Kapitalis

Tuesday, December 10, 2013

Isteriku Ratu Ais - Bab 24

taken from here  

Macam dah tak ada kerja! Itu yang difikirkan oleh Hisyam setelah dua hari berturut-turut menjadi ‘stalker’ buat Adriana Hanan. Setiap hari dia mengintip segala aktiviti yang dilakukan oleh sepupunya dan kebanyakan darinya berkisarkan tiga orang anak buah Adriana. Adriana yang tidak perasan akan kehadirannya seronok melayan keletah anak-anak buahnya di taman permainan. Dengan perlahan, Hisyam mendekati Adriana.

“Eh prin..Hanan, buat apa kat sini?” sengaja dia menggunakan nada terkejut tapi hanya dibalas dengan pandangan tak bereaksi dari Adriana.

“Hanan selalu ke bawa anak-anak buah bermain kat sini? Kebetulan pula dekat dengan penthouse Syam. Nak singgah?” Pandangan tajam dengan aura membunuh diberikan oleh Adriana khas untuk sepupunya yang tak faham-faham bahasa.

“Okey..okey Syam gurau je. Ni papa ajak Hanan datang rumah hujung minggu ni. Hanan datang ye? Papa rindu dengan Hanan. ..Syam pun rindu dengan prin..Hanan,” sedaya upaya dia mengelak dari menyebut perkataan ‘Princess’ yang dibenci Adriana. Hai lah jantung, kenapalah dengan ratu ais ini juga yang kau berdetak hebat?

“Syam..” Segera Hisyam menoleh ke arah Adriana Hanan yang masih dengan muka tanpa perasaan.

“Ye sayang?”

“Saya dah kahwin dan saya tak perlukan perasaan rindu dari awak.” Laju Adriana melangkah meninggalkan Hisyam yang masih terpinga-pinga. Dia ingin segera meninggalkan taman permainan itu. Silap dia juga membawa mereka ke taman permainan dekat dengan tempat mereka bertiga belajar Bahasa Jerman. Kononnya nak bagi Daris, Fateh dan Fatehah bermain selepas penat memerah otak tapi kini dia pula yang sakit jiwa dengan sepupunya yang asyik mengejar cintanya.

“Mama Ana! Abang Daris jatuh!” jeritan nyaring dari Fatehah merisaukan Hanan. Kelihatan Daris yang sudah jatuh menggiring dibawah monkey bar.

“Macam mana abang boleh jatuh?” tanya Adriana lalu berusaha mengangkat Daris. Baharu sahaja tersentuh sedikit tangan, Daris sudah menjerit sakit.

“Jangan sentuh begitu tangan dia! Mungkin terseliuh atau patah. Mari kita ke klinik,” Hisyam segera mencempung Daris yang masih menangis lalu dibawa ke kereta.

“Hanan follow belakang Syam dengan budak-budak ni,” Hisyam hanya mengangguk lalu menghidupkan enjin kereta. Adriana segera membawa Fateh dan Fatehah masuk ke dalam kereta. Didalam hatinya dia berdoa supaya tiada yang buruk berlaku kepada Daris.





“Macam mana jaga sampai boleh patah bahu si Daris tu? Awak jaga ke sibuk melayan Hisyam?!” Terkedu Adriana dengan amarah Firdaus. Buat pertama kali sejak mereka berkahwin, dia dimarahi oleh suaminya. Benci! Benci! Benci!

Tetapi mengenangkan silap dia yang sibuk hendak mengelak dari Hisyam sehingga menganggu konsentrasinya pada Daris, Fateh dan Fatehah, Adriana hanya mendiamkan diri.

Firdaus meraup mukanya yang tampak berserabai. Projek mereka bentuk dalaman Hotel M di Korea Selatan mengehadkan masa untuk dia bersama dengan Adriana dan anak-anak buahnya. Dia terlalu sibuk sehinggakan terpaksa bermalam di pejabatnya. Tadi dia terpaksa meninggalkan kerja yang menimbun setelah mendapat panggilan daripada Adriana. Kelam-kabut dia memecut mengenangkan Daris merupakan satu amanah dari abangnya.

“Ana minta maaf, tadi Ana nak lari dari Hisyam sampai terlepas pandang.” Adriana meraih tangan Firdaus lalu mengucupnya dengan penuh kasih. Dalam hati, tak henti-henti dia berdoa supaya dilembutkan hati suaminya.

“Hisyam kacau Ana ke? Aih sekor tu memang nak kena lesing dengan abang!” Menggelegak kembali darah Firdaus mendengarkan isterinya diganggu Hisyam. Walaupun bertaraf sepupu, tapi Hisyam dah betul-betul melampau!

“Hmm dahlah. Tadi pun Ana terhutang budi dengan dia sebab tolong Daris tadi. Ana betul-betul panik tadi bila Daris menjerit. Kita lupakan sahajalah.” Adriana memeluk lengan Firdaus manja. Sebetulnya dia malas hendak memanjangkan lagi hal yang tak begitu penting dan dia berterima kasih kepada Hisyam kerana membantunya tadi.

“Senangnya Ana cakap. Sakit hati abang tahu bila tengok cara dia pandang Ana kat klinik tadi! Tak berkelip-kelip sampai abang kat sebelah Ana pun dia tak reti nak hormat! Tak habis-habis nak mengorat bini orang!” dengus Firdaus kasar lalu menolak tangan Adriana. Adriana segera memeluk pinggang Firdaus dari belakang apabila suaminya berura-ura mahu keluar dari kamar tidur mereka.

“Abang, dengar sini.” Adriana memusingkan badan Firdaus supaya dia dapat bertentang mata dengan suaminya. Firdaus yang masih marah memalingkan mukanya ke kiri. Perlahan Adriana menyentuh pipi Firdaus lalu mengucup pipi suaminya.

“Abang, Ana tak boleh halang orang lain untuk jatuh cinta atau gilakan Ana kerana itu hak mereka. Tapi Ana nak abang tahu yang dalam dunia ini, hanya abang sahaja yang berjaya meleburkan hati yang diselaputi ais ini. Ana jatuh cinta dengan abang dan hanya Muhamad Firdaus di hati Adriana Hanan.” Tenang Adriana menuturkan kata-kata itu. Malu ke tidak dia sudah tak kira, yang penting hati suaminya wajiblah dipujuk!

Terharu! Siapa yang tak terharu kalau bini dah pujuk begitu rupa? Firdaus mula tersengih lalu merapatkan jarak antara dia dan Adriana. Terasa hilang semua penat dia bekerja. Perlahan dia menggeselkan hidungnya pada hidung Adriana. Rasa bahagia menyelubungi hati kedua mereka.

‘Tok!Tok! Tok!’ bunyi ketukan dari luar mematikan lamunan pasangan suami isteri itu. Perlahan Firdaus membuka pintu.

“Papa Daus, I’m sorry,” Daris berdiri tegak dihadapan pintu dengan air mata yang masih bersisa.

“Kenapa ni sayang?” Firdaus segera mendakap Daris dengan berhati-hati. Adriana dibelakang, hanya memerhati. Sungguh dia kalut dengan Daris yang menangis secara tiba-tiba.

“Tadi dekat taman, Daris nak tunjuk lagak dekat Aiman. Fateh dah cakap jangan tapi Daris degil. Jadi Daris panjat monkey bar tinggi tu tapi tiba-tiba tangan licin. Tahu-tahu je Daris dah jatuh.” Laju Daris menuturkan kata. Fateh dan Fatehah hanya memerhati abang mereka dari sudut tangga dengan muka takut-takut. Mungkin bimbang Firdaus akan memarahi Daris memandangkan mood Firdaus yang teruk sejak balik dari klinik tadi.

“Jadi Daris nak buat macam tu lagi tak?” tanya Firdaus dengan muka yang serius. Pantas Daris menggelengkan kepala.

“Daris sebagai anak sulung seharusnya menunjukkan contoh yang baik untuk Fateh dan Fatehah. Macam mana kalau tadi Fateh atau Fatehah yang jatuh sebab degil main benda bahaya? Mesti Daris marahkan?” Daris mengangguk laju dengan sebelah tangannya mengesat air mata.

“Papa harap benda macam ni tak berlaku lagi okey? Lantaklah siapa pun yang cabar. Sepatutnya Daris nasihat Aiman supaya jangan main benda-benda bahaya bukan ikut sekali okey?” nasihat Firdaus lalu mengucup dahi Daris. Perlahan dia mengesat air mata anak kecil itu dengan hujung jarinya.

“Mama Ana, Daris minta maaf ye?” Adriana terus memeluk Daris erat. Lupa terus pada bahu Daris yang patah.

