taken from here |
“Thank you Caryl. Mari saya hantar pulang.” Pelawa Adriana dengan senyuman nipis.
“Eh it’s okay Miss Adriana, my boyfriend will come and fetch me. Take care and congratulation again Miss Adriana.” Adriana mengangguk dan terus masuk ke dalam keretanya. Sempat juga dia melambaikan tangan kepada Caryl yang masih setia disitu. Sungguh dia berterima kasih kepada Caryl yang sudi menghantarnya ke klinik.
Bibirnya mengukir senyum. Syukur dia dan Firdaus akhirnya diberi rezeki untuk menimang cahayamata. Perasaan untuk memiliki cahaya mata sendiri semakin membuak-buak setelah menjaga ketiga-tiga anak buahnya. Tak sabar untuk bermain dan mendidik anak sendiri.
“Hmm surprisekan abang kat office la. Oh baik belikan makanan untuk abang sekali.” Jam di dashboard menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Fikirnya, Firdaus mesti tak sempat makan kerana sibuk dengan projek M Hotel syarikat Muiz. Adriana singgah sebentar membeli nasi bungkus di sebuah restoren Melayu sebelum meneruskan perjalanan ke pejabat Firdaus.
Tiba di bangunan pejabat Firdaus, Adriana segera memarkirkan kereta di tempat yang dikhaskan. Hatinya berbunga-bunga dan tak sabar untuk mengkhabarkan berita gembira kepada suaminya. Dia yakin suaminya pasti akan melonjak kegembiraan.
“Ye cik?” Kehadiran Adriana disambut oleh penyambut tetamu di lobi.
“Assalamualaikum. Saya nak jumpa Encik Firdaus.” Adriana memberi salam dengan muka tanpa perasaannya. Gembira atau tidak memang wajahnya begitu nak buat macam mana?
“Waalaikumussalam. Cik ada buat appointment ke?” tanya penyambut tetamu itu dengan wajah manis. Kerja penyambut tetamu mestilah sentiasa memaniskan muka kerana mereka inilah yang membawa imej syarikat.
“Tak. Saya isteri dia. Boleh saya jumpa dengan dia?” Adriana bertanya dengan sopan. Wajahnya masih tanpa perasaan.
“Oh Puan Adriana ke? Maaf saya tak perasan puan tadi. Boleh-boleh, mari saya tunjukkan pejabatnya.”
“Tak apa biar saya pergi sendiri. Terima kasih ye.” Adriana mengukir senyuman. Terpaku seketika penyambut tetamu itu apabila melihatkan senyuman manis Adriana sebelum membalasnya semula. Adriana berjalan masuk ke kawasan kerja. Syarikat hiasan dalaman dan reka bentuk bangunan milik Firdaus menggunakan hiasan dalaman yang ringkas namun masih ada nilai-nilai artistik mampu membuatkan sesiapa pun terpegun sebaik sahaja melangkah masuk. Bilik pejabat dengan plat nama Firdaus didekatinya dengan perasaan gembira. Belum sempat dia mengetuk pintu dia terdengar suara lelaki dan perempuan yang sedang bergelak ketawa.
“You ingatkan dulu orang selalu cakap Firdaus memang diciptakan untuk Jannah. You seorang je yang mampu buat I happy macam ni Firdaus.” Adriana terdiam sendiri didepan pintu pejabat suaminya. Sentap. Siapa tak sentap beb?!
“Oh ye ke? I tak ingatlah pula. Rasanya betul kot hahaha...” Mesra Firdaus melayan perempuan yang bernama Jannah.
“Okay I balik dulu ye? Nak lunch sekali tak?” Manja Jannah mengajak Firdaus untuk makan tengah hari bersamanya. Firdaus, senior yang diminatinya sejak dulu namun dia sudah terlambat kerana Firdaus sudah pun dimiliki. Entah apa yang merasuknya untuk datang bertemu dengan Firdaus. Kononnya mahu Firdaus menukar dekorasi ruang tamu dirumahnya.
“Tak apalah. Mari I hantarkan you keluar.” Firdaus bangun untuk menghantar Jannah ke pintu. Entah apa malang nasibnya apabila dia tersadung kaki meja kerjanya lalu terjatuh diatas Jannah di sofa.
Adriana yang berdiri didepan pintu menerpa masuk ke dalam pejabat Firdaus sebaik sahaja terdengar suara Jannah menjerit. Membulat matanya melihat Firdaus menindih Jannah diatas sofa. Lututnya terasa lemah namun dia menggagahkan dirinya untuk terus berdiri. Plastik berisi makanan sudah lama terjatuh dan dia tidak betah untuk mengangkatnya kembali. Mukanya masih tanpa reaksi walaupun hatinya berperang diantara marah dan sedih. Wajah Firdaus dan Jannah dipandang dengan penuh sakit hati. Kakinya ingin segera melangkah keluar dari pejabat Firdaus. Hancur hatinya melihat suami yang dicintai berada dalam keadaan yang sangat mencurigakan dengan perempuan lain.
