Kapitalis

Wednesday, December 18, 2013

Isteriku Ratu Ais - Bab 25

taken from here  

“Maaf Puan Hanan, hari ni saya tak dapat masuk office. Isteri saya sakit.” Suara Emir yang resah di talian membuatkan Adriana bertambah kasihan.

“Tak mengapalah Emir. Hari ni ada meeting dengan mana-mana client ke?” Adriana turut menyemak jadual kerja yang di hantar oleh Emir melalui emel.

“Hari ni pukul 10 pagi, ada perjumpaan dengan wakil-wakil dari projek Gione. Puan boleh pergi atau nak saya mintakan Praven pergi wakilkan saya?”

“Tak. Saya akan pergi. Projek ni penting untuk Elves.” Talian diputuskan. Adriana segera menyiapkan sarapan yang tergendala. Hari ini dia memasak kuehteow goreng untuk sarapan pagi. Sejak Daris, Fateh dan Fatehah tinggal dengan mereka, dia semakin rajin masuk ke dapur dan sesungguhnya dia berasa gembira apabila melihat suami dan anak-anak buahnya makan masakannya dengan penuh berselera.

“Kenapa sayang?” Firdaus memeluk Adriana dari belakang. Wajah Adriana yang serius ketika menjawab panggilan membuatkan dia sedikit risau.

“Emir cuti jadi Ana kena masuk office. Budak-budak nanti Ana hantar pergi rumah mama.” Adriana membiarkan sahaja tangan Firdaus yang masih melingkar di pinggang. Biarlah, dah nama pun suami.

Firdaus meletakkan dagunya di bahu Adriana. Pagi-pagi sebelum pergi kerja, wajiblah dia bermanja dengan Adriana kalau tak macam tak ada semangat je nak kerja.

“Abang, jom makan. Kejap lagi dah nak masuk kerja kan?” Adriana melepaskan diri dari pelukan Firdaus dengan agak susah payah. Firdaus hanya ketawa lalu membantu Adriana mengangkat mangkuk berisi kuehteow goreng yang masih panas.

Kids, mari makan!” Anak-anak buahnya yang sedang seronok menonton Pororo terus berlari ke meja makan. Sempat juga si Fatehah menekan butang ‘pause’. Konon nak sambung tengok selepas makan sarapan pagi. Adriana menggelengkan kepala melihat gelagat anak-anak buahnya.

“Kuehteow goreng Mama Ana? Sedap!” tegur Daris lalu mengambil tempat disebelah Adriana. Sejak patah bahu, Adriana yang sering menyuapnya makan. Maka wajiblah dia duduk disebelah Mama Ananya.

“Baca doa makan, Fateh!” arah Daris kepada adiknya yang baharu sahaja nak mula menyuap. Sakit-sakit pun, perangai Hitler Daris tetap ada. Fateh meletakkan semula garfu. Tangannya ditadah lalu dia membacakan doa makan. Firdaus yang memerhati hanya tersenyum. Kelakar dan comel gelagat anak-anak buahnya.

“Lepas makan nanti papa hantar kamu bertiga pergi rumah Nenek Sya. Mama kena masuk pejabat hari ni.” Beritahu Firdaus kepada anak-anak buahnya. Terhenti suapan Fatehah tiba-tiba. Mukanya tampak risau dan agak takut-takut.

“Nenek Sya garang tak?” Comel sahaja pertanyaan Fatehah di telinga Firdaus. Senyuman manis dihadiahkan kepada Fatehah.

“Nenek Sya tak garang. Tengok Mama Ana garang tak? Mama kepada Mama Ana lagilah tak garang.” Fatehah senyum puas hati dengan jawapan Firdaus. Adriana yang sejak tadi sibuk menyuap Daris makan, turut senyum ke arah Fatehah. Fateh tidak menunjukkan sebarang reaksi. Bagaikan tak kisah sahaja dihantar ke mana.

“Fateh kena tinggal kat rumah sorang-sorang,” sakat Firdaus. Fateh yang terkejut menghentikan suapannya. Matanya memandang tepat ke arah Firdaus kemudian beralih kepada Adriana seolah-olah meminta penjelasan.

