Kapitalis

Sunday, March 31, 2013

Isteriku Ratu Ais - Bab 4

taken from here  

"Hmm kamu rancang nak pergi mana untuk honeymoon?" tanya Datin Hafsyah sebaik sahaja anak dan menantunya tiba di meja makan. Adriana hanya berdiam diri menayangkan muka tanpa ekspresi. Dia memang tak kisah pasal bulan madu mereka.

"Firdaus ingat nak pergi dalam Malaysia ni saja sebab cuti pun tinggal berapa hari je. Malas pergi jauh-jauh kalau setakat pergi seminggu." Firdaus menjawab setelah dia melihat Adriana buat tak tahu. Dia memandang kearah isterinya yang sibuk mencedok nasi goreng ke dalam pinggannya.

"Tapi..nanti insyaAllah kalau ada cuti panjang, Firdaus nak bawa Ana ni pergi jauh-jauh sikit baru best" sambung Firdaus sambil tersengih kearah Adriana yang sudah siap meletakkan nasi goreng dan air teh dihadapannya. Muka Adriana masih tidak berubah.

"Eh Hanan ni, orang tengah bincang pasal honeymoon dia boleh pula dia buat tak tahu! Nak pergi ke tak nak?" marah Datin Hafsyah bimbang jika menantunya terasa hati dengan kelakuan anaknya yang suka membatukan diri.

"Sya, depan rezeki ni." Datuk Ilyas menegur isterinya yang berang. Datin Hafsyah memandang geram kearah suami dan anaknya. Datuk Ilyas hanya menayangkan muka selamba.

'Anak dengan papa sama je perangai!'

"Hanan ikut abang" jawab Adriana pendek sambil mula menyuapkan nasi kedalam mulutnya. Firdaus tersenyum gembira apabila mendengarkan persetujuan isterinya itu.

"Hmm sebenarnya papa ada hadiah untuk kamu berdua. Papa dah tempah tiket untuk kamu berdua bercuti ke Langkawi esok." Datuk Ilyas memandang kearah Firdaus sambil tersenyum. Adriana memandang kearah papanya yang suka melakukan sesuatu yang kadangkala tidak dapat dijangka. Datin Hafsyah terlopong apabila mendengar kata-kata suaminya.

"La...bila abang tempah? Sya tak tahu pun.." Datin Hafsyah mula memuncung. Geram suaminya tidak berbincang dengannya tentang hadiah untuk anak dan menantunya.

"Awak kan busy uruskan perkahwinan Hanan?" Datuk Ilyas meneruskan suapan nasi gorengnya.

"Terima kasih papa" ucap Firdaus. Datuk Ilyas hanya tersenyum sambil mengangguk perlahan.

"Ni hotel semua abang dah uruskanlah ye?" tanya Datin Hafsyah.

"Yup." jawab Datuk Ilyas pendek. Datin Hafsyah memandang geram kearah Datuk Ilyas.

'Ada gak yang tidur kat bangku taman malam ni' getus Datin Hafsyah dalam hati.

"Nanti papa bagi tiket flight dan detail pasal hotel kat Firdaus ye? Kereta sewa pun papa dah uruskan" ujar Datuk Ilyas kepada Firdaus. Adriana hanya mendengar sambil meneguk air suam. 

'Langkawi...' bisik Adriana dalam hati


Adriana berehat ditepi kolam renang didalam kediaman mereka. Memang sudah menjadi rutin Adriana untuk berehat dan kemudiannya berenang untuk sejam selepas makan. Dia tersenyum apabila teringatkan kenangan diantara dia dan Firdaus dikolam renang ini dahulu.

"Kat sini rupanya Ana, penat abang cari" kata Firdaus sebaik sahaja melabuhkan punggung disebelah Adriana. Adriana tersenyum nipis kearah Firdaus. 

"Nak berenang ke?" tanya Firdaus. Adriana mengangguk dan bangun untuk menukar pakaian. Dia menuju ke dalam bilik persalinan. Firdaus hanya mengekor dari belakang.

"Abang, Ana nak tukar baju" kata Adriana sambil memandang pelik kearah Firdaus. Firdaus tersenyum nakal.

"Tak nak abang teman ke?" Adriana menggeleng laju sambil cepat-cepat menutup pintu bilik persalinan. Kedengaran ledakan ketawa suaminya diluar bilik.