Firdaus kaget melihat Adriana dimuka pintu pejabatnya. Cepat-cepat dia bangun dan cuba meraih tangan isterinya namun ditepis Adriana. Adriana menolak kasar tubuh Firdaus sebelum berlari sekuat hati meninggalkan bangunan pejabat Firdaus. Nasib baik kereta diparkir dekat dengan pintu keluar. Enjin dihidupkan sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta. Automatik kesemua pintunya dikunci. Kenderaan yang dipandu Adriana laju meninggalkan bangunan pejabat Firdaus. Dari cermin belakang dia melihat Firdaus berlari mengejarnya. Dia sudah tidak mahu peduli dan tidak akan berhenti.
Kata hati merayu aku pergi
meninggalkan dirimu
tapi ku tak terdaya
mengapa kasih, harus ku alami..
setelah aku korbankan segala-galanya
sanggup ku harungi hidup
bersama dirimu meninggalkan
semua yang aku cintai
Lagu Jika Kau Kekasih dendangan Linda Nanuwil yang berkumandang di radio membuatkan Adriana bertambah sedih. Tanpa sedar air matanya menitis. Dikesat kasar air matanya dengan belakang tangan. Dia sedar yang dia perlu tabah dan dia tahu dia boleh hidup tanpa Firdaus. Dia Adriana Hanan, campaklah ke mana pun dia masih boleh hidup. Keretanya dibelok menuju ke tempat persembunyian rahsianya. Sekarang dia tidak perlukan Firdaus dan boleh membesarkan anak yang dikandungnya sendiri.
“Anak..” Adriana tersentak. Dia mengusap-usap perutnya yang kini berisi. Anak yang bakal lahir tanpa ayahnya disisi.
“Tak apa baby kita boleh hidup tanpa papa,” putus Adriana. Dia sudah nekad untuk meninggalkan Firdaus. Sakit hatinya menigingatkan perbualan diantara Jannah dan Firdaus di pejabat tadi.
“Hmmph..Jannah diciptakan untuk Firdaus kan? Adriana Hanan hanya perlukan baby untuk teruskan hidup.” Peugeot RCZ coupe milik Adriana laju menyusur di jalan raya membawa hatinya yang terluka.
Firdaus mendial nombor telefon Adriana berkali-kali. Hampa apabila panggilannya tidak dapat disambung. Jannah yang masih berada di situ memandang Firdaus dengan penuh simpati. Wajah kusut Firdaus membuatkan dia semakin dihimpit rasa bersalah. Salahnya kerana menggatal dengan suami orang. Salahnya kerana gagal melawan nafsu gilanya yang inginkan perhatian Firdaus.
“Sayang, jangan buat abang macam ni sayang,” rintih Firdaus. Tanpa jemu dia mendial nombor telefon Adriana. Bajunya basah dengan peluh dek mengejar isterinya tadi. Mana mungkin dia dapat mengejar Peugeot RCZ coupe yang dibawa kalah pelesit oleh Adriana tadi.
“Firdaus, maafkan I. Disebabkan I isteri you dah salah sangka,” Firdaus hanya mengangguk. Dia mendial nombor telefon Datin Hafsyah. Fikirnya isterinya pasti pulang ke banglo Datin Hafsyah.
“Assalamualaikum mama. Ana dah balik ke mama?”
“Waalaikumussalam. Belum Firdaus. Kenapa? Tadi mama call office, Suzy beritahu mama yang Hanan dah lama balik,” Firdaus mula lemah lutut. Ya Allah mana bini aku ni?!
“Mama, tadi Ana dah salah sangka dengan Firdaus. Firdaus risau dia buat benda bodoh mama.” Firdaus meramas-ramas rambutnya. Risau, takut dan kecewa apabila mendengar yang isterinya masih belum pulang ke banglo mertuanya.
“Mungkin Hanan balik rumah kamu tak? Cuba telefon sana dulu?” tenang Datin Hafsyah memberi cadangan. Padahal dalam hati dia sendiri mula cuak. Anaknya itu bukan boleh dijangka. Sifat pendiam, membeku dan sangat berahsia diwarisi dari suaminya sering membuatkan dia sendiri tak senang duduk.
“Baiklah mama. Assalamualaikum.” Firdaus segera mendial nombor telefon rumah mereka. Hampa dan kecewa apabila tiada siapa yang menjawab.
“Firdaus, cuba call kawan-kawan dia? Maybe dia pergi jumpa mereka?” Jannah memberi buah fikiran. Sekarang niatnya hanya mahu membantu Firdaus. Hatinya turut sakit melihat Firdaus yang macam beruk hilang anak.
Kesemua kawan-kawan Adriana ditelefon namun tiada seorang pun yang tahu ke mana Adriana menghilangkan diri. Ingin melaporkan kepada pihak polis, Adriana menghilang tak sampai 24 jam kang tak pasal-pasal dia kena baling penyapu.
“Sabar ye Firdaus? If you need my help, just give me a call okay?” ucap Jannah sebelum berlalu meninggalkan Firdaus yang sudah terduduk di kerusi kerjanya. Bukan apa, dia mahu memberi ruang untuk Firdaus menenangkan fikiran.
Firdaus mengerling ke arah jam dinding. Sudah pukul 1.30 petang dan waktu Zohor sudah pun masuk. Perlahan dia melangkah ke bilik air didalam pejabatnya untuk mengambil wuduk. Dia mahu solat dan mengadu pada Sang Pencipta. Berharap agar Allah akan menunjukkan jalan penyelesaian kepadanya.
No comments:
Post a Comment