“Tak boleh! Fateh kena ikut Fatehah!” jerit Fatehah tiba-tiba. Dia bangun dari duduknya lalu memeluk Fateh. Sayang sungguh dia pada abangnya. Matanya mencerun memandang Firdaus. Firdaus sudah tak boleh menahan tawa. Berdekah-dekah dia mengetawakan reaksi Fatehah yang kelakar. Takkanlah dia nak tinggalkan Fateh seorang diri.

“Ye..ye kita bawa Fateh sekali. Papa gurau je tadi. Dah cepat makan. Siapa lambat papa tinggal sungguh nanti.” Terkocoh-kocoh Fatehah kembali ke tempat duduknya lalu meneruskan suapan sehingga habis.

“Mama, pukul berapa balik kerja?” Daris bertanya sambil matanya memandang tepat ke wajah Adriana.

“Tak tahu lagi. I’ll fetch you once I’m done okay?” Adriana mengelap tepi mulut Daris dengan tisu. Berat hati sebenarnya hendak meninggalkan anak-anak buahnya pada mamanya tapi dia terpaksa dem projek yang penting untuk syarikat papanya. Datuk Ilyas makin sibuk selepas balik dari Sabah jadi nak tak nak, dia kena turun padang.




“Mama, tolong jagakan budak bertiga ni ye? Ni jadual mereka tapi jangan risau, diorang dah hafal dan memang terbiasa dengan jadual ni.” Datin Hafsyah mengusap kepala Daris. Jadual yang diberi Firdaus dibeleknya dengan senyuman. Berdisiplin sungguh anak-anak si Rayyan ni!

“Mama memang tunggu bilalah kamu nak bawa budak bertiga ni datang rumah. Elok sangatlah kamu hantar hari ni sebab mama memang tak ada aktiviti. Daris dah breakfast?” Daris mengangguk dengan senyuman. Seronok kepalanya diusap lembut oleh Datin Hafsyah. Fateh dan Fatehah masih berpelukan dengan Adriana. Susah pula mereka nak melepaskan Adriana pagi ini.

“Fateh, Fatehah, marilah dekat nenek. Nanti kita berenang nak? Rumah nenek ada kolam besar.” Pujuk Datin Hafsyah. Fateh dan Fatehah melepaskan pelukan dengan perlahan-lahan. Nak-nak lagi melihatkan wajah Daris yang sudah mula hendak menyinga. Tahu sangat sekejap lagi abang mereka bakal meletup.

“Mama, anything just give me a call okay?” pesan Adriana lalu melepaskan Fateh dan Fatehah.

“Toksah risaulah Hanan oii, tahulah mama nak jaga budak bertiga ni. Dah pergi lekas! Lambat pula kamu nanti. Papa kamu lepas Subuh tadi dah pergi kerja. Dia ada urusan di Perlis.”

“Okay. Assalamualaikum.” Adriana mengapai tangan mamanya lantas mengucupnya. Firdaus turut mengikut. Daris , Fateh dan Fatehah dipeluknya sebelum beredar ke keretanya. Hari ini dia perlu memandu sendiri untuk bertemu dengan klien.

“Berat pula nak lepaskan sayang pagi ni.” Firdaus memegang kejap tangan Adriana. Adriana tersenyum lalu mendekati suaminya. Tangan suaminya diramas mesra.

“Petang nanti insyaAllah kita jumpa.” Adriana mengucup pipi kanan Firdaus dengan pantas. Malu pula jika ada jiran-jiran mamanya yang ternampak kelakuan mereka. Firdaus tersengih suka dengan perlakuan Adriana.

“Jaga diri elok-elok ye sayang? Assalamualaikum.” Firdaus berpesan lalu memeluk isterinya. Adriana mengangguk. Perlahan Firdaus melepaskan pelukan. Tangannya dihulur kepada isterinya dan Adriana segera menyalami dan mengucup tangannya. Kucupan sayang diberi pada dahi Adriana.

“La...tak pergi lagi korang?! Sempat lagi berdrama depan rumah mama? Punyalah budak-budak ni tunggu nak ucap bye-bye,” leter Datin Hafsyah. Firdaus hanya tersengih. Adriana sudah berlari masuk ke dalam keretanya.

“Saya pergi dulu ye mama? Assalamualaikum.” Firdaus masuk ke dalam keretanya. Enjin dihidupkan dan tak sampai sepuluh saat kereta Firdaus dan Adriana meninggalkan perkarangan banglo Datin Hafsyah.




Gione project will launch on March next year and I hope I can see the draft by next week.” Adriana menutup fail projek. Projek yang melibatkan jutaan ringgit dan bakal menaikkan nama syarikatnya merupakan satu tanggungjawab yang besar untuknya.

Sure thing Miss Adriana. So will you join us for lunch?” Davis, wakil dari Ioniz mempelawa Adriana untuk makan tengah hari bersamanya dan Philippe. Adriana menggelengkan kepala.

Sorry Davis, I got something to do. Enjoy your lunch.” Davis dan Philippe mengangguk faham. Adriana bukan sebarang perempuan yang boleh dibawa ke hulu ke hilir. Dari dulu lagi mereka memang arif dengan perangai Adriana jadi mereka tidak berkecil hati. Mereka pernah bekerjasama untuk beberapa projek. Selesai sahaja perbincangan, Adriana pulang semula ke pejabatnya.

Projek Gione merupakan projek gabungan beberapa syarikat di Malaysia dan Perancis untuk menubuhkan satu pusat kesenian dan riadah di Perancis. Menggabungkan budaya Malaysia dan Perancis bawah satu bumbung serta menyelitkan unsur-unsur Islam dari segi binaan dan ruang pameran. Syarikatnya mengambil bahagian dalam bahagian barangan halal dan membekalkan perabot untuk projek ini.

Adriana mengemaskan fail-fail projek dan diletakkan didalam laci dan dikunci. Beg kerjanya dicapai dan dia keluar dari pejabatnya. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari. Nak dekat dua jam juga dia berbincang dengan Davis dan Philippe tadi.

“Suzy, saya balik dulu. Apa-apa sila emel saya okey?” pesan Adriana. Suzy mengangguk pantas. Adriana tak berlama-lama disitu. Kepalanya terasa pusing. Kakinya segera melangkah ke lif.

Turun di tingkat bawah. Adriana berasa makin tidak selesa. Kepalanya pening dan tekaknya berasa mual.

                “Miss Adriana, are you okay?” Caryl yang perasan akan keadaan Adriana terus mendekati Adriana.

                “I feel dizzy.” Adriana mengurut perlahan dahinya. Caryl segera memapah Adriana. Kasihan dengan Adriana yang bergerak kalah orang mabuk bertango.

“Let me take you to the clinic.” Adriana mengangguk perlahan. Kepalanya sakit dan memang dia perlukan doktor sekarang.




“Tahniah Puan Adriana! Kandungan puan dah masuk minggu ke-3!” wajah teruja Doktor Fairuz membuatkan Adriana bertambah gembira. Mahu sahaja dia melompat bintang sekarang. Caryl disebelah berkali-kali mengucapkan tahniah kepadanya.

“Betul doktor? Anak saya lelaki ke perempuan?” Ternganga Doktor Fairuz dengan pertanyaan Adriana.

“Err..Puan Adriana. Fetus puan masih kecil jadi saya belum boleh tentukan jantina dia. InsyaAllah lagi lima bulan kita boleh scan.” Lembut Dokor Fairuz menerangkan kepada Adriana. Tahu ibu muda itu terlalu gembira.


“Anak pertama ke Puan Adriana?” Adriana mengangguk. Dia sudah tak sabar mahu memberitahu berita gembira ini kepada suaminya. Firdaus mesti gembira. Impian mereka untuk memiliki anak sendiri sudah hampir tercapai. Alhamdulillah. Terima kasih Allah!

2 comments:

Miss FF said...

Ulalala ana dh preggy... bestnye!! tringin gak nak lompat bintang tp tkut tkezut plop my darling.. hahahaha...

Norlyana Nasrin said...

Waa excited..hehe