai sepuluh saat kereta Firdaus dan
Adriana meninggalkan perkarangan banglo Datin Hafsyah.
“Gione project will launch on March
next year and I hope I can see the draft by next week.” Adriana menutup
fail projek. Projek yang melibatkan jutaan ringgit dan bakal menaikkan nama
syarikatnya merupakan satu tanggungjawab yang besar untuknya.
“Sure thing Miss Adriana. So will you
join us for lunch?” Davis, wakil dari Ioniz mempelawa Adriana untuk makan
tengah hari bersamanya dan Philippe. Adriana menggelengkan kepala.
“Sorry Davis, I got something to do.
Enjoy your lunch.” Davis dan Philippe mengangguk faham. Adriana bukan
sebarang perempuan yang boleh dibawa ke hulu ke hilir. Dari dulu lagi mereka
memang arif dengan perangai Adriana jadi mereka tidak berkecil hati. Mereka
pernah bekerjasama untuk beberapa projek. Selesai sahaja perbincangan, Adriana pulang semula ke pejabatnya.
Projek Gione merupakan projek gabungan beberapa syarikat di Malaysia dan
Perancis untuk menubuhkan satu pusat kesenian dan riadah di Perancis.
Menggabungkan budaya Malaysia dan Perancis bawah satu bumbung serta menyelitkan
unsur-unsur Islam dari segi binaan dan ruang pameran. Syarikatnya mengambil
bahagian dalam bahagian barangan halal dan membekalkan perabot untuk projek
ini.
Adriana mengemaskan fail-fail projek dan diletakkan didalam laci dan dikunci.
Beg kerjanya dicapai dan dia keluar dari pejabatnya. Jam sudah menunjukkan
pukul 12 tengah hari. Nak dekat dua jam juga dia berbincang dengan Davis dan Philippe tadi.
“Suzy, saya balik dulu. Apa-apa sila emel saya okey?” pesan Adriana. Suzy
mengangguk pantas. Adriana tak berlama-lama disitu. Kepalanya terasa pusing.
Kakinya segera melangkah ke lif.
Turun di tingkat
bawah. Adriana berasa makin tidak selesa. Kepalanya pening dan tekaknya berasa
mual.
“Miss Adriana, are you okay?” Caryl yang perasan akan
keadaan Adriana terus mendekati Adriana.
“I feel dizzy.” Adriana mengurut perlahan dahinya. Caryl segera
memapah Adriana. Kasihan dengan Adriana yang bergerak kalah orang mabuk
bertango.
“Let me take you to the clinic.” Adriana mengangguk perlahan. Kepalanya
sakit dan memang dia perlukan doktor sekarang.
“Tahniah Puan Adriana! Kandungan puan dah masuk minggu ke-3!” wajah teruja
Doktor Fairuz membuatkan Adriana bertambah gembira. Mahu sahaja dia melompat
bintang sekarang. Caryl disebelah berkali-kali mengucapkan tahniah kepadanya.
“Betul doktor? Anak saya lelaki ke perempuan?” Ternganga Doktor Fairuz dengan
pertanyaan Adriana.
“Err..Puan Adriana. Fetus puan masih kecil jadi saya belum boleh tentukan
jantina dia. InsyaAllah lagi lima bulan kita boleh scan.” Lembut Dokor Fairuz
menerangkan kepada Adriana. Tahu ibu muda itu terlalu gembira.
“Anak pertama ke Puan Adriana?” Adriana mengangguk. Dia sudah tak sabar
mahu memberitahu berita gembira ini kepada suaminya. Firdaus mesti gembira.
Impian mereka untuk memiliki anak sendiri sudah hampir tercapai. Alhamdulillah.
Terima kasih Allah!
2 comments:
Ulalala ana dh preggy... bestnye!! tringin gak nak lompat bintang tp tkut tkezut plop my darling.. hahahaha...
Waa excited..hehe
Post a Comment