taken from here |
"Dah siap dah pack barang-barang Ana?" tanya Firdaus sambil mengambil tempat disebelah Adriana yang sedang menonton televisyen. Datuk Ilyas dan Datin Hafsyah tiada dirumah kerana pergi beriadah di pusat sukan berhampiran rumah mereka.
Adriana menganggukkan kepala. Dia menghulurkan pinggan berisi biskut jagung kepada suaminya lalu bangun untuk mengambil minuman. Dia kembali dengan segelas air teh hijau.
"Woah green tea? I'm not a fan but well let me give it a try" kata Firdaus sambil meneguk air teh hijau yang dihidangkan isterinya.
"Eii kelatnya" komen Firdaus sambil membuat muka.
"Benda yang baik untuk kesihatan tak semuanya sedap" balas Adriana dengan muka tanpa reaksi.
"Yup. Antioxidant right? Abang tahu sangat." Firdaus menghabiskan minumannya yang masih berbaki.
"Hmm Ana?" Firdaus terus memandang wajah Adriana dengan muka yang agak serius sambil memegang tangan isterinya. Adriana yang terkejut dengan kelakuan suaminya terus memberi perhatian kepada Firdaus. Firdaus masih memandang Adriana dengan pandangan yang serius.
"Kenapa?" tanya Adriana sambil memandang tepat kearah Firdaus. Risau pula melihatkan suaminya yang tiba-tiba serius.
"Abang ada satu permintaan" kata Firdaus sambil membuang pandang ke luar rumah. Kelihatan seperti permintaannya itu teramatlah susah untuk dipenuhi. Adriana masih setia memandang kearah Firdaus yang kelihatan gusar.
"Abang...abang.."
"Kenapa?" tanya Adriana lagi.
"Tolong kemaskan baju abang sekali boleh?" kata Firdaus sambil tersenyum nakal kearah Adriana tak lama selepas itu dia sudah meledak ketawa. Suka sangat apabila dapat mengenakan Adriana. Adriana menayang muka kelat. Tak suka dirinya dipermainkan oleh suaminya yang tak habis-habis mengusiknya.
"La...janganlah marah. Abang gurau jela" kata Firdaus sambil cuba memeluk bahu Adriana. Adriana menolak Firdaus dan naik ke tingkat atas.
"Ana?!" Firdaus mula panik apabila melihat isterinya yang sudah meninggalkannya keseorangan diruang tamu.
'Ish aku kacau lebih sangat ke?' fikir Firdaus. Dia terus berlari mengejar Adriana yang sudah ke tingkat atas.
Sementara itu ditingkat atas,
Adriana terus mengeluarkan beg pakaian yang kosong untuk mengisi pakaian suaminya. Malas dia mahu melayan Firdaus. Dia mengeluarkan pakaian Firdaus dari almari dan mengaturnya diatas katil.
"Ana marah ke sayang?" tanya Firdaus yang sedang berdiri dihadapan pintu. Terasa seram untuk melangkah masuk kedalam bilik yang terasa dingin secara tiba-tiba.
'Fuiyoh boleh tahan juga aura dingin membeku isteri aku ni' bisik Firdaus dalam hati. Firdaus hanya menunduk memandang kearah ibu jari kakinya sambil bermain-main dengan jarinya. Sengaja dia membuat aksi sengal itu dihadapan isterinya dengan harapan isterinya memaafkannya. Adriana hanya memandang dingin kearah suaminya. Rasa marahnya hampir hilang apabila melihat gaya suaminya yang seperti budak kecil yang hendak minta maaf.
Adriana meneruskan kerjanya yang tertangguh. Dia memasukkan baju Firdaus yang sudah siap dilipat kedalam beg pakaian. Firdaus mula menapak masuk kedalam bilik apabila Adriana hanya mendiamkan diri. Dia duduk disebelah Adriana yang sibuk memasukkan pakaiannya kedalam beg. Apabila Adriana masih mendiamkan diri, Firdaus terus bangun mengambil bantal dan selimutnya. Adriana memandang pelik kearah Firdaus.
"Malam ni abang kena tidur luar kan?" tanya Firdaus dengan muka sedih. Adriana hanya terpaku memandang suaminya yang seperti merajuk. Adriana tersedar apabila suaminya sudah mula mengangkat kaki untuk keluar dari bilik tidur mereka.
"Abang!" Adriana sedikit terjerit memanggil suaminya. Firdaus menghentikan langkahnya dihadapan pintu sambil menoleh memandang Adriana.
"Tidur dengan Ana." Adriana menundukkan mukanya yang mula membahang. Tak sangka ayat itu akan keluar dari mulutnya. Firdaus tersenyum lalu meletakkan semula bantai dan selimutnya diatas katil.
"Nak abang tolong apa-apa tak?" tanya Firdaus yang sudah duduk disebelah Adriana.
"Ambilkan barang-barang toiletries abang." Adriana menjawab sambil tangannya laju mengemas. Firdaus terus bangun menuju ke bilik mandi. Barang-barangnya memang sudah Adriana kemas didalam rak didalam bilik mandi.
"Lagi?" tanya Firdaus yang sudah kembali dengan barangan peribadinya. Adriana hanya menggeleng. Firdaus merapatkan dirinya dengan Adriana.
"Ana, abang nak minta maaf" Adriana terus memandang Firdaus yang semakin dekat dengannya.
"Entah kenapa bila dengan Ana abang rasa seronok sangat nak mengusik. Selalunya abang tak macam ni dengan orang lain" ujar Firdaus ikhlas sambil menatap wajah isterinya. Adriana hanya mengangguk. Dia berasa malu apabila berada terlalu hampir dengan Firdaus walaupun mukanya masih tidak menunjukkan sebarang reaksi.
"Ana maafkan abang?" Adriana mengangguk cepat-cepat tangannya terus menzipkan beg yang sudah siap dikemas.
"Thanks sayang" ucap Firdaus sambil memeluk isterinya. Adriana hanya membiarkan suaminya memeluknya. Entah kenapa dia berasa selesa diperlakukan begitu oleh Firdaus. Firdaus meleraikan pelukan dan memandang muka Adriana yang kurang lima inci dari mukanya. Dengan perlahan dia mendekatkan muka mereka dan mengucup bibir isterinya. Adriana terkejut dengan tindakan berani suaminya namun dia hanya merelakannya kerana suaminya memang berhak keatasnya.
"Amboi kot ye pun tutuplah pintu Firdaus, Hanan." Datin Hafsyah yang baharu pulang dari aktiviti riadahnya menegur anak dan menantunya sambil tersenyum. Melompat Firdaus apabila melihat ibu mertuanya yang sudah tergelak melihat aksi mereka. Adriana pula berlari masuk ke bilik mandi.
"Err..sorry mama" ucap Firdaus sambil menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Terasa canggung segala perlakuannya dihadapan ibu mertuanya kini. Malu sungguh aksi mesranya bersama isterinya diperhatikan.
"Hmm papa mana?" tanya Firdaus untuk menghilangkan malu.
"Papa ada kat bawah. Oh kamu dah kemas barang untuk ke Langkawi esok? Papa kamu ni memang suka buat benda ikut kepala dia. Ni sampai tergesa-gesa kamu nak pergi honeymoon esok" bebel Datin Hafsyah.
"Eh tak apa. Tadi Ana dah tolong kemaskan barang Firdaus. Tak adelah tergesa-gesa sangat." Firdaus hanya tersenyum kearah ibu mertuanya.
"Okaylah mama nak masuk mandi ni. Melekit rasa lepak jogging dengan papa kamu tadi. Ni Maghrib ni kita solat jemaah sama-sama kat bilik solat ye?" Firdaus hanya mengangguk setuju. Datin Hafsyah turut tersenyum sambil menuju ke bilik tidurnya.
Sesudah Datin Hafsyah beredar, Firdaus menutup pintu biliknya dan menuju kearah bilik mandi didalam kamar tidur mereka.
"Ana? Buat apa dalam bilik air tu? Mama dah pergi dah" Firdaus mengetuk perlahan pintu bilik mandi. Adriana membuka pintu sambil menundukkan kepala. Dia masih berasa malu dan janggal dihadapan suaminya nak-nak lagi setelah aksi mesra mereka tadi turut dilihat oleh mamanya.
"La..pandanglah muka abang. Pandang lantai buat apa?" kata Firdaus sambil memegang bahu isterinya. Adriana terus mengangkat muka memandang kearah Firdaus. Firdaus hanya tersenyum nakal kepada isterinya. Nampak comel sangat bila isterinya malu-malu memandang mukanya walaupun muka isterinya memang jenis tak ada reaksi.
Firdaus menarik tangan Adriana lalu membawa isterinya ke kerusi rehat ditepi jendela bilik mereka. Mereka duduk diatas kerusi rehat jenis Cleopatra itu. Firdaus memegang tangan Adriana dan menarik isterinya supaya dekat dengannya.
"Abang nak Ana tahu yang abang betul-betul sayangkan Ana. Mungkin Ana masih belum dapat sayangkan abang lagi tapi tak salah kalau Ana belajar untuk sayangkan abang kan?" kata Firdaus sambil memandang tepat ke wajah Adriana. Kelu lidah Adriana untuk membalas kata-kata suaminya. Dia hanya membalas pandangan Firdaus dengan wajah yang tiada ekspresi. Firdaus kecewa apabila tidak mendapat balasan dari isterinya. Dia terus bangun dari kerusi rehat itu. Belum sempat dia melangkah, terasa tangannya ditarik lembut oleh Adriana.
"Ana akan cuba" kata Adriana tanpa melepaskan tangan Firdaus. Firdaus tersenyum gembira lalu merangkul tubuh isterinya.
"Terima kasih sayang" ucap Firdaus sambil mengucup pantas bibir Adriana. Adriana hanya tersenyum nipis dengan kelakuan suaminya.
"Jom mandi sama-sama?" cadang Firdaus sambil mengenyitkan sebelah mata kepada Adriana.
"Tak nak!" balas Adriana sambil berlari masuk kedalam bilik mandi.
'Macam tak boleh mandi sendiri' bisik Adriana dan tanpa sedar dia tersenyum bahagia mengenangkan aksi romantis Firdaus.
3 comments:
novel ni akak bukukan ke?
@suryashqin: Akak try nak bukukan dulu tapi asyik procrastinate akhirnya terbengkalai...huhuhuhuhu
procrastinate? ap tu?
Post a Comment