“Auch!” gaduh Daris dengan muka berkerut-kerut menahan sakit. Segera Adriana melonggarkan pelukannya dari tubuh Daris.

Sorry..sorry. Malam ni Daris nak makan apa? Biar mama masak okey?” Adriana mengusap pipi Daris yang masih tertinggal sedikit sisa air mata.

“Nak sup ekor..” pinta Daris perlahan. Kaku terus Adriana mendengarkan permintaan Daris. Firdaus yang perasan akan riak wajah isterinya berusaha menahan ketawa.

“O..Okey tunggu lambat sikit pun tak apa kan? InsyaAllah lepas Maghrib, kita makan okey?” Daris mengangguk setuju. Fateh dan Fatehah perlahan-lahan mendekati Adriana dan Firdaus.

“Mama Ana, kami nak makan sate lagi boleh?” tanya Fatehah dengan tangannya memintal-mintal hujung gaunnya.

“Aik bukan semalam baru beli ke?” tanya Firdaus dengan senyuman. Sebelum Rayyan pergi hari tu, dia sudah memberitahu Firdaus tentang makanan kegemaran anak-anaknya.

“Itu semalam, hari ni kami nak makan lagi boleh? We’ll be good!” semangat Fatehah memujuk Firdaus dan Adriana. Fateh? Hanya diam dan mengangguk bila perlu.

“Okey boleh je tapi macam biasa. Malam ni kita pergi solat di masjid okey? Ana okey tak sayang?” Adriana yang sedang mengelamun memikirkan resepi sup ekor tersentak dengan pertanyaan Firdaus.

“Apa dia abang?” soal Adriana dengan wajah kudus.

“Malam ni kita solat di masjid lagi okey?” Firdaus mengulang semula lalu mencuit hidung isterinya.

“Hmm Ana rasa Ana nak solat dirumah sahaja boleh? Nak masak sup ekor untuk Daris kena minta bantuan mama dan pakcik Google.” Jujur Adriana memberi jawapan. Dia bukan tak mahu solat di masjid tapi dia risau tak sempat menyediakan sup ekor untuk Daris memandangkan jam sudah menunjukkan pukul lima setengah petang. Bahan masakan pun masih belum dibeli.

“Fatehah temankan mama Ana dirumah okey? Balik dari solat, papa belikan sate ye sayang?” Fatehah mengangguk setuju dengan cadangan Firdaus.

Okay boys! Jom mandi dan lepas tu kita mengaji okey?”

Okay papa!” jawab Daris dan Fatehah serentak. Fateh segera menyinggung siku Fatehah yang tersalah masuk group.

“Oh ye Fatehah mandi dengan mama Ana okey?” Fatehah hanya tersengih lalu memeluk Adriana.

“Mama Ana, kita mandi macam princess boleh?” Adriana segera mengangguk. Tahu sangat mandi cara princess yang Fatehah maksudkan. Tab mandi yang dipenuhikan dengan buih sabun dan dihias dengan kelopak bunga mawar. Pergh! Nasib baik stok bunga mawar yang dibeli Firdaus untuknya dua hari lepas masih ada. Kalau tak mana mahu cari weh?! Tak padan dengan kecil.

“Sayang nanti call mama tanya bahan-bahan untuk sup tu. Nanti lepas mandi, abang pergi beli.” Adriana mengangguk. Segera dia mendial nombor telefon ibunya. Lambat-lambat nanti makin lambatlah nak memasak.




Gambar perempuan yang dibencinya ditatap dengan penuh perasaan. Wajahnya masih tidak berubah namun dia tahu perempuan itu bahagia dengan kehidupannya sekarang. Makin cantik dan elegan. Perubahan yang dilakukan oleh perempuan itu membuatkan dia makin tak senang duduk. Diantara cinta dan kegilaan. Dia terperangkap diantara dua perasaan itu.

“Kau tak akan bahagia kerana aku tak akan membenarkannya!” lantas gambar itu dikucup rakus sebelum dicampak masuk ke dalam api yang marak menyala. Mengambarkan perasaannya yang menggila. Gila dengan cinta dan dendam kesumat.

“Adriana Hanan, kau tak boleh bahagia tanpa aku!” jerit lelaki itu lalu ketawa berdekah-dekah. Hatinya sarat dengan dendam. Jiwanya kosong tanpa iman.