Selesai menukar pakaian, Adriana dan Firdaus melakukan senaman regangan. 

"Nak lumba? Kita buat dua pusingan" cadang Firdaus sambil menjungkitkan sebelah kening. Adriana mengangguk setuju. Sudah lama dia tidak berlumba renang dan peluang untuk berlumba dengan suaminya tidak akan dilepaskan.

"Okay satu..dua..tiga!!!" Adriana dan Firdaus terjun serentak kedalam kolam dan mula bersaing sesama mereka. Adriana berenang laju meninggalkan Firdaus. Firdaus yang tidak mahu mengaku kalah menukar gaya renangnya dan mula memotong Adriana namun tak lama selepas itu Adriana mendahului Firdaus dan sampai ke penghujung kolam.

Firdaus memandang tidak percaya kearah isterinya. Berenang macam ikan! Laju gila sampai termengah-mengah Firdaus nak mengejar. Atlet renangkah Adriana Hanan ni?

"Err Ana dulu atlet ke apa?" tanya Firdaus yang sudah terbaring ditepi kolam. Penatnya masih belum hilang. Adriana yang sedang mengapungkan diri didalam kolam renang terus berenang kearah suaminya. Dia sememangnya suka menghilangkan penat dengan mengapungkan diri, terasa damai jiwanya ketika terapung.

"Taklah." jawab Adriana pendek. Dia keluar dari kolam dan mengambil air mineral di bar yang terletak di hujung kolam renang. Bar itu merupakan tempat istirehatnya setelah penat berenang. Terdapat peti sejuk dan microwave di bar itu. Bukannya bar yang penuh dengan minuman keras!

Adriana menghulurkan botol air mineral kepada Firdaus. Firdaus menyambutnya dengan senyuman. Dia meneguk pantas air untuk menghilangkan dahaga. 

"Laju sangat Ana berenang sampai tak terkejar abang" komen Firdaus. Adriana tersenyum memandang suaminya yang leka memandang jauh kearah kolam renang mungkin mengenangkan dirinya yang kalah dengan isterinya sendiri.

"Kalau macam ni gaya Ana, abang tak risau kalau abang lemas kat laut sebab Ana boleh selamatkan abang kan?" kata Firdaus sambil tersenyum memandang isterinya. Adriana hanya tergelak kecil.

"Abangkan boleh berenang?" kata Adriana sambil tersenyum. Firdaus terpaku mendengar ketawa kecil isterinya. 

'Comel' matanya tertancap pada lesung pipit di pipi kiri dan kanan Adriana. Dia bangun dan terus mengucup pipi Adriana. Adriana yang terkejut hampir-hampir sahaja menolak Firdaus. Nasib baiklah dia masih ingat yang Firdaus kini suaminya dan berhak keatasnya. Mukanya mula membahang menahan malu. Firdaus sudah terkekeh ketawa melihat muka Adriana yang memerah. 

"Ana tolong ambilkan baju abang boleh? Abang tadi datang sini sehelai sepinggang tak sangka pula isteri abang ajak race" kata Firdaus sambil ketawa perlahan. Adriana mengangguk dan terus menukar pakaiannya di bilik persalinan. 

Setelah 10 minit dia kembali dengan pakaian Firdaus. Firdaus dengan selamba menyalin pakaiannya dihadapan Adriana. Adriana terus memalingkan muka. Tak sanggup dia nak menengok badan seksi suaminya. Malu ma~

"Eh kenapa tengok arah lain? Badan abang tak cukup lawa ke?" tanya Firdaus sambil ketawa mengusik. Tahu sangat isterinya masih malu dengannya. Adriana terus bangun dan meninggalkan Firdaus yang masih ketawa di kolam renang. 

"Aik terus tinggalkan abang? Alah dulu abang siap buat CPR kat Ana lagi." Firdaus terus menerus mengusik Adriana sambil jalan beriringan dengan Adriana. Adriana hanya menundukkan mukanya. Kenangan ketika zaman kanak-kanak dengan Firdaus sememangnya amat bermakna baginya.

'Kuat mengusik dia ni. Habislah' getus Adriana dalam hati. Wajah Firdaus ditatapnya seketika sebelum tersenyum kearah suaminya yang masih bersisa ketawanya.

No